Takziah, Syafaat Anak & Doa Pelindung
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Musibah yang menimpa al-Marhumah Nurin Jazlin yang masih kanak-kanak bukanlah satu balasan terhadap dosanya, malah ia belum sempat untuk berdosa. Menurut para ulama Islam, musibah yang menimpa kanak-kanak seperti kematian sebegini adalah merupakan satu rahmat untuknya, adapun cara kejam pembunuhan itu adalah manifestasi kegagalan acuan dan hasil tangan manusia yang berlagak pandai untuk menguruskan kehidupan, mereka degil dari arahan dan larangan Allah s.w.t, lalu kelahiran manusia buas sedemikian adalah hasilnya, menandakan seriusnya tahap kejahilan dan kehancuran jiwa manusia di sekeliling.
Saya kira, semua insan normal akan merasa pedih apabila melihat gambar keadaan jenazah Nurin di atas, apatah lagi sesiapa yang melihatnya secara berdepan. Saya sendiri terganggu pemikiran sejak kelmarin apabila isu ini tersebar di berita. Terfikir betapa kesakitan yang dialami olehnya menyebabkan perhatian saya terganggu ketika memberikan ceramah. Ini kerana menurut media, ketika mayat Nurin Jazlin ditemui, ia baru 6 jam menemui kematian.
Bermakna, sejak kehilangannya selama 27 hari ia menanggung kesakitan dan hanya meninggal dunia pada hari mayatnya ditemui. Saya juga difahamkan oleh beberapa sumber yang boleh dipercayai, hasil bedah siasat mendapati perut Nurin Jazlin kosong dari sebarang makanan, seolah-olah ia tidak diberi makan selama sebulan kehilangannya dan hanya didera seksual sahaja. Inilah antara info yang amat menyukarkan minda saya menerimanya.
Ceramah saya di Universiti Malaya dua hari lepas (20 September 2007) adalah yang paling terkesan, minda saya gagal memfokuskan kepada isi kuliah yang ingin disampaikan. Mungkin para pendengar yang hadir dapat melihat situasi itu.
Benar, Ia juga merupakan satu ujian Allah s.w.t ke atas kedua ibu bapanya. Sesiapa sahaja yang mampu bersabar serta redha, bagi mereka Syurga dan barangsiapa yang menuding jari menyalahkan Allah s.w.t dan taqdir, mereka adalah dari kalangan ahli neraka.
Nabi bersabda :-
إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ
Ertinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala, dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah." ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)
Menurut Syeikh Soleh Al-Munajjid, antara hikmah dari kematian seorang kanak-kanak, antaranya sebagai penyelamat diri kanak-kanak terbabit di akhirat kelak, hanya Allah yang mengetahui hikmah sebenar.
Beliau juga berkata, tidak dinafikan semua kanak-kanak ada kemungkinan jika ia sempat dewasa ia boleh menjadi musuh Islam yang terbesar, jatuh murtad, melakukan dosa yang amat dahsyat dan lain-lain. Yang mana sebahagian tindakan dosa tersebut boleh menyebabkan anak itu kekal di dalam Neraka.
Justeru, dengan kematiannya di waktu kecil, ini bermakna Allah s.w.t dengan rahmatnya telah pasti terselamat dari sebarang dosa besar dan kemurtadan yang mungkin berlaku. Perihal sebegini ada disebut dalam surah al-Kahfi, iaitu sebagaimana kisah Nabi Khidir a.s yang sengaja membunuh seorang anak kecil yang telah diketahui melalui Allah s.w.t akan menjadi penjahat besar kepada ibu bapanya jika ia dewasa.
Ciri Mukmin Yang Sentiasa Tabah
Sama-sama kita pasrah kepada Allah dan mengingati ciri seorang mukmin tulen sebagaimana kata Nabi s.a.w :-
عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
Ertinya : Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibha keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa" ( Riwayat Muslim)

Syafaat Anak Kecil & Aqiqah
Saya hanya mampu mendoakan al-marhumah Nurin Jazlin mendapat kenikmatan terbaik di alam barzakh ketika ini dan akhirat kelak. Moga ibu bapanya yang mampu redha dan sabar juga layak mendapat 'title' orang beriman dan redha Allah s.w.t. Ia sememangnya tidak mudah, tetapi redha adalah suatu kewajiban dan bukan pilihan.
Jika sekiranya ibu bapa Nurin Jazlin belum melakukan aqiqah untuknya, eloklah dibuat aqiqah tersebut.
Menurut Imam Ahmad r.h, sekiranya anak kecil meninggal dunia dalam keadaan belum diaqiqahkan, anak tersebut tidak akan membantu (memberi syafaat) kedua ibu bapanya di akhirat. Justeru, syafaat dari anak kecil yang meninggal untuk si ibu bapa adalah bergantung kepada aqiqahnya ( Mirqat Al-Mafatih, 8/78). Wallahu 'alam.
Ia berdasarkan kefahaman Imam Ahmad dari hadis :-
الغلام مرتهن بعقيقته تذبح عنه يوم السابع ويسمى ويحلق رأسه
Ertinya : anak tergantung kepada aqiqahnya, dilakukan sembelihan aqiqah pada hari ketujuh dan diberi nama serta dicukur kepalanya" ( Riwayat At-tirmizi dan Ahmad )
Justeru bagi semua ibu bapa samada Nurin Jazlin atau lain-lainnya, jika terdapat anak yang meninggal dunia dalam keadaan Islam, berusahalah menjadi ibu bapa yang beriman secara tulen. Allah s.w.t pasti akan menghubungkan anak dan ibu bapanya semula di akhirat. Janganlah terlalu bersedih dengan pemergiannya. Firman Allah s.w.t :-
والذين آمنوا واتبعتهم ذريتهم بإيمان ألحقنا بهم ذريتهم وما ألتناهم من عملهم من شيء
Ertinya: "Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikit pun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya." ( At-Tur : 21 )
I
Bagaimanapun, jika seseorang ingin bersama anaknya tersebut, perlulah ia melakukan amal soleh dan menjadi orang yang beriman dengan benar-benar iman.
Deretan Kes Perit Hampir Serupa Tanda Apa?
Apapun, segala macam bentuk perhatian kini perlu ditingkatkan, apa guna ibu bapa yang asyik dengan mencari duit dan wang sehingga tiada masa untuk melihat keselamatan anak. Begitu ramai ibu bapa yang tersangat sibuk dan sentiasa bertawakkal palsu tentang hal keselamatan anak-anak mereka.
Perlu diambil perhatian oleh kita semua bahawa keselamatan kanak-kanak perempuan semakin membimbangkan ibu bapa hari ini. Cuba lihat deratan kes di bawah :-
Kisah pilu Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun bukanlah isu baru, malah negara telah merakamkan tujuh tragedi sedih yang telah melibatkan kanak-kanak Malaysia yang tidak berdosa yang dirogol dan dibunuh kejam.
Pada Disember 2004, seorang kanak-kanak malang ditemui orang ramai dalam keadaan menyayat hati dan sedang menangis di tepi sebuah tangki air di sebuah semak di Kampung Chendering, Kuantan. Mangsa dipercayai menjadi korban nafsu seorang lelaki yang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an dalam semak di kampung itu kira-kira pukul 8.30 malam.
Sehari sebelum itu, mayat Siti Syazwani, 9 pula ditemui mati 100 meter dari rumahnya- dirogol dan dibunuh oleh seorang pekerja asing Indonesia.Mayatnya ditemui mati dalam parit di ladang kelapa sawit Tikam Batu, Sungai Petani dengan hanya berbaju kurung, tersembam ke dalam parit sedalam 2 meter.
Kisah seterusnya begitu menggemparkan negara, sehingga rata-rata masyarakat mecadangkan pelakunya dibunuh atau dikasi kemaluannya lantaran tindakan mereka terhadap Nurul Huda Abd Ghani, Murid Tahun 4 yang dirogol dan diliwat bergilir-gilir oleh tiga lelakidi Pondok Pengawal Stesen Janakuasa TNB Kg. Pekajang, Gelang Patah, Johor Bharu pada 17 Januari 2004.
Selain itu bulan yang sama, Haserawati Saridi, 10- dirogol dan dibunuh ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Menggatal, Sabah.
Pada 6 November 2002 pula Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, 2- diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel pada jam 9 pagi di tebing Sungai Kedah, 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus.
Ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan dan pendarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.
Dua remaja berusia 19 tahun pula telah merogol kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun sehingga terkeluar usus ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Maluri, Kepong 13 Ogos 2001.
Dan akhir pada 23 Oktober 2000, Nur Shuhada, 6 ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman 3 tingkat jenis town house di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.
Doa Pilihan Pelindung Keluarga
Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu :-
من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka ia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah ia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080 - teks doaya adalah yang berwarna merah)
Disebut dalam satu riwayat lain, nabi bersabda :-
فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله
Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ?
Lelaki berkata : aku disengat kala
Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang " Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )
Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
Siapa Cuai ?
Takziah kepada keluarga Nurin Jazlin dan semua keluarga yang menghadapi cabaran yang sama. Saya juga TIDAK BERSETUJU atas kenyataan pihak berwajib yang ingin mendakwa kedua ibu bapa Nurin Jazlin atas alasan mereka cuai dan lalai. Mana ada manusia yang tidak sekali sekala terlalai dan terleka. Biarlah pedih mereka sembuh sebelum membuat kenyataan pelik seumpama ini.
Saya mengharapkan pihak polis dapat dengan CEKAP menjejaki si pembunuh, sebarang kegagalan akan menyebabkan semakin pudarnya keyakinan terhadap teknologi dan badan pengawas keamanan ini. LIHAT KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB R.A YANG SELALU BIMBANG SEMASA MENJADI KHALIFAH, SEKIRANYA ADA SEEKOR KAMBING MATI DI DALAM NEGARANYA, IA BIMBANG AKAN DITANYA DI AKHIRAT KELAK ATAS KECUAIANNYA SEBAGAI KHALIFAH.
Beliau diriwayatkan berkata : "Seandainnya ada keledai yang jatuh dari atas gunung di kawasan Irak sehingga patah kakinya, pasti Allah SWT meminta pertangungjawaban saya (Umar) karena tidak membuat jalan untuk dilintasi keledai tersebut"; dan "Kalau kambing tersasar dan hilang di pingiran sungai Eufrat, maka Umar akan bertanggung jawab pada hari akhirat".
Begitu juga Ali bin Abi Talib ra ketika melihat Umar bin Khattab ra sedang berlari lalu bertanya: "Kenapa kamu lari wahai Umar? Aku (Umar) berlari karena ingin mengejar unta sedekah yang telah lepas dari tambatannya.
INI KERANA TANGGUNGJAWABNYA SEBAGAI PEMIMPIN ADALAH MENYEDIAKAN NEGARA YANG AMAN DAN BAIK KEPADA MANUSIA DAN JUGA BINATANG SERTA MEMASTIKAN TIADA MANUSIA "BERHATI BINATANG".

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
21 Sept 2007
9 Ramadhan 1427 H
Kes rogol meningkat
KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila statistik jenayah terbaru menunjukkan peningkatan mendadak membabitkan kes rogol apabila 2,431 wanita dilaporkan diperkosa sepanjang tahun lalu, berbanding 1,931 mangsa pada 2005.
Peningkatan 26 peratus itu lebih membimbangkan apabila 70 peratus daripada mangsa remaja berusia di bawah 18 tahun dengan 54 peratus di bawah usia 16 tahun.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee, berkata statistik turut menunjukkan 56 peratus daripada mangsa perkosaan adalah pelajar, manakala 25 peratus lagi penganggur.
Menurutnya, kebanyakan mangsa diperkosa teman lelaki selepas bersetuju keluar melakukan temu janji.
"Setakat ini Selangor mencatatkan kejadian tertinggi iaitu 17 dan 19 peratus daripada keseluruhan indeks jenayah rogol, yang turut membabitkan kes sumbang mahram, setiap tahun," katanya selepas menghadiri majlis taklimat kepada Wanita MCA oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-Kanak di Auditorium Bukit Aman di sini, semalam.
Menurutnya, kes sumbang mahram turut menunjukkan peningkatan ketara daripada hanya 294 kes pada 2005 kepada 332 kes pada tahun lalu.
"Daripada jumlah itu, 67 peratus mangsa sumbang mahram di bawah umur 16 tahun dengan 59 peratus daripadanya pelajar sekolah," katanya.
Sementara itu, kes penderaan kanak-kanak mencatat penurunan 25 peratus daripada 189 kes dilaporkan pada 2005 kepada hanya 141 kes pada 2006.
Bagaimanapun, kes penderaan terbabit hanya membabitkan kes yang dilaporkan kepada polis dan tidak termasuk kes yang terus diambil tindakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sementara itu, bagi kes keganasan rumah tangga, beliau berkata jumlah kes meningkat sebanyak enam peratus iaitu daripada 3,093 pada 2005 kepada 3,264 pada 2006 dan kebanyakannya berpunca masalah kewangan, perselisihan faham dan cemburu.
Berita tarikh : 23 Sept 2007
319 budak masih hilang
KUALA LUMPUR 22 Sept. - Kematian tragis mangsa serangan seksual, Nurin Jazlin Jazimin, 8, telah berlalu.
Namun, nasib 319 kanak-kanak dan remaja di bawah 18 tahun yang dilaporkan hilang bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini masih belum diketahui.
Adakah mereka akan melalui nasib sama yang dialami Nurin Jazlin atau kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat?
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang berkongsi kebimbangan itu berkata, unit baru polis dikenali Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak yang diwujudkan untuk menangani kes kanak-kanak dan keganasan rumah tangga akan diperluaskan untuk menjejaki mereka yang hilang.
"Kita tidak mahu rakyat Malaysia dikejutkan lagi dengan kes kematian tragis kanak-kanak dan remaja.
"Justeru, saya telah arahkan supaya peranan unit ini diperluaskan untuk mengumpul maklumat dan menjejaki kanak-kanak serta remaja yang dilaporkan hilang,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
KPN berkata demikian ketika diminta mengulas nasib 319 remaja dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang masih hilang seperti yang direkodkan dalam statistik orang hilang Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Lebih membimbangkan, seramai 6,270 kanak-kanak di bawah kategori umur yang sama dilaporkan hilang sejak Januari 2004 hingga Mei lalu.
Daripada jumlah itu, 4,237 atau 67.5 peratus pulang semula ke rumah mereka manakala 2,033 masih belum dapat dikesan sehingga ke hari ini.
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
sedih bila melihat kebenaran dunia kita sekarang. Kenapa mesti jadi begini. Berdosakah kanak-kanak kecil diperlakukan dengan kejam... mana perginya hati nurani yang dinamakna insan...... Pikirkan ????????
Apakah Allah telah mencabut nikmat ikhsan dari hati orang2 Islam sehinggakan ramai yang sanggup melakukan pekara2 zalim saperti itu ...
semoga pihak berkuasa cekap menjalankan tugas dalam usaha menangkap penjenayah dan hukuman yang setimpal perlu diberikan.saya marah dengan kekejaman yang dilakukan...
Hatta penjenayah itulah seburuk buruk iblis dan syaitan. kenapa mendera kanak2 kalau nafsu tidak tertahan liwat aja pelacur supaya di jangkiti HIV semoga cepat mati tidak membazir makanan di penjara.
Semoga roh adik nurin di cucuri rahmat & ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...Amin.
Pelaksanaan hudud berikutan masyarakat Arab menerima Islam, jenayah dapat dibenteras.
Amerika adalah bangsa yang paling maju dengan undang-undang jenayah yang ketat dan polis yang cekap, tetapi pembunuhan di New York bukan lagi mengikut hari tetapi mengikut jam. Setiap jam ada pembunuhan.
Undang-undang manusia telah terbukti gagal untuk mengekang jenayah.
Antara yang dijelaskan, selain dari jenayah itu amat berkurangan oleh pelaksanaan undang-undang yang menggerunkan tetapi adil, Allah tanamkan ke hati orang ramai rasa benci kepada semua bentuk jenayah. Justeru itu mereka tidak melakukan jenayah. Akhirnya jenayah itu hapus bukan kerana banyak tindakan yang dilakukan, tetapi kerana orang ramai dengan sendiri tidak melakukan jenayah.
Yang menghapuskan jenayah itu bukan kerana polis cekap dan kuat kerja, tetapi keberkatan yang Allah beri menyebabkan tiada kejadian jenayah.
Ia menambah kefahaman umat Islam tentang hikmat hudud dan orang bukan Islam ada pengetahuan mengenainya.
Dan apabila undang-undang itu diluluskan oleh DUN Kelantan dan Terengganu, kerajaan Malaysia dan Umno menolaknya dan berloyar buruk pula dengannya. Maka hudud tidak dilaksanakan.
Dulu jenayah itu terus ada kerana hudud tidak ada. Ia tidak seteruk sekarang kerana antara pemimpin kerajaaan dan Umno yang melaksanakan undang-undang dan memerintah tidak mendapat penjelasan Islam yang cukup tentang hudud.
Sekarang mereka telah mendapat penjelasan yang cukup. Tetapi mereka menolaknya dan rakyat pula menyokong kedegilan kerajaan itu. Maka apakah balasan kepada orang-orang yang ingkar itu? Allah turunkan bala. Jenayah yang kian banyak itu adalah bala kerana tidak menerima ajaran Islam yang mengatakan hudud boleh mencegah jenayah. Kerajaan mengaku undang-undang Islam itu elok dan sempurna tetapi terus bebal dengan menolaknya.
Nurin yang belum baligh menjadi mangsa pembunuhan. Apa salahnya? Dia tidak bersalah tetapi masyarakatnya dan kerajaan yang berkuasa atas masyarakatnya menolak hudud.
semuga pihak berkuasa dapat segera menangkap pembunuh adik nurin jazlin..
Beliau juga berkata, tidak dinafikan semua kanak-kanak ada kemungkinan jika ia sempat dewasa ia boleh menjadi musuh Islam yang terbesar, jatuh murtad, melakukan dosa yang amat dahsyat dan lain-lain. Yang mana sebahagian tindakan dosa tersebut boleh menyebabkan anak itu kekal di dalam Neraka
Saya tertarik dgn kata-kata diatas..mungkin juga kanak-kanak tersebut akan menjadi penyelamat ummah apabila besar kelak, dan ini telah disedari oleh syaitan yg dilaknat oleh Allah..jadi mereka akan melakukan sesuatu kepada kanak2x tersebut supaya dia tak sempat dewasa kerna hendak melawan takdir tuhan. Apa-apa pun saya percaya syaitan sentiasa cuba hendak melemahkan semangat dan akidah manusia supaya menyalahkan tuhan akan segala musibah yg terjadi kepada mereka.
ADMIN : WALLAHU'ALAM. TAPI YANG PASTI,,SYAITAN TAK KETAHUI PERKARA GHAIB AKAN DATANG. DAN ALLAH SAHAJA YG MAHA MENGETAHUI. JUSTERU TIDAK ELOK DITIMBULKAN KEMUNGKINAN SYAITAN TAHU THEN IA BERTINDAK UNTUK MENYEKAT.
ITU HANYA ADA DALAM CERITA HOLLYWOOD, DENGAN TIME TRAVELNYA AJA.
Kenapa la masih ramai lagi yang belum sedar lagi?!
Artis yang terdedah sana,terdedah sini, melenggok2 ke sana ke mari, kononnya nak memberikan hiburan terkini, tapi orang yang geram bila melihat, tak dapat nak 'lepas' pada si artis jadi 'lepas' la pada orang-orang yang langsung tak berdosa. SALAH SIAPA???
bila dah jadi begini, mula la tunjuk simpati...KONON! pada hal dia la puncanya!
Saya sokong Ir.Shah...negara malaysia ni selagi tak tegakkan hukum Allah..selagi itulah tak selmat..
Wahai rakyat melayu sekalin..sedarlah..kuasa adalah ditangan anda..berubahlah demi anak-anak kita..kurangkan lah berhibur..jauhi maksiat..jangan terlalu agungkan sifat bangsa...kerana yang lebih penting adalah agama..renugkanlah..
al-fatihah untuk adik nurin jazlin
al fathihah buat adik nurin..bersama2 kta mdoakn moga arwah dtmptkan di kalgn para syuhada...aminn..
takziah buat keluarga arwah...tabahkan hatimu..kami semua mdoakn agar 'binatang' itu ditngkap!!
ALLAH maha Besar,...Allahuakhbar!!
Tp saya yakin,jika undang2 islam ditegakkan,smua nya di bwah lindungan Allah..
Kenape kita harus mengagung2kan hukum ciptaan manusia tp tidak undang2 Allah..
smua ini takkan brulang lg jika hukum Islam di tegakkn di atas muka bumi Malaysia ini..
Seluruh negara sekali lagi sedih akibat kesan kekejaman manusia yang tak berperikemanaus ian....
sama-sama kita berdoa semoga al-Marhumah Nurin Jazlin di tempatkan dikalangan orang-orang yang solihin......AMIN...
Semoga kedua ibu dan bapanya redha dengan ketentuan yang maha ESA....
Sama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada al-Marhumah Nurin Jazlin....
semoga roh nurin ditempatkan di kalangan para syuhada.
semoga ibubapa nurin dapat menerima segala takdir ini.
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
insyaallah.......dengan izinnya
penjenayah itu tetap akan ditangkap jua.......
biarlah dia dengan hidupnya dan semoga pembalasan didunia dan akhirat untuknya.
Deraian air mata kita x kan mampu membawa binatang tu ke muka pengadilan..
moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..
tidak dapat digambarkan remuknya hati melihat penderitaan yang dilalui oleh nurin..
Nafsu amarah yang tolampau moluap-luap kek oghang gilo yang buek kojo doso ni... mogo-mogo Allah kuekkan keimanan den ni...kot tak, dapek yo si gilo tu, den sosah cukup-cukup, bia padan muko eyyy... kepado ibu bapak arwah, semogo redho dan banyak ey soba...Allah akan tompek an arwah di jannah. Amin...
Sila ke link di bawah:
bharian.com.my/.../print_html
Masih boleh berpeluk tubuh?
Siapa boleh selamatkan kita?
RSS feed for comments to this post