Pelaburan & Perniagaan Venturemaxint Haram kata PPIM ?

Venturemaxint Haram kata PPIM ?

  • PDF
(3 votes, average 3.67 out of 5)

Jangan terpedaya dakwaan pelaburan Internet halal - PPIM 



PETIKAN AKHBAR UTUSAN-24 APRIL 2007

KUALA LUMPUR 23 April - Para pelabur beragama Islam diminta tidak terpedaya dengan penganjur skim cepat kaya atau pelaburan menerusi Internet yang sekadar mengemas kini laman web masing-masing dan mendakwa kononnya aktiviti mereka halal tanpa unsur riba.


Peringatan itu diberi kerana penganjur skim-skim berkenaan yang tidak dikenali identiti mereka, secara tiba-tiba menukar pelan pelaburan dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi memberi keuntungan secara tetap, untuk mempromosikan aktiviti mereka sebagai halal.


Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin memberitahu Utusan Malaysia, hanya menerusi pengubahsuaian terhadap kandungan laman web iaitu dengan menukar pelan pelaburan dan jaminan keuntungan, tidak mencukupi untuk mengesahkan bahawa aktiviti mereka adalah halal.



Sebaliknya, tegas beliau, soal halal dan haram atau sama ada ia mengandungi unsur riba serta perniagaan yang mencurigakan mengikut syariat Islam hanya boleh diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, bukannya penganjur skim-skim cepat kaya itu sendiri.

Beliau mempersoalkan bagaimana begitu mudah iaitu cuma sehari dua penganjur skim terlibat boleh mendakwa aktiviti mereka sudah menjadi halal sedangkan selama ini mereka memang mengambil riba.
"Takkan sekelip mata mereka aktiviti mereka yang sebelum ini haram boleh tiba-tiba jadi halal hanya dengan perbaharui laman web, semua ini sangat mencurigakan."Kita harap orang ramai segera jauhi pelaburan menerusi Internet yang telah difatwakan haram walaupun ada penganjur kata ia halal tetapi kita sendiri tak tahu siapa yang kendalikan, sedangkan maklumat PPIM mengatakan dalang-dalang aktiviti ini ialah bukan Islam yang mahu merosakkan umat Islam di negara ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Noor Nirwandy turut mengesahkan bahawa PPIM telah menyiasat beberapa laman web yang mengubah kandungan utamanya dengan menyatakan bahawa aktiviti mereka menyediakan keuntungan yang tidak tetap sebaliknya berubah-ubah mengikut kadar harian, mingguan dan bulanan.


Katanya, salah satu daripadanya ialah Venturemax International menerusi laman web
[link] yang kini dipromosikan oleh ejen-ejennya di negara ini sebagai halal iaitu langkah terbaru mereka mengembalikan keyakinan pelabur Islam.

KOMENTAR UZAR

Saya belum kesempatan menyemak Venturemaxint tapi saya tahu bahawa FAQ dalam webnya mendakwa ia halal. Bagi saya semua orang boleh dakwa dia halal, tapi yang penting adalah siapa yang iktiraf kehalalannya itu. Jika makanan di Malaysia diiktiraf oleh JAKIM yang beragama Islam tentunya. Jika Bank-bank Islam dan Takaful disahkan oleh majlis Penasihat Shariahnya yang juga didedahkan nama-nama mereka. Maka siapa pula yang faham hukum dalam venturemaxint hingga boleh dengan suka hati dakwa mereka halal. Bagaimanapun, saya tiada komen tepat lagi buat Venturemaxint , sekadar memaparkan komen dari pihak PPIM.

Sekian

25 April 07 

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 21 guests

Komen Terbaru

You are here: Pelaburan & Perniagaan Venturemaxint Haram kata PPIM ?