Kewangan Perbetul Sikap Berkenaan Tuduhan & Kes Jai Network

Perbetul Sikap Berkenaan Tuduhan & Kes Jai Network

  • PDF
(7 votes, average 4.71 out of 5)

Perbetul Sikap Berkenaan

Tuduhan & Isu Jai Network

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Hari ini saya terbaca satu berita berkenaan skim yang pernah kita bicarakan di web ini. Jelasnya, Perniagaan itu dan pengasasnya telah pun didakwa dan sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah.

Namun saya ingin menasihatkan diri dan rakan-rakan pembaca agar adalah lebih adil dan tidak meluru membuat apa jua keputusan sebelum ianya diputuskan secara rasmi oleh mahkamah. Saya ingin mengambil contoh isu Jainetwork ini dan banyak lagi kes-kes di mahkamah dewasa ini untuk kita jadikan bahan berfikir hari ini.

DIDAKWA DAN SUDAH BERSALAH?

Perlu diingatkan, di dalam Islam seorang yang DITUDUH atau DIDAKWA adalah TIDAK BERSALAH selagi belum dibuktikan bersalah.

الْبَيِّنَةُ عَلَى الْمُدَّعِي وَالْيَمِينُ عَلَى الْمُدَّعَى عَلَيْهِ

Ertinya : "Bukti diperlukan bagi sesiapa yang mendakwa dan bersumpah atau hak dibicara ke atas orang yang di dakwa" ( At-Tirmidzi, no 1261)

Ibu Qayyim berkata :

البينة في كلام الله و رسوله و كلام الصحابة اسم لكل ما يبين الحق فهي اعم من البينة في اصطلاح الفقهاء حيث خصوها بالشاهدين أو الشاهد واليمين

Ertinya : The word ‘Bayyinah' in the language of the Qur'an, of the Prophet (sws) and of his Companions (rta) is the name of everything by which the truth becomes evident. Hence contrary to its connotations in the terminology of the jurists, it has a wider meaning because they only use it for two witnesses or an oath and a witness. (I‘lamu'l-Muwwaqi‘in, 1/ 90)

Justeru, saya menyeru diri dan rakan-rakan agar mengubah sikap (jika ada) biasa yang segera mengganggap orang yang didakwa di mahkamah sebagai BERSALAH sebelum diputuskan. Walaupun saya kerap mendengar ramai yang berkata :

"Jika tiada angin masakan pokok bergoyang"

Namun bagi saya, pepatah ini perlu disemak semula penggunaannya. Sebenarnya hari ini, tanpa angin sekalipun pokok boleh bergoyang malah boleh jatuh menyembah bumi.

Iaitu dengan wujudnya budaya memfitnah dan mencipta yang bukan-bukan semakin merebak dalam masyarakat. Justeru, asal perkara yang tiada sama sekali atau kata lainnya ‘tiada angin', namun fitnah masih lagi boleh direka dan dilontar kepada sesiapa yang dikehendaki.

Kembali kepada isi pendakwaan di mahkamah, saya melihat keadaan menjadi lebih sukar apabila pihak media suka untuk menyebarkan apa jua dakwaan yang melibatkan orang politik, agama, artis dan apa jua yang dikira luar biasa.

Hasilnya, kita bimbang masyarakat sudah terdidik dengan keadaan menjadi HAKIM SEBELUM HAKIM MEMUTUSKAN dan akhirnya merosakkan diri dan orang lain di dunia dan akhirat. Disebabkan oleh sikap inilah, kerap kita lihat individu yang tertuduh terpaksa menutup muka dan wajahnya di balai polis dan mahkamah kerana bimbang masyarakat yang melihatnya SUDAH MENJATUHKAN HUKUMAN.

Adakah ini suatu fenomena yang sihat?..

tutup
 

KES JAI NETWORK & SEBARANG SKIM PERNIAGAAN ATAU PELABURAN

Dalam kes Jai network, dari sudut Shariah telah pernah saya komen dahulu. Hari ini kita ingin melihatnya dari sudut undang-undang.

Telah saya tegaskan banyak kali di web ini. Sebelum anda bertanya kepada saya dan siapa juga berkenaan hukum sesuatu skim perniagaan, dan yang seperti dengannya. Adalah terlebih baik jika anda mendapatkan pengesahan pihak berkuasa terlebih dahulu. Kerana sesuatu transaksi dan pelaburan yang menepati Shariah pada aqad dan tujuannya boleh bertukar menjadi haram apabila ia bercanggah dengan undang-undang Negara yang ‘neutral'.

Akhirnay saya juga berharap agar semua pihak yang terbabit dengan Jaitnetwork TIDAK MEMAKI HAMUN mereka di web ini kerana merasa diri tertipu atau ditipu. Ini bukan tempatnya.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Wales, UK

24 Julai 2008

Berikut adalah petikan beritanya :

Suami isteri didakwa gubah wang haram RM170 juta

Oleh shamsiah zulkafli

KUANTAN 23 Julai - Pasangan suami isteri hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kerana menghadapi 189 pertuduhan terlibat dalam penggubahan wang haram bernilai hampir RM170 juta.

Tertuduh, Dr. Jailani Jabar, 48, dan isterinya, Dr. Latifah Taib, 47, yang tinggal di Jalan Kubang Buaya di sini didakwa melakukan perbuatan tersebut antara bulan Februari 2006 dan Oktober tahun lalu.

Jailani didakwa atas 106 pertuduhan melibatkan nilai RM98.7 juta, sementara Latifah atas 89 pertuduhan membabitkan nilai RM71.3 juta.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah di atas semua pertuduhan yang dibacakan di tiga buah mahkamah di hadapan Hakim Jagjit Singh Bant Singh, Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain dan Hakim Habibah Mohamed Yusof.

Pendakwaan dikendalikan oleh dua Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkifli Ahmad dan Saifuddin Hashim Musaini, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.

Sebutan kes itu berlarutan selama lebih enam jam yang bermula pada pukul 3 petang sehingga 9.30 malam.

Mengikut pertuduhan, kes-kes melibatkan pembayaran deposit dan ansuran bulanan sembilan buah kereta termasuk jenama BMW, pembelian empat buah rumah, dua buah lot rumah kedai, satu lot kilang selain transaksi kemasukan wang menggunakan akaun syarikat ke akaun peribadi masing-masing.

Kedua-dua pasangan itu didakwa menggunakan nama syarikat Jailani, Jai Network System Sdn. Bhd. dan Bagai Wangsa Sdn. Bhd. bagi menjalankan kegiatan tersebut.

Mereka didakwa mengikut Syeksen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang dibaca bersama Seksyen 87(1)(b) akta yang sama.

Selepas pertuduhan dibacakan, Dzulkifli mencadangkan kepada mahkamah agar tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Syed Azimal Amir bagaimanapun meminta mahkamah mempertimbangkan jumlah jaminan memandangkan harta pasangan suami isteri itu telah dibekukan sejak setahun lalu selain Jailani yang mempunyai tiga isteri lain dan 13 orang anak.

Mahkamah kemudian memutuskan Jailani diikat jamin sebanyak RM848,000, sementara Latifah sejumlah RM415,000 masing-masing dengan seorang penjamin, dengan dokumen perjalanan mereka juga perlu diserah kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 11 Ogos depan bagi sebutan kes di hadapan Jagjit Singh.



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

+1 #21 InformasiMuhamad Nor 2009-03-24 10:41
Cuba lah fikir secara logik. :-x
Boleh confirm ke, kita boleh mendapat bayran 10% dari pelaburan asalnya.
Syarikat apa yang boleh mendapat keuntungan yang begitu pasti. Ye pasti .
Andaikan saya melabur rm10,000, betul ke saya mendapat rm 1000 setiap bulan. Itu kalu seorang, bagaimana kalu ada kira-kira 1000 orang yang melabur rm 10,000. Jadi pihak syarikat akan dapat keunutungan kira kira rm 1,000,000 sebulan. Maka tidak perlu orang ramai kerja.
Labur dan tunggu duit masuk. Begitu..

Tiada sebarang perniagaan yang menjanjikan keuntungan tetap. Itu dinamakan skim "Ponzi". Telah banyak orang tertipu di Erpoah sehingga melibatkan berbilion dolar lesap begitu sahaja. Dan kini semakin merebak di Malaysia. Sila cari maklumat sebelum melabur.

Ingatlah, pelaburan sebegini tidak begitu selamat. Setiap syarikat yang inginkan orang melabur dalam syarikat nya perlu menunjukkan aset organisasi syarikat disenaraikan di bursa saham KL. X boleh pakai suruh orang melabur begitu. Salah.

Harapkan ini dapat membantu. :-)
Quote
0 #20 mrbuk 2008-08-06 08:29
assalamualaikum . ustaz,saya tya berkenaan dengan wang KWSP. sekiranya saya mengambil wang kwsp, wang tersebut akan diberikan dividen. adakah wang dividen dari kwsp itu halal?
Quote
0 #19 Abdullah 2008-08-01 08:52
:-?
Assalamualaikum ...
Ustaz..Nak tanya pasal "Google AdSense" ok tak utk muslim.. saya tak tahu apa pasal income yg diberikan... rujuk kat sini www.google.com/adsense
Quote
0 #18 azam 2008-08-01 08:44
assalamualailum ustz,

nak tanya tentang hukum menyertai kutu wang pos...

segalanya adalah sumpang kepada peserta lain dan peserta yang kita cari akan membuat sumbangan kepada kita..... ada akad mengenai sumbangan sebelum menyertai.....tiada paksaan...telah dinyatakan syarat bukan duduk diam dapat duit dan tiada jaminan wang dikembalikan...perlu berusaha untuk mendapatkan peserta untuk menikmati pendapatan yang tinggi...... diurus secara prfesional dan tiada penipuan.... apa hukum menyertai program ini?.....
Quote
0 #17 Jahil 2008-07-31 02:36
Assalamualaikum Ustad,

Mintak pendapat ustad menganai isu pelaburan.



Isu 1

Kawan saya ada perkenalkan skim pelaburan untuk sebuah syarikat.

Bernaung di bawah Jasmeen Sdn Bhd,Syarikat menjalankan R&D,pngeluaran makanan halal dan produk pelancongan.Syarikat beroperasi hampir 3 tahun.Mendaftar dengan kementerian dan mempunyai wisma, kilang dan kios pengedaran produk.

Pelabuaran dijalan kan secara kontrak 2 tahun dimana sepanjang 24 bulan akan di bayar dividen sebanyak 10% dari jumlah pelaburan sebulan.Apabila sudah cukup 2 tahun pelabur di beri pilihan untuk meneruskan pelaburan atau modal dipulangkan.



Isu 2.

Satu lagi pelaburan di bawah sistem koperasi.Peserta di kehendaki mendaftar sebagai ahli koperasi tani dan membeli lot partanian.Pihak koperasi akan menjalankan proses pertanian dan peserta akan dibayar sebanyak 10% bermula bulan ke 3 sehingga habis pusingan (2 tahun).Peserta boleh memperbaharui kontrek jika mahu @ wang pelaburan di pulangkan.



Isu3.

Pelaburan burung layang2 , juga dibawah koperasi.Pihak koperasi akan membuat pinjaman tukun sebanyak 50K bagi 50 pesrta terpilih.Selama 25 tahun pesrta akan dibayar sebanyak RM 650 untung bersih sebulan.



terima kasih.
Quote
0 #16 sg 2008-07-29 03:58
hidup kalau berpaksikan duit memang tiada kesudahan...hidup untuk duit, duit untuk hidup...semuanya duit....
bilakah dunia tanpa duit ?
Quote
0 #15 abdullah 2008-07-29 03:22
Salam ustaz dan semua.

Memang lari topik terus ustaz,sorry.Mintak laluan bertanya.

Antara tanda munafiq ialah "apabila diberi amanah dia khianat"

Adakah sebagai pelajar,belajar ilmu di sekolah juga satu amanah(kalau bukan dari Allah,dari ibubapa?),dan kalau x belajar sungguh-sungguh pun dianggap sebagai khianat atau bagaimana keadaannya ustaz.

Mohon penjelasan.
Quote
0 #14 mohd nasir 2008-07-28 05:34
laman yg berani membicara yg hak&batil-alhamdulillah ilmu yg bermanfaat
Quote
0 #13 zuhairy 2008-07-28 05:32
ustaz, pernahkah ustaz pernah buat ulasan tentang isu buy back policy dan perniagaan ceramic? Jika ada, boleh berikan linknya?

Terima kasih

saya yang mencari kebenaran...

UZAR : MAAF TAK PERNAH
Quote
0 #12 dean 2008-07-28 05:23
Apabila dilihat konflik di antara kaum muda dan kaum tua ini secara positif, maka dapatlah kita senarai beberapa pengajaran yg boleh kita ambil seperti:

1) Meninggalkan budaya Pak Turut

2)Mempelajari konflik ini membuat seseorang Islam ini banyak melakukan rujukan. Contohnya, Sembahyang tasbih; kita akan ketemu pelbagai-bagai pendapat yg membolehkan dan menolak sembahyang tasbih. Ini menjadikan kita lebih peka dan 'original' didalam ibadat yg kita lakukan.

3)Ia mewujudkan budaya merujuk kepada rujukan ulama.

4)Memperbaiki qualiti ibadah.

5)Konflik ini akan menggembalikan kita kepada rujukan utama kita, iaitu Al-Quran sunnah Rasulullah saw.

Sebagai kesimpulan kepada faktor-faktor diatas boleh kita simpulkan bahawa kalau bid'ah ini diperbincangkan berdasarkan ilmu dan akhlak, maka natijah-natijah negatif tidak akan timbul.Sebaliknya, ia menimbulkan budaya ilmu bagi mereka yg mengkaji polemik bid'ah membid'ah itu. Kajian secara terperinci telah dilakukan di Malaysia oleh Mohd Radzi Othman dan O.K. Rahmat dari Universiti Sains Malaysia mengenai applikasi pembaharuan di Malaysia khususnya dinegeri Perlis
Quote
0 #11 hamba allah 2008-07-28 05:16
sebenarnye terdapat mcm2 bende yang same mcm JAI NETWORK

macam ARCA MAJU,HTO
ni semua adek beradek la skim pembohong
Quote
0 #10 Dz 2008-07-28 04:49
Sebagai melindungi hukum muamalat di dalam perniagaannya kononnya, perniagaan yang lebih mirip kepada pelaburan itu telah ditukar akadnya kepada akad jual beli kerana menyedari ramai cerdik pandai menyanggah perniagaannya nanti dengan dalil seperti ini: "tiada keuntungan yang dijanjikan di dalam pelaburan" atau "keuntungan dalam pelaburan perlu kepada risiko". Maknanya keuntungan sebanyak sekali ganda itu ditakrifkan sebagai keuntungan hasil daripada jualbeli. Namun saya tidak berpuashati, lalu menelefon pengasas syarikat tersebut untk bertanyakan tentang perjalalanan transaksi tersebut. Satu soalan yang beliau tidak dapat memberikan jawapannya ialah tentang mana datangnya duit untuk pembelian kali kedua. Ok, utk lebih memahami, saya bagi contoh begini:

Sykt A (Penjual Produk): Aku jual barang ini dengan harga RM1,000
Pelanggan (Kita) : Aku terima.
Seterusnya,
Pelanggan (Kita): Aku jual barang ini dengan harga RM2000 secara tangguh selama 8 bulan
Sykt B (Pembeli Produk, juga sykt yang sama dibwh sykt A): Aku terima.

Hakikat sebenarnya Sykt B adalah juga sykt A kerana taukeh yang sama. Berdasarkan soalan saya tadi, mana datangnya duit RM2000 dan kenapa pula hendak beli dengan harga RM2000? Dia menjawab itu awak tak perlu soalkan kerana pengguna dah bersetuju dan kami mampu bayar. Kami ada pasaran yang luas. Itu adalah bukan jawapannya!

Baiklah, sebagai seorang pengguna adakah saya hendak beli produk yang sama dengan harga yang berbeza. Lebih baik saya beli dengan harga RM1000 daripada sykt A berbanding skyt B. Sesiapa yang beli produk daripada skyt B pengguna tersebut bukan pengguna yang rasional dalam ekonomi. So, barang berharga RM2000 itu semestinya tidak dapat dijual menyedari harganya lebih mahal daripada sykt A. Justeru, satu lagi mainan wang dicipta. Bagi mereka yang menyedari, mereka akan mengelak dan sebolehnya memberi peringatan kepada mereka yang join. Tapi ramai yang tidak suka golongan kami ini, kata mereka kami ini penyekat rezeki mereka. (diambil dari blog)
Quote
0 #9 ajim 2008-07-26 07:14
agak menarik jika uzar ulas isu bidaah dan wahabi.. walaupun dulu uzar pernah tulis mengenai kaum muda dan kaum tua.. namun saya rasa perbincangan itu masih terlalu umum.. moga jika uzar berkelapangan dapatlah jika sudi berkongsi ilmu dan pandangan..
maaf lari topik..
Quote
0 #8 Amin007 2008-07-26 07:14
UZAR beri komen "SOALAN AMIN ADA SEDIKIT 'BUAT-BUAT TAK TAHU' YANG TAK SEWAJARNYA DI TANYA. MUNGKIN MASIH TAK PUAS HATI DGN ISU LIWAT dan hujah mufti". tapi UZAR ada menulis "Jika masih tiada saksi maka si ?mangsa' BOLEH membawakan dakwaan kepada pihak berkuasa dan WAJIB dibuat secara TERTUTUP DAN RAHSIA." secara amnya saya berpuas hati dengan ulasan UZAR dan Mufti

akan tetapi saya berfkir sejenak tentang ayat quran ni " ?Ketika kamu menerima berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka ianya perkara kecil, pada hal di sisi Allah adalah perkara yang besar dosanya?. (Surah al-Nur ayat 15)."

tu belum lagi kita kaji sejarah kesultanan melayu di masa lalu yang mana para pembesar bergaduh dan cuba meminta bantuan dari pihak luar. akhirnya terjajah dek ketidak-pandaian pembesar melayu. jadi saya amat takut kalau benda yang sama berulang. kena pulak pihak luar tu dengan jelas menentang Islam secara "halus" di beberapa negara Asia Barat.

oleh tu pasal berita dusta ni pada akhirnya tersebar tanpa pengawalan sebab masing-masing menjadi asbab penyebaran. jadi sebagai insan biasa, apa yang patut saya lakukan? boleh ker kita stop berita dusta ni dan menyerahkan kepada mahkamah menentukan hukuman? tepuk dada tanya iman
Quote
0 #7 el-kubanji... 2008-07-26 01:11
salam... ciss..
pengasas jai network ddk di kubang buaya rupanya... saya yang dah ddk situ dah brp lama tak pernah kenal pun mereka ni.. mgkn belum ber"ikhwan" lg agaknya...
Quote
0 #6 abu saifullah 2008-07-26 00:56
satu saranan yag bernas.. seharusnya kita semua bersikap seperti yg disarankan.. mohon perhatian uzar akan datang kalau dapat ulas tentang serba sedikit tentang bid'ah dan contaoh2 dalam masyarakat kita.. termasuk juga tentang wahabi, kerana saya dapati terdapat ramai terutamanya kalangan ustaz2 yang semacam memfitnah tokoh ini.. (kalau ada ruang la,saya nak tahu pendapat uzar, memandangkan tengah 'cuti' .syukran

UZAR : MEMANG ADA KEPERLUAN UNTUK MENGULAS ISU WAHABI DAN BIDAH INI, NAMUN SETELAH MELIHAT 'KEGANASAN' SIKAP MEREKA YANG BERBINCANG DISULAMI CACIAN, KEEGOAN, ANGKAT DIRI, TAKBUR, TAKSUB DAN MACAM-MACAM LAGI...PRIORITI SAYA UNTUK ULAS MENJADI KURANG KERANA MUDARAT MUNGKIN LEBIH BANYAK DARI MANFAAT KOT. BUAT MASA NI
Quote
0 #5 Abu Muadz 2008-07-26 00:48
Mana link artikel terdahulu pasal Jai Network ni?

UZAR |: CARI DI SEARCH
Quote
0 #4 Amin007 2008-07-26 00:48
"transaksi dan pelaburan yang menepati Shariah pada aqad dan tujuannya boleh bertukar menjadi haram apabila ia bercanggah dengan undang-undang Negara yang ?neutral'. "

kiranya nak tahu pelaburan tu halal,
bergantung kepada kerajaan laa nak luluskan ker tak.
lepas tu baru dinilai dari segi syarak.

tapi ada juga pelaburan yang diluluskan kerajaan kalau dinilai dari segi syarak tak beberapa halal
atau halam (halal+haram).

UZAR : KENA LULUS UNDANG-UNDANG DULU..KERANA JIAK TAK LULUS UNSUR GHARAR SUDAH MENJADI FAHIYSH.

KERAJAAN, ADA BHGIAN TERTENTU YG JAGA DAN ENDORSE UTK SAHKAN HALAL ATAU TIDAK..YANG HARAM TETAP HARAM, YANG HALAL AKAN DISAHKAN OLEH MEREKA YANG PAKAR DI SURUHANJAYA SEKURITI DAN BANK NEGARA MALAYSIA PUNYA MAJLIS SHARIAH.

ASB TERKELUAR DARI KATEGORI HALAL KRN IA FATWA POLITIK.

SOALAN AMIN ADA SEDIKIT 'BUAT-BUAT TAK TAHU' YANG TAK SEWAJARNYA DI TANYA. MUNGKIN MASIH TAK PUAS HATI DGN ISU LIWAT dan hujah mufti.
Quote
0 #3 abu adam 2008-07-25 08:30
Drpd pembacaan di atas, saya nampak ia melibatkan perbicaraan kes 'money laundering'.
Quote
0 #2 Kak Ros dari Pulai Perdana, 2008-07-25 08:30
Assalammualaiku m Ustaz! Berkenaan dengan isu fitnah ini, seperti yang dikatakan oleh Dr. Danial Zainal dalam ceramahnya, orang Islam hanya pandai mengaji tetapi tidak mengkaji dan menghayati Al Quran.

Sekiranya mereka mereka mengkaji dan menghayati sudah tentu mereka akan tahu apa balasan yang Allah bagi pada orang yang suka memfitnah orang lain seperti dalam Surah Al Humazah. Wallahu'alam! 8)
Quote
0 #1 84 2008-07-25 08:29
Assalamualaikum ...

Memang betullah UZAR, sikap 'menjadi penghukum sebelum hakim memutuskan hukuman' memang sudah lama sngat berakar dlm masyarakat kita.

Sy juga tidak dapat lari dr sifat itu. InsyaAllah sy akn ubah....

Pd pendapat UZAR, di mana kebanyakan kes mereka2 yg tertangkap ni terbukti akhirnya bersalah, adakah masyarakat kita mampu mengubahnya (Sikap tidak baik tu)?

Lebih2 bila org yg ditangkap itu antara yg dikenali ramai, ada kedudukan & mmg kontroversial person?

Sy sedar UZAR pasti menjawab mampu. namun sy rasa ini adalah sifat lanjutan dr kelemahan iman dan penyakit hati dari peringkat awal, spt dengki, hasad, BURUK SANGKA, HubbuDunya dsb.

Inilah akibat bila akal dan nafsu menjadi raja dlm diri. Sy berdo'a agr kita di Malaysia yg beragama Islam ni membentuk kembali cara berfikir dan berhujah dgn landasan yg benar dan telus (ISLAM). InsyaALLAH...Amin..

Wassalam...
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 95 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Kewangan Perbetul Sikap Berkenaan Tuduhan & Kes Jai Network