Tolonglah Wahai Wanita
: Rayuan Seorang Lelaki
Kelmarin saya mendapat satu email dari yahoogroup saya. Ia merupakan rintihan seorang lelaki sudah berkahwin ( jika belum kahwin, mungkin lebih dahsyat cabarannya) yang masih mempunyai iman tetapi sedang diuji dengan begitu kritikal oleh suasana sekelilingnya, terutamanya oleh wanita.
Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja) mereka dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.
Nabi Muhammad bersabda :
صِنْفَانِ من أَهْلِ النَّارِ لم أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بها الناس وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رؤوسهن كأسنة الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ ولا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ من مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
Ertinya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)
Sebar luaskan nasihat ini, moga ia mampu sampai kepada wanita seksi yang tidak mahu membaca di web nasihat agama seperti ini.Tentunya tidak semua lelaki menghadapi tekanan dan masalah seperti ini, namun tidak dinafikan mungkin ramai yang menghadapinya. Luahannya bukan ingin menyalahkan wanita tetapi meminta bantuan para wanita agar lelaki boleh lebih mudah mengatasi nafsu yang menjadi ujian kepadanya.
Bacalah nasihat lengkap saya di link berikut :-
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
5 Sept 2007
23 Syaaban 1428 H
Berikut adalah emailnya :-
Assalamualaikum,
(minta admin padam nama saya sebelum release)
Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri (celakalah keatas kamu!!!).

95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.
Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada perasaan malu, saya ni oranglelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup.. maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...
Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak meredakan nafsu.. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri pahamlah.. kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawall.. kalo dah kluar dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi kalo time nak gi atau balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu lagi...
Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.. tutup setutupnyerrr. . kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. .. aku bukan orangwarakk.. aku bukan orangalim ulamak.. aku hamba Allah yang biasa.. tak tau sampai bila aku mampu bertahan..
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
tetapi bagaimana dengan orang lelaki yang meminta supaya hak untuk tidak mahu melihat?
saya tinggal di kawasan international di bandar sunway.. ramai student bangsa asing, termasuk juga student tempatan yang berpakaian tak serupa macam orang islam walaupun muka memang sah melayu islam. dalam lif berseluar / skirt pendek, ketat. baju stail skrng asyik nk belah kt dada. belum dikira aksi berkepit dgn boyfriend tgh org ramai.
nak jaga mata sangatlah susah. yang dah tak tahan nafsu buatlah grafiti lucah kt dinding2 lif. tulisan pun berdasarkan apa yg mereka lihat dn teringin .
mohon copy yea..
pertamanya terima kasih share luahan ni...sy rasa berdosa jgk ... kadang syaitan berbisik, pakailah baju yg ketat sikit, tudung tu singkatkan sikit... tp alhamdulillah bersama2 kawan2 yg menutup aurat sy malu sendiri dan sy dalam proses berubah..
bagaiman pun kita harus ingat, Allah menduga iman kita dgn pelbagai cara...dan Allah tidak akan uji kita apa yg tak mampu kita tanggung kan...
ermmm
sy mohon share ye ustaz...
maaf dan terima kasih
semoge artikel ini dapat membuka hati mereka2 yang bertanggungjawa b ke atas nye..
ana rase cukup segan bile keluar bersame2 family dan berada di persekitaran seperti ini.. nak2 kalau time naik escalator..ayah, adk dan abg ana hanya menundukkan kepala atau pun menoleh ke kawasan len..xsanggup memandang ke hadapan apabila yg dihadapan itu adelah maksiat terang-terangan..lagi padah adik lelaki ana yg merupakan seorg tahfiz..beliau perlu menjaga pantang larang seperti itu supaye ape yg dihafaz tetap kekal dlm hatinye..tp rase kasihan timbul bile die sudah menjauhi itu sume tapi ade plak yg dtg dpn mata dgn care2 tersebut..maruah kite hanye 1..hargailah yg 1 tu..
p/s: hawa .. igtlah , dmn ada kita , d situ akn ada yg bertnduk dua .. ( igtn utk dr sndr jg )
nak menjejakkn kaki ke syurga tu
seribu langkah,,seribu kebaikan pun
belom pasti,,,,
tapi langkah utk ke neraka hny selangkah ke arah kmaksiatan,satu kjahatan
sudh mbuatkn kita umat manusia mjadi ahlinya,,
kuatkanlah iman dan banyakkanla membaca dan
ke majlis ilmu,,krn
satu ilmu mampu menutup seribu kemungkaran,,,
Insya`ALLAH....
IKHLAS DARIKU...
Budak ALLAH
Supaya anda dapat membuat pilihan yang terbaik untuk hidup anda. Contohnya internet ini, walaupun banyak website perosak di dalamnya... tetapi tangan andalah yang membenarkan anda mengunjunginya. So, lambat laun pasti anda akan menyesal, insaf dan bertaubat diatas segala ketelanjuran anda.
Brbanding dengan surat khabar, TV ASTRO, dan radio. Anda langsung tiada berhak untuk mengawalnya. Segala yg disajikan semua masuk dimata, telinga dan hati anda.
Nampakkan perbezaannya. Di sinilah puncanya ramai org terjerumus...
Contohnya:Berfi kirlah dgn baik dan positif bahawa tiada seorang wanita pun di muka bumi ini mahu terjerumus dilembah kehinaan. Semua wanita mahukan kebahagiaan dan kedamaian dalam hidupnya. mungkin tekanan hidup dan tekanan dunia menjadi penyebabnya.
Pertama: Jangan membaca Surat Khabar. Kerana banyak Fitnah dan pendustaan di dalamnya serta golongan yang bernafsu kepada dunia.
Kedua: Jangan Melihat TV mahupun ASTRO. Kerana sebab yang sama dengan yg pertama.
Ketiga: Jangan mendengar Radio. kerana musik dan banyaknya hiburan adalah punca2 kebinasaan bangsa2 yang dahulu.
Keempat : Jangan tengok langsung Wanita. kerana wanita yg mempunyai urusan dengan kita akan hadir sendiri di depan mata. Jadi lihatlah kepada urusan tersebut bukan lihat kepada wanita itu.
Saya telah mendapat satu ilmu daripada seorang teman yang telah menghadiri kelas2 pembelajaran Agama di sekolah pondok daerah Kuala Kubu baru. yang sangat bermanafaat dan sungguh berkesan untuk menyelamatkan diri daripada godaan-godaan dunia terutamanya para wanita.
Apa yang saya katakan ini memang nampak pelik dan mustahil untuk dilakukan oleh orang lain kerana telah menjadi rutin hidup seharian mereka. Namun, inilah yang saya lakukan demi memelihara diri daripada godaan-godaan yang tampak boleh menjerumuskan diri sama seperti penulis email diatas.
kalau kita tak dpt mengawal/suruh org lain utk menjaga aurat, kita boleh mengawal kehendak diri kita dr menuruti bisikan syaitan.
saya nk berkongsi website ni :www.purifyyourgaze.com/
yg dikelolakan oleh seorang saudara yg membincangkan masalah saudara2 islam kita yg berdepan masalah yg lebih kurang sama.
Selama mendengar 3 discussion beliau, saya rasa amat setuju dgn cara pendekatan beliau. Sebagai umat islam kita harus 'address the elephant in the room' dan sebagai umat juga kita harus membantu saudara islam yg bermasalah sebegini dan bukannya mengutuk dan mengasingkan mereka yg bermasalah.
semoga ia membantu. wallahualam.
Saya sampai ke laman web ni melalui pautan link yang diberikan oleh sahabat saya.Sekadar ingin berkongsi pendapat saya yg tak seberapa ni...
Saya bersimpati dgn saudara yang sentiasa berperang dengan nafsunya tadi. Bukannya senang utk bekerja kalau dihimpit oleh ujian yg datang dari pelbagai sudut.
Kaum wanita seharusnya menutup aurat utk menjaga kehormatan diri dan juga orang2 lain disekitarnya. Akan tetapi dlm dunia global sekarang, tak semuanya beragama islam dan menurut syariat yg ditetapkan. Kalau di Malaysia pun ada yg berpakaian seksi (bukan setakat di tempat kerja, tetapi di tempat awam, diposter2 iklan, tv, dsb), apatah yg akan terjadi agaknya kalau kita terpaksa keluar negara atas sebab bekerja spt di US, UK atau Afrika sekalipun? Bagaimana nk mengatasi masalah ini?
bersambung....
seksi menyeksakan. Seksi bagaikan minyak supaya api berahi semakin marak. Seksi itu tidak kekal abadi.Jenazah wanita berkemban(berta hun lamanya) yang menzahirkan bahu dan dada, tiada siapa pun peduli. Namun, wanita yang gemar berpakaian seksi ini sudah pasti tidak mahu tubuhnya dibiarkan seksi atau hanya berkemban apabila mahu dikebumikan mayatnya di perut BUMI!!!!...Allahualam.....
RSS feed for comments to this post