Fatwa Caj PTPTN Harus 28 Julai 08
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

PTPTN lagi, saya tidak dapat online sehari penuh pada 29 Julai 2008. Hari ini 30 Julai 2008, ruangan komentar di web saya dihujani pelbagai soalan berkenaan keputusan Majlis Fatwa yang menghalalkan system kiraan PTPTN. Namun saya benar-benar tiada info yang banyak berkenaannya.
Penjelasan salah seorang individu berautoriti dalam majlis fatwa kebangsaaan iaitu S.S Mufti Perlis saya kira sudah cukup untuk saya dan anda memahami latarbelakang keputusan tersebut.
Saya hanya dapat berharap agar apa yang disebut oleh Ketua Pengarah JAKIM kepada Mufti Perlis adalah benar dan akan disemak sewajarnya, kenyataan Mufti yang dicatat di web beliau :-
"yang dianggap oleh Jawatankuasa Fatwa sebagai tidak bertentangan dengan syarak adalah kaedah caj baru yang bakal diubah, bukan yang ada sekarang"
Namun demikian, setelah merujuk laporan akhbar dan kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa iaitu
PUTRAJAYA 28 Julai - Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan caj perkhidmatan yang dikenakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ke atas peminjamnya tidak menyalahi syarak tetapi mahu kadar tiga peratus sedia ada diturunkan bagi meringankan beban pelajar.
Pengerusinya, Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan itu dicapai hasil muzakarah khas yang dipengerusikan beliau bersama wakil PTPTN di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini hari ini.
Menurut beliau, sebelum ini caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN ialah empat peratus pada 1997 sebelum ia diturunkan kepada tiga peratus.
‘‘Setelah diberi penerangan mengenai upah operasi termasuk beberapa caj lain, kita bersetuju ia tidak menyalahi syarak dan tiada halangan dari sudut syariah agar ia tidak membebankan peminjam dan pemberi pinjam (PTPTN).
‘‘Jika melihat kepada prinsip, mungkin ia dapat dikurangkan sekitar satu peratus atau satu peratus setengah daripada kadar sedia ada setelah dibuat perkiraan semula termasuk mengambil kira caj upah dan operasi," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini. ( sumber )
Saya merasakan, jika benarlah wartawan mencatat kenyataan itu dengan tepat, maka apa yang dicatatkan adalah mengelirukan jika dibuat perbandingan dengan kenyataan Mufti Perlis. Selain itu, jika ia kenyataan yang benar, saya kira ia telah membuka aib dan menunjukkan ketidakfahaman mereka yang diberi amanah fatwa tentang isu caj dalam kewangan moden, selain agak ketinggalan dalam menyemak ijtihad dan kajian-kajian terkini Shariah oleh ulama Shariah dan kewangan berwibawa tinggi di seluruh dunia. Wallahu'alam.
Sewajarnya setiap isu kewangan dan Shariah, perlu dibincang bersama dengan Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti. Mereka lebih berautoriti, berpengalaman dan berwibawa dalam hal Shariah dan kewangan.
Perlu saya dedahkan di sini, pengalaman saya dan rakan-rakan penasihat Shariah di seluruh dunia. Terdapat antara penasihat Shariah ini yang kerap berhadapan dengan 'permainan', 'helah' dan ayat-ayat mengelirukan dari pihak pengurusan bank, institusi kewangan dan komersial apabila diminta mengesahkan sesuatu produk atau masalah.
Tidak dapat dinafikan sememangnya ada pihak pengurusan yang sengaja berbuat demikian sehingga menyorokkan sebahagian informasi semata-mata untuk mendapat kata 'halal' atau harus' dari pihak Majlis Shariah mereka.
Namun, bukanlah semua pihak berhelah sedemikian, malah ada yang tidak sengaja dan ada juga yang 'tidak endedahkan' sesuatu info secara tidak sengaja kerana menyangkakannya tiada kaitan dengan isu Shariah, bagaimanapun sangkaannya meleset kerana apabila didedahkan, produknya diputus sebagai haram.
Justeru, pihak ulama atau majlis Shariah perlu bijak dan biasa dengan hal seperti ini. Untuk itu mereka yang dibawa berbincang isu caj perkhidmatan, sms judi, pelaburan dan yang sepertinya ini perlu berpengalaman dan memahami istilah-istilah kewangan moden. Selain itu mereka juga patut tahu dan biasa dengan 'muslihat' kerap pihak pengurusan. Juga penting untuk mereka tahu menyoal soalan yang relevan bagi memastikan semakan setiap inci produk sudah difahami sebelum diluluskan.
Bagi memastikan 'kesilapan' yang disengajakan atau tidak ini dari berlaku, ahli Shariah yang berpengalaman dan faham instrumen kewangan moden amat diperlukan dalam sesebauh mesyuarat Fatwa Kebangsaan. Di Malaysia, pakar kewangan moden dan shariah ini kebanyakkannya berkumpul di dalam Majlis Shariah BNM dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sahaja dan mereka bukannya ahli di dalam majlis Fatwa kebangsaan. Malah amat jarang dijemput bersama.
Ini penting bagi mengelakkan ulama yang mendengar penerangan dari orang industri tersalah faham lalu menyebabkan salah fatwa.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
30 Julai 2008
Berikut adalah komentar S.S Mufti Perlis berkenaan hal ini.
"Banyak pihak menghubungi saya pada hari ini berhubung dengan pengumuman Pengerusi Jawatan Kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang kembali menghalalkan sistem yang digunakan oleh PTPTN dengan menyatakan ia tidak langgar syarak -seperti yang dilaporkan oleh Utusan pada hari ini (29 Julai 2008).
Untuk pengetahuan, saya tidak hadir pada mesyuarat khas pada 28 Julai 2008 tersebut yang kembali membincangkan kedudukan PTPTN, setelah diputus riba oleh Jawatankuasa yang sama di Alor Setar yang saya juga turut hadir. Dalam mesyuarat sebelum ini di Alor Setar pada 6-7 Mei 2008 memang pihak PTPTN juga akur bahawa caj yang dikenakan berdasarkan jumlah pinjaman dan Jawatankuasa sepakat menganggapnya riba.
Cumanya, Pengerusi (yang juga Naib Canselor USIM) agak keberatan mengumumkan keputusan tersebut, sebaliknya hanya menyatakan kepada media bahawa pihak PTPTN dikehendaki mematuhi garis panduan. Saya sendiri semasa mesyuarat mengingatkan diri sendiri dan semua bahawa fatwa hendaklah bebas daripada tuntutan atau kepentingan mana-mana pihak.
Adapun pengumuman beliau tentang keputusan mesyuarat khas terbaru yang memansuhkan keputusan sebelum ini agak mengejutkan. Oleh kerana pada pengalaman yang lepas, Pengerusi Jawatankuasa tersebut juga pernah mengumumkan tentang kehalalan ASB dengan begitu umum tanpa menyebut bahawa keputusan Jawatankuasa -saya juga turut hadir- yang menuntut terlebih dahulu agar pihak berkenaan menubuhkan jawatankuasa syariah. Saya juga telah mengkritik cara pengumuman itu dibuat.
Untuk kali ini, saya mengambil keputusan menghubungi terus Dato' Pengarah JAKIM untuk mengetahui kedudukan sebenar. Apa yang saya difahamkan, bahawa yang dianggap oleh Jawatankuasa Fatwa sebagai tidak bertentangan dengan syarak adalah kaedah caj baru yang bakal diubah, bukan yang ada sekarang. Jika begitu, ini tentu berbeza dengan pengumuman tersebut.
Berhubung dengan perkara berkaitan, saya sendiri pernah mencadangkan agar Jawatankuasa Fatwa hendaklah menjemput mereka yang mempunyai padangan yang berbeza dalam sesuatu isu agar berbagai-bagai sudut dapat dilihat sebelum fatwa dibuat".
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
saya nak tanya macamana plak hukum melabur dalam sspbsn sebelum dibolehkan pinjam ptptn. adakah pelaburan sspbsn tu semuanya halal?
terima kasih
wassalam
assalamualaikum .
sy juga ingin mendapatkan penjelasan lebih lanjut berkenaan ujrah kerana sy telah pun menukarkan pinjaman ptptn secara konvensional kepada ujrah. adakah ia menepati kehendak shariah?
sy baru mendapat kesedaran tentang riba dan ingin memperbetulkan semula pinjaman-pinjaman yg terlibat dgn riba.
terima kasih
Tlg UZAR ulas ttg prinsip Ujrah dlm PTPTN.
Sekian.
Mengenang kembali mcmne sy boleh meminjam Ptptn. Sy yg mencari ptptn, bkn depa yg cari sy. Sy sign je perjanjian, tak tau pun kos pentadbiran = riba. Sekarang dah terjebak terpaksa la bayar.
Inilah petanda akhir zaman yg tak syak lagi..kebenaran telah diovershadow oleh kepentingan..
saya dapat rasakan org kalau dah terbiasa makan duit2 yg tak diketahui sumbernya ni, agaknya dah menebal dalam diri sampai dah tak takut ngan balasan Allah kelak
Juga, kita perlu ikut apa yg telah difatwakan. Kalau ada apa2 kekurangan, semua orang dalam majlis fatwa akan bertanggugjawab di akhirat. So, tak payahlah kita komen lagi atau kata keputusan fatwa tak betul dan sebagainya. Ini akan mengelirukan orang ramai. Jgnlah kita ingat, kita aje yg betul..Minta maaf ustaz ye...ini pendapat saya.
UZAR : TERIMA KASIH ATAS PENDAPAT NAMUN SAYA TIDAK SETUJU PENDAPAT SDR..KERANA YANG SALAH PERLU DITEGUR. YANG KATA KATA BUKAN PENDAPAT SAYA NAMUN ULAMA FIQH SEDUNIA.
tapi ia adalah hutang yang perlu dibayar.. Apa pandangan ustaz, bila saya DAH bayar semua jumlah pinjaman saya (tak termasuk jumlah riba); adakah saya perlu terus bayar baki hutang yang riba itu? saya dalam dilema antara dosa hutang dan dosa riba? Ataupun, boleh kah saya bayar sekadar yang saya pinjam sahaja....kemudian berdiam diri dengan dari bayar lebihan yang riba? saya tidak takut untuk ditangkap, tapi saya benar2 risaukan pandangn Allah?
Kalau dapat Ust komen sikit?
Adakah pelajar yang buat tawaran kepada PTPTN untuk sediakan wang pengajian untuk mereka dan PTPTN akan dibayar upah setelah selesai tugas mereka (pelajar habis pengajian)? Kalau ini boleh diterima, bolehkah upah itu dibayar secara ansuran? Yang saya paham upah ni one-time payment..(Tapi ansurannya nanti termasuk pembayaran balik wang pengajian sekali??)
UZAR : SAYA BELUM ADA GAMBARAN JELAS BGMN KONSEP JU'ALAH INGIN DIGUNAKAN.,justeru tiada komen lengkap.
NAMUN JIKA SEPERTI YG NAJI TERANGKAN..IA TIDAK MENEPATI KONSEP JUALAH SAMA SEKALI. JUALAH ADALAH BUAT KERJA YANG DIKETAHUI DAN JIKA DAPAT DITEMUI BARANG HIALNG ATAU SESUATU KERJA MAKA UPAH DIBERIKAN KEPADA PEKERJA. DALAM HAL PTPTN, DUITYG DIBERIKAN KPD STUDENT NAK GUNA KONSEP APA PULA? JUSTERU KONSEP TERSEBUT TERGANTUNG DAN TIDAK TEPAT.
JIKA DKATAKAN SEDIAKAN WANG ITU SEBGI KERJANYA..MAKA OLEH KERANA PTPTN BERJAYA, MAKA U[PAH DIBAYAR KPD PTPTN..SEKALI LAGI TERSASAR KRN IA AKAN MENYEBABKAN BERLAKUNYA WANG BERTUKAR WANG YANG TIDAK SAMA BANYAK DAN JATUH RIBA.
hati jdi gelap......
susah trima ilmu.......
huhuhu....
kasihanilah kami......
pastikan 16 sept kta lakukan pembaharuan k......
boleh ust komen tentang penolakan Pas terhadap pelawaan Umno, saya agak confuse dgn penolakan itu, pd saya kedudukan Pas diluar umno pun tetap sebagai penumpang dan jika mereka dpt bergabung utk menjaga kepentingan bangsa kita yg berugama Islam bkn itu lebih baik?
Saya ingin berkongsi sedikit info tentang fatwa dari buku Ihya Ulumuddin, Imam Ghazali:-
1-Dibuktikan tentang baiknya berhati-hati daripada turut-turutan memberi fatwa ialah apa yang diriwayatkan dari setengah mereka sebagai hadits musnad, bahawa Nabi s.a.w bersabda:-"Tidaklah berfatwa kepada manusia, selain tiga: amir atau ma'mur (orang yang disuruh amir) atau orang yang menanggung sendiri untuk berfatwa".
2-Berkata setengah mereka: "Adalah para sahabat Nabi saw tolak-menolak pada empat perkara:- menjadi imam, memegang wasiat, menyimpan simpanan dan memberi fatwa."
3-Berkata setengah mereka : "Adalah yang paling lekas memberi fatwa, ialah orang yang ilmunya paling sedikit. Dan yang paling menolak memberi fatwa, ialah orang yang paling wara'.
Ustaz, takpe ke saya beri info ni, cuma ingin menambahkan ilmu yang sedia ada. Apapun tentang isu ni, caj PTPTN tu sedihlah juga saya.
Saya bersetuju dgn pendapat SaifulBahri.
Saya bimbang orang awam akan semakin hilang keyakinan tersebut dengan fatwa yang tidak ada dhowabit atau asas. atau mungkin ada asas tetapi rapuh. moga kita lebih berhati-hati dalam memilih fatwa (utk orang awam) dan yang memberi fatwa (yang ni kepada para Mufti sahaja).
ini tunggu orang ramai bising barulah nak buat fatwa. saya pun yang dah beli buku UZAR pun masih tak faham-faham lagi pasal riba. ada kalanya riba ni susah dikesan.
emas tukar emas pun boleh dianggap riba kalau tak hati-hati.
ini kan pulak pinjaman ptptn. akhirnya hanya pinjaman mara dengan jpa yang takde riba, bayar hanya yang kita pinjam. kalau dapat keputusan yang baik, boleh buat pengurangan.
tapi kan UZAR, kalau dah S.S Mufti dah bagi komen kat blog dia, bukan ker macam orang akan mempersoalkan kefahaman/kredibiliti Jawatan Kuasa Fatwa Majlis Kebangsaan terhadap isu dalam kewangan moden.
tak kan dia orang takde access terhadap ijtihad dan kajian-kajian terkini Shariah oleh ulama Shariah dan kewangan berwibawa tinggi di seluruh dunia. bagi saya ini perkara tersebut amat mustahil.
UZAR : PASTINYA MEREKA AKAN MENDAKWA DAH KJEMPUT PAKAR, NAMUN HANYA ORANG KEWANGAN ISLAM YANG TAHU SIAPA PAKAR YANG SEBENARNYA.
SELAIN ITU, HANYA PAKAR MENGENALI PAKAR.
hmm, mana satu betul ni?
jgn main-main bab halal haram ni...
ramai para pelajar kita yg terlibat..
harap2 pihak berautoriti takde kepentingan dlm hal ni..
...
Ini penting bagi mengelakkan ulama yang mendengar penerangan dari orang industri tersalah faham lalu menyebabkan salah fatwa. "
UZAR, kiranya Jawatankuasa Fatwa tidak ambil kira pandangan Majlis Shariah BNM dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. tapi bukan ker pandangan mereka yang terlibat tercara langsung dengan kewangan semasa lebih patut diberi perhatian berbanding hanya dengar sebelah pihak.
lainlah kalau ahli Jawatankuasa Fatwa tu memang terlibat dalam Majlis Shariah BNM dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. paling tidak pun duduk semeja
UZAR : ana tak faham apa yang sdr nak sampaikan dalam ayat-ayat sdr ni.
jadi apa keputusan uzar tentang PTPTN ni? adakah kita boleh terima fatwa yg dikeluarkan ini atau
Saya secara peribadi amat terkilan dan sedih dengan keputusan yang mengelirukan ini.
Bagaimanakah mereka sanggup menghalalkan perkara yang masih belum diimplementasi ke dalam sistem PTPTN dan seterusnya membuat pengumuman yang mengelirukan.
Pada pendapat saya, sepatutnya PTPTN perlu menjalankan dahulu sistem caj yang baru, kemudian baru difatwakan halal sekiranya betul2 halal.
Ini tidak, yang akan dibuat nanti, telah difatwakan halal sekarang, padahal tidak tahu lagi bila akan dijalankan sistem caj baru itu mungkin 2 tahun lagi, 3 tahun lagi atau akan diumumkan nanti tidak tahu tarikhnya bila.
Begitu juga yang berlaku dengan ASB, dihalalkan dahulu sebelum ASB sendiri menyediakan badan penasihat syariah. Entahkan bila akan ditubuhkan badan penasihat syariah itu, 3 tahun lagi ke? 5 tahun lagi ke? 10 tahun lagi ke?
Ya Allah, Kau turunkanlah hidayah kepada mereka, Kau tanamkanlah sifat takut mereka kepadaMu. Amin.
PTPTN still mengamalkan riba sebab masih menggunakan kaedah 'peratusan dari jumlah pinjaman', perlu diselesaikan perkara ini dengn hujah dari pihak berwajib kenapa ia menajdi harus.
agak membebankan sya kerana saya sdng menlanjutkan pelajaran (Bac.) di UPM, dan sy telah mengambil PTPTN ketika Dip. dikatakan jumlah bayaran perlu sy bayar bertambah setiap tahun mengikut kadar pinjaman. Sy terpaksa untuk tidak mengambil PTPTN ketika mengambil Bac.
RSS feed for comments to this post