Lelaki & Wanita Wanita Meminang, Berkapel Dan Pertunangan Menurut Islam
  • PDF
(43 votes, average 4.53 out of 5)

Berkapel & Displin Dalam Bertunang

 kapel

Soalan

 

Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?

Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini

 

Jawapan

Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif' dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.

Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati' kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :-


1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina "rumahtangga" bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk " Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah); juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya :

Ertinya : "telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat kepadaku? " ; maka anak perempuan Anas menyampuk : " Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " ; maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW" ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).

Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ).

Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)

2) Saudari diizinkan untuk menjemput pemuda itu ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Syaratnya, mestilah dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali' lain di dalam majlis itu. Saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.

Antaranya dalilnya : "telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Nabi menjawab :

Ertinya : "Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" ( Riwayat Muslim).

Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : " Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua" ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani ).

Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)

3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan :

Ertinya : " Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa).

Syeikh Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)

4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. Ia juga boleh terungkai dengan beberapa cabaran semasa pertunangan. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)

5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diiringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu' dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, akan membiarkan maksiat berlaku di antara dua insan tadi, oleh itu individu sepertinya tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam. 

6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat). Bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal' lebih mudah.

7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-


  1. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
  2. Haram ber"dating" dan berkapel tanpa disertai mahram yang thiqah.
  3. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat sama ada sms, phone, chat, mesengger.
  4. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
  5. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
  6. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
  7. Awas daripada bertukar gambar.
  8. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.

 

 

Ingatlah wahai anak-anak muda sekalian, sebarang perilaku 'ringan-ringan' dan dosa yag dikerjakan dalam hubungan sewaktu pertunangan boleh memberikan serba ringkas gambaran bagaimana tingkah laku pasangan selepas berkahwin. Jika semasa berpacaran dia suka meraba-raba, demikian jugalah dia apabila sudah berkahwin kelak (kecuali sesudah dia bertaubat sebenar-benar taubat). Malangnya bukan dengan isteri atau suaminya selaku pasangannya yang halal, tetapi dengan individu lain sebagaimana tergamak dia melakukannya dengan isteri dan suaminya sebelum mereka kahwin. Baca lanjut di sini


Sekian, Wallahu'alam.

 

 

Ust Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

15 Disember 2006



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #99 mohon izinyana 2012-02-21 08:38
salam..mohon share ya ustaz..
Quote
0 #98 masih sendirinur cahaya 2012-02-11 14:04
Assalam, sy seorang wanita telah bekerja dan berumur pertengahan 20an, masalhya saya masih belum pernh dipinang oleh mana2 lelaki sebelum2 ini. Kadang2, saya rasa tertekan bila ada orang tanya bila sy akan berumahtngga sebab perkara itu diluar kawalan saya walaupun kalau boleh saya nk kawin seawal mungkin. Mohon nasihat
Quote
0 #97 salamnurul 2011-12-28 00:37
ustaz ..
saya nak tahu...ape hukum'y seorg permpuan itu b'chatting dlm lelaki...tpi mereka hanya berbual kosong shj..??
Quote
0 #96 majlis bertunangfara 2011-12-19 20:02
Salam ustaz...
Saya ada satu soalan. apakah hukum mengadakan majlis bertunang menurut islam dan apakah hukum2 yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan majlis tersebut memandangkan majlis bertunang kini telah menjadi 1 trend dan menjadi adat bagi orang melayu.

mohon bimbingan. terima kasih..semoga Allah memberkati Ustaz..amin.
Quote
+1 #95 cara meminta izin keluargaminjoot 2011-10-31 01:40
salam ustaz. sy ingin meminta cara dari ustaz macam mana saya harus bercakap untuk meminta izin kepada family sy bahawa sy ingin bertunang? lelaki telah pun melamar saya menjadi isterinya, ustaz, maka dgn itu saya difahami telah pun bertunang jika kita menerima lamarannya. tetapi dengan family saya yang kadang2 agak cerewet, saya buntu memikirkan bagaimana harus saya memulakan perbincangan ingin melangsungkan pertunangan tersebut. sekarang saya lagi belajar degree dan telah pun habiskan diploma sebelumnya. saya telah pun menurut kehendak ibu bapa cuma saya takut ibu bapa susah menerima saya ingin bertunang sdgkan saya mahu diikat agar org disekeliling tidak memandang pelik kami berdua. umur saya mahu mencecah 24 tahun dlm masa 2 bulan lagi.
Quote
0 #94 Salam.Alia 2011-10-17 15:43
Salam ustaz..
saya ingin bertanya mengenai status pertunangan .. saya baru mengetahui status bakal suami saya.. yang dia pernah bertunang dengan seorg kenalan dia semasa dikolej.. disebabkan kes tertentu yang sengaja mereka plan untuk keluar kolej.. sebaik sahaja bakal suami saya dan tunangnya dibuang kolej. mereka lost contact.. selama 5 thn... jadi sekarang saya ingin sure kan status bakal suami saya sekrang.. adakah dia masih tunang org atau sebaliknya..
Quote
0 #93 assalamaulaikum ustaz..muslihah yohanis 2011-10-08 00:49
syukran atas perkongsian ilmu...
Quote
+1 #92 melambatkan jodohsaya seorang 2011-09-20 23:05
saya sering mengenali lelaki yang ingin memperisterikan saya tetapi saya menangguh-nangguh hasrat lelaki tersebut sehingga membuatkan dia bosan lalu meninggalkan saya demi perempuan lain..persoalannya saya tidak mahu berkahwin selagi kakak2 saya tidak bertemu jodoh mereka kerana berasa saya seperti mengkhianati mereka. adakah tindakan saya ini betul? tolong saya selesaikan persoalan saya ini ustaz..
Quote
0 #91 bertunangzunnur 2011-08-24 06:07
Salam,mohon bimbingn..saya telah dilamar seorang lelaki yang soleh Alhamdulillah.cuma apa yang merunsingkan saya sekarang ialah bagaimana cara untuk kami berdua sentiasa berada dalam landasan syara' sepanjang tempoh pertunangan ini kerana
..tempoh pertunangan kami mungkin akan lama kerana masing2 masih lagi menuntut di ipt.. :-|
Quote
0 #90 hmedin7 2011-08-20 01:00
Quoting adaaa:
saya nk tnye , jika saya ingin bertunang tetapi kakak2 saya belum lagi betunang ataupon bekahwin . adakah dikira langkah bendul ?


bukankah itu adat semata2??
Quote
0 #89 jawapn bagi saudara amerina 2011-07-18 13:11
assalamualaikum shbt...ana pernah tnyer ustaz ana berkenaan hal ni..ustaz ana menjawab kalu ikut dari segi hukum Allah ia mmeng dah jadi tung dia..tapi kalu ikut adat atau kebiasaan di malysia ni...ia bertentangn..kerana ikut kebiasaan disini..pertungan tu mesti di lakukan berdepan dgn ibu ayah kite...wlu pepun...dari sege agama ia memng dikire dah bertung..but ia bertntangn ikut kebisaan negare ni..jadinya if mnt pada some one...lebih baik bagitahu parents' agar tidak brimbul perkare begini...
Quote
0 #88 mohon shareana 2011-06-19 20:05
assalamualaikum ,
ustaz,mohon share....
Quote
+1 #87 Berubah kerana pakweYusree 2011-06-01 19:59
Ustaz, saya rasa aspek utama soalan tu adalah "Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT?"

Pompuan ni berubah kerana seorang lelaki dan bukannya kerana Allah sepenuhnya. Jadi dia bertanya tentang keraguannya dalam hal ini dan bukannya pasal macamana nak tekel lelaki tu.
Quote
0 #86 mohon sharediyanah 2011-05-23 13:37
salam...mohon share ya ustaz..syukran
Quote
0 #85 kepastianhannah 2011-05-08 13:05
salam ustaz..bleh ke saya share article ustaz tanpa meminta izin dari ustaz terlebih dahulu..kadang saya xsempat nak minta izin ustaz terlebih dahulu...minta ustaz halalkan
Quote
0 #84 minta izinsazwan 2011-04-28 17:07
moh share ustaz utk dijadikan paduaan kpd yg lain...
Quote
0 #83 petunanganadaaa 2011-04-18 16:47
saya nk tnye , jika saya ingin bertunang tetapi kakak2 saya belum lagi betunang ataupon bekahwin . adakah dikira langkah bendul ?
Quote
+1 #82 bercintaamalin 2011-04-11 16:01
assalamualaikum , ustaz.
saya mempunyai permasalahan yang baru timbul dalam hidup saya. saya tidak bercinta dengan manusia tetapi saya melihat orang disekeliling malah sangat dekat dengan saya bercinta. ini jelas apabila ada sahabat yang melihat dia berdating di kampus pada waktu malam. namun, ustaz, saya sedang mencari kekutan untuk berbicara dengannya dari hati kehati. ini kerana saya pernah menghadiri satu bicara bersamanya yang mengatakan bahawa ia bukanlah haram untuk wanita dan lelaki bercinta. saya jadi keliru " apa yang perlu saya bicararan apabila ingin menegur tindakannya?" selain itu, ia amat sukar apabila perhubungan ini telah diketahui oleh kedua orang tua tanpa ibu bapa mereka menegah sedikit pun ?

saya mohon penjelasan daripada ustaz. semoga Allah merahmati ustaz atas bantuan dan nasihat yang diberikan..
Quote
+2 #81 prtunanganremaja 2011-04-10 12:28
salam ustaz...sy nak tnye.umur sy 17thun dan tlah brtunanag dgn seorang gdis ya sy tak pasti menyintainya.sy brtunanag dgn dia secara senyap2 tnpa pngtahuan ibu bapa kami..apakah hukum sy brtunang dgn dia pd wktu ini?sy buntu trsngt2.sy hrap ustaz sudi bri pndangan.. :sad: :cry:
Quote
0 #80 syukransyahmi 2011-04-05 22:49
salam mohon share ya ustaz
Quote
0 #79 mohon keizinanshannisa 2011-03-31 00:21
salam ustaz..mohon share ya..tq
Quote
0 #78 mintak izinHafizzuddin 2011-03-24 03:06
Assalamualaikum ..ustaz,saya ingin mintak izin copy article ini ye..terima kasih.. :-)
Quote
0 #77 mohon izinnur syahira 2011-02-24 09:34
assalamualaikum ...mohon izin untuk saya share artikel ini...
Quote
+1 #76 mohon izindahaga ilmu 2011-01-17 14:25
salam... ustaz mohon share untuk diri dan kawan2 saya
Quote
0 #75 izinnurul iman 2011-01-11 16:59
minta izin artikel nie yew...
Quote
0 #74 adakah perkahwinan menurut syriat islam dapat mengatasi masalah sosial di kalangan remajanur salam 2011-01-10 21:03
jelaskan,......?
Quote
-2 #73 kurang fahamhamba Allah 2010-12-18 09:28
Assalamualaikum . Minta maaf kerana mengganggu ustaz. Saya agak kurang faham mengenai penjelasan ustaz ni:

1) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diiringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam.

2) Haram ber"dating" dan berkapel tanpa disertai mahram yang thiqah.

Adakah ini bermakna kita boleh berkapel jika ada mahram yang thiqah? Mohon sedikit penjelasan. Terima kasih ustaz. Minta maaf sekali lagi jika menganggu...
Quote
+1 #72 hukum auratnora2445 2010-12-16 12:59
salam ustaz...sy ingin bertanya..kalau aurat bg menantu perempuan dgn ayh mentua adalah seperti ayahnya sendiri (tidak batal wudhuk kalau bersentuhan)..tetapi bagaimana pula bagi hukum aurat menantu perempuan dgn bapa mentua tiri (contohnya: siti berkahwin dgn ali yg mana ali mempunyai ayah tiri)??harap ustaz dapat menyelesaikan kekeliruan sy ini..syukran :-)
Quote
+2 #71 remaja buntuadi 2010-12-13 12:04
salam ustaz,

saya telah bercinta dgn seorng perempuan yang telah kehilangan ayah dan ibunya. Hidupnya kesepian sekian lama dan hadirnya saya dlm hidupnya, banyak memberi sinar kebahagiaan kpdnya. sy byk memberikn semangat dan sokongan kpdnya dan dia sering berkongsi kisah suka dan duka dgn saya. namun,baru-baru ini sy telah membaca beberapa artikel yang berkaitan dgn isu couple nie dan mmg ternyata couple ni haram. jd sy menjd serba salah utk meninggalknya kerna dia sgt memerlukn sy dlm hidupnya. saya buntu dan sy harap ustz dpt bg nsihat kpd saya.
Quote
+2 #70 ZakatZaharudin Bin Leman 2010-12-01 11:11
Assalamualaikum .
Saya ingin bertanya hukum zakat kepada simpanan ASB bapa saya. Bapa saya telah berumur 85 tahun dan tidak bekerja. Duit simpinan beliau adalah hasil dari mengamalkan perubatan tradisonal, pemberian anak2 dan cucu2 serta wang pemberian warga tua oleh kerajaan negeri Perak. Soalannya, perlukan membayar zakat atas simpanan tersebut
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Ruangan Iklan










RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 39 guests
You are here: Lelaki & Wanita Wanita Meminang, Berkapel Dan Pertunangan Menurut Islam