Benarkah UZAR Kata DCHL Halal ?
Soalan
Assalamualaikum Warahmatullah..
Ustaz Zaharuddin,

Saya memang tidak beminat dan memberi alasan dari sudut shariah berdasarkan artikel Ustaz.
Namun, baru-baru ini salah seorang daripada partner DCHL menelefon saya dan berkata pernah berbincang dengan Ustaz & ustaz bersetuju bahawa MLM DCHL ini mengikut syarak.
Soalan : Betul ke ustaz pernah bebincang/ dialaog dgn diorang? Ustaz kenal ke dengan orang bernama aidil / aidid (tak pasti mana satu namanya) yang mendakwa pernah bekerja dengan Ummu Salamah Consultant sebagai peguam syarie.
Jika benar kenapa ustaz mengatakan Lamp Berger tu mengikut syariah sbb pada pandangan saya terdapat unsur-unsur penipuan, & produk yang diniagakan seolah-olah melindungi tujuan sebenar unuk mendapatkan business partner (downline digelar sebagai business partner).
Wassalam.
Jawapan
Wa'alaikumussalam,
Terima kasih kerana merujuk kepada saya sebelum mempercayai dakwaan sebgini. Terdapat dua soalan dalam email anda ini.
Pertama : Betul ke ustaz pernah bebincang/ dialaog dgn diorang? Ustaz kenal ke dengan orang bernama aidil / aidid (tak pasti mana satu namanya) yang mendakwa pernah bekerja dengan Ummu Salamah Consultant sebagai peguam syarie.
Jawapannya : Maaf saya tidak ingat kerana terlalu ramai yang menghubungi saya dan berjumpa saya bertanyakan seribu satu macam soalan, bagaimanapun seingat saya kemungkinan besar dakwaan itu adalah tidak beanr, kerana saya tidak pernah memberitahu sesiapa yang produk dan plan MLM yang anda sebut tadi sebagai halal serta menepati shariah.
Saya juga tidak pernah mengatakannya haram. Ini adalah kerana saya tidak mengkajinya dan tiada masa untuk itu. Tambahan pula pandangan saya berkenaan MLM telah pun saya tulis sebelum ini. (rujuk Hukum MLM Menurut Perspektif Islam)
Justeru, jika ingin pandangan saya dalam MLM yang anda sertai, fahamkanlah sebaik-baiknya artikel saya dan lihatlah plan MLM anda. Bagaimanapun jangan sesekali menisbahkan 'halal' dan 'menepati Shariah' dengan menggunakan nama saya tanpa semakan sebenar dari saya.
Bagaimanapun anda digalakkan berbincang dengan mana-mana ustaz dan ulama yang anda sukai dan menggunakan nama mereka jika mereka mengatakan halal, ia adalah hak anda. Saya tiada sebarang masalah dengan mana-mana ustaz dan ulama yang mengatakan MLM sebagai halal. Itu hak mereka dan keyakinan mereka dengan ilmu yang mereka miliki. Justeru, orang awam sememangnya boleh berpegang dengan mereka kerana ustaz atau ulama tadi sudah bersedia menanggung apa jua kesannya di dunia dan akhirat. Semoga berjaya.
Walaubagaimanapun dalam perkara yang sudah 'putus' secara sepakat oleh Majlis Fiqh Sedunia dan Ijma (sepakat sepenuhnya) oleh para sahabat serta ulama silam, janganlah anda mengikut kata-kata ustaz dan ulama yang bercanggah dengannya kerana ia besar kemungkinan didasari oleh ilmu yang kurang tepat atau mempunyai kepentingan dunaiwi tertentu, kecuali ia mempersembahkan hujjahnya yang sememangnya boleh dipertimbangkan.
Perlu diingat juga adakalanya, ada individu yang berjumpa saya di tempat ceramah atau semasa kursus, mereka mengutarakan soalan-soalan ringkas yang bersifat umum kepada saya dan saya menjawab ringkas juga. Malangnya, mereka menyalah gunakan jawapan umum dengan sedikit modifikasi sebagai hujjah kononnya saya mengatakan itu dan ini kepada sesuatu produk atau perniagaan. Ia adalah tidak benar.
Jawapan yang sebenar adalah yang tertulis di web ini, selagi ia belum dicatatkan bermakna saya tiada sebarang pandangan detail tentangnya. Wallahu 'alam.
Kedua : Jika benar kenapa ustaz mengatakan Lamp Berger tu mengikut syariah sbb pada pandangan saya terdapat unsur-unsur penipuan, & produk yg diniagakan seolah-olah melidungi tujuan sebenar unuk mendapatkan business partner (downline diglar sebagai business partner).
Jawapan : Tidak benar, justeru soalan ini tidak berbangkit.
AKHIR SEKALI, MUNGKIN ANDA ELOK JUGA MEMBUKA SATU WEB YANG ADA PENGALAMAN TENTANG LEMPE BERGER INI. SILA BUKA WEB INI
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
21 Ogos 2007
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Jadik,apa pendapat ustaz?? wajarkah atau tidak saya menolak bisnes ni, sbb kawan sy ni seolah2 tak dpt terima pendapat sy sbb sy tolak tawaran dia..huhu.....
TAMAT citer sy...
jazakumullah khairan kathira
kebanyakan mentaliti orang melayu hanya "cukuplah apa yang ada""
bukanya nak merendahkan org melayu...cuma kenyataan,,
tahu knapa orang cina slalu berjaya..SEruan nabi pun ada berkata,,"tuntutlah ilmu hingga ke negara china""
so amik yg bersih buanglah yang kabutt....think positive lah....
sebab saya dah penah join dgn letak amount yg diaorng paksa kita letak dgn pelbagai janji manis2 terutama orng2 atas yg di beri gelaran marques....selagi boleh mereka akan mengajak geng2 marques untk kamu berani letak duit...sealanya demi kepentingan orng atas berhati2 lah..kita ni umpama mangsa perjudian mereka..melayu pun sanggup menipu melayu demi imbihan kepala mereka iaitu cina
betul tu saya setuju...hidup dalan kesedehanaan kan dah bahagia...nak mewah sangat untuk apa..riak?..sia-sia
betul tu saya setuju...hidup dalan kesedehanaan kan dah bahagia...nak mewah sangat untuk apa..riak?..sia-sia
Totally liar..i got nothing when returned within 7 days!
Yang aku tegok la, setiap MLM adalah mainan duit. pasal "Halal Haram" tk berani nk komen. Halal haram adalah hak Allah. Yang aku pasti halal haram, tu je yg ku tau. Maaf kalau silap.
Baru2 ni member DCHL ade jumpa kwn aku, so ofcoz la kwn aku ajak aku kan? Tu yg aku buat research kat website DCHL.
Pasal lesen aku dh check so ternyata lesen DCHL ni masih laku hingga 2014 sila rujuk kpdnkk.gov.my/.../...
Sebelum DCHL ni, ku ade di offer oleh mlm yg serupa tp bkan DCHL. dorg adalah OCEAN. Ocean ni tk betul.
Byk komen yg aku bace pasal DCHL. ade yg kate tipu, ade yg kate haram, and mcm lagi la. saye bace ni pun nk tahu "APA DCHL" yg di perkatakan... mmg ada komen2 yg membena dlm ni dan tk kurang jugak la yg merapu. Saya setuju dgn komen > #234 saya setuju — kalihassan 2010-07-14 20:58.
Bagi saya, buat pe nk buat pjaman bank kalau kite tk mampu? Buat ape kite nk pinjam sana pinjam sini kalau rase tk bole nk bayar?
Kami di 69z..smuanya brusaha untuk maju...takde yg join hari ni esok kaya...smua agent kene g kursus, g training...timba ilmu, sbb nk jadi doktor kene blaja jadi doktor...nk buat networking,kene blajar ilmu networking..
kita kadang2 xdpt hasil, sbb x ada ilmu...bila dah ada ilmu...kta blh share dgn org..
Hidup ni xkan asyik nk bhutang...tgh bulan mrungut x cukup duit...nk bukak conventional bisnes,modal x da...cakap pasal rukun Islam,pegi haji kene buat...x de duit mcm mana nkpegi...x kan rezeki dtg bgolek...
Apa2 pun usaha tangga kejayaan..!
bertani, berkebun dan bersawah tu salah satu perniagaan.. jgn konpius. betulkan kalau saya salah.
tapi yg menghairankan yg jual nama ustad apa hal?????
sila rujuk semula pada link tersebut..
informasi kita mesti selalu update !!!!
yg dah join tapi x buat jgn salahkan company, tp salahkan diri sendiri yg mmg malas nak berusaha
assalamualaikum ustaz
i memang tak percaya first time
lepas join i memang dapat manfaat dari biznes ini
untung bulanan pun memang lumayang
kita buat biznes in bukan nak tipu downline tapi nak
downline dan upline dapat untung yang sama rata.
i memang percaya 100% dalam biz ini
bagi saya orang yang give up ini semua kena rajin2 sikit
kalau kita join inves duit dan duduk diam saja tak akan membuahkan hasil!
kita kena taruhkan effort kita juga,buat dengan bersunguh2
kalau biznes ini bohong macam mana i dapat untung?
i tak tipu downline i!
mereka pun tak rasa ditipu!
mereka bershukur kerana telah diberi peluang untuk manjana pendapatan yang halal!
pendapatan yang kita dapat dengan titik peluh kita bukanlah haram.
tapi pendapatan yang dapat tanpa mengeluarkan titik peluh itu lah yang dipangil haram.
Setuju?
Remarks :
-ustaz.. kalau ada kesalahan, maafkan saya..
Ni ada pulak cebisan lampe berger ni friends club,family club and star clum unde 1 team.
www.mlmscam.net/site
Ramai yang ikut dah ni.Terutma orang melayu.Harap uzar boleh buat susulan dari artikel ustaz sekarang.They keep growing...
taawon telah jelas keharamannya
sila rujuk website MFA(franchise nye website)
pendedahan ekslusif
Link Text (kpdnkk.gov.my/.../...)
Link Text (kpdnkk.gov.my/.../...)
RSS feed for comments to this post