Pelaburan & Perniagaan Perbincangan Hukum Pelaburan ASB : Kemaskini

Perbincangan Hukum Pelaburan ASB : Kemaskini

  • PDF
(239 votes, average 4.73 out of 5)

Perbincangan Hukum Pelaburan ASB

: Versi Kemaskini 

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Hukum Pelaburan Amanah Saham Bumiputra telah diperdebatkan sejak sekian lama dan ia juga mendapat respond berbeza dari majlis Fatwa negeri-negeri di Malaysia.

ASB?

Apa yang akan saya nyatakan di sini adalah semata-mata pandangan peribadi dan ia bukannya fatwa dan hukum yang putus bagi orang ramai. Ia merupakan satu pandangan yang dilihat dari sudut akademik dan fakta yang ada disekeliling kita.

1)  Pandangan Yang Mengharuskan

Antara yang mengharuskan adalah Majlis Fatwa Perak, Majlis Fatwa Sarawak dan beberapa tokoh akademik.

Teks keputusan fatwa Perak berbunyi [1] :-

Untuk makluman tuan mesyuarat jawatankuaa syariah perak yang berlangsung pada 1 Ogos 1992, membuat keputusan berdasarkan pendapat terbanyak serta dengan alasan-alasan syarak yang dikemukakan adalah seperti berikut :

"Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL".

Antara alasan-alasan yang dikemukakan ialah :

1. Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh kerajaan begi membiak, mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam di Negara ini yang bermuamalah atas jalan ‘Qirad. Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah HARUS sepertimana nas yang terdapat didalam kitab.

a-      Ihya Ulumiddin

b-      Al-Fawaid al-Janiah Fi Al-Ashbah Wa An-Nazair ‘Ala Mazhab  As-Syafie

2. Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya umat Islam di negara ini dalam keadaan tenat dan sampai ke tahap darurat. Darurat yang dimaksudkan itu ialah dilihat dari aspek. ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.

Teks fatwa Negeri Sarawak pula berbunyi [2] :-

Ahli mesyuarat bersependapat bahawa bermuamalah dengan skim ASN adalah harus dan hasil yang diperolehi daripadanya (dividen atau bonus) adalah halal. Amanah Bumiputra ASB pelaksanaannya sama seperti ASN yang dahulu (sebelum diurusniaga di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bahkan ia adalah kesinambungan kepada ASN bermuamalah atau melabur saham kepada ASB adalah juga harus dan hasil keuntungan daripadanya adalah halal. Tidak harus bagi seseorang itu meminjam wang secara berfaedah yang bertujuan untuk membolehnya membeli saham (ASB & ASN)

1.        Fatwa Yang Mengharamkan

Antara fatwa yang mengharamkan adalah Majlis Fatwa Selangor. Teks mereka adalah seperti berikut [3] :-

1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :

1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
" Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' "

1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya


" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara'. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.

Demikianlah dua aliran pendapat dan fatwa berkenaan Amanh Saham Bumiputra, namun dengan hormat kepada kesemua badan fatwa, secara ringkasnya, saya menyokong pendapat yang mengharamkan di atas asas berikut :-


1) Aqad Pelaburannya Tidak Jelas

Aqad pelaburannya tidak jelas dan tidak jelas samda menuruti ‘Qirad' atau ‘Mudarabah' atau Musharakah. Jika ia menggunakan mudarabah sebagai yang didakwa oleh Majlis Fatwa Perak pelaburan ini disyaratkan menentukan kadar nisbah pembahagian keuntungan seperti 80 : 20 dan sebagainya di awal pelaburan. Namun hal ini tiada dinyatakan langsung di dalam pelaburan ASB.

Perlu disedari bahawa jika sesebuah aqad itu tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira pelaburannya diletakkan di dalam industri halal atau haram.


2) Jaminan modal atau ‘capital' juga menyebabkan aqad pelaburannya bermasalah dari sudut Shariah.

Termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini bermakna syarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dengan syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam yang tidak membenarkan pengusaha ‘Mudarib" (dalam hal ini adalah PNB) menjamin selamatnya modal para pelabur.

Malah menurut mazhab As-Syafie, aqad pelaburan tadi dikira batal. Modal pelaburan sememangnya tidak boleh dijamin oleh pihak yang menguruskan pelaburan juga difatwa kan oleh Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen mereka yang kesembilan dimana mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga (dalam hal ASB, yang menjamin bukan datang dari pihak ketiga) malah jika ia jaminan dari pihak ketiga sekalipun Majlis Fiqh Dunia bersepakat mensyaratkan ia tidak dimasukkan di dalam kontrak pelaburan. Malangnya, klausa ini dimasukkan di dalam aqad pelaburan ASB yang diwakili oleh borangnya.

Keistimewaan jaminan modal ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab juga. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin.

Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ).

Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah (Bada' as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313)

Menurut Shariah, hanya dua jenis jaminan modal di izinkan dalam aqad Mudarabah iaitu:-

a- Jaminan modal dikembalikan jika pihak ‘mudarib' ( pengurus pelaburan) mengkhinati mana-mana isi kontrak, kecuaian yang jelas dalam pengurusan dan yang sepertinya.

b-  Jaminan dari pihak ketiga dan bukannya pihak pengurus pelaburan (mudarib)


3) Dana terkumpul dilabur secara bercampur di dalam industri halal dan haram.

Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 peratus. ASB juga TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti DAN OLEH KERANA ITU, ia tidak termasuk di dalam senarai kaunter yang jelas statusnya.

Ia bermasalah dari sudut Shariah kerana menurut statistic tahun 2005, dana ASB telah dilaburkan di beberapa tempat yang haram seperti :-

1- Sebanyak 37.30 % ke sebuah bank konvensional terbesar.

2- Commerce Asset Holdings Berhad (Konvensional) - 1.11 %

3- British American Tobacco berhad 1.07 %

Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab dalam mengenalpasti dan meletakkan fatwa berwibawa untuk menentukan sesebuah kaunter atau dana pelaburan itu halal disertai oleh umat Islam atau tidak, pernah meletakkan kadar 33 peratus industri haram sebagai had larangan melabur dalam syarikat atau pengurus dan bercampur halal haram.

Saya tidak bermaksud Pelaburan ASB telah dibincang dan ditolak oleh Majlis tersebut, tetapi ianya belum lagi iktiraf oleh Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab mengesahkan sesuatu pelaburan itu halal atau tidak. Iaitu, ia belum dibincangkan dan tidak pula di ‘table' untuk perbincangan mereka.

Namun, Majlis Penasihat Shariah ini pernah mengeluarkan keputusan garis panduan atau ukur rujuk berkenaan pelaburan dalam syarikat (secara beli sahamnya atau lainnya) yang mana perniagaannya bercampur seperti berikut ( agak panjang dan saya terpaksa menyertakan yang berkaitan sahaja):

 " The SAC (Shariah Advisory Council) at its second meeting on 21st August 1996, discussed the status of companies running a mix of permissible and prohibited activities. The SAC resolved that such companies with some prohibited elements which do not exceed the benchmark determined by SAC. ..............

..... iii. The core activiies of the company have importance and maslahah ( benefit in general) to the Muslim ummah and the country, and the haram element is very small and involves matters such as 'umum balwa ( common plight ), 'urf and the right of the non-muslim community which are accepted by Islam..

Based on the Prophet SAW word 1/3 or 33.33 % "is enough" and can be used as a guideline for the basis of formulating a benchmark. The question is whether this benchmark is suitable to be used for mixed companies, because it relates to the bequest of property and giving of alms. Even so, it cannot be denied that it can be used as a benchmark to set the upper limit of a mixture because an amount exceeding the percentage will be considered excessive"

Justeru, jika kita melihat jumlah peratusan pel;aburan ASB di bank konvensional iaitu 37 peratus, ia telah melebihi ‘benchmark' 1/3 yang ditetapkan badan berwibawa ini.

Hakikatnya, masih banyak lagi kaunter atau syarikat yang halal untuk dilabur oleh dana ASB walaupun mungkin tidak mampu memberikan keuntungan setinggi bank konvensional ini, yang terpenting biar halal walaupun sedikit, daripada banyak tapi haram

Ada sesetengah pihak berkata ianya dibenarkan di atas dasar maslahat kerajaan untuk beri kekuataan ekonomi dan sebahagian kekayaan negara kepada bumiputra secara mudah.

Namun bagi saya ia ternyata hujjah yang longgar. Ini kerana maslahat yang dicanagkan adalah merupakan kepentingan yang boleh diperolehi dengan cara halal. Masih banyak tempat yang halal untuk dilaburkan.

Imam Abu Ishak As-Syatibi (790 H), pakar ilmu maqasid Islam silam meletakkan panduan dan syarat berikut jika ingin mendakwa sesuatu itu sebagai maslahat:-


1-   Mestilah tidak hanya memandang maslahat duniawi sahaja, bahkan mesti meneliti maslahat ukhrawi juga.
2-   Maslahat hanya diterima pakai dalam hal kebaikan untuk Deenul Islam.
3-   Maslahat untuk menjaga hak ramai didahulukan dari menjaga hak sekelompok.
4-   Maslahat mestilah bersandarkan dalil-dalil yang jelas.

Justeru amat jelas tiada maslahah dalam menggunakan suatu kontrak dan kaunter pelaburan yang haram, sedangkan ianya boleh menggunakan kontrak Islam Mudarabah, dan boleh memilih kanter halal sahaja, seperti yang di lakukan oleh Public Ittikal, Unit Trust Islam, pelaburan GIPPS oleh RHB Asset Management dan banyak lagi. Ia juga memberi pulangan yang boleh tahan, dan yang lebih penting ianya HALAL.

Ini bukanlah fatwa tetapi hanya pendapat peribadi atas kajian peribadi, bagi sesiapa yang menyakini fatwa yang mengharuskan, ia terpulang kepada anda, dan bagi sesiapa yang menyakini fatwa Selangor dan tulisan ini, anda juga bebas.

PINJAM DUIT DARI BANK UNTUK SERTAI ASB

Walaupun isu di atas masih diperdebatkan oleh mereka yang berkenaan, namun jika anda meminjam dari Bank Konvensional untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia. Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba. Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara dapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.

Sekian, Wassalam



[1] http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/asn.pdf

[2] http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=952

[3] http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1155



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #239 Adakah diterima??izat 2012-05-07 23:04
assalammualaiku m ustaz,

sy tlah pon membuat pinjaman loan bank konvensional untuk menyertai ASB kerana tidak ada pinjaman islamic untuk loan ASB (seandainya ad.. tlong beritahu). Adakah itu dibolehkan??

Seandainya saya mahu membatalkannya, sy perlu membayar penalti 2k.. bolehkan sy byr menggunakan duit dividen yg saya peroleh?

Seandainya ibu bapa tidak sependapat mengenai hal pembatalan ini, dan akan menimbulkan kekecohan, bagaimana mengatasinya?
Quote
+1 #238 jawapan utk alasan kitawawa 2012-04-22 12:46
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Janganlah kamu semua melakukan apa yang dilakukan oleh Yahudi, sehingga kamu semua menghalalkan apa yang diharamkan Allah dengan tipu muslihat yang paling rendah." riwayat Ibnu Battah dgn sanad yg baik.
ahli2 fatwa yg lebih arif dah dilantik n dah berbincang. sesungguhnya manusia memang suka membantah..... :sigh: wallahul'alam
Quote
0 #237 SETUJUanna 2012-03-17 11:22
HARAP TUAN/PUAN IKUTLAH SERUAN AL-QURAN. IQRA'. MAKSUDNYA BACALAH! INI ASYIK NAK BERTANYA, PASTU PAKSA USTAZ JAWAB, PADAHAL FAH BERJELA USTAZ TULIS DALAM BLOG NI. BACA DULU SEMUA ARTIKEL, PASTU BARU TANYA SOALAN. NI MALAS, TAU NAK TANYA JE. CARA NAK MENGAMAL ISLAM PUN TAK BETUL,

yea..stuju sesgt..ASB melabur kt kilang ROKOK..ROKOK adalah HARAM nak kata pe lagi..yang wat pinjaman pastu pgi melabur kt ASB da HARAM..HAram tetap HAram..bila kita WAs2 yang da melabur tu da x boleh teruskan..da kira DOsa kalo kita teruskan..dari membuat DOSa sepanjang hidup..baik kita hentikan..x kemana pun duit tu..dunia ni kejap jek. disebabkan was2 tu kita masok neraka..taknak la aku.. fikir2 lew..
Quote
+2 #236 persoalan???kemusykilan..norazmah 2012-02-20 18:11
suami ada membuat pinjaman untuk pelaburan di ASB/ ASN melalui maybank .Setiap kali pelaburan itu mendapat pulangan suami akan mengunakan bonus yang diperolehi untuk kegunaan terdesak kami.Selain perlu membayar pinjaman yang dibuat pada setiap bulan mengikut tempoh yang ditetapkan.Apabila membaca artikel yang dilampirkan terasa takut pula...yelah apakah hasil yang selama ini digunakan itu jatuh 'tak halal' dan hasil yang subahah.Gentar rasa hati....apakan nanti amalan akan diterima.Apakan nanti hasilnya kelak zuriat dan keturunan menjadi 'hantu'...eish,banyak persoalan yang berserabut dalam kepala!

terima kasih..
Quote
0 #235 ASBakmal 2012-01-27 21:57
assalam, saluran dividen + bonus, nak buat apa???
Quote
+4 #234 ASBakmal 2012-01-27 21:56
Ustaz saya sudah berhenti dari loan ASB, saya nak mintak pandangan ustaz tentang saluran yang perlu saya ambil untuk berlanjakan wang dividen + bonus tersebut, saya dengar 40% sahaja yang haram, jadi 40% nie boleh buat apa???
Quote
+3 #233 Sebab2 ASB HaramAndalusia 2012-01-11 21:51
Uzar yg bijaksana, ASB haram kerana ianya bukan suatu saham sebaliknya ianya seperti fixed deposit. Kalau saham, harga seunit saham itu Akan berubah2 Dan tiada jaminan bahawa pelabur Akan mengaut keuntungan. Dari dulu sampai sekarang, harga seunit 'saham' ASB ialah RM1. Mana Ada saham yang macam tu??? ASB tidak lain Dan tidak bukan adalah FIXED DEPOSIT!!! FIXED DEPOSIT yang dijanjikan pulangan yang lebih Dari fixed deposit yang conventional spt Dari cimb, may bank, RHB Dan lain2. Tolong fahami makenisma ekonomi
Quote
+1 #232 Dah terbuat loan ASBrohaizad 2012-01-06 12:15
Salam Ustaz,
Saya dah buat loan ASB dari bank konvensioal.Saya baru terbaca artikel ustaz,Nak tanya apa hukum dividen yang saya dapat?Melalui pinjaman bank,saya hanya boleh berhenti membayar loan selepas 3 tahun,jika sebelum 3 tahun saya akan dikenakan denda.Bagaimana jika dari duit dividen yang saya dapat untuk stahun itu saya tolak jumlah loan bulanan selama setahun dan hanya duit itu yang saya pakai,bakinya saya sedekahkan ke baitulmal atau fakir miskin?Bolehkan saya berbuat begitu?Adakah halal duit tersebut?
Harap ustaz menjawab soalan saya ini.
Quote
+1 #231 Kerja pegawai kerajaan?skasim 2012-01-01 22:25
Saya pegawai penyelidik disebuah jabatan kerajaan. Gaji drp pihak kerajaan, yg dikutip dr sumber hasilnya brcampur2,halal dan haram, apa hukumnya ustaz, mohon pandangan Ustaz...
Quote
0 #230 Banyak pelaburan HALALewere 2011-12-21 22:20
Assalam.
Ada banyak sangat pelaburan halal kat negara kita negara islam ni,Pelaburan yang disahkan halal oleh suruhanjaya security macam ustaz cakap.Boleh tengok kat website ni
pelabur.blogspot.com/
atau email
melaburmenabung @yahoo.com
Quote
+2 #229 puanhanna 2011-12-08 13:35
Quoting 4sure:
banyak soaln d kemukan tapi ustaz x jawab. kami dalam kmusykilan n mnjadi tangungjwb org berilmu untk menyampaikan.



YA SY SETUJU...BYK BENDA YG KM NAK TAU. TP BYK YG USTAZ TAK JWP. TERGANTUNG JE SOALAN TU...
Quote
+2 #228 Akaun maybankSeorang pelajar 2011-12-06 15:38
Quoting pelajar:
assalamu'alaikum ustaz,
apa pandangan ustaz tentang ahb (amanah hartanah bumiputera) ?
ada yg mengatakannya patuh syariah, tetapi perlu ada akaun maybank terlebih dahulu sebelum boleh melabur, dan dividen akan dibayar ke akaun tersebut..
Persoalannya, bukankah akaun maybank biasa ini terlibat dengan sistem riba?maaf andai tersalah.

terima kasih :-)


Sekarang dah banyak akaun islamic di maybank(ak. simpanan dan semasa), cume kita kena pastikan kita minta supaya buka akaun islamic kalau tak akan default yang konventional.
Harap dapat membantu ;-)
Quote
+7 #227 MR.GOLDEN-DULANG 2011-11-17 16:38
AS'KUM SEMUA,

HARAP TUAN/PUAN IKUTLAH SERUAN AL-QURAN. IQRA'. MAKSUDNYA BACALAH! INI ASYIK NAK BERTANYA, PASTU PAKSA USTAZ JAWAB, PADAHAL FAH BERJELA USTAZ TULIS DALAM BLOG NI. BACA DULU SEMUA ARTIKEL, PASTU BARU TANYA SOALAN. NI MALAS, TAU NAK TANYA JE. CARA NAK MENGAMAL ISLAM PUN TAK BETUL, HASILNYA KE LAUT LA GAMAKNYE. MARILAH KITA MEMBACA SEMUA ARTIKEL UZAR DENGAN MULA BISMILLAH, INSYAALLAH KITA BEROLEH ILMU YANG BARAKAH. AMIN. 8)
Quote
+2 #226 nak tahuumi 2011-10-24 21:33
salam..
apakah perkembangan tentang majlis syariah yang ditubuhkan PNB. ada tak ape2 perubahan yg baik terutamanya pelaburan ASB?
Quote
+4 #225 mas kahwin drpd wang asbain 2011-10-18 15:55
salam uztaz.

saya ada pertanyaan disini. sekiranya wang hasil drpd asb adalah haram, apakah hukum menggunakan wang itu sabagai mas kahwin utk diberikan kpd pihak perempuan? adakah masih sah nikah ini atau tidak sah?

terima kasih,

ain
Quote
+2 #224 confuseNADIA 2011-10-07 15:20
salam...ustaz sy ada satu soalan nie berkaitan income yg kita dapat melaui forex...duit yg kita dapat itu sama ada halal atau pon tidak...sebab ada sesetengah orang kate duit yg kita dapat dari permainan forex nie adalah haram...btl kew?..blh x ustaz terangkn dgn lebih terperinci tentang hukum dy..
Quote
+9 #223 asb islamicHAMBA ALLAH 2011-09-21 12:51
salam ustaz ,saya dikalangan orng membuat asb..tapi saya buat pekej untuk islamic...adakah ia haram? dan untuk pegetahuan saya yang saya tahu asb just untuk orng melayu iaitu orng islam .kenapa bank2 masih buat promosi kepada orng islam asb jika ianya haram.takkan takda tindakan pihak tertentu untuk megumuman ini kepada seluruh malaysia..perkara ni...sebab benda ni tak leh main2..saya takut..huhu TERIMA KASIH
Quote
+11 #222 Minta penjelasan bagi solusiNurul 2011-07-31 02:02
Assalamu'alaikum, maaf bertanya. Jadi, bagaimanakah solusinya bagi mereka yang sudah pun melabur dalam ASN/ASB? Sebagai contoh, adakah perlu mengeluarkan wang asal kita tanpa mengambil wang tambahan selepas pelaburan? Mohon penjelasan.
Quote
+8 #221 pelaburan koperasi feldamaz 2011-07-14 09:22
assalamualaikum . ustaz.
saya nak bertanyaapakah hukum melabur dalam koperasi felda (kpf)
Quote
-1 #220 isu ASBhamiazuhk 2011-06-30 11:01
salam, ustaz saya ingin bertanya. Bagaimana dengan penjelasan mengenai isu bank lain yang kadangkala turut melaburkan ke tempat2 yang tidak sepatutnya??boleh x ustaz terangkan dengan lebih terperinci mengenai isu ini? Dan mengenai ASB pula, konklusinya pelaburan ASB ini memang haram kew?Syukran jazilan ya ustaz
Quote
+2 #219 mohon izinsaudara semuslim 2011-06-21 17:13
salam ustaz,sya mohon kbnaran copy,paste,prin t,photostst,seb arkan....sbgai tngjawab saudara seagama..sbab xsemua mpu mlyari internet..bka website ustaz..harap di izinkan..
Quote
+5 #218 Hukum labur dalam ASBIShah 2011-06-14 19:09
Assalammualaiku m, uztaz.

Saya nk penjelasan dari ustaz berkenaan dengan Amanah Saham Bank Islam. Adakah ianya sama ngan ASB/ASN yg jelas haramnya? Ada dinyatakan bahawa pelaburan dlm ASBI telah bersih sbb sudah di bayar zakat dari simpanan yg dibuat.

Harap ustz boleh komen.
Quote
-1 #217 Allah dah sediakan dimana utk umat islam melaburAzhar 2011-06-10 19:52
Salam semua. Maaf UZAR. Jawapannya ialah DINAR EMAS dan PERAK. Emas ialah alat TAQARRUB kepada ALLAH. Dalam keadaan sekaran memang sesuai dengan apa yang ALLAH sediakan untuk kekayaan Org Islam. Hubungi saya untuk keterangan lanjut. 017-3704931
Quote
0 #216 Pelaburan halal selain ASB?Hazz 2011-06-10 16:24
Quoting Nor Sanira Binti Sel:
kalau dah melabur dlm ASB ni tidak halal dan jelas lgi adalah HARAM, boleh uztaz bagi tau dimana sy boleh melabur yang kesemua punca dan pendptannya HALAL?


Salam,
Saya perlukan advice ustaz berhubung perkara d atas...Syukran :)
Quote
+1 #215 mmashraf 2011-06-09 12:28
Quoting nurulhuda:
Enck bleh invest di tempat pelaburan yang di pantau oleh badan syariah..cthnya..unit amanah..badan ini memg di pantau oleh panel syariah.tq


anda tahu ke unit amanah ini dipantau oleh panel syariah atau hanya pada surfacenya sahaja..boleh bagi list mana2 unit amanah yang dipantau itu dan siapa panel pemantaunya..
Quote
+5 #214 Loan Rumahashraf 2011-06-09 09:35
Ustaz,

1. Adakah loan rumah pun dikira riba.. sebab suma loan bank kena bayar interest.. mohon pandangan kerana bagi mereka yang memang tidak nerkemampuan tetapi perlu membeli rumah, pinjaman loan bank adalah satu-satunya pilihan yang ada..

2. Pinjaman daripada Bank Islam dan dimasukkan sebagai pelaburan ASB.. Adakah juga salah kerana terang-terang Bank tersebut adalah Bank Islam..

harap dapat membantu
Quote
+2 #213 pelaburan asbdaus 2011-06-08 12:34
saya x thu la nk plih antara 2 trsbut.,,.,.,.,
tlg plih 1 yg pling shahih.,,.,.,.,.
Quote
+1 #212 encore 2011-06-07 11:36
saya baru je labur balik dalam ASB pasal ada jumpa fatwa halal.. 15 thn yg lalu saya tutup akaun pasal jumpa fatwa haram..haha..
dia org buat main pasal halal haram.. lantak kau la majlis fatwa..
Quote
+1 #211 PinjamanRman 2011-06-07 08:16
Assalamualaikum .. Setahu saya bank di Malaysia menawarkan jual beli, bukan pinjaman. Dalam perjanjian tidak menyatakan pinjaman, tetapi sewa beli / jual beli. Diharap ustaz perjelaskan perkara ini.

Wassalam
Quote
+1 #210 pasal asb...pening2!!shah6456 2011-06-05 12:27
asslmualaikum ustaz...sy ada buat loan asb di maybank ...jadi mcmna laa duit dividen yg telah sy dpt sebelum ini...haram ker halal ustaz...??? apakah cara yg terbaik utk sy keluar dari masalah ini...mohon bantuan ustaz...terima kasih...
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 85 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Pelaburan & Perniagaan Perbincangan Hukum Pelaburan ASB : Kemaskini