Lelaki & Wanita Tolonglah Wahai Wanita : Rayuan Lelaki

Tolonglah Wahai Wanita : Rayuan Lelaki

  • PDF
(72 votes, average 4.79 out of 5)

Tolonglah Wahai Wanita

: Rayuan Seorang Lelaki

 

Kelmarin saya mendapat satu email dari yahoogroup saya. Ia merupakan rintihan seorang lelaki sudah berkahwin ( jika belum kahwin, mungkin lebih dahsyat cabarannya) yang masih mempunyai iman tetapi sedang diuji dengan begitu kritikal oleh suasana sekelilingnya, terutamanya oleh wanita.

 

Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja)  mereka dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.

 

Nabi Muhammad bersabda :

 

صِنْفَانِ من أَهْلِ النَّارِ لم أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بها الناس وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رؤوسهن كأسنة الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ ولا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ من مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Ertinya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Sebar luaskan nasihat ini, moga ia mampu sampai kepada wanita seksi yang tidak mahu membaca di web nasihat agama seperti ini.Tentunya tidak semua lelaki menghadapi tekanan dan masalah seperti ini, namun tidak dinafikan mungkin ramai yang menghadapinya. Luahannya bukan ingin menyalahkan wanita tetapi meminta bantuan para wanita agar lelaki boleh lebih mudah mengatasi nafsu yang menjadi ujian kepadanya.

Bacalah nasihat lengkap saya di link berikut :-

 

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

5 Sept 2007

23 Syaaban 1428 H

 

Berikut adalah emailnya :-

Assalamualaikum,

 

(minta admin padam nama saya sebelum release)

 

Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri (celakalah keatas kamu!!!).

Tolonglah wahai wanita, aku ingin jaga mataku dan imanku

95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.

 

Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada perasaan malu, saya ni oranglelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup.. maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...

 

Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak meredakan nafsu.. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri pahamlah.. kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawall.. kalo dah kluar dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi kalo time nak gi atau balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu lagi...

 

Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.. tutup setutupnyerrr. . kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. .. aku bukan orangwarakk.. aku bukan orangalim ulamak.. aku hamba Allah yang biasa.. tak tau sampai bila aku mampu bertahan..  

 

 

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #178 kerunsingan hatiasyraf 2011-07-11 17:40
slm...saya ada 1 soalan yg mengganggu fikiran sy, bolehkah saya memegang tangan seorg wanita jika utk tujuan assignment kelas.(saya dikehendaki melakonkan sebuah teater utk assignment dan majority group saya adalah non-muslim)...saya tahu ia slh tp bagaimana utk saya terangkan pada mereka secara baik supaya mereka blh fhm...saya sangat2 b'harap ustaz dpt membantu saya dlm hal ni secepat mungkin.terima kasih
Quote
0 #177 assalamualaikum :)imaanul 2011-05-31 19:34
alhamdulillah. terima kasih ustad. :) cepat2 lah sedar. :lol:
Quote
0 #176 mr.fauzi 2011-05-26 16:50
pompuan begitu kalau ditegur mereka akan merasa hak mereka untuk berpakaian telah di pertikaikan.
tetapi bagaimana dengan orang lelaki yang meminta supaya hak untuk tidak mahu melihat?

saya tinggal di kawasan international di bandar sunway.. ramai student bangsa asing, termasuk juga student tempatan yang berpakaian tak serupa macam orang islam walaupun muka memang sah melayu islam. dalam lif berseluar / skirt pendek, ketat. baju stail skrng asyik nk belah kt dada. belum dikira aksi berkepit dgn boyfriend tgh org ramai.
nak jaga mata sangatlah susah. yang dah tak tahan nafsu buatlah grafiti lucah kt dinding2 lif. tulisan pun berdasarkan apa yg mereka lihat dn teringin .
Quote
0 #175 singleida 2011-05-08 08:00
saya rasa, bukan setakat wanita2 itu seksi.. malah mereka juga menggoda lelaki tersebut.. mm kesiann.. kena sabar byk.. saya rasa lelaki tersebut kena nasihat wanita2 i2 dgn cara yg terbuka agar mereka malu dan mahu menutup aurat.. kita kan saudara seislam.. saya tak tahu pula lelaki2 menahan perasaan sampai camtu sekali.. saya wanita bertudung dan longgar, malula pakai seksi, org tgok..dan sy tak tahu wanita seksi itu boleh rasa bangga dgn keseksiannya.. tak ingat Tuhan=) ish2x
Quote
0 #174 mohon copynick 2011-02-19 22:41
assalamualaikum ustaz..
mohon copy yea..
Quote
+1 #173 bertahanlahima 2011-02-14 19:21
saudara,

pertamanya terima kasih share luahan ni...sy rasa berdosa jgk ... kadang syaitan berbisik, pakailah baju yg ketat sikit, tudung tu singkatkan sikit... tp alhamdulillah bersama2 kawan2 yg menutup aurat sy malu sendiri dan sy dalam proses berubah..

bagaiman pun kita harus ingat, Allah menduga iman kita dgn pelbagai cara...dan Allah tidak akan uji kita apa yg tak mampu kita tanggung kan...

ermmm

sy mohon share ye ustaz...

maaf dan terima kasih
Quote
+2 #172 mohon syerTAUFEK 2010-12-27 23:30
insy. orang yang selalu mengingati mati akan terselamat dari bencana ini..mohon syer artikel ini ustz..tq
Quote
+2 #171 bersimpati..latiff 2010-12-15 14:24
semoga allah memberi kekuatan kpd saudara..igatlah ksusahan itu membawa kita kesyurga,ssguhn ya ksenagan itu membuat kita jahil dan mnyebabkan kita ke neraka..
Quote
+3 #170 fahamilaahakimi 2010-12-09 22:01
saya gembira klu ppuan mmemahami... inilah sebenarnya yang lelaki rasai, klu kaum wanita mahu mengetahuinya
Quote
0 #169 Assalamualaikum reader 2010-12-05 12:28
Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka dan menguatkan iman kita. Mujur duduk di kampung, kurang tekanan sebegini.
Quote
0 #168 Websiteiliyas.net 2010-12-05 00:12
Memang tidak dinafikan, luar rumah dalam rumah wanita amat merangsangkan..
Quote
+7 #167 malu pada ayah, abg + adik lelaki..ibtihaj mardatillah 2010-12-03 17:05
salam..
semoge artikel ini dapat membuka hati mereka2 yang bertanggungjawa b ke atas nye..
ana rase cukup segan bile keluar bersame2 family dan berada di persekitaran seperti ini.. nak2 kalau time naik escalator..ayah, adk dan abg ana hanya menundukkan kepala atau pun menoleh ke kawasan len..xsanggup memandang ke hadapan apabila yg dihadapan itu adelah maksiat terang-terangan..lagi padah adik lelaki ana yg merupakan seorg tahfiz..beliau perlu menjaga pantang larang seperti itu supaye ape yg dihafaz tetap kekal dlm hatinye..tp rase kasihan timbul bile die sudah menjauhi itu sume tapi ade plak yg dtg dpn mata dgn care2 tersebut..maruah kite hanye 1..hargailah yg 1 tu..
Quote
+1 #166 mintak shareMFAT 2010-12-03 16:56
mintak share dan sya nak sebarkan pada kenkawan
Quote
+6 #165 igtlahmia 2010-12-03 16:48
assalamualaikum kpd saudara .. huhu..xsgke bgtu brt cbrn yg saudara lalui.. bersabarlah .. kuatkn imn, sntiasalah berzikir d dlm hati , igtlah isteri saudara yg mncintai saudara spnuh hati dn lbh2 lg , dia sah utk saudara , jgnlah d ambil yg bruk sdgkn yg baik d dpn mata.. sy ni bknnye baik sgt tp lps bc luahan hti saudare , rs berslh pula , sbb kaum sejantina sy , saudara dlm dlema .. mungkn sy tergolong , hmm .. xthulh .. saudara , kuatknlh imn waktu berperang dgn nafsu.. igtlah Allah menyayangi org yg sbar .. akhir kata , terima ksh sy ucpkn krna sudi berkongsi luahn hti saudara .. smg sdikit sbyk dpt m'beri kesedaran terhdp kaum Hawa (termasuk sy) wassalam..

p/s: hawa .. igtlah , dmn ada kita , d situ akn ada yg bertnduk dua .. ( igtn utk dr sndr jg )
Quote
+4 #164 sabar tu separuh dr imannur_M 2010-12-03 12:57
:-) hehheehe,,
nak menjejakkn kaki ke syurga tu
seribu langkah,,seribu kebaikan pun
belom pasti,,,,
tapi langkah utk ke neraka hny selangkah ke arah kmaksiatan,satu kjahatan
sudh mbuatkn kita umat manusia mjadi ahlinya,,
kuatkanlah iman dan banyakkanla membaca dan
ke majlis ilmu,,krn
satu ilmu mampu menutup seribu kemungkaran,,,
Quote
+5 #163 Kejayaan Org BerilmuBudak ALLAH 2010-12-03 12:08
KeTujuh : Lakukannya dengan sepenuh keikhlasan kerana ALLAH. Tingkatkan ilmu pengetahuan sikit demi sedikit. Ketahuilah bahawa segala2nya adalah daripada ALLAH jua... Tiada sesuatu pun kejayaan kita tanpa pertolongan dan bantuan daripada ALLAH. Berdoalah selalu. Carilah doa-doa di dalam AL QURAN dan AL SUNNAH... yang nescaya sangat Mustajab.

Insya`ALLAH....

IKHLAS DARIKU...

Budak ALLAH
Quote
+4 #162 RAHSIA KEJAYAAN ORANG BERILMU.Budak ALLAH 2010-12-03 12:06
Keenam : Carilah aktiviti yang lain di dalam hidup anda, pastikan aktiviti tersebut anda yang mengawalnya 100%.
Supaya anda dapat membuat pilihan yang terbaik untuk hidup anda. Contohnya internet ini, walaupun banyak website perosak di dalamnya... tetapi tangan andalah yang membenarkan anda mengunjunginya. So, lambat laun pasti anda akan menyesal, insaf dan bertaubat diatas segala ketelanjuran anda.
Brbanding dengan surat khabar, TV ASTRO, dan radio. Anda langsung tiada berhak untuk mengawalnya. Segala yg disajikan semua masuk dimata, telinga dan hati anda.
Nampakkan perbezaannya. Di sinilah puncanya ramai org terjerumus...
Quote
+4 #161 RAHSIA KEJAYAAN ORANG BERILMU.Budak ALLAH 2010-12-03 12:06
KeLima : Adalah sangat penting anda sebagai seorang lelaki menghormati wanita walau siapapun gerangannya. Walaupun wanita tersebut seorang pelacur. Walaupun wanita tersebut masih kecil mahupun masih bayi. Walaupun wanita tersebut telah bongkok tiga. Hormatilah dan sayangilah dia seperti seorang ibu selayaknya. Kerana itulah pengiktirafan tertinggi untuk seorang wanita.
Contohnya:Berfi kirlah dgn baik dan positif bahawa tiada seorang wanita pun di muka bumi ini mahu terjerumus dilembah kehinaan. Semua wanita mahukan kebahagiaan dan kedamaian dalam hidupnya. mungkin tekanan hidup dan tekanan dunia menjadi penyebabnya.
Quote
+4 #160 RAHSIA KEJAYAAN ORANG BERILMU.Budak ALLAH 2010-12-03 12:04
1. Nasihat Tuan Guru :

Pertama: Jangan membaca Surat Khabar. Kerana banyak Fitnah dan pendustaan di dalamnya serta golongan yang bernafsu kepada dunia.

Kedua: Jangan Melihat TV mahupun ASTRO. Kerana sebab yang sama dengan yg pertama.

Ketiga: Jangan mendengar Radio. kerana musik dan banyaknya hiburan adalah punca2 kebinasaan bangsa2 yang dahulu.

Keempat : Jangan tengok langsung Wanita. kerana wanita yg mempunyai urusan dengan kita akan hadir sendiri di depan mata. Jadi lihatlah kepada urusan tersebut bukan lihat kepada wanita itu.
Quote
+3 #159 RAHSIA KEJAYAAN ORANG BERILMU.Budak ALLAH 2010-12-03 12:03
Assalamualaikum Warohmatullah...

Saya telah mendapat satu ilmu daripada seorang teman yang telah menghadiri kelas2 pembelajaran Agama di sekolah pondok daerah Kuala Kubu baru. yang sangat bermanafaat dan sungguh berkesan untuk menyelamatkan diri daripada godaan-godaan dunia terutamanya para wanita.

Apa yang saya katakan ini memang nampak pelik dan mustahil untuk dilakukan oleh orang lain kerana telah menjadi rutin hidup seharian mereka. Namun, inilah yang saya lakukan demi memelihara diri daripada godaan-godaan yang tampak boleh menjerumuskan diri sama seperti penulis email diatas.
Quote
+4 #158 Wanita paling ramai ke nerakaana_Muslim4ever 2010-12-03 11:39
Kesian kaum lelaki, patutlah wanita diwajibkan menutup aurat. Ramai wanita tak tahu serta jahil tentang ini...
Quote
+4 #157 salah pemimpin juga...melur 2010-12-03 10:48
Sebenarnya mmg bergantung pada diri sendiri. Masalahnya kebanyakan kita sekarang mmg lemah iman. Macam buih-buih dilautan. Kemajuan teknologi juga memberi kesan2 negatif keatas kita. Oleh kerana itu pemimpin perlu lebih bertegas. Kalaula diwajibkan semua rakyat tutup aurat tak kira lelaki atau wanita, Islam dan bukan Islam...tentu aman perasaan ... dapat pemimpin yg pengecut gini la jadi nya... rakyat semua sakit jiwa..
Quote
+2 #156 mohon shareummukhadijah 2010-12-03 10:14
mohon share yer ustaz semua makluman yang ada..
Quote
+2 #155 Purify Your GazeNana 2010-12-03 10:04
Mungkin jiwa kita kacau bila berdepan dgn ujian ini, tetapi sbg hamba Allah, kita mempunyai daya utk megatasi masalah ini dengan cara memperbaiki diri kita sendiri.
kalau kita tak dpt mengawal/suruh org lain utk menjaga aurat, kita boleh mengawal kehendak diri kita dr menuruti bisikan syaitan.

saya nk berkongsi website ni :www.purifyyourgaze.com/
yg dikelolakan oleh seorang saudara yg membincangkan masalah saudara2 islam kita yg berdepan masalah yg lebih kurang sama.

Selama mendengar 3 discussion beliau, saya rasa amat setuju dgn cara pendekatan beliau. Sebagai umat islam kita harus 'address the elephant in the room' dan sebagai umat juga kita harus membantu saudara islam yg bermasalah sebegini dan bukannya mengutuk dan mengasingkan mereka yg bermasalah.

semoga ia membantu. wallahualam.
Quote
+1 #154 Purify Your GazeNana 2010-12-03 09:58
Assalamualaikum ,

Saya sampai ke laman web ni melalui pautan link yang diberikan oleh sahabat saya.Sekadar ingin berkongsi pendapat saya yg tak seberapa ni...

Saya bersimpati dgn saudara yang sentiasa berperang dengan nafsunya tadi. Bukannya senang utk bekerja kalau dihimpit oleh ujian yg datang dari pelbagai sudut.

Kaum wanita seharusnya menutup aurat utk menjaga kehormatan diri dan juga orang2 lain disekitarnya. Akan tetapi dlm dunia global sekarang, tak semuanya beragama islam dan menurut syariat yg ditetapkan. Kalau di Malaysia pun ada yg berpakaian seksi (bukan setakat di tempat kerja, tetapi di tempat awam, diposter2 iklan, tv, dsb), apatah yg akan terjadi agaknya kalau kita terpaksa keluar negara atas sebab bekerja spt di US, UK atau Afrika sekalipun? Bagaimana nk mengatasi masalah ini?

bersambung....
Quote
+1 #153 perkongsian ilmunoor fazrina 2010-12-03 08:53
izinkan sy post artikel ni di fb sy...tk Ustaz
Quote
+1 #152 SALAMfae 2010-12-03 08:26
Salam ustaz, mohon untuk share...terima kasih..
Quote
+1 #151 mohon sharearul 2010-12-03 08:24
sy mohon share ye ustaz...
Quote
+6 #150 Fikir2kanAnn 2010-12-02 20:06
FIKIR-FIKIRKAN:
seksi menyeksakan. Seksi bagaikan minyak supaya api berahi semakin marak. Seksi itu tidak kekal abadi.Jenazah wanita berkemban(berta hun lamanya) yang menzahirkan bahu dan dada, tiada siapa pun peduli. Namun, wanita yang gemar berpakaian seksi ini sudah pasti tidak mahu tubuhnya dibiarkan seksi atau hanya berkemban apabila mahu dikebumikan mayatnya di perut BUMI!!!!...Allahualam.....
Quote
+1 #149 assalamualaikum akmal 2010-12-02 20:00
assalamualaikum ..saya setuju..
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 81 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Lelaki & Wanita Tolonglah Wahai Wanita : Rayuan Lelaki