Pelaburan & Perniagaan Adakah Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary Kaya Melalui Cepat Kaya ?

Adakah Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary Kaya Melalui Cepat Kaya ?

  • PDF
(304 votes, average 4.84 out of 5)

TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY : ADAKAH CEPAT KAYA ?

(Ulasan saya di bawah artikel ini - zaharuddin abd rahman)

b_p1mokhtar.jpg

  • Umur - 53 tahun
  • Pendidikan - SPM
  • Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
  • Kekayaan -RM1,425 juta
  • Ke 7 terkaya di Malaysia
  • Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)


Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.

Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.

Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Strategi tersendiri

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.

Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).

Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.

Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.

Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

Yayasan al-Bukhary ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban.
Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya.

Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.
Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion.clap

Info ini diambil dari http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=546

KOMEN RINGKAS SAYA

1) Jelas dari info yang dinyatakan di atas. Keuntungan yang dihasilkan benar-benar atas kerja dan usaha yang tidak mudah serta memakan masa. Ia tidak bersifat cepat kaya.

2) Jelas juga kelihatan tender dan projek kerajaan adalah antara pendorong dan pembantu utama usahwan bumiputra seperti beliau untuk mencapai kedudukan sekarang. Saya pernah bertugas sebagai Shariah Consultant di sebuah syarikat Bumiputra dalam industri pembuatan, iaitu Ingress Corporation Berhad.

Syarikat ini adalah sebuah syarikat bumiputra contoh yang cukup dinamik dan energetic kerana tidak begitu banyak bergantung kepada tender kerajaan sahaja, tetapi meluaskan empayar ke Thailand, Indonesia dan lain-lain melalui kualiti tanpa 'bodek' politik mahupun rasuah. Benar, peluang yang diberikan oleh kerajaan untuk usahawan Bumiputra jangan diabaikan selagi ia halal.  

3) Saya tidak nafikan, realiti di zaman ini memang sukar untuk berjaya di dalam bisnes yang besar-besar khasnya kecuali terdapat unsur-unsur tidak sihat seperti rasuah, tender tertutup, kabel orang dalam, kabel politik dan lain-lain.

Bagi mereka yang rasa diri terjebak atau ragu-ragu, salah satu tindakan terbaik adalah memperbanyakkan derma, sedeqah dan bantuan kepada masyarakat awam sebagaimana yang ditunjukkan model Yayasan Al-Bukhary. Sudah tentu saya tidak mengatakan beliau terlibat dengan apa-apa yang tidak sihat, cuma yang ingin saya tegaskan adalah perlunya usahawan Islam yang berjaya melakukan usaha seperti Yayasan kebajikan begini kerana ia memang menjadi pembersih kepada harta-harta syubhat dan haram serta mampu menaikkan keberkatan dalam pendapatan harta.

4) Dari kisah di atas juga kelihatan, sijil universiti bukan satu-satunya masa depan buat para pelajar. Hanya sekadar SPM (tapi SPM di zaman Tan Sri sebenarnya sememangnya sudah sangat hebat) seseorang masih boleh maju kehadapan.

5) Semua harta ini bukanlah menjadi milik kita selamanya, nikmatnya akan terhenti sejurus kematian menjelma kecuali bagi sesiapa yang bijak menggunakannya untuk alam akhirat.

6) Jadikan kisah di atas sebagai panduan dan motivasi diri untuk memberi manfaat kepada umat Islam yang lain.

Hari ini, saya meneliti permohonan pembiayaan Islam oleh sebuah syarikat milik bukan Islam. Syarikat ini menyediakan tin, dan bahan makanan dalam tin, susu dan lain-lain. Ia disahkan sebagai produk halal dan telah mendapat tempahan dari seluruh dunia terutamannya negera-negara umat Islam seperti UAE, Syria, Yemen, Qatar, Saudi, Iran, Sudan dan lain-lain. Betapa bersungguhnya mereka dalam kerjaya dan memohon pembiayaan Islam pula.

Tidak dinafikan, terdetik hasrat untuk melakukan yang sama demi membantu umat Islam dan masyarakat Islam disamping memperbanyakkan peluang pekerjaan buat umat Islam. Mari bersama saya menubuhkan sebuah Pasaraya Besar Islam yang halal, anda minat menjadi rakan kongsi dan melabur? :) Ia adalah satu peringatan ini buat diri saya sebenarnya.  

Sekian, sekadar ulasan ringan di waktu kesibukan yang amat kini.

Zaharuddin Abd Rahman

9 Julai 2007

http://www.zaharuddin.net/




Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #102 hidup tanpa rasuahana 2012-05-06 21:39
bukan senang nk jd senang...skg apa2 smua nk kene jolok ..maksud saya rasuah...tanpa rasuah org x layan..nk buat apa2 kena jumpa org dlm..klu x..x dpt jop atau tender..?kerajaan kita nk hapuskn rasuah...bukan senang.bila kita nk besarkn peniagaan kena jumpa org dlm ..nk buat apa2 pn kena jumpa org dlm...kabel trtutup..kabel politik...itu dah pasti..rasuah n syubha itu dh jd biasa...klu x percaya cuba lah tanya org yg dh brjaya...hanya segelintir je hasil usaha meke bersih..apa2 pn berusaha,berdoa ,bersabar dan bertawakal lah...semoga hasil usaha yg bersih walaupn sedikit bersyukurlah smoga dpt keberkatan drNya..itu ada lah lebih mulia dr kaya tp hanya pat kemurkaan dr Nye...tp jika usaha mu berlipat ganda dn mjadi kaya jgn lupa diri.bantu kita yg susah di sini agar kita saling berkongsi ilmu dan akhirnya dpt menghulur bantuan pd mereka yg idup susah.... ;-)
Quote
0 #101 sarananAsmadi 2012-04-15 14:14
Alhamdulillah.. semoga allah memberikan rezeki yang berlipat ganda lagi kepad Tan Sri atas kerendahan dan tawaduk beliau kepada segenap lapisam masyarakat tak kira agama. Tan sri merupakan edola saya dan berharap suatu hari nanti akan dapat bersemuka dengan beliau dan muda-mudahan boleh menurut jejak langkah beliau di masa mendatang insyaallah...........
Quote
+2 #100 Penubuhan hypermarket IslamEbby Amran 2012-03-05 00:59
Salam alaik uzar dan rakan2,

Jadi uzar, mcmana? Dah habis phd uzar ni. bolehlah kita mulaka perbincangan usahasama hypermarket Islam tersebut?

Semoga menjadi kenyataan, amin...
Quote
0 #99 Bangga,kalau boleh sama-sama kita jadi macam Tan Sri.Fairuz 2012-03-03 23:45
Sungguh bangga dengan usaha Tan Sri.Alangkah bagusnya kalau sama-sama kita b usaha menjadi seperti tan Sri,meramaikan usahawan Melayu Islam dlm negara,barulah kita boleh bersaing dgn bangsa lain yg dah lebih maju.Tapi mampukah kita melakukannya?kita mampu kalau kita ikut benar-benar ajaran islam,Rasululla h adalah contoh terbaik.. Insaallah
Quote
0 #98 bisnesmohd asri bin jusoh 2012-02-20 20:28
assalamualaikum tan sri mokhtar al bukhari....terima kasih kerana telah berusaha bersungguh2 sehingga berjaya menjadi contoh dan sekaligus menjadi idola saya utk terus berjaya dan mencapai ke tahap tan sri skrg..mudah2han satu hari nanti sy mampu melakukan perkara yg sama seperti tan sri..insyaallah.....
Quote
0 #97 ciknurwadaniah 2012-01-05 01:13
Assalamualaikum ustadz, boleh saya dapat maklumat lanjut tentang Tan Sri. Saya ada banyak kemusykilan yang perlukan jawapan yang tepat dan jelas demi menjaga nama baik Tan Sri. Betulkah ada pihak yang mengambil kesempatan menggunakan status anak kepada Tan Sri dan menjual dana-dana yang ingin diagihkan oleh Yayasan Al-Bukhary?
Quote
+1 #96 meminta modal niaga anak ramai johorarnira 2011-10-27 13:45
saya ingin memohon kepada sesiapa yang dapt tolong bg modal niaga.sy mmg ada gerai tp malang barang2 niaga di curi.sy ke jkm mnta bantuan tp x ada.sy menjaga 6 orang ank.sy bergantung hidup selama dngan berniaga,ibarat kalau x berniga sy x ada duit.asya bukan nak bnyak sekadar nak semula buka niaga yg 1 mnggu ditutup.sy berniga makanan di gerai kecil.ank2 semua di bawah jagaan sy.sy baru jadi ibu tunggal.sesiapa yang dapat tolong hubungi sy 0177377945(NUR) ATAU ACC CIMB 01060000047205;at au sebarang pinjaman tapi yg mampu saya bayar.wasalam
Quote
0 #95 MrEbby 2011-10-17 10:56
Salam alaik,

its interesting that diff people has diff side of opinion, tp akhlak kena la jaga, jika xde bukti jgn keluarkan stmt, kena saman baru nangis x berlagu dan oleh kerana tiada bukti, kan ke jadi firnah? free2 je dosa kering. kalaupun x suka jgn nyatakan di khalayak seolah2 nak mengaibkan org lain, kelak aib kita pula dibukaNya, baru padan muka hehehe... Anyway, saya berminat untuk JV jika al-Fadhil UZAR bercita2 membuka pasar besar HALAL, bnyk peluang dan kebajikan boleh kita dapat dan salurkan dari situ. Utk pengetahuan saya telah 16 thn didlm industri perbankan, separuh darinya perbankan Islam dan perniagaan. terkini bekerja dlm bidang Shariah Advisory di sebuah bank yg membantu usahawan PKS (saya hanya practitioner, tiada official shariah studies). Jika UZAR masih berminat bolehlah hubungi saya ;-)
Quote
+2 #94 Mryahya 2011-06-23 00:59
Hmmm...pendapat saya....kita kena ubah mentaliti. Jangan dipikirkan sangat soal Melayu. Tapi utamakanlah Islam. Rata-rata umat Melayu di Malaysia ni terlalu fanatik kaum. Alangkah baiknya jika kita sentiasa letak Islam di depan dalam segala hal. Bagi saya tidak kisahlah asalkan muslim berjaya. Saya bangga Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary sebagai muslim yang kaya. Hatta jika seorang cina atau india muslim kaya pun kita patut bangga. Apalah nilai Melayu di mata Allah.
Quote
+1 #93 sy bniat sebegitu...sy stuju&bminats.nor 2011-02-19 09:19
Salam Ustaz,Sy ex-emplyee retailing (1st opened in Msia mula thn 80-an). Awl kje, niat sy mcr pngalamn&cr ilmu,lama-kelamaan sy dpti byk unsur syubhh.Plus operation (store outlet) byk org Islam yg sering kali kje dlm tpksa. Sy cb mmbntu, wlbgmnpn semua kn bmula dr top mngt. De bbpe di antara mereka org Islam tp xsemua pkirkn quality (halal) mlh utamakn quantity (profit). Sy spendpt dgn ustz, krn sy pn bimiginasi sbgitu,plus kita leh collabrate ngn produk Islm dr negara Islam yg len. It can woks since non-muslim also cater for muslim products. Sy bkerja krn ingin praktik teori yg dipelajari krn matinya ilmu krn amal. Kmudian sy berniat, berhasrat untuk mjadi org yg bjaya yakni org yg memanfaatkn drinya tuk org len. Dgn involve dlm muslim retailer, ia beri own satisfctn kpd sy. Ustz jgn lupa kbrkn kpd sy krn sy berminat direct & indirectly, (share info etc). Ia bkn mberi pluang pkerjaan, pniagaan,mlh penuhi kperluan umat Islam yg halal lg myakinkn. InsyAllah..amin, moga2 bgitula hndknya
Quote
0 #92 Lebih baik ingatkan diri sendiriEndut 2011-01-15 23:09
Mudah2an komen panas di sini bukan mempunyai niat tertentu....berfikiran terbuka lah....kalau menyampah/tidak puas hati macam mana pon dengan Tan Sri, ada baiknya saudara/saudari tersebut fikirkan apa jasa yang telah dibuatnya.
Mungkin kalau kita kaya seperti Tan Sri, belum tentu kita akan membantu agama dan bangsa. Semasa belum dikurniakan kekayaan, kita mungkin berkata 'kalau aku kaya, aku nak tolong orang2 susah, orang nak jumpa tak perlukan appointment dan macam2 lagi....Bila dah senang......lupa dunia
Saya sokong Liyana, 1 jari menuding pada Tan Sri, 4 jari tunjuk pada kita sendiri.
Wallahuaklam
Quote
+2 #91 Kongsi pendapatHamba Allah 2010-10-25 10:52
Assalamu'alaikum.
Baik juga ada 1 Melayu jutawan dikalangan 100 000 melayu miskin, daripda tarak langsung...syukuurrr lah ada 1 Melayu ni yang boleh juga hulur bantuan pada yang lain yang memerlukan. Walaupun yang 1 ni pun manusia juga, tentu tak lepas dari kelemahan....
Kalau nak citer bab susah nak jumpa....CEO2, MB, PM temasuk tok-tok guru yg dah terkenal pun susah gak rakyat nak jumpa...betui tak....
Quote
0 #90 Bila dah kena baru taurohaya yaziz 2010-09-22 07:49
agree... syarikat dia hutang sub contractor untuk project kat Johor.. documents semua cukup tapi sub-con diper[censored] 2kan. dok penaya orang, Tuhan tunjuk tank farm meletup baru dia tau.. lepas kena dgn company dia ni- sorry la saya sgt jijik terhadap pujian2 yg telah diberikan kpdnya.. developer cina corrupt pun tak layan sub-con mcm company dia layan.. keji
Quote
0 #89 JutawePokMe 2010-08-15 22:33
camne cara nak minta bantuan yayasan bagi belajar di utm peringkat sarjana mekanikal? dahlah xkerja, gaji xde harap biasiswa FAMA!

UZAR : google kat internet dan pergi melawat ibu pejabatnya di Kedah atau call operator telekom minta nombor.
Quote
0 #88 PuanC.Dahm 2010-08-11 02:43
Memang tiada masaalah jika betul caranya, tetapi adakah anda semu tahu, bagaimana pekerja dilayan? Cuba tanya mana mana pekerja Syarikat dan / atau subsidi Syarikat beliau.
Quote
0 #87 PuanC. Dahm 2010-08-11 02:38
Dia bukan Melayu asli - agreed
Quote
+1 #86 Saya setuju, tetapi...aman 2010-08-03 00:19
Salam 1 Malaysia,

saya setuju dgn pndpt anak malyasia. Memang menjadi lumrah sesuatu kaum itu untuk mmbntu kaumnya sendiri, walaubagaimanap un itu tidak bermakna sesuatu kaum itu tidak boleh mmberi prtolongn kpd kaum yang lain. Islam sendiri tidak menganjurkan pertolongn seumpama itu. pada pendapt saye, ape yg berlaku di malyasia adalh kerana sikap indivdu2 tersendiri (bukan kaum). kalo saudar mengatakan bahawa hanya muslim sahaja yang dibantu oleh muslim lain, saya juga degan tegar boleh mengatakan bahawa, tiada muslim pun yang dibantu oleh insan beragama lain. misalnya,, kita perhatikan kedai-kedai runcit muslim...berapa ramai non-muslim ingin masuk? hahaha...kenyataan bukan? maaf...hanaya pndpt ringan. Hidup 1 malaysia.
Quote
0 #85 Anak Mallaysia1 MALAYSIA 2010-07-26 01:23
saya anak JOhor yg termasuk dalam website ini.First of all I bukan muslim kita punya PM cakap 1 MALAYSIA tapi saya nampak penolongan kepada muslim shj.PM minta rakyat Malaysia tolong menolong tapi kenapa muslim tolong muslim shj?Ini adalah 1 MALAYSIA? mana keadilan kepada rakyat Malaysia?
Quote
-2 #84 Tan Sri Mokhtar Al-BukharyHamba Allah 2010-07-08 12:05
Salam,

Dalam artikel ini tidak menyebut bahawa Tan Sri juga mempunyai kepentingan dalam perniagaan perhotelan melalui Tradewinds Corporation.
Pertanyaan saya adalah, sekiranya hotel tersebut juga menjual arak kepada pelanggan..adakah hasil pendapatan itu haram ??
Quote
-1 #83 Program Kebajikan & AmalMaheran Moksin 2010-05-05 20:57
En.Z. minta jasa baik tolong forward perkara ini, Pertubuhan Ibu Tunggal Islam Negeri Melaka (PELITA)adalah sebuah NGO yang ahlinya terdiri daripada ibu-ibu tunggal, ibu tunggal warga emas ibu dan andalusia. Pertubuhan kami akan mengadakan majlis malam mesra amal bagi mengisi dana pertubuhan disamping menyalurkan bantuan kepada ibu-ibu tunggal yang memerlukan, ibu tunggal warga emas, ibu tunggal yang sakit kronik dan anak-anak ibu tunggal yang sememangnya telah menjadi yatim. Justeru kami memerlukan alamat, no. tel, no faks atau alamat email terperinci untuk menghantar surat mohon sumbangan bagi melaksanakan usaha murni ini. sekian terima kasih dan boleh hubungi saya 06-2926390
Quote
0 #82 tergugahkah?irfan 2010-05-03 04:26
Assalamualaikum Wr.Wb.
Malu sebenarnya aku menulis di tempat ini, tapi aku yakin Allah swt yang lebih tahu akan semua ini.dikampungku ada sebuah mesjid yang telah tua kami sadar betul kalaulah mesjid ini tidak kami perbaiki tentunya akan membahayakan jama'ah sewaktu-waktu karena atapnya telah mulai rapuh.Kami memohon kepada Allah swt melalui do'a,dan kepada dermawan dan agniya sebagai sari'atnya.Ya Allah perkenankanlah.Bagi yang terketuk hatinya silahkan hub Irfan 628179888674 sukabumi jawa barat indonesia. atau no rek.903.63848.99 Bank Muamalat an.Ela Puspa Komala
Quote
0 #81 mahu kaya seperti Tan Srizuraidi wahid 2010-04-08 16:30
assalamualaikum ...ust
Taniah kerana kini kita sudah ada org seperti Tan Sri kaya yang beriman tetapi kenapa kemana perginya ulama seperti di zaman Nabi S .A.W ramai yang kaya dan mereka juga warak. kiTa kena tunjukkan kepada mereka yang tidak beriman islam is the way of life so ust saya berminat dengan hypermarket jom kita duduk berbincang in 1 table sebab susah nak beli barang runcit banyak kedai kini ada jual bersamanya arak..........
Quote
0 #80 PASARAYA ISLAMzuraidi wahid 2010-04-08 05:40
:P saya setuju dengan ust, so marilah kita bersepakat mengujudkan pasaraya baru dengan nama BERKAT. Jadi bila kita nak mula menrealisasikan impian kita sebab semua pasaraya ada jual arak.
Quote
+1 #79 pasaraya besar islammohd zanil hj ramli 2010-04-05 19:47
saya berminat tentang pasaraya besar islam
Quote
0 #78 Dunia Syurga Orang Kafirhamba ALLAH... 2010-03-13 14:30
betol3...negatif tu... buat pe kita nak berebut rebut dgn org kafir, kan ALLAH dah cakap dunia ini syurga mereka, penjara ummat islam, tak pelik kaum kafir lebih maju dari ummat islam dari segi harta dunia,

cam Tan Sri Syed Mokhtar tu ALLAH uji beliau dengan kekayaan, tapi beliau agih2kan pula kekayaannya, sebab tu ALLAH bg lebih pada beliau kerana niat dan ketulusan hati manusia hanya ALLAH yg tahu, jangan ada hasad dengki dan buruk sangka~
Quote
0 #77 sumbangan bina masjid di cambodiaFahmi bin Khairul Azmi 2010-01-23 11:52
unity service projek yang akan dijalankan di daerah Koh Kong, Cambodia June 2010...kami telah berhasrat untuk menyumbang sebuah masjid yg anggaran kosnya RM100k bagi menampung jemaah dr 3buah kpg..kami dapati bhw tidak terdapat sebuah masjid/surau di daerah tersebut bagi kemudahan masyarakat setempat untuk menunaikan ibadat..oleh itu, kami sangat berbesar hati jika yayasan al-bukhary dapat menyertai dan memberi sumbangan dalam projek yang dikendalikan oleh sekumpulan pelajar ini...telefon no sy-0173498979...fastmie_64@hotm ail.com...di mana boleh sy dptkan contact yayasan al-bukhary??
Quote
0 #76 Komen ikhlasHamba Allah 2009-12-14 06:22
Assalamualaikum ,
Komen ringkas saya, kejayaan beliau adalah berkat doa seorang ibu. Ibunya pernah menceritakan, berdoa di depan Kaabah hingga berjam2 dgn linangan air mata. Berdoa semoga anak2nya diberikan rezeki yang melimpah ruah daripada Allah. Alhamdulillah....semoga harta yang dimiliki digunakan ke jalan yang sebaiknya.
Quote
0 #75 mrabqorian 2009-11-02 03:36
hubungi saya +628174935836..atau email nabiehrahmat@ya hoo.com..

sy adalah pelajar perubatan di Jakarta..saya bukan investor atau bussinessman..tp sy kenal bussinessman/ org politik yg mungkin berminat utk buka klinik islam di melaka..

hubungi saya spaya sy dapat gambaran yg lebih tepat mgenai situasi di melaka

TQ
Quote
+1 #74 KomenHamba Allah 2009-11-02 02:29
Assalamualaikum ustaz, susah sebenarnya untuk mendapatkan seorang muslim yang berfikiran spt Tan Sri ini. Alhamdulillah..untuk memuaskan hati setiap orang pulak adalah terlalu sukar..kita kena ingat, biz is always biz..mana ada peluang, kita kena rebut. tak kiralah govt ke, private ke atau apa saja. Klu tak invest dlm semua tu, mana nak dapat fund. Tanpa duit, mcm mana nak tolong orang lain..saya juga terlibat dlm buss, jadi sedikit sebanyak saya tahu susah senangnya..saya MERAYU kepada semua orang muslim, tolonglah sesama kita..meriahkan lah bisnes orang kita..kerana ZAKAT yang dikeluarkan adalah untuk kepentingan kita bersama..Akhir kata, JANGAN HANYA MENCEMUH, tapi BERSAMA-SAMA berusaha..bukan senang menjadi spt Tan Sri...Tahniah dan semuga terus berjaya..
Quote
0 #73 ingin tahu berkaitan hypermarket islamismail 2009-10-27 04:57
askum ust. sya cuma nak tahu berkaitan dengan hypermarket islam yang ust. ingin tubuhkan. adakah ia sudah di tubuhkan atau tidak. jika belum saya teringin untuk menjadi rakan kongsi serta melabur. jika sudah adakan saya masih berpeluang untuk menjadi rakan kongsi atau dapat melabur dalan pasaraya tersebut? sebarang maklumat berkaitan bolehlah di hantar kepada e-mail saya iaitu (asma_mael@yaho o.com)atau hp (012-8448860)- ismail sunu

UZAR : inshallah, cuma kena tunggu saya siap PHD dulu, then kena buat kajian terperincin sblm mula. banyak kerja tu
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 87 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Pelaburan & Perniagaan Adakah Tan Sri Mokhtar Al-Bukhary Kaya Melalui Cepat Kaya ?