Pelaburan & Perniagaan Giliran E-Barrel(Buy Barrel) Di Semak

Giliran E-Barrel(Buy Barrel) Di Semak

  • PDF
(41 votes, average 4.34 out of 5)

Giliran Pelaburan Buy Barrel di Semak

SOALAN

"Mohd.Fuard Kasri" <per_7869@yahoo.com.my> wrote:

Assalamualaikum Ustaz Zaharuddin.

Sekarang timbul pula satu lagi pelaburan di internet sedang 'panas' di utara iaitu http://www.buyebarrel.com/. Dari pelan yang dinyatakan ia samalah dengan yang lain-lainnya. Saya cuba mengedarkan risalah yang telah ustaz ulas.Saya kata khinzir kalau kita tukar nama lain, ia tetap najis mughalazzah.Minta ustaz buka laman web ini dan ulas segera, di Perlis depa tengah giat promosi. Please reply

JAWAPAN

wa'alaikumussalam,

Saya telah buka web di atas dan membuat bacaan perlu dalam semua info yang boleh dibaca oleh public.

Bagaimanapun, saya pohon maaf kerana tidak sempat untuk tulis panjang-panjang. dan membaca satu demi satu tentang buy barrel. Terutamanya info lengkap tentang pelaburan ini hanya boleh dilawati oleh ahli buy barrel sahaja.

Saya hanya nak sebut satu point berkenaan buy barrel yang pastinya menjadikan ia syubhah. Saya tak kata 'haram' kerana tidak buat kajian menyeluruh lagi dan tiada masa untuk membuatnya. Cuma dengan kajian ringkas pun telah dapati pelabagi masalah yang boleh menjadikan pelaburan ini antara haram dan syubhah. Tiada yang 'pasti' halal. di dalamnya.

Isu Pertama : Keterlibatan Dalam Pasaran Matawang

iaitu disebutkan di webnya bahawa

Who manages the funds?
You can rest assured that the funds are managed by a team of professionals of high calibre and knowledgeable about current trend of the oil trading and foreign currency trading industry.

Respond :

Cuba anda lihat apa pelaburannya ?

1. Oil trading - inshaAllah ok dari sudut hukumnya

2. Foreign Currency trading - ini bermasalah besar.

Ini kerana bagi pelabur matawang seperti mereka, kebiasaannya mereka akan terlibat dengan RIBA..Sebagaimana yang telah saya sebutkan beberapa cara mendapatkan untung dari perniagaan foreign currency. telah diputuskan oleh Majlis Fiqh Sedunia bahawa terlalu banyak instrumen haram di gunakan dalam foreign currencies trading. Ini pasti apabila pihak buy barrel sendiri telah mengaku mereka guna semua instrument yang ada di pasaran untuk cipta keuntungan .

Di sebut di web mereka

"Buyebarrel is fully dedicated to each and every of its members by ensuring their investments are handled by diligent and highly experienced professionals using the most high tech trading tools and mechanism available in the market today."

Ini jelas menunjukkan ia menggunakan semua instrument pasaran mawatang yang ada di dunia, yang mana hampir kesmeuanya instrument tersbeut telah dibicnang oleh Majlis Kesatuan Ulama Sedunia dan keputusannya adalah haram dengan sebab yang pelbagai. Sila baca masalah Shariah dalam perniagaan matawang di link ini :

http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=157&Itemid=72

Isu Kedua : Gharar dalam Aqad Pelaburannya

Selain itu, tahap 'gharar' atau 'uncertainty' bagi jenis-jenis pelaburan ini juga amat tinggi. Ini kerana pelaburan ini tiada mempunyai apa-apa dokumen perjanjian pelaburan yang boleh di bawa ke mahkamah jika berlaku penipuan.

Cuba anda bayangkan, anda hanya boleh monitor pelaburan anda di inetrnet. dan jika anda lupa password, di jawab di FAQ Buybarrel:-

What if I have forgotten my password?
Please send a message to our customer support on "Contact Us" page. Your message should include your user name,nick name, email address and identification number. Our customer service will check and contact you.

Itu sahaja?? apa akan jadi jika mereka tidak call, bolehkah anda call mereka? no, tiada sebarang nombor diberikan. tiada sebarang alamat. Perkara ini walaupun anda nampak kecil, tetapi ia boleh menyebabkan orang yang melabur duit ribu-ribu ditipu.

Apabila unsur gharar fahisyh (besar) seperti ini wujud, maka  telah ijma seluruh ulama bahawa jenis gharar ini menyebabkan sesebuah aqad terganggu kesohihannya atau terbatal menurut Shariah Islam. (Bidayatul Mujtahid Wa Nihayatul Muqtasid, Ibn Rusd Al-Hafid, 2/153)

Semua jenis aqad pelaburan internet yang tiada ‘proper investment contract' , termasuk dalam katergori ini juga adalah Winlifund, ABB fund, Arabic Fnd dan yang sepertinya. Ia semuanya termasuk dalam kategori gharar yang ditegah oleh Nabi SAW.

Dalil pengharamannya adalah dari hadith Nabi SAW :

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن بيع الغرر

Ertinya : "Nabi SAW melarang dari berjual beli dengan kewujudan Gharar" ( Riwayat Muslim, 5/3 )

Isu Ketiga : Isu Seperti Jaminan Untung

Disebut juga dalam web buy barrel

We also provide a team of highly trained and experienced customer support group to attend to all your queries in every aspect of your investment promptly. Buyebarrel gives you the assurance of a peace of mind while your money is multiply.

Sesebuah pelaburan Islam tidak boleh memberi sebarang 'assurance' your money is multiply. Ia mempunyai elemen jaminan untung yang sama seperti abb, winli, arabic dan lain-lain. So hati-hati, akibat tiada penasihat Shariah mereka berkata seperti ini.

demikian kajian ringkas,

terpulang kepada anda untuk meneruskannya atau berhenti. tanya Iman, adakah ia boleh memberikan keuntungan kepada alam barzakh dan akhirat kita sebelum tanya apa yang duit itu boleh bagi kepada kita di dunia yang sekejap ini.

Pelru dinggat bahawa info yang saya tulis ini adalah berdasarkan apa yang tercatat di webnya pada tanggal 27 Feb 2007. Jawapan ini tidak lagi ‘valid' jika terdapat sebarang perubahan di sana.

 

Jika anda mengeluh sambil berkata "apa ni, semuanya haram", jawapannya anda silap dan saya sertakan sekali lagi tempat pelaburan Islam alternatif yang telah di 'COP' HALAL:-

a) Anda boleh buka akaun pelaburan di mana-mana Bank Islam di Malaysia, cuba buka senarai bank dan perbankan islam yang menawarkan tabung pelaburan Islam Mudarabah di pautan berikut:-

http://www.iplanner.org

atau

http://www.freeforum101.com/jordanian/viewtopic.php?t=92&sid=8cdb2b6fae7b713e3cae18b4f39271b4&mforum=jordanian

b) Anda boleh melabur di luar negara di Tabung Pelaburan yang Menuruti Shariah di http://www.investaaa.com/ atau http://www.albaraka.com/index.htm

c) Anda boleh membeli saham-saham atau melabur di saham amanah islam di tawarkan oleh mana-mana Bank Islam, Institusi Kewangan dan lain-lain Syarikat yang menawarkannya dengan syarat ia diktiraf sebagai Saham Amanah Islam. Selain itu boleh juga membeli ‘Islamic bond' atau Sukuk' yang diiktiraf menepati Shariah oleh Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti, untuk info lanjut sila buka:-

Adapun, untuk mengetahui cara membeli, terpaksalah anda membuat sedikit usaha mencari nombor syarikat-syarikat dan institusi terbabit. Dengan ini saya harap, tiada lagi individu yang mempertikaikan tiadanya alternatif untuk pelaburan yang memenuhi syarat-syarat Shariah. Jika anda keliru dan was-was untuk menggunakannya walaupun ia telah di sahkan halal oleh Majlis Penasihat SC atau Institusi-institusi yang menawarkan itu, anda bolehlah membaca artikel saya bertajuk " Haruskah guna sesuatu dengan tanda 'halal" atau "islam" tanpa selidik?" atau terus buka di pautan :-

http://www.zaharuddin.net/v1/index.php?option=com_content&task=view&id=194&Itemid=72

sekian.

Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

27 feb 2007




Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 5 guests

Komen Terbaru

You are here: Pelaburan & Perniagaan Giliran E-Barrel(Buy Barrel) Di Semak