Lelaki & Wanita Bahaya Nafsu Lelaki

Bahaya Nafsu Lelaki

  • PDF
(222 votes, average 4.66 out of 5)

Bahaya Nafsu lelaki

( Kandungan ini akan memaparkan satu petikan artikel yang dihantar melalui email kepada saya oleh seorang pemuda)

Komentar Saya

Ada seorang menghantar kepada saya email ini yang mana saya merasakan artikel yang disertakannya agak memeranjatkan tetapi mempunyai banyak kebenaran serta dapat memberikan kaum wanita perspektif sebenar luahan seorang lelaki biasa di Malaysia.

Inilah sebabkan saya menyatakan semakin ramai orang yang sudah menjadikan duit dan seks sebagai tuhan di ketika ini.

Anda boleh melihat statistik web skim cepat kaya, sungguh ramai yang menyertainya walaupun ia terlalu karut untuk dipercayai.

Ketika saya bertemu dengan penerbit TV 9, saya bertanya apakah tajuk rancangan Halaqah yang biasanya mendapat rating tinggi. Maka dijawabnya "apabila tajuk berkenaan harta Pusaka".

Minat kepada tajuk harta pusaka ini menunjukkan betapa ghairahnya umat Islam tentang harta mudah (free) dan cepat kaya tanpa usaha. Benar ia memang halal, tetapi secara ringkas menunjukkan kecenderungan serius dan minat meningkat apabila berkisar tentang harta. Risau saya meningkat bila memikirkan bagaimana dunia semakin mengikat minat kita hari ini, jika kecintaan kepada harta dilayan dengan perhatian yang cukup menggunung, pastinya ia akan menakluki seluruh jiwa seseorang itu, ketika itu, tiada lagi ruang buat ALLAH, RASULULLAH SAW  atau Islam itu sendiri. Minta kepada kebenaran dan Islam luntur lunturnya warna dari pakaian yang menjadi buruk.

Satu lagi peluru berbisa cabaran duniawi hari ini yang semkain menggila adalah nafsu dan seks. Kecenderungan apabila berkisar tentang seks dan hubungan laki wanita amat luar biasa perkembangannya. Cuba lihat berapa hits di web saya berkaitan "hukum Onani" iaitu 10,627 hits. Begitu ramai yang tertarik untuk melihat hukumnya, alhamdulillah, itu bagi mereka yang ada minat untuk faham redha Allah, bagaimana pula halnya mereka yang langsung tiada cenderung kepada hal ini?

Lihat juga apakah senarai hit ‘top four' di sebuah web himpunan soal jawab agama di http://soaljawab.wordpress.com/ iaitu : 1) Seks dalam keadaan bogel 2) Orgams Tanpa Setubuh 3) Suami Isteri tonton Filem Blue 4) Hukum Melancap. Lihat, semua tajuk seks dan nafsu menjadi perhatian .

 

Tidak dinafikan sama sekali firman Allah SWT yang menyebut yang ertinya:-

"Dihiaskan dalam diri manusia(lelaki) cintakan syahwat kepada wanita dan anak-anak dan harta melimpah ruah dari emas dan perak...."

Setelah membuat sedikit pemotongan (terpaksa delete kerana bahasanya agak keterlaluan) kepada isi kandungan email dan artikel yang dihantar ini, disertakannya sebagai satu pendedahan tergempar kepada para wanita.

Berhati-hatilah dengan para lelaki, jangan mengambil mudah perihal nafsu mereka.

Sekian

 

Ust Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

PETIKANNYA :-

 

Ustaz,

 

Apa pandangan ustaz tentang petikan artikel yang saya ambik ni ustaz?.. saya rasa macam ada benarnya bagi diri saya ni. Saya pemuda berusia 26 tahun, belum berkahwin..walaupun malu tetapi banyak yang diluahkannya mewakili apa yang saya alami.

 

Saya petik dari web www. (deleted)

 

Apa yang patut saya buat ?

 

Sekian

 

-Yang ingin bertaubat-

ini artikelnya :- 

Apa itu SEKS ?

(bagaimana mengelakkan Zina)

18-SX, entry ini mengandungi unsur-unsur yang keterlaluan dan mungkin menyinggung sesetengah pihak, ada unsur kelucahan yang melampau, korang di nasihati tidak membaca seorang diri kerana di kuatiri akan terlanjur dengan tangan kiri, juga tidak boleh membaca bersama bukan muhrim kerana akan menggalakkan kepada penghampiran zina(janganlah korang menghampiri zina), juga hanya mereka yang berfikiran terbuka sahaja layak membaca-harap maklum!)

18-SX, serius, entry ini betul-betul lucah. Tidak di galakkan membaca kepada mereka yang cepat terangsang!!

18-SX, bagaimana lagi nak aku gambarkan? Entry ini merbahaya kepada ‘bot-bot kecil' kerana takut di salah gunakan, tapi sekiranya korang adalah ‘bot-bot besar' maka aku tak perlulah bimbang..insyAllah.

...................

Baiklah, kita mulakan sekarang sebuah entry yang bercerita tentang SEKS...

Suatu hari dalam perjalanan dari Kuantan ke Terengganu, sebuah kereta bergerak dengan lajunya seolah-olah, "sekarang, sayalah yang terpantas.."

Kereta itu bukanlah ambulance, juga bukan kerata bomba, apatah lagi kereta polis, kereta mayat pun bukan..

Kereta itu adalah kereta hak milik persendirian, sebuah proton satria kuning yang di bawa oleh anak Pak Taib dengan nafsu gelora jiwa remaja, aku yang dah berkahwin menasihatinya..

"jangan bawak laju-laju, aku belum pergi haji lagi"

Semantara itu si jo yang masih bujang pula menasihati anak Pak Taib supaya bawak perlahan dengan alasan;

"aku belum kahwin lagi.."

Atau hakikat sebenar..

"aku tak nak mati lagi kerana aku belum rasa nikmat berset....,!!"

------------------

Seks! Satu dari nikmat hidup..., banyak manusia jadi gila kerananya, ada yang bergaduh, berbunuhan, malahan berperang kerana seks!!!

Dan tak kurang juga yang di campakkan ke dalam neraka kerananya.. oh!

Hari ni jika korang rajin(banyak masa) cubalah semak akhbar dan berita, begitu banyak sekali kes zina, sumbang mahram, gangguan seks, seks oral, liwat, bersekedudukkan, buang anak, rogol-bunuh-bakar!!

Sehingga tak tercapai akalku..isk...

Daripada yang suka sama suka hinggalah kepada yang suka suka, yang mula mula tak suka sehingga jadi sukarela, yang agak suka sehingga yang suka setia, apa dah jadi?,

Masyarakat jadi huru hara, anak tak tahu nak berbin dan berbinti kan siapa, penyakit kelamin dan doctor sakit puan semakin kaya, HIV positif, Siflis, maruah tergadai, keturunan tercemar, lahir anak anak yang cenderung kepada maksiat, dosa dan noda sehingga kawan aiman yang umur 5 tahun tapi dia kecik sajer, bila main dia cepat letih, tapi aiman cakap: "dia tak kisah.."

Akupun tak mendikrimasikan kawan aiman, tapi kisahkah kita jika jumlah kawan ‘aiman' semakin bertambah?..oh!

Kawan aiman menjadi mayat yang sukar di uruskan sehingga terpaksa meminta pengurus mayat yang pakar...
Apa perasaan Aiman bila lihat mayat sahabatnya....?

Seseorang telah jumpa Nabi Muhammad SAW dan mintak izin untuk berzina, sahabat lain ingin membunuhnya dek lantaran kekurang ajarnya kepada baginda lalu nasihat baginda lebih kurang maksud:
Sukakah kamu jika orang berzina dengan ibumu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan adikmu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan isterimu?
Sukakah kamu jika orang berzina dengan anakmu?

Sahabat itu menyatakan tidak suka sama sekali..
Lalu Nabi bersabda(lebih kurang maksud):

Begitu jugaklah orang yang kamu nak zina itu, dia adalah seorang anak, seorang ibu, seorang adik, seorang isteri (lebih kurang maksud-tak sama macam Nabi sabdakan, tapi maksud sama)
Lalu Nabi SAW letakkan tangannya yang mulia di dada lalu berdoa untuk hamba Allah tersebut..

Sahabat ini terharu, ketika perasaan untuk berzina memuncak dalam dirinya lalu dengan iman yang masih ada telah pergi minta izin dengan rasulullah untuk berzina, sahabat yang lain ingin membunuhnya, tapi baginda SAW telah menasihati dengan hikmah dan berdoa untuknya.., sehingga berkata sahabat ini:

"sejak hari itu, tiada yang lebih aku benci daripada zina"

Namun, dewasa ini, kita orang islam mengaku benci zina, tapi tidak dapat tidak, kita tak dapat mengelak dari zina...., di jalanan kita terdedah kepada segalam macam bentuk pra zina.., malahan di mana sahaja!!!

Kes zina telah menular ke seluruh cerok kampong, ke gugusan felda, ke celah celah bangunan sekolah, ke ITP, ke balai polis, ke kem tentera, ke Universti, malahan sampai ke masjid!!!

Naduzubillah?
Kenapa semua ini terjadi?

Adakah kerana masyarakat hari ini kurang pendidikan seks?
Tahukkah korang tentang pendidikan seks?

Dah lama aku dengar desas desus dan ura ura untuk mewujudkan pendidikan seks di sekolah, tapi apa sudah jadi pada cadangan itu?
Telah wujudkan?
Serius, aku tak tahu, jika sudah wujud, apakah silibusnya?
Adakah titik inzal juga akan di masukkan ke dalam silibus?

Baru baru ni masa aku ‘jalan-jalan pergi makan' kat KL aku nampak ada anak-anak gadis yang pakai T-shirt yang bertulis ‘I'm seks education".

Dahsyat..., dan dahsat juga untuk mata aku yang sempat membaca tulisan di baju anak dara..oh!

Hmm, betulkah anak dara? Zaman sekarang nak cari anak gadis yang betul betul berdara, bagaimana?

Akupun tak tahu, kalau korang baik! insyaAllah korang akan dapat pasangan yang baik...

Maka kali ni, aku yang dah berkahwin, nak nasihat sikit kat orang perempuan terutamanya, kerana secara amnya merekalah punca segala zina...
Al maklumlah, wanita itu adalah senjata syaitan..

Maka korang orang perempuan, kena beringat, jangan sampai setan jadikan korang sebagai ‘senjata'..
Aku bila terpandang wanita yang cantik dan seksi, yang memakai baju yang nampak ‘lurah neraka' di jalanan berkata "oh! Kasihan kepada senjata setan ini..., lalu tundukkan pandangan dan membaca doa terlihat perempuan"
(jauhilah aku dari fitnah wanita dan azab kubur)

Nampak beriman dan baik aku kan? Huh, cuba wanita cantik macam Sonale bandre goda aku di tempat tertutup, kat luar hujan lebat, bini pulak datang bulan, huh! meremang bulu janggutku, tercabut kopiah, dan masuk neraka aku agaknya.. naduzubillah.

Aku berlindung dari ujian godaan seks..oh!

Aku sekarang ni pun dah dapat anak perempuan, bila besar jadi senjata syaitan jika aku tak didik betul betul.., bahaya-bahaya.. (kepada Allah aku memohon pertolongan)

Untuk pengetahuan korang wahai orang perempuan sekalian, orang lelaki boleh naik nafsu untuk seks adalah pada bila bila masa dan mampu stim dengan alasan yang simple sahaja, so korang kena jaga betul betul bila berurusan dengan orang lelaki, mereka orang lelaki ni, dengar suara orang perempuan dah naik stim, belum lagi bab tengok, tak tengok, just imagine pun boleh stim, kalau korang bagi peluang pada lelaki untuk pegang korang, bersedialah untuk masuk neraka dunia dan neraka jahanam!!

Dan ada orang lelaki yang boleh inzal just dengar suara perempuan dalam telepon.., so korang orang perempuan bila dah bergayut lama lama dengan lelaki apa akan jadi? Huh bila masuk cerita bab dalam kain, jadi senjata setanlah korang-naduzubillah..

Aku tahu kerana aku lelaki dan hidup dengan lelaki lelaki gila meroyan...oh!, dan lelaki bila dah stim, anu menegang, dalam masa yang agak lama, jika tak di pancutkan air mani, maka testis (DELETED) akan rasa ‘senak', dan pada waktu ini keinginan untuk mencari (DELETED) untuk di pancutkan air mani meningkat dengan dahsyatnya..., masa tu otak lelaki jadi tak waras, tak boleh tidur (aku sendiri pernah alami-tak boleh tidur kerana teringin nak (DELETED)..oh!),

Masa tu jika ada iman, masih boleh buat buat sibuk dengan berzikir atau baca Al-quran atau buat-buat sibuk..., bagus jugak perasan sibuk ni..

Masa aku bujang dulu, jika aku stim malam malam, aku akan start motor keliling kampong, (nasib baik tak jumpa bohsia- tak caripun-Allah masih sayangkan aku)
Kemudian cari kawan, atau lepak minum teh' tarik, lepak di jalan tengok orang atau tengok mat remp-it buat aksi yang cemas dan mendebarkan... mak aku selalu membebel bila aku keluar malam-malam, tahukah mak yang saya waktu tu "air mani dah penuh (DELETED) hingga naik ke kepala dan meleleh kat telinga", tak boleh tidur, tak boleh tengok TV, nak baca Al-quran waktu tu langsung takde kekuatan iman..oh!!

Tahukah korang?
MAT REMP-IT SEKARANG INI SEDANG BERGERAK DENGAN KEINGINAN SEKS YANG DAHSYAT..
Awas, perempuan-perempuan yang tak pandai jaga diri, jika ada peluang mat rempit ini akan rogol korang beramai-ramai-naduzubullah!

Perasan tak korang akan hadiah yang jadi rebutan mat rempit dalam kejohanan lumba haram mereka? Ya! Seorang bohsia yang dapatlah si remaja ini lepaskan segala nafsu ZINA & ROGOL yang memuncak sepuas-puasnya, dan mereka mat rempit rela mati kerana itu!!!

Tahukah korang?

ANAK ANAK PEREMPUAN ZAMAN INI KELUAR RUMAH DENGAN KEINGINAN SEKS YANG DAHSYAT.. Yang mana jika di belai, maka sangguplah anak dara ini membiarkan dadanya di ramas, buat oral seks dan akhiranya berzinalah anak dara yang dah tak de dara ini,..oh!

Kalau mamat Bangladesh atau pendatang asing yang bulu kening iras shahrukh khan datang belaipun boleh.., akan hanyutlah ke dasar neraka anak remaja kita ..kesian...kesihan.., adakah ‘bukan aiman' semua tak kisah???

Tahukah korang?
REMAJA -REMAJA YANG SEDANG BELAJAR DI IPT SEKARANG SEDANG BERGERAK DENGAN KEINGINAN SEKS YANG DAHSYAT..
Banyak mana kes zina telah di tangkap di ITP, bakal ustaz dan ustazahpun ada! Naduzubillah..
Jagalah pendidikan iman anak kita, jika anak kita tersilap dapat pakwe, kena rogollah dia di rumah sewa pakwenya beramai-ramai,

Dan ada juga yang kena ‘rogol' secara terhormat, tak nak sebenarnya, tapi bila di belai dengan kasih sayang, mulalah ketagih untuk inzal.., akhirnya masuk neraka..

Mula mula pegang tangan.., dapat pegang tangan nak peluk-peluk, dapat peluk peluk, nak cium pipi, dahi, lepas ( DELETED)......., lepas tu hari hari berzina, kemudian boring, sedar sedar dah mengandung, cari awek lain dan cerita kat member yang kau tu sudah jadi bekas orang, beranak buang anak, bunuh diri, masuk neraka!!!

Nota: aku bukan doa korang yang dah terlanjur untuk masuk neraka, aku Cuma cakap amalan dosa itu yang boleh buat korang masuk neraka, aku sayang korang, sebelum korang jadi mayat, korang bertaubatlah, dan zahirkanlah taubat korang melalui kahwin!!!!

Zaman sekarang anak-anak muda kita mudah dapat ‘pendidikkan seks', zaman pakcik muda-muda dulu nak bawak pita video lucah bukan senang, letak dalam poket nampak, kena bungkus dengan surat khabar, tapi remaja sekarang ‘bahan melancap' itu hanya dalam bentuk CD, dan lebih haru lagi sekarang boleh simpan dalam handphone, rasa nak melancap boleh bukak handphone dalam tandas, itu yang takde awek lagi, yang dah ada awek apa jadi?

Huh siap buat filem sendiri guna kamera handphone.., itu yang dah depan mata, apa akan berlaku pada anak anak kita yang baru lahir untuk tempoh sepuluh tahun akan datang?
Hanya imanlah penyelamat sepanjang zaman, sehingga jadi mayat, sehingga ke negeri akhirat...

Nasihat seorang alim:
BUATLAH USAHA ATAS IMAN (BERAMAL IBADAT)
SAMPAI KAMU PENAT DAN LETIH SEHINGGA KAMU TIDAK BERUPAYA LAGI UNTUK BUAT MAKSIAT..

Tapi apa jadi pada aku yang hina ini?
Aku telah buat maksiat sampai penat dan letih sehinggalah aku tidak berupaya lagi untuk buat usaha atas iman...isk..isk...

Sahabat sahabat nabi SAW telah berpeluh kerana ugama, tapi aku hari ini berbeluh kerana berbuat dosa... isk.. isk..

Nabi SAW solat sampai bengak kaki, tapi aku bergerak ke arah maksiat setiap hari sampai lenguh tumit kakiku ini.., kepada Allah aku memohon keampunan dan pertolongan..oh!

(Taufan durian pun datang melanda hatiku..)

 

Luahan hati:
Copy/paste email

assalamualaikum..sori menganggu...mungkin bro sibuk kot,tapi nak kacau gak..hal penting nih.disebabkan saya lelaki,maka stret to da point,masa bro belum kahwin,camna cara bro tahan diri dari inzalkan diri sendiri..

kadang2 susah la nak kawal...hmm..camne ek..ada cara mantap?ada baca pendapat ustaz(dari internet,bukan tanya ustaz)kata boleh 'buat' kalo takut sampai berzina ngan orang lain...sampai tahap mana tu..atau...memang x boleh...sekarang kat oversea

(x tau nak bahasa kan diri apa..aku,saya?....diri ni 20 tahun...bro 29 kan..hormat ke pakai aku...?)..

mmg ingat kawen lg bagus..tapi(ada tapi tu)baru datang x sampai staun...blaja pun x stabil lgi...JPA pulak kasi kawin bila taun ke3....hmm...berilah daku kekuatan ya Allah

Luahan hati ketiga:
Copy/paste Seseorang said:

org lain luar sane slalu ckp kat aku yg senang je kalo stakat ckp nk kawen awal..

tp nak buat tu susahaku sll bc blog hamka nitp aku bukanlah di kalangan org2 berilmu (alim)

aku bercadang nak kawen awal kerna salah satunya nak mengelakkan maksiat

tapi dek kerana aku belajar lagi, ramai yg tak menyokong aku.nak kawen awal. cakap senang. tapi nak buat, macam2 alasan

adakala aku rasa nak mintak putus dgn pasangan aku sebab aku tak sanggup tunggu dan terus buat perkara yang tak elok

aku gemar bc blog ni sbb dtg keinsafan.walaupon lagak aku mcm org biasa, tapi keinginan nak kawen tu mmg besar.dan org lain sll beri alasan utk tak kawen awal.mungkin aku patut lebihkan solat,solat hajat,istikharah.dosa aku tak terkira,taubat byk kali dah,masih buat dosa lagi

aku tak tahan lama...aku usaha blaja agama lebih byk

tapi sll terlupe..oh, Allah tentu murka dgn aku! :'(dan makin aku blaja agama,makin hari kawen awal makin jadi keperluan

tapi org kata, duit takde tak bleh kawenaku pikir lebih sgt ke ?aku cuma harap aku dpt cahya kebenaran dan dpt menangkis godaan2 duniawi

aku harap allah dpt beri petunjuk kpd aku dan pasangan aku kirenya kami ade jodoh dan beri petunjuk yg dpty beri menfaat pd kami

 

Hamka said:

Ok, kita sambung balik, aku bukan ustaz dan juga bukan seorang pakar motivasi, aku Cuma keretamayat yang akan memudahkan perjalanan ke kubur, dalam kubur, korang pandai pandailah jaga diri, nasihat aku yang hina ini adalah..

Aku dulu pun takut buat maksiat..

Cerita aku:Bila bapak mertua aku (bakal) agak keberatan untuk kahwinkan anak dia pada mulanya dengan alasan nak anak dia bekerja dan stabil dulu..

Akupun pergi jumpa kadi kat jabatan ugama dan mintak izin kahwin berwalikan wakil, kerana:AKU DAH TAHAN, RASA NAK BERxxxxxH, AIR NAIK KEPALA, TAPI TAKUT DENGAN AZAB ALLAH....

Nasihat kadi tu, dia akan benarkan perkahwinan itu jika bapak perempuan berkeras tak nak kasi-sebab ini melibatkan dosa dan pahala, nasihat kadi tu lagi, suruh aku pujuk dulu bapak mertua, jika gagal dia akan buat surat untuk dakwa dan nikahkan aku guna wakil wali..

Dahsyat bukan?Tapi bila doa dah makbul, Allah yang pegang hati bapak dia, maka kahwin jugak aku berwalikan bapak dia, tiada pertumpahan darah, yang tumpah adalah cecair2 yang halal lagi lazat..(aku mengada-ngada)

Nasihat aku untuk yang nak kahwin tapi masih belajar:Takutlah Allah!! Takutlah azab Allah, jika korang ikhlas tak nak berdosa dan takut api neraka, buatlah usaha untuk kahwin cepat walaupun sedang belajar-Allah jua yang memegang hati-hati manusia..

KAHWINLAH CEPAT-CEPAT WAHAI PARA REMAJA...FITNAH SANGAT DAHSAT MENANTI, MAYAT ANAK ANAK LUAR NIKAH DI SINI SANA..BERTAUBATLAH SEBELUM MENJADI MAYAT...

Nasihat yang lain untuk Hamba Allah yang aweknya dah terlanjur..

Ada cerita dari kitab (mana ntah, aku lupa) seorang pelacur yang bagi minum air pada anjing dan Allah suka dengan amal ini, maka Allah bagi jalan hidayat yang mana akhirnya si pelacur ini berkahwin dengan orang soleh dan beliau telah menjadi ibu kepada Nabi Nabi bani Israel..

Ada jugak cerita orang alim di goda pelacur, kerana takutkan neraka, orang alim ni pengsan, dan akhirnya pelacur ini dapat hidayat dan berkahwin dengan orang alim..

Nasihat aku:Kalau kau dah suka dia...Jangan peduli lagi apa orang nak kata..

Lagu:Mana datang cahaya?.. Bukalah tajuk cerita... Siapa pun kau ku sudi terima... Biarpun dosa semalam... Sebesar gunung menembus awan... Yang penting... hatiku dapat kau tawan...!

Aku cakap ni, jika / Kalau kau dah suka dia betul-betul, kalau kau ragu-ragu, atau kesian, baik tak payah..

Aku cakap betul ni, jika ada wanita yang nak kahwin dengan aku, dia berjaya buat aku jatuh cinta padanya dan dia berjaya pujuk isteriku..ehem, ehem.., dan dia juga bersih dari sebarang penyakit HIV dll, aku terima walau siapapun dia...

Dalam islam, sejarah tidak boleh di hukum.. Macam saidina Umar yang bunuh anaknya hidup-hidup, beliau tetap boleh jadi khalifah islam yang ke dua..Sejarah dah lepas, yang penting, sebelum korang jadi mayat, korang sempat bertaubat..Yang pasti bila dah jadi mayat, baru ‘sejarah' di ambil kira...oh!..

 

Hamka said:

Ok, kita teruskan perbincangan kita, makin hangat dan makin hot nampaknya!!! Kena banyak beristighfar..oh!

Dalam islam melarang couple sebelum kahwin kerana dah berapa ramai yang terlajur perahu boleh di undur, terlanjur inzal, nerakalah jawabnya...

So sekarang ni, bila orang lelaki atau perempuan sudah akhil baligh, dan di tambah dengan suasana hiburan yang dahsyat, maka keinginan untuk bersetubuh telah datang menganggu gugat kehidupan para remaja, la ni.

Remaja sekarang nak bersxxxxh, tapi tak mampu nak kahwin kerana masyarakat tak galakkan kahwin awal dengan alasan masih belajar atau ekonomi yang tak stabil, lalu terlanjurlah mereka dan keluarga mereka ke lembah neraka...

Baru baru ni, makcik tiri belah mak tiri aku cerita akan anak dua pupu kepada anak saudara sabit dia telah terlanjur berzina dengan pakwenya yang sebaya dengan pasanganya, dan pasangan ini baru berumur 16 tahun, bila makcik tiri belah mak tiri aku ni cuba untuk kahwinkan anak dua pupu kepada anak saudara sabit dia ni di jabatan ugama islam, tok kadi tak dapat nak langsungkan perkahwinan mereka dengan alasan di bawah umur(?)

Lalu makcik tiri belah mak tiri aku tu sound akan tok kadi tu bahawa dia dah lepas azab Allah kerana makcik tiri belah mak tiri aku tu memang nak kahwinkan anak dua pupu kepada anak saudara sabit dia kerana mereka dah terlangjur, mendengar dosa dan azab Allah maka tok kadi yang beriman tu jadi takut lalu ‘adjust' juga pasangan ini berkahwin, ... menangislah setan...

Bagaimana Zina boleh terjadi?
Kajian rambang aku, biasanya zina ini terjadi bila korang sanggup dengar cerita dalam kain atau mendengar luahan hati seorang yang menceritakan pengalaman SEKSnya..

Sebagai contoh, korang mungkin bukan lesbian, tapi jika datang seorang lesbian dan menceritakkan pengalaman seksnya kepada korang, pengalaman berjumpa dengan titik inzal, kelazatan di belai dan bla bla bla.. dan pada waktu itu, korang berdua sahaja ada dalam bilik, akhirnya lahirlah seorang lagi new lesbian..

Begitu jugak jika korang orang lelaki mendengar cerita pengalaman seks dari bini orang yang tak pernah dapat nikmat inzal misalnya dan dan pada waktu korang berdua sahaja di tempat yang tertutup, akhirnya berzinalah engkau dengan bini orang -nauzubillah

Contoh lain adalah bila pakwe korang mengadu (DELETED)  dan anu tegang tapi tak pancut, maka ringan ringanpun bermula dan akhirnya..., setan ketawa di lurah neraka!!.

So moralnya jika korang nak bercakap dengan sapepun, jangan sesekali bercakap tentang SEKS di tempat tertutup, dalam telefonpun jangan!!!

Kerana ada hadith yang di riwayatkan dari Tarmizin dan Ahmad yang bermaksud:
"seburuk buruk orang di akhirat adalah orang yang menceritakan pengalaman bersertubuhnya kepada orang yang bukan hak"

Orang yang bercerita akan di laknat, apatah lagi orang yang mendengar..,!!!
(naduzubillah)

Hmmm, Masalah couple satu hal, ok, kita pergi pada masalah lain pulak, iaitu satu lagi masalah , masalah rogol...

Orang lelaki yang jauh dari Allah akan hilang kewarasan bila :
"air mani dah penuh xxxxx hingga naik ke kepala dan meleleh kat telinga",
Lalu bila ada peluang, akan mencari mana-mana xxxxx yang sempat dan mudah untuk pancutkan air mani haram:, korang perasan tak ramai kes rogol melibatkan budak-budak? Kerana budak budak senang di rogol...oh!
Bila air naik kepala, dan bila ada peluang, maka syaitan guna ‘senjata' ini lalu berlakulah

  • Bapa rogol anak
  • Ustaz rogol pelajar
  • Bapak saudara liwat anak saudara
  • Abang rogol adik,
  • Guru rogol murid
  • Polis rogol banduan
  • Jaga rogol budak 5 tahun
  • Pensyarah paksa pelajar buat oral seks
  • Pengangur rogol anak kambing
  • Penggali kubur rogol mayat budak
  • Lain lain:-Rogol, bunuh, bakar..


(ummat menderita sekarang..)

So, nasihat aku kat korang wahai para wanita, jangan bagi peluang walau sedikitpun untuk orang lelaki yang air sudah naik kepala (DELETED) lalu pangcutkan air mani ‘setan'nya ke dalam lurah ‘neraka' korang..., jangan..
Kita orang islam di larang bersangka buruk, tapi bila masuk bab muhrim, orang perempuan kena sangka buruk dengan lelaki bukan muhrim bila berdua-dua an, walaupun ustaz atau aku sekalipun..!!!

Bermakna, jangan sekali-kali korang duduk berdua-duaan sahaja walaupun dengan ustaz atau ulamak dan dengan bapak saudara atau ayah atau abang, jangan sekali kali kerana setan ada antara kalian..

Lelaki+wanita,
=Lelaki+setan+wanita
=Setan+lelakiXwanita+setan
=Kepala yang macam kepala setan masuk ke dalam lubang yang macam lubang neraka
=Masuk neraka jahamam!!!

Eh, tak kanlah dengan bapakpun kena ada muhrim?
Baca berita : bapak rogol anak.(tapi tengok jenis bapaklah, kalau beriman dan air tak naik kepala takpe..)

Tips kedua, jangan pakai baju seksi walaupun depan bapak
(pasal aurat ni aku malas nak tulis-dah banyak di debatkan orang)

Eh, tak kanlah dengan bapakpun kena tutup aurat?
Baca berita : bapak rogol anak.(tutup apa yang patut, jangan lah tidur just pakai kain tuala kat ruang tamu.., korang paham?)

Tips ketiga, Kalau berjalan, jangan berjalan seorang diri walaupun korang nak pergi masjid atau nak naik haji!!!
Ada cerita seorang cikgu naik kereta seorang diri, kena sondol dari belakang, bila turun untuk check bumper kereta kena rogol....

Lain lain cuba korang rujuk berita yang aku ingat-ingat lupa di ambil dari akhbar tempatan:-

  • Seorang lelaki bagi minum minuman sehingga korang orang perempuan jadi pengsan, apa lagi bawak rumah sewa dan rogol secara bergilir-gilir, ikut turn ke , ikut abjad ke , ikut angka giliran ke , ikut saiz ke, lantaklah....
  • Seorang pakwe mengadu kemaluannya sakit kepada aweknya, sebagai simpati si awek sanggup tolong hilangkan senak xxxxx dengan cara membuat air mani dalam telur itu keluar, mula mula oral seks, lepas tu..argh tak payah cerita..
  • Seorang aweks dating bersama pakwanya, dah banyak kali pakwenya ajak berzina, tapi si aweks menolak, satu hari si pakwe bawak aweks ni dating dalam kereta dalam hutan, dan ugut jika si awek tak nak berzina, maka si balaks ini akan tinggalkan dalam hutan, kerana takut..berzinalah mereka..
  • Seorang wanita yang ‘cantik' telah di puji oleh seorang ‘pengarah filem', lalu uji bakat di adakan dalam hotel, untuk berlakon mestilah mempunyai body yang cantik dan tiada parut, wanita itu bersetuju untuk di ambil gambar dalam keadaan separuh bogel, bila dah macam tu, si ‘pengarah filem' ini suruh wanita itu buat pilihan, samaada nak oral seks, atau kena rogol, tak payah cerita apa jadi, wanita ‘cantik' sila berhati-hati bila di puji...
  • Jumpa kali pertama tak pegang, tak ambik kesempatan, wanita tu mulai percaya itulah lelaki beriman, jumpa kali ketiga kena rogol beramai-ramai..
  • Sedang aksyik bercumbu dalm kereta, datang sekempulan pendatang asing pecahkan kereta, belasah lelaki dan rogol aweknya depan lelaki tadi, (moral, jangan dating dalam kereta..)
  • Seorang dreber bas yang matanya selalu melihat masyarat terasa stim tengok pakaian anak anak muda, bila ada peluang di rogolnya penumpang yang bertudung kerana hanya mereka berdua ada dalam bas.
  • Di waktu pagi, cuaca sejuk, xxxxx lelaki akan tegang, so ada yang kena rogol bila berjogging di waktu pagi... jangan jogging seorang diri
  • Pasangan berkhalwat di serbu lalu ada pasangan yang sembunyi di luar tingkap dengan bergayut pada selimut, tapi terlucut lalu jatuh dan jadi mayat dalam keadaan yang cukup mengaibkan..
  • Pengawal keselamatan yang duduk dalam pondok seorang diri dah puas melancap, bila ada peluang nak rasa nikmat sebenar, so budak sekolah yang bersendirian jadi mangsa..
  • Emak benarkan bapa rogol anak dengan alasan takut suaminya kahwin lain...
  • Dan lain lain...

Walau macam manapun, kita tak boleh hina mereka, mereka berdosa kerana ada peluang, iman rosak dan nafsu menguasai diri, jika kita sombong, Allah sangat boleh buat korang yang pandang hina pada mereka terlibat dengan dosa yang sama macam mereka-naduzubillah..

Apa yang telah terjadi, dah terjadi, bertaubatlah, kembalilah kepada Allah dengan sebenar benar taubat, Allah Maha Pengasih dan Penyayang untuk mereka yang menangis berlutut dan bersujud asalkan korang tiada syirik, sebelum jadi mayat...., kembalilah kepada Allah..

Sesesungguhnya manusia itu memang tak boleh tahan dengan ujian seks ini, kecuali yang kuat imannya, sebab tu ada golongan yang di tempatkan di bawah arays Allah dengan sejahtera di akhirat kelak kerena mereka di dunia dahulu adalah golongan yang menolak zina dengan berkata "kami takut kepada Allah" walaupun di goda oleh wanita cantik lagi bangsawan...

Beruntunglah lelaki itu dan beruntungkah wanita yang berkahwin dengan lelaki itu dan beruntunglah juga wanita yang sudi BERMADU dengan lelaki ahli shurga itu....

Korangpun biasa dengar kisah seorang wali Allah iaitu ahli ibadat yang hebat ibadatnya tapi akhirnya tersungkur di kaki wanita(berzina) dan mati masuk neraka...oh!
(cerita detail-boleh rujuk kitab dan ustaz)

Juga cerita malaikat yang mempertikaikan taubat seorang manusia lalu Allah menjadikan 2 malaikat itu sebagai manusia tapi kesudahan ceritanya mereka juga tersungkur di kaki wanita (berzina) lalu di azab sampai sekarang..
(rujuk kitab Harut dan Marut)

Huh! Malaikat yang telah melihat alam ghaib boleh tumpas dengan ‘senjata setan', maka apatah lagi aku dan korang..

Maka untuk mengatasi masalah SEKS ini aku nasihatkan korang dan aku sendiri agar kita:
BUATLAH USAHA ATAS IMAN (BERAMAL IBADAT-bersolat, berpuasa, berzikir, berdakwah)
SAMPAI KAMU PENAT DAN LETIH SEHINGGA KAMU TIDAK BERUPAYA LAGI UNTUK BUAT MAKSIAT..

Dan kalau tak mampu juga..
Jalan Penyelasaian yang terbaik untuk masalah SEKS kerana dapat sempurnakan separuh ugama dan juga sunnah Nabi SAW..
Jawapannya adalah:
KAHWIN...



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

+1 #155 dara dan kesucianrabiah 2012-04-11 17:56
ada laki ni tgh nak berubah, dia ada perasaan pd saya, tp sy spt tak boleh terima kerana dia pernah terlanjur. dulu saya tak kisah hal ni, tp nak tak nak akhirnya saya kisah; semua kerana pemikiran org lelaki yg idamkan dara wanita, membezakan dara dan janda sedangkan teruna lelaki tidak diambil kira. sebagai seorang yang masih suci, saya rasa sangat tertekan dan tak adil dgn mentaliti msyrkat sebegini. jadi, utk menenangkan perasaan sy berdoa, mudah-mudahan Allah mentakdirkan kesucian saya untuk lelaki yang suci, kerana lelaki yg dah bersusah payah menahan diri dari menghampiri zina dan memelihara kesuciannya sememangnya layak untuk anugerah terbaik, iaitu wanita yang suci.

lelaki yang sibuk mengata wanita rosak/tak dara/second hand, ingatlah, wanita tidak rosak bersendirian melainkan ada lelaki yang mengerjakannya, jadi cerminlah diri anda dulu, apakah anda memang bukan perosak wanita...?
Quote
0 #154 reply to A.Z 21Cuba bntu 2012-03-27 02:17
salam,sy pun pelajr gk,,dan kepda A.Z 21..
sy nasihtkn kamu utk tingglkn lelki tu kerna sy pun ada terjumpa dgn lelki mcm tu,mereka saja22 bertnding dgn kawn22 mereka ,sapa yg dapt menguasai ank dara org dulu..kamu jgn terperngkp kata22 manis dia..lepas kamu serahkn apa yg dia nk..dia kan tingglkn kamu..Allah Maha Mengetahui,biar dia yg tentukn jodoh kamu nnti..dan cara yg betul,bersabrlh .Maka berbaktikn kepada agama,curahkn kasih syg kamuditempt yg betul malh berpahala iaitu kpda ibubp kamu.Sibukkn diri dgn hidup sbg peljr,semakin kamu fokus,sibukkn diri dgn pelajarn,smakin kamu akan lupa lelki tu,selmtkn diri kamu dgn jauhkn diri drpadanya kerna seorg lelaki yg benr2 nk ambil kamu sebg isteri,teman hidup sampai mati tk kan mintk utk memenuhi nafsu dia(alsan tk logik).
Quote
0 #153 reply to A.ZCuba bntu 2012-03-27 02:03
reply utk (#124 masalah saya... — A.Z 21 2010-02-09 21:50)
salam,better kamu jauhi ,leleki tu..sy ada pengalamn jumpa lelaki mcm tu..kdg2 ianya saja je nk bertnding ngn kawn22 yg lain,sapa paling hebt yg tackle anak dara dan ,semata2 supya dapt kenekn perempuan ,pastu akan ditingglkn.Kamu jaga maruah baik22..dia sentiasa akn gtaw di sayang kamu,tp ingt itu adalh dusta semua..nnti kamu akan ditingglkn dgn lelki mcm ni ,lepas dia dapt apa yg dia mintk dari kamu tu..utk itu,berbakti kpd ibubpa kerna ini dapt letkkn kasih syg kamu ditempt yg betul,sibukkn diri kamu utk belajr sbb kita adlah peljr..jauhkn diri dri lelki tu..kerna dgn itu,,kamu akan selamt..insyAllah..sy dh cuba..alhamdulillah berhasil..=)
Quote
0 #152 kemelut belengguhani 2012-03-26 15:54
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Ustaz,
Terima kasih utk maklumat dan kesedaran yg diberikan.

Saya adalah dlm golongan yg pernah terlanjur. 2 kali hampir mendirikan rumah tangga tapi kedua2 kali tak jadi. Pertama nyer, tunang rasa rendah diri n tak mampu. Kali kedua putus kerana dpt tahu bakal suami gay n bisexual. (Mengeluh...)

Tunang pertama ajak sayakawin semula lepas saya putus tunang yg kedua, ttp mak saya saya tentang habis habisan. katanya beza sgt sy dan tunang pertama. Sy ada phd dan keje tetap, dia spm dan buat bisness. Mak saya siap kata takkan mengaku anak dan takkan terlibat langsung dlm majlis kalau saya berkeras nak kawin dgn tunang pertama.

Saya dlm dilema ustaz... Apakah cara yang terbaik utk selesaikan masalah ni? Saya nak restu mak ayah dlm perkahwinan.
Quote
+5 #151 keliruAtiqah 2012-03-23 16:40
salam ustaz

saya mpuanyai bf..sy xpernh bzina xp sejak kebelakan ni dy selalu mintak dgn sy dy nak bersetubuh atas alasan dy terlalu sygkan sy dan dy xnak sy cari lelaki lain..sbb tu dia ajak sy bzina dgn dy supaya sy xkn tingglkan dy..apa yang sy perlu bt skrg?

UZAR : WAJIB putuskan hubungan dengan lelaki seperti itu. Ketahuilah lelaki yang menyebut soal seks, nafsunya serta keinginannya kepada wanita sebelum kahwin adalah 'pemain wanita' atau 'perosak wanita'. Kalau berkahwin dengannay kelak, pasti dia akan terus bercakap sebegitu dengan wanita lain. INi ciri kaki curang isteri dan playboy jalanan.

Hukum haram untuk berterusan berhubungan dengannya dan berdosa untuk berkawan bersama lelaki sebegitu. Apatah lagi menjadikannya suami dan berzina dengannya. Moga Allah menyelamatkan saudari.banyakkan solat dan berdoa agar dimudahkan Allah untuk menjauhkan diri darinya dan memutuskan hubungan.
Quote
0 #150 suami kaki perempuanSu 2011-12-30 11:39
Assalamualaikum Ustaz,

Saya mempunyai seorang suami yang kaki perempuan, zina adalah merupakan mainannya. Walau bagaimanapun, dia merupakan seorang ayah yang penyayang terhadap anak-anak. Saya telah berusaha bermacam cara untuk menginsafkan dia sepanjang belasan tahun usia perkahwinan kami. Namun sehingga kita masih tidak berjaya. Sekarang saya hampir berputus asa untuk melihat dia berubah. Apa nasihat ustaz dalam hal ini, adakah saya patut terus berdoa dan berusaha agar dia berubah? atau saya menamatkan saja perkahwinan ini? masalah ini akan menjadi lebih mudah sekiranya kami tidak dikurniakan anak atau dia bukan merupakan ayah penyayang dan baik terhadap anak-anak. Saya amat bimbang sekiranya saya memilih perceraian akan memberi kesan yang cukup besar terhadap anak-anak atau saya tidak dapat menerima hakikat kemungkinan kehilangan hak penjagaan terhadap anak-anak. Ini kerana anak-anak cukup rapat dengan ayah mereka. Terima kasih ustaz.


UZAR : dapatkan kaunseling dari mereka yang pakar, isu sebgini memerlukan perbincangan interaktif, sukar memberi nasihat secara satu hala dari web ini. didoakan puan diberikan jalan penyelesaian terbaik oleh Allah swt.
Quote
-2 #149 assalamualaikum sesat 2011-11-09 01:30
ustaz,
saya da buat dosa besar.bezina dgn bf saya.
saya buat sbb takut dia tinggal saya.
sebab saya betol2 sayang dia.
sekarang "mahkota" saya dah tak ada lg.
bf saya pun makin lama jauh dari saya
saya menyesal, marah, sesat.
yea skarang saya nk balik jalan asal sbb dulu saya bukan macam ni.
saya betol2 menyesal.
tapi saya nk dia tanggungjawab, sebab sape yg nk kat perempuan yg dah hilang mahkotanya?
macam mana saya nk buat ustaz. mintak tolong.
harap ustaz jwb.
Quote
+1 #148 tolong!gadis binggung 2011-10-16 17:20
saya tak pernah mlakukan hubungan seks dengan bf saya tapi saya cuma pernah melakukan yang 'ringan2' dengan bf saya...sejak kblkangn ni bf saya mula melakukan sesuatu yang lebih advance dengn mlakukan seks dengan saya tnpa mbuka bju..jadi,sya mohon bntuan ustaz...apa hrus saya lakukan??
Quote
+8 #147 harapka 2011-02-08 16:26
Salam ustaz. bagaimana pula dengan perempuan seperti saya yang pernah terlanjur dan sekarang sedang menghampiri pintu taubat ke jalan Allah SWT, masihkah ada harapan untuk bersuamikan lelaki yang beriman?
Quote
+7 #146 masalah sayamasalah 2011-01-14 15:34
Salam. Ustaz.

Baru-baru ini, selepas didesak dan ditanya, gf saya mengaku bahawa dia pernah terlanjur dengan bekas bf dia.

Saya bukanlah seorang soleh, jadi saya fikir siapalah saya untuk menghukum dia. Lagipun, permulaan seseorang itu tidak sepenting pengakhiranya (kematian).

Walaupun saya boleh berfikir secara rasional, tapi dalam hati saya sangat sedih.

Cuma, gf saya mengaku bahawa dia benar-benar telah berubah dan bertaubat.

Soalnya sekarang ini, apakah pandangan ustaz terhadap golongan perempuan yang telah terlanjur dan bertaubat. Pasti ada pintu taubat untuk setiap orang. Saya yakin. Cuma, saya keliru bagaimana saya harus melihat gf saya sekarang ini.
Quote
+2 #145 open-minded vs mazhab = nafsu?ingin tahu 2010-12-30 06:08
Saya sedang mengenali hati budi seseorang yang bukan dari malaysia & beliau adalah islam. Kamu hanya berhubung melalui email/ym. Ketika bercakap melalui chat mengenai keinginan hati atau cinta, dia menyatakan boleh dan ianya tidak salah untuk kita berkongsi perasaan atau mimpi secara terbuka. Sebabnya, faktor jarak dan perbezaan masa. Dia hanya menganggap ingin merasa lebih akrab kerana saya adalah satu-satunya bakal isterinya.

Persoalan saya adalah:

1-Benarkah dalam perbezaan mazhab (selain dari mazhab syafiee), dibenarkah untuk melihat rambut pasangan bakal isteri melalui wc hanya untuk sekali saja (kononnya takut bakal isteri ada penyakit rambut)?

2-Benarkah tidak menjadi satu kesalahan untuk berbicara secara terbuka dalam hal-hal berkaitan sex atau 'sedikit nakal' terhadap bakal suami/isteri? Adakah ianya dibenarkan dalam mazhab lain...?

Ianya amat penting pada saya. Diharap ustaz dapat menjawab dengan jelas.
Quote
+2 #144 bagaimana dengan nafsu wanitamrs 2010-12-01 08:32
slm ustaz, sy sudah berkahwin selama 5 tahun...suami saya sebenarnya sgt berkemampuan dr segi batin tetapi sayangnya dia seringkali mengelak setiap kali sy mengajaknya melakukan hubungan...mngkin kalau dilihat disini akan nampak bahawa sy di pihak isterila yg mempunyai nafsu yg lebih...tetapi apa yg sy nk utarakan di sini ialah suami sy nh sebenarnya sgt suka melayari laman web lucah, pernah tertangkap dengan saya dlm emailnyer penuh dgn segala perkara2 lucah yg dia dpt mgkin drp kelab n kenalan xkirala lelaki @ perempuan yg meng'forward antr 1 sm lain...penah jg tertangkap yg dia berchatting ngn wanita n gadis lain...tetapi mcm2 alasan yg dia beri, mesti dia sahaja yg menang...sy takut ustaz yg dia rase xcukup dgn sy seorg...selain dr ini suami sy merupakan seorg suami yg baik...cuma dr segi tuntutan batin, sy rase xcukup.sy selalu berusaha tuk kenangkan kebaikan dia berbanding kekurangan dia...tetapi sy risau bila suami sy terus begini...adakah sy yg sgt berfikiran negatif?
Quote
+3 #143 delimayg bingung 2010-11-20 01:58
salam ustaz..
mtk tlg selesai kn prblm sy..
sblm knal dgn bf sy, bf sy pnh zina dgn boss tmpat dia keje. boss dia goda dia,tplama2 suka dan rela dia lyn boss tu. bru ni je dia cerita kt sy psl dia dgn boss dia tu. dan dia mtk maaf dgn sy psl bnda tu. bru ni sy keluar dgn dia.. dan dia nk pgang tgn sy, tp s xbg,, xlama lpas tu, dia nk kiss bibir sy, sy tampar pp dia,, dia mcm bru tersedar.. dan dia mtk maaf kt sy berulang kali.. siap kata dia ni jahat buat mcm tu kt sy.. seminggu lpas tu dia call sy ckp mtk maaf sgt2 dan dia sgt malu dgn sy.. dia nk bekawan dulu dgn sy..dia nk ubah diri dia.. pada pendapat ustaz, boleh ke sy percaya ckp dia y dia nk berubah atawpun sy perlu tinggalkan dia?? harap ustaz tlg sy.. tengkiu..wsalam

UZAR : tak boleh percaya, dia sedang menipu..lelaki pandai bermanis mulut dan wanita jgnlah terperangkap dgn mainan lelaki ini. pastinya dia sedang menunggu masa utk berzina dgn sdri..yang pastinay akan berjaya jika terus dilayan. saya ada ratusan email yg punyai kes sebgini dan menunjukkan zina akan berlaku dgn sdri jika hubungan diteruskan.
Quote
+1 #142 delimayg bingung 2010-11-20 01:48
salam ustaz..
harap ustaz bole tlg selesaikan prblm sy..
sy ada bf..sblm bf sy knal sy dia pernah bezina dgn majikan dia.. sy ingt sekali.. tp yg mengecewakan sy.. hampir 5 kali.. first time dia terpaksa.. majikan dia goda dia..tp lama2 da suka sama suka dan rela dgn rela..lpas dah lama knal dgn sy, dia cerita kt sy y dia pernah zina dgn majikan dia.. dia janji xkn berulang lg..dan dia pun da pindah tmpat keja.baru ni.. kitowng dating.. dia nk pgang tgn sy.. sy xbg.. x lama lpas tu dia mtk dia nk kiss sy.. sy tampar pp dia.. then dia mcm baru tersedar dan mtk maaf dgn sy.. seminggu lpas tu.. dia call sy,,ckp dia mtk maaf sgt2 buat sy mcm tu..dia malu dgn sy..dia mtk kami berkwan dulu.. pendapat ustaz, apa yg perlu sy buat???
Quote
+4 #141 tqnurul 2010-11-12 15:04
tq sebab byk bg info supaya kaum hawa lebih berhati2
;-) :roll: :o
Quote
+6 #140 huhuFifi 2010-09-24 23:30
huhu..bru sy taw nafsu lelaki mmg b bahaya.. :-x
Quote
+7 #139 Komentar...Bahaya Nafsu LelakiTetamu 2010-08-31 13:55
Kahwin is only a stop-gap measure. Yg penting dan teramat penting kita umat Islam Malaysia ari ni Islam kita hanya pada kulit..tu pun aku rasa kulit bawang lagi tebal...Islam kita takde roh...apa sebabnye? Pendidikan! Lihat sistem pembelajaran kita...bila masa kita belajar agama...dulu ada tauhid... fekah...sirah...aqidah...skg ni camne..ada tak kita bagi penekanan macam mana kita tekankan Math...Physics...Chemistry...dll? Jadi tak heranle...dah kawen pun masih boleh balun yg lain lagi..
Quote
+1 #138 halangan untuk berkahwinMiss F 2010-08-05 05:54
salam

niat sy skrg mmg nak kawen tp hlgan drpd k'uargaa yg t'lalu mmilih calon menantu, t'utama skali mak sy yg ingin kn menantu yg bjawatan tggi sekurang2 nya guru, ada kereta atau rumah sendiri, bgaji besar, sdangkn bf sy hanya bekerja di kampung, sykat enterprise dan hanya ada moto.,manakala ayh sy pula inginkn calon menantu yg high educated spt nya, sdgkan bf sy hanya bpendidikn setakat stpm shj, maklum lah sy ni kira bpendidikan tggi jugak lah, mak sy ckp setakat baik, rajin, b'tggungjwb x cukup nk bg ank dara org mkn.. sy faham dgn niat mak n ayh sy, lumrah mak ayh nk tgk ank hidup sng, ttp yg sy kagum pd bf sy, dia x pernah suruh sy peluk,cium atau buat yg bkn2, berbndg dgn lelaki yg pernah sy keluar dlu. kalo boleh sy mmg nk kawen dgn dia utk elak dosa sbb kalau kami keluar biasa pegang tgn je, tu pun sy rase berdosa sgt2.. tp tu lah mslh nya,hlgn drpd mak n ayh buat sy blank..

tak sangka mak n ayh sy mmentingkn darjat..keinginan sy nk kwen dgn dia berlandskan rsa hormat dia pada seorang perempuan, dan sifat2 dia yg lain, sy x pentingkn thp plajaran atau jwtn ape yg dia sandang, cukup dia dpt tanggung sy dgn rezeki yg halal..tambah msalah lagi bila makck2 masuk cmpur soal jodoh, ade yg suruh cari org drpd negeri sndri la,(sy b'asal dr t'ganu dn bf dr s'gor), ada yg nk jodohkn sy dgn ank sdare diorg la, ada yg tnya gaji bf sy brp.. ya allah perlu ke semua tu utk kawen? sy mmg x nafi duit, rumah, kereta, gaji mmg penting zmn skrg, tp bg sy yg lbh penting hati budi,

ank kwn mak sy, merangkap kwn sy kawen umo 19, skrg 22 ank dah 2org, dia kwen dgn senior mse blaja, skrg ble dah keja, suami engeneer mmg x dinafikan duit byk, selalu keja oversea, tp xde duit jgk, keluar msk pub, ank2 diabaikan. kwn sy di belasah sewenang2 nya akhir nye skrg ni mereka dlm proses penceraian.. sy x fhm, mak sy x ambik iktibar lagi ke psl kes ni. sy x perlukan suami yg moden,keja best tp yg sederhana..kalo nk fikirkn mmg byk hlgn tp sy doakan allah satu kan sy dgn dia satu ari..
Quote
0 #137 ape hukumnya?hamba ALLAH yang keliru 2010-07-13 03:28
assalamualaikum ustaz..saya ingin bertanya tentang satu perkara yang saya pasti ramai hamba Allah di luar sana turut keliru..apakah hukum bercouple di sekolah? adakah ia tetap haram walaupun tidak berpegang bersentuhan, tidak berdua-duaan..adakah ia tetap haram?
Quote
0 #136 pilih yg jernih.ahmad 2010-07-02 00:14
tinggalkan dia..dia ambil kesempatan atas saudari tu.
Quote
0 #135 jauhi punca2 kemaksiatan.ahmad 2010-07-02 00:11
tinggalkan sahaja..AlQuran beritahu, lelaki yang baik untuk wanita yang baik.begitulah sebaliknya.saudari inginkan yang baik.si dia inginkan sebaliknya, maka fikir2kan lah..Allah akan ganti yg lebih baik lagi dari itu..
Quote
+1 #134 syukranzahin 2010-06-25 20:30
assalamualaikum ustaz.. sihat? terima kasih sgt2 atas artikel yg bguna ni.. sgt2 mberi sya panduan dlm hidup sya..

sya ingin btanya tntg 1 perkara yg betul2 buat sya keliru.. Apa hukum sebenar bercinta yg sebenar nya? sya pernah tbaca tntg artikel yg mnegaskan bcinta itu haram .. tpi kemudian sya tbaca lg artikel yg mngatakan bcinta itu boleh asalkan tidak mndekati zina ( bergantung pd niat dan perlakuan srta sikap smsa bcinta ).. tolong beri sya penjelasan yg jelas... terima kasih sbelumnya ustaz... wasalam..
Quote
+1 #133 Guestzan89 2010-06-25 20:15
8) betul 2...smoga kita d jauhi bisikan syaitan(laknatu llah)
Quote
+2 #132 insafsha 2010-05-31 02:31
salam..dh baca komen2 ni, sy jd takut insaf sgt2..masyaAllah t'lalu jauh kwn2 kita tersasar..smg kita sntiasa bertaubat kpd Allah, xkiralah yg dh terlanjur@ yg takut terlanjur
Quote
0 #131 reply masalah sayanur 2010-05-05 08:32
awak kena putuskan hubungan dengan bf.jangan terlalu lembut hati melihat bf menangis kerana ramai wanita tersungkur ke lembah zina kerana mudah lembut hati dan sayang kat bf.baik sayangkan Allah dari sayangkan manusia yg akan mati suatu hari nanti.cinta zaman sekolah biasanya cinta monyet dan tidak berkekalan.jangan ikutkan perasaan kesian kat bf,takut awk yg merana kemudian hari.biarlah dia menangis dari awak yang menangis di kemudian hari.ingatlah kepada Allah.jauhi couple dan elakkan dari berzina.Jagalah mahkota paling berharga dan hanya beri kepada SUAMI.semoga suatu hari awak akan berjumpa lelaki yang beriman dan ikhlas sayangkan awak dengan mengambil awak sebagai isteri..InsyaAllah.. :-)
Quote
+1 #130 KahwinUnknown 2010-05-05 08:23
Salam Ustaz,

Sekadar pengamatan saya membaca penulis banyak meberi nasihat berkahwin menyelesaikan mslh nafsu lelaki? Betul ke? Tahukah pada zaman ini penceraian berlaku sgt tinggi hanya kerana nafsu ini jugak.

Penceraian,zina ini bukan hanya saja menusuk masuk kepada golongan jahil malah hingga ke saat ini golongan pandai agama tidak terlepas dari dugaan dan cabaran ini.

Macam mana kita nak bendung masalah ini? Saya betul2 risau..kalaulah kita selamat sekali pun, adakah seluruh anak beranak, saudara mara kita jugak selamat?

Harap ustaz dpt share dan ulas sedikit isu ini.

Terima kasih,
Quote
+4 #129 DagangAmir 2010-05-05 04:55
Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. ( H.R. Muslim) Moga saudari terdiri dari kalangan yg beruntung.
Quote
+3 #128 Nak tanya pendapathambaAllah 2010-04-28 22:07
Asalamualaikum ustaz,

saya dalam dilema, suami saya menyukai isteri orang (kawan sekolah nya) dan dia telah berterus terang dengan saya yang dia akan berhenti ..tapi saya tak pasti betul ke dia akan berhenti. Isteri orang tu pun rajin melayan.

Apakah patut saya buat selain berdoa. Patut ke buat taqliq. Perlu nasihat ustaz. Saya rasa seolah saya bersubahat.

UZAR : mungkin boleh hantar surat kepada suami wanita tu beritahu. Thenpandailah suami tu buat tindakan yang patut
Quote
+2 #127 lelaki itu dayus!!anakmata 2010-04-21 08:29
bf kamu DAYUS!
SILA TINGGALKAN DIA

sggupkah adik letakkan maruah adik d tgn lelaki yg belum tentu akn mangahwini adik
yakinkah adik dgn pegangan agama llaki yg berniat melempiaskan nafsu (pegang..cium..) pd yg bkan hak
ini bukan CINTA melainkan NAFSU semata2.
Quote
+2 #126 tetapkan pendirian dlm hal agamahieyda 2010-03-18 09:21
bgs. sy pn mcm aw. alhak ketika bt diploma dulumdulillah, allah pelihara kite. dan doa kan jgk utk kwn2 agar hati mereka terbuka utk berubah
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 85 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Lelaki & Wanita Bahaya Nafsu Lelaki