Pelaburan & Perniagaan Peraduan Spot Nombor Kereta & Menang

Peraduan Spot Nombor Kereta & Menang

  • PDF
(34 votes, average 4.53 out of 5)

Peraduan Pemandu Berhemah

Dengan Spot Nombor Kereta

spot nombor & menang ?
 

Soalan 1

Apa pandangan ustaz dengan peraduan berhemah di jalan raya, dengan penyertaan dan nombor kereta di spot dan seterusnya menangi hadiah perhargaan. Bolehkah saya menyertainya.

Soalan 2

Minta pendapat tentang rxxxxxxxxx.com. Details ada dalam laman web di atas, rasa macam tak clear je menda ni.. tapi ramai orang islam yang join juga..

Saolan dari : kuehraya@yahoo.com

Jawapan

Setalah merujuk web syarikat yang menawarkan peraduan ini, info ringkas peraduan itu adlaah seperti beirkut :-

  • 1. Keahlian terbuka kepada semua pengguna Maxis (012/017/0147),Digi (016/0146/0143) & Celcom (019/013/0148).
  • 2. Mereka yang berumur bawah 18 tahun perlu mendapat kebenaran dari ibubapa terlebih dahulu sebelum mendaftar sebagai ahli.
  • 3. Apabila anda menghantar sms untuk menjadi ahliRxxxxxxxbermakna anda bersetuju mematuhi segala syaratnya.
  • 4. Setiap hari, 'Mat Safety Spot' akan mencari para pemandu yang berhemah di jalanraya. Ahli yang ingin dihargai mestilah memandu dan mematuhi peraturan jalanraya.
  • 5. Ahli mesti bertanggungjawab di atas semua caj daripada telefon bimbit milik pengguna walaupun jika atau pengguna bukan orang yang turut serta.
  • 6. Ahli yang ingin mendapat penghargaan harian dan hadiah utama mestilah mempunyai nombor pendaftaran kenderaan Malaysia. Nombor pendaftaran tersebut mestilah dispot dah disahkan oleh ahli jawatankuasa kami.
  • 7. Jika nombor pendaftraran kenderaan anda dikesan oleh 'Mat Safety Spot' dan anda telah mendaftar sebelum pengumuman, anda akan menerima satu soalan dan perlu menjawab soalan tersebut dalam masa yang terpantas untuk melayakkan anda mendapat penghargaan harian dan juga berpeluang untuk mendapat penghargaan utama.
  • 8. Jawapan hendaklah dihantar dalam tempoh 7 hari. Jika jawapan salah, ahli tidak layak mendapat sebarang penghargaan
  • 9. Jika nombor pendaftaran kenderaan di'spot' dan anda tidak berdaftar sebelum pengumuman, anda tidak layak mendapat penghargaan hari tersebut. Bagaimana pun jika anda mendaftar sebelum 'Mat Safety Spot' bergerak semula, anda berpeluang untuk menang untuk hari yang baru.
  • 10. Ahli boleh mendaftar seberapa banyak yang mereka mahu tetapi jika terdapat lebih dari seorang ahli mendaftar nombor kenderaan yang sama, maka hadiah akan diberikan mengikut kelayakan masa yang terpantas semasa menjawab soalan.
  • 11. Ahli yang mendaftar melalui sms, bagi setiap nombor pendaftaran kenderaan yg didaftarkan akan dikenakan yuran langganan RM3 setiap minggu.
  • 12. Ahli yang mendaftar sebagai 'AHLI ELITE' dengan membayar yuran tahunan RM99.00 bagi setiap nombor pendaftaran kenderaan tidak akan dikenakan yuran langganan RM3 setiap minggu.
  • 13. Ahli yang mendaftar sebagai 'AHLI ELITE' dengan membayar yuran setengah tahun RM55.00 bagi setiap nombor pendaftaran kenderaan tidak akan dikenakan yuran langganan RM3 setiap minggu.
  • 14. Keputusan syarikat adalah muktamad dan surat menyurat tidak akan dilayan. Pihak syarikat berhak untuk menggunakan nama, gambar dan rakaman suara ahli terpilih untuk tujuan promosi dan pengiklanan.
  • 15. Tempoh tuntutan hadiah harian selama 60 hari dari tarikh pengumuman. Tuntutan tidak boleh dibuat selepas tamat tempoh. Ia menjadi tangungjawab setiap pemenang untuk menuntut hadiah mereka. Sekiranya keahlian anda tidak aktif semasa pihak syarikat menghubungi, secara automotik penghargaan anda akan terbatal.
  • 16. Setiap nombor plat kenderaan yang dikesan (termasuk kenderaan yang tidak berdaftar sebagai ahli) akan disiarkan di laman web www.xxxxxxxxxx.com untuk diperiksa oleh pelawat sendiri. Ahli-ahli akan diberi penghargaan secara terbuka dengan kehadiran pihak media dan akan disiarkan diakhbar-akhbar utama.
  • 17. Sewaktu menerima penghargaan, ahli perlu menunjukkan salinan kad pengenalan, kad pendaftaran kenderann dan juga surat pemilikan nombor telefon bimbit yang disahkan. Pengguna pra-bayar hendaklah memastikan baki akaun anda melebihi RM10.00 dan bagi pengguna pasca-bayar pastikan talian anda tidak di gantung dari operator anda.
  • 18. Setelah menjadi ahli,RxxxxxxxMembers akan menghantar SMS yang mengandungi faedah, aktiviti, promosi dan tip. Tiada caj untuk SMS terpilih.
  • 19. Syarikat akan mengumumkan nama ahli yang telah mendapat penghargaan dan aktiviti-aktiviti menarik kepada ahli-ahlinya setiap minggu.

Gambar Hiasan

Jawapan :

Masalah  Pertama :

Setiap pengaktifan kad perlu membuat pembayaran, dan ianya hanya aktif selama 7 hari sahaja. Dalam masa seminggu itu, peserta berharap kepada nasib agar nombor plat keretanya di spot bagi mendapatkan penghargaan.

Masalah Kedua :

Walaupun nombor platnya telah dispot oleh mat spot, elemen nasib berulang apabila di beritahu (oleh pegawai syarikat) bahawa satu soalan akan dikemukan kepada peserta, siapa cepat jawab dia menang. Ini bermakna, jika anda di spot sekalipun, ia masih tidak pasti samada berjaya atau  tidak.

Masalah Ketiga :

Setelah menelefon pejabat syarikat terbabit bagi mendapatkan penjelasan. Mereka menerangkan, pendaftaran melalui SMS dicaj biasa oleh operator. Tetapi apabila diterima, pengumuman mingguan akan dibuat melalui sms kepada kita, dan caj RM 3.00 akan dikenakan untuk seminggu.

Hukum Shariah

Dari sudut Shariah, RM 3.00 seminggu uitu dilihat sebagai yuran pertaruhan untuk dispot bagi memenangi penghargaan yang terdiri dari hadiah bulanan RM 25,000 atau hadiah harian RM 500, RM 200 dan lain-lain. Malah unsur perjudian bertambah besar apabila mana-mana nombor yang spot perlu menjawab soalan terpantas untuk menang.

Justeru, dari sudut hukum Islam, peraduan sebegini adalah haram walaupun ia adalah halal dari sudut undang-undang Malaysia.

Sekian

www.zaharuddin.net 

1 Julai 2007



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 14 guests

Komen Terbaru

You are here: Pelaburan & Perniagaan Peraduan Spot Nombor Kereta & Menang