Pelaburan & Perniagaan Web Skim Cepat Kaya Ke Alam Ghaib ?

Web Skim Cepat Kaya Ke Alam Ghaib ?

  • PDF
(27 votes, average 3.78 out of 5)

Web Skim Pelaburan Cepat

Kaya Di Alam Ghaib?

Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman

Tulisan ini ditulis pada 24 Mei 2007

 

Mahu Relax Lagi ??
 

Saya telah cuba membuka web-web pelaburan cepat kaya haram melalui internet pada tanggal 24 Mei 2007. Tumpuan utama saya adalah kepada web-web skim cepat kaya yang pernah saya kaji sebelum ini, tetapi malang hampir semuanya gagal sudah tidak dapat dibuka lagi, sebagai contoh http://www.swisscash.biz/, dulu kajian saya merujuk kepada alamat ini, tetapi webnya sudah tiada lagi di alamat ini. Setelah disemak, rupanya mereka telah menukar ke alamat lain .

Apakah alasan yang paling konkrit bagi sesebuah syarikat pelaburan melalui internet' untuk kerap menukar 'url' atau alamat websitenya? Adakah kerana servernya terhenti kerana dibanjiri ‘pelabur'?

Persoalannya, mengapa penganjur skim ini begitu ‘miskin' sehingga terpaksa menggunakan server berkongsi sehingga terpaksa disekat dan bertukar ke server lain?. Sepatutnya mereka sudah boleh merancang dari awal untuk menyediakan server yang pantas dan canggih, kerana laman web mereka adalah rukun perniagaan pelaburan mereka. Ini dalam realiti sebenar, tetapi kita lihat seolah-olah memang ada perancangan bertukar server ke sana sini bagi mengelakkan identiti dikenali dengan mudah.

Ada juga web yang menyebut mereka sedang dalam pembikinan proses tukar server, apabila saya bertanya kepada beberapa bekas pelabur berkenaan tempoh masa proses penukaran ini telah diiklankan, mereka mendakwa sudah lebih 3 minggu. Laman web saya (http://www.zaharuddin.net/) pernah pernah menukar ‘server', tetapi ia hanya mengambil masa 2 hari sahaja. Justeru, mengapa proses yang mereka lakukan terlalu lama?. Pastinya ada muslihat untuk ke alam ghaib.

Sedangkan bagi sesebuah organisasi seperti ini (jika benar ia sebuah organisasi), mereka sepatutnya amat menghargai alamat web mereka yang telah dikenali dan popular lalu mengekalkannya. Adalah satu kerugian untuk kerap menukar alamat web site apabila ia telah dikenali. Kita boleh melihat seperti semua bank-bank yang berada di Malaysia, adakah kerap ditukar alamatnya ? Sudah tentu tidak jawabnya, kerana ia bakal menyusahkan pelanggan tetap mereka.

Tidak Boleh Buka Lagi

Selain web di atas, saya juga cuba membuka web-web yang pernah saya kaji dahulu tapi gagal. Antaranya :-

Inilah antara skim yang sempat saya kaji, tapi malangnya semua alamat web site yang dulunya saya gunakan ini telah tidak dapat dibuka lagi. Belum samapai setahun mereka sudah menghilang.

Walaubagaimanapun, sebahagian web yang lain masih boleh dibuka, tetapi ia mempunyai masalah lain pula, seperti tidak boleh login pula. Inilah yang dinyatakan oleh bekas-bekas pelabur kepada saya. Sebagai contoh http://www.eaindex.com/ . Tidak boleh login. Apakah tandanya ini?

Secara spontan, datang di minda saya bahawa adakah mungkin para ‘pelabur' sudah mula dipermainkan oleh pemilik web-web ini atau sememangnya kerana urusan dan masalah teknikal. Kemungkinan lain adalah keadaan ini menunjukkan tanda-tanda bahawa penipuan sedang 'dalam proses' ataupun memang hakikatnya mereka secara 'tidak sengaja' telah ter'menipu' para ‘pelabur' mereka yang terlalu bersangka baik dengan mereka. Saya juga belum pasti jawapannya. 

Saya bersimpati dengan para 'pelabur' Muslim terutamanya yang telah tertipu, ditipu dan bakal ditipu oleh skim-skim ini. Semoga ia menjadi pengajaran berguna buat kita, dan anggaplah wang yang telah 'lesap' sebagai 'kaffarah'  atau penghapus dosa-dosa di dalam perolehan harta kita selama ini. Sudah tentu ia ujian dari Allah SWT. Justeru, adalah amat diperlukan umat Islam lebih berhati-hati dan berfikir dalam terutamanya dari sudut hukum Islam sebelum menceburi sesuatu yang pelaburan yang menawarkan sesuatu yang terlalu baik sehingga tidak masuk akal.

Belum Insaf

Bagi mereka yang masih belum insaf, serta menjadikan kewujudan laman web mereka sebagai tanda kebenaran pelaburan mereka. Ingin saya nasihatkan bahawa selagi masih ada manusia yang boleh ditipu untuk menjadi ahli baru, maka selagi itu web seperti ini masih boleh bertahan. Di ketika ia semakin tidak popular, ia dengan segera akan hilang. Justeru, berhati-hatilah.

Selebihnya, terpulang pada anda untuk menggunakan wang anda dan menjawabnya dengan baik di akhirat kelak. Sedangkan arak dan judi yang haram secara sepakat tanpa perlu kepada fatwa itupun masih lagi wujud dan meraih keuntungan. Justeru, masih wujud atau tidak, bukanlah penentu benar atau salahnya.

Tugas saya adalah menasihati akan haramnya skim sebegini menurut kaedah-kaedah dan dalil-dalil bersumber dari Al-Quran dan Al-Hadith, demikian juga fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan yang bertanggung jawab mengeluarkan fatwa bagi seluruh penduduk Malaysia. Allah SWT berfirman:

:

إنك لا تهدي من أحببت ولكن الله يهدي من يشاء

Ertinya : "Sesungguhnya bukanlah engkau (Nabi Muhammad SAW atau sesiapa jua) mampu memberikan hidayah kepada sesiapa yang engkau kehendaki, tetapi Allah SWT yang memberikan hidayah"

Statistik Merudum

Jika dilihat dari sudut statistic pula, info yang saya petik dari http://www.alexa.com/, menunjukkan betapa jatuh merudumnya sambutan kepada pelaburan haram ini. Statistik yang dipaparkan menunjukkan bagaiaman hangatnya mereka di satu ketika dan bagaimana keadaannay sekarang.

Alhamdulillah, ini bermakna usaha pemberitahuan haram skim ini telah berjaya sampai ke hati majoriti umat Islam. Tahniah.!

Petunjuk Yang Menarik 

Petunjuk :

Biru : http://www.abfund.us/

Coklat : http://www.danafutures.com/

HIjau : http://www.fical.us/

Biru muda : http://www.empay.com/

Hitam : http://www.winlifund.com/

Berikut pula prestasi eaindex yangberjaya di turunkan. Cuba lihat graph yang menurun ini. Lihat sendiri di alexa

 

Merudum ..alhamdulillah ! 

Graph : Menunjukkan lawatan ke web eaindex menurun. Alhamdulillah ! 

Semoga kita semua diberi kekuatan dari terpersona dengan ujian duit yang tidak kekal di akhirat. Kecuali bagi sesiapa yang memperolehinya dan menggunakannya dengan cara yang halal menurut hukum Islam.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

24 Mei 2007



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 25 guests

Komen Terbaru

You are here: Pelaburan & Perniagaan Web Skim Cepat Kaya Ke Alam Ghaib ?