Lelaki & Wanita Hukum Nikah Wanita Hamil Anak Luar Nikah

Hukum Nikah Wanita Hamil Anak Luar Nikah

  • PDF
(88 votes, average 4.49 out of 5)

Hukum Kahwini Wanita Hamil

Anak Luar Nikah

Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Soalan

Sesungguhnya permasalahan ini amat berat. Perkahwinan seumpama ini pada hari ini sememangnya amat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung anak luar nikah, cepat-cepat dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini , perkahwinan ini adalah tidak sah! Maka pasangan tersebut akan hidup dalam zina sepanjang hayat. Mohon ustaz huraikan jawapan tuan imam dan tulisan ini.

 

surachei@aicsemicon.com

Jawapan UZAR

Telah agak lama saya terima soalan sebegini dan agak kerap juga. Jika ia hanya sekadar soalan ilmu yang bersifat amat jarang berlaku, ia tidaklah mengapa tetapi yang amat saya bimbangi adalah berdasarkan kekerapan soalan ini diajukan menimbulkan andaian bahawa kes begini sering berlaku dalam masyarakat kita.

Ini bermakna, agak ramai wanita dan lelaki yang telah terlanjur sebegini dan kemudian baru terfikir hukum bagi menyelesaikannya.

Sebagai manusia biasa, saya agak geram bila diajukan soalan ini. Hinggakan agak kerap juga saya menjawab dengan mudah iaitu.

"Hukumnya sememangnya menyukarkan, jadinya lain kali jangan berzina" demikian jawapan semasa geram saya.

"Ini kerana jika sememangnya tiada "manual panduan yang normal" hukum yang mudah bagi menjawab keadaan sedemikian, sama seperti seorang yang datang mengadu kepada seorang mekanik kereta  apabila kerosakan enjin keretanya"

Setelah diselidiki , didapati enjin rosak dengan amat fatal, apabila ditanya apa sebab enjinnya seteruk ini rosaknya, maka si  empunya kereta memberitahu :-

"Kerana saya letak minyak tar dalam tangki petrol"

Saya kira sudah tentu mekanik itu juga merasa ‘bengang' dengan perangai ‘kurang cerdik' tuan punya kereta. Kemudian apabila diberitahu kos untuk membaiki enjin itu adalah mahal dan sukar,tuan punya kereta mulalah membebel dan marah-marah serta menuntut kos pembaikan yang mudah dan murah.

"mana boleh murah dan senang kalau gini, dah hang yang teruk sangat jaga dan guna kereta. Kalau nak murah..LAIN KALI JANGANLAH MASUKKAN MINYAK TAR DALAM TANGKI PETROL NI OK !" kata mekanik meradang apabila diminta membaiki kerosakan berat itu dengan kos murah.

Inilah seolah-olahnya radangan saya juga di peringkat awal dulu. Dah berzina hingga mengandung, barulah sibuk ingin memikirkan hukum halal haram dan kesannya. Maka sudah tentu penyelesaiannya juga agak sukar sebenarnya.

Bagaimanapun, bagi memberikan penghargaan kepada pasangan yang telah bertawbat, maka inilah jawapannya:-

Apabila seorang lelaki dan wanita itu telah bertawbat dengan tawbat yang benar, dan berkahwin semasa si wanita itu sedang mengandungkan anaknya secara pasti. Perkahwinan itu adalah sah menurut Mazhab Syafie dan perlulah didaftarkan sebaiknya.

Mazhab Hanbali menjadikan tawbat sebagai syarat untuk diterima pernikahan tersebut. Ia berdasarkan tafsiran mereka dari surah an-Nur ayat ke 3. Bagaimanapun majority ulama tidak menjadikan tawbat sebagai syarat sah pernikahan penzina tersebut.

HUKUM KAHWIN SEMASA ‘IDDAH DAN HAMIL

Adapun berkenaan hal ‘iddah' dan bolehkah berkahwin semasa tempoh ‘iddah.

Hukum asal bagi perkahwinan dan perceraian normal, adalah diwajibkan menunggu tamatnya ‘iddah wanita sebelum diizinkan untuk berkahwin baru.( Al-Ikthiyar li Ta'lil al-Mukhtar, 3/78).

a) Tempoh Iddah Wanita Dicerai Dalam Keadaan Suami Masih Hidup

Tempoh iddah bagi wanita yang diceraikan (jika tidak mengandung) adalah tiga kali suci berdasarkan firman Allah SWT :-

Ertinya : "Dan wanita-wanita yang tercerai ( iddahnya ) adalah tiga kali suci " ( al-baqarah : 228 )

b) Tempoh Iddah Wanita Mengandung

Tempoh ‘iddah bagi wanita mengandung, adalah sehingga ia selesai bersalin. Ia berdasarkan firman Allah SWT :-

وأولات الأحمال أجلهنّ أن يضعن حملهنّ

Ertinya : " Wanita-wanita yang hamil tempoh iddahnya adalah sehingga melahirkan kandungannya" ( At-Talaq : 3)

c) Tempoh Iddah Wanita Yang Bercerai Kerana Suami Mati

Tempohnya adalah 4 bulan sepuluh hari, jika tidak mengandung. Ia berdasarkan firman Allah :-

والذين يتوفون منكم ويذرون أزواجاً يتربصن بأنفسهنّ أربعة أشهر وعشراً

Ertinya : Dan bagi mereka yang meninggal dari kalangan kamu dan meninggalkan pasangan (isteri-isteri) hendaklah menunggu (tempoh iddah) nya 4 bulan sepuluh hari" ( Al-Baqarah : 234 ) 

Ulama telah bersepakat bahawa perkahwinan semasa iddah adalah dilarang dalam Islam ( Nizam al-Usrah Fil Islam, Dr Md Uqlah, 1/ 287), Ia berdasarkan firman Allah :

ولا تعزموا عقدة النكاح حتى يبلغ الكتاب أجله

Ertinya : "Dan jangan kamu melangsungkan aqad nikah sehinggalah sampai tempoh yang ditetapkan al-Kitab ( tempoh iddah) " (Al-Baqarah : 235 )

Bukan saja nikah, malah meminang seorang wanita semasa dalam tempoh ‘iddahnya juga adalah haram. Jika meminang pun tidak dibenarkan semasa iddah apatah lagi bernikah, sudah tentu lebih besar larangannya. Ia berdasarkan firman Allah.

Demikian tadi hukum yang standard bagi seluruh umat Islam. Secara mudahnya, inilah hukum normal bagi keadaan normal. Sebagaimana manual dan panduan bagi sesebuah kereta yang rosak normal. Dengan mudah boleh dijumpai penyelesaiannya oleh si mekanik.

Kes Zina Bermasalah

Bagaimanapun dalam kes ‘iddah bagi individu yang ‘termengandung' akibat zina dan hukum si wanita ini berkahwin dengan lelaki samaada pasangan zinanya atau lelaki lain bagi menutup malunya dengan segera atau apa jua sebab lain.

Ulama berbeza pandangan dalam hal ini.

Mazhab Maliki, Syafie dan At-Thawry berpendapat bahawa tiada hukum ‘IDDAH bagi wanita berzina. Menurut aliran mazhab ini, perbuatan berdosa dan haram seperti zina tidak akan diiktiraf, Hasilnya, tiada hukum boleh terbina di atas sesuatu yang tidak sah seperti zina. ( Rawdah at-Tolibin, 7/113 ; Bidayatul Mujtahid, ibn Rusyd, 2/21)

Pandangan ini juga diriwayatkan telah dipegang sebelumnya oleh beberapa sahabat Nabi yang utama seperti Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a , Umar Al-Khattab r.a dan Ali Bin Abi Talib r.a.

Ia berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a :

Ertinya : "..penzina (muhsan) tidak lagi layak kepada sesuatu kecuali rejaman batu sehingga mati"

Dan juga sebuah lagi dalil iaitu :

لا يحرم الحرام الحلال , إنما يحرم ما كان من نكاح

Ertinya  : Sesungguhnya perbuatan yang haram tidak akan mengharamkan yang halal ( iaitu perhubungan hasil zina tidak akan membawa sebarang kesan kepada hubungan semendaan) , sesungguhnya hanya akan menjadi haram kerana persemendaan jika dari nikah yang sah" ( Riwayat Ibn Majah, Al-Bayhaqi : As-Sayuti : Dhoif)

Hasil dari dalil-dalil itu, jelas bahawa zina yang haram tidak membawa sebarang hukum ‘iddah, hanya nikah yang sah terdapat ‘iddah. Justeru, perkahwinan penzina wanita yang sedang mengandung itu dengan pasangannya adalah sah menurut mazhab ini dan juga disepakati oleh Imam Abu Hanifah.

Lagi Displin Khas

Bagaimanapun, jika wanita penzina melakukan zina dengan ramai lelaki sehingga ia tidak pasti yang berada di dalam kandungannya adalah dari lelaki tertentu. Pernikahannya itu masih sah menurut seluruh mazhab yang telah disebutkan di atas tetapi dengan SYARAT : MEREKA TIDAK BOLEH BERSETUBUH SEHINGGALAH SI WANITA ITU TELAH BERSALIN!. Jika mereka bersetubuh, maka berdosalah mereka walaupun perkahwinan telah sah.

Ia berdasarkan sebuah hadith yang ertinya :

"Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, untuk menyiram benih kepada tanaman lelaki lain ( iaitu jika wanita sedang mengandungkan benih lelaki lain)" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi : Hadith Hasan)

Sekiranya wanita itu berkahwin dengan satu-satunya lelaki dan pasti pula ia adalah benih lelaki tersebut. Di ketika itu, ia dibenarkan untuk bersama selepas pernikahan dan pernikahan itu juga sah.

Adapun berkenaan jawapan seorang imam yang disebar luaskan oleh orang ramai berikut :-

 

Jawapan di atas juga ada benar sebahagiannya jika dilihat dari perspektif mazhab Hanbali dan beberapa ulama kontemporari, yang mana mereka mengiktiraf mengandung hasil zina boleh membawa hukum ‘iddah, hasilnya, haram bernikah dengan wanita yang sedang ‘iddah dan berlakulah segala satu macam kerumitan sebagaimana yang digambarkan dalam jawapan tuan imam ini.

Kesimpulan

Bagi saya jawapan yang lebih utuh dalam keadaan masyarakat yang amat bermasalah hari ini adalah sah pernikahan dengan syarat si pasangan bertawbat dan jika wanita itu berkahwin dengan pasangan yang bukannya pemilik benih kandungannya, wajiblah ia menjauhi wanita itu sehinggalah ia bersalin.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

6 Mei 2007



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #90 Hukum Berimam bukan ahli Qariahamran atan 2012-05-11 15:54
AS Salam,Ustaz,say a ingin mengetahui hukum solat berimamkan imam yang bukan ahli qariah , contoh imam kerajaan yang bertugas dimasjid masjid kerajaan,atau imam yang tinggal dariqariah lain dan bertugas sebagai imam di masjid qariah lain. sekian, jutaan penghargaan atas respond.
Quote
0 #89 berkahwinnur afiqah 2012-05-11 13:54
salam ustaz...kwn sy tanya sy tp sy xdpt nk jwb sbb sy ni bkn tahu sgt undg2 agama islam...kwn sy xtahu dia pregnant tp dia khawin...sblan lps kawen dia disahkan hamil tp lbh sebulan dari tarikh pkahwinwnnyer....dia nk tahu samaada suami nyer yg ayah kndung anak itu sah atau x mjd wali ank itu??????? tlg bg jwapan ye ustaz..terima kasih..
Quote
0 #88 tertanya tnya plak?????nor 2012-04-26 13:36
salam...sya da berkhawin slama 2 taun...tp sblm sya kwin sya dah pregnnt 6 bln...kerana nk menutup aib kuaga sya pon berkwin dgn ayh kpd ank yg sya kndung kn 2...sya cme nk tahu sah tak perkhawinan kami di sisi agama islam n sah tak taraf anak sya...ada yg kta kami kena angkat nikah smula dan baru ank kami dpt binti kan ayh dia...sekarang dia binti kn dgn abdullah...mntak pendapat yg lebih arif...
Quote
-1 #87 impliasi dan hukumsuraya 2012-04-04 18:38
assalamuaalaiku m ustaz.
Saya ada soalan yang ingin bertanyakan ustaz..ada tak hukum kita mengahwini anak luar nikah dan
apa kah kesan atau implikasi seandainya orang yg saya ingin kahwini itu adalah anak luar nikah.. anak luar nikah itu adalah lelaki dan adakah bila kami kahwin,, dia tak boleh menjadi wali atau iman.. harap penjelasan dari ustaz secepat yang mungkin..terima kasih ustaz..
Quote
0 #86 batasan2 bersama anak luar nikahmazni 2012-03-24 12:52
assalamualaikum ustaz...sy ingin bertanya..saya mmpunyai biras yg memiliki anak luar nikah ...namun sy musykil..apakah batasan2 anak tersebut dgn ibunya serta seluruh ahli keluarga tersebut?kedudukan anak itu dgn ibu2 saudaranya?jika dr kecil ibu kandungnya menyusukannya,a dakah anak ini merupakan anak susuannya?sekian,terima kasih.. :-|
Quote
0 #85 halal atau haramwawa 2012-02-28 21:34
Quoting nana:
aslmkum ustz
sya skrg ni bingung untuk buat keputusan
sya tlh mlhirkn ank luar nkh dan tlh brkahwin dgn psgn sya.
nmun bgitu ibu @ bpa sy tdk dpt mnerima ank trsbt srta memnta sy utk mberikn ank ini kpd org lain krna malu jika dktahui olh saudra mra.sblm ini jga ibu ada memnta sy utk mngugurkn kndungan ttpi sy tdk mhu krna ingin brtnggujwb d ats dosa yg tlh sy lakukn. mslah sy ialah bpa tdk mbnarkn sya pulng ke rmh skranya sy tdk mberikn ank kpd org lain.sy dan suami pula trlalu kasih kpd ank ini.apa yg patut sy bt ustaz.

salam . ustat saya ingin tahu halal atau haram berkahwin semasa saya sedang mengangdung ank luar nikah ? sekarang saya sudah berkahwin dan melahirkan ank . ank saya perempuan . adakah suami saya boleh batal air sembahyang jika tersentuh ank luar nikah
? saya bingung . saya harap ustat sudi bekongsi dengan saya :-)
Quote
+1 #84 Persoalan??hamba allah 2012-02-03 00:48
Assalammuailaik um..

1. ustaz saya ingin bertanya kerana terdapat banyak kekeliruan dalam hukum berkenaan sah atau tidak jika pasangan berzina mengandungkan anak luar nikah..

ada pendapat menyatakan pernikahan semasa wanita penzina itu sedang mengandung adalah sah jika kedua-dua pasangan tersebut benar2 bertaubat. Tetapi disini pendapat saya, adakah pasangan tersebut benar-benar insaf atau pun benar-benar bertaubat yakin saya katakan 1 dalam 1,000,000 jika berjumpa dengan pasangan yang insaf @ ikhlas bertaubat ini ,melainkan pihak kedua-dua keluarga ingin menutup malu.... adakah sah perkahwinan tersebut dan apakah status perkahwinan tersebut?

2. adakah sah perkahwinan penzina ini dalam islam sedangkan pasangan tersebut belum menerima hukuman HUDUD! iaitu hukum allah S.w.t sendiri ???? @ hukuman bagi penzina?
Quote
0 #83 hamba yg jahil...mohd othman bin mohd 2011-12-23 07:08
assalamualaikum w.b.t ustaz... saya ada bc satu artikel dari bolg ttg soalan dan jawapan... tapi yg saya paling keliru adalah pada jawapan kepada persoalan no.2... ia spt berikut:

"Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawa b itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan. "

adakah jawapan itu benar wahai ustaz...
kiranya benar @ tidak tolong beritahu saya berserta nas ataupun ijtima' ulama'... saya mohon kiranya ustaz tahu ajarkanlah diri ini... smoga Allah merahmatimu... Jazakallah ukhairan khathira...
Quote
-1 #82 hamba yg keliru...mohd othman bin mohd 2011-12-23 07:00
assalamualakum w.b.t saya nak bertanya... saya ada terbaca artikel berkenaaan pekara ini... ia merupakan soalan dan jawapan..

"Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawa b itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

saya minta ustaz semak sekiranya ada jawapan diatas salah... dan sebenarnya saya sangat keliru ttg jawapan kepada persoalan kedua diatas... harap dapat ustaz jelaskan dengan pjg lebar dgn dalil dan nas kiranya ada... jazakallah ukhairan khathira...
Quote
0 #81 goodhamba allah 2011-11-26 11:18
jawapan yg bernas lagi kemas.......
Quote
0 #80 Mut'ahIda 2011-11-16 09:28
Ustaz, saya seorang gadis dan telah melakukan dosa zina tetapi tidak mengandung. Saya ingin berkahwin tetapi disebabkan masalah kewangan menyebabkan keluarga dari kedua pihak membantah. Saya pernah terbaca mengenai perkahwinan mut'ah yang diamalkan oleh pendukung Syiah. Saya berhasrat untuk menjadi Syi'ah dan bernikah mut'ah. Ini kerana seandainya saya mengandung (kerana benda begini bukan senang nak tahan) saya tetap yakin anak itu sah walaupun ia dari hasil nikah mut'ah (kontrek). Apa pandangan ustaz. Tolonglah....
Quote
+3 #79 pertanyaanAZ 2011-10-27 16:40
salam
ustaz saya nak bertanya, saya merupakan anak tidak sah taraf , dan mahu bernikah tidak lama lagi, saya baru mendapat tahu bahawa saya ank tidak sah taraf. adakah saya patut memberitahu bakal suami saya.
Quote
0 #78 status anak luar nikahieda 2011-10-04 16:30
sya nak bertanya mcm mne status anak luar nikah tu walaupun sudah menikah.maksud saya adakah akan ber "bin" @ "binti" kan m kandungan berapa bulan yang boleh letak name suami nya dan diiktirafkan sah pernikahan itu
Quote
+1 #77 hukumkahwinsaya 2011-10-03 05:19
saya mengandung namun belum bernikah.. apakah sah nikah saya jika bernikah dengan lelaki yang merupakan bapa kepada kandungan saya ini....
Quote
+2 #76 hendak n perlu tahu.farish 2011-09-26 01:50
salam ustaz.. Sy telah berzina dgn kekasih sy.. Dan sekarang sy dgn kekasih telah bertaubat.. Kini sy hendak bertanggungjawa b terhadap apa yang sy lakukan.. Sy nak nikah dalam masa terdekat,dan soalan sy,perlukah sy dan pasangan pergi kursus kahwin?
Quote
0 #75 hukum atas penipuanelis 2011-09-23 13:22
aslmualaikum...sy ade 1 soalan..terdpt 1 keluarga yg mana anak perempuanny telah melahirkn ank lelaki tnpe bernikah..nmun identiti anak itu d sembunyikan dan ibu dan ayh ank perempuan itu menyatakn yang ank lelaki itu merupakn ank angkat mereka..padahal ank itu merupakan cucuny..jd apekah yg perlu d lakukan dan ape pulak hukum atas pertalian darah itu???? ;-)
Quote
0 #74 bolehkan perempuan yg mengandung akibat dirogol melakukan aborsisiti 2011-09-20 15:32
salam ustaz...
saya mempunya satu kemusykilan....bolehkah perempuan yang teraniaya melakukan aborsi...kalau difikirkan ianya dikira mengambil hak bayi itu untuk hidup..tapi dari satu sudut lagi...banyak kesan kalau bayi itu hidup dan membesar..harap ustaz dapat jelaskan kpd saya...terima kasih
Quote
+3 #73 diakah wali nye?cik sue 2011-06-21 17:01
sya nk tnye ustaz.. kwn sye baru2 nih brsalin anak luar nikah. mse mngndong die dah kwen dgn laki ni, iaitu bapa kpade anak ni.. persoalan sye, bolehkah laki ini mnjadi wali kpade ank nye? mak sye kte, sptot nye mereka kena nikah selepas ank ini brsalin.. anak tuh msti la di atas pgkuan laki tu smase akad nikah. sbab klu nikah semase mngndong nnti laki tu x bleh nk walikan ank die.. sye sgt2 la kliru.. ape sbnarnye jawapan nye?
Quote
+3 #72 Tensionn...anonymous 2011-04-26 23:30
Salam..

Ermm da buat bru nk tahu hukum hakam..
Ustaz pon x de masa nak lyn soalan korang..
Tak payah tanya2, baca & fahamkan jawapan di atas tu..
Semua soalan da terjawab..
Quote
0 #71 KebingunganKusut 2011-04-26 15:40
Assalamualaikum wbt
Sy didalam kebuntuan, Sy adalah pesalah/penzina. Sekarang sy mengandung 4 bulan. Di awal kandungan pasangan menyarankan untuk membuang kandungan ini.. berat hati sy menerimanya. Disebabkan pelbagai masalah yang timbul pihak pasangan, perkara ini telah delay sehingga kandungan sy mencapai 4 bulan. Sy tekad tidak mahu membuangnya dan dia mengatakan, kita sama² jaga. Tetapi skrg dia telah disekat keluar oleh keluarga. Sy tidak mahu berkahwin dngnnya tetapi sy ingin kan ank ini lahir sempurna. Sy akan menjaganya sendiri. Sy tidak mahu keluarga sy mengetahui permasalahan sy ini. Sy tekad untuk berdiri atas kaki sendiri Cuma yang membingungkan sy bangaimana sy nak bersalin nanti. Jika saya bersalin di Hospital Kerajaan, mereka akan mengambil anak sy dan meletakkan dibawah rumah perlindungan. Sy ingin menjaganya sendiri. Yang pasti, sy tidak mahu berkahwin dngn bapa kepada bayi ini. Bagaimana bolehkah bantu sy?
Quote
-2 #70 Nikah Ketika HamilFathur 2011-04-22 14:31
salam ya ustaz,
Ustaz saya bernikah ketika isteri saya sudah mengandong 5bulan, sekarang anak luar nikah itu ber umur 6tahun dan saya di kurnia kan lagi seorang anak ,
Persoalan nya saya disni ialah, adakah saya Berzinar dgn isteri saya selama kami bernikah 6 tahun lamanya ....
bagai mana status anak saya yang ke 2 itu?
dan sekarang ape patut saya lakukan? adakah saya dan isteri kena menikah semula? dan mcm mana cara nya? siapakah patut saya berjumpa?
Quote
+3 #69 masalah yg serupasame with me 2011-04-22 02:00
Quoting enigma:
salam Ustaz,

Macamana kalau seorang isteri telah bersuami tetapi berzina dengan lelaki lain sehingga mengandung.tetapi tidak pasti kandungan siapa sehinggalah anak itu lahir dan semirip lelaki yang berzina dengannya.
Apa yang perlu dibuat sekiranya anak itu dibin/binti kan dengan nama suami?
Perlukah suami menceraikan isterinya selepas mengetahui kebenarannya?
Wajibkah si lelaki yang berzina dengan isteri mengahwininya?


mohon pencerahan tentang masalah seperti ini.. sudah berkahwin dan kemudian melakukan zina sehingga melahir kan anak.. apa yg perlu d lakukan ? jika suami sudah mengetahui dan menerima segalanya dengan hati yg terbuka, dan sanggup membinti kan ank td kpd nya.. bagaimana dengan pernikahannya kelak ?
Quote
0 #68 nk pilih keluarga @ anaknana 2011-04-01 21:37
aslmkum ustz
sya skrg ni bingung untuk buat keputusan
sya tlh mlhirkn ank luar nkh dan tlh brkahwin dgn psgn sya.
nmun bgitu ibu @ bpa sy tdk dpt mnerima ank trsbt srta memnta sy utk mberikn ank ini kpd org lain krna malu jika dktahui olh saudra mra.sblm ini jga ibu ada memnta sy utk mngugurkn kndungan ttpi sy tdk mhu krna ingin brtnggujwb d ats dosa yg tlh sy lakukn. mslah sy ialah bpa tdk mbnarkn sya pulng ke rmh skranya sy tdk mberikn ank kpd org lain.sy dan suami pula trlalu kasih kpd ank ini.apa yg patut sy bt ustaz.
Quote
+2 #67 anak luar nikahariani 2011-03-17 15:33
islam itu mudah, ade penyelesaian yang sesuai dengan jiwa manusia...jika sudah terlanjur bertaubat dan mulakan hidup baru, pengampunan allah tu di mana-mana...dengan taubat hati tenang dan urusan dunia menjadi enteng, insya allah
Quote
+6 #66 ingin tahuseorg ibu 2011-02-22 16:08
ustaz , saya ada seorang anak luar nikah..dan sekarang saya bkahwin dgn seorang lelaki yang bkn ayah kpd anak luar nkah saya...pkhawinan saya memasuki 2 tahun tetapi saya dan suami tak pernah memberitahu tentang anak luar nikah saya yang kini berusia 3 tahun kepada keluarga suami saya..berdosa ke saya myembunyikan hal anak saya itu kepada keluarga suami dan bagaimana cara terbaik untuk saya dan suami memberitahu..terima kasih..
Quote
+4 #65 bingungabu 2010-12-28 16:42
as'kum..sy ingin bertanya patut ke keluarga si perempuan yg telah mengandung dan melahirkan anak luar nikah menghalang si teman lelaki nya yg ingin menikahi dan bertanggjawab ke atas teman wanita dan anak nye...? adakah tindakan itu btl??? dan ini membuatkan si perempuan ini ingin lari dr rmh ..kenapa perlu ada family sebegini...bknye si lelaki xnk bertanggungjwb, tetapi keluarga si perempuan ini cuba sedaya upaya utk memisahkan dan menjaohkan mereka berdua..patotkah begitu???
Quote
0 #64 islam dan semasaumat 2010-11-23 23:23
merujuk kepada buku teks pendidikan Islam Tingkatan 5 mukasurat 99. perempuan yg sedang mengadung hasil perzinaan termasuk dalam kategori perempuan yang haram dikahwini buat sementara (sementara sehingga bersalin) sama seperti isteri orang (sehingga bercerai dgn suaminya dan habis iddah). Adakah buku teks ini tidak merujuk kepada mazhab Syafei? Jika kita memilih hukum sah..maknanya buku teks tidak tepat? Apa yang sepatutnya diterangkan kepada pelajar? Ustaz kata jawapan imam itu ikut mazhab hanbali tetapi dalam penjelasan ustaz di atas, mazhab hanbali kata sah dengan syarat taubat..tetapi jawapan imam tu tidak sah?? harap sangat penjelasan kerana takut tersebar perkara salah
Quote
+3 #63 sama masalahasnie 2010-10-28 03:01
masalah sy sama dgn fyza, cuma yg membuatkan sy selalu termenung adalah berkaitan dokumen kelahirannya, anak xbersalah, tp melalui bin/binti saja sudah menampakkan 'aib'nya..... sy runsing memikirkannya...mnta pendapat.....
Quote
+2 #62 nak bagi jawapan...upin epin 2010-09-28 18:10
kawan saye telah menikah sebaik sahaja mgetahui kekasihnye hamil 4bulan.. masalah mengikut perhitungan... mereka sudah melahirkan anak dan pernikahan mereka tak sampai 6bulan... jadi suka ataw tak... anak akan dibinti kan dengan abdullah.. walaupun sang lelaki mmg bapa kpd bayi..jadi masalah kamu nie,nikah selepas bersalin.... status anak tetap Anak yg tidah sah tarafnye.. jadi perlu d bin dgn abdullah..
Quote
+3 #61 anak x sah tarafazlin 2010-09-21 23:13
salam uztaz..bila saya bc tajuk ni..saya jadi tertarik untuk bg comment...bg saya anak tidak pelu disalahkan...dia berhak mendapat semuanya..yg salah hanyalah ibubapanya..yg kurang didikan agama..saya amat sesal..dengan pandangan masyarakat tentang anak luar nikah..seolah mereka jijik..dan satu lagi bg ibu bapa yang melahirkan anak luar nikah haruslah bertaubat ..walaupun ini adalah kisah silam..tp slalulah kenangkan agar tidak terlupa dengan kesalahan yang pernah dilakukan ..sekia
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 87 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Lelaki & Wanita Hukum Nikah Wanita Hamil Anak Luar Nikah