Pelaburan & Perniagaan Perbincangan Hukum Uptrend & Hai-O

Perbincangan Hukum Uptrend & Hai-O

  • PDF
(378 votes, average 4.23 out of 5)

Kisah Uptrend & Hai-O Oleh

Perunding Kewangan Islam

( Komentar saya menggunakan tulisan condong ) 

Salam

Semalam seorang saudara saya menelefon. Beliau seorang "usahawan" Hai-O. Baru tiga empat bulan join Hai-O, beliau telah dapat anugerah (tak sure anugerah apa) dan dapat hadiah pakej umrah. InsyaAllah hari Sabtu ni bertolak. Saya baca di akhbar, Hai-O hantar 212 agennya menunaikan umrah dengan kos melebihi RM1juta.

Perlu siasatan lagi ?

Saya tanya saudara saya ini, bagaimana beliau melayakkan diri memenangi pakej tsb. Kata beliau, dengan jumlah group sales RM100,000. Beliau cuma perlu recruit 5 downline dengan sales RM20k seorang. Saudara saya ini juga telah melabur RM20k utk business tsb. Ada yang pakai duit sendiri, ada yang buat loan.  Saudara saya ni cuba juga mengajak adik beradik yang lain join beliau, tapi setakat ni belum ada yang mengikut, alhamdulillah.

Saya pernah membeli produk Hai-O semasa saya masih bekerja tahun 2000 dulu. Tak dinafikan, masa tu seolah-olah satu trend pula memakai pakaian pelangsing badan ni. Syarikat saya bekerja tu 60% wanita, jadi trend macam ni mudah meresap. Kalau tak Beautiful, Crony atau pelbagai jenama lain lagi. Boleh dikatakan semua pekerja wanita masa tu ada pakaian pelangsing ni. Jadi bila saudara saya ni cuba approach saya, alasan saya, saya tak boleh jual sebab kawan-kawan saya semua dah ada produk ni 7 tahun dulu. Saudara saya kata, "kita sekarang bukan jual produk, kita jual peluang. Mudah dapat downline, sebab orang tahu ini lubuk duit."

KOMEN SAYA :

Maaf, saya tiada info tentang Hai-O samada plan mahupun produknya. Cuma apa yang saya tahu, syairkatnya memang besar dan tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur, dan syarikat ini bukanlah syarikat patuh Shariah jika ingin membeli saham mereka. Tapi dalam urusan membeli produk mereka dan memasuki sistem kaki mereka, wallahu 'alam, tidak saya tahu hukumnya dan eloknya diberikan kepada Penasihat Shariah mereka sendiri. Malangnya syarikat ini nampaknya tiada penasihat Shariah, maka terpulang kepada pesertanya untuk menanggung sendiri status halal atau haramnya. Wallahu 'alam.


Perkataan "lubuk duit" tu mengingatkan saya pada seorang jutawan Uptrend yang saya jumpa minggu lepas.  Itulah ayat yang beliau guna, "kita kongsi peluang","ini lubuk duit". Saya setuju untuk jumpa jutawan  Uptrend tu sebab saya nak tahu dengan lebih detail ttg Uptrend. Dan saya nak sangat jumpa dengan beliau bila saya tahu yang beliau mempunyai ijazah perundangan dari UIA.

ye ke lubuk duit ? atau lubuk neraka ?Berdasarkan penerangan lengkap jutawan Uptrend tu, saya dapat simpulkan yang Uptrend memanglah satu skim piramid, skim cepat kaya. Dengan bayaran minimum RM308, peserta dapat satu kotak kopi. Bila saya tanya, berbaloikah RM308 utk kopi sekotak, kata beliau, peserta juga dapat online system yang canggih. Kata beliau, bukan mudah nak develop online system tu kat luar. Masalahnya, kalau tak join Uptrend, perlukah kita pada online system tu? Dan lagi, kenapa perlu syarikat Uptrend charge semua peserta untuk system yang dibangunkan untuk business? Tidakkah itu memaksa secara tidak adil?

KOMEN SAYA :

Pertamanya, pembaca perlu tahu bahawa saya sudah menghubungi pegawai pemasaran uptrend di nombor 03-7957 9366, membuka web uptrend dan bercakap dengan ahli uptrend bagi membolehkan saya membuat ulasan ini. 

Menurut majlis fatwa Indonesia, barangan yang dijual dengan harga jauh melebihi harga pasaran adalah haram. Sila buka fatwa mereka di sini.

Ini pula senarai harga yang terdapat di web :-

NO CODE DESCRIPTIONS BV IBP (RM) *DELIVERY (EM) **S-POINTS RETAIL PRICE(RM)
1 EP0005 Coffee X'Sotika
(10sachets)
2 Box 45.6 152.00 7.60 152 120.00 Per Box
2 EP0006 LumiGlow E. Skin Cream (50G) 1 Btl 45.6 152.00 7.60 152 285.00 Per Btl
3 EP0007 LumiGlow E. Skin Cream (50G) 4 Btl 159.6 532.00 11.40 532
4 EP0008 LumiGlow E. Skin Cream (50G) 10 Btl 300.2 1200.80 26.60 1201
5 EP0011 Omega Plus 3 Btl 60.8 152.00 7.60 152 76.00 Per Btl
6 EP0010 Oxylife 2 Btl 45.6 152.00 7.60 152 142.50 Per Btl
7 EP0004 Uptrend Red Yeast Coffee (20 sac) 10 Box 19.95 130.00 30.40 130 23.00 Per Box
8 EP0013 Uptrend ClensUp 1 Box 19 53.20 7.60 53 121.60 Per Box
9 EP0014 Uptrend TrimmUp 2 Box 76 212.8 11.40 213 228.00 Per Box
10 EP0015 Uptrend HealUp 2 Btl 19 53.20 11.40 53 57.00 Per Box
11 EP0016 Nine Immuna 1 Btl 34.2 79.80 7.60 80 114.00 Per Btl
12 EP0017 Nine Pepta 1 Btl 34.2 79.80 7.60 80 114.00 Per Btl
13 EP0018 Nine Muda 1 Btl 34.2 79.80 7.60 80 114.00 Per Btl
14 EP0019 Nine Flexa 1 Btl 34.2 98.80 7.60 99 144.40 Per Btl
15 EP0020 Nine Immuna, Muda, Pepta, Flexa 1 Btl Each 125.4 319.20 7.60 319 486.40 Per set
16 EP0021 Oncoblast
(12 Btl/Box )
1 Box 87.4 399.00 11.40 399 475.00 Per Box
 

Adakah ia harga pasaran?. Maaf lebih elok jika anda mengkajinya sendiri. Contoh termudah adalah sekotak kopi dengan harga RM 120 ?!.

Menurut seorang rakan dan pensyarah yang mempunyai PhD dalam Shariah dan undang-undang serta merupakan pakar kewangan Islam di Malaysia dan antarabangsa yang berkaliber. Produk-produk yang tidak mempunyai nilai yang benar-benar diperlukan ketika dibeli adalah sebenarnya palsu sahaja. Ia dinamakan 'conduit' atau pemangkin untuk mengabui mata orang ramai dan penguasa tentang sifat piramid skim mereka. Lalu beliau berpendapat ia haram. Hal ini tetap terjadi walaupun syarikat tersebut mempunyai produk, ia terjadi apabila pengempen menggunakan ayat seperti yang digambarkan di atas iaitu :

"kita sekarang bukan jual produk, kita jual peluang. Mudah dapat downline, sebab orang tahu ini lubuk duit."
 

Pihak Uptrend kelihatan peka dengan meletakkan fakta berikut di web mereka :-

11.

How can one know whether a company is promoting 'get-rich-quick' / pyramid scheme?


Generally, a company that promotes their business by placing emphasis only on their marketing plan, and everything else is only about money, money and money. Their products are also very limited. Usually they don't care about training & personal development. Besides that, they just encourage 'head-hunting', no personal sales or repeat sales is required. Usually people who join later cannot earn more than the people who join earlier.

Bagus, tapi masalahnya, contoh di atas menunjukkan ada ahli yang bertindak seperti pencari 'kepala' atau 'head hunting' dan bukan menjual produk. Benar, kesilapan seorang tidak boleh dikenakan kepada seluruh skim. Masalahnya, bukan seorang tapi cukup ramai yang sebegini, terlalu banyak laporan yang saya terima demikian, menyebabkan sekali imbas, saya merasakan ini adalah skim cepat kaya kerana mencari kepala tanpa mengendahkan produk. Justeru, adakah info di web uptrend ini benar-benar di fahami oleh ahli mereka ??  

Mungkin juga ada sebahagian pengempen yang benar-benar  berkempen barangan serta mengajar cara kegunaan dan kelebihannya (sebagaimana jika dirujuk dalam web http://www.uptrend2u.com/, mereka mempunyai banyak produk sekarang). Individu seperti ini mungkin boleh terselamat dari ciri money game, tetapi terdapat juga pengempen yang dengan jelas menekankan aspek 'kaki' dan 'downline' sebagai penarik utama sebagaimana yang disebut di atas tadi, produk tatkala itu hanyalah alat dan helah. Di ketika itu, syubhat bagi mereka yang mengempen kaki dan peluang semata-mata ini adalah lebih besar berbanding ahli yang mengempen produk dan bukan kaki.

Justeru, hukum ke atas dua individu boleh menjadi berlainan dalam hal ini berdasarkan kepada apa yang mereka kempen dan perkatakan. Seperti sebiji roti yang halal, lalau dikempennya kebaikan roti itu agar pembeli membeli, tatkala itu sistem downline telah menjadi sampingan sahaja, ia mungkin ada peluang. Berbeza dengan orang yang tidak mengendahkan roti itu, yang penting dikempennya sistem dapat duit dengan cari orang bawah sahaja

Bagi saya jika sesebuah produk itu tidak mungkin akan dibeli tanpa sistem komisyen kaki tadi, ini bermakna produk itu hanyalah pemangkin dan pengabui mata sahaja. Jika dilihat dari web uptrend iaitu http://www.uptrend2u.com/ kelihatan mereka mempunyai pelbagai produk. Cuma perlu dilihat pula cara kempen dan kiraan komisyen dilakukan. Setakat mempunyai produk yang benar-benar sahaja, tidak menjadikan sesuatu skim itu halal terus.

Saya tidak mengatakan hal 'pengabui mata' seperti di atas adalah terpakai untuk uptrend, tetapi saya menyebutnya secara umum kepada mana-mana skim yang produk yang dijualnya tiada sebarang nilai sebenar dan tiada pula releven untuk dibeli oleh pembeli jika tiada sistem komsiyen dan kaki.

Jika yang membeli menyertai dengan niat untuk memasuki sistem kaki dan lubuk duit yang dimaksudkan. Tatkala itu, ia punyai elemen judi kerana terdapat unsur seperti bertaruh dan punyai elemen riba al-fadhl dan an-Nasiah kerana meletakkan duit untuk mendapatkan duit yang lebih banyak di masa hadapan. Wallahu 'alam terpulang kepada anda, tidak perlulah anda marah dengan tulisan ini.

Yang menjadi lebih tidak adil, kebanyakan peserta membeli lebih dari 1 kedai (istilah mereka untuk akaun). Yang jadi jutawan tu semua beli 7 kedai dengan harga RM2k++. Maknanya, untuk setiap kedai, mereka membayar lebih kurang RM200 ke RM300 untuk menggunakan system tersebut sedangkan hakikatnya, seorang peserta sepatutnya cukup dengan satu akaun sahaja.

KOMEN SAYA

Ye, ada benarnya pandangan saudari kerana satu akaun sememangnya sudah cukup, apa sebabnya perlu membeli sehingga 2 akaun dan lebih, Wallahu 'alam.

Bila saya provoke beliau bahawa Uptrend mengamalkan system piramid, beliau kata saya tidak faham. Beliau menegaskan bahawa punca pendapatan beliau adalah satu keuntungan syarikat. Syarikat Uptrend begitu murah hati untuk berkongsi sebanyak 80% keuntungan dengan ahli-ahli. Padahal, yang saya nampak, bukan 80% keuntungan, sebaliknya 80% dari hasil jualan package mereka itu, mereka bayar kepada penaja2/upline.  Maknanya hanya 20% yang syarikat ambil untuk kos produk dan pentadbiran mereka.

Tapi saya tak kuasa nak 'argue' lagi sebab setiap kali saya 'argue', beliau mengatakan saya tidak faham. Ini juga satu teknik psikologi dlm menjual. Secara psikologi manusia tidak suka dikaitkan dengan pekara negatif. So, nak tunjukkan yang kita positif, kita faham, itu yang ramai sign-up, swipe credit card untuk join. Bila dah terlabur RM2k++, mahu tak mahu, kenalah cari kawan, panggil jutawan ni untuk table talk supaya dapat balik modal tadi. Proses itu berulangulang.

KOMEN SAYA

Terpulang kepada mereka. Tugas anda sudah selesai. Memang mereka sahaja yang faham. Sesiapa juga yang bertemu orang seperti ini lalu mengatakan tak boleh atau haram atau apa-apa jua yang negatif kepada mereka, pastinya akan dikatakan tidak faham. Hanya mereka yang faham kerana apa? wallahu'alam...

Saya membaca cara penyertaan dalam perniagaan ini yang disebut di web mereka :-

How Can i Start? 

  • Excellent. Simple as it is, simply follow the 4 steps;
  • Sign up as our IBP with a registration fee of RM38.00
  • Purchase and sell at least one of the Product Packages (SCPP)
  • Introduce this business to at least 2 or more other individuals to join you as an IBP
  • Lastly, simply duplicate the system

By introducing more IBP into the business, you can build a stronger network and you can earn unlimited income. 

Lihat, bagaimana syarat menjadi ahli. Bayaran yuran pendaftaran RM 38.

Kemudian diwajibkan membeli dan menjual at least satu product packages  iaitu samada IBP yang sekarang berharga RM 342 atau GBE dengan harga yang berbeza. Semua package ini mempunyai senarai produk samada barangan kesihatan dan web maya. 

Dan dimestikan memperkenalkan sekurang-kurangnya 2 atau lebih sebagai kaki sudah bagi memperolehi bonus 'matching' sekitar RM 57. Terdapat juga komisyen tajaan sebanyak RM 15.20 bagi IBP.  

Sebagai individu Shariah, saya melihatnya dari sudut aqad setiap satu arahan ini. Ini menimbulkan tandatanya saya. Saya tidak mengatakan haram terus, saya cuma mengatakan tandatanya siapa yang menyemaknya dan meneliti kesohihan dari sudut Shariahnya. Wallahu 'alam.


Untuk pengetahuan UZAR, orang-orang Uptrend, terutamanya yang berpendidikan agama, menggunakan artikel UZAR tu untuk menghalalkan Uptrend. Itulah hujah mereka yang menyebabkan ramai orang melayu terjebak. Seorang lagi jutawan Uptrend merupakan graduan Ilmu Wahyu. Beliau merupakan upline kepada jutawan graduan undang-undang tadi. Beliau dengan penuh yakin berkata bahawa Uptrend itu halal berdasarkan artikel UZAR.

KOMEN SAYA

Astaghfirullah, bagaimana pula mereka boleh gunakan nama saya?.. Moga Allah ampunkan mereka atas ketelanjuran mereka yang terlalu bersemangat untuk menjadi kaya SEHINGGA MENYALAHGUNAKAN ARTIKEL SAYA dengan cepat tanpa serius dalam menyemak status Shariahnya. Saya berlepas diri dari sebarang kempenan mereka.

Terpulang, pandangan saya hanyalah pandangan peribadi, demikian juga rakan saya di UIA, ia boleh ditolak oleh sesiapa jua. Tiada perlu mengelabah dengan pandangan orang biasa seperti kami.

Terus terang saya katakan bahawa saya adalah salah seorang yang sangat meragui sistem MLM, anda bebas untuk mencari orang lain yang tidak meraguinya. Keraguan saya bertambah bila syarat-syarat jual beli dan agensi tidak diteliti oleh penasihat Shariah yang berkaliber. Bagi saya, meletakkan target jualan peribadi bagi mendapat komisyen orang bawahan adalah satu syarat yang boleh dipertikai dalam Shariah.

Disebut di web uptrend :- 

In every marketing plan or business compensation plan, it is surely designed to offer those who's desire for success and opportunity to become rich. The 'get- rich- quick' scheme as we all know is referred to those plans in which people invest money to make money without working. The Uptrend2u marketing plan is an approved marketing plan which is based on performance, strictly 'no sales, no bonus'. To earn bonus in Uptrend2u's Master Plan, every IBP must maintain at least RM152 per month.

Saya sangat kurang selesa dengan syarat mesti maintain RM 152 per month untuk mendapat bonus. Rasional yang diberi adalah pendapatan adalah 'based on performance', tapi mengapa dikaitkan pula hak ahli mendapat komisyen orang bawahnya dengan jualannya sendiri.?

Ia adalah satu kaitan yang meragukan dari sudut Shariah kerana ia adalah dua aqad yang berbeza. Aqad jualan tidak seharusnya dikaitkan dengan aqad agensi dengan upah. Ia sepatutnya dipisahkan sama sekali. Bermakna, hatta ahli tidak menjual apa-apa sekalipun, ia masih berhak mendapat komsiyen orang bawahannya.

Jika ia telah berjaya diselesaikan, tatkala itu akan timbul isu lain pula, iaitu tidak bekerja bagaimanapun boleh dapat komisyen, sebagaimana yang saya sebut bahawa saya pernah utarakan hal ini kepada Syeikh Prof dr Wahbah Az-Zuhayli, iaitu berkenaan hal "tidak bekerja tapi boleh dapat bonus komsiyen orang di kaki yang kesepuluh".

Beliau menyatakan: "adalah tidak halal mendapat keuntungan tanpa melakukan kerja bagi perolehan komisyen tersebut. dan jika mereka semua telah bersetuju, persetujuan itu adalah batil dan tidak sah" 

Ini bermakna tugas yang specifik untuk untung yang specifik. Contoh mudah adalah "sapu sampah, untuk dapat upah RM 20". Ini halal, upah dengan kerja. 

Dan bukan, "sapu sampah untuk dapat upah dari sapu dan pada masa yang sama menjadi syarat dapat komsiyen dari orang lain membasuh baju."  ia sama dengan menyatakan : "Perlu maintain jualan RM 152 sebulan untuk dapat bonus dan untuk dapat komisyen orang komisyen dari jualan orang bawah" 

Ini dua perkara berbeza, sapu sampah memang layak mendapat komisyen tersendiri. Mengapa pula tukang sapu layak dapat komsiyen dari kerja si tukang basuh baju?. Hanya kerana dia ditaja oleh si tukang sapu sebelum ini?.

Di sini letakkan syubhah tanpa kerja dapat upah yang dinyatakan oleh Syeikh Prof. Dr Wahbah tadi. Maka jika si tukang sapu juga berusaha membantu basuhan baju di buat, tatkala itu, syubhat akan hilang inshaAllah. Inilah maksud saya.

Cuba kita lihat master plan di bawah, ini menunjukkan orang di kaki 7 hingga 10 menjual, anda akan mendapat 3 % komisyen? Dari sudut Shariah akan di tanya :-

a) Mengapa  ?

b) Apa kerja yang anda lakukan untuk layak menerimanya ?

c) Adakah anda 'dhoman' barangan yang dijual sehingga anda layak termasuk dalam kategori "al-Kharraj Bi Ad-Dhoman"?

d) Adakah anda mengeluarkan modal seperti pelabur yang layak mendapat komisyen hasil kerja pengusaha. Masalahnya anda tidak keluarkan sebarang modal untuk kerja orang bawah.

e) Adakah anda dan seluruh kaki anda ke bawah berada dalam satu "aqad musharakah" yang menyebabkan anda layak mendapat sebahagian keuntungan yang di buat?. Masalahnya, rukun dan syarat Musharakah tiada dipenuhi dalam hal ini.

Status - MBV Bronze
MBV 76.00
Silver
MBV 76.00
Gold
MBV 76.00
Platinum
MBV 76.00
Bonus ULB ULB ULB ULB
1st Level 15% 15% 15% 15%
2nd Level 10% 10% 10% 10%
3rd Level 10% 10% 10% 10%
4th Level 10% 10% 10% 10%
5th Level 3% 3% 3% 3%
6th Level 3% 3% 3% 3%
7th Level 3% 3% 3% 3%
8th Level - 3% 3% 3%
9th Level - - 3% 3%
10th Level - - - 3%
 

Menurut pegawai pemasaran Uptrend yang saya hubungi di nombor  03-7957 9366. jadual di atas ini menunjukkan bahawa jika orang di level 7 menaja orang, maka saya sebagai orang yang paling atas akan mendapat bonus sebanyak 3 %. Inilah maksud saya, kenapa, mengapa dan  apa usaha dan sebab. Shariah memerlukan sebab yang tepat dalam hal ini.

Saya tamatkan sessi table talk saya dengan jutawan Uptrend tu dengan mengatakan saya akan berbincang dengan rakan-rakan saya pula. Saya tak mampu nak berhujah dengan mereka (mereka 3 org, saya sorang) sebab bila saya argue, mereka kata saya tidak faham. Sorang dari mereka, budak ni naif sikit, tak habis-habis tanya saya bila nak join. Kesian dia, sebab dari awal pertemuan tu saya dah terangkan siapa saya dan tujuan saya jumpa mereka hanya sebab saya nak tahu pasal Uptrend.

Saya sebenarnya sedih. Ramai sangat orang melayu yang terlibat dengan skim-skim begini. Di dalam kita sibuk dengan perbankan Islam, halal haram duit kita, ramai melayu yang boleh hanyut dengan skim cepat kaya yang menawarkan income yang tak pasti sumbernya. Yang lebih sedih lagi, 'founder' syarikat-syarikat begini adalah kaum tertentu.  Tapi ahli-ahlinya majoriti melayu. Kadang-kadang terfikir, apakah ini agenda mereka nak lalaikan orang melayu?

KOMEN SAYA

Wallahu 'alam.

Dalam kes saudara saya yang join Hai-O tu, saya memang rasa bersalah sebab tak mampu nak sampaikan kebenaran. Semalam, kata beliau, nak beli mercedes, yang baru pulak tu, sebab nak pakai no plate yang sama dengan group beliau. Dari ceritanya, saya rasa beliau macam didesak oleh para upline, untuk menunjukkan pada potential market bahawa mereka successful. Saudara saya ni serba salah sebab kalau ikut keadaan sebenar, memang beliau tidak mampu. Bayangkan, sudahlah berhutang untuk mulakan business, berhutang kereta mewah pulak untuk berpura-pura berjaya. Sedangkan dalam Islam, berhutang ni last resort je.

Saya tak tau nak buat macamana. Kalau di dalam kelas saya, saya memang tegas menentang skim-skim cepat kaya begini. Dalam perancangan kewangan Islam, kita mendidik orang ramai supaya mencari pendapatan yang halal, berbelanja secara sederhana, mengurus hutang dengan bijak (kalau boleh jgn hutang in the first place) dan mengagih kekayaan dengan betul. Tapi bila dengan saudara sendiri, yg saya patut hormati pulak tu, kelu lidah saya jadinya. Saya hanya mampu sampaikan pada saudara-saudara lain supaya jangan terjebak, tapi bila yang dah terjebak dan kaya, tak sampai hati pulak. Macamana
pun, insyaAllah saya akan cuba menyampaikan yang benar pada saudara saya ini.

Pada sahabat-sahabat di group ini, marilah kita sama-sama berjuang menyedarkan orang melayu Islam ni tentang mencari kekayaan secara halal. Perangilah skim-skim cepat kaya begini sebab ia hanya melalaikan umat Islam.  Bukan setakat wang ringgit, masa yang sepatutnya diluangkan bersama keluarga pun habis digunakan untuk bermeeting, bermotivasi. Sayang sangat, kalau semangat mereka ini disalurkan pada kegitan ekonomi yang halal, tentu dah lama kaya umat melayu ni.

Sekian, semoga tulisan saya ini memberi manfaat pada ahli group ini. Yang baik itu dari Allah, yang lemah itu dari diri saya sendiri.

Wasalam

Email ini diterima dari puan xxxx yang merupakan seorang Perancang Kewangan Islam. Kerja utama secara part-time adalah Trainer/Lecturer dalam kursus Perancangan Kewangan Islam. Kerja lain adalah perunding takaful/amanah saham Islam dan wasiat Islam.  Selebihnya adalah suri rumah. ( DIPETIK DARI EMAIL BELIAU DI ZAHARUDDIN YAHOOGROUPS)

KOMEN

Ingatan saya sekali lagi buat semua secara umum

Nabi SAW mengingatkan kita bahawa : 

إن لكل أمة فتنة  , وفتنة أمتي المال

Ertinya : "Sesungguhnya bagi setiap umat itu cabaran dan ujian, dan ujian bagi umatku adalah harta" ( Riwayat At-Tirmizi, no 2337 ; Ibn Hibban , Al-Hakim : Sohih menurut Al-Hakim dan disepakati Az-Zahabi. Hasan Menurut Tirmidzi)

 Al-Qaradawi mengatakan, godaan harta bukan pada mengumpul dan mendapatkannya melalui cara yang halal dan menjaga kewajiban agama, tetapi adalah dalam ke'gila'aan mendapatkannya, mencarinya dan menyimpannya walaupun dari jalan yang haram. Selain itu, ia juga tidak endah untuk membelanjakannya walaupun dengan cara yang haram asalkan berbaloi menurut aqalnya, tiada pertimbangan halal dalam hatinya.

Sebagaimana yang digambarkan oleh Allah, salah satu tanda kehilangan keberkatan dalam perolehan harta adalah :-

 أَن كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ  , إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

Ertinya : Kerana dia mempunyai (banyak) harta dan anak, lalu  apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: ""(Ini adalah) dongeng-dongengan orang-orang dahulu kala.( Al-Qalam : 14-15 )

Inilah sikap kebanyakan hartawan dan jutawan Muslim (yang bukan Muslim sudah tentu bukan fokus kita) di seluruh dunia. Apabila mereka berada di puncak kekayaan, ramai di antara mereka tidak memandang penting kepada unsur keberkatan, halal dan peraturan dan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah, kerap kali mereka anggap perbincangan seperti ini adalah kuno dan ketinggalan zaman.

Allah menegaskan :- 

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا

Ertinya : Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan" ( Al-Kahfi : 46 )

Menurut Syeikh Ibn Asyur ayat dari surah Kahfi di atas mengingatkan kita betapa perlunya kita menyedari amal soleh dan keberkatan adalah lebih perlu diutamakan dari harta banyak tanpa halal. Jadi dalam konteks ini, walaupun anda mendapat untung yang banyak ia belum pasti lagi menggembirakan anda di barzakh kerana ia mungkin sesuatu yang haram. 

Jika pertimbangan keduniaan menguasai diri, ia adalah suatu tanda dan bukti  umat Islam sudah semakin hilang sensitiviti terhadap kebenaran alam barzakh dan akhirat. Sesuatu yang haram dan syubhat amat zalim kepada Allah SWT walaupun amat menarik di sisi mata dan hati manusia.

Allah mengingatkan kita lagi bahawa :

انظُرْ كَيْفَ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَلَلآخِرَةُ أَكْبَرُ دَرَجَاتٍ وَأَكْبَرُ تَفْضِيلاً

Ertinya : "Perhatikanlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian (yang lain dalam perolehan harta). Dan pasti kehidupan akhirat lebih tinggi tingkatnya dan lebih besar keutamaannya." ( Al-Isra : 21 )

Sekian

6 Ogos 2007



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #832 hukum bekerja di pajak gadai bukan islamhazama 2012-04-15 21:41
Salam, Ustaz.

Apa hukumnya bekerja di pajak gadai bukan islam? apa hukum gaji yang kita dapat?
Quote
-1 #831 experiencehaha 2012-04-07 08:22
sy baru je hbis bace artikel ni...sy penah masuk uptrend..dari ape yg sy tau...system yg uptrend gne 2 sbnrnye one of their products..bisnes ade 3 jenis...servis, idea and i more x igt...servis macam wat kedai dobi...idea macam jadi wedding planner...just like me...sy pn jual jgak barang uptrend n sy sendri gne,sy just making idea how to make money but not by the easiest way, macam yg dibincangkan dalam artikel...sume keje ade usaha..bkn goyang kaki pn dapat duit...downline sy ramai...tapi sy x suke pggil dorang downline tapi sy pggil membe...just because sy tlg all of them to be success just like me...pasal komisyen 3% 2..example...org yg keje mkn gaji...keje dari kol8 pagi sampai kol 5 ptg...akhir thn dapat bonus...bonus?? for what?? nak kate aku rajin thn ni...layak la dapat bonus...how about someone else...keje same je...tapi x dapat bonus...think about it!!!!!!!!
Quote
-1 #830 hukum jana duit melalui blogibu penyayang 2012-03-01 18:34
adakah tidak wajar ana melakukan pekerjaan seperti ini kerana membantu syarikat google(Amerika Syarikat/kaum Yahudi) ?

TERIMA KASIH! keprihatinan Ustaz dalam menjawab soalan ana, hanya ALLAH sahaja lah yang dapat membalasnya. TERIMA KASIH!!
Quote
+5 #829 mega lawakanakemakayah 2011-12-15 14:57
#826 lawak — shah 2011-10-31 10:49
lawak btul bc komen2 dr korng sume.rmai btoi yg jd ustaz ustazah.ni komen mengkondem sesama agama...xde pn yg mbina.apa kata korng smue join je MLM...blabla..

klu tu maksud awak..hakim2 yg menjatuhkan hukuman mencuri, merompak kena join jd perompak sbb nk tau best ke jd perompak,besor ke cabarannya? Atau yg menghukum pembunuh kena jd jugk ke pembunuh baru tau tahap keprofesianal pembunuh ,
Haiyaaaa... Ust yg komen pasti ada rujukan & panduan sebelum menyatakan pendapat sesuatu...
Quote
-1 #828 mohon ust jawababd razak 2011-11-25 00:52
assalamualaikum ,
mohon bertanya ust,sekarang ni ada bisnes yg masuk duit modal yg kecil dan kita iklankan pada org kita akan dapat komisin yg banyak mcm mna tu ust?banyak juga sekarang ni....
Quote
-1 #827 Score AAthir Hashim 2011-10-31 21:10
Saya nak tanya,adakah Score-A yg mempunyai dua panel Syariah juga turut dikatakan haram? SIla beri komen,kerana makin ramai org menyertainya.
Quote
-9 #826 lawakshah 2011-10-31 10:49
lawak btul bc komen2 dr korng sume.rmai btoi yg jd ustaz ustazah.ni komen mengkondem sesama agama...xde pn yg mbina.apa kata korng smue join je MLM.paling x pn korng jmp org MLM dan tnya or bantai depan2.ni stakat bsing dlm ni wat pe?yg xjoin mengutk org yg wat MLM.yg wat MLM pun sebalikny..Mungkinkah ini yg dtuntut islam?pasni ustaz(penulis artikel) kena join smua MLM kt negara supaya dpt kaji sistem dorg.bak kata org "xkenal maka xcinta" hahaha.pas2 t ley la hurai psl CNI ke ZhuLIAN ke ap2 jela.pastu ley la same2 mgumpat dlm ruangan ni. :-*
Quote
0 #825 Enabangli 2011-10-27 23:39
Ustaz,

baru-baru ini saya terbaca iklan dalam akhbar ttg tawaran Umrah cuma bayar RM1400 sahaja. Syarat lain harus cari 7 orang untuk layak dpt pakej Umrah bernilai lebih RM6ribu. dan 7 orang td pun harus mencari 7 orang lain. kalau tk dpt tk layak dpt pakej umrah itu. Maklumat ttg program itu ada di www.tabungumrah.com
sila ustaz beri komen ttg program ini.
Quote
+6 #824 terkenasalina 2011-10-22 15:07
up trend tu untuk org kaye dan mengkayekan lg mereka.. setakat nak join minimum bayaran, jauh nye boleh dapat ape yang dikatakan lubuk duit tu.. dlm kelompok diaorg tu lg besar melabur dah tentu2 dpt besar, yg kecik ciput ni, x dipandang langsung kat diorg tu.. setakat amik sesaje je duit ciput tu,, janji je masuk kate ade tlg buatkan line tp hampeh jek blake... ape2 pun sy x halalkan diaorg amik duit sy tu.. (insan terkena)
Quote
+4 #823 EnAhmad Nordzri 2011-10-01 23:47
Apa pandangan Ustaz dgn MLM yg lain-lainnya seperti Zulian Dan Amway adakah memenuhi kehendak syariah,
Quote
+3 #822 Score AHusna 2011-09-15 17:55
Assalamualaikum .....
Ustaz, saya ingin bertanya mengenai multilevel marketing score A program. bolehkah ustaz terangkan pada saya apakah hukum dalam multilevel score A ini ??
Quote
+2 #821 Score Awan mahrimi 2011-09-12 00:26
apakah pandangan Ustazmengenai program score A? adakah program ini MLM? walaupun produknya ialah pendidikan latih tubi melalui internet. soalah latihan boleh dimuaturun dari website yang telah dibayar. tetapi semasa penerangan, ianya lebih kepada untuk mendapat orang bawahan serta menjana duit yang lebih sekiranya terdapat lebih ramai orang bawahan.
Quote
+6 #820 Kerja Makan Gaji vs MLM pt 2Remy Zin 2011-09-05 17:30
MLM (regardless of company)
1. meeting kena bayar,
2. motivational course kena bayar
3. insuran tarak.
4. office? lagi la takde
5. KWSP? SOCSO? ada ke?
6. kena pijak org lain utk terus dpt bonus..RM152 min/month?
7. medical benefits? sendiri2 loh..
8. bonus - monthly drpd duit downlines..
9. nak jumpa upline/downline, kena dtg dgn kos sendiri..
10. mileage claim? ade ke..?
11. nak masuk keje (join jd ahli) kena bayar..- masuk keje makan gaji x pyh byr ape2 pun..
12. yg paling penting, dh ramai sangat ustaz/ustazah, alim ulama, pakar kewangan syariah sepakat dgn pendapat MLM ni syubhah dan haram..

p/s : pengamal2 MLM ni tak faham lagi..insyaAllah satu hari nanti akan terbuka hijab..
Quote
+3 #819 Kerja Makan Gaji vs MLMRemy Zin 2011-09-05 17:28
Salam..
Rasanya tiba turn utk saya katakan semua pengamal MLM ni masih tak faham..
Saya pernah terjebak..dan pernah "BERJAYA"..dgn income five figures almost each months for 6 months continuously, saya rasa dah cukup utk membutakan mata kawan2 yg gila duit ni..
Tentang hujah kerja makan gaji tu, paling kelakar bila dikenangkan..dah 8 tahun saya makin gaji nih..

Kerja makan gaji (ambil contoh company saya bekerja skrg),
1. 28 hari cuti tahun (bergaji)
2. insuran nyawa 400K
3. medical benefits 100K annually
4. Beli kereta dgn 0% interest.
5. Beli rumah dgn 0% interest.
6. Bonus tahunan drpd keuntungan company (4-6 months approx)
7. Office yg serba lengkap.
8. KWSP, SOCSO
9. Allowances,
10. Telco bill, company byr satu family.
11. tak pijak org lain utk hidup..
12. Dan yg paling penting..diyakini HALAL..insyaAllah.
Quote
+6 #818 Jangan Terlibat LagiFuad 2011-08-24 16:22
Siapa2 yang sudah tahu dan baca artikel ini, mesti berhenti dari meneruskan tajaan uptrend atau hai-o anda.. sudah jelas lagi bersuluh.. jangan hanya mengejar kekayaan hukum dilupakan..

Minta saya share artikel ini..
Quote
+5 #817 MLM....Nor 2011-08-21 17:46
Byk sgt saya dgr cerita halal haram skim MLM ni...yg penting kalau nak rezeki tu berkat, bersih....x payah join kalau meragukan/syubhah. Bagi saya kalau dh byk sgt perbezaan pendapat, lbh baik jgn join. Takut rezeki yg dpt x berkat :-)
Quote
0 #816 konsep perniagaan | jelas & mudahminder 2011-08-06 13:14
sebenarnya konsep perniagaan dlm Islam sangat Mudah, Simple & Straight Forward..
- jujur (amanah) pada produk, dan
- jujur pada (bakal) pelanggan / prospek
= penjual tawar harga, pelanggan setuju & beli.. settle..

sikap² tamak manusia skg yg suka mencipta pelbagai sistem putarbelit, mengelirukan, dan mcm² skim utk membutakan mata & hati bakal pelanggan..
yg mana semua tu menterbalikkan konsep & fitrah perniagaan sebenar hingga berleluasanya..
- amalan tidak jujur pada produk
- tidak jujur pada (bakal) pelanggan / prospek
- 'menyembunyikan produk' & 'menutup mata' pelanggan dgn 'sistem', 'skim', 'strategi' sesat yg mereka cipta sendiri..
semua tu hanyalah utk memastikan pengaliran wang berterusan dari 'mangsa' ke pihak² tertentu.. atau spt istilah ustaz di atas it's a money-game.. bukan perniagaan..!! wallahu'alam..

wassalam..
Quote
0 #815 dh nk kiamatdak nkal 2011-08-05 00:18
dunia mkin glap
Quote
0 #814 ini lah yg d namakn prmainan dunia smentara,,duit n harta mnjd kejaran,,pkir2 la sblum msuk,,membe sy dh kne tpu tntg bnda2 nie,,dak nkal 2011-08-05 00:17
Quoting abd:
Quoting ATIQAH:
Salam ustaz, saya mahu bertanyakan tentang Score A Programmed? Apa pendapat ustaz berkenaan dgn web-education yg di MLMkan? Dimana mmg ada panel syariah tetapi saya sendiri melihat ramai yang join menumpukan cari downline dari memikirkan utk menjual produk pendidikan itu sendiri.Mintak tlg ulas

Quoting yan:
ramai yang confius dgn uptrend.. betol tak? bukan nak cakap bukan2.. pk dulu sebelum bertindak..tapi pernah ker anda tanya betol2 ape yg tersirat disebaliknya pada upline anda.. bukan upline kecik tapi upline beso... contoh pasal cerita kesusahan diorg,, sistem ni... panel syariah... dan sebagainya la.. sape nak ceritakan cerita yg sebenar.. tanya dulu nanti anda akan dapat kebenarannya.. selamat mencari...

:-| TOLONGLAH CERITA KAKALAU U TAU..

inilah prmainan dunia,,
duet d cri hgga lpe hukum2 ny,,
Quote
+2 #813 MrJ&J 2011-08-01 04:28
4. Kalau kita perasan kebanyakan MLM akan memancing ahli baru dengan cerita2 ahli mereka kini sudah memiliki BMW, Merc etc…sudah pergi haji dan umrah hasil BERKAT melabur dalam MLM. Tidak pernahkah kita terfikir dari mana kekayaan mereka dijana??semua itu duit ANDA semua yang kononnya melabur dalam skim mereka. Sepatutnya yang kaya ahli bawahan, tetapi selalunya founder company yang sapu paling banyak. Ahli baru cuma dapat sisa je (itu pon kalau bernasib baik).
Quote
+1 #812 MrJ&J 2011-08-01 04:27
3. Jika kita menyertai sesuatu syarikat (menjual apa jua produk), kita perlu berfikir tentang kos barangan/servis dan harga jualan. Sebagai contoh kalau jual penapis air, adakah lojik harganya sehingga RM2k??Memang mereka boleh claim boleh merawat apa jua penyakit, tetapi adakah ini benar?? Ataupun mereka sekadar memasukkan beberapa gambar dan feedback yang kononnya dari “pengguna”??Selepas itu kita kena juga tengok apa yang ada dalam penapis air tersebut??Betul ke bernilai RM2k?? Tetapi ada juga syarikat yang menjual produk yang harga berpatutan (tak perlu saya nyatakan di sini) contohnya jika harga pasaran dijual RM 5 tetapi mereka jual dalam RM 5.50 which is very reasonable n that is the true business.
Quote
+3 #811 MrJ&J 2011-08-01 04:26
1. Kita semua kena sedar bukan mudah hendak kaya secara HALAL. Alangkan sahabat nabi pun kene bekerja dengan tekun, tabah sebelum Allah kurniakan hasil kepada mereka.
2. Kita perlu menerima hakikat bahawa kita bekerja keras untuk dapat RM 15 – RM 20 sejam. Jadi kenapa sanggup mengeluarkan beratus malah beribu-ribu untuk sesuatu yang tak tau asal usul/konsep pemasaran sesuatu barangan tersebut.
Quote
+3 #810 JANGAN MUDAH MENUNDING....EJAY 2011-07-14 23:14
:D suka saya bkongsi psal mlm ni....aper yg kiter buat adalah dtg nyer dari niat...follow track yg btul pasti tak akan tersasar...jadinya kita sure kita bangga ngan syarikat kiter naungi...tak jdnya kiter....syarikat jgk yg salah...hakikatnyer kiter kena munasabah diri balik semula.....naper org lain ble aku tak boleh....CTH TERBAIK....DLM SEBUAH SEKOLAH ADER MURID BAIK DAN ADER MURID NAKAL..SIAPA YG HARUS DIPERSALAHKAN????SALAH SEKOLAH KER???? pokok pangkal adalah hati....aper pun yg kiter buat tak kira aper syarikat kita naungi yg penting reputasi yg berlandaskan syariah.....kalu nak diikutkan makan gaji pun buat kerja tuk org atas jgk kan?????
Quote
+4 #809 MrBoboi 2011-07-08 16:20
Salam,

Banyak dah agen Hai-O datang ajak join diorg ni...
Jawapan saya simple aje, "Terima kasih, saya tak berminat :lol:

Ada staf dan kawan yang terjebak dgn bisnes kelentong mcm Hai-O ni rugi puluh ribu, hutang bank tak dapat bayar, kereta yg canggih2 hari tu dah bertukar motor kapcai...

Moral of the story bukan senang nak jadi kaya... huhu
Quote
+2 #808 CERITALA..abd 2011-07-05 11:47
Quoting ATIQAH:
Salam ustaz, saya mahu bertanyakan tentang Score A Programmed? Apa pendapat ustaz berkenaan dgn web-education yg di MLMkan? Dimana mmg ada panel syariah tetapi saya sendiri melihat ramai yang join menumpukan cari downline dari memikirkan utk menjual produk pendidikan itu sendiri.Mintak tlg ulas

Quoting yan:
ramai yang confius dgn uptrend.. betol tak? bukan nak cakap bukan2.. pk dulu sebelum bertindak..tapi pernah ker anda tanya betol2 ape yg tersirat disebaliknya pada upline anda.. bukan upline kecik tapi upline beso... contoh pasal cerita kesusahan diorg,, sistem ni... panel syariah... dan sebagainya la.. sape nak ceritakan cerita yg sebenar.. tanya dulu nanti anda akan dapat kebenarannya.. selamat mencari...

:-| TOLONGLAH CERITA KAKALAU U TAU..
Quote
-25 #807 KHAS UNTUK PENULIS ARTIKELmuhammad amir muhsin 2011-06-26 03:48
ASSALAMUALAIKUM ... SY DH BACE SEMUA HUJAH2... SEBENARNYA.. HUJAH2 YANG DIBERIKAN TIDAK BETUL SAMA SEKALI.... SEBAB UPTREND BUKAN PIRAMID..., BKN SKIM CEPAT KAYA... OK.. KITE BLH TENGOK MELALUI MODAL... OK..KALAU NK BERHUJAH TU PERLU RUJUK.. JANGN MAIN BANTAI SAHAJE.. TK BLH... THU KAN HUKUM MENGHARAMKAN BENDA YANG HALAL?? BERDOSA.. SAYA RUJUK DARI PPIM N USTAZ AZHAR BIN TUARNOR N RAMAI LAGI USTAZ2, DARIPADA MALAYSIA DAN UNIVERSITI AL-AZHAR MESIR... PERATUS YANG KATA BETUL DAN DITERIMA SEBANYAK 98% BERBANDING YANG TAK TERIMA SEBANYAK 2%.....
Quote
+4 #806 tido mana ada hasilmohd 2011-06-19 10:34
Aslmkm....
sy kesian org yg labur dlm mlm tapi xnk xusaha mcmna nk dpt hasil..ada kje ada duit.tu pn slh jgk ke?dh melayu ni labur tapi xnk wat kje padahal tu bisnes sndri lg nk slhkan org.bkn xajr.sama la g seminar mcmna nk niaga,dh ajr pn.bila blik rumah jd mls plk.psl brg plak,xde sape pn petikai knp merc kt msia mhl bbnding kt indon.sma jgk mcm brg dlm mlm.kualiti stnding hrga la.knp xdpt,sbb xwat.knp xwat, sbb xdpt.dh tido usaha pn mls..nk jd dermawan pn xkn nk mnunjuk kot?skap tu tgk orgla.xkn sorg jd blagak yg budiman pn kena?pokoknya SIKAP..yg pasti contohi org bjya.bangsa sndri bjya pn nk jatuh2kan plak.bisnes ape yg xprlu org?ade ke?bertenang semua,fkir2kan blik sikap kita.wassalam.
Quote
-8 #805 saja mau beritahucelosia 2011-06-04 13:20
salam satu mlysia.saya kurg setuju dgn pdpat2 korg dgn mlm ni.saya ada join hai o ni.pandgn tentg upline goyang kaki n menindas downline tidak benar..!!!!tidakpun kita cari downline seramai 5orgpun,bisnes bole jalan jg..memg saya ada join 21k,,tapi brgnya bkualiti,bestya untuk dijual kpd org ramai.semua bisnes memerlukan modal.jual pisg gorengpun perlukan modal.wang modal yg kita labur tadi,kita boleh buat pusingan.upline saya tidak pernah mdiankan diri,malah byk mbantu saya dr segi ilmu dan skill bniaga tapi bukan bniaga yg menipu org n memecahbelahkan sltrrhm.bagi saya, semenjak saya join hai o ni,saya dpt ramai kawan.rakan kongsi byk membantu. :sigh:
Quote
+2 #804 betol ker?yan 2011-05-24 15:03
banyak susah dari senangnya.. banyak dapat banyak juga yg keluar.. ntah2 tiada satu pun untung... ape yang aku nampak banyak penindasan.. contoh.. ini perniagaan kita sendiri.. kita la bos.. tapi kenapa upline bersusah payah nak paksa kita buat sesuatu tu mengikut kehendak mereka.. pernah terpikir tak?hahaha.. tak pernah bukan.. kalo perniagaan kita kenapa nak susah payah ikut upline.. bila perniagaan tak de downline upline selalunya melarikan diri.. sebab alasan mereka kenapa nak bersusah payah kejar org yg tak berjaya.. ini ke dinamakan kawan.. kalo kawan bukan ker tolong kawan bila susah.. jgn kata wang ringgit tapi semangat pun takde.. menjatuhkan lagi adala.. nanti diorg akan bagi alasan nak wat mcm mana lepas setahun ko wat takde rezeki mmg ko bukan dalam perniagaan ni.kelako jer..dulu masa beria suruh masuk takpe aku akan tolong ko sampai berjaya..tu bab kehidupan.. bab agama ustaz dah terangkan dah pun..
Quote
+3 #803 betol ker?yan 2011-05-24 14:46
ramai yang confius dgn uptrend.. betol tak? bukan nak cakap bukan2.. pk dulu sebelum bertindak..tapi pernah ker anda tanya betol2 ape yg tersirat disebaliknya pada upline anda.. bukan upline kecik tapi upline beso... contoh pasal cerita kesusahan diorg,, sistem ni... panel syariah... dan sebagainya la.. sape nak ceritakan cerita yg sebenar.. tanya dulu nanti anda akan dapat kebenarannya.. selamat mencari...
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer Formula Contracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan Ibadat Riba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new  ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 85 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Pelaburan & Perniagaan Perbincangan Hukum Uptrend & Hai-O