Lelaki & Wanita Seluar Londeh & Pakaian Seksi : Suatu Hak Kebebasan Peribadi ?

Seluar Londeh & Pakaian Seksi : Suatu Hak Kebebasan Peribadi ?

  • PDF
(92 votes, average 4.67 out of 5)

Seluar Londeh & Pakaian Seksi Wanita : Suatu

Hak Kebebasan Peribadi ?

Oleh : Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Di dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik bebas kita semua. Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami hidup ini sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain.

Hak terutama dan yang tertinggi ; adalah hak Allah SWT, samada suka atau tidak sesuatu hukum yang 'putus' seperti larangan Zina, Riba, tinggal solat, menutup aurat dan lain-lain adalah tidak boleh ditoleran oleh keadaan dan berubah mengikut peredaran zaman. Ia dinamakan hukum hakam yang bersifat 'muhkamat' atau 'Qatiyyat', tatkala itu, sebarang idea dan logik aqal manusia tidak boleh masuk campur dalam hal urusan hukum sebegini untuk mengubahnya menjadi harus dan halal.

Mudahnya, ia disebutkan di dalam hadis ini :-

فقال يا مُعَاذُ هل تَدْرِي حَقَّ اللَّهِ على عِبَادِهِ وما حَقُّ الْعِبَادِ على اللَّهِ قلت الله وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قال فإن حَقَّ اللَّهِ على الْعِبَادِ أَنْ يَعْبُدُوهُ ولا يُشْرِكُوا بِهِ شيئا

Ertinya : Wahai Muadz, adakah kamu sedar dan tahu apakah hak Allah yang patut dijaga oleh hambanya, dan apa pula hak hamba yang patut dijaga oleh Allah?

Muadz menjawab : Allah dan rasulNya lebih mengetahui.

Baginda menjawab : "Sesungguhnya hak Allah yang wajib dijaga oleh hambanya adalah agar mereka sentiasa tunduk abdikan diri kepadaNya ( dengan turuti perintah dan jauhi larangannya) dan jangan ia mempersekutukanNya dengan satu apa pun.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 2701, 3/1079)

Hak kedua ; adalah hak Nabi Muhammad SAW secara peribadi seperti berselawat ke atas baginda SAW apabila mendengar nama baginda disebut.

Terdapat juga hak baginda yang bukan peribadi tetapi atas kapasiti 'Nabi' dan 'Rasul' yang mesti diikuti manakala sebahagian lagi hanya disunatkan sahaja.

Hak ketiga ; adalah hak pemerintah yang adil dengan cara mentaati mereka selagi mana tidak dibawa kepada kebinasaan. Sebarang penyalahgunaan hak oleh kumpulan ini, wajib dicanggahi. Sabda nabi SAW :

لا طاعة لمخلوقٍ في معصية الله إنما الطاعة في المعروف

Ertinya : "Tiada ketaatan kepada makhluk dalam hal yang membabitkan maksiat kepada Allah, sesungguhnya taat hanyalah dalam hal yang membawa kebaikan" ( Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, 4/209 : Tirmidzi : Hasan Sohih)

Hak keempat dan yang ke seterusnya ; adalah hak orang ramai, antaranya hak jiran tetangga, hak rakan dan saudara dan juga hak untuk tidak dicederakan, hak bersuara, hak tidak dimalukan dan tidak diganggu, hak tubuh badan dan pelbagai lagi.

Saya tidak berniat untuk mengulasnya dengan terperinci, cuma saya ingin mengaitkannya dengan hak kebebasan berpakaian.

Adakah Islam memberikan umatnya hak kebebasan berpakaian, mengikut citarasa masing-masing, canggih, tidak kiralah sama ada ia jarang memperlihatkan susuk tubuh dan warna kulit di bawah pakaian, bertudung jarang sehingga kelihatan rambut, telinga dan terbuka dada, berseluar ketat, bertshirt pendek dan sepertinya. Adakah apa sahaja yang cantik menurut selera, walaupun seksi dibenarkan atas dasar ia hak peribadi? Hak kebebasan yang dijamin perlembagaan? Tidak boleh campuri urusan orang lain?

"eleh, ini kan tubuh saya, suka hati saya la nak buat apa!" jeritan seorang wanita muda yang marah bila muncul isu ni.

Jawapnya, tubuh ini adalah pinjaman sahaja dan bukan hak milik kita. Jika hak milik kita, kita boleh mematikannya dan menghidupkannya semula sesuka hati kita, sama seperti kereta 'remote control' milik anak kita. Kita boleh dengan sesuka hati sahaja menggayakannya dan menggunakannya, bila habis bateri pula boleh diisi semula dan berjalan lagi dan lagi.

Sebab itu juga kita tidak dibenarkan oleh Islam dan juga undang-undang untuk menjual sepotong tangan, seketul jantung, sebiji kepala kita kepada orang lain sesuka hati. 

Tubuh yang kita miliki ini bukan demikian, ia mesti digayakan menurut kehendak pemiliknya iaitu Allah SWT. Islam memang memberikan kebebasan dalam pakaian tetapi tidak terbuka begitu sahaja, ia terikat dengan hak dan ketetapan yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.

Justeru bagi sesiapa yang punyai iman, hak kebebasannya untuk memilih apa jua jenis pakaiannya adalah tertakluk kepada displin pakaian yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.

Berdasarkan hak tersebut, wanita dan lelaki yang masih ada keimanan terhadap Allah dan rasulNya serta hari kematian dan balasannya, mereka tidak boleh melanggar hak Allah ini.

Tiada pakaian seksi dibenarkan kerana ia :-

1) Cabuli hak Allah ; hak Allah lebih utama dari hak kita secara peribadi sebagai manusia.

Mana logiknya? Allah yang memberikan segalanya buat kita, tiba-tiba kita ingin diberikan kebebasan ikut suka hati kita?.

Sabda nabi SAW :

إن الله حد حدودا فلا تعتدوها وفرض لكم فرائض فلا تضيعوها وحرم أشياء فلا تنتهكوها

Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah meletakkan had tertentu (dalam kehidupan kita), maka jangan kamu cerobohinya, dan telah mewajibkan bagi beberapa kewajiban dan jangan kamu sesekali mengabaikannya dan telah mengharamkan beberapa perkara dan jangan kamu langgarinya." ( Riwayat Al-Hakim, 4/129 : Az-Zahabi tidak memberikan komen tentang tahap hadis ini)

2) Cabuli hak manusia lain ; berpakaian seksi ini juga tidak dibenarkan kerana ia melanggar hak orang lain yang sedang cuba menjaga iman dan mata mereka dari dosa-dosa.

"Jika nak seksi nampak pusat, seluar dalam, coli, dan bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya ditayangkan, sila berpindah dari planet bumi" Jawap saya kepada sekumpulan wanita yang bertanyakan hukum kebebasan dalam pakaian.

"pastikan, planet baru itu tiada makhluk yang boleh terganggu dengan seksinya anda"

"Jika tidak, seksilah sepuasnya di depan mata suami anda, inshaAllah bermanfaat"

Saya memuji negeri Kelantan yang berusaha menjunjung hak Allah dan RasulNya sehingga mendesak mereka mengaturkan undang-undang khas pemakaian atau 'dress code', dikenakan denda bagi sesiapa yang melanggarnya. Ia amat baik kerana selain mencarik hak Allah SWT, pakaian seksi yang ditayang secara terbuka boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga orang lain.

Suami orang terlihat lalu terganggu kasihnya kepada isterinya di rumah, pemuda dan pemudi terangsang dan dirangsang lalu porak peranda hidup mereka dengan zina dan dibuang keluarga akibat 'bunting' sebelum kahwin.

Hancur ikatan suami isteri, musnah ikatan keluarga hanya dengan pakaian 'seksi' . Manusia tidak sedar dan sering mengganggap kecil. Semua perkara yang termasuk dalam hak Allah dan RasulNya sudah pasti tidak akan hanya melibatkan perkara kecil, ia pasti memberi impak yang besar kepada ketidakstabilan hidup secara umum.

"come on ustaz, takkanlah ustaz nak salahkan pakaian semata-mata dalam hal ini, 'think big', 'ahead and more mature la ustaz" Mungkin ini akan dihenyakkan kepada saya oleh wanita peminat pakaian seksi agaknya.

Sudah tentu bukan kerana pakaian seksi itu semata-mata tetapi ia adalah pelengkap dan sebagai 'medium' menggabungkan nafsu lelaki yang tidak terkawal dengan nafsu wanita yang 'gila' seksi dan juga liar. Ia juga sebagai jambatan dan 'iklan' untuk berlakunya zina, rogol dan seumpamanya. Itulah adalah pakaian seksi dan berbogel secara 'sipi-sipi'.

"Sebenarnya ustaz, bogel terus lebih kurang bahaya dari seksi" kata seorang mahasiswa kepada saya melalui sms.

Bila ditanya mengapa, ia kata "Kerana bogel terus tak 'best', tak 'suspend', terus nampak je,  berbanding seksi. Nampak sikit sana, sikit sini. Sebab tu ia lebih mendebarkan jantung dan nafsu muda kami untuk melihat lebih lagi dan lagi hingga boleh jatuh buat zina dan rogol" sambung mahasiswa berdarah anak muda ini.

Satu penjelasan yang jujur pada hemat saya.

Awas, jangan sesekali kita merasa lebih pandai dari Allah dan RasulNya yang mengatur system alam ini. Kelak kita akan ke kubur jua.

Kini, sebuah negeri di Amerika mungkin semakin sedar buruknya pakaian seksi ini, cuma akibat tiada keimanan dan ilmu mencukupi, mereka hanya mula larang 'seluar londeh' sahaja buat masa ini, sedangkan baju londeh, kain londeh dan londeh-londeh yang lain masih belum dapat ditanggapi keburukannya oleh aqal manusiawi mereka yang lemah.

Kerana itu, ajaran agama diperlukan. Itulah Islam satu-satunya yang diredhai Allah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

30 Ogos 2007

18 Syaaban 1428 H

SIla baca 3 berita di bawah :-

1) Amerika dan larangan seluar londeh yang menjadi kegilaan wanita muda di Malaysia kini termasuk yang bertudung 'saji' (Istilah ini mungkin sesuai bagi yang bertudung tetapi tidak sempurna tutup auratnya, kumpulan ini sememangnya ramai dikeliling kita).

2) Negara China juga melarang pakaian seksi

3) Kelantan Melarang Pakaian Seksi

4) Komen pelik dari orang 'ISLAM' bila ada orang Islam yang lain cuba menjunjung titah perintah dan hak Allah di sebuah negeri.

 

_______________________________________________________________________ 

1) Kisah Seluar Londeh di Amerika

Seluar londeh semakin dilarang di AS

ATLANTA, Georgia 29 Ogos - Langkah untuk menguatkuasakan larangan penggunaan seluar londeh atau sebarang fesyen pakaian yang mendedahkan pakaian dalam di kawasan awam kini semakin meningkat di Amerika Syarikat (AS).

Terbaru, penduduk di Atlanta, Georgia pula menimbang untuk mengenakan larangan berkenaan, sekali gus menimbulkan perselisihan pendapat antara golongan tua yang menyokong dan golongan muda yang menentangnya.

Menurut ahli Majlis Perbandaran, C.T. Martin yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Undang-Undang dan Keselamatan Awam, injunksinya itu ditujukan kepada mereka yang gemar memakai seluar londeh yang terlalu jauh di bawah paras pusat hingga menampakkan seluar dalam, terutamanya seluar dalam jenis boxer yang dianggap sebagai trend terkini.

Ordinan itu yang mengenakan denda ke atas mereka yang melanggarnya, juga melarang wanita daripada mendedahkan tali seluar dalam mereka.

Penggunaan seluar londeh seumpama itu, telahpun diharamkan di selatan bandar Delcambre, Louisiana yang mengenakan denda AS$500 (RM1,700) atau sehingga enam bulan penjara.

2 ) China Larang Pakaian Seksi

China bans 'sexy' female attire

Read here

Female civil servants in eastern China have been banned from wearing sexy clothes and told not to use "dirty" language in the office.

Women have been asked to refrain from wearing revealing tops and leggings as well as too much jewellery at work, state media report.

They should "dress in a serious, proper, simple and natural way".

The regulations are the first of their kind in the country, says the partly state-owned China News Service.

The clothes must not be "avant-garde and ostentatious", the regulations announced by the Zhejiang provincial archives bureau say.

Nor should they be "too thin and tight or showing the under-garments".

'Elegant'

The report also recommended women should adopt manners in line with their professional positions.

"They should use elegant language, avoid rude words and must not in any case use dirty or strange words," it said.

"When they receive guests or speak on the phone, they must say 'please' and 'thank you'," the report said.

"When they are dealing with people outside the office, they must be mindful of the government's image and their personal images."

Wu Ling, director of the women's commission of the bureau, said her office formulated the rules because more than 70 workers in the bureau's 90-strong office were women.

"The reason why we see dressing as a priority is because it is the first impression that people get from the female civil servants," she said.

BBC

 


 


 

3) Kelantan Juga Larang Seksi

Read Here

Pakaian ketat, singkat, diharamkan di Kota Baru
05-12-2006 10:37:52 AM
Oleh: C.A.Zulkifle

KOTA BARU:  Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) akan bertindak tegas terhadap pekerja wanita yang memakai pakaian yang disifatkan oleh majlis itu sebagai kurang sopan di premis perniagaan di bandar itu.

Pakaian yang diiktiraf sebagai tidak sopan oleh MPKB termasuk blaus atau seluar yang ketat dan skirt singkat.

Mengikut undang-undang kecil majlis itu, mereka yang berpakaian tidak sopan atau seksi boleh didenda sehingga RM500.

Menurut pegawai perhubungan awam MPKB, Mohd Azman Daham, pihaknya telah menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai pekerja wanita yang berpakaian demikian bekerja di premis perniagaan dan restoran sebagai strategi menarik pelanggan.

"Perlu diingatkan bahawa bukan sahaja pekerja yang berpakaian seksi boleh didenda, malah tuan punya premis juga boleh dikenakan tindakan mengikut peraturan kami," katanya.

Mohd Azman berkata pakaian yang menjolok mata tidak dibenarkan di kawasan tadbiran MPKB kerana ia boleh mencemar nama baik Kota Baru sebagai sebuah bandaraya berstatus Islam.

Antara aduan yang diterima termasuk wanita memakai baju T yang mendedahkan pangkal dada, wanita memakai blaus atau baju T singkat yang menampakkan pusat dan mereka yang memakai seluar jeans yang mendedahkan bahagian atas punggung.

MPKB, katanya, akan meningkatkan penguatkuasaan bagi kesalahan ini di semua kawasan bawah pentadbirannya.

Bagi mengelak salah faham, katanya, kod berpakaian yang diterima bagi wanita Islam di kawasan MPKB adalah berpakaian labuh menutup aurat dan bertudung, sementara bagi bukan Islam pula, pakaian mestilah menunjukkan kesopanan.

Blaus dan seluar ketat, katanya, tidak termasuk dalam kod pakaian yang boleh diterima, walaupun untuk wanita bukan Islam.

Sebelum ini, katanya, walaupun undang-undang kecil itu memang telah wujud, ia tidak dikuatkuasakan sepenuhnya.

Fokus, katanya, akan diberikan di beberapa kawasan tertentu termasuk di Taman Hijau, Taman Uda dan Taman Tengku Anis, serta beberapa kompleks membeli belah.

Nik Aziz: Lelaki tak hormat wanita seksi
05-12-2006 11:27:38 PM
Oleh IAN MCINTYRE

KOTA BARU: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) untuk menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang kecilnya yang menegah wanita berpakaian tidak sopan daripada bekerja di premis perniagaan di kawasan tadbirannya.

Tindakan MPKB mengenakan denda RM500 terhadap wanita yang berpakaian sedemikian, menurut Menteri Besar Kelantan itu, memang satu tindakan tepat kerana mereka sepatutnya menghormati budaya dan nilai keagamaan yang diamalkan di Kelantan.

"Seseorang wanita yang memakai pakaian tidak senonoh sebenarnya tidak menghormati dirinya sendiri, jadi bagaimanakah orang lelaki akan menghormati mereka?

"Kedudukan moralnya juga nipis. Mengapakah orang menyimpan wang mereka di dalam dompet? Kerana wang adalah sesuatu yang bernilai tinggi, seperti juga maruah wanita. Jadi seseorang wanita sepatutnya berpakaian sopan untuk menjaga maruahnya," kata Nik Aziz.

Katanya telah menjadi norma dan sifat semula jadi lelaki akan mudah tergoda apabila melihat wanita berpakaian seksi dan menjolok mata.

"Ini sebenarnya bukan satu undang-undang yang khusus bagi MPKB sahaja. Ia adalah peraturan bertepatan dengan Islam jadi ia tidak patut diperkecil dan dipersoalkan," tegasnya lagi.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis rasmi di Grand Riverview Hotel di sini, Nik Aziz berkata, wanita bebas berpakaian sesuka hati mereka ketika berada di rumah sendiri, tetapi perlu menepati tuntutan Islam agar berpakaian sopan di khalayak ramai.

Katanya, sudah sampai masanya bagi MPKB menguatkuasakan peraturan itu kerana setelah sekian lama menjalankan kempen dan program bagi menyedarkan wanita mengenai perkara itu,  masih ramai yang terus berdegil.

Pakaian yang disifatkan tidak sopan dan bertentangan dengan undang-undang kecil MPKB itu termasuk blaus dan seluar ketat, skirt singkat, balus dan baju-T yang menampakkan pusat, seluar jeans yang mendedahkan bahagian atas punggung bagi wanita bukan Islam.

Bagi wanita Islam pula, pakaian mestilah yang menutup aurat dan labuh hingga menutup buku lali dan bertudung.

Selain mendenda wanita yang berpakaian tidak sopan, MPKB juga mengumumkan bahawa majikan mereka juga boleh dikenakan tindakan kerana membenarkan pekerja mereka melanggar kod etika berpakaian, termasuk menarik balik permit perniagaan bagi mereka yang degil.

 

4) Komen Pelik

Shahrizat: Dress code is disrespectful and undermines women's capabilities

Update from The Star Newsdesk

KUALA LUMPUR: The latest dress code ruling in Kelantan is disrespectful and undermines women's capabilities. 

Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil said she is appalled at the no sexy clothes ruling in Kelantan. 

The state government, she said, should instead focus on how it can help the development of women instead of concentrating on flimsy issues such as dress codes. 

"Why are they focusing on dressing issues when they should be thinking about how they can help women in Kelantan excel and develop fur ther, both in education and entrepreneurship?" she told The Star at the Parliament lobby Tuesday in commenting on its front-page report. 

The Kota Baru Municipal Council had warned that both Muslim and non-Muslim women working in retail out lets and restaurants in Kelantan should take note of their dress ing or risk being fined. 

The council said it would be conducting spot checks and women who flouted its guidelines could be fined up to RM500, Several women's organisations reacted with outrage.  

Shahrizat said creating such a ruling will in the end back-fire on the Kelantan government. 

"In the end, Kelantanese women will object to it," she warned. 

"It is so disrespectful to the women there. The ruling makes it seem like women cannot decide for themselves what they should or should not wear and need the government to help them decide. 

"It just goes to show what kind of government they are."

Dress Code Dispute in Malaysia

Read Here  

KUALA LUMPUR, Malaysia, March 11--Malaysia's federal government has criticized Kelantan state's hardline Islamic administration for proposing a strict dress code for non-Muslim women, AFP reported.
The dress code, put forward by the municipal council of Kota Baru, the capital of the state--one of only 13 in Malaysia ruled by the opposition Islamic Party--would force non-Muslim women to don long skirts and loose, long-sleeved blouses.

The proposal came earlier this week after complaints over skimpily-dressed promotion women working in supermarkets.

The Islamic Party's spiritual leader Nik Aziz Nik Mat, who is also Kelantan's chief minister, said the dress code would help reduce sex crimes in the state.

But Culture, Arts and Heritage Minister Rais Yatim said the proposal was "outrageous" and would violate the rights of non-Muslim women, according to the New Straits Times.
The Kelantan government can dictate the dress code of civil servants under its jurisdiction but has no right to tell others what to wear, he said.
It has also come under fire from non-Muslim and women groups.
The Malaysian Chinese Association, a key pillar in the ruling coalition, slammed the Islamic Party for being out of touch with reality.


"Doesn't he (Nik Aziz) realize that most sex crime victims are fully dressed from head to toe and some of them are children? Someone with that kind of mindset on gender issues is an obstacle to the progress of women," said the association's women's wing chief Ng Yen Yen.

Muslim Malays make up some 55 percent of Malaysia's 25 million population, with Chinese accounting for 25 percent and Indians 7.5 percent.

It was thumped by the ruling coalition in last year's general elections, in which it lost power in neighboring state of Terengganu but kept its hold on Kelantan with a slim majority

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #137 REPLIED : to NAIFcahaya 2011-08-22 12:31
assalamualaikum naif,
saya ingin melontarkan pendapat saya. ramai yang fikir bahawa negara Malaysia ialah negra Islam , malah saya juga begitu sebelum ini . Apabila saya pergi ke satu program , saya telah mendapat tahu bahawa malaysia bukanlah sebuah negara Islam . hal ini kerana, syart pertma untuk mengisytiharkan sesebuah negara itu negra Islam ialah , perlembagaan negara mestilah berasskan Al-Quran & As-Sunnah, ttapi perlembagaan malaysia x berasskan Al-Quran& As-Sunnah. lebih2 lagi perlembagaan negara kita digubal oleh oang British , iaitu Suruhanjaya Reid bukan oleh orang Islam .oleh itu, negara Malaysia tidah boleh di katakan sebagai negara Islam. saya harap anda semua jelas mengenai perkara ini. :)
Quote
0 #136 Mr.Abduljalil Hassan 2011-07-21 17:26
May Almighty Allah reward u all! Amin.
Quote
+1 #135 :) hak orang tetap dia punyaab halim 2011-03-17 07:20
Quoting mohd suhaimi bin idi:
Mengapa buku-buku yang diterbitkan selalunya ada hak cipta terpelihara? Saya berpendapat ianya wajar diberikan hak kepada pembaca memnyalin semula ilmu yang disampaikan dan disebarkan tanpa persetujuan penerbit.Wallahualam.

Hak untuk menyalin tetap ada lah.... tapi perlu menyatakan siapapemilik sebenarnya, bukan mengaku sendiri punya dan ia juga untuk menjaga ketulenan penulisnya
Quote
0 #134 Hak cipta terpeliharamohd suhaimi bin idi 2011-03-17 00:23
Mengapa buku-buku yang diterbitkan selalunya ada hak cipta terpelihara? Saya berpendapat ianya wajar diberikan hak kepada pembaca memnyalin semula ilmu yang disampaikan dan disebarkan tanpa persetujuan penerbit.Wallahualam.
Quote
+2 #133 takut...ngeriibu 2011-03-16 16:29
salam.sebagai seorg ibu saya kpd 3 ank lelaki saya sgt takut & khuatir dgn keadaan sekeliling.ye..la..diorg tengah membesar dgn keadaan sekeliling yg sgt x sihat.sana sini boleh tengok pompuan seksi yg mengetarkan iman.

kalau kita berpakaian tutup aurat org akan pelik.ye..la..pompuan yg tutup aurat berapa kerat sgt sekarang...
Quote
+2 #132 Terima Kasih,UZAR!naif 2011-03-16 13:45
Terima Kasih, UZAR atas artikel yang bermanfaat ini...
Kdg2 saya tertanya2 juga, kenapa Malaysia yg dikatakan sebuah negara Islam, tidak mengamalkan Islam yg sebenar..Terutamanya bab2 hukum menutup aurat..Sy teringin sgt2 ada seorg pemimpin yg menegaskan tntg penutupan aurat ini..malah sy agak teringin untuk melihat isteri2 pemimpin di Malaysia ini menutup aurat dgn sempurna.cantik dah pakai baju kurung tapi, syg sekali tidak sempurna..hanya memakai selendang, yg dibiarkan jambulnya terkeluar...

*Dari wanita untuk wanita: .Tutuplah aurat sebelum auratmu ditutupkan dgn kain kafan tatkala kamu meninggal dunia....


Wallahua'lam..
Quote
+1 #131 kecewafaiq zaini 2011-03-16 13:02
stuji dgn article ustaz..

tp, sy lebih geram dan kecewa dgn respons2 pemimpin2 y telah KITA sendiri angkat. sperti lebih besar dari tuhan lagaknya.

mugkin kurangnya mereka tentang kefahaman Islam sendiri.
doakan pemimpin2 kita diberikan petunjuk..

wallahua'lam..
Quote
+1 #130 student Islamras az-zarqa 2011-03-16 11:04
assalam ustaz, fenomena kat IPTA yg sy belajar ni, hatta pelajar yg diwajibkan ambil subjek agama & berlatarbelakan gkan universiti agama pun suka dgn trend2 seluar londeh.. ingatkan perempuan je yg cetek akal suka dedah sana sini, lelakinya pun sama je (dh jd cetek akal gk), bila seluar ketat menampakkan segala bentuk yang sulit2.. baju singkat, bila perlu tunduk (atau ketika solat) segala aurat terbuka..

kesal dengan imej IPTA Islam tapi minda pelajarnya belum sampai 'Islam' itu -_-
Quote
+2 #129 Pemimpin rejectza 2011-03-16 07:29
Tu la dikatakan akhir zaman ni, buat baik pun org tentang, sebaliknya yang buruk jadi ikutan dan dibela terutama dari beberapa pemimpin yang dah direject ;-) masyarakat tapi masih nak bersuara...
Quote
+2 #128 aurat: soalan atau alasankiemiftah 2011-03-16 05:04
Allahul musta'aan..
pelbagai soalan diutarakan oleh mereka yg tidak menutup aurat...kdg2 terfikir sejenak..adakah soalan kerana ingin jawapan...atau sekadar alasan utk pelepasan !~

pernah ana menulis hal ini dalam blog peribadi ana..
“Jika Allah, Pemilik Alam ini, menetapkan hukum-hakam, kita sebagai penumpang alam ini mestilah mematuhinya. Jika masih ada yang terfikir untuk mempertikai dan membantah, dicadangkan untuk mereka mencari satu dunia/alam yang baru, yang mana Pemiliknya membenarkan sepenuhnya penghuninya tidak memakai tudung.."

kiemiftah.com/.../...
Quote
+3 #127 studentsiti aishah 2011-01-29 01:32
"wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu menjadikan pemimpinmu orang-orang yang membuat agamamu jadi bahan ejekan & permainan (iaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu & orang-orang kafir (orang musyrik).Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu orang beriman" surah 5 :57
Quote
+2 #126 seksi or seksa?cahaya iman 2010-11-04 13:50
mcm yg kita lihat untuk dunia akhir zaman ini, mostly wanita o remaja sgt2 suka mengenakan pakaian seksi. And these people underestimate wanita o remaja yang berpakaian mengikut tuntutan agama. Kadang-kadang mereka2 yg berpakaian seksi ini menghina mereka2 yang berpakaian menutup aurat ini dengan memperlekeh-lekehkan agama sendiri.

masyaAllah. apa nak jadi dengan orang islam zaman skrg. Yg baik diperli, yg buruk diagung-agungkan..

wallahualam.
Quote
+4 #125 Seksi SeksaIbu 2010-10-11 00:35
Memang betul...dari pakaian yang seksi boleh membuatkan hidup terseksa. Dari suka2 nak tengok seksi nanti terseksa di akhirat...maka fikir2kan lah orang yang berpakaian seksi...
Quote
+14 #124 nak tutup aurat?mujahid 2010-10-06 01:02
nak tutup kepala mcm mane? kalau isteri-isteri pemimpin yg diorang agung-agungkan sendiri x menutup aurat.
Nak tutup aurat macam mane? kalau artis-artis dimalaysia berlambak-lambak mengenakan fesyen-fesyen yg menggiurkan.
Budak-budak zaman skg bila ditanya "besar nanti nak jadi apa? jawab si anak " nak jadi artis"..ayah dan si mak pun bertepuk-tangan tanda gembira.Idola mereka hanya artis-artis,bukan ulama.Sesetengah bapa mahukan anaknya pandai dalam agama,tp si bapa sendiri langsung x berubah utk menjadi seorang yg baik.
Media-media massa,seperti TV,suratkhabar, majalah,dan bahan bacaan lebih 75% berkitarkan hiburan semata-mata.Bandingkan saja anak-anak pemimpin malaysia skg dgn anak-anak pemimpin yg memperjuangkan Islam.Seperti langit dan bumi,jauh berbeza.Kita yg masih mempunyai secebis iman ini sepatutnya bersyukur kerana Allah masih sayangkan kita.
Quote
+9 #123 Alasan tidak tutup auratUnbalance 2010-06-27 06:22
Sy bekas mahasiswa dan sy seorg prmpn yg mengenakan tudung biasa.Ini antra hujah2 mereka yg seksi/tidak mahu menutup aurat:
1-PRMPN BERTUDUNG skang pun dh byk BUAT MAKSIAT.Ini mgkn krn vid didlm youtube yg jelas memaparkn prmpn b'tudung.
2-Walupun aku tidak b'tudung,tp HATI aku BAIK.
3-Aku xtutup aurat sb aku XIKHLAS LG.Allah kan pndang hati & keikhlasan hmbanya bukan luaran.
4-BLUM SAMPAI SERU.Walupun sy mcm ni,tp sy baik orgnya.Knyataan ini selalunya diberi oleh artis2.
5-Bila lg nak enjoy pakai cantik2 & seksi.Nt dh TUA BERTAUBATla..Ini alasan dr rakan sy sendiri.Mereka amat pasti dpt BERTAUBAT.Sedangkan Allah boleh mengambil nyawa mereka esok @ skang!
6-Asalkan aku xkacau hdup org ln.itu lbh bagus.
7-MAKBAPAK & SUAMI aku pun x larang.
Wahai kaum ku,tutupla auratmu.Kasihanilah kaum adam krn tidak tahan/mampu mengawal nafsu nt.Kdg2 wanita2 seksi ini sedar dgn dosa tetapi mereka BANGGA dpt memperlihatkan KELEBIHAN & KECANTIKAN & KESEKSIAN FIZIKAL mereka kpd SANG LELAKI.Rugi tidak ditunjukkan.Buktinya lihatlah di FB,ramai gadis yg mengambil gmbr sorang2 & terlampau seksi utk memikat laki2 kaya/laki ln.Sedangkan gmbr yg diletak di FB slalunya ada aktiviti utk rakan2 komen.Tp jelas gmbr diatas katil,hnya nmpak aset atas itu tidak ln tidak bkn utk membuat laki pikir betapa hebatnya wanita ini.Komen2 para2 laki yg memuji,yg teringin bermaksiat bagaikan tidak asing kpd umat islam.Malunya..
Quote
+5 #122 wanita berniqabputeri 2010-04-23 02:32
salam ustaz
saya pun tak brape fhm dgn senario yg berlaku skgr
apatah lagi sy seorang yg berniqab
kdg2 saya di panggil hantu
tp yg pasti wanita2 dan muda mudi yg mendedahkan aurat ni langsung tak di cela depan2 mcm tu
kdgkala terdetik dlm hati saya
teruk sgt kan perempuan yg berniqab ni sehingga di panggil hantu
pergi ke mana2 mesti orang memandang saya seperti makhluk asing
boleh tak ustaz terangkan dgn lebih detail tentang wanita berniqab di web ustaz ni
semoga mereka2 yg kurang arif dan tak pernah ada sifat utk ambil tahu betapa berdosanya membuka aurat kpd bkn mahram
sekian
terimakasih
Quote
+1 #121 perempuanfatin 2010-03-20 21:43
salam ustaz..
sbgai seorg mahasiswa di ipta,sy bpendapat bhw mslh ini smkin berleluasa sampai satu ketika kte x tau mn puncanya..yang mane 1 Islam,yg mane 1 bkn Islam pun dah x bleh beza..sbg seorg hamba ALLAH,sy ingin berdakwah pada kwn2 tapi tdk tahu cara yg sesuai..boleh ustaz cadangkan?
time kasih.. :sigh:
Quote
0 #120 seluar londeh dan pakaian seksirini syufini 2010-01-08 19:21
slam us..sy stju ngan article ni :-)
sy lg stju klau ngri2 di mlysia pn buat cm ne ngri klntan, amrika n ngra china.. dnda bg ssiapa y mnntg..x slh rsenye.. kdg2 kte sndri kne pksa dri klau nk b'jya..
btol x us..?
Quote
+1 #119 hukum membuang bulu romaliza 2009-10-21 23:33
Salam ustaz,

saya nak tanya boleh ke seorang perempuan membuang bulu di muka yg lebat spt misai dan bulu di kaki yang lebat...apekah hukumnya? syukran...
Quote
0 #118 .......Noreen 2009-04-22 22:03
salam UZAR...
sukar sebenarnya nak menasihat kan perempuan yg suke berpakaian seksi ni supaya tutup aurat...sometimes lepas dinasihatkan...terus tak bertegur sapa...siap jawab lagi...suami pun tak tegur..mak bapak pun tak sibuk..nape org luar nak sibuk plak?itu la antara jawapan yg diberikan ustaz...sehingga kadang2 perasaan malas nak tegur tu timbul...

UZAR ; bagitu dia, Allah dan Rasulnya tegur, dan kita berharap kepad arahmat dan syafaat nabi bila mati. mak bapak dan suami bukan tempat kita nak minta tolong kat akhirat.
Quote
0 #117 stuju...infinity%soul_addeen 2009-03-18 05:53
:-) mereka yang bukak aurat tu....mempamerkan ssuatu pd org len walhal (ana khususkan pd wanita) tu hak milik mutlak suami dyorang....silap ari bulan nanti leh plak kwn2 laki dye ckp "lawa nyer rambut bini kau..." ataupun pujian2 len yang boleh mncabar jiwa llaki tu sbgai suami... fikir2 lah wahai mslimah... kalo nk kate x sampai seru, Al-Quran yg dh seribu tahun lebih 2 seru utk sape...? smoga kita sama2 mndpt dan dikekalkan hidayah taufik oleh Allah AzzA wa Jalla...amin...
Quote
+2 #116 kerajaan perlu main perananhamba ALLAH s.w.t 2009-02-15 05:49
Rasanye mslh ni mkin mnular bile artis pon da tanpa segan silu pakai seksi & senang2 ditayangkan di tv.kerajaan seolah2 hanye tutup mate sedangkan artis la yg paling senang menyebarkan trend berpakaian.kalau kerajaan boleh buat peraturan berpakaian utk muncul di muke tv,mst dpt membantu..
Quote
0 #115 HAMBA ALLAH 2008-10-26 22:52
salam...biasa la tu ustaz. ramai yang dah mula letak otak kat lutut skrg ni. x tau bezakan yang baik dgn buruk. apa2 pun lantak pi la diorg yg BODO X LEH DI AJAR, CERDIK X LEH DI IKUT tu.teruskan perjuangan. ALLAHU AKBAR...
Quote
0 #114 daus 2008-10-14 07:14
( ADMIN : mesej anda di padam kerana terlalu banyak singkatan sehingga memeningkan kepala untuk faham)
Quote
0 #113 mR.bLaCKRidER 2008-08-22 00:47
aslmlkm n salam sejahtera bg n0n-muslim :-)

sy tertarik dgn k0men me,myself&i... tp,rse nk gelak p0n ade jgk...ade ke artikel 0r apape yg mndedahkan tntg ramai yg bersekedudukan kt kelantan?leh tunjukkan bukti x? :D

betul ckp 0mputeh" d0nt judge a b0ok by its c0ver"...tapi klw c0ver xde cmne kan...s0,xperlu la nk kaitkan s0al laen....ini s0al aurat,s0al pakai tudung.....sy cadangkan agar sesiape yg berkenaan bce surah An-nur,faham mksud dye.....wallahu a'lam............ ;-)
Quote
+2 #112 pakailah seksi di rumah 2008-04-22 05:17
Kalau nak pakai seksi, pakai jer kat rumah, depan suami. For sure tak de orang nak tegur. Kena terkam dgn suami ada la
Quote
+2 #111 sYeIkH mUhAmMaD jIbReEl 2008-04-12 07:09
Cube fikirkan sekiranye kite nak seksi.
jangan terkejut dan marah kalau anak kite nanti lagi seksi dari kite,
Sekiranya kite ni ske naek moto berkepit ngan BF atas alasan cinta dan open minded,
jangan terkejut dan marah klu anak kite akan datang orang angkut siang, malam,
Sekirenye kite ske beringan ? ringanan.....
Jangan terkejut anak kite akan datang lebih ske berberat ? beratan...
Sekirenye kite ske pakai tudung separuh, nampak jambul...
Jangan terkejut anak kite akan datang pakai tudung ngan pakei skirt jer... (Dress Code Kamal Atarturk)
Tapi cube fikirkan sekiranya kite nak jd seorang yang soleh,
Jangan terkejut insyaAllah anak kite akan datang menjadi ulama,
Sekirenya kite nak hafaz Al- Quran tp xkesampaian.
Jangan terkejut insyaAllah anak kite akan datang akan menjadi seorang Hafiz..
Sekiranya kite mahukan keredhoaan Allah S.W.T,
Jangan terkejut insyaAllah anak kite lebih wara' dlm mencari keredhaan Allah...

INGAT: KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN
Pemimpinlah yang akan mencorak siapa yang dipimpin, kerana itulah sebaik sahaja seseorang itu menjadi pemimpin sebelah kakinya telah berada di neraka dan dia akan ditanya oleh Allah S.W.T tentang apa yang dipimpinya....
Quote
0 #110 nur 2008-03-16 04:36
sy nk tny bg yg pakai purdah..yg pakai purdah ni wajib tutup dahi ke?ke ade khilaf yg mengatakanx yah tutup dahi?sesiapa yg blh ulas,harap kita leh kongsi ilmu :-)
Quote
0 #109 syifa 2008-03-07 03:27
kalau rambut wanita yg memakai tudung halus dan sering gugur. Bagaimana?
Quote
0 #108 muqtada al saddr 2008-02-22 06:44
assalamualaikum w.b.t

dah dinyatakan mendedah AURAT adalah HARAM!!!!..buatpa nak DIHALALKAN atas sebab2 tertentu seperti ingin berbangga dengan ASET yg ada dan sebagainya.....HARAM TETAP HARAM!!!!TIADA KOMPROMI!!!.....

kalau nak ikut budaya....trend...perkembangan semasa..budaya mana yg kita tiru...?bukan barat...?yahudi laknatullah....?.....kalau nak ikut jugak....ikut sekali AMALAN mereka...AMALKAN apa yang dilakukan oleh mereka....

itu baru namanya MENGIKUT PERKEMBANGAN TERKINI!!!...NAUZUBILLAH!!!!
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 78 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Lelaki & Wanita Seluar Londeh & Pakaian Seksi : Suatu Hak Kebebasan Peribadi ?