Syahwat & Gejala Onani Bakal
Menghancur Umat Islam
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Saya sebenarnya tidak begitu berkenan untuk menulis berkenaan isu ini. Kerana itu saya hanya memberikan jawapan oleh Syeikh Dr Yusoff Al-Qaradawi di web ini. Rujuk di sini
Bagaimanapun, terlalu banyak persoalan berkenaan onani ini. Kotak email dan ruangan komentar di web saya ini juga tidak terlepas dari pertanyaan seumpama ini. Ada sebahagiannya terpaksa saya dan admin 'delete' kerana bahasa dan bentuk soalannya yang kurang sesuai.
Antara soalan-soalannya :-
1) " ...ustaz, saya ada masalah yang menimpa diri saya semalam iaitu saya telah melakukan onani di siang hari bulan ramadhan."
2) "Assalammualaikum... Saya sudah berumur 24 tahun, saya sering beronani sebelum ini sehinggakan dalam satu hari pernah saya buat perkara keji ini sampai 3 kali oleh sebab terasa ghairah melihat perempuan yang seksi.
3) "Saya tidak dapat menahan lalu saya melihat gambar porno untuk memuaskan nafsu saya dengan cara beronani. Dan ini pernah berlaku pada siang hari di bulan ramadhan.apa yang saya perlu buat dan apakah hukumnya serta hukumannya."
4) "Saya juga ada masalah pasal onani ni oleh kerana terlalu menyesal dah perbuatan saya, saya telah bernazar untuk berpuasa 1 hari bagi setiap kali saya beronani."
5) "Salam..ustaz adakah beronani perlu mandi wajib? apa bezanya air mazi dan mani?adakah kedua2 tu ada pada perempuan? harap ustaz dapat jelaskan.terima kasih"
6) "Salam, saya sudah berkahwin tetapi tinggal berjauhan dengan isteri..kadang kala apabila teringatkan isteri saya, saya merasa ghairah dan kadang kala sehingga melakukan onani..apakah hukumnya?"

Sebeban Alasan
Dalam masa yang sama, adakalanya terlalu banyak pula alasan dan sebab yang diberikan oleh si penanya dengan harapan saya atau mana-mana individu yang ditanya akan mengatakan harus baginya.
"Seolah-olah ingin menjadikan kita sebagai jambatannya 'ke neraka', then kat akhirat dok tuding jari kepada kita" kata seorang rakan saya yang juga seorang penceramah aktif di Lembah Klang.
Selain hukum khas bagi perbuatan tidak sihat ini. Lebih dari itu, kebanjiran soalan-soalan sebegini menyebabkan saya menjadi semakin bimbang dengan keadaan umat Islam di Malaysia terutamanya.
Virus Bermula
Ia secara langsung menunjukkan umat Islam samada lelaki dan wanita sedang menghidap sindrom lemah kawalan nafsu syahwat seksual terhadap perkara nafsu syahwat yang haram.
Melayani syahwat dengan cara haram adalah salah satu punca kehancuran kemanisan solat, tanpa kemanisan solat, runtuhlah 'tiang agama' dalam diri seseorang, tatkala itu nafsu kebinatangan dan syaitan akan mula menguasai sehingga lahirlah manusia binatang seperti pembunuh Nurin Jazlin dan lain-lain.
Terdapat hadis yang mengingatkan melayani syahwat mata kepada yang haram sahaja akan menghancurkan kelazatan dan kemanisan iman.
ما من مسلم ينظر إلى محاسن امرأة ثم يغض بصره إلا أخلف الله له عبادة يجد حلاوتها
Ertinya : Tiada seorang Muslim pun yang melihat kepada kecantikan wanita (aurat) kemudian ia mengalih pandangan matanya kecuali Allah s.w.t akan memberikan kepadanya kemanisan dalam ibadahnya (Riwayat Ahmad & At-Tabrani , Ibn kathir, 3/283, Ibn Kathir & Al-Munziri : Dhoif dan Ibn Kathir berkata , boleh diguna dalam hal galakkan)
Juga disebut dalam sebuah athar :
النظر سهم مسموم من سهام إبليس
Ertinya : "Pandangan mata adalah panah beracun dari panahan Iblis" ( Mirqatul Mafatih, 1/255; Ruhul Ma'ani, 22/7)
Malah ia juga bakal merosakkan hati :-
كل عين باكيه يوم القيامه الا عينان عين غضت عن محارم الله
Ertinya : Setiap mata akan menangis di hari kiamat kecuali mata yang dilindungi (berpaling) dari perkara yang diharamkan Allah s.w.t" ( at-taysir bi Syarhi al-Jami' as-Soghir, 2/216 : Hadis Hasan)
Ketahuilah saudara-saudariku, melayani onani merupakan permulaan kehancuran hati seseorang. Merupakan salah satu permulaan kepada zina.
Ia sering diwarwarkan kononnya sebagai penyelamat dari zina, hakikatnya ia juga merupakan pintu mula kepada zina.
Ia adalah pintu mula seseorang berjinak dengan melayani nafsu syahwat seksual mereka tanpa menurut arahan Allah dan RasulNya. Nafsu yang tidak dikawal ini adalah sentiasa meminta lebih dan lagi, akhirnya akan menjerumus kepada menonton gambar pornografi, video, mengintai dan ditamatkan dengan zina yang tiada had kepuasannya. Memang itu sifat nafsu syahwat samada seksual ataupuan harta. Sekali ia dilayan, tiada lagi pintu puas.
Sebagaimana hadis yang telah saya bawakan dahulu iaitu :-
لو كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَ إلا التُّرَابُ
Ertinya : Sekrianya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan diperutnya tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )
Demikian juga perihalnya dengan nafsu syahwat seksual. Ia merupakan satu penyakit dalaman yang serius. Saya cuba memperkemaskan huraian berkenaan onani walaupun jawapan Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi terhadap masalah Onani yang telah saya siarkan di web ini.
Kesimpulan pandangan terkuat oleh pelbagai kumpulan ulama mendapati bahawa hukum Onani adalah : -
1) satu perbuatan yang haram, tetapi ia bukanlah satu jenis dosa besar seperti zina, rasuah, riba, membunuh dan sebagainya.
Ia dianggap melepaskan nafsu bukan pada tempatnya, ia adalah ditegah oleh Allah s.w.t :-
وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
Ertinya : "dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap istri-istri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela; Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. ( Al-Mukminun : 5-7)
Allah menyifatkan orang yang memuaskan nafsunya dengan cara selain dengan isteri atau suami yang sah sebagai :-
- a) Malumin : Ertinya : "tercela"
- b) Al-'adun : Ertinya : " orang-orang yang melampaui batas"
2) Hukum dosa ini sememangnya boleh berubah menjadi tidak berdosa sekiranya ia dilakukan dalam keadaan dharurat iaitu di ketika tanpa melakukan seseorang akan PASTI terjerumus dalam kancah zina.
Perlu diingat dharurat di sini hanya adalah di ketika 'pasti akan terjerumus' iaitu tatkala kemudaratan zina itu benar-benar BOLEH BERLAKU seperti ia telah tahu di mana boleh mendapatkan pelacur, bohsia atau teman wanitanya, punyai tempat yang strategik untuk maksiat dan lain-lain.
Maksud saya, jika sekadar ia rasa ingin berzina sahaja tetapi ia tidak punyai teman wanita, ia tidak pernah tahu di mana mahu melanggani pelacur, atau kesimpulan tiada mempunyai idea sebenarnya bagaimana ingin merealisasikan niat jahat berzinanya, disamping masih tidak yakin ia boleh terjerumus ke lembah sehina itu. Hukum keringanan (rukhsah) sementara akibat terdesak dan bagi mengelak zina yang disebutkan oleh sebahagian ulama itu TIDAK boleh dipakai sewenang-wenangnya.
3) Hukum dosa ini boleh menjadi bertambah besar apabila ia menjadi tabiat dan amalan kebiasaan disebabkan tindakannya sendiri seperti menjadi kegemarannya untuk melihat gambar dan video lucah. Akibat dari tindakannya itu, ia terdorong ingin berzina lalu beronani. Tatkala itu, tindakan onaninya bukan lagi terdesak tetapi dirinya sendiri yang sengaja mendorong kepada terdesak itu.
Ia berbeza dengan seseorang yang terangsang syahwat akibat ternampak dan sukar mengelakkan pandangan matanya dari permandangan kurang elok di tempat kerja atau dalam perjalanannya ke tempat kerja dan pulang.
4) Hukum dosa atau haram melakukan onani bagi lelaki dan wanita juga menjadi bertambah serius apabila dapat disahkan perbuatan onani tadi mempunyai kesan negatif kepada kesihatan.
Bagi menguatkan fatwa hukum, kenyataan doktor sakit tuan, Dr.Ismail Thamby boleh dijadikan panduan fakta iaitu :-
1) kesan buruk kepada kehidupan seksual apabila berumahtangga
Beliau menyebut :-
Jika anda lakukan onani secara luar biasa seperti melakukan rangsangan seksual secara kasar dan kuat untuk mengecapi klimaks, mungkin apabila beristeri, anda akan mendapati bersetubuh dengannya tidak memberi kepuasan seperti anda kecapi secara onani.
Masalah ini dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory Syndrome'. Yang menimbulkan masalah ialah onani mengakibatkan klimaks anda berlaku dengan cepat, yang jika berterusan dan diamalkan akan mengakibatkan anda tidak dapat bertahan lama apabila mengadakan hubungan seksual sebenar.
2) Tahap kesihatan kemaluan boleh terjejas hingga Mati Pucuk
Beliau menyebut :-
Selain itu, jika agak ganas dengan cara merangsang anggota sulit anda sehingga mengakibatkan anggota itu sakit dan bengkak, kemungkinan satu hari anda akan mengalami mati pucuk apabila kerosakan lama menunjukkan kesannya.
Ini kerana anggota sulit adalah organ vaskular dan tidak boleh diurut atau dirangsang dengan keras. Ia hanya sesuai untuk dirangsang melalui salur faraj perempuan.
3) Boleh Mandul kerana kerosakan buah zakar lelaki
Beliau berkata :
Namun, saya ingin mengingatkan yang kerosakan buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa ketika melakukan onani, dan jika ia berlaku dan menjejaskan kilang sperma, sudah tentu anda akan mandul kerana sperma tidak lagi dihasilkan ‘kilang'.
Sebagai contoh, anda melakukan onani dalam keadaan tidak terkawal seperti pengaruh alkohol, menyebabkan tidak tahu atau sedar ketika itu anda teragut buah zakar atau mencederakan buah zakar.
Anda hanya menyedari selepas beberapa lama yang buah zakar anda menjadi semakin kecil atau bengkak, dan jika kilang sperma terjejas, anda akan menjadi mandul.
Sudah tentu perkara yang menyeronokkan sukar untuk dihentikan, kecuali berlaku sesuatu perkara yang memudaratkan seperti keradangan buah zakar, kecederaan zakar seperti kebengkakan zakar.
Bagaimanapun, ia sudah terlewat jika tiada cara perawatannya. Mungkin jika zakar terkulai, bengkok atau patah, ada cara rawatan seperti pemulihan dengan pembedahan atau penggunaan alat pemulih.
Namun, jika kilang sudah rosak dan buah zakar mengecil, tiada penawarnya. Jadi cuba kurangkan amalan onani, terutama secara kasar. Anda perlu ingat, anda hanya ada satu zakar, bukan sepasang. Jika zakar itu tidak berguna, hidup anda merana selama-lamanya!
Penutup
Sebagai akhirnya, antara fungsi Ramadhan adalah mendidik hati dan diri agar mampu mengawal nafsu berikut :-
- 1) Nafsu marah apabila Nabi menegah kita dari melayani ajakan pergaduhan semasa berpuasa.
- 2) Nafsu makan dan minum. Apabila kita di tegah makan dan minum di siang hari.
- 3) Nafsu tidur. Apabila kita dianjurkan untuk bangun sahur.
- 4) Nafsu Syahwat. Apabila kita diarahkan untuk elakkan ‘bersama' isteri di siang hari Ramadhan.
Amat diharapkan Ramadhan yang baru berlalu dapat menghasilkan kemampuan kekangan segala nafsu melampau dalam hal yang disebut di atas.
Teringat saya kepada khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Prof. Dr Sano Qutoub Mustafa ( Prof Syariah di UIAM ) pada 19 Oktober yang lalu. Beliau mengatakan
"jika keadaan iman dan amalan anda selepas Ramadhan adalah sama atau lebih teruk dari sebelumnya, ia adalah tanda anda tidak mendapat keampunan Allah pada bulan Ramadhan yang lalu"
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
11 Syawwal 1428 H
23 Oktober 2007
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
1) anak muda perlu didedahkan mengenai keburukan onani, apakah onani, dan apakah hukumnya, bila mereka sudah kenal onani, maka mereka dapat menghindarinya sejak awal,
masalah sekarang ialah mereka terjebak dahulu, kemudian barulah tahu tentang hukumnya dan keburukannya. maka susahlah nak keluar.
antara cara2 nak bertaubat:
1) sibukkan diri dgn kerja-kerja berfaedah, sehingga tiada masa lapang, krn masa lapang boleh mendatangkan bisikan syaitan.
2) kurangkan onani sikit demi sedikit,
3) latih diri berpuasa,
4) mendidik nafsu
5) bencikan perkara2 yg haram
Quoting ayie:
jawapan: air mani yg perlu mandi wajib...
14 tahun-
sya takut untuk menanggung dosa lagi. saya ingin tahu, adakah saya perlu mandi wajib apabila saya melakukan onani?adakah solat saya selama ini tidak sah jika saya tdk mandi wjib kerana beronani. dan adakah sya boleh kehilangan dara dan adakah seseorang suami boleh tahu bahawa isterinya masih dara atau tidak. sya sgt bimbang memikirkan hal ini bila memikirkan sya akan berumahtangga nnti. selain itu, adakah saya akan mandul jika saya pernah beronani?saya harap ustaz dpat menjawab semua soalan sya...sya sgt memerlukannya..trima kasih ustaz...askum.
saya terbaca dekat dalam sebuah buku kalau hadas besar termasuklah semua situasi dimana air mani keluar...kalau seseorang itu beronani...kena mandi wajibkah? kalau selama nih x mandi wajib.... apa status solat orang itu?
mohon ustaz ulas T.T
kate tak nak buat tapi buat jugak
kadang-kadang boleh tahan
tapi hari-hari nak tahan susah pulak
macam mana nak berterusan tak nak buat lagi
1.Segala yng berlaku adlah dalam rancangan Allah..adik perlu sedar..bhwa tiap2 yng berlaku adlh supaya kita mengislah diri kita..jdi perkara pertama yng hrus adik lakukan adlh bertaubat..sesunguhnya keampunan Allah itu lebih besar dri kemurkaaNYA..
2.Jodoh sudah ditentukn Oleh Allah..jika tiada mka usah sedih..krana ada yng lbh sesuai tuk adik..adik hrus bertawakal dan bnyk berdoa supaya diketemukn jdoh yng soleh
3.nafsu(beronani) membuka pintu ke penzinnaan..kuatkn iman dgn ilmu..(iluvislam untk lbh lanjut) WAALLAHU A'LAM
segala puji bagi allah, sekarang nie saya sudah beransur-ansur pulih dari masalan nie. diharap pada masa akan datang tiada lagi langsung. amin....semoga ustaz dilimpahi rezeki yang halal dan berkat.
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.(al-isra':32. moralnya, janganlah kamu mendekati zina walau dengan apa cara sekalipun.
jika awak nak berkenalan ngn saye saye sudi membantu anda dalam semua aspek2 agama yg saye thu...insyaallah
email saye
faiz_bary@hotma il.com
insyaallah dengan rahmat allah kita semua akn mendapat keampunan dengan apew yg kita buat....
sy seorang perempuan..
sy penah hampir dirogol oleh bapa saudara sy sndiri.
akibat dari 2 sy amat takutkan pada laki..
saya susah rapat dan berdampingan dengan lelaki..
sehinggakan umur sy mencecah 18 tahun sya mula membuka pintu hati untuk berkawan dengan lelaki.
sehinggakan sy menerima lamaran seseorang untuk menjadi teman lelaki sy..
sy akui menyesal kerana tidak mengenali beliau dengan baik.
dia seorang yang agak suka @ kuaat nafsu.
dua tahun saya mempertahankan maruah sy.
tetapi apabila memasuki tahun yang ketiga saya tewas.
saya x dapt nk putuskan hubungan ini dari awal sebab sayaa terlalu sayangkan dia.
saya selalu dipaksa untuk melayan dia.
walaupun saya menolak dia tetap memaksa saya sehingga suatu ketika saya malas hendak menolak lagi kerana apa guna saya menolak tetap sama saja.
sya biarkan saja dan pasti akan menangis apbla ia terjadi sbb wlpn tidak mnolak tapi ati saya bukan dlm keadaan rela.
sehinggakan dia memberitahu dia terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga.
keluarganyaa juga menelefon saya meminta agar saya tinggalkan teman lelaki saya itu.
mereka amat bencikan sya.
bukankah sya ada hak itu ustaz bila anak mereka berbuat begitu pada saya?
adakah bekas teman lelaki saya itu wajib mempertahankan saya atau menurut saja apa yang keluarga dia mahukan?
dan akibatnya saya x dapat menahan nafsu dari beronani.
bila saya rindukan dia..
saya akan wat.
saya menangis dan berazam untuk lupa wat sume ni dan lupakan dia..
punca utama sebab saya rindu dan masih sayangkan dia.
kalau boleh saya nak padam kan cepat sume ni dari kepala ingatan saya agar saya x beronani lagi.
saya nk lupa dia.
saya da banyak kali betaubat smpai sya malu dengan Allah.
saya takut sangat akan balasan ALLAH..
cukuplaa dengan balasan yang lalu...
terlalu memeritkan walaupun apa yang terjadi bukan dalam keadaaan rela
bantula saya ustaz.
saya x mahu terus bergelumang dalam dosa yang saya ciptakan sendiri ni.
Sebelum menghuraikan ubat ketagihan, mari kita sama2 lihat dulu petikan surah al-Quran mengenai hasutan syaitan dan hawa nafsu:
HASUTAN SYAITAN
[21]" Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar..." Surah An-Nuur
DORONGAN HAWA NAFSU
"Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? .."ayat 43 Al-Furqaan
secara logiknya: perbuatan tidak akan BERLAKU tanpa ada niat untuk MAHU menurut.
JADI,SOLUTIONNY A: berusahalah untuk tidak menurut kemahuan hawa nafsu dan hasutan syaitan.
DENGAN: amalkan doa(atau sebagai zikir)ini: "ya ALLAH sahaja aku mengingkari daripada menurut hawa nafsu dan hasutan syaitan kerana ALLAH TAALA"..InsyaALLAH akan ada kesannya (cepat atau lambat).
UNTUK MENAMBAH KEAZAMAN ANDA
saya ajukan petikan surah ibrahim ayat 22:" Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya". Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya"
SEMOGA ANDA BERSEMANGAT UNTUK BERUBAH DAN MENUJU KEJALAN ALLAH. AMIN3X
Ini adalah pesanan untuk semua dan juga diri saya. Saya memahami perasaan anda, jika dikaji lebih mendalam, ada sesuatu yang mendorong anda untuk melakukan sedemikian, iaitu 1)bisikan dan 2)nafsu bergelora(kegha irahan). oleh itu janganlah diturutkan kehendak kedua-dua itu,
amalkanlah :-
1) berdoalah: "ya ALLAH aku berpegang teguh pada tali-tali mu ya ALLAH" (petunjuk ALLAH dari surah ali-imran ayat 103)
2)perkuatkanlah dirimu dengan berzikir "ALLAH" seperti petunjuk ALLAH dalam surah al-waqiah ayat 96; "Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar". tariklah nafas sekuat-kuatnya sampai tidak ada yang hendak ditarik lagi (menarik positif energy), lalu sebutlah ALLAH sampai mencecah hujung lidah di langit-langit, lalu hembuskanlah sehingga tidak ada yang hendak dihembus(membua ng negatif energy).insyaAllah amalan ini berkesan.buatlah sampai hilang perasaan gelora itu.
3)dari surah Yusof [53] "Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.". oleh itu berdoalah atau jadikan zikir "ya ALLAH, rahmatilah aku dan Nafsuku"
4)amalkan zikir2 yang lain untuk penyejuk hati dari bergelora.
5)sekiranya masih tidak dapat melawan, berserahlah pada ALLAH agar urusan kita menjadi urusan Nya. InsyaALLAH anda terhindar dari segala gangguan.
6)berusahalah beriman pada hari akhirat, disanalah rumah yang kekal dan abadi.
Semoga ALLAH memberkati usaha kalian. AMIN
kawan2, saya ada cara mengatasi masalah ini. kawan2 kena sentiasa berusaha sibukkan diri dengan benda2 berfaedah... kalau rasa nak sangat, terus keluar rumah jumpa rakan, kalau ada vcd lucah, patahkan, jgn simpan@buang sbb akan cari balik. dan yang penting, bila layari internet jgn main sorok@dlm bilik, pasti syaitan bisikkan buka web lucah... sentiasalah berdoa, Ya Allah, kuatkan hati kami melawan syahwat
UZAR : kerana terlalu banyak soalan yang sampai kepada saya, email, komentar, facebook, sms dan lain-lain..sempat jawab beberapa soalan sahaja
ape beza air mani, air mazi dan air wadi..??
yang maner satu kne mandi wajib ustaz..??
mengapa ya saya kok sering melakukan onani?
apakah onani itu dosa?
mengapa onani itu ada?
Saya seorang ibu tunggal. Saya ingin bertanya 2 soalan:
1. Saya dan bekas suami sering bertengkar kerana pelbagai masalah rumahtangga (termasuk masalah seksual suami). Apabila bertengkar, suami pernah tidak memberikan nafkah batin (ada kalanya sampai 2 bulan). Apabila nafsu seks memuncak sehingga saya menjadi tidak keruan, saya pernah melakukan onani. Apakah hukum perbuatan saya itu ?
2. kini saya telahpun bercerai. Untuk mengelak daripada berzina, sememangnya kita digalakkan berkahwin. Tetapi saya adalah perempuan. Tak kan saya hendak mengajak lelaki yang saya suka menikahi saya, atau dgn lain perkataan, perigi mencari timba ? Selain itu, saya juga terasa serik untuk berumahtangga lagi setelah kegagalan kali yang pertama. Tambahan pula, sangat susah untuk mencari lelaki yang baik di zaman ini. Ramai yang hanya ingin mengambil kesempatan. Wlu bagaimanapun, sebagai manusia biasa, saya juga bernafsu. Ada ketikanya, saya melakukan onani setelah usaha untuk solat atau puasa tidak berkesan. Apakah hukumnya ?
tolong saya berikan panduan atau rujukan bagaimana nak saya bantu suami saya menangani masalah onani ni...saya berasa sedih sgt tp saya yakin nak bantu dia demi kebahagian keluarga kami.
UZAR : isteri dibenarkan meng onanikan suaminya, ia tergolong dalam istimta' ( berseronok) yang dibenarkan..itulah cara merawatnya yang terpantas.
RSS feed for comments to this post