Lelaki & Wanita Siapa Lelaki Dayus Menurut Islam ?

Siapa Lelaki Dayus Menurut Islam ?

  • PDF
(184 votes, average 4.93 out of 5)

Siapa Lelaki Dayus ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita. Saya juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya nafsu lelaki dan sebagai pengetahuan am buat para wanita. Walaubagaimanapun, tidak memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat berkaitan dengannya.

Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka.

Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.

Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :

 ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?

ERTI DAYUS

suami tiada kuasa?Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-

1)     Sabda Nabi : -

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

 

2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-

قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya) 

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus

Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-

هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)

Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )

Berkata pula An-Nuhas :

قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم

Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره

Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya"  ( Faidhul Qadir, 3/327 )

Imam Az-Zahabi pula berkata :-

فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )

Imam Ibn Qayyim pula berkata :-

قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة

Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.

Dayus adalah dosa besar

Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :

لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.

Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :

والقواد عند العامة السمسار في الزنى

Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )

Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-

الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة

Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )

Cemburu Dituntut Islam  & Jangan Marah

Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.

Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.

Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Nabi SAW bersabda :

من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة 

Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )

Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin 

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak  dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua.  Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji  yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

17 Julai 2007

p/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #75 Ramainya lelaki dayus !!Wardah 2012-04-11 08:54
Saya pun bersuamikan lelaki dayus yg sangat merindui janda yg terang-terangan suka menduakan suami .... suka balik ke rumah lelaki yg berkeluarga utk bersekedudukan dengan kehadiran isteri malang di rumah itu.... beriba dengan lelaki depan suami,...mengakui terang2 tanpa rasa takut atau malu ...tetapi si suami masih ingin memberi peluang, berkawen semula berkawen semula selepas beberapa tahun dengan janda yg merupakan penzina tegar sejak belum berkawen kali pertama lagi....
Quote
+1 #74 Isteri Degil Suami Dayus ?suami bingung 2012-03-16 07:35
Isteri saya memakai tudung tetapi kdg2 tidak betul contoh seperti memakai tudung tapi tanpa anak tudung dan kdg2 tidak bertudung bila jiran (lelaki) dtg kerumah. Beliau juga mengambil ringan tentang bersentuh antara bukan muhrim ,(beliau tidak kisah jika bersalam dgn lelaki. Saya memang benci dengan perkara tersebut. Sudah banyak kali saya nasihat serta hint dan memberitahu beliau tetapi selalunya akan berakhir dgn pertengkaran..saya sangat sedih...apakah yang perlu saya buat dan adakah saya tergolong dalam suami yang dayus. :sad:
Quote
0 #73 Anak yang risauHunny Lily 2012-03-10 21:48
Assalamualaikum Ustaz Zaharuddin,

Saya ingin bertanya, sekiranya dulu anak perempuan tidak menjaga aurat tetapi sekarang dia sudah bertaubat dan berubah, adakah bapa dia masih dilabel sebagai lelaki dayus???
Quote
-1 #72 isteri bingungmawar 2012-02-21 12:00
Quoting Lelaki keliru:
Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya .. Adakah seorang suami di kira dayus jika mengetahui isteri nya ada berzina dgn lelaki lain dn dlm msa yg sma merasa cemburu & menasihati serta cuba membimbing isterinya kembali ke jalan yg benar..saya telah pun memaafkn nya.. Persoalan nya ada saya di kira dayus dn apa yg perlu saya lakukan ?semada becerai atau cuba membimbing isteri saya sebaiknya..


bagaiman pula kalu perkara itu telah lama berlaku iaitu sebelum berkahwin dgn suami cuma suami br mengetahui kisah silam itu baru2 ni....walhal c isteri mmg benar2 telah bertaubat dan menyesal atas kesilapan yg lalu...apa kah yg patut c suami lakukan terhadap isterinya skrg ini?
Quote
0 #71 alhamdulillah...shkin 2012-01-19 08:50
Terima kasih di atas info ini...
banyak yg kt x tau rupanya...
& banyak lelaki dayus akhir-akhir ni...
Quote
+1 #70 hmmm..pemerhati 2011-12-29 22:40
Terima kasih atas artikel ini, Bagus untuk pencerahan tetapi saya boleh nampak sesetengah lelaki akan menyalahgunakan dalil-dalil ini untuk tujuan yang menyerong dari landasan Islam yang sebenarnya.
Quote
0 #69 Rumah Dan KejaHaizah 2011-12-29 19:59
Saya rakyat negeri Singapore. Saya Dan Suami saya Ada maksaalah tentang rumah.. Kami baru berkhawin 1tahun lebih.. Rumah saya HDB 4bilik uma block agak kicik.. Harga rumah sgt mahal.. Saya Dan Suami saya pertama Kali mau rasa Rumah pertama Kali.. Harga uma kami $266,990. Tapi mereka mau kami bayar deposit $80,000 cash money. Kalau tak Ada cash tak boleh ambil kunci. saya Dan Suami saya mintak bantuan tetapi mereka tgk gaji kami Dan mereka kata ini undang2 negeri. Suami saya Dan saya terpaksa keja security under kerajaan Negeri ini Dan saya keja tak boleh pakai tudung terpaksa.
Quote
0 #68 sekadar pendapat..matsapit 2011-12-29 18:30
Dayus nieh, bila dia tahu isteri , anak popuan dia buat dosa, dia biar jer seolah2 meredhai , tu dayus..Tp, kalo isteri dia berzina, then isteri dia mnx maaf ..lalu dia memaafkan, tu bukan dayus..tu pemaaf .. ;) kalo sye ada silap dalam mmberi pendapat harap ditegor.. :D
Quote
+1 #67 mrjojo 2011-12-24 16:02
Quoting Lelaki keliru:
Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya .. Adakah seorang suami di kira dayus jika mengetahui isteri nya ada berzina dgn lelaki lain dn dlm msa yg sma merasa cemburu & menasihati serta cuba membimbing isterinya kembali ke jalan yg benar..saya telah pun memaafkn nya.. Persoalan nya ada saya di kira dayus dn apa yg perlu saya lakukan ?semada becerai atau cuba membimbing isteri saya sebaiknya..


Salam, saya juga perlu tahu. Adakah perlu di ceraikan dan berkahwin semula jika pernah jatuh dalam kategori lelaki dayus, dimana isteri bersama lelaki lain. Jika tidak perlu bercerai, hanya memaafkan nya dan disuruh bertaubat, tiada permasalahan di situ. Jika terpaksa diceraikan, bolehkah dirujuk dalam tempoh edah?
Quote
+1 #66 KeliruLelaki keliru 2011-11-30 21:58
Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya .. Adakah seorang suami di kira dayus jika mengetahui isteri nya ada berzina dgn lelaki lain dn dlm msa yg sma merasa cemburu & menasihati serta cuba membimbing isterinya kembali ke jalan yg benar..saya telah pun memaafkn nya.. Persoalan nya ada saya di kira dayus dn apa yg perlu saya lakukan ?semada becerai atau cuba membimbing isteri saya sebaiknya..
Quote
+1 #65 Jawapanhawk 2011-10-31 09:38
Quoting wanita keliru:
Slam ustz.. suami yg kaki judi,perempuan, kurang tgjwb, sesuke hati mengkalau isteri, memaki hamun isteri dan doa2 yg tidak baik pd isteri, 7 thn isteri bg peluang tp x jugak berubah...kerana tidak thn lg isteri mntk dilepaskan..telah duduk berasingan hampir 2 thn...suami x mau lepaskan....adakah suami itu dayus dan ape yg harus isteri itu lakukan..



Tebus talak. Senang. Tp kna sabar sikit sebab berurusan ngan mahkamah yang tentunya mengambil masa berbulan2
Quote
0 #64 keliruwanita keliru 2011-10-26 10:29
Slam ustz.. suami yg kaki judi,perempuan, kurang tgjwb, sesuke hati mengkalau isteri, memaki hamun isteri dan doa2 yg tidak baik pd isteri, 7 thn isteri bg peluang tp x jugak berubah...kerana tidak thn lg isteri mntk dilepaskan..telah duduk berasingan hampir 2 thn...suami x mau lepaskan....adakah suami itu dayus dan ape yg harus isteri itu lakukan..
Quote
0 #63 kepastianwanita keliru 2011-10-26 10:24
Salam ustaz..kalau isteri mintak cerai disebabkan perangai suami x bg nafkah yg sepattnye,sesuk e hati menghalau isteri ketika isteri sakit,kaki judi, kaki perempuan ,maki hamun dan doa suami pada isteri yg tidak baik bile...cth: "AKU DOA BIAR TUHAN LAKNAT KAU..BIAR HIDUP KAU SUSAH"...dan bile isteri minta diceraikan dia x nak lepaskan...peluang isteri bg selama 7 thn..ape pendapat ustaz..suami didalam kategori mana?dayuskah dia? ape tindakan yg harus isteri buat?
Quote
-1 #62 Pendapat...Miss3Kitty 2011-10-01 18:25
No!!
Dayus adalah apabila kamu x lagi b'perasaan cemburu, bkannya x craikan.
Yg perlu minta cerai ialah si isteri apabila si suami dayus. Kalau bgini, mcm kamu... mksud sy, pak cik, kata, fkirkan masalah anak2 dan syg pak cik t'hdpnya. ape, kawin mnurut islam bknnya b'asas nafsu dan cinta ssama sndiri smata2! Tp juga krana Allah. Baginda Rasulullah SAW pun x pernah bkhwin atas dasar nafsu. Cerai juga adalah dilaknat oleh Allah, kcuali apabila suami x laksana amanah.

Skrg, pak cik x amanah kalau pak cik x cbe bwa istri pak cik k jln sbnr. B'sbr dan b'doa adalah kunci utama.

Walopun sy masih plajar dan blum kawin, tp harap pak cik x lihat orang yg bckp melebihi ape yg dickpkn.
Wallahu'alam, Gud luck.
Quote
+1 #61 Jawapan...Miss3Kitty 2011-10-01 18:14
Salam.
sy pon plajar gak, tp pendapat x knal usia kn?

1. Ustaz dh jwb jlas2 ape maksud llaki dayus. teliti smuler. dan bkan laki yg melakukan dosa yg dayus, tp laki yang melakukan dan membiarkan dosa yang menghampiri zina dlm kluarga, cth: dating, bpgang2, mraba2 dll. Jadi, bg sy kalau sorg abg yg mmbiarkn adik pompuannya b'pakwe, dikira dayus.

2. xkanlah dlm 1 klinik xde doktor pompuan? Lgpon, bkan sumer rawatan kna doktor pompuan, tp yg melibatkan sentuhan dan pndedahan aurat.slagi mampu, knalah cari doktor pompuan. Yela... kte tgh ckp psal maruah dan amanah, xleh ambil ringan. tp kalu dh cbe sdaya upaya, tp masih x dpt... itu dh luar tanggungjawab suami/ayah. yg tiggal ialah sabar dan do'a.

Wallahu'alam. Kalau salah tolong tgur.
Quote
0 #60 Jawapan...Miss3Kitty 2011-10-01 17:59
Salam utkmu. Bkan ape, sy pon plaja jgak, tp sbgai pndpt je,

Dayus... bkan ke ustaz sdah trangkan di atas? cbe tliti smuler. bg sy, Dayus ni luas, dan mungkin benar jatuh atas stiap llaki, tp wat ape tngok yg umum, sdgkan yg khusus pun x leh handle? jd ustaz kecilkan konsep ke sgi ahli kluarga.
Kalau perbesarkan ke konsep umum, sy rse dh t'masuk dlm amal ma'aruf nahi munkar, maknanya tanggungjawab jatuh pd stiap umat islam yg dh baligh, bkan laki shj.
Lagipon, who r we 2 b a judge of some1 else that we don't even know?
nampak sorang pompuan muda bsama sorang llaki, trus fitnah menghampiri zina. ntah2 laki 2 abg die k, ayah die ke... ntah2 mmg dh kawin pon. jd, asalkan paling2 kurang dlm konsep amal ma'aruf nahi munkar, dan juga sbagai seorg suami, iaitu hati yg x mredha'ie.
Wallahu 'alam. 8)
Quote
0 #59 correction :)passerby 2011-07-28 19:26
Quoting muhammad syafiq:
assalamualaikum ...
alhmdulila....
terima kasih ustaz di atas artikel di ats...
artikel ini sngt2 bgus dan bermanfaat bg kaum lelaki dan kaum perempuan yg beragama islam.... :-|


Alhamdulillah. bukan alhmdulila :)
Quote
0 #58 Dayus vs SportingAmir 2011-07-27 15:07
Minta bagi pandangan. Ada yang ingin menjadi sporting hingga menuju ke arah kedayusan.
Quote
0 #57 lelaki dayusmuhammad syafiq 2011-07-04 15:45
assalamualaikum ...
alhmdulila....
terima kasih ustaz di atas artikel di ats...
artikel ini sngt2 bgus dan bermanfaat bg kaum lelaki dan kaum perempuan yg beragama islam.... :-|
Quote
0 #56 Assalamualaikum Ramli 2011-04-28 14:09
Salam, terima kasiih utk perkongsian yg sgt bermafaat nie.
Quote
+1 #55 izin sharewoot woot 2011-04-01 19:02
ustaz,izin share artikel ni..:)
Quote
+10 #54 dayus..???khairul azlan 2011-02-17 21:57
assalamualaikum ustaz...

saya nak tanye ustaz..apakah jatuh hukum dayus itu..apabila..suami membenarkan isteri bermain facebook atau laman sosial yg lain bersama lelaki lain yang bukan mahramnya..?
Quote
+1 #53 terlalu sayangRahman 2011-01-07 14:17
:-x aku syg kn dia..tpi dia minta
dileaskan..ape harus keputusan yg aku buat?
Quote
+6 #52 Dayuskah saya?Diyo 2010-11-19 12:48
apakah termasuk dayus?
saya menuruti semua keinginan istri saya demi kebahagiaan istri saya walau terpaksa.
Quote
+2 #51 Sanding?omaredza 2010-11-03 09:55
Salam ustaz, InsyAllah saya akan berkahwin tak lama lagi. Dayus ke kalau lelaki membenarkan isterinya dilihat orang ramai dalam majlis bersanding, dan niat bersanding itu hanyalah untuk mengambil gambar semata-mata.
Quote
0 #50 persoalan..nieyrah.. 2010-11-01 11:33
assalamualaikum ..
ustaz,sy masih lg seorang plajar.. bila sy bce psl lelaki dayus ni wujud beberapa persoalan.. dalam erti kata mudah,ap sbnrnye mksud dayus ni..?? adakah membiarkan kaum hawa y mnjadi tggungjawab sorang lelaki melakukan dosa di kira sbg dayus?? begitukah ustaz..??
ustaz jugak bgtau y salah satu dayus ialah membiarkan isteri @ ank2 perempuan mndpt rwtn dr dr lelaki.. klau ssh nk cari dr pompuan nk wt cne..?? adakah d maafkn.. ap hkumnya ustaz..?? itu saja..
terima kasih..
Quote
+1 #49 miennmien 2010-09-15 02:37
asalammualaikum .. adakah seorang lelaki membiar kan ank nye mencari rezeki adalah seoranh lelali yang dayus???
Quote
+3 #48 Dimana Kedudukan Saya? Adakah Saya DayusAnuar Awang 2010-09-13 14:08
Adakah saya (suami) dikategorikan dayus setelah isteri saya berterus terang telah mencurangi saya dan pernah bersetubuhan dgn lelaki lain, lalu isteri saya minta saya lepaskannya (minta cerai) atas perasaan tiada lagi cinta, sayang, rindu dan nafsunya terhadap saya lagi, akan tetapi hati saya tidak mahu melepaskan isteri saya kerana saya masih menyanyangi, menyintai, merindui dan tambahan pula memikirkan tentang anak2 yg masih kecil (apa akan jd dgn anak2 jika kami berpisah).
Tolong ler ustaz... Apa yg perlu saya lakukan? saya benar2 mahu mencari jalan penyelesaian yg terbaik utk keredhaan allah dan khas utk anak2.

UZAR : ye, akan jatuh dayus tahap tertinggi seperti mana dalam hadis yang mana TIADA TEMPAT utk lelaki dayus di dalam syurga. Perlu segera bertindak terhadap isteri menurut cara islam, tegur, pisah temat tidur dan seterusnya jika dia masih tidak bertaubat..maka cerai adalah jalan yang mesti diambil.
Quote
+6 #47 DayusRaf 2010-09-09 20:25
adakah suami dikategorikan dayus setelah si isteri berterus terang telah mencuranginya dan pernah bersetubuhan dgn lelaki lain lalu si isteri menuntut cerai atas tiada perasaan cinta dan sayangnya terhadap suaminya lagi akan tetapi suami tidak mahu melepaskan isterinya kerana mendendami sikap isterinya..
Quote
0 #46 suami dayusImani yase 2010-08-29 14:22
Salam ustaz,suami dayus yang membiarkan isteri bersama lelaki lain.Apakah hum suami dayus?.Bagaimana pula taubat isteri itu?tq
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 76 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Lelaki & Wanita Siapa Lelaki Dayus Menurut Islam ?