Lelaki & Wanita Status Darah Sebelum Bersalin

Status Darah Sebelum Bersalin

  • PDF
(11 votes, average 4.64 out of 5)

Status Darah Sebelum Bersalin

oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

Soalan

Jika seorang wanita sudah hampir bersalin, lalu terkeluar darah sebelum bersalin. Bolehkah ustaz jelaskan apakah jenis darah yang keluar itu, adakah ia darah haid atau nifas? Saya keliru kerana sudah tentu jenis darah akan berikan hukum berbeza. Terima kasih uztaz.

Jawapan Uzar

Ulama berbeza pendapat dalam menentukan jenis darah yang keluar itu, seperti berikut :-

wanita, darah dan bunga
 

Mazhab Hanafi & Hanbali  : Ia adalah darah istihadah. Justeru solat masih wajib.

Sebahagian ulama Hanbali : Ia adalah darah nifas jika keluar sehari atau dua hari sebelum melahirkan anak. Jika demikian bermakna, tidak lagi wajib puasa (jika pada bulan Ramadhan) dan solat.

Mazhab Syafie : Ia adalah darah haid dari sudut tidak perlu solat, puasa dan haram untuk digauli suaminya.

Mazhab Maliki : Ia adalah darah haid jika keluar pada bulan pertama dan kedua mengandung, namun jika keluar darah itu pada bulan ketiga, keempat dan kelima serta berterusan lebih dari 20 hari, jelaslah ia darah istihadah.

Bagi penduduk Malaysia yang bermazhab Syafie, bolehlah bertaqlid dengan pendapat mazhab Syafie dalam hal ini. Iaitu ia darah haid. Pendapat mazhab Syafie ini boleh dirujuk dari kata-kata Imam An-nawawi di dalam kitabnya :-

فإذا رأت الحامل دما يصلح أن يكون حيضا فقولان مشهوران قال صاحب الحاوي والمتولي والبغوي وغيرهم : الجديد أنه حيض , والقديم : ليس بحيض , واتفق الأصحاب على أن الصحيح أنه حيض 

Ertinya : "Apabila seorang wanita yang sedang hamil melihat darah (keluar), yang sesuai untuk dihukum sebagai darah haid maka terdapat dua pendapat yang masyhur (dalam mazhab Syafie), berkata pengarang kitab Al-Hawi (Al-Mawardi), Al-Mutawalli dan Imam Al-Baghawi dan lain-lain :

"Pendapat Syafie yang baru adalah ia Haid, pendapat Syafie yang lama, ia bukan haid. Telah sepakat ulama Syafie pendapat yang paling sohih ia adalah DARAH HAID" ( Al-Majmu', 1/412)

 

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

1 Mei 2008



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #30 Darah akibat keguguranisma 2011-08-23 13:01
Assalamualaikum UZAR,

Saya pernah keguguran, dan tanda2 keguguran itu adalah dgn keluar darah yg kdg2 cuma stitik dua shj. tapi, ia berlarutan hampir 2 minggu sblm sy betul2 keguguran.

sy x lalui proses 'cuci' w/pun gugur. rupa2nya ia x habis keluar menyebabkan bila sy haid pd bln berikutnya berlarutan shingga 15 hari.[normal dlm 7 hr shj]. x sampai 2 minggu, keluar lg darah yg slps tu br saya tahu ketulan dulu x habis keluar. persoalannya, adakah itu dikira darah istihadah & wajib utk saya solat?
Quote
0 #29 istihadahawanis 2010-08-24 18:57
assalamualaikum ustaz...
saya nk tny mengenai istihadah...boleh x ustz tlg jelas lebih lg psl ni...mksd sy bkn sekadar utk org yg pregnant...sbg contoh jika masih ada haid pada hari ke16.itu dikira istihadah kan?mcm mana nk uruskannya utk solat?adakah dibolehkan utk membaca alquran?solat2 sunat(cnth tarawih@tahajud )?saya rs rmai gadis2 mengalami mslh ini...

terima kasih
Quote
0 #28 kejahilan adab terhadap ulama'raf 2010-05-19 21:56
kita sama2 saksikanlah beberapa siri kejahilan oleh umat Islam hari ini tentang adab berdepan dengan ijtihad ulamak mu'tabar...ulamak mu'tabar dengan sewenang-wenangnya dipertikai...siapalah kita ini berbanding mereka yg digelar Qudama' dan berbanding ulamak2 moden yg berlandaskan sains??
Quote
0 #27 ijtihad ulamak pun nak pertikai...rafidi 2010-05-19 21:47
Syukran jazilan atas penjelasan ustaz berkenaan jenis darah sebelum bersalin ini. Apa yg ustaz bentangkan adalah beberapa perbezaan ulamak dan pandangan kesemua mereka tidak boleh dipersoalkan lagi melainkan oleh golongan moden yang merasakan ahli sains lebih bijak daripada ulamak dan saya kira perbezaan2 yang wujud ini memberi ruang untuk kita memilih dan tidak menyusahkan diri sendiri...apa yg ulamak2 mu'tabar di atas dah tetapkan sebenarnya atas ilham dari Allah s.w.t., siapalah saya kalau nak dibandingkan dengan mereka semua.
Quote
+1 #26 potong kuku & rambut ketika dlm haidsuraya 2010-02-25 19:24
aslkm ust...
sy nak tnye ttg hukum memotong kuku & rambut ketika dlm haid..

sy terbace dlm 1 laman web, "Menurut kitab Al-Ihya', jika seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub..."

Sy fikir scra logiknya, tentu sukar utk makan & beristinjak dlm keadaan kuku yg pjg..

Oleh itu, minta jasa baik ustaz atau sesiapa sahaja yg arif ttg hal ini utk menjelaskan dgn lbh lanjut..

terima kasih.. :-)

UZAR : telah diulas di web ini, sila buat carian
Quote
0 #25 PendapatIzdan RAshidi 2009-08-27 18:47
Saya pernah mengutarakan masalah ini dalam forum al-ahkam...saya rasa jawapan yg terbaik yg dijelaskan dlm forum itu oleh panelistnya ialah (yg juga diambil dari majmu' fatawa) :

1-Jika darah yang keluar sblm bersalin TANPA rasa sakit kontraksi bersalin, maka itu darah istihadhah..so, wajib lg solat dsbg.

2-Jika keluar darah BERSAMA rasa sakit,maka itulah nifas.

3- Pndpt Imam Syafie,kurang tpt kerana darah haid tidak keluar lagi semasa sso mengandung.

wallahua'lam
Quote
0 #24 mohon kepastianfateh 2008-12-13 13:12
HN'DFQPAN'3O GOHN 'D/QNEO 'DR.N'1P,O (N9R/N AN1N':P 'D1QN-PEP EPFR 'DR-NERDP AN.N1N,N (PEN' 0OCP1N /NEO 'D7QNDRBP HN'DR.N'1P,O EN9N 'DRHNDN/P ANDNJR3N' (P-NJR6M  DP#NFQN 0NDPCN EPFR "+N'1P 'DRHPDN'/N)P HNDN' FPAN'3N DP*NBN/QOEPGP 9NDNI .O1OH,P 'DRHNDN/P (NDR 0NDPCN /NEO AN3N'/M - E:FJ 'DE-*D, ,1 5225

UZAR : Maaf sistem engine joomla utk web saya tidak dapat baca mesej yg ditulis
Quote
0 #23 Fadhlina Kuantan 2008-11-22 06:24
Salam UZAR

Saya juga mengalami turun darah sebelum bersalin iaitu sehari sebelum bersalin dan darah makin banyak apabila makin sakit nak bersalin...adakah darah yang keluar itu darah HAID atau Istiadah atau Nifas? saya tidak melakukan solat dari mula sakit hingga operation...harap ustaz dpt jelaskan kedudukan saya ini. TQ
Quote
0 #22 ctzecks 2008-09-18 08:31
Salam UZAR,pasal darah ni,saya perlukan kesahihan.Saya trn darah masa mengandung 1 lbh.thendr ckp kandungan xder dlm rahim tp luar rahim.slps byk drh kuar...kandungan tiada lg...drh msh kuar sedikit demi sedikit...dlm masa drh kuar saya still smbhyg sb saya dpt info dr kwn2 yg trn drh bkn haid dan prlu smbhyg .adakah sah sembhyg sdgkan drh masih keluar.
Hrp penjelasan UZAR lebih jelas lg. TQ
Quote
0 #21 Rozaini bt Zakaria 2008-07-21 06:12
sy berada dlm dilema dan ketakutan akibat perbuatan saya sendiri. 2 thn yg lalu, sy telah berbalah dgn suami akibat tidak percayakannya. suatu mlm suami terima sms (sy tak tahu lelaki @ prmpuan) hanya suami yg tahu, sy mengamuk tanpa usul periksa sy telah memaksa suami untuk mengaku tp katanya itu lelaki, kwnnya. sy tak puas hati lantas menyuruh suami mengikut kata-kata sy seperti berikut, "sekiranya sms itu mmg perempuan ,jatuhlah talak 3 keatas isteri sy". suami terpaksa mengikut kata sy memandangkan saya mcm org gila. bila reda mrh, saya jd begitu takut kpd ALLAH. terlalu besar dosa sy.suami kata dia yakin sms itu adalah dr kwnnya sbb itu dia berani utk berkata begitu. soalannya, jatuhkah talak ke atas sy sekiranya itu benar-benar lelaki atau bagaimana pula kalau benar2 perempuan?

uzar : kalau benar-benar perempuan, maka jatuhlah talaq 3 ke atas puan dgn sah dan sepakat seluruh ulama.
Quote
0 #20 Pn. liza 2008-07-03 21:39
Saya masih musykil mengenai status darah sebelum bersalin ni. Sebab kalau ikut mazhab syafie yang lama kena solat, tapi mazhab yang baru pulak tak boleh solat sebab dikira haid. Kalau ikut Jakim di baheis.islam.gov.my/.../... , itu adalah berdasarkan mazhab syafie.
Quote
0 #19 zuhaily 2008-06-11 17:04
Salam Puan Azizah

Ini pandangan saya berdasarkan beberapa rujukan. Darah yang keluar waktu hamil bukan darah haid atau nifas, kerana sifatnya berbeza. Apatah lagi jika puan sudah lebih 15 hari keluar darah (melebihan tempoh maksima haid bagi syafie) dan puan pula dalam "thretened abortion" so darah itu adalah darah istihadhah bukan haid.
Puan boleh solat dan melakukan ibadat lain. Tetapi tidak boleh berjimak kerana perempuan yang "thretened abortion", takut gugur. www.al-zuhaily.blogspot.com
Quote
0 #18 azizah 2008-06-10 19:42
salam!

ustaz boleh tak ustaz confirmkah situasi saya nii...dan bolehkah saya mengikut mahzab Hanafi & Hambali mengambil kira sebagai penyelesaian masalah saya!

------------------------------------------
Ustaz saya ketika ini alhamdullilah sedang mengandung (kandungan berusia 2 bulan) dan saya mengalami masalah "thretened abortion" semasa kandungan saya berusia 1 bulan. Persoalan saya adakah selepas tempoh 15 hari darah / kotoran yang keluar boleh dianggap sebagai darah istihadah? Dan bolehkah saya menunaikan ibadat solat selepas tempoh 15 hari ini.....
Quote
0 #17 faisal 2008-06-10 02:08
syeikh...enta kena pastikan betul2..sebab ana pernah tanya syeikh abdulrazak as saadi (iraqi) skrg kat UIA mengatakan itu darah istihadah yang wajib solat...pasti bukan darah nifas...sebab belum bersalin.
sekadar kongsi

UZAR : ITU ILMU DR ABD RAZAK. TAK SEMESTINYA PADNANGANNYA DIA WAHYU..JUSTERU ADA BANYAK LAGI PENDAPAT ULAMA LAIN, SEBGMNA YG ANA UTARAKAN.
Quote
0 #16 azizah 2008-06-10 01:05
salam!

Ustaz saya ketika ini alhamdullilah sedang mengandung (kandungan berusia 2 bulan) dan saya mengalami masalah "thretened abortion" semasa kandungan saya berusia 1 bulan. Persoalan saya adakah selepas tempoh 15 hari darah / kotoran yang keluar boleh dianggap sebagai darah istihadah? Dan bolehkah saya menunaikan ibadat solat selepas tempoh 15 hari ini.....
Quote
0 #15 human 2008-06-04 00:10
ikut mazhab laa .. !
Quote
0 #14 Abang R 2008-05-28 00:58
Salam

Sekadar nak kongsi pandangan. Saya pernah membaca kajian menyatakan bahawa setelah seorang wanita hamil dia tidak lagi mengeluarkan darah haid. Oleh itu, menurut kajian juga darah yang keluar ketika mengandung adalah darah kotor atau istihadhah.

Selain itu darah yang keluar sebelum anak kelaur (tumpah darah) juga bukan darah nifas, bererti anda masih wajib bersolat, atau perlu qada solat selepas bebas daripada nifas nanti. Sebab nifas adalah darah yang keluar selepas keluarnya anak. Wallahualam

Sila Rujuk DARAH WANITA PANDANGAN ULAMAK DAN PAKAR PERUBATAN
Lagi pun pendapat Imam Syafie yg menyatakan ia darah haid tidak berlandaskan dalil qati' tetapi hanya ijtihad berdasarkan pengetahuan perubatan yang primitif pada masa itu.
Jadi sekiranya perubatan moden membuktikan ijtihad imam Syafie ini salah, apakah kita masih perlu ikut?
Quote
0 #13 Hana 2008-05-16 04:29
Salam Uzar,
Saya masih mengharapkan penerangan mengenai darah wiladah. Tak tahu dimana nak rujuk. Terima kasih.
Quote
0 #12 Ita 2008-05-12 18:49
Jadi darah yg keluar ketika mengandung (lum cukup bulan nak bersalin), yg org putih panggil 'thretened abortion', tu dikira haid la? Kak pun dulu2 beranggap darah penyakit sebab dah set dlm mind klu mengandung tak dtg haid. Jadi akak solatlah.
Bukan apa rupa2nya ramai yg mengalami kes begitu, dan ramai yg keliru. T kasih uataz.
Quote
0 #11 Muslimah 2008-05-11 01:02
Soalan: Saya ada satu pertanyaan mengenai solat. Sekiranya seseorang wanita mengandung terkeluar darah sewaktu sakit bersalin atau beberapa hari sebelum bersalin, wajibkah dia solat dan puasa?
Jawapan: Wanita yang mengandung yang keluar darah sewaktu sakit bersalin atau beberapa hari sebelum bersalin masih wajib solat dan puasa kerana darah tersebut bukan darah nifas...

jawapan yang saya petik dari laman web JAKIM.. baheis.islam.gov.my/.../...


UZAR: JAKIM AMBIL MAZHAB LAIN LE TU...INGATKAN SYAFIE. :-)
Quote
0 #10 achik 2008-05-09 18:51
Salam,

Ustaz, kalau darah tu keluar tak sampai sehari semalam pun dikra haid ker dalam mazhab syafie? Maksud saya darah tu keluar sedikit sahaja.
Quote
0 #9 Hj Din 2008-05-06 21:28
salam..

Masa kt B.Islam Lundang KB kelmarin, ust ada sebut semua MLM HARAM...sy inginkan penjelasan kenapa ianya haram..ada kwn sy.(ust) kt xharam...haram krn upline dpt komisyen setiap kali ada yg baru register ke camne???confuse...t.kasih ats jwpn ust.
Quote
0 #8 nis 2008-05-05 06:35
macam mana pula kalau air ketuban yang keluar sebelum bersalin dan bukannya darah.. perlukah solat?

UZAR : AIR KETUBAN ATDALAH AIR DAN BUKAN DARAH. KITA SEDANG BINCANG BERKENAAN DARAH
Quote
0 #7 abah baru 2008-05-02 23:12
Assalamualaikum ...

Memandangkan ustaz sudah memberi penerangan berkenaan darah yang keluar sebelum melahirkan anak, saya fikir adalah baiknya ustaz turut menjelaskan berkenaan darah yang keluar selepas melahirkan anak.

Ini kerana terdapat perbezaan pendapat dalam budaya masyarakat Melayu berkenaan darah nifas akan keluar selama 40 hari, 60 hari dsb. Ini bagi mengelakkan para ibu yang baru melahirkan mengambil mudah berkenaan ibdadat mereka dalam tempoh tersebut di samping para suami yang kurang faham berkenaan tempoh sebenar darah nifas ini.
Quote
0 #6 rosnani 2008-05-02 23:12
syukran ustaz
saya pernah mengalami darah keluar ketika mengandung; ketika awal mengandung dan beberapa hari sebelum bersalin.
dengan penjelasan ustaz ni sekarang saya tau la apa hukumnya
terima kasih ustaz :-)
Quote
0 #5 Hana 2008-05-02 23:11
Salam Ustaz,

Saya ada 1 kekeliruan. Kebelakangan ini saya byk menerima emel berkenaan darah wiladah iaitu darah yg keluar semasa bersalin. Menurut emel itu, wajib mandi wiladah (sebagaimana mandi hadas besar yg lain), sekalipun darahnya belum habis keluar. Pada pendapat saya, mandi nifas sudah memadai, kerana utk mandi sejurus slps bersalin, bukankah itu amat memudaratkan si ibu, terutamanya bg ibu yg bersalin secara caesarian? Harap dpt penjelasan Uzar.
Quote
0 #4 syahmi 2008-05-02 23:10
:-? salam

kalau ia dikira darah haid, tak boleh lah kita baca ayat-ayat qur'an yang biasa dibaca untuk menghilang rasa sakit nak bersalin atau untuk memudahkan bersalin! atau ia di bolehkan ustaz?boleh ke ustaz tolong jelaskan. terima kasih.
Quote
0 #3 ummualinuha 2008-05-02 18:25
Assalamualaikum ...memang perkara ni nampak remeh temeh tapi sebenarnya ramai yg terkeliru kerana dikelirukan oleh beberapa pendapat yg tak tentu arah kebenarannya.Sama juga seperti saya.

Sebelum ni beberapa ustazah dan ustaz memaklumkan bahawa darah yg keluar itu adalah darah sekadar tanda bersalin dan wajib sembahyang selagi belum bersalin dan kena qada kalau tak buat.

Baru malam tadi saya terfikir perkara ni.dan berpendapat tegas pendapat tersebut salah kerana macamana nak solat sedangkan darah tengah mengalir.

Selama saya bersalin 2 org anak pun saya tak sembahyang dan tak qada' sebab saya yakin tak perlu sembahyang dlm keadaan kesakitan yg begitu.

Tak sangka pula masuk ofis hari ni isu ini UZAR ketengahkan dan nampak jelas apa hukum sebenarnya...Syukran jazilan... :-)
Quote
0 #2 abong 2008-05-02 18:23
salam ustaz..
minta pencerahan..
tentang darah istihadah...

betul ke darah istihadah itu angkara syaitan?
untuk meragu2kan wanita agar was2 kemudiang meninggalkan ibadat?

ada kawan perempuan saya tanya...
saya pun terkelu...

sebab dia ada baca artikel agama tentang ni...

soalan kedua: kawan saya ni macam kebingungan. dia bingung sebab kenapa darah tu ada kaitan dengan syaitan...?
Quote
0 #1 am0i ida 2008-05-02 08:31
Salam

Saya rasa masalah ini berlaku pada ibu yang kebiasaannya orang kata mengalami tumpah darah sebelum melahirkan anak...sama ada tumpah darah atau pecah ketuban...kalau salah tolong sesapa yang pakar betulkan...dari pengalaman kawan-kawan memang sangat menyakitkan bersalin yang ditandai dengan tumpah darah ini...

syukran kat Uzar sebab post entry nie sebab selama nie tak pernah terfikir apakah darah ini tergolong dalam haid atau nifas...yang saya tahu darah nak bersalin...

Memang Islam itu amat sempurna sekali kerana hal sebeginipun ada dalilnya...
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 78 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Lelaki & Wanita Status Darah Sebelum Bersalin