Pelaburan & Perniagaan Bagaimana Sesebuah Sekuriti (Saham) di Luluskan Oleh Shariah

Bagaimana Sesebuah Sekuriti (Saham) di Luluskan Oleh Shariah

  • PDF
(35 votes, average 4.46 out of 5)

Bagaimana Sekuriti (Saham)

di Luluskan Oleh Syariah

Rencana ini dipetik dari Laman Web Suruhanjaya Sekuriti

Boleh rujuk artikel asal di sini

Perlu disemak Cara Menyertai & Mendapatkannya

Sekuriti lulus Syariah didagangkan setiap hari di pasaran saham Malaysia. Mungkin pelabur telah pun melabur dalam sekuriti ini tanpa menyedarinya. Pada asasnya, sekuriti patuh Syariah adalah sekuriti yang sama yang didagangkan di Malaysia Securities Exchange Bhd (MSEB) tetapi sekuriti ini mesti mematuhi satu set kriteria sebelum mereka boleh dikategorikan sebagai lulus Syariah.

Aktiviti yang dibenarkan berbanding aktiviti yang tidak dibenarkan
Bawah prinsip Syariah, salah satu daripada aspek paling penting sebelum sesuatu keputusan pelaburan dibuat ialah keperluan menilai aktiviti perniagaan sesuatu syarikat untuk memastikan sama ada aktivitinya dibenarkan (halal) atau tidak dibenarkan (tidak halal). Jadi, bagaimana pelabur hendak menentukannya?

Untunglah bagi pelabur Malaysia, Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah mengambil langkah untuk menilai aktiviti perniagaan syarikat-syarikat awam tersenarai. Sekuriti bagi syarikat yang memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh MPS akan diklasifikasikan sebagai lulus Syariah.

di sahkan
 

Kriteria

Sekuriti bagi syarikat yang menjalankan mana-mana kegiatan yang berikut tidak layak untuk lulus Syariah:

a.

Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah);

b.

Perjudian;

c.

Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan;

d.

Insurans konvensional;

e.

Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan Syariah;

f.

Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan;

g.

Pembrokeran atau jual beli sekuriti yang tidak diluluskan Syariah; dan

h.

Aktiviti lain yang didapati tidak selaras dengan Syariah.

Selain itu, MPS turut mengambil kira faktor-faktor lain yang tidak berasaskan aktiviti, seperti -

  • kadar sumbangan pendapatan faedah yang diterima oleh syarikat daripada simpanan tetap konvensional atau lain-lain instrumen kewangan yang mempunyai faedah.
  • dividen yang diterima oleh syarikat daripada pelaburannya dalam sekuriti yang tidak lulus Syariah

Walau bagaimanapun, bagi syarikat yang aktiviti perniagaan terasnya meliputi kedua-dua elemen, yang dibenarkan dan tidak dibenarkan, MPS menetapkan kriteria tambahan dalam menilai sekuriti syarikat tersebut, iaitu:

  • Peratus elemen haram apabila dibandingkan dengan keseluruhan aktiviti teras;
  • Persepsi awam atau imej syarikat, sama ada baik atau sebaliknya; dan
  • Aktiviti teras syarikat, sama ada penting dan membawa manfaat secara umum (maslahah) kepada keseluruhan masyarakat (ummah).

Ukur rujuk 10 peratus

Ukur rujuk ini digunakan untuk menilai kadar sumbangan bercampur daripada aktiviti yang membabitkan elemen "umum balwa" yang merupakan elemen terlarang yang melibatkan kebanyakan orang dan sukar untuk dielakkan. Contoh sumbangan ini ialah pendapatan faedah daripada simpanan tetap (FD) syarikat tersenarai di bank konvensional. Ukur rujuk ini turut digunakan bagi aktiviti berkaitan tembakau.

Contoh:
Jentayu Bhd merupakan sebuah syarikat pembinaan yang menyimpan wangnya dalam simpanan tetap (FD) konvensional di bank perdagangan. Jika peratus pendapatan faedah daripada FD yang disumbangkan kepada hasil kumpulan, melebihi 10 peratus ukur rujuk, sekuriti Jentayu Bhd akan diklasifikasikan sebagai tidak lulus Syariah.

Ukur rujuk 25 peratus

Ukur rujuk ini digunakan untuk menilai kadar sumbangan bercampur daripada aktiviti yang pada amnya dibenarkan menurut Syariah tetapi turut mempunyai elemen aktiviti yang boleh menjejaskan status lulus Syariahnya. Antara aktiviti yang termasuk dalam ukur rujuk ini ialah pengurusan hotel dan rumah peranginan dan perdagangan saham serta pembrokeran saham dalam sekuriti yang tidak lulus Syariah. Aktiviti ini boleh melibatkan aktiviti yang tidak dibenarkan menurut Syariah.

Contoh:

Batu Bhd terlibat dalam perniagaan kuari dan pembinaan. Walau bagaimanapun, salah satu daripada anak syarikatnya terlibat dalam perniagaan perhotelan dan pusat peranginan. Sekuriti Batu Bhd akan diklasifikasikan sebagai tidak lulus Syariah sekiranya peratus hasil dan keuntungan sebelum cukai daripada hotel dan pusat peranginan itu menyumbangkan 25 peratus melebihi ukur rujuk, kepada hasil dan keuntungan sebelum cukai kumpulan tersebut

Kriteria kualitatif

Dalam menentukan status Syariah, MPS turut mengambil kira faktor kualitatif, umpamanya pandangan umum atau imej syarikat dan aktiviti terasnya, dan sama ada aktiviti itu penting dan dianggap maslahah (memberikan "manfaat" umum) kepada masyarakat dan negara Islam.

Pada masa ini, lebih daripada 80% syarikat awam tersenarai di Bursa Malaysia diklasifikasikan sebagai lulus Syariah. Oleh itu, pelabur yang melabur berdasarkan prinsip-prinsip Syariah mempunyai lebih banyak syarikat untuk dipilih bagi menambah portfolio pelaburan mereka

Stok pinjaman

Stok pinjaman yang disenaraikan di Malaysia Securities Exchange Bhd (MSEB) tidak dikira sebagai sekuriti lulus Syariah kerana stok tersebut adalah instrumen berfaedah dan tidak distrukturkan mengikut prinsip-prinsip Syariah. Pelabur mesti memahami perbezaan ini kerana, walau pun saham sesebuah syarikat mungkin dikelaskan sebagai lulus Syariah, stok pinjamannya pula tidak lulus Syariah.

Contoh:

XXX Bhd

Sekuriti

Lulus Syariah

XXX Bhd - Saham

Ya

XXX Bhd - Waran/hak

Ya

XXX Bhd - Stok pinjaman

Tidak *

Nota: * menandakan bahawa sekuriti ini tidak lulus Syariah kerana merupakan instrumen berfaedah.

Sumber-sumber bantuan

Lebih 80% sekuriti yang disenaraikan di MSEB adalah lulus Syariah dan terdapat dalam hampir kesemua sektor. Ini menyediakan peluang pelaburan yang mencukupi bagi pelabur yang berhajat untuk melabur dalam sekuriti lulus Syariah. Pelabur boleh membuat semakan cepat dengan-

  • Membaca buku kecil SC mengenai Senarai Sekuriti yang Diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti yang boleh diperoleh secara percuma daripada SC dan dikemaskinikan setiap enam bulan; atau

Tetapi ingatlah bahawa sekuriti lulus Syariah hanyalah untuk menyatakan status dibenarkan atau halal bagi sesuatu sekuriti. Ia bukan satu pengesahan oleh SC bahawa sekuriti itu sesuai untuk pelaburan. Pada asasnya, pelabur mesti membuat keputusan pelaburan mereka sendiri. Oleh itu, pelabur masih perlu melengkapi diri dengan pengetahuan, contohnya membaca prospektus dan laporan tahunan syarikat.

Siapa yang menentukannya?

Sekuriti lulus Syariah ditentukan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti (SC). Ahli-ahli MPS, yang dilantik oleh SC, terdiri daripada para ulama, hakim dan pakar kewangan. Mereka menentukan sekuriti yang mana mematuhi prinsip-prinsip Syariah.

Untuk maklumat lanjut mengenai sekuriti lulus Syariah, sila hubungi Jabatan Pasaran Modal Islam di nombor 03-6204 8000



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 38 guests
Latest members:
  • Mohd Nasir

Komen Terbaru

You are here: Pelaburan & Perniagaan Bagaimana Sesebuah Sekuriti (Saham) di Luluskan Oleh Shariah