Kewangan Musim Inflasi : Jangan Perangkap & Bunuh Diri

Musim Inflasi : Jangan Perangkap & Bunuh Diri

  • PDF
(16 votes, average 5.00 out of 5)

Musim Inflasi : Jangan Perangkap

& Bunuh Diri

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

hutang ke mati

 

Tekanan akibat kenaikan harga minyak semakin kelihatan meracuni pemikiran rakyat berpendapatan sederhana dan rendah sudah tentu. Menurut Bank Negara Malaysia, inflasi dicatatkan setinggi 7 % pada bulan Jun 2008. Kadar faedah bank pula sudah kedengaran akan menaik sekurang-kurangnya 0.25 % hingga ke 0.5 %. Demikian juga info dari rakan-rakan di bank walaupun ia dikatakan masih tahap ‘cakap-cakap' sahaja.

Apa yang diperhatikan, mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah terutamanya kelihatan cuba mendapatkan penyelesaian sementara yang kelihatan melegakan, namun hakikatnya ia menawarkan kehancuran dan bala di masa hadapan. Iaitu apabila mereka semakin berjinak-jinak dengan penggunaan kad kredit.

Apatah lagi hari ini individu berpendapatan sekitar RM 1,500 juga sudah layak untuk memiliki kad kredit. Malah, laporan menyebut penduduk kawasan luar bandar yang sebelum ini jarang menggunakan kad kredit mencatat peningkatan hingga 30 peratus.

Saya berkata demikian apabila membaca berita berikut :-

"Penggunaan kad kredit untuk urusan pembelian minyak di stesen minyak seluruh negara meningkat antara 15 hingga 20 peratus sejak kerajaan melakukan penstrukturan semula subsidi minyak awal bulan ini.

Penggunaan kad kredit paling ketara adalah bagi urusan pembelian diesel yang kini mencecah 95 peratus, berbanding sebelum ini hanya 80 peratus. Kebanyakan pengguna diesel adalah kenderaan perdagangan.

Berkuat kuasa 4 Jun lalu, harga petrol dan diesel mencatatkan kenaikan masing-masing 40.6 peratus dan 63.3 peratus.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Mejar (B) Abdul Wahid Bidin, berkata pembelian petrol menggunakan kad kredit pula meningkat kepada 75 peratus daripada 55 peratus. "
 

Malah, katanya penduduk kawasan luar bandar yang sebelum ini jarang menggunakan kad kredit mencatat peningkatan hingga 30 peratus.

Beliau berkata, kad kredit digunakan kerana mudah dimiliki berikutan syarat kelayakan yang minimum seperti hanya perlu berpendapatan RM1,500.

"Antara sebab peningkatan penggunaan ini ialah pengguna tidak perlu membayar tunai, sebaliknya boleh dijelaskan sebelum tarikh akhir pembayaran kad kredit.
( Sumber )

HANTU KAD KREDIT RIBA

Saya kerap mendedahkan dalam kuliah-kuliah berkenaan pertemuan saya dan rakan-rakan ketika berkhidmat di sebuah bank Islam dengan beberapa pegawai tinggi syarikat pengeluar kad kredit.

Secara terus terang mereka berkata, sasaran dan harapan mereak dari pelanggan adalah agar pelanggan sentiasa lambat bayar dan gagal bayar on time' sehingga menyebabkan mereka mampu meariah interest yang lebih tinggi. Mereka juga tanpa segan silu mengatakan, kurang gemar dengan pelanggan yang kerap membayar penuh kos kegunaan mereka pada setiap bulan. Bagi mereka orang sebegini patutnya pergi menggunakan kad caj berbanding kad kredit.

Bayangkan, betapa dahsyatnya bisnes kad kredit ini. Ia bisnes cekik darah orang melalui kelemahan manusia lain. Ia juga sentiasa merangsang nafsu membeli pelanggan kerana terasa mudah. Mana tidaknya, mampu membeli tanpa mempunyai atau membawa duit di ketika itu.

Disebabkan itu, saya katakan ia menawarkan kenikmatan sementara tetapi kecelakaan masa depan.

Jika anda masih belum faham maksud saya, setiap kad kredit menawarkan kepada pemegangnya kelayakan berhutang dengan jumlah tertentu, katalah RM 5000. Justeru pelanggan boleh membeli apa jua selagi jumlah RM 5000 belum dicapai.  Setiap pembelian yang dibuat menggunakan kad ini, pihak pengeluar kad akan beroleh komisyen dari penjual atau pekedai sekitar 1 - 2.5 %. Ini pendapatan pengeluar yang pertama.  

Kemudian, pihak pengeluar kad akan membayar setiap harga yang dibeli oleh pelanggan. Dengan demikian telah sah bahawa si pelanggan berhutang dengan pengeluar kad.

Namun hasil target ‘jahat' si pengeluar kad, mereka MEMBENARKAN pengguna tadi membayar 5 % dari harag yang mereka guna sahaja terlebih dahulu. Bermakna jika, pelanggan guna sebanyak RM 4000, mereka hanya dikehendaki bayar minimum sebanyak RM200 sahaja. Baki sebanyak RM 3800 DIGALAKKAN oleh pengeluar kad agar pelanggannya melenagh-lengahkannya. INi kerana mereka akan mengenakan interest sebanyak 15-20 % ke atas baki RM3800 itu. Dengan cara ini, meraka akan perolehi untung besar-besaran dan pelanggan akan semakin hampir kepada muflis dan tenggelam dengan hutang dan interestnya.

Inikah yang disukai dan diingini oleh pengguna kad kredit?.. Kelihatan anda mudah sementara di stesyen minyak dan pasaraya namun rupanya anda MENGORBANKANNYA DENGAN MENANGGUNG BEBAN interest sebesar 15-20 % yang amat merugikan untuk jangka panjang di dunia dan akhirat.!!!

Kerugian di dunia akan bermula dengan tekanan-tekanan hutang yang semkain menggila dan akhirnya boleh menyebabkan pengguna tertekan dengan begitu dahsyat sehingga macam-macam perkara buruk berlaku. Mungkin salah satu kesannya adalah sebagaimana yang tercatat dari petikan berita di bawah :-

"Bebanan hutang dan tekanan perasaan dikatakan menjadi punca seorang ibu sanggup bertindak di luar batasan dengan cuba membunuh dua anak kandungnya di Seri Kembangan dekat sini, kelmarin.

Dia yang bekerja sebagai jururawat dipercayai memaksa kedua-dua anak perempuannya yang berusia enam dan empat tahun minum racun rumpai selepas mendakwa cecair itu hanya air kosong.

Bagaimanapun, dia hanya sempat memberi racun itu kepada anak yang berusia enam tahun selepas seorang lagi menjerit dan menangis sekuat hati.

Difahamkan, hasil siasatan awal, wanita yang mempunyai tiga anak itu memberitahu dia melakukan perbuatan berkenaan KERANA MENGALAMI TEKANAN PERASAAN DAN MENANGGUNG HUTANG YANG BANYAK.
( Sumber

JIKA GUNA TAPI BAYAR PENUH SETIAP BULAN

Saya dapati ramai yang bertanya saya soalan ini. Mereka menggunakan kad kredit namun membayar penuh setiap jumlah kegunaan mereka dalam tempoh 20 hari yang terawal. Dengan cara ini tiada sebarang interest dikenakan, dan tatkala itu kad itu hanya seperti Kad Caj. Adakah halal?

Jawapnya telah saya ulas keputusan Majlis Fiqh dunia dalam artikel lepas. Kesimuplannya IA TETAP HARAM kerana sebagaimana yang diberitahu sebelum ini, setiap pembelian menggunakan kad kredit riba dari bank konvensional ini, pihak bank akan mendapat komisyen sekitar 1 peratus hingga 3 peratus daripada pihak penjual. DENGAN DEMIKIAN, INI JELAS MENUNJUKKAN PENGGUNA MENYOKONG INDUSTRI RIBA UNTUK BERKEMBANG, iaitu dengan memberikan lagi keuatan kepada mereka, lebih kurang sama dengan memberikan upah dan komisyen kepada perompak dan pembunuh atas kerja jahatnya. Bukankah itu dosa yang jelas..

Dosanya sama seperti mereka yang terlibat dengan riba secara langsung. Taubatlah. Tiada lagi alasan untuk menggunakannya, terutama di waktu wujudnya kad kredit Islam dank ad caj Islam yang diiktiraf Visa dan Mastercard, bermakna ia diterima di seantero dunia.

Berfikirlah berlandaskan Islam di musim kaya, miskin dan sukar, nescaya Allah melapangkan jalanmu.

Apa yang perlu dibuat sekarang!!! Ikutilah gambar di bawah jika kad anda adalah kad kredit riba.  Nescaya anda selamat.

 

Kenduri Potong kad kredit Riba

 

Selamat memotong...agar tidak dipotong...

Sambil itu bertaubatlah dari kesilapan dan kelekaan dahulu. Bertaubatlah seikhlasnya sementara nafas masih ada wahai diriku dan sahabatku..Allah maha pengampun. Dengarkan MESEJ YANG AMAT BAIK pesanan melalui nasyid ini.

 

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

3 Julai 2008

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #54 wang sewa kpd pembelialisa 2012-02-29 23:02
salam. doc, sy tlh mjual rumah kpd kakak. dia tlh mbyr sebahagian harga rumah tersebut dan sebahagian lagi akan dijelaskan selepas semua urusan tukar nama selesai. rumah itu telah disewakan selama ini. soalan saya, apakah bilakah sepatutnya sy serahkan wang hasil wang sewa itu kpd kakak? krn sy bpendapat setelah dia selesaikan baki ttp dia berpendapat wang sewa itu perlu diserahkan kpdnya sebaik dia telah mjelaskan sebahagian jumlah tersebut. terima kasih
Quote
0 #53 Kad debitZali 2010-12-04 08:30
Assalamualaikum Ustaz,
Bukankah kad debit islam juga menggunakan jenama Mastercard/Visa/Amex yang mana pengeluar kad ni jugak dpt komisyen?Pengeluar kad masih lagi dpt untung yg sama walaupun kad kredit yg ditawarkan adalah kad kredit islam. Melainkan kad debit/kad caj tersebut menggunakan jenama selain drp visa/mc/amex..sy ada lebih 3 kad kredit biasa dan 1 kad caj sejak 5 tahun lepas dan sehingga kini (insya Allah) masih lagi pernah berhutang dgn bank. semua kad saya byr penuh setiap bulan dan dgn adanya kad kredit ni, segala urusan pembelian online dan perbelanjaan besar di pasr raya mudah sebab tidak perlu mengeluarkan di mesin atm yg ramai beratur. Ramai kawan sy ada kad kredit yg byk dan dah lama pakai tetapi tidak pernah berhutang. Ini semua bukan masalah bank tetapi masalah nafsu manusia yang suka berbelanja.
Quote
0 #52 sikit2 kurangkan hutangFatimah Binti AB Rahman 2010-02-08 18:21
dulu saya ada kad kredit. 2 keping masing2 RM3000 + Rm3000. lama2 utang bertambah, beli hanphone sony la, shopping bawah rm50 pun pakai kredit card. yela TESCO tak de minimum untuk berhutang. lama2 terpikir ruginya berutang, tiap2 bulan kene bayar. dah2 ptptn pun lum abis. sekarang dah takde kad kredit, dapat pakai duit2 untuk bayar ptptn. insya allah bulan 9 2010 abis bayar secara ansuran. pasni pk nak saving kat tabung haji, insha allah ujung bulan Feb 2010 ni. boleh bantu hubby bukak akaun kat tabung aji. Allah pun dah bagi kekuatan utk saya n hubby bayar zakat.
Quote
0 #51 Mimie 2008-07-23 05:23
Salam.. Kesimpulannya, jauhilah kad kredit yg jelas haramnye.. Berbelanjalah ikut kemampuan diri. sepatah kata orang2 tua, ukur baju di badan sendiri.. Membeli dengan tunai, insyaAllah, selamat.. Kalau rasa mahal, kumpul duit kemudian beli.

p/s :- memang tak pernah pakai kad kredit ni sebab pada saya orang miskin je pakai kad kredit (maaf jika ada yg terasa) sebab orang yang ada duit, mesti bayar tunai punya..

insyaAllah akan pakai kad debit islam untuk urusan jual beli tanpa perlu bawa wang tunai banyak2..berbelanja dgn duit sendiri, hati pn senang, tak fikir hutang.. :-)
Quote
0 #50 oskib.blospot.com 2008-07-17 03:27
salam.. ustaz bagaimana pula ye kalau kerja di syarikat broker saham? halal atau haram?

uzar : lihat kepada apa saham yang kita jadi broker
Quote
0 #49 kamarul 2008-07-16 02:58
uztaz sy ada kemuskilan sikit sbb sy menggunakan kad kredit bank islam sy nk tanya adakah segala urusan menggunakan kad ini halal sbb sy slalu menggunakannya..kalau baleh sy ingin mendengar pendapat ustaz mengenai kad kredit bank islam ini :-?
Quote
0 #48 Mohd Razani 2008-07-09 09:29
Berhutang boleh... tapi pastikan anda ada perancangan yang rapi untuk membayarnya semula.
Quote
0 #47 saye 2008-07-09 09:24
salam.. nak tanye la, ade tak pengganti yg bole mengantikan kad kredit sbb saye ni byk berurusan secara online dan bukan semua urusan online tu mendapat sokongan dari online banking cth cimb click atau maybank2u

uzar : Banyak..cari di web ini. biar lebih rajin inshaAllah.
Quote
0 #46 Sufie 2008-07-08 04:52
Assalamualaikum ,

Lupakan terus kad kredit.Tanpa hutang insyallah hidup lebih bahagia.
Quote
0 #45 ikankekek 2008-07-06 20:14
salam
mulai 1 julai aritu, banknegara mengklasifikasi kan interest kpd pengguna kad mengikut profil pembayaran 12 bulan mereka.
So, sesiapa yang sepanjang 12 bulan lepas, menjadi prompt paymaster (sering bayar full payment), jatuh dalam tier 1, dan sesiapa yang bayar minimum shj setiap bulan boleh jatuh dalam tier 2 atau tier 3.
Interest dalam setiap tier juga berbeza. Boleh rerfer kat mana? bank pun sebab pekeliling dah dikeluarkan.
Masalahnya, takut sahabat? kita ni tak aware dengan perubahan ni, sebab interest akan dikenakan setiap hari, bermula dari POSTING DATE, iaitu 1-7 hari dari hari pembelian.
Takut bila interest dah berganda?, terkena pula caj Exces Limit, baru nak marah? orang lain.
Perubahan 1 julai ni memang berlainan lansung dengan dengan cara pengiraan interest kredit kad seperti yang dipraktik di malaysia sebelum ini.
Harap membantu.

UZAR : Thanks atas maklumat, namun saya kira info yang diberikan agak sukar difahami oleh orang yang tak berapa biasa dgn bank. Ini cabaran utama amenulis tentang urusan perbankan kepada orang awam..iaitu memikirkan bagaimana ingin memudahkan kefahaman mereka.
Quote
0 #44 Cahaya Hidup 2008-07-06 20:02
Salam UZAR...

Saya baru je nak apply kredit card (dah siap isi form dan print payslip plak tu) tapi tetiba tergerak hati nak baca website UZAR dan terus terbaca artikel nih...ape lagi terus tak jadi apply la...syukur kerana dilindungi dari terlibat dengan riba...thanks UZAR kerana berkongsi ilmu utk kebaikan bersama...

Saya harap UZAR dapat berkongsi lebih banyak ilmu terutamanya tentang cara menguruskan/penggunaan kewangan dalam Islam...
Quote
0 #43 HaTiFi 2008-07-06 20:01
slm UZAR,
sebelum ini, UZAR ada menyatakan bahawa kad debit hanya boleh digunakan jika kad tersebut bersumberkan A/k Islam dan bukan Konvensional.
Soalan saya, bagaimana pula dgn kad debit yg tidak memerlukan A/k simpanan spt TuneMoney Visa, AmBank NexG dan MOL Freedom?? Utk lebih jelas, kad ini adalah seperti kad Touch&Go, deposit duit, baru boleh pakai..
Maklumat lanjut, klik ambg.com.my/.../... www.molfreedom.com/; www.tunemoney.com/.../

2. Terlanjur berkata tentang kad Touch&Go (TnG), apakah pandangan UZAR mengenai penggunaan kad ini? Sebelum ini jika tidak silap saya, pihak TnG mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 3% kpd penyedia perkhidmatan spt RapidKL dan PLUS. Jika saya menggunakan kad ini, saya dikira menyokong perbuatan menindas RapidKL dan PLUS, jika tidak digunakan pula, saya pula 'ditindas'. Sebab saya menyatakan demikian, tanpa menggunakan kad TnG, saya perlu beratur panjang di plaza tol semasa ke pejabat dan pulang ke rumah. Perbuatan ini boleh pula menyebabkan pembaziran masa dan tenaga yg begitu beharga.

Teriama kasih ada kesudian UZAR utk membaca persoalan saya.
Quote
0 #42 SAIFULBAHRI 2008-07-05 20:47
Salam semua,

Memang tidak dapat dinafikan penggunaan kad kredit sekarang mmg ketara tapi pada pendapat saya, semuanya atas diri sendiri.Bijak berbelanja, selamat keluarga.

Minyak naik, barang naik, gaji tak naik-naik jugak. Memang tertekan dibuatnya. Salah satu penyelesaian ialah dengan meminimumkan perbelanjaan seisi keluarga kepada kadar yang perlu.

Macam saya, sekarang ni pergi kerja buat bekal makan isteri masak awal pagi.

Mula-mula memang rasa kekok juga. Rasa macam orang lain tgk kita bawak bekal makanan. Tapi balik pada diri sendiri, kalau kita susah ada mereka nak tolong ke? Lagipun kita bukan buat kerja salah. Sedar tak sedar banyak jugak jimat.

Kepada yang pergi kerja naik kereta tu ubahlah kepada pengangkutan awam. Kalau tak boleh jugak, pakai motor. Banyak boleh jimat. Hujan panas tu biasala mula-mula, nanti dah biasa tahula apa nak buat. Saya isi minyak motor pun guna kad kredit AmBak A-taslif, hujung bulan bayar penuh.(Lucu? isi minyak motor pun pakai kad kredit, dah sekali full tank pun nak masuk RM10.)

Yang penting, siapkan kira2 bulanan keluarga supaya senang nak budjet dan tak "over expenses".

Apa-apa pun berdoa dan tawakkal kepada Allah. Sesungguhnya hanya DIA yang Maha Kaya atas setiap sesuatu. Apa yang kita ada, bersyukurlah, ramai lagi yang menderita di luar sana.

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.- AQ:Ibrahim(14):7
Quote
0 #41 abu saifulllah 2008-07-05 20:44
uzar, kalau bayar penuh sebelum kena interet pun haram ye. Tu kalau beli barang pa tu peniaga dapat komisen tu pasal haram. Tapi kalau saya keluarkan cash dari mesin atm pas tu bayar penuh tanpa tunggu kena interest mcm mana pulak??? mana ada peniaga dapat komisen... hehe, cek mate dah ni
Quote
0 #40 chehussin 2008-07-05 20:44
assalamualaikum

"Bercakap tentang Ustaz Zaharudin, ingin saya bertanya - adakah saudara pernah belajar secara bertalaqi dengan beliau atau sekadar melawat blognya sahaja? Adakah saudara pernah berbai'ah untuk menjadi muridnya atau sekadar memberi satu dua komen di Shout Boxnya? Berapa banyakkah kelas pengajian agama Ustaz Zaharudin yang pernah saudara CheHussin sertai? Adakah Ustaz Zaharudin mengenali saudara? dan adakah beliau mengiktiraf saudara sebagai anak muridnya? Berapa banyakkah jurnal Muamalat al-Islamiyyah karangan Ustaz Zaharudin yang saudara baca? Jika saudara pernah membaca, bolehkah saudara sertakan tarikh jurnal itu dikeluarkan, nama penerbit dan volume bagi jurnal itu? Oleh itu, bagaimanakah kedudukan "Knowledege" dalam konteks ini jika saudara bukan anak muridnya secara rasmi?"

Saya ada reply kat lawan web...saya kata www.zaharudin.net ada banyak knowledge ..lepas tu dia jawap cam diatas. soalan saya perlu ke kesemua diatas jika nak ambil informasi untuk tambah pengetahuan
Quote
0 #39 ahmad 2008-07-05 20:41
masalahnya bank islam pun ada tawar kat kredit. apa hukumnya ustaz. bank islam pun galakan orang hutang
Quote
0 #38 kaamal 2008-07-05 20:39
e-mail ustaz ? saya nak beritahu sesuatu ttg buku solat sempurna ustaz...

UZAR ; zaharuddin@yaho o.com
Quote
0 #37 Ita 2008-07-05 20:38
Drp maklumbalas2 yg diterima, alhamdulillah nampaknya ramai yg nak kembali pada sistem Islam.

Bukan saja mengenai kad kredit & sistem perbankan, malah keseluruhan undang2 & sistem Islam diharap dapat dilaksanakan nanti di Msia ni.

Tapi dah tentu ada bangkangan kerana: masih tak faham (jahil), faham tapi tak mau terima, dan kerana dah sebati susah nak terima & berubah .

Mudahan2 ramai umat Islam termasuk saya & keluarga terutamanya menerima & mengamalkan .

Teruskan penerangan dlm bahasa yg mudah dan jelas.
Selamat berangkat ustaz.
Quote
0 #36 ikankekek 2008-07-05 20:37
salam
masih nak guna kredit kad ke?
Bengnegara dah tukar cara pengiraan interest bermula dari hari kad di caj kan...takde lagi 20 hari tanpa interest.
Quote
+1 #35 zamputera08@yahoo.com 2008-07-05 20:36
Salam..

Tahniah UZAR kerana berjaya m'nyambung pelajaran sehingga peringkat tertinggi..

semoga dgn gelaran (Dr.) yg byk ilmu dan dapat d'kongsikan bersama suatu hari nanti lebih2 lagi soal kewangan islam.juga ilmu agama..TAHNIAH dan semoga berjaya!!!UZAR boleh d'jadikan contoh terbaik!!!

berbalik kepada isu 'kad plastik' ni..pihak2 bank konvensional memang mempunyai strategik tersendiri untuk menggandakan keuntungan mereka dgn menjanjikan pelbagai hadiah dan kemudahan supaya menarik perhatian pengguna..caj-2 yg dikenakan juga agak tinggi..disinilah perlunya kesedaran kita sebagai pengguna utk memikirkannya..apa yg paling penting pengguna haruslah bijak mengawal kewangan lebih2 lagi dalam keadaan harga barangan mahal dan inflasi tinggi skrg ni..
kita boleh menukar corak perbelanjaan dari kad kredit ke kad debit.jika kita menggunakan kad debit.kita akan lebih berhati-hati d'sebabkan apa yg ingin d'belanjakan adalah wang 'tunai' kita sendiri..jika kad kredit kita x nampak kesannya yakni apa yg d'fikirkan guna dulu bayar kemudian..kehendak juga haruslah d'sekat..berbelanja jgnlah mengikut hawa nafsu..'fikir sebelum beli'
Quote
0 #34 escude 2008-07-04 20:00
salam..kesian pulak tgk uzar...dekat2 nak berangkat makin banyak pulak soalan yang datang..sabor jela..orang berilmu itulah cabarannya..dari sini nampak masih ada masyarakat yang dahagakan ilmu..
Quote
0 #33 mz_rainbow 2008-07-04 17:36
Salam ustaz...

Saya tidak menggunakan kad kredit, tetapi bercdang mengambil pinjaman peribadi Bank Rakyat untuk menjelaskan hutang2...
Bagaimana dengan pinjaman peribadi ustaz?
Quote
0 #32 ungu73 2008-07-04 05:56
Salam ustaz,

Terima kasih jawapan ustaz tadi. Sempat juga ustaz menjawab soalan saya walaupun ustaz sibuk sebab esok ustaz nak berlepas .Saya ucapkan selamat jalan dan selamat menuntut ilmu.
Quote
0 #31 mawarkg 2008-07-04 03:05
salam UZAR

selamat berangkat. semoga dengan bertambahnya ilmu ustaz dapat juga dikongsi -kongsi dengan kami.

semoga Allah mempermudahkan urusan pengajian ustaz. Ameen
Quote
0 #30 Arrie 2008-07-04 03:05
Salam UZAR,

HARAM kerana menyokong industri RIBA. Bagaimana dengan penjual, adakah mereka juga bersubahat menyokong industri ?

Bagaimana pula penjual buku AGAMA, mereka juga membenarkan penggunaan kad kredit. Tiada disyaratkan kad kredit ISLAM pun terutama pembelian on line.

Fatwa ini sepatutnya menjelaskan keharaman terhadap penjual juga kerana menyokong industri RIBA termasuk jualan buku AGAMA secara on line....

Tak kan hanya HARAM kepada pengguna saja tidak kepada penjual...

Minta dijelaskan, terutama bagi mereka yang terlibat dengan pembelian on line.

UZAR : ADA YANG SAMA DAN ADA YANG TAK SAMA.
Quote
0 #29 intruder_sixth 2008-07-04 03:04
salam... uzar.. alhamdulillah saya juga berjaya menyambungkan pelajaran ke peringkat master di ipta... saya baru sahaja membuat semula akaun cimb yang saya telah tutup 2 hari lepas atas urusan pinjaman ptptn kerana ptptn hanya melakukan urusan pinjaman ptptn dengan menggunakan akaun cimb biasa sahaja.. apa pandangan uzar?
Quote
0 #28 baihaqi 2008-07-04 03:03
salam UZAR, maaf, macam mana kalau saya katakan kad kredit itu utk kemudahan kita, sebagai pembeli?
bank ambik keuntungan atas perkhidmatan yang diberikan, memang layak pun diorang ambik sedikit duit, kan? kalau nak kata sokong industri riba, macam mana kalau bank tu bank yang mengamalkan syariat Islam? bank tu mesti hapuskan amalan riba, tapi pengambilan komisyen atas kad kredit tu tetap diambil, adakah itu juga haram??
tolong huraikan kepeningan saya.. terima kasih
Quote
0 #27 Abdul Latif 2008-07-04 03:01
Muslim sepatutnya menolak konsep berhutang untuk bermewah. Hiduplah dlm lingkungan pendapatan. Banyak masalah akan selesai insya Allah.
Quote
0 #26 kadir rahman 2008-07-04 03:00
sambungan diskusi ilmu rentetan persoalan razak on 2008-07-03 13:03:45
--

Salam,

Tidak benar sekiranya UZAR menyatakan adalah 'normal' bagi semua kad kredit/kad debit mengenakan charge tahunan. Banyak bank yang menawarkan kad kredit sekarang memberikan annual fee waive. Ada yang automatik waive, ada yang by request. Jangan tergejut sekiranya UZAR mendapati di UK nanti banyak bank menawarkan kad tanpa annual fee langsung.

Adakah KAD CAJ ISLAM DITAWAR OLEH AR-RAJHI BANK DAN HSBC AMANAH mempunyai option annual fee waive juga? Adakah harus hukumnya bagi bank mengaut keuntungan tahunan walaupun perkhidmatan tersebut tidak dimanfaatkan pengguna?

Lagi satu, kenapa kad kredit yang digunakan dan dibayar penuh setiap bulan dianggap haram kerana 'menggalakkan industri riba' sedangkan pengguna kad caj juga memberi komisyen kepada kompeni yang sama iaitu MasterCard Worldwide atau Visa Inc?

UZAR : ANDA FAHAM TAK APA MAKSUDNYE 'WAIVE'?.. ITULAH MAKSUDNYA ASALNYA SEMUA ADA..CUMA DI WAIVE , TAPI BUKAN BAGI SEMUA PENGGUNA DI WAIVE, HANYA YANG TRACK RECORD BAIK.

KALAU FREE, TIDAK PERLULAH WAIVE, BUAT SAHAJA LE FREE FROM ANY ANNUAL FEES. BILA DIA GUNAKAN 'WAIVE' MAKNAYA ADA YURAN LE, CUMA DILUPUSKAN BAGI PELANGGAN TERTENTU.

YURAN TAHUNAN TU HALAL, MENRT SEMUA ULAMA KONTEMPORARI.. IA IBARAT YURAN UNTUK MASUK MEMANCING DI KOLAM SELAMA SEJAM..YURANNYA RM10. SAMADA SETELAH ADA MASUK DI RUANG KOLAM, MAKA ANDA NAK MEMANCING ATAU HANYA NAK BERSEMBANG..ITU TERPULANG KEPADA ANDA, TIADA GHARAR.

NAMUN YANG PENTING, BAYARAN ITU ADALAH UNTUK KEMUDAHAN MASUK DI KAWASAN PANCING SAMADA UNTUK PANCING, SEMBANG ATAU BERSIAR-SIAR.

DEMIKIAN BAYARAN TAHUNAN KAD CAJ DAN KAD KREDIT ISLAM. ..BAYARAN ITU UNTUK MASUK AREA KEMUDAHAN DITAWAR KAD CAJ.IA TIADA KAITAN DENGAN JUMLAH PENGGUNAAN KAD CAJ ITU. JIAK ADA KAITAN SAJA IA JADI HARAM KERANA GHARAR DAN JUDI.

JIKA TAK FAHAM JUGA, LAIN KALI LA YE, AGAK BZ PACKING BARANG.
Quote
0 #25 sarjantulang 2008-07-04 00:15
salam,
blh ustaz komen tentang perkara ni.saya copy paste dari forum.

"Kalau dah kad kredit mana-mana pun sama lah.
Bagi aku, kalau bayar habis setiap kali digunakan tanpa interest kenapa pulak haram???? Kad kredit ini adalah kemudahan kita supaya tak payah bawa cash banyak2, mudah dirompak, dan boleh bayar lewat sedikit. Lagi pun kita kena bayar renewal fee (service fee) setiap tahun. Jadi dimana haramnya??? Charge yg dikenakan kepada penjual adalah processing fee.
Pandai-pandai je buat hukum sendiri. kalau haram, kenapa semua bank Islam di Malaysia dan di seluruh dunia mengeluarkan kad kredit gak????"

sarjantulang

UZAR : KAD KREDIT ISLAM SEBANRNYA ADLAAH DEBIT KAD, JUSTERU TIDAK SAMA. HURAIANNYA TELAH ADA DALAM WEB NI DAN JUGA BUKU SAYA, JUSTERU..TAK LARAT RASANYA NAK MENAIP SEMULA,.

ESOK NAK BERTOLAK , MENGEMAS PUN BELUM SIAP NI
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 95 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Kewangan Musim Inflasi : Jangan Perangkap & Bunuh Diri