Dua Lelaki Terlanjur
Meminta Nasihat
Bagi manfaat pengunjung web saya kali ini, terdapat dua soalan agak memeranjatkan yang boleh saya gabungkan jawapan dan respondnya. Berikut adalah soalan pertama yang amat tidak menyenangkan :-
Soalan 1

Ana seorang graduan ilmuan (deleted by admin) dari Timur Tengah dan sudah beristeri serta mempunyai anak. Namun secara sedar nafsu ana amat sukar dikawal dan sering terangsang. Walaupun ana merupakan seorang guru di sebuah sekolah, dan sering ilmu kebaikan kepada masyarakat, ana tewas pada satu hari, satu malam.. telah beberapa minggu peristiwa hitam itu berlaku. Ana terlanjur berzina dengan seorang pelacur!!! Ia berlaku dengan sangat cepat dan seperti mimpi. Astaghfirullahal azim..
Ana menangis sehebatnya selepas keterlanjuran itu dan kini kerap merasa diri sangat hina dan munafik. Ternyiang-nyiang rejaman sampai matilah bagi dosa seperti ini. Malam keterlanjuran dan selepas taubat, ana seakan meredhakan datangnya kematian kerana terlalu tertekan...rupanya masih ada pagi bagi diri ini.
Kini ana seakan tiada nafsu lagi dengan wanita seksi sebagaimana dulu, ana juga semakin jarang terangsang dengan mudah sebagaimana dulu akibat rasa salah ini. Teringat bagaimana rupanya zina itu tidak sehebat yang ana fantasikan selama ini. Fantasi oleh Syaitan ini kerap membelenggu ana hingga akhirnya jatuh. Sehingga kini ana masih terlalu pelik dengan diri sendiri sehingga ada kalanya merasakan peristiwa hitam itu semacam satu mimpi ngeri. Ya allah ...terimalah taubatku, ana nak minta sangat apa-apa nasihat dan teguran dari Al-fadhil ustaz untuk ana yang amat lemah ini.
- Melalui email (sebahagian bahasa asal telah diedit kerana rumit berbelit-belit) -
Soalan 2
Saya sedang menyesali dan mohon semoga taubat saya diterimaNya sekarang ini kerana saya telah terlanjur dengan seorang wanita sekerja, malah ia telah gugurkan kandungannya
sekali.

Saya dah lama berkahwin tapi tidak ada anak lagi.. Isteri dah tahu tapi tidak mahu saya
menceraikannya. Wanita itu pula kecewa dengan keputusan saya kerana lewat menceraikan isteri
saya lalu kini bertunang dengan seorang wanita yang berjawatan agama di sebuah institusi agama.
Wanita ini anak 'Ketua Masjid' disegani di (deleted by admin). Wanita ini juga
berpendidikan agama yang tinggi juga. Apakah yang saya perlu buat ? nak pilih yang mana?
Untuk berpoligami insaAllah saya mampu zahir batin sebab income saya mencecah RM 7 ribu sebulan tetapi dua-dua wanita tidak setuju poligami atau perlu ke terus terang dengan bapanya? ini
seperti membuka aib saya tapi saya perlu pertolongan saudara-saudara sekalian untuk
nasihat dan teguran. Saya rasa dosa saya ni terlalu besar sangat dan pernah
hampir-hampir 'putus asa'.
- Soalan melalui zaharuddin yahoogroup -
PANDANGAN UZAR
Bagi soalan yang kedua saya sebenarnya ada kekeliruan sedikit dengan info yang diberikan oleh saudara. Iaitu adakah wanita yang saudara terlanjur itu adalah wanita yang sama dengan wanita yang disebut saudara sebagai berjawatan agama, kerja di insitutsi agama itu dan telah bertunang dengan saudara.?
Bagi penyoal kedua, jika wanita itu berbeza pula, ini bermakna saudara ini boleh dikatakan ‘bermain dan mempermainkan' ramai wanita dalam satu masa. Ini menunjukkan saudara mempunyai masalah hati dan iman yang agak besar dan tanpa perubahan radikal dalam cara ibadah dan cara hidup, berdasarkan hukum Islam, saudara mungin akan menempah azab yang maha pedih di alam selepas kematian, bertaubat dan bersungguhlah membuat perubahan drastic agar tidak terlambat.
Ingatan Umum Bagi Kedua-dua Penyoal
Bagi kedua-dua penanya (soalan satu dan dua). Saya ucap takziah atas dosa besar yang dilakukan tetapi sekalung tahniah atas keinsafan anda berdua terutamanya penyoal pertama, anda selaku orang berilmu tetapi telah mencarikkan adat orang berilmu dengan perilaku terkeji itu. Inna lillahi wa inna ilaihi Rajiun.
Jika anda berdua merasa sangat berdosa dan hina sekarang ini akibat perbuatan-perbuatan dosa saudara itu, ia adalah satu tanda baik dan tanda iman masih ada janganlah sampai berputus asa. Kutuk dan hinalah diri sebanyaknya agar anda benar-benar berterusan insaf dan taubat, asal jangan sampai berputus asa dan bersangka buruk dengan Allah swt.
Rasakan diri sebagai ‘celaka' dan tidak tahu malu dengan Allah swt yang telah memberikan anda isteri yang sah......tiada kata yang dapat diberikan kecuali anda wajar mencari rasa kehinaan hingga penyesalan tiba dan tersemat di hati, dengannya akan terhapus rasa ingin mengulanginya.
Cuma saya nasihatkan juga agar anda berdua melihat dosa anda berdua secara positif, iaitu bagaimana menjadikannya membawa kebaikan selepas ini. Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari seorang ulama terkenal dalam bidang sufi dalam salah satu kata hikmahnya menyebut :-
معصية أورثت ذلاَ وانكسارا , خير من طاعة أورثت عزَا واستكبارا
Ertinya : "Satu maksiat yang menyebabkan kamu merasa kerdil, rendah diri, hina dan hancur hati ( kerana penyesalan dan taubat) lebih baik dari melakukan taat yang menjadikan kamu merasa agung, bangga dan hebat ( sehingga tahap ujub)"
Saya juga tertarik dengan satu lagi kata hikmah beliau sebelum itu yang berbunyi :-
ربما قضى عليك بالذنب فكان سبب الوصول
Ertinya : Berkemungkinan ditaqdirkan bagimu melakukan satu dosa sebagai sebab musababab untukmu sampai kepada keredhaan Allah swt (dengan rasa rendah diri, hina dan akhirnya berubah menjadi soleh)
Dr Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti dalam menghuraikan kedua-dua hikmah ini membawakan dalil berikut sebagai sokongannya :
إِلَّا مَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صَالِحًا فَأُوْلَئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
Ertinya : kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Furqan : 70)
Seseorang yang menyesali sebenar-benarnya keterlanjuran dosanya dan merasakan kepedihan dan kehinaan diri kerananya adalah merupakan salah satu bentuk cara Allah swt mengazabnya di dunia lagi bagi menyelematkan di akhirat, dan boleh menjadi sebab Allah menukarkan selepas azab tersebut dengan kebaikan yang lebih banyak. (Al-Hikam Al-‘Atoiyyah : 3/147)
Benarlah kata hikmah ulama yang menyebutkan : "Sesungguhnya tangisan dan sedu sedan seorang yang terjatuh dalam maksiat kerana pedih dan sesal kerana maksiatnya sudah pasti lebih dicintai oleh Allah swt dari tasbih orang yang menunjuk-nujuk sambil berasa ujub terhadap kebaikan dirinya"
Justeru, kecewakanlah Syaitan dengan menjadikan keterlanjuran anda berdua sebagai batu loncatan untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Antara tindakan lain yang boleh anda berdua lakukan bagi membuktikan taubat sebenar adalah :-
1) Menambah amalan soleh, diwaktu hampir musim Hari raya Qurban ini amalan yang terbaik adalah melaksanakan Qurban. Berqurbanlah sebanyak yang mampu bagi menampung dosa-dosa yang dilakukan.
2) Menjauhi apa jua yang mampu membawa kepada ingatan semula kepada nafsu silam, jauhi semua jenis chat, website lucah, bacaan lucah, akhbar dan gambar semi lucah dan yang sepertinya. Bagi penyoal pertama, sekali nafsu anda kini terkawal, teruskan kawalannya.
3) Bagi penyoal kedua, jauhi berdating, berdua-duaan dan apa jua tindakan yang boleh menjadikan anda terlanjur dengannya. Hormatilah diri anda dan dirinya.
Demikianlah beberapa komentar umum saya bagi kedua-dua soalan.
Teguran & Nasihat Khas Bagi Penyoal Kedua
Berkenaan nasihat dan teguran khusus bagi soalan kedua, sebelum itu perlu diingatkan bahawa pandangan ringkas ini hanyalah satu pandangan dari saya selaku individu biasa sahaja, ia bukan bersifat ‘paling tepat' terutamanya saya juga bukanlah orang yang pakar dan berpengalaman luas dalam isu rumahtanggan seperti ini. Berikut adalah pandangan ringkas saya :-
1) Memang saudara telah lakukan dosa besar kerana melakukan zina dengan rakan sekerja anda. Taubat yang sebenar-benarnya adalah WAJIB dilakukan disertai dengan rasa penyesalan yang tinggi sebagaiamna penyoal pertama menyesal. Saya juga bimbang, jika saudara masih bekerja di tempat lama dan masih sepejabat dengan rakan wanita tersebut. Dosa yang sama mungkin boleh berulang kerana Syaitan tidak akan putus asa dalam menggoda anda berdua. Segeralah mencari jalan agar berjauhan dengan wanita ini.
2) Menggugurkan anak tadi juga jika bayi sudah berusia 120 hari di dalam kandungan adalah dosa besar yang kedua. Jika sebelum 120 hari, ia harus menurut majoriti Ulama sedunia. Saya tidak pasti pengguguran wanita sekerja saudara itu dilakukan dalam kategori pertama atau kedua.
3) Berkenaan tiada anak, saya kira bukan anak yang saudara cari sebenarnya tetapi nafsu saudara yang bermasalah. Justeru janganlah lagi dijadikan alasan ‘dah kahwin lama tetapi tiada anak" untuk menjustifikasikan keterlanjuran keji itu. Zina adalah bukan penyelesai kepada tiada anak. Ia hanyalah sebenarnya tipu daya nafsu semata-mata.
4) Bagi saya, saudara perlu memujuk isteri saudara dan tunang saudara untuk berpoligami. Berdosa hukumnya bagi tunang saudara itu menuntut saudara menceraikan isteri saudara.
Setelah melakukan yang terbaik dalam memujuk kedua-dua mereka, saya kira saudara sudah sampai ke tahap WAJIB berkahwin lagi disebabkan nafsu yang sukar dikawal dan dikelilingi suasana zina. Tiada apa lagi yang mampu saudara lakukan terhadap bantahan isteri dan tunang saudara, kecuali mengabaikan bantahan mereka dan terus berpoligmai demi menjaga akhirat saudara dan mereka.
Si isteri sudah tentu tidak mahu suaminya berterusan menjadi penzina yang patut direjam sampai mati.
Tunang pula sepatutnya tidak boleh berterusan dalam pertunangan tergantung dan bakal jatuh dalam zina tanpa kawalan sewajarnya. Selaku wanita berpendidikan agam tuning saudara sepatutnya mengutamakan penjagaan agama dari mengutamakan emosinya semata-mata.
Saya kira, bertemu dengan ibu bapa kedua-dua mereka untuk meminta bantuan agar melembutkan kedua mereka agar bersetuju juga mampu mendatangkan kebaikan. Namun tidak perlulah anda mendedahkan perihal keterlanjuran anda dahulu. Anda juga perlu membuat telahan dan sedikit risikan terhadap sifat kedua ibu bapa mereka.
Akhirnya, mungkin ramai yang tidak sependapat dengan saya dalam hal ini tapi itulah pandangan yang sempat dan mampu saya coretkan dikesempatan yang ada.
Rakan-rakan pembaca lain bebas memberikan nasihat di ruangan komentar. Yang pasti, semua kita sedang cuba berfikir yang terbaik bagi mereka untuk kehidupan dunia dan akhirat mereka. Janganlah ada yang mencaci maki dalam ruangan yang disediakan.
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
12 Dis 2007
3 Zulhijjah 1428 H (Malaysia)
4 Zulhijjah 1428 H (Saudi)
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
salam ustaz,saya telah terlanjur dengan seorang perempuan dan perempuan itu telah mengandung 5bulan..setelah berbincang kami setuju berkahwin..tapi buat masa sekarang perkara itu belum diketahui oleh ibu bapa kami..
minta penjelasan apa yang patut saya lakukan dan bagai mana cara untuk saya selasaikan masalah ini dengan cara terbaik dalam islam..
terima kasih ustaz..salam
saya ingin minta nasihat..
saya telah terlanjur dan sekarang perempuan itu telah mengandung..saya dan dia bersetuju berkahwin tapi ibu bapa kami belum tahu keadaan ini..
jadi apa patot saya buat dan bagaimana??
harap pandangan ustaz..
terima kasih dan assalamualaikum
nk tahu ttg hadis nie,
Hadith Qudsi 33:
On the authority of Abu Hurayrah (may Allah be pleased with him) that the Prophet (peace be upon him), from among the things he reports from his Lord (mighty and sublime be He), is that he said:
A servant [of Allah's] committed a sin and said: O Allah, forgive me my sin. And He (glorified and exalted be He) said: My servant has committed a sin and has known that he has a Lord who forgives sins and punishes for them. Then he sinned again and said: O Lord, forgive me my sin. And He (glorified and exalted be He) said: My servant has committed a sin and has known that he has a Lord who forgives sins and punishes for them. Then he sinned again and said: O Lord, forgive me my sin. And He (glorified and exalted be He) said: My servant has committed a sin and has known that he has a Lord who forgives sins and punishes for sins. Do what you wish, for I have forgiven you.
It was related by Muslim (also by al-Bukhari).
adakah keampunan yang dicakapkan dalam hadith nie meliputi semua jenis dosa besar dan kecik atau hanya dosa kecik sahaja.
maaf ustadz, x jumpa translation bahasa melayu hadis nie.
saya nk tanya ustaz mengenai cerita orang berzina dtg mengaku kepada nabi tuh...ada yang mengatakan bahawa cerita ini mengajar org yang berkenaan walau x ditangkap berzina datang dan mengaku kepada pihak berkuasa untuk dihukum, benarkah begitu ustaz?
dan jika benar bagaimana dengan konteks malaysia hari ni, macam mana org yang nk dirinya d hukum ikut hukum hudud agar dosa dia dihapuskan tuhan,adakah ini bermakna sesiapa yg nk bertaubat tapi x akan dapat berbuat demikian?
wallahuallam.
saya nk tanya,saya belum kahwin lagi dan dulu saya pernah berzina dgn seorg pelacur di siam, kini saya dah bertaubat nasuha, cuma saya bersa bersalah pada allah, saya nk tahu perlukah saya menjalani hukum hudud rotan 100x untuk hapuskan dosa saya, dan jika begitu macam mana saya boleh dihukum.
amat memerlukan nasihat ustaz.
di sini saya mahu btanya kpda yng tahu... saya telah tlanjur bsetubuh dgn seorang llki yng kini telah mnjadi suami sya... selepas saya sedar akan dosa yng tlah sya lakukan sya trus bnikah dgn nya dan kini dya tlah mnjadi suami sya yng sah dan kami tlah d kurnia kan sorang anak llaki.. adakah dosa saya akan d ampunkan krana tlah mnghallalkan prbuatan trsebut??
UZAR : jika bertuabt bersungguh2 dan kesal atas kesalahan itu..InshaAllah Allah itu maha pengampun.
Ana seorang lelaki bujang yang terlanjur ke lembah zina dengan seorang janda beranak 1. ana benar? bertawbat dengan dosa ana lakukan, ana menyesal, insaf dan rasa diri ana amat hina.setiap waktu solat dan malam ana lakukan solat tawbat. Ana benar? insaf ustaz.
Soal ana untuk ustaz,
1.Apa perlu ana buat jika anak itu dilahirkan,apak ah tanggungjawab ana disini?
2.bagaimana harus berdepan ibu bapa ana, ana sebolehnya ingin bertanggungjawa b terhadap anak itu tanpa pengetahuan ibu bapa ana.
Ana pohon nasihat dan tunjuk ajar dari ustaz. Ana benar? insaf.
Sy kini sdg menjalin hubungan dgn seorg lelaki yg sy tahu kisah silamnya. Dipendekkan cerita, dia pernah hampir berzina dgn isteri org (saudara sendiri). Sy tahu tindakan sy utk mengambilnya menjadi tmn hidup adalah kerja gila. Tp sy yakin dia telah bertaubat sepenuhnya..n menyesali perbuatannya.
Soalan saya..
Perlukah dia berterus terang kpd suami wanita tersebut ttg perlakuan mereka sebelum ini sbg tanda bertaubat?
Terima kasih di atas perhatian ust.. Assalamualaikum
UZAR : Tidak perlu.
saya bukan la org yg mahir dalam hukum. tetapi apabila kamu mengatakan "bolehkah zina itu diampun dgn hanya bertaubat" itu tanda kamu sangsi pada Allah Azza wa Jalla.
Tiada yang mustahil bagi Allah untuk memaafkan hambaNya dalam apa jua keadaan. Bukan saya mengatakan "BOLEH" tapi jika Allah telah menyelamatkan kamu dari Hukum Allah (terlepas dari ditangkap) maka dengan segeralah bertaubat sebenar-benar taubat.
Ada cerita bahawa ada seorang telah berzina dan mengaku dihadapan Rasulullah dengan meminta bahawa jalankanlah Hukum hudud terhadapnya.Kerana tidak cukup syarat (saksi) untuk menjalankan hukum tersebut , Rasulullah hanya berdiam.. diminta lagi. Rasulullah ttp berdia,.. kali ketiga dia meminta barulah Rasulullah menjalankan hukum Hudud.
pelajaran didalam cerita ini ialah, apbila kita diberi peluang oleh Allah untuk bertaubat maka bertaubat la dengan bersungguh-sungguh taubat. Kerana Allah sahaja yang layak menghukum dan Dia sahaja yang layak memaafkan kesalahan itu.
Waallahualam..
Dah lama dah konfius dgn benda2 ni. Minta ust jelaskan
kita sebagai umatnya perlulah meneguhkan iman dihati serta menggunakan akal serta menggunakan ilmu yang telah diberikan olehnya untuk membuat keputusan yang bijak dalam hidup agar tidak mudah ditipu dengan godaan dunia yang amat mengasyikkan ini.
kepada sesiapa yang diluar sana yang sudah insaf ataupun yang belum sedar.........sedarlah segera dari lamunan atau mimpi2 palsu yang menjadi mainan syaitan&iblis untuk menyesatkan cucu cicit adam.dan ingat masih ada pintu taubat untuk kalian............
peringatan ini juga ditujukan khas untuk diri saya sendiri agar tidak terkeluar daripada landasan yang telah disyariatkan oleh ALLAH S.W.T........kepada umatnya yang begi2 kerdil dan hina......................
wassalam
Bila pengaruh pemikiran masyarakat yang berkiblatkan barat semakin berleluasa di kalangan anak-anak muda.
Inilah hakikatnya dunia akhir zaman..
Saya rasa nasihat dan teguran dari Saudara Zaharuddin adalah suatu yang amat baik dan berguna kepada setiap orang termasuk diri saya. Adakala kita sebagai manusia biasa akan tewas dengan pujukan nafsu dan syaitan termasuk keadaan sekeliling kita. Walau bagaimana pun janganlah kita putus asa dan buruk sangka dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Azzawajalla..wallahua'lam
dan siapa yang berani berdua-dua an dengan wanita yang bukan muhrimnya adalah berisiko besar ....
adakala nya terdapat juga wanita2 seksi yang cuba menggoda lelaki2 yang beriman...
wahai kaum wanita dan kaum lelaki....selitkan dalam DOA mu mudah-mudahan diri, keluarga..dan keturunan terselamat daripada dosa zina....insyaAllah
iman kita di ibaratkan seperti roda yang berpusing. kadang-kadang kita iman kita berada pada tahap yang tinggi dan kadang-kadang akan jatuh merudum.
juga boleh diibaratkan sepertiombak dilaut. kadang-kadang 'tinggi macam ombak tsunami' dan kadang-kadang mcm ombak yang mula-mula sampai ke bibir pantai.
untuk diriku dan saudara-saudara sekalian,kita kena ingat yang syaitan telah berjanji kepada ALLAH yang dia akan kacau,ganggu,ps iko iman anak-anak Adam dengan apa cara sekalipun. xdapat plan A buat plan B. plan B xblh plan C pulak dan seterusnya..
saya selalu teringat dengan pesanan ustaz saya, "sesungguhnya rahmat ALLAH itu turun kepada jamaah"..a'laikum bil jamaah..
jamaah yang macam mana?sudah pasti jamaah yang sentiasa berpegang pada prinsip amar makruf nahi munkar. secara praktikalnya bila kita hidup dalam keadaan berjamaah kita dapat berkongsi cerita,masalah, peluang dan sebaginya dengan ahli jamaah kita. jika kita berseorangan kita nak luahkan pada siapa?mm masa ini lah syaitan akan dekat dengan kita. mulalah fikiran,idea yang pelik-pelik.yang pasti idea syaitan ini semuanya kearah perkara-perkara yang mungkar!!
ngeri dan sadis sungguh melihat perkara yang berlaku pada saudara kita diatas. dan pasti diluar sana banyak lagi contoh-contoh yang lagi sadis dari kisah ini.
mudah-mudahan kita sentiasa dibawah rahmatNYA..ameen.
wassalam.
Khas kepada Saudara Aznan..
Saya sebagai orang awam yang tidak berapa tinggi ilmu agama nie rasa terpanggil dengan hujah yang saudara beri..semacam mengatakan sekiranya buat usaha dakwah (tabligh) akan lebih mudah terjerumus dalam kesesatan seperti kata saudara..
"Tapi biasanya ada yang membawa virus taksub dan takabbur, meremehkan orang lain dan aku sahajalah yang betul sehingga akhirnya hidayah yang di cari tapi virus ujub telah menyerangnya tanpa di sedari!"
Pendapat seperti begini sekiranya diambil kira pada ahli jemaah yang melakukan kesilapan memanglah benar..Tetapi adakah itu batu ukur untuk melihat usaha yang dibuat itu "tidak berapa betul"? Seterusnya menyebabkan saudara juga menjauhkan diri dalam usaha ini?
Soalan mudah dari saya..walaupun saudara semacam tidak begitu berkenan dengan usaha dakwah "tabligh", cara bagaimana yang dirasakan sesuai untuk menarik manusia dekat kepada Allah? Bagaimana pula dengan beribu sahabat-sahabat nabi yang lahir di mekah dan madinah tetapi kubur mereka berada di negeri China? Kubur meraka di alihkan atau apa? Bukankah dengan "keluar" menemui manusia semata-mata untuk islah diri sendiri di samping menyebarkan agama di seluruh alam? Nabi tidak sampai di Malaysia tetapi Alhamdulillah dengan adanya manusia yang mengorbankan diri, harta, masa di jalan Allah, kita semua dapat Islam..Jika sahabat-sahabat tidak "keluar", bagaimana pula orang malaysia dapat Islam?
Cara apa jua sekalipun, sekiranya tidak disertai dengan iman yang betul akan menyebabkan kita tersesat..Yang penting bagaimana kita dapat sesuatu perkara ikut cara Nabi S.A.W..
Wallahua'lam..
mencegah itu lebih baik daripada merawat. indahnya islam tatkala mana Allah dah bagi kaedah ini dalam al-Quran, untuk mengelak zina, "jangan kamu hampiri zina" inilah langkah pencegahan dr terjerumus ke arah penzinaan.
sebagai seorang isteri (tidak bekerja), saya tidak dpt menipu diri untuk tidak berasa risau langsung dgn suami-bukan bermaksud bersangka buruk cuma lihatlah keadaan disekeliling kita pada hari ini,
wanita pendedah aurat sesak berada di mana2 saja yang boleh dilihat secara percuma tanpa bayaran. pernah suatu hari, semasa berjalan2 dgn suami di sebuah supermarket, tiba2 entah dr mana datang berjalan di depan kami dua wanita melayu yang memakai baju sendat dan jeans ketat yang terlondeh.
Bayangkan perasaan saya waktu itu, rasa geram sangat dgn wanita tersebut. saya pegang tangan suami dan tarik dia ke depan.
sebagai seorang isteri, kita punya peranan sebagaimana suami dalam masalah untuk saling tolong-menolong meningkatkan keimanan dan ketakwaan.
Jika suami wajib membimbing isterinya ke arah jalan yang benar, sebagai isteri kita juga seharusnya ada inisiatif untuk berbuat perkara yang sama terutamanya dalam menyelamatkan suami daripada terjerumus ke lembah maksiat.
Alhamdulillah, kami berdua aktivis dakwah namun begitu masih takut terjebak dgn maksiat hati dan zina mata. Justeru itu, kami mengambil keputusan untuk tidak memiliki TV kerana siaran TV tidak menambah keimanan bahkan menambah dosa. Pernah suatu hari kami makan di sebuah restoren yang memasang siaran astro. semasa iklan, terkejut saya apabila tiba2 keluar perempuan mat salleh berbikini.
Dalam hati, macam mana la orang2 lelaki yang saban hari dok tengok astro. Isteri dia tak cemburu ke bila suami tengok aurat wanita selain dari dirinya?
Kepada yang sudah terjebak dengan zina, bertaubatlah, jika kita punya ilmu agama sekali pun, tapi tidak diamal ia ibarat pohon yang tidak berbuah. Anda mudah terangsang dan nafsu tidak dpt dikawal kerana anda sendiri yang membajainya. Sebenarnya kita dapat mengawal nafsu liar tersebut dengan kaedah pencegahan dalam islam.
Sibukkan diri dengan aktiviti dakwah dan jangan dedahkan nafsu dengan hidangan maksiat yang menyelerakan insyaAllah akan mengekang dan dapat menjinakkan nafsu yang liar. Bila kita sudah sibuk dengan aktiviti dakwah, kita akan dapat hiburan baru yang mententeramkan hati seperti berukhuwwah, kemanisan iman, tilawah al-quran, tahajjud, kawan yang soleh, ilmu yg bermanfaat dan paling tinggi ialah cita2 memburu syahid. Semoga Allah menyelamatkan kita semua daripada terjebak dgn dosa2 besar dan kecil..amin. wallahu'alam.
sahabat2 ku umpama bintang di langit, sesiapa yang mengikuti salah seorg di antara mereka pasti dan pasti akan berjaya...
RSS feed for comments to this post