Fatwa Zakat Minyak Dari Al-Azhar
KAHERAH - Universiti Al-Azhar di Mesir mengeluarkan fatwa bahawa sebahagian pendapatan sumber minyak dan gas negara berkenaan perlu diberikan kepada penduduk miskin yang terjejas akibat kenaikan harga makanan.
Pusat Penyelidikan Islam di universiti itu mengeluarkan fatwa bahawa adalah tugas suci untuk mengeluarkan zakat sebanyak 20 peratus daripada keuntungan minyak, gas dan mineral.
"Fatwa itu berdasarkan hadis Nabi Muhammad s.a.w yang menyatakan bahawa zakat juga wajib terhadap semua besi dan mineral tidak kira dalam bentuk pepejal atau cecair," kata seorang pensyarah universiti itu. - AFP
ULASAN UZAR
Badan Penyelidikan Universiti Al-Azhar yang diketuai oleh Prof. Dr Raf'at Othman dan selaku Prof Shariah di Universiti Al-Azhar telah mengeluarkan fatwa bahawa sesebuah negara WAJIB mengeluarkan zakat minyak dan semua hasil minyaknya sebanyak 20% berdasarkan hadis Nabi s.a.w.
Keputusan itu juga mengambil kira pendapat yang bercanggah dengannya. ( rujukan )
Ringkasannya, hukum zakat ke atas minyak ini ada dua situasi. Pertama jika minyak itu dimiliki oleh individu, dan kedua jika minyak itu dimiliki negara. Ia adalah seperti berikut :-
a) Zakat atas minyak yang DIMILIKI oleh individu :
Menurut Dr Yusuf Al-Qaradawi, tiada khilaf (perbezaan pendapat ulama) bahawa zakat diwajibkan ke atas minyak yang dimiliki oleh individu untuk perniagaan. Namun mereka berbeza pendapat samada dikenakan 2.5% atau 20%.
Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad dan Abu Ubaid dan lain-lain ulama telah berfatwa, oleh kerana minyak adalah tergolong dalam barang galian iaitu RIKAZ atau harta galian tersimpan, maka berdasarkan kepada hadis, zakatnya adalah 1/5 dari hasil, ini beerti 20%. Ini juga merupakan pendapat Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.
Ini berdasarkan hadis nabis s.a.w :
في الركاز الخمس
Ertinya : Zakat bagi harta galian tersimpan adalah 1/5 (20%) ( Muttafaq ‘alaih)
Mazhab Syafie dan Malik pula berfatwa tiada zakat bagi minyak, hanya emas dan perak sahaja.
b) Zakat ke atas minyak yang DIMILIKI oleh Negara
Hasil minyak yang dimiliki oleh Negara, masih terdapat perbezaaan pendapat
ulama samada perlu dizakat atau tidak.
Dr Yusuf Al-Qaradawi menghuraikan bahawa terdapat beberapa ahli
ekonomi Islam seperti Dr. Shawqi Isma`il Shehatah dan Dr. Mohammad Shawqi
Al-Fangari yang membangkitkan isu ini semasa Persidangan Pertama Berkaitan
Ekonomi Islam pada 1976 di Mekah. Kedua-dua ahli ekonomi ini berpendapat
perlunya Negara mengeluarkan zakat atas hasil minyak dan mineral yang
dimiliknya.
Namun al-Qaradawi menolak pendapat ini, dan beliau menyatakan telah adanya persepakatan antara ulama bahawa TIADA ZAKAT ke atas minyak yang dimiliki oleh Negara atas sebab berikut :-
1) Zakat adalah wajib dan tanggungan individu yang memiliki sesuatu kekayaan. Merekalah yang bertanggungjawab di hadapan Allah. Adapun Negara bukan miliki individu, begitu juga organisasi.
Allah Berfirman
خذ من أموالهم صدقة
'Take alms of their wealth, wherewith you may purify them' (At-Tawbah: 103).
The Prophet (peace and blessings be upon him) also said:
أدوا زكاة أموالكم
Ertinya : Dan keluarkan zakat dari harta kamu "
Kedua-dua dalil ini menunjukkan tanggungjawab zakat ke atas individu dan organisasi sepertimana negara. Pemimpin negara tidak memiliki harta negara, harta negara adalah hak semua dan hanya ditadbir oleh pemimpin.
2) Berkaitan individu yang diperlukan membayar zakat ; dalam Islam pembayar zakat hanya perlu membayar sejumlah wang untuk dimanfaatkan oleh penerima yang layak, mankaala baki wangnya yang lain adalah khas untuk kegunaannya sendiri. Namun dalam hal harta Negara ia SEPATUTNYA sentiasa dimanfaatkan oleh orang ramai setiap sennya. Jika kita katakan perlunya zakat 20% untuk ummah, adakah ini bermakna baki 80% boleh digunakan oleh pemimpin untuk diri mereka sendiri. ? Ini tidak benar sama sekali.
Allah berfirman :
مَّا أَفَاء اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاء مِنكُمْ
Ertinya : Apa saja harta
rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya yang berasal dari
penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak
yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya
harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu (Al-Hashr: 7)
3) Jika Negara dikehendaki membayar zakat, maka siapakah yang akan menjadi pemungut zakat tersebut?. Sudah tentu negara juga, justeru bagaimana pula pembayar membayar kepada diri sendiri dalam waktu yang sama.
Al-Qaradawi juga menegaskan bahawa beliau faham yang ahli-ahli ekonomi Islam tersebut mungkin memberikan pendapat itu kerana merasa tertekan dengan keadaan negara-negara umat Islam yang banyak hasil minyaknya namun masih terlalu ramai faqir miskin di pelbagai negara Islam yang lain, seolah-olah hasil kekayaan ini tidak sampai kepada si faqir dan miskin.
Namun setelah perbincangan yang panjang Al-Qaradawi merasakan pendapat mewajibkan zakat dari negara Islam kaya dan zakat itu diberikan kepada negara Islam miskin adalah bukan cara yang praktikal. Malah tiada jaminan sama sekali wang zakat itu akan disampai kepada si faqir miskin tadi.
Benar ia adalah TIDAK HALAL SAMA SEKALI diwaktu negara Islam yang kaya dengan hasil minyak bermewah dengan hasilnya, pada masa yang sama negara umat Islam yang miskin menderita kemiskinan dan penyakit.
Nabi s.a.w bersabda :
ما آمن بي من بات شبعان وجاره جائع إلى جنبه وهو يعلم به
Ertinya : Tidak sempurna iman seseorang denganku (nabi s.a.w), mereka yang tidur kekenyangan sedangkan jirannya sedang berlapar (kerana kemiskinan) dan ia mengetahuinya" ( Riwayat Al-Bazzar dan At-Tabarani ; As-Sayuti : Hadis Hasan)
PENYEBAB SEMAKAN KEMBALI FATWA
Namun persoalan yang tidak kurang penting adalah bukan isu wang zakat minyak untuk diagihkan kepada negara Islam lain, tetapi lebih DIBIMBANGI ia tidak sampai langsung kepada rakyat negara itu sendiri.

Ia hanya jatuh kepada poket individu tertentu dari kalangan pemimpin. Inilah yang merisaukan sehingga terdapat ulama yang mula memikirkan fatwa berbeza. Ia bagi memastikan hasil minyak negara MAMPU sampai kepada rakyat yang betul.
Pun begitu, bagi saya ia masih belum mampu menjamin apa-apa sekiranya individu yang mengendalikan wang zakat dan pembehagiannya juga jenis TIDAK TAKUT ALLAH dan hanya memikirkan perut dan nafsu mereka. Tidak mampu dinafikan tidak sedikit individu yang sebegini.
Lihatlah betapa gagalnya sebuah negara jika mereka gagal mendidik kualiti diri individu dengan Islam. Sebaik manapun pemimpin, jika menteri-menterinya, pegawai-pegawainya korup dan berhati rakus harta. Semua perancangan baik pemimpin yang baik akan menjadi hancur berkecai. Keadaan akan menjadi semakin dahsyat JIKA PEMIMPIN itu sendiri berhati rakus. Maka pemipin yang baik mestilah memberi tumpuan utama kepada pentarbiyahan KAKITANGAN mereka terlebih dahulu bagi melaksanakan kebaikan menyeluruh.
Kerana itu, walaupun sebuah negara itu punyai banyak hasil mahsul dan pendapatannya, ia pasti gagal dimanfaatkan oleh rakyatnya, tidak kirlah sebanyak manapun bangunan tinggi yang dibina dengan megahnya. Namun rakyat masih menderita.
Negara hanya akan berjaya jika pemimpin berjaya membina bangunan iman dan taqwa yang tinggi dalam jiwa kakitangan dan rakyatnya. Inilah tugas yang paling rumit dan sukar. Inilah kejayaan baginda nabi s.a.w. Tatkala itu, tanpa bangunan tinggi, litar Formula 1, lapangan terbang terbesar, jambatan terpanjang dan mercutanda hebat, rakyat dalam negara akan merasai kemajuan yang tiada tolok bandingnya (walaupun tanpa bangunan tinggi).
KESIMPULAN
Menurut hukum Islam yang asal, hasil
mahsul minyak dan mineral lain mestilah dalam kawalan dan perancangan bijak
pemimpin sesebuah negara. Pemimpin
bukanlah bermaksud untuk kegunaan peribadi dan kroni-kroni tetapi adalah untuk
kegunaan rakyat. (Al-Ijtihad in Shari`ah, Al-Qaradawi, cet Dar Al-Qalam, Kuwait)
Namun begitu diakibatkan oleh gejala tidak sihat di kalangan pemimpin yang tidak amanah sehingga
hasil minyak sesebuah negara tidak sampai kepada rakyatnya, mungkin kerana itulah
al-Azhar mengeluarkan fatwa terkini bahawa perlunya zakat minyak dikeluarkan oleh
sesebuah negara agar ia sampai kepada rakyat miskinnya.
Justeru, disebabkan setiap negara punyai keadaan dan situasi masing-masing, adalah tepat jika Majlis Fatwa Kebangsaan dapat membincangkan isu ini dengan telus. Sama ada mereka bersama fatwa Al-Qaradawi dan majoriti ulama silam, atau bersama fatwa Badan penyelidikan Al-Azhar yang terkini.
Namun masalah yang
dihadapi oleh Majlis Fatwa dalam hal ini adalah, saya difahamkan bahawa
Majlis fatwa sudah menghantar surat rasmi kepada PETRONAS untuk
berbincang hal zakat ini. Namun surat rasmi itu kelihatan tidak
diendahkan oleh mereka.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
16 Jun 2008
INi berita asal dalam bahasa arab
أقر مجمع البحوث الإسلامية التابع للأزهر الشريف، في جلسته المنعقده ظهر اليوم الخميس، فرض زكاة مقدارها 20 % على (الركاز) وهي كل ما يخرج من باطن الأرض وتشمل البترول ومشتقاته والمعادن ـ عدا الذهب والفضة .
وفي تصريحات خاصة لشبكة الأخبار العربية "محيط" قال الدكتور محمد رأفت عثمان، أستاذ الفقه المقارن بجامعة الأزهر ورئيس لجنة البحوث الفقهية بالمجمع، أن الأعضاء قد اتفقوا على وجوب إخراج الدولة للزكاة عن البترول ومشتقاته باعتبارها المالك الوحيد لكل آبار وحقول البترول، وذلك استنادا إلى حديث الرسول ـ صلى الله عليه وسلم "في الركاز الخُمس".
وأشار إلى أن الأعضاء اتفقوا أيضا على أن نسبة الزكاة على استخراج الذهب والفضة من باطن الأرض هي ربع العشر أي 2.5 بالمائة.
وعن كيفية تحصيل هذه الزكاة من الدولة أوضح د. عثمان أن هذا القرار بوجوب إخراج الدولة للزكاة على "الركاز" هو مجرد فتوى تظهر الحكم الشرعي ولكننا لا نستطيع إجبار الدولة على إخراج تلك الزكاة.
كان أعضاء لجنة البحوث الفقهية بمجمع البحوث الإسلامية قد طالبوا في اجتماعهم الاثنين الماضي بضرورة تحصيل قيمة الزكاة علي منتجات ومشتقات البترول، بنسبة 20% لصرفها في مصارفها الشرعية.
واتفق أعضاء اللجنة علي ضرورة فرض الزكاة علي البترول ومشتقاته، بنسبة 20%، استنادا إلي حديث النبي، (في الركاز الخمس) وكلمة "الركاز" تشمل كل ما يخرج من باطن الأرض.
وكان الدكتور محمد شوقي الفنجري، أستاذ الاقتصاد في جامعة الأزهر، هو الذي تقدم بطلب رسمي إلي مجمع البحوث الإسلامية، لتحديد موقف الشريعة الإسلامية من تحصيل قيمة الزكاة علي البترول ومشتقاته، وأعدت اللجنة تقريرا شاملا تم عرضه اليوم في الاجتماع الشهري لمجمع البحوث الإسلامية الذي يعد أعلى جهة بالأزهر الشريف ويرأسه شيخ الأزهر الدكتور محمد سيد طنطاوي.
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
just nk mnta yr expert opinion iaitu klau kita ada ada 2 Islamic facility i.e. personal financing (PF) & credit card (CC) mana yg patut disettle dulu (kbetulan ada pitis yg hanya bole byr salah satu aje)? yg jd musykil sbb klau xsettle PF instalment dia bln2 tinggi tp legalh kalau dh abis byr. xsettle CC mothly profit charge plak tinggi tp instalment dia flexy/ rendah skit. tq?
Seperti yg sedia makum, saidina Abu Bakar telah memerangi orang-orang Islam yang TIDAK mahu membayar zakat termasuk pemimpin.Oleh, sepatutnyalah Pertronas membayar Zakat dahulu (bakinya boleh dikira cukai) kepada Ummah untuk pembangunan ekonomi Islam, pendidikan Islam, kebajikan isteri-isteri dan anak-anak tahanan ISA dan asnaf-asnaf dll kerana hasail kekayaan bumi Allah SWT adalah juga untuk asnaf-asnaf yang berhak menerimanya.Wslm.
UZAR : Banyak ..namun belum sempat artikel berkenaannya
www.petrolsubstitute.com
Sape2 yg mekanik kerete atau pakar dlm bidang teknikal bolelah cuba buat ni. Pas tu ajar kat members atau jual kat org ramai. Takyah pekeran dgn kenaikkan harge minyak.
Bekenaan dgn jual beli emas perhiasaan ( seperti gelang,cincin & sbagainya ) dlm pertangguhan @ ansuran.
Jd jika dilihat ianya mmpunyai perselihan ulamak tentang hukum trsebut. Pandangan jumhur fuqaha' tetap mgharamkan jual beli emas n perak secara brtangguh atas Illah 6item riba yg Nabi sebut tu,...
manakala ada yg mngHARUSkannya dari pandangan Ibnu Taimiyah n Ibnu Qaiyim yg mgatakan PERHIASAN emas & perak trsebut tidak termasuk dlm kategori jenis2 emas n perak biasa, dan sy juga dapati hujah2 yg mreka kemukakan tu agak konkrit..n ada kebenarannya..
cth hujah mereka " perhiasan Emas & perak bkn termasuk dlm illah riba(jinsiatul asman) bg emas n perak..pnjg lg prbhsannya...blh dirujuk dlm kitab Dr Umar Abdullah Kamil.." rukhsah Syar'iyah"..
wlubagaimana pun perbincangan Majmak Fiqh Islami yg brtempat di abu dhobi pd tahun 1995 keputusannya : "jual beli Emas & Perak dengan Cek Musoddaqat hendaklah dilakukan secara Taqabut Fil Hal..(secara segera) jadi adakah keputusan mereka itu termasuk juga menqiaskan kpada PERHIASAN Emas n Perak...? sebab secara zahirnya jika kita lihat keputusan tersebut agak ringkas juga kerana seolah-olah hanya mgkhususkan emas n perak shaja bkn termasuk BARANG PERHIASAN emas n perak..
bagaimana ustaz..? adakah hukum trsebut telah diperbahaskan semula baru2 ini....?
UZAR : DARI SUMBER YANG TELAH DINYATAKAN..CARI LINK
Mengikut sumber ini, zakat petronas boleh juga ditukarkan jadi BIASISWA untuk orang Islam. Menurut Tengku Razaleigh.
Perbincangan di atas pun samaada zakat Petronas perlu dibayar ataupun tidak masih ada percanggahan pendapat dikalangan ulamak. Nampaknya ramai pembaca sudah menjangkaui ulama-ulama terbabit.
Nak menunjuk dan riak serta bangga diri bahawa pemimpin negara ini berjiwa Islam dengan membina masjid bak mahligai..
Malangnya ada pula yang tergamak bina Masjid Kristal untuk berbangga dengan konsep tamadun Islam kononya..
Hmmm,saya rasa pun Pentronas patut membayar zakat.Jika mereka senyap memanjang,mungk in Petronas ini diperintah oleh "Elite" yg tidak cenderung untuk mengikut Islam atau mereka diperintah oleh orang Politik.
W/pun begitu rakyat tidak sepatutnya menggunakan harta Petronas tanpa memikirkan masa depan.Gaya dari keluhan mereka seolah2 mahu gunakan petronas untuk selesaikan masalah harian mereka.Saya rasa ini tidak bijak.Petronas seharusnya diberi peluang untuk melabur,meluask an perniagaan,memb esarkan asset,meningkat kan kepakaran rakyat,memacu pembangunan dsbnya.Apa yg patut disumbang petronas dalam bentuk zakat (sepatutnya),28 % cukai dari pendapatannya,d an sumbangan2 lain sudah memadai untuk dinikmati.Negara2 maju pun tak gunakan kekayaan syarikat minyak mereka untuk bayar harga minyak rakyat.Kalau harta tu digunakan terus ia akan habis,kalau dilaburkan mungkin akan membesar dan pada masa akan datang sumbangan dalam bentuk cukai,zakat dll akan lebih besar lagi dari apa didapati jika dibelanjakan terus.Terutamanya pasal minyak kita akan habis,mana nak cari lagi bila ia habis.
Harta negara tidak saja digunakan untuk bayar gaji rakyat,bantuan rakyat,malah digunakan juga untuk pembangunan,ker ana pembangunan akan mendatang hasil kepada negara,mentadan gkan hasil kepada rakyat juga dalam bentuk peluang pekerjaan,keran cakan ekonomi,kemudah an infrastruktur dsbnya.
Cara paling baik untuk atasi masalah kenaikan harga minyak ialah kurangkan pengunaan minyak.Pergi surau jarak 100 atau 200 meter jalan kaki atau naik basikal,pergi stesen LRT,komuter jalan kaki atau naik basikal,gunakan kereta yg lebih kecil cc,gunakan NGV atau sistem enjin air+minyak dsbnya.Disamping kita boleh kurangkan penggunaan minyak.kita boleh selamatkan ecology sistem,menyihat kan badan dll.
Pemerintah hanya bertanggungjawa b menguruskannya; bukannya mengambil keuntungan atau pun memberikan konsesi kepada pihak lain atas maksud raih keuntungan.
Diberi penekanan bahawa sistem ekonomi kapitalis kufur ini adanya penindasan dan kezaliman.
Ya.. jika tiada zakat rikaz maknanya wang itu adalah wang milik penuh negara dan ianya untuk dibelanjakan bagi kebajikan rakyatnya. Tapi ke mana pegi semua wang ini sehingga kita sendiri pun pelik kemana semunya dibelanjakan? Kerajaan perlu jawab.
juga beberapa projek di tripoli dan benghazi libya...padang pasir..tetapi dibangunkan sebagai green township...siap dengan sungai di tengah2 perbandaran dan kawasan hijau untuk oksigen ..projek tu 60,000 penduduk dan 120,000 penduduk..
padang pasir yg ketandusan subur kembali
setiap umat oleh para nabi..sampai waktunya...akan hancur...
dan kehancuran umat muhammad s.a.w..adalah kiamat...
salah satu tanda yg besar juga.. "emas hitam" ini...
Terima kasih ustadz kerana highlight benda ni. Saya selama ni duk ingat Petronas ni bayar zakat, at least zakat perniagaan. Rupa2nya tak pernah bayar zakat macam lain2 syarikat milikan muslim.
Kita doakan moga2 ALLAH lembutkan hati pemimpin negara & kumpulan pengurusan atasan Petronas, amin.
sy ingin bertanya tentang E-Jariah( satu sistem tambah pendapatan). adakah sistem ini dibolehkan dlm Islam?
maklumat lanjut di www.e- jariah.net/ apigm
kawan saya tanya,bleh tak jual jual lama dengan harga mahal.. duit RM1 yg ada tandatangan permaisuri agong dahulu aisyah ada pembeli nak beli dengan harga RM30. bagi saya haram sebab bila RM dgn RM mesti sama kuantiti, dan lagi menjual duit yg asalnya haram dan diharuskan untuk muamalah. betul tak uzar?
Pemikiran bahawa "Kerajaan sudah banyak menyumbang kepada rakyat" adalah tidak tepat kerana sebenarnya duit yang 'disumbangkan' itu adalah duit rakyat!
Ibarat saya ambil duit Uzar RM100 then bagi balik pada UZAR pastu canangkan ke serata dunia bahwa saya sudah MENYUMBANG kepada UZAR. Adake macamtu? Poning..poning
Jomlah pakat pilih pemimpin bertaqwa BILAMANA ADA RUANG UNTUK MEMILIH (tunggu 4 tahun lagilah gamaknye).....
Saya bersetuju dengan pendapat uzar, ! Tetapi kebenaran tetap kebenaran.
Apa guna kemajuan tetapi rakyat menderita.Itulah konsep yang ditinggalkan oleh penjajah.
Kita masih dijajah oleh bangsa sendiri! Setiap pembangnan yang dilakukan peratus kosnya akan mengalir ke akaun pemimpin itu, percaya atau tidak, fikir-fikirkanlah.
Wassalam....
RSS feed for comments to this post