Lelaki & Wanita Bolehkah Berkahwin Dengan Tunang Pernah Berzina?

Bolehkah Berkahwin Dengan Tunang Pernah Berzina?

  • PDF
(15 votes, average 5.00 out of 5)

Kahwini Tunang Pernah Berzina

Soalan

Saya merancang untuk bertunang dengan jejaka pilihan hati tidak lama lagi. Tetapi saya telah bertemu dengan seorang sepupunya yang menceritakan bahawa bakal tunang saya itu pernah terlanjur dengan bekas teman wanitanya. Sepupunya itu mengetahui perkara tersebut setelah diceritakan oleh bakal tunang saya itu, yang kononnya telah insaf dan mahu bertaubat.?


Sekarang saya berasa ragu-ragu yang tidak tahu apa yang harus dilakukan. Selain memang menyayanginya, saya juga memikirkan faktor umur yang sudah masuk 30 tahun sekarang ini. Jika saya tidak berkahwin dengannya, tentu susah pula saya hendak mencari orang lain. Tetapi jika saya berkahwin dengannya, bererti saya berkahwin dengan orang yang pernah berzina. Adakah saya patut menerimanya atau membatalkan pertunangan tersebut. Harap ustaz dapat menolong.

- Risau, Kulai.

Jawapan Ust Zaharuddin

Bab perkahwinan bukannya perkara yang boleh di cuba-cuba, jangan kerana umur maka digadaikan agama dan masa depan keluarga saudari.

Lelaki yang telah berzina sememangnya telah melakukan kesalahan yang maha besar, tetapi saudari masih tidak boleh mempercayai maklumat sepupunya dengan mudah tanpa penyelidikan. Allah SWT mengrahkan kita aagar menyelidik sebarang berita teruatamanya yang berat seumpama ini. ( Rujuk surah al-Hujurat ayat 6 )

Ingatlah perkahwinan adalah suatu keputusan yang besar., Erti hadith: "Apabila berkahwin seseorang hamba, maka telah sempurnalah sebahagian dari agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam sebahagian yang lain" ( Al-Hakim : Shohih menurut Al-Hakim dan Ibn Hajar, Talkhis al-Khabir, 2/16 ; Dhoif menurut As-Suyuti, Al-Jami' as-Shoghir , 2/168)

Kriteria lelaki yang ingin dijadikan suami adalah amat penting bagi isteri kerana ia akan mencorakkan sesebuah keluarga, justeru, cirri-ciri yang disebutkan oleh Nabi SAW di dalam hadith wanita pilihan iaitu : mengutamakan agama dari kecantikan, keturunaan dan harta juga terpakai untuk wanita mencari lelaki.(dari hadith shohih riwayat al-Bukhari dan Muslim). Cuma hadith banyak menekankan cirri wanita kerana biasanya lelaki yang mencari dan memilih wanita (Nizom al-Usrah, 1/ 168)

Dalam hal kriteria bakal suami yang telah berzina 

Beberapa ayat berikut boleh dijadikan pedoman :

a)Firman Allah : " Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik.' ( An-Nur : 3)

b) Firman Allah : " Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.." ( An-Nur : 26 )

Ayat di atas menyebabkan ulama berbeza pandangan dalam hal berkahwin dengan sesorang yang telah berzina. Ayat di atas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan kumpulan penzina ini kecuali seorang penzina juga.

Walaubagaimanapun, menurut pandangan yang terkuat; hukum ayat di atas telah di ‘nasakh' kan dengan ayat yang mengharuskan berkahwin dengan semua muslim dan muslimah yang masih boleh berkahwin. Iaitu ayat surah An-Nur ayat 32 . Ia adalah pandangan majoriti ulama. ( Al-Jami' li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 6/112 ; cet Dar al-Kutub al-Ilmiah )


 

Bagaimanapun, perkara berikut perlu dilakukan

a- Selidiki maklumat yang diberikan oleh sepupu. Dalam Islam hal berat seumpama ini tidak boleh dipercayai tanpa 4 saksi atau pengakuan si lelaki.

b- Selidiki akhlak lelaki tersebut dengan teliti sebelum membuat keputusan, jangan terburu-buru membuat keputusan walaupun umur sudah sedikit lanjut. Apa yang penting adalah suami yang baik. Benar, ia boleh bertaubat, dan harus di beri peluang, tetapi perlulah di pastikan taubatnya terbukti dengan amalan soleh yang dijaganya berbading dahulu, sekiranya tidak, pada hemat saya, seseorang yang telah sekali melakukan dosa zina, dengan mudah sahaja ia akan terjebak semula jika tiada ilmu dan taubat yang bersungguh-sungguh.

Lakukanlah istikharah dengan sebaik-baiknya. Moga Allah memberikan petunjuk yang jelas dan baik untuk saudari. Wallahu a'lam

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.com/



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan





RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 146 guests
Latest members:
  • Mohd Nasir

Komen Terbaru

You are here: Lelaki & Wanita Bolehkah Berkahwin Dengan Tunang Pernah Berzina?