Pelaburan & Perniagaan Pelaburan Masa Lepas & Jaminan Untung

Pelaburan Masa Lepas & Jaminan Untung

  • PDF
(2 votes, average 5.00 out of 5)
 



.....@hotmail.com> wrote:

assalamualaikum ustaz.. saya tertarik dengan pengalaman ustaz yang begitu luas mengenai muamalat islam sehingga saya rasa terpanggil untuk mengajukan satu soalan yang berkaitan dengan pelaburan.

 

wa'alaikumussalam, 

jawapan saya di bawah perenggan anda dengan tulisan 'italic' dan berwarna biru gelap.. 

saya mempunyai seorang sahabat yang membuka sebuah syarikat perkhidmatan iaitu agensi pelancongan serta yang berkaitan dengan seperti pengurusan kenderaan, travel dan lain2. Beliau telah memberikan peluang kepada saya untuk melabur ke dalam sebuah projek yang diurus oleh syarikatnya. setelah itu kami mengadakan akad yang bertulis. saya telah melaburkan sebanyak rm30,000..oleh itu akad yang ditulis pun ada menyatakan pelaburan yang saya labur serta keuntungan yang mesti dikongsi oleh kedua-dua pihak. setelah 4bulan berlalu saya mendapat keuntungan sebanyak 9000 daripada pelaburan saya beserta wang pelaburan saya itu dikembalikan. 

RESPOND UZAR:  maklumat yang anda beri kurang jelas untuk saya semak, adakah dinyatakan di dalam aqad RM 9000 pasti menjadi milik anda sebagai untung  untuk 4 bulan?. Adakah di sebut dlm aqad bahawa modal anda dijamin dipulangkan setelah 4 bulan juga? Jika demikian termaktub di dalam perjanjian, maka pelaburan itu adalah batal menurut Shariah. 

 

saya faham, setiap pelaburan dengan jaminan wang modal dikembalikan adalah riba..begitu juga keuntungan tetap yang diber juga riba. Bila saya cuba berbincang dengan sahabat saya mengenai muamalat yang telah kami lakukan adalah tidak islamik, dia menjelaskan bahawa tidak ada gharar dalam pelaburan syarikatnya kerana keuntungannya telah pasti. oleh itu dalam akad yang tertulis ialah keuntungan yang mesti di kongsi oleh kedua-dua pihak. 

RESPOND UZAR:  Dalam Shariah, bukan Gharar sahaja yang perlu dijauhi malah Riba, Zalim, Judi dan banyak lagi. Malah dari ayat yang disebut di atas, asdalah jelas rakan anda terkeliru dalam memahami konsep gharar dan di mana letaknya di dalam transaksi jual beli dan pelaburan. Risiko dalam pelaburan bukanlah 'gharar' yang dilarang oleh Shariah, malah ia adalah perkara yang diperlukan sbgmana hadith yang telah byk kali saya sebut di web saya. Tetapi nampak gayanya rakan anda terkeliru antara risiko dan gharar.  Justeru, walaupun 'underlying business' yang berada di sebalik perniagaan rakan anda seolah-olah memberikan jaminan untung yang pasti, Ia tetap terdedah kepada risiko seperti banjir berlaku, gempa bumi dan sebagainya, adakah ia boleh memberikan keuntungan kepada anda sebgmn yang dijanjikan jika bencana demikian berlaku? ...Bukankah zalim namanya, utk pelabur menuntut untung yang dijanjikan jika bencana berlaku? Kerana itulah Islam tidak membenarkan jamiann untung mahupun modal dalam pelaburannya, kecuali jika modalnya dijamin oleh pihak ketiga yang tidak terlibat dalam business mereka.   

 

untuk makluman ustaz...syarikat sahabat saya menyediakan perkhidmatan pengangkutan di salah sebuah IPT...oleh kerana pihak bendahari di institusi tersebut menggunakan LPO dan pembayaran kepada syarikatnya telah tertangguh lama, sahabat saya mengambil ikhtiar untuk membuka pelaburan. oleh itulah apa yang dikatakannya suatu pelaburan yang mendapat keuntungan pasti. kerana apa dia mengatakan pasti ustaz, ini kerana kerja menyediakan pengangkutan telah pun syarikat sahabat saya buat cuma pembayaran daripada pihak bendahari institusi tersebut belum...tetapi mereka mengalami masalah pembayaran kepada supplier atau tuan punya pengangkutan yang mereka jadikan sebagai pengangkutan di ipt tersebut. Jadi..mereka mengambil pelabur untuk melabur perkhidmatan yang telah mereka lakukan. Dengan sebab mereka memerlukan pelabur dan pelaburan untuk kerja yang telah dilakukan...Apakah hukum pelaburan dan wang pelaburan ini? 

 

RESPOND UZAR:  Anda boleh melabur tapi anda perlu membetulkan aqad dan isi kandungannya sahaja. Then, aqad dan pelaburan menjadi sah. INi kerana dalam pelaburan Mudarabah, pengusaha ( Mudarib) akan menggunakan wang modal yang diletakkan oleh Pelabur ( Rabbul Mal) untuk membeli peralatan untuk tujuan projeknya, oleh kerana kemudahan dan risiko yang ditanggung dari pemberian modal inilah, si pelabur layak mendapat nisbah keuntungan yang telah dipersetujui.  Justeru, melabur dalam kerja yang telah tamat bukanlah pelaburan menurut Islam samada Mudarabah mahupun Musharakah, tetapi anda telah berfungsi seperti 'factoring company' , maka ia kena bincang pulak satu persatu terms dalam agreementnya agar tidak jatuh dalam bentuk pinjaman dengan RIBA. Ia juga dengan mudah boleh jatuh dalam pembelian hutang dengan diskaun ( Bay' Ad-Dayn), pertukaran hutang (hiwalah) dengan upah. Semuanya mempunyai hukum masing-masing. Pelaburan anda sepatutnya di gunakan untuk kerja akan datangnya, bukan yang telah dilakukannya, jika tidak ia bukan pelaburan.  

 

saya memohon penjelasan daripada syeikh UZAR. 

yang benar


Sabah.


 

 Sekian 

Ust Zaharuddin Abd Rahman

23 Jan 07



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini
  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 8 guests

Komen Terbaru

You are here: Pelaburan & Perniagaan Pelaburan Masa Lepas & Jaminan Untung