Lelaki & Wanita Guna Istikharah Untuk Paksa Kahwin

Guna Istikharah Untuk Paksa Kahwin

  • PDF
(27 votes, average 4.74 out of 5)

Guna Istikharah Untuk Paksa Kahwin

Salam ustaz.

Dulu saya pernah berkawan dengan seorang lelaki dan akhirnya putus, walaubagaimanapun, lelaki tersebut tidak berpuas hati dan mengatakan dia telah melakukan istikharah dan dia pasti saya adalah teman hidupnya dan mengatakan sekiranya saya berkahwin saya mungkin akan bercerai atau suami saya akan mati dan akhirnya saya tetap berkahwin dengan dia (adakah lelaki ini berdosa cakap macam tu).

Saya agak risau pada mulanya kerana bila saya istikharah saya tak nampak apa-apa (mungkin tidak khusy' atau tak tau laa) sehingga saya jadi ragu-ragu.

Sekarang saya telah berkahwin dengan lelaki lain (suami saya sekarang) dan saya berharap hubungan kami berkekalan hingga akhir hayat.

Minta pandangan ustaz, adakah lelaki itu "jahat" kerana menggunakan alasan istikharah untuk memaksa orang mengahwininya.

- melalui ruangan komentar-

JAWAPAN UZAR

 

Nak Kahwin?1) Perlu fahami konsep istikharah terlebih dahulu. Boleh baca juga jawapan saya berkenaan istikharah di sini. Antara yang perlu difahami adalah, bagi mendapat tanda yang benar, setiap individu yang ingin melakukan istikaharah ini mestilah memberishkan niat dan hatinya dari sebarang pilihannya SEBELUM melakukan istikharah ini. serta benar-benar berniat bahawa ia akan menerima apa sahaja pilihan yang akan didapatinya dari istikharah tadi. Demikian pendapat majoriti ulama.

Ringkasnya, dalam sebuah hadis sohih menyebut :-

كان رسول اللَّهِ يُعَلِّمُنَا الِاسْتِخَارَةَ في الْأُمُورِ كما يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ من الْقُرْآنِ يقول إذا هَمَّ أحدكم بِالْأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ من غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ اللهم إني أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ من فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ ولا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ ولا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ اللهم إن كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هذا الْأَمْرَ خَيْرٌ لي في دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أو قال عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاقْدُرْهُ لي وَيَسِّرْهُ لي ثُمَّ بَارِكْ لي فيه وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هذا الْأَمْرَ شَرٌّ لي في دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أو قال في عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عنه وَاقْدُرْ لي الْخَيْرَ حَيْثُ كان ثُمَّ أَرْضِنِي به قال وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ

Ertinya : Adalah Rasulullah s.a.w mengajar kami melakukan istikharah (meminta petunjuk) sama sepertimana mengajar kami surah-surah Al-Quran. Apabila seseorang kamu mempunyai sesuatu hajat hendaklah dia solat solat dua raka'at dan kemudian berdoa ( dengan doa yang diwarnakan merah di atas)" ( Riwayat Al-Bukhari, no 1109, 1/391)

2) Ugutan si lelaki adalah salah dan mendedahkan kelemahannya. Ia juga tergolong dalam hal yang ditegah oleh Islam. Dimana Islam menegah umatnya untuk menakutkan dan mengugut yang lain.

Dalam sebuah hadis menyatakan :

كَانُوا يَسِيرُونَ مع النبي فَنَامَ رَجُلٌ منهم فَانْطَلَقَ بَعْضُهُمْ إلى حَبْلٍ معه فَأَخَذَهُ فَفَزِعَ فقال رسول اللَّهِ لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا

Ertinya : Para sahabat Nabi berjalan (jauh) bersama Nabi saw, lalu seorang dari mereka tidur, sebahagian mereka mula mengambil tali (lalu mengikatnya) dan mengejutkannya (menakutkannya), baginda mendengarnya lalu berkata : "Tidak halal seorang Muslim untuk menakutkan seorang Muslim yang lain" (terjemahan berdasarkan huraian kitab Mirqat Al-Mafatih, 7/103)

Di dalam kitab 'Aunul Ma'bud syarah Sunan Abu Daud, dalam menghuraikan hadis di atas mengatakan tidak halal seseorang mempermainkan rakan yang lain samada dengan niat gurauan, menakutkan dan lain-lain. Al-Munziri pula tidak memberikan sebarang komen tentang taraf hadis ini ('Aunul Ma'bud, 13/236)

Kesimpulannya, perkataan-perkataan yag digunakan oleh lelaki tadi pada hemat saya adalah tergolong dalam kategori ini. Selain itu, ia juga salah kerana berbentuk ramalan berdasarkan tanda istikharahnya semata-mata, malah tanda ini juga mungkin boleh disilapfahamkan jika hati sudah berat sebelah.

3) Ye semoga rumahtangga anda bahagia dan jangan terpengaruh dengan ‘ugutan' tidak langsung lelaki tersebut.

4) Perlu difahami bahawa tanda istikharah lelaki A (sebagai contoh) berkemungkinan menunjukkan wanita B adalah sesuai dan baik untuknya. Namun istikharah wanita B, menunjukkan lelaki A tidak sesuai untuknya. Ia kerap dan boleh berlaku. Justeru, jangan merasa pelik, jika anda mendapat tanda yang baik, tetapi bakal pasangan anda mendapat tanda sebaliknya, kesimpulan jika mendapat tanda sedemikian adalah, anda berdua tidak sesuai.

Akhirnya

Dinasihatkan dalam sebuah athar :

ما خاب من استخار ولا ندم من استشار

Ertinya : Tidaklah rugi sesiapa yang beristikharah ( meminta petunjuk) dan tidak menyesal mereka yang bermesyuarat ( Al-Awsat, At-Tabrani, 6/365)

Ibn Taimiyah ketika menghuraikan atahar di atas menyatakan

ما ندم من استخار الخالق، وشاور المخلوقين، فقد قال تعالي: وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ

Ertinya : Tidak menyesal barangsiapa yang beristikharah kepada penciptanya ( Allah), dan bermesyuarat ( meminta pendapat) dari makhluk ( rakan-rakan dan mereka yang berpengalaman), dan Allah telah berfirman  ertinya : Dan dalam urusan mereka itu mereka bermesyuaarat, dan apabil akmu telah berusaha, bertawakkal ( berserah) kepada Allah swt"

Justeru, amat elok untuk mengabungkan istikharah dengan berbincang dengan mereka yang lebih berpengalaman, pendapat mereka yang berpengalaman itu sebenarnya adalah salah satu dari tanda istikharah. Seorang ulama salaf berkata :-

من حق العاقل أن يضيف إلى رأيه آراء العلماء، ويجمع إلى عقله عقول الحكماء، فالرأي الفذّ ربما زلّ، والعقل الفرد ربما ضلّ

Ertinya : dari hak seorang yang beraqal lagi bijak itu adalah menambahkan nilai pendapatnya dengan pendapat para ulama, sehingga bergabung pendapatnya dengan aqal (minda) para ahli cerdik pandai, maka pendapat secara berseorangan berkemungkinan tergelincir, dan minda berseorangan mungkin akan tersesat" ( Al-Madkhal, 4/41)

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

22 Feb 2008



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #59 hati dia kosong tibe2??insan keliru 2012-04-15 08:53
sy perempuan, sudah bertunang, kemudian tibe2 tunang sy cakap, hati dia kosong,sudah tidak rase perasaan pada sy.. sy ade mnyuruh dia solat hajat dan istikharah.. tapi andai dia dapat ptunjuk adalah sy dan masih dengan hatinya yang rase kosong.. apekah maksudnye? sy telah bermohon pada allah, 2hari berturut2 sy melakukan hajat dan istikaharah, dia yang sy nmpak... sy berusaha nak baik, nak pupuk rse syg itu, tapi masih dia cakap tak rase pape.. kami berjauhan,dia keje malam, sy keje pagi... jumpe pn sgt jarang... yg sy pelik nape dia langsung tak nak usaha untuk hati nye, pokok akan tumbuh semula,kalu kiter letak baja... bolehkah ustaz berikan pendapat situasi saya??
Quote
+1 #58 keliruhambaAllah 2011-12-07 23:18
Salam, saya ada mempunyai teman wanita dan saya ada merancang untuk berkawin, namun teman wanita saya telah dirancangkan oleh keluarga beliau untuk berkhawin dengan seseorang atas pilihan keluarga. Mereka akan bertunang dalam pada hujung dua belas ini. Apakah tindakan yang patut saya lakukan?
Saya penah mendengar kuliah sekiranya perkhawinan tersebut tidak memerlukan kebenaran anak sekiranya dijodohkan dengan ibu dan bapa sendiri. betul ker??
Quote
0 #57 istikharah seorang penzinaainul mardhiah 2011-04-16 01:00
sy prmpn A jatuh cinta dgn lelaki B. pd masa yg sama, lelaki B berkwn baik dgn prmpn C.krn keliru, utk mmbuat pilihan,kami bristikharah. stelah itu B nmpk C dlm mimpinya.begitu jgk C. tp, hatinya tetap mmilih sy. akhirnya die mmbuat kptsnn mmilih sy. stlh brcinta bbrp thn..kami brzina....kmdian C masih lg cuba mendptkan B. kini B kembali konfius sama ada brtggjwb trhdp sy..@ brkahwin dgn C yg dia nmpk dlm istikharahnya selama 3 kali. dlm konteks ini, yg mn lebih berat & disukai Allah? B brtggjwb @ memilih C krn mimpinya??

sy,A dan B, tidak lg melakukan zina.sebaliknya, kami lbih bnyk brdiam di masjid untuk mendptkan ketenangan dan perkuatkan iman.krn, adakalanya kami lalai [tetapi bukan lalai dgn berzina kembali!]saya,A juga byk brubah kpd kebaikan, krn doa saya setiap hr adalah agar Tuhan mmberi ikhsan pd sy,dg menjodohkan sy dgn B serta Tuhan mnjdkn sy isteri yg trbaik buatnya..
Quote
0 #56 Minta pandangan..hamba ALLAH 2011-01-26 17:13
Salam ustaz..

Sy seorg lelaki dan mempunyai seorang teman (kami sudah berkenalan selama hampir 8 tahun)..dan pertemuan awal kami sering kali berlaku tanpa dirancang..dan setelah berpuluh kali bertemu tanpa dirancang dengan Izin Nya..sy anggap bahawa beliau (bakal isteri saya) itulah jodoh saya..akhirnya kami berkenalan dan..kami merancang untuk berkahwin dalam tempoh terdekat..tetapi perkahwinan kami dihalang (seluruh keluarga termasuk neneknya) atas alasan sy bukan dari keturunan Syed/Sharifah..Mohon pendapatan ustaz..adakah benar jika sy berkahwin dengan teman sy ini..maka apabila dia (bakal isteri) mati kelak, akan dihalang oleh Saidina Fatimah daripada memasuki Syurga Rasulullah kerana memutuskan nasabNya..mereka mengatakan ianya berdasarkan dari satu hadith..ALLAH..terlalu pahit untuk saya telannya..mohon pendapat tuan..Kami merancang untuk kawin lari..walaupun tahu akibatnya..tetapi kami merasakan inilah ujian ALLAH untuk umat Nya..
Quote
+3 #55 khitbahkhairi 2010-12-24 11:09
slm,saye ingin penjelasan ust,tntg nikah khitbah,,sbb situasi pelajar uia skrg ni,bising dgn nikah khitbah, ade yg mmberi pndpt,nikah khitbah ni pabila ade keinginan tanpa kemampuan..boleh ust jelaskn?
kemudian,,apaka h solusi bg seorg lelaki yg inginkn perempuan itu,tp dlm mase yg same die merasekn ketidaklayakann ye utk mnanggung permpuan itu pd mase hdpn..apakah khitbah satu solusi,hanya utk mengelakkan dri permpuan itu dinikahkan dulu oleh org lain..takut trlepas..minta ust explain,,syukra n.
Quote
0 #54 lelaki dipaksa kahwin tanpa persetujuan darinyahamba yang keliru 2010-12-04 13:32
salam
,ustaz mohon pandangan dr ustaz
..mcm mne jika seseorang lelaki itu dipakse kahwin dgn plihan ayahnye tnpa persetujuan dr die.. adakah die tak de hak utk menolak pilihan ayhnye itu..krn die tak pnh mengenali prempuan itu..dan die tidak yakin dpt m'bhagiakan perempuan itu nanti sdgkan die m'pnyai pilihan hatinye sndiri..adkh die akn dikatakan ank derhaka jika die tdk b'khwin dgn prempuan itu... apa yg perlu die lakukan supaya die ayah die fham yg die tk bleh b'khwin dgn prempuan krn die menyanyangi org lain. adkh seorng bapa ada hak dlm memaksa ank lelakinya berkahwin dgn org yg tidak die suka atau sayang..apa yang perlu dia lakukan supaya ayahnya memahami akan dirinya dan tidak menganggap die anak derhaka..perlukah die memberitahu bakal isterinya itu yang dia telah mempunyai pilihan hatinya??

tlg ustaz bantu sy
Quote
0 #53 mohon shareaza 2010-12-04 01:38
Assalamualaikum ..mohon izin untuk share ye ustaz..untuk peringatan bersama
Quote
0 #52 Ingin BertanyaNur 2010-10-04 20:10
Salam Ustaz,

Saya ingin bertanya, jika hendak melakukan solat istikharah, memang ada doa yang khusus untuk solat itu ker? ataupun kita boleh berdoa dengan cara sendiri? Minta Ustaz jelaskan lebih lanjut ini kerana saya bila saya membaca buku fardhu ain, ia telah tercatat doa yang sepatutnya kita baca setelah selesai istikharah. sekian terima kasih
Quote
0 #51 Solat IstikharahLiza 2010-07-28 20:59
Assalamualaikum Ustaz,
Apakah ini petunjuk dariNYA?
Sy mengenali seorg lelaki melalui internet dan sepjg perkenalan lelaki ini telah mengakui menyayangi sy dan menyintai sy tetapi sy hanya menganggapnya sbg seorg kwn dan adakah sesuai status sy ibu tunggal untuknya org bujang sptnya, bolehkan dia menerima sy seadanya. Kemudian dia mengatakan bhw dia akan solat istikharah sbyk 3 kali dan jawapan atau petunjuk yg dia dpt adalah selama 1mggu dia melihat wajah sy.
Setelah itu sy ada 1 perasaan bhw sy dh mula menyukai dan menyanyanginya dan sy tdk dpt melupakannya.
Sy jg cuba melakukan solat istikharah pd mlm rabu utk sy mengetahui bhw adakah perasaan ini benar dan dtgnya dari Allah atau hanya mainan perasaan. Keesokannya sy telah terbuka account internet yg telah sy tutup dan di wall lelaki ini penuh dgn kata syg dan cinta kpd perempuan2 di wallnya. Pd masa itu perasaan sy berkecamuk dgn pelbagai lg perasaan, cemburu, malu, ragu2 dan sedih yg tak terhingga.
Apakah sebenarnya petunnjuk ini? Adakah sy bkn ditakdirkan untuknya? Adakah itu petunjuk dariNYA?
Quote
0 #50 keliruIntan 2010-07-22 22:31
ustaz,
adakah benar petunjuk selepas melakukan solat istikharah?
contohnya, Saya telah berzina dgn 2 orang lelaki lalu bertaubat. Tapi saya telah mengandung dan tidak mengetahui siapa ayah kepada anak saya lalu saya melakukan solat istikharah untuk di beri petunjuk siapakah ayah kepada anak itu dan di masa yg sama saya berdo'a supaya jodohkan saya dengan ayah kepada anak ite.

terima kasih.
Quote
0 #49 kelirukk 2010-07-03 02:30
salam ustaz..saya pohon bantuan nasihat..apakah yang patut saya lakukan..saya n bf saya sudah merancang utk bkahwin, saya telah menemui keluarganya dan saya juga telah mbawa dia pergi bjumpa keluarga saya..alhamdulillah keluarga saya menerimanya dgn bsyarat selepas bkahwin bf saya mesti bpindah bkerja di semenanjung, manakala syarat bg pihak keluarga bf saya pula menetap di s........ saya keliru antara dua..saya tertekan..bf saya mgatakan ''isteri mesti mngikut suami''..saya akui..tp keluarga saya tidak benarkan saya mngahwininya jika bf saya tidak memenuhi syarat keluarga saya..apakah yg harus saya lakukan?saya tersepit..saya tidak mahu putuskan hubungan semata2 ''org jauh''
Quote
0 #48 hukum paksa kahwinHamba ALLAH 2010-04-03 22:30
salam ustaz,

bagaimana hukumnya sekiranya pasangan itu dipaksa kahwin dalam keadaan:-
1)tidak suka dengan tidak suka
2)kerana perjanjian kedua ibu bapa untuk mengahwinkan anaknya
3)kerana nazar
4)kerana berniat untuk memelihara adat/pangkat
5)tidak direstui oleh kedua ibubapa
6)kerana difitnah
Quote
0 #47 Berdosa ke berkawan ngn tunang org?cahaya 2010-03-25 00:36
Ustz, berdosa kah berkawan ngn tunang org?
Ade seorg lelaki yg dh bertunang nak kn saya, berdosa ke? boleh ke mcmtu? x baik ke lelaki mcmtu?
Quote
0 #46 keliruNora 2010-01-28 06:11
Salam ustaz..

setahun yang lepas saya putus dengan teman lelaki saya.sepanjang tahun ni,saya ada melakukan istikharah.Pada suatu hari tu,saya ada mimpi seorang jejaka yang tidak di ketahui paras rupanya tapi hanya mengetahui nama dalam mimpi tu.Nama tu tak sama dengan bekas kekasih saya.Dan nama tu juga pernah menjadi dalam sejarah Islam.Masalahnya waktu ni,hati saya semakin cenderung dengan bekas kekasih saya.Kami masih berkawan sesama muslim.Dia ada juga selalu beri nasihat.Saya memang sudah berusaha untuk melupakannya tapi semakin hari hati saya semakin kuat mengatakan dia jodoh saya.Saya jadi keliru.Adakah nama itu sebagai petunjuk?atau adakah kecenderungan hati sebagai petunjuk?
Quote
+2 #45 Adakah istikharah ini benar @ x??Atie 2009-10-25 00:04
Saya telah melakukan solat istikharah untuk mengetahui bahawa adakah dia jodoh saya.

Setelah 3 kali melakukan solat istikharah, akhirnya saya termimpi saya, dia dan seorang bayi yang didukung olehnya di sebuah taman.

Semasa saya melakukan istikharah tersebut, saya yakin saya melakukan dengan keadaan tenang dan tidak memikirkan mengenainya kerana sering berlaku perselisihan faham sehingga saya memutuskan untuk memohon pertunjuk dari Illahi.

Saya ragu-ragu mengenai mimpi tersebut, namun selepas sehari selepas saya bermimpi perkara tersebut, dia pula bermimpi bahawa wanita yang ada di dalam hidupnya selain saya mempunyai orang lain. Saya menjadi berbelah bahagi disebabkan selepas dia melanjutkan pelajaran ke luar negara. Saya sentiasa berdoa dan melakukan solat hajat supaya Allah menunjukkan kebenaran kepada kami berdua. Supaya kami tidak lagi tersalah dalam membuat sebarang keputusan.

Selain itu, beberapa hari yang lepas saya ada membaca cara melakukan istikharah diman mengira sesuatu. jika hasil kiraan tersebut ganjil ianya membawa maksud yang tidak baik dan sebaliknya. terdapat juga cara menulis nama di atas kertas dan saya melakukan menulis nama di atas kertas. Terdapat 2 nama yang ditulis oleh saya dan 1 kertas kosong (petanda bahawa saya belum menemui jodoh saya). Setiap nama tersebut saya buat 7 keping, maka jumlahnya 21 keping. Semasa mengambil kertas tersebut yang diletakkan di bawah sejadah selepas solat istikharah saya mendapat nama lelaki yang sama di dalam mimpi saya.

Oleh itu, saya ingin bertanya kepada ustaz samaada mimpi dan cabutan yang saya alami dan buat itu hanyalah permainan syaitan ataupun petunjuk daripada Allah...Adakah saya patut melakukan solat tersebut beberapa kali lagi??Saya harap ustaz dapat membantu saya. Terima Kasih :-)
Quote
0 #44 PILIHAN MANA YANG TEPATKHAIRUL ANWAR 2009-10-18 07:52
terima kasih kerana wujudnya isu istikharah ini menyuntik saya untuk berkongsi masalah. saya sekarang ini dalam dilema untuk memilih dua orang perempuan sebagai teman hidup. kedua2nya adalah belajar di tempat yg sma dgn saya. ada desas desus yang mengatakan Si A tidaklah begitu baik kerana pernah berteman dgn lelaki lain, sehingga melakuakan perkara yg tidak elok tapi tidak membawa kepada zina, dan dia sudah wassalam dgn lelaki tersebut. si B pula seorang yg sukar difahami. dgr kata dia jg sedang di 'usha' oleh seorang ustaz. tp bila pk balik, hati saya lebih terarah kepada si A kerana sikapnya yg suka mengambil berat dan kerana niat saya untuk meyampaikan dakwah. namun hati saya masih tidak mampu untuk menyampaikan hasrat untuk memilihnya sebagai teman hidup kerana dibimbangi berlaku masalah dan was-was dgn apa yang diperkatakan kawan. jadi minta UZAR berikan saya jalan yg terbaik menghadapai masalah ini.
Quote
0 #43 masalah...kaitoe 2009-08-26 08:40
salam uzar..kat sini ada sedikit soalan yang nk ditanya..apa hukum seoarang prmpuan tu letak gambar mereka dalam contoh;myspace, friendster,face book..dan apa nasihat terbaik untuk mereka itu...syukran..

UZAR : saya telah tuliskan bab ini di artikel tajuk "nasihat buat pemilik blog dan forum" cuba cari di senarai artikel bahasa malaysia
Quote
0 #42 bantu sy..yg naif.. 2009-08-25 01:25
salam uzar..sy nk ajukan satu soalan kpd uzar...uzar,adakah jodoh itu boleh diubah dengan berdoa..?

UZAR : JODOH itu terubah dengan doa kepada jodoh yang lain juga.. tiada masalah.
Quote
0 #41 jodohoren 2009-08-02 01:49
Assalamualaikum ustaz

Ustaz saya baru putus cinta baru-baru ini. dan saya sekarang dalam kesedihan. Teman lelaki saya dipaksa emaknya supaya berkahwin dengan sepupunya. Sedangkan dia terlalu sayangkan saya. Tetapi dia mengambil keputusan mengikut cakap mak dia. Ini cerita saya..

Sebelum saya putus dengan dia, saya ada kenal seorang kawan. Dia pandai melihat persamaan nama kita dan pasangan kita. Bila dia matchkan nama saya dengan teman lelaki saya, dia cakap 50-50..teman lelaki saya berbelah bahagi. Jadi dia minta saya terus berusaha dan berdoa. Kemudian dia ade suruh saya jampi dekat air dan minum selama 4hari air tersebut. Dia cakap kalau saya buat..saya akan link dengan hati teman lelaki saya untuk melihat samada teman lelaki saya ada perasaan dengan saya atau tidak. Selepas 4hari saya rasa jiwa kosong. Kemudian dia mengatakan teman lelaki saya sebenarnya dah tidak memilih saya,tetapi emak dia. Keesokkan harinya teman lelaki saya menhantar sms bahawa dia terpaksa memilih emaknya bukan saya.

Soalan saya.
1)Adakah allah telah memberikan petunjuk pada saya bahawa dia bukan jodoh saya? Adakah saya boleh terus berdoa supaya jodoh saya ialah teman lelaki saya?
2)Apa yang perlu saya lakukan dimana kawan saya itu mengatakan jodoh saya lambat lagi. adakah boleh saya percaya?

UZAR : pertamanya saya takziah atas putusnya cinta sdri itu, dan tahniah kerana cinta sblm kahwin lebih banayak membawa maksiat dan kebaikan.

keduanya : sdri perlu bertaubat sebeanr2nya kepad aAllah kerana telah melakuakn perkara syirik apabila mempercayai tukang tilik bomoh melalui nama dan mpercaya juga sehingga mengamalkan amalan syirik yang diberikan.

Tiga : Segala dakwaan dia jodoh sdri atau bukan adalah tidak boleh dipakai. Jika benar dia berkahwin sekalipun dgn wanta lain, tidak mustahil sdr masih lagi jodohnya iaitu sebgai isteri kedua, tiga atau empat atau isteri selapsa 20 tahun lagi. Semuanya ketentuan Allah dan tiada siapa boleh meramalknya.

sila baca jawapan lengkap di artikel khas tentang soalan sdri
Quote
0 #40 bantu ana...yang merana... 2009-07-15 09:45
slm ustaz..sy ingn ajukan atu mslh rumit sy pd ustaz..hrp ustaz dpt beri doronagn yg terbek untuk sy..sy knl seorg pompuan slme 1 thun..mule2 hbgn berjln lncr..kami xprnah dating..dye seorg yg bek tp sosial skit..sy slalu tegur dye berkaitan dgn pemakaian dye..tp dye ssh skit nk ikut..stu hari kami gaduh..dan pd waktu gaduh tu..dye tlh crtekan sgle2 nye..bhwa antra kami wujud insan k3..sy ckp terluka..sy cube lupakan dye,tp xdpt..sy terlalu sygkan dye..wlaupun hati sy terluka,tp perasaan sy x berubh..sy mmg bercita2 nk ambik dye jd teman hdp sy yg sah stu hari nanti..sy selalu bserdoa agr dye dijodohkan dgn sy..sy nk mtak bantuan ustaz..hati sy terlalu ykn bhwa sy skn mmlki dye..klau nk buat solat istikharah mmg dah xblh sbb hati sy terlalu enderung terhadapnye..sy nk mitak tlg ustaz bg sy toriq terbek untuk sy sgr sy xmerana kemudian hari..


UZAR : Maaf kerana saya tak baca habis tulisan saudara kerana sdr sendiri terlalu malas menulis. Pening membaca tulisna dengan bahasa ringkasan yang pelik sebegini.
Quote
0 #39 ....hamba Allah 2009-02-22 21:24
Assalamualaikum ....saya ingin bertanyakan satu soalan berkaitan dengan solat istikharah...Baru-baru ni saya ada melakukan solat istikharah untuk memohon petunjuk berkaitan dengan jodoh.. Pada malamnya saya bermimpi seseorang.. Pada mulanya saya tidak nampak wajahnya cuma dalam hati saya, saya yakin siapa orangnya.. Malam keesokkannya tanpa melakukan solat tersebut. Saya didatangi semula mimpi tersebut sehingga saya dapat melihat wajahnya dengan lebih dekat. Adakah ini satu petunjuk bahawa dia adalah jodoh saya atau ini hanya sekadar mainan tidur.
:-?
Quote
0 #38 NikahNur_89 2009-02-11 21:54
salam.... sy nk tanya... apa sbnrnya nikah khitbah? apa syarat-syaratnya? dan apa hukumnya dlm Islam?

UZAR : Khitbah dalam islam bermkasud tunang. Apapun abaikan persoalan ini krn di Malaysia sebarang jenis nikah khitbah adalah tidak dibenarkan
Quote
0 #37 duitzul 2008-11-24 17:48
sy nk kawin,,,duit xder..dh bnyak keje yg dbuat,tp masih xckup,leh pinjam cket.
Quote
0 #36 Luqman Al-Hakim 2008-11-21 12:56
Salam Ustaz,
Saya sering lakukan istikharah moga diberi petunjuk untuk memilih jodoh.Namun,sehingga hari ini..saya tidak pernah bermimpi atau mendapat alamat apa pun.Saya yakin Tuhan mungkin ingin bagitau sesuatu kpd saya tp dlm keadaan yang berbeza(agaknye ler) :D
Sampai suatu tahap saya rasakan, mungkin kalo sy kahwin dgn sesiapa pun...kesudahannya tetap akan baik dan barakah, sekiranya niat saya berkahwin itu mmg baik..mungkin la kot... :P
apa pon saya yakin Tuhan tetap akan tunjukkan jalannya nnti..AMIN
Quote
0 #35 ibuGuest 2008-11-14 23:26
sah tak akad nikah mase perempuan tu mengandung 8 bulan?....kena akad nikah semula ke atau tidak perlu....
Quote
+1 #34 dania 2008-11-05 06:46
assalamualaikum uztaz..

(Tulisan anda dipadam kerana terlalu banyak menggunakan ringkasan sehingga kelihatan sangat hodoh pada pandangan mata dan memeningkan)
Quote
0 #33 reena 2008-10-20 11:33
ustaz, saya ada pilihan hati tapi ibu bapa saya tak stuju..perlu ke saya buat istikharah..

UZAR : Knp ibu bapa tak setujju? jika bukan sebab agama..pujuklah ibu apa dahulu, jika berjaya barulah istikharah, jika tidak..lupakan sahaja istikharah.
Quote
0 #32 balqis insyirah 2008-10-09 08:57
assalamualaikum w.b.t ustaz..
sy nk bertanya dan minta pandangan ustaz..
saya berkawan dengan seorang lelaki nie walaupun sy tahu kami slah coz couple dlm islam tue haram tp sy da terlanjur suka dia..memula hubungan kami baik tp lame2 sy terpk nk putuskn hubungan ini coz sy takut bla bc2 yg couple tue haram saya cube wat solat istikharah sume lme2 hubungan kmi jd jauh..mungkin salah satu petunjuk agknya...tp smpi sekarg kmi still berhubung ag masing2 xpernh ckp nk ptus.
n dlm istikharah sy d pohon temukan sy dengan seseorg yg bek untuk agama sy, dunia sy, keluarga sy..n akhirnya sy xknl seorg pemuda nie dia masuk merisik sy..berkali2 wat istikharah hati sy ttp untuk lelaki yg sya xknl nie..tp sy rasa cm sy xnk kt dia j...p yg perlu sy wat yer..sy buntu..
tp dri sy dgr2 lelaki yg merisik saya nie baik pekertinya..bekerja bgus dan dtgnya dri keluarga yg berada..sy rasa sy xlyk untuk dia coz sy dtg dri keluarga yg biasa2 sje klo nk dibndgkn dgn dia...ape yg perlu sya buat..trma dia atau tolak pinagannya n tunggu lg kekasih sy...
Quote
0 #31 Guest100 2008-09-15 13:58
Ustaz, sy ada masalah dgn pilihan hati, ada seorg lelaki, kwn lama sy, amat suka kat saya, sy tak berapa suka dia, tp sy bg peluang kpd dia sbb peribadinya yg baik dan sy tahu dia dpt membimbing sy, dlm masa yg sama sy berkawan dgn seorg lagi kwn lelaki, dia seorg yg lbh berpendidikan dr lelaki pertama td namun dr segi fizikalnya, sy tak berapa suka, dia kurus dan sy pn kurus. Tiap kali sy berpikir ttg jodoh sy, dia pasti hadir dlm perkiraan sy. Tp skg dia jauh dgn sy, dia sdg melanjutkan pelajaran di luar negeri, sdgkan lelaki pertama td dekat dgn sy,sy tak tahu nk buat ape, kalau ikutkan, sy lbh sukakan peribadi lelaki pertama td, tp sy tak berapa sukakan dia mcm sy sukakan laki yg kedua td, hmm..ape perlu sy buat? Ikutkan hati sy, mmg sy nk hati sy suka kat lelaki pertama td, sampai rs nk buat sembhyg hajat supaya Allah bukakan hati sy utk laki pertama td, tp tulah, kita tak tau adakah dia yg terbaik utk sy, Allah lbh mengetahui, manalah tau, yela, sy merasakan laki pertama td lbh sesuai utk sy, tp rupa2nya laki kedua yg lbh sesuai, hmm...macamana ni,buntu sy dibuatnya..
Quote
0 #30 mukminah solehah 2008-06-13 15:40
dulu kawan saya ada ajar buka helaian Al-Quran ni...saya tanya bolehkah...dia kata ye...saya buatlah...mmg ada yg betul...tp sy x sedap hati...sy mohon Allah tunjukkan...sy asyik dpt ayat..JGNLAH KAMU SEKUTU KAN ALLAH..sy takut...pastu saya terbaca..ia termasuk dlm bertenung nasib dan melekakan...please don't do this
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 79 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Lelaki & Wanita Guna Istikharah Untuk Paksa Kahwin