Cara Untung Atas Angin
& 'Duit Free' Dan Hukumnya
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Disebabkan hal dan perkara ini sentiasa berlaku di syarikat swasta dan kerajaan, saya merasakan amat baik jika artikel ini dibaca dan dihayati kembali oleh pelawat web saya. Khususnya di musim kegawatan ekonomi dan kebanyakan pekerja sedang memikirkan pelabagi kaedah dan cara untuk mencari wang sampingan dan tambahan. Beringat-ingatlah dalam mencari wang sampingan, jangan sampai menyumbat bara api neraka ke dalam mulut isteri dan anakmu.
Tajuk utama surat khabar New Straits Times pada 11 September 2007 memaparkan isu pembelian beberapa peralatan untuk kementerian tertentu dengan harga luar biasa.
Hal ini terbongkar apabila pihak Ketua Audit Negara melakukan tugasnya dengan telus dan baik, lalu mendedahkan penyelewengan ini.
Antara yang diketengahkan oleh media ini adalah :-
1) Buku yang sepatutnya berharga RM 417 menjadi RM 10,700.
2) Screwdriver yang sepatutnya berharga RM 32 menjadi RM 224.
3) Set lengkap komputer meja (desktop) yang sepatutnya berharga RM 174,811 menjadi RM 3.06 juta (Kementerian Belia & Sukan).
4) Karipap yang sepatutnya berharga 30 sen satu menjadi RM 3 bagi satu karipap.
5) Dua kamera 3.1 Megapixel yang sepatutnya berharga RM 2,990 menjadi RM 8,254.
6) Faber Castell pens yang sepatutnya berharga RM 160 menjadi RM 1,146.56.
7) Dua krane yang sepatutnya berharga RM 2.98 juta menjadi RM 5.72 juta.

- 1) Penipuan oleh pegawai bertanggungjawab yang mengambil keuntungan atas angin.
- 2) Rasuah menyebabkan harga termasuk harga bayaran rasuah.
- 3) Salah teknikal dan pengiraan.
Menurut Islam, jika ia berlaku dengan sebab item 1 dan 2, sudah tentu hukumnya haram. Dalil pengharaman rasuah adalah :-
1) Firman Allah s.w.t
وَلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-Baqarah : 188 )
2) Disebutkan dalam hadith :-
لَعَنَ رسول اللَّهِ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ في الْحُكْمِ
Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)
Manakala dalil pengharaman penipuan juga sangat jelas dalam urusan perniagaan secara umum, iaitu :-
1) Sebuah hadis :-
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ مَرَّ على صُبْرَةِ طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فيها فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فقال ما هذا يا صَاحِبَ الطَّعَامِ قال أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يا رَسُولَ اللَّهِ قال أَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ الناس من غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)
2) Pernah juga di riwayatkan bahawa :-
إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه
Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) ( Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312 )
3) Nabi SAW juga pernah mencela orang Yahudi yang apabila diharamkan memakan daging babi dan lain-lain, mereka membuat helah dengan mengambil lemaknya dan dihiaskan lalu dijualnya. Apabila Nabi mendapat tahu lalu terus berkata :-
قَاتَلَ الله الْيَهُودَ حُرِّمَ عليهم الشَّحْمُ فَبَاعُوهُ وَأَكَلُوا ثَمَنَهُ
Ertinya : "Allah akan menghancurkan Yahudi yang mana mereka ini apabila Allah mengharamkan makan lemak (babi, bangkai dan lain-lain yang diharamkan), lalu mereka membuat helah dengan menjualnya serta menikmati hasil jualannya" ( Riwayat Al-Bukhari no 2111, 2/775 ; Muslim, Baihaqi )
Hasil dari kumpulan hadis ini, bentuk tindakan yang dilakukan seperti adalah HARAM dari sudut hukum Islam jika ia benar-benar dilakukan atas dasar penipuan dan rasuah. Manakala, jika berlaku atas kesilapan teknikal, ia tidak termasuk dalam kesalahan dari sudut hukum. Ia hanya kelemahan pengurusan dan tindakan bergantung kepada pihak berwajib.
Beberapa Bentuk Lagi
Menerusi email dan soalan yang kerap saya terima, berikut adalah antara beberapa bentuk untung atas angin dan penyelewengan yang kerap berlaku dalam industri kerja samada kerajaan, swasta, NGO, Persatuan, sekolah, Parti Politik dan lain-lain organisasi :-
1) Rasuah dalam memilih : Pegawai yang bertanggungjawab memilih kontraktor untuk iklan, pembersihan, latihan dll untuk syarikat atau organisasinya. Pihak pegawai memilih syarikat 'Z' dari empat syarikat lain yang menghantar 'quotation' kerana oleh syarikat 'Z' itu berjanji memberikannya sedikit imbuhan 'ikhlas'.
Hukum : Ia adalah haram dan rasuah dalam Islam.
2) Mencipta 'quotation' sendiri : Pegawai atau kumpulan pegawai yang diberi kuasa membuat pemilihan kontraktor untuk syarikat. Dia atau mereka sepakat untuk memberinya kepada satu syarikat yang mereka kenali bukan kerana kualiti dan harganya tetapi kerana sebab-sebab lain. Disebabkan oleh prosedur syarikat yang memerlukan terdapat 'quotation' dari minimum daripada empat buah syarikat. Pegawai ini telah mencipta beberapa 'quotation' dari syarikat yang tidak wujud bagi menunjukkan
Hukum : Haram kerana menipu.
3) Menaikkan Harga : Pegawai diminta oleh majikan untuk mencari pembekal bahan mentah, pegawai berjaya mencari dengan harga RM 1500 tetapi menaikkannya kepada RM 2000, lalu baki RM 500 diambilnya.
Hukum : Ia adalah haram sepakat ulama.
4) Menang Tender Bersyarat : Pelaburan Pegawai diminta oleh majikan mencari kontraktor untuk 'renovation' pejabat atau apa jua aset syarikat. Pegawai telah mengempen syarikat 'B' kepada majikan disebabkan dia telah mempunyai perjanjian di sebalik tabir dengan pihak syarikat "B' yang memberikannya izin untuk melabur wang peribadinya dalam syarikat 'B' dengan kadar keuntungan mengikut Islam 'kononnya'. Padahal, jika tiada peluang 'melabur' itu, sudah pasti pegawai tidak akan mengempen syarikat 'B'.
Hukum : Tindakan sebegini adalah haram dalam Islam dan ia termasuk dalam rasuah bentuk baru dan berselindung disebalik aktiviti pelaburan Islam.
5) Tuntutan Palsu : Pegawai membeli barang keperluan syarikat atau mengisi minyak dengan harga tertentu tetapi berpakat dan memohon pembekal atau stesyen minyak mengeluarkan resit dengan jumlah berbeza dari jumlah pembeliannya. Berbekalkan resit itu, pegawai membuat tuntutan kepada syarikat dengan harga berlipat kali ganda. Ini yang berlaku dalam kes-kes di atas.
Hukum : Ia adalah haram menurut Islam kerana penipuan kepada syarikat. Pihak pembekal juga berdosa kerana dikira bersubahat mengeluarkan resit berjumlah palsu itu.
6) Resit Harga Ciptaan : Pegawai membeli barang untuk kegunaan syarikat dari satu kedai, dan kedai tersebut enggan bekerjasama untuk menaikkan harga dalam resit. Bagi meraih keuntungan, pihak pegawai telah mencipta resit sendiri berserta cop palsu.
Hukum : Ia adalah haram dalam Islam kerana penipuan.
7) Ambil Untung Sendiri : Pegawai diberi oleh syarikat 'budjet maksima' sebanyak RM 5000 untuk membeli satu barangan keperluan syarikat. Pegawai berjaya mencari di pasaran terbuka barang yang diperlukan dengan harga RM 4000 sahaja. Bagi mendapat manfaat, si pegawai telah berpakat dengan penjual agar dituliskan harga RM 5000 dalam invoice dan baki RM 1000 hendaklah diberi kepadanya.
Hukum : Ia adalah haram kerana penipuan dan wang khianat sebagaimana yang disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w. Bagaimanapun, jika ia berterus terang dengan majikan sambil memohon sebarang insentif atas kejayaannya mengurangkan kos syarikat kerana kecekapannya mencari barang yang lebih murah, tatkala itu, majikan harus memberikannya jika ia tidak menyalahi mana-mana undang-undang syarikat. Jika tidak, majikan akan mengambil kira kejayaan itu dan membayarnya dalam bonus dan kenaikan gaji apabila sampai waktunya sahaja.
8) Guna Khidmat Syarikat Sendiri : Soalannya seperti berikut : - "Saya bekerja dengan majikan, dalam masa yang sama membuat perniagaan membekal barang-barang untuk majikan menggunakan syarikat saya tanpa pengetahuan majikan?"
Hukum : Ia lebih cenderung kepada hukum haram terutamanya jika anda menggunakan kuasa anda sebagai pegawai yang diberi tanggungjawab untuk mempengaruhi keputusan pemilihan pembekal.
Walaubagaimanapun jika majikan telah diberitahu dan mereka bersetuju tanpa sebarang syarat-syarat seperti rasuah seperti 'mesti memberikan komisyen kepadanya pula' ; maka ia boleh dikira harus dan halal, terutamanya apabila syarikat anda memang punyai kualiti dan mampu menawarkan harga kompetitif berbanding syarikat pembekal lain.
Wang Yang Diperolehi Dari Kerja Yang Telah Diberi Gaji
Saya faham, ramai yang cuba mendapatkan 'side income' dari cara-cara yang disebut di atas, sambil melakukan tugasannya yang wajib. Ingatlah dua hadis berikut :-
a) Nabi bersabda :
" Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) " ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)
b) Nabi bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata :
"ini untukmu ( bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda :" Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)" ( Al-Bukhari & Muslim )
KESIMPULANNYA
Sebagai akhirnya, banyak sungguh soalan seperti kes-kes di atas sampai kepada saya. Malangnya amat ramai juga yang terlibat tanpa memikirkan halal haram tindakannya. Hanya berbekalkan keyakinan tanpa ilmu dan palsu, mereka meraih keuntungan untuk digunakan oleh diri dan keluarga. Pastikan ia akan memberikan padah baginya di dunia dan akhirat, selain menjadi punca doa menjadi pudar dan tidak ingin didiengari oleh Allah s.w.t.
Penutup
Nabi Muhammad mengingatkan kesan harta haram terhadap munjat dan doa seseorang :-
الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Apabila wang dan pendapatn menjadi haram, doa tiada lagi dilihat dan diterima oleh Allah swt. Ibu kepada segala jenis doa adalah solat. Apabila solat sudah tidak lagi diterima, runtuhkan sensitiviti dan antenna agama dari dirinya, menyebabkan ia sesat dan terus menjauh dari Allah swt, menuju ke majlis hina bersama para iblis dan Syaitan. Moga dijauhkan Allah.
sekian
Zaharuddin Abd Rahman
3 Ramadhan 1428 H
15 Sept 2007
ULANG SIAR PADA 12 MEI 2009
BERIKUT ADALAH PETIKAN BERITA NST:-
CYBERJAYA: The Finance Ministry has taken the lead to get to the bottom of inflated prices for procurement of products and mismanagement of funds.
Second Finance Minister Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yesterday ordered all departments in the Treasury to prepare detailed reports on the cases highlighted in the Auditor-General's Report which involved them.
"The departments have been asked to prepare the report almost immediately and we will respond in the quickest manner."
He was responding to a call by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak that the relevant ministries mentioned in the report must respond to the findings.
Nor Mohamed said the call made by Najib was timely and appropriate, and all ministries must adhere to it.
"In my ministry, the Customs Department was mentioned, so this will be given focus," he said after launching the Cyberjaya Dedicated Transportation System here.
The report issued last Friday highlighted several cases where public funds were misused by government agencies.
Non-governmental organisations (NGOs) which do not qualify have been given funds by some ministries, while two helicopters worth RM117.75 million bought for the police air wing could not be used as they did not meet specifications.
It said that in 2002, the government paid RM8.39 million more than the market price for the purchase of 13 items for the National Youth Skills Institutes programme.
The 13 items included technical books consisting of 10 titles priced at RM10,700 per set when they could be purchased for RM417. A total of 17 sets of books were ordered.
Also two 3.1 megapixel digital cameras were bought for RM8,254 each when they were available for RM2,990 each.
The government also paid RM224 for a set of four screwdrivers which would cost only RM40 in the market and RM1,146.56 for a set of Faber Castell technical pens instead of the RM160 market price.
International Trade and Industry Minister Datuk Seri Rafidah Aziz said bidders of government projects should not mark up their prices as they were squandering people's money.
She said suppliers of products and services to government agencies should have integrity and be ethical in conducting their business.
"Please keep in mind it is the people's money. I understand that businessmen want to make profits, which is not wrong, but do so reasonably.
"For instance, it is ridiculous to pay RM3 for a curry puff whereas you can get it at 30 sen.
"What kind of curry puff costs so much?" she asked after chairing the Wanita Umno exco meeting yesterday.
Rafidah, who is also Wanita Umno chief, was baffled as to why it cost more to buy in bulk.
"Normally, bulk purchases should be cheaper."
She also said government officers who were dealing with tenders and financial matters should scrutinise individual prices and make comparisons before deciding on the purchase.
Rafidah said those caught misusing funds in her ministry would be dealt with swiftly and strict procedures were in place to prevent mismanagement.
In Kota Kinabalu, human rights and consumerism activist Datuk Prof Dr Hamdan Adnan lauded the exposure of the inconsistencies in public fund management detailed in the report.
Baring the problems had reflected the government's transparent administrative policy in managing the people's money, he said.
"Since the report has revealed obvious mismanagement of public funds, I feel the Anti-Corruption Agency should be brought in to investigate those responsible."
Hamdan said firm measures must be taken against both the parties that were responsible in the purchase and the suppliers so that the problems would not recur.
"Usually the government will buy in bulk which is supposed to be cheaper.
"Based on the report, it is clear that the price tags were unreasonable," he added
000010172000
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Saya ingin dapatkan pencerahan mengenai satu perkara berkenaan pembiayaan pink form yang bakal kami perolehi sebagai pekerja .
Kemusykilan ini berlaku kerana : untuk memudahkan urusan pemberian pink form untuk kakitangan yang ramai , kami telah diarahkan untuk membuka akaun di CIMB untuk urusan pembiayaan pembelian pink form ini nanti. Kami telah mendapati bahawa pembiayaan ini menggunakan cara konvensional dan sebagai orang Islam yang ada sedikit pengetahuan, kami telah membuat satu memorandum kepada HR supaya pembiayaan ini dibuat mengikut cara Islam. Semua kakitangan Islam disyarikat kami telah menandatanganin ya dan telahpun diserahkan kepada pihak pengurusan. Jawapan pihak bank adalah mereka akan meminta kepada pihak atasan mereka untuk meluluskan pembiayaan dibuat secara Islam.
Bolehkah kami meneruskan pembelian saham ini sekiranya kelulusan cara Islam ini terlewat di perolehi.
Pink form sebagai penglibatan kami sebagai petugas.
TK
Pertama sekali, jazakallahu khair atas ilmu yg ustaz sharekan.
Di sini,saya ada sedikit keraguan atas jualan ekonomi yg saya jalankan sekarang. Untuk pengetahuan ustaz,jualan ekonomi ni adalah di bawah satu organisasi di sini dan manfaatnya adalah untuk kepentingan dakwah dan tarbiyyah di sini.
Saya bagi contohnya. Katakanlah, saya pergi negara lain dan saya beli pakaian/keychain atau lain2 di sana. Kemudian, bila balik saya jual kpd masyarakat sekitar di negara saya dgn mengambil sedikit keuntungan. dan keraguan saya sekarang adalah perlukah untuk memberitahu penjual di negara lain itu yg saya beli brg2 tersebut adalah untuk dijual di negara saya dan diambil untungnya sedikit? ataupun semua itu tak perlu utk beritahu sebab brg2 itu sudah berpindah milik? mohon penjelasan daripada ustaz tentang perkara ini.jzkk.
wassalam wbt.
Saya mempunyai syarikat pembekalan barangan makmal. Kami telah mendapat status sebagai exclusive / authorised agent untul mengimport, membekal dan memberi after sales service di Malaysia. Pihak kami mendapat status ini setelah melabur untuk ke luar negara bertemu dengan pengilang, membuat sales presentation dan target, menghadiri latihan untuk menjadi exlcusive dealer.
Selalunya, pihak pembeli akan mengeluarkan tender atau sebutharga yang memerlukan 4-5 syarikat untuk membida. Memandangkan hanya syarikat kami yang boleh membekalkan peralatan tersebut dengan spesifikasi yang betul, pihak pembeli akan menyuruh kami menyediakan sebutharga lain untuk tujuan fornality sahaja,kerana jika dibuka, syarikat lain pun akan mendapatkan barang tersebut daripada kami dan selalunya proses ini mengambil masa. Untuk menyenangkan proses pembelian, beberapa sebutharga akan kami sediakan dari syarikat yang kami kenali.
Adakah cara ini merupakan penipuan?
disini sy ada permasalahan samada ianya kategori untung ats angin yang haram ataupun yang halal..begini, sekiranya saya seorg pelajar. universiti kami ingin menganjurkan rombongan. jadi sy sebagai org tgh mengenalkan student dgn toke bas. sekiranya toke bas tu minta harga pd student dan sy diberi komisyen.ape hukum komisyen yg saya terima?
saya ade kemusykilan.kami diberi peruntukan sebanyak rm300 untuk pembelian kasut. tetapi kami harus claim dengan resit setelah membuat pembelian.Namun demikian ada sesetengah dari kami yg tidak cukup wang untuk membeli atau yg telah membeli tetapi hilang resit.oleh itu mereka claim dengan resit rekaan.apakah alasan itu wajar?saya rasakan tindakan ini berbentuk penipuan, jadi apakah yg sepatutnya dilakukan jikalau telah menerima duit claim itu?adakah mereka patut sedekahkan sahaja wang itu atau gunakan duit itu untuk membeli kasut seperti biasa?adakah haram jika dia menggunakan duit claim itu untuk membeli kasut setelah menipu?
saya nak tanya apakah hukum menjadi agen dropship,dimana agen hanya bertindak utk promote dan menjual barang sesebuah syarikat tanpa menyimpan barang tersebut.agen hanya mengambil komisyen dari jualan tersebut.
saya baru nk mencuba perniagaan tersebut,tetapi khuatir dari segi halal -haram..di harap ustad dpt memberi penjelasan..terima kasih.
saya ada sedikit kemuhkilan tentang menentukan harga sesuatu barangan, setelah saya mencari, rasanya artikel ini paling dekat dengan perkara tersebut.
soalannya, adakah boleh saya menjual satu barangan itu lebih daripada dua kali ganda daripada harga asalnya, sebagai contoh, barangan antik seperti radio & tv lama (atas alasan nilai estetika nya).
Dan boleh kah saya perdagangkan duit dengan duit, contohnya dengan menjual duit syiling peringatan keluaran khas BNM.
adakah terdapatnya unsur riba' di dalam jual beli tersebut..?
Semoga ALLAH Kurniakan Ustaz Barokah & Rahmat NYA.
Soalan saya :
Ada 1 skim di dalam internet ni yang mana kita perlu membeli lot iklan kepadanya, kemudian dia akan membayar kepada kita Bonus & Komisyen / Keuntungan sebanyak 150% (tetap) selepas sebulan.
Contoh: Beli RM 1,000.00
Selepas 1bln terima RM 1,500.00
Saya ingin tahu, Apakah hukum keuntungan RM 500.00 ini haram di sisi ALLAH...?
saya ada satu masalah...saya bekerja di sebuah kedai hadiah.. masalahnya begini..asalnya harga 1 barang adalah rm 10 tetapi dinaikkan menjadi rm 19.90...tetapi kalau beli dua barang tersebut harganya adalah rm 20...ini taktik yang digunakan untuk menaikkan sale barangan dalam kedai..pembayar membeli harga barangan dengan harga asal..cuma daripada membeli 1 barang mereka membeli 2 barang..cuma masalahnya adakah ia taktik atau penipuan? dan apakah pula hukumnya?
UZAR : menurut hukum, yg paling tepat adalah cari detail mangsa dan hantar kembali wang tersebut. carilah cara yg sesuai. Jika telah usaha tapi gagal. barulah boleh didermakan kpd faqir miskin dgn niat on behalf of them.
selebihnya, teruskan taubat dan pohon keampunan Allah.
-ade tak link atau pun penerangan lebih lanjut mengenai OD(overdraft).
-sye cbe search tp jwapan yg tidak memuaskn.
-boleh uztaz trangkan knp maybank islamic bank mnwarkn OD lbih baik ?
1. seorang diamanahkan membeli barang. Harga pasaran barang tersebut, katakanlah rm50. Setelah meronda mencari harga kesemuanya rm50. akhirnya dia membuat tawar-menawar dan mendapatkan harga rm40. adakah dia dibolehkan ambil rm10 tersebut dgn alasan penat ronda, tmbg dll dan penawaran dilakukannya. Tanpa ada persetujuan awal dengan orang yang mewakilkan.adakah ia dikira menipu?
2. Berkenaan dgn rasuah. Jika saya mmg pasti pembekal saya melakukan rasuah utk mengimport barang yang saya pesan, bolehkah saya membeli daripadanya? dan tiada pembekal lain utk produk yang dipesan memandangkan ia barang kawalan di negara tersebut.
mohon bantuan ustaz..
Terima kasih saya dahulukan.
UZAR : 1) Sewajarnya, dia memaklumkan kepada pembeli asal, harga yang diperolehinya.
2) Jika kita mmerlukan barang tersebut sebagai perkara asasi, maka boleh..jika tidak maka tidak digalakkan sama sekali apabila telah pasti.
DAPAT DUIT SEBAB BAGI PENDAPAT!
(ONLINE SURVEY)
APA PENDAPAT USTAZ.
TERIMA KASIH
SALAM
UZAR : tidak diharuskan, overdraft islam ditawrakan oleh Maybank Islamic Bank
utk menganjurkan sesuatu program yg d'kndlikan o skmpulan pljr,spt biasa kertas keje dan beserta klulusan unversiti prlu d'usahakan. kebiasaannya,pe runtukan bg menjykan program itu d'prlukan..yg utamanya,tntula h dr pihak pntdbiran unversti (HEP-hal ehwal pelajar)..selain itu,sumbgn atau pnjaan dr pihak luar dr universiti turut d'usahakan. situasinya,pngr h tlh memperuntukkan bg program (cthnye xpdc pnjt gunung,xpdc berbasikal,khid mat msyrkt@kem khidmat budi) adalah berjumlah rm60k. si bndhari tlh mmbuat bajet kwngn dan d'luluskan d dlm kertas kerja. katakanlah,sumb gn atau pnjaan yg d'perolah utk mnjyakan program d'dpti rm80k. dan stlh berakhirnya program,lbihan wang adlh rm20k..iaini t'dri drp lbihan sumbgn pihak luar. ape yg prlu d'buat SPTUTNYA dgn rm20k tu? situasi yg d'alami d'cni,rm20k itu d'blnjakn dgn mengadakan penghrgaan kpd pljr dlm bntuk percutian ke mn2 destinasi atau mkn malam pnghrgaan. yg musykil,'penghargaan' td tidak d'nyatakan d'dlm kertas kerja program dan penaja atau penyumbng tidak tahu ttg 'pnghrgaan' td. jadi,apakah situasi insan yg mnjyakan pnghrgaan td dgn duit lbihan program sbnyk rm20k td? hrp jelas UZAR,pnjlsn d'prlukan dr UZAR.
Skrg dah pencen. Ikut gerak hati & sentiasa mohon pada Allah dijauhkan dr fitnah. Kadang2 kita memang lapar dan makan sendirian, tiba2 ada yg belanja. Klu setakat kurang RM5.00, tak menyebabkan kita terikat. Tapi klu ajak makan dihotel2 & tempat2 mewah, JANGAN sama sekali.
Pernah saya bayar pula untuk mereka bagi mengelak terhutang budi (wlu mereka pernah belanja dlm lingkungan RM5 sahaja). Lama2 mereka akan faham kita.
saya ingin bertanya sekiranya saya mempunyai seorang kawan yang ingin mendapat nama/email orang tertentu untuk membuat perniagaan dalam syarikat saya bekerja, kemudian bila berjaya dia setuju untuk memberi sebahagian komisen yang diterima olehnya dari syarikat kawan saya sendiri atas keberjayaan kawan saya itu mendapatkan perniagaan dalam syarikat saya bekerja. Penglibatan saya dalam kejayaan kawan saya cuma memberi nama/email dan tidak lebih dari itu (segala urusan perundingan perniagaan adalah antara syarikat saya dengan kawan saya dan hasilnya kawan saya berjaya mendapat perniagaan tersebut atas usaha sendiri)
Soalan: adakah haram komisen yang saya dapat dari kawan saya ini (persetujan antara saya dan kawan saya apabila saya memberikan nama/email yang dikehendakinya itu)???
Sekian
din
Utz, ana nak mohon dengan Utz utk ana siarkan artikel ini di ruangan blog ana.
Moga2 ia membantu shbt2 ana dalam urusan kerja dan perniagaan.
terima kasih utz.
Syam
saya bekerja dengan kerajaan.. sering membuat claim diatas tugas luar dan menjalani kursus luar... pihak kerajaan membenarkan dibuat mengikut kadar-kadar tertentu mengikut pejalanan dan waktu bertugas..
sekiranya saya membuat tuntutan perjalanan menggunakan teksi tetapi saya menaiki kenderaan sendiri disebabkan beberapa syarat utk claim tuntutan dgn kenderaan sendiri tidak dipenuhi seperti mesti mengisi brg perjalanan 240km dan perlu disahkan oleh boss sebelum menjalankan tugas luar.
soalan
bolehkah saya buat tuntutan dengan kaedah lain walaupun jumlahnya lebih rendah dari tuntutan dengan kaedah yg sebenar?
UZAR : saya rasa dah jwb soalan begini di dalam artikel.
Apa shj tuntutan yang tidak kita lakukan adalah penipuan. Tuntutan yg dibenarkan hanyalah jika setelah isi borang dan naik kenderaan awam. Maka itulah yg perlu kita lakukan, tanpanya, kita tiada lagi hak istimewa untuk claim.
Bayangkan kita sebagai majikan, dan ada staff kita nak buat begini..setujukah kita?
nak dijadikn cerita, kami sebenarnya bukan disponsor..kami sekadar mengambil upahan unutk mendapatkan kewangan..kami bersetuju untuk itu..tetapi yang menjadi kemarahan kami..harga bagi setiap helai borang itu yang sebenarnya adalah RM3...tetapi mereka menyatakan kepada kami harganya adalah RM1...kami terpaksa bersusah payah sehingga kini mencari 3ribu orang belia dengan hanya mendapat bayaran RM3RIBU sahaja..sepatut nya RM9RIBU...bagaimana ye?? apa yg perlu kai lakukan unutk mendapat5 pengadilan??? ini no tel saya jika ustaz mahukan penjelasan yg lebih mendalam..0173898492
UZAR : sukar nak beri pandangan kerana perlu ada detail berkenaan kementerian itu pula. Kita kena tahu, sama ada apa yg dilakukan menepati polisi kementerian atau tidak. jika tidak..ia adalah penipuan.
jika tiada masalah, maka apa yang diminta adalah sah dan dibenarkan..dan ia adalah upah atas setiap satu ahli. walalupun harga borang RM 3, maka harus utk kementrian tetapkan jumlah upahnya sebanyak RM 1 setiap satu borang.
rasanya hadis terakhir yg UZAR tulis dah jelas maksudnya
tq
-saya sudah jelas mengenai keuntungan atas angin yang haram bagi mana2 individu yg berkerja dibawah syarikat tnpa izin majikannya atas keuntungan yang diambilnya..
saya nak bertanya apa bezanya jika individu yang tidak bekerja dibawah syarikat atau mana2 pihak menjalankan kerja sendiri dan mengambil keuntungan atas kerja yg dilakukan..
cth: niat asal si A nk membntu smbil mahu ambil sedikit untung atas usaha yang dilakukannya. si B minta bantuan dari si A untuk kirim beli barang atas sebab jarak si B jauh dari tempat brang itu dijual.
..permasalahan yg mungkin timbul, andai si A dan si B berjauhan seperti tinggal berasingan negara yang melibatkn nilai matawang yang berbeza.pada masa yang sama juga barang yang ingin dikirim oleh si B kemungkinan berlaku perubahan harga.si B minta harga anggaran barang yang ingin dikirim dalam nilai matawang dari negara si B agar kiriman wang melalui bank dapat disalurkan kepada si A. si A menyerahkan harga anggaran barang kepada si B setelah menyemak harganya dan kemungkinan harga anggaran itu lebih "sedikit" dari harga sebenar kerana faktor nilai matawang yang berbeza dan berubah2 antara negara si A dan si B.si B mengirimkn wang lebih dari harga anggaran yang diberikan oleh si A kepadanya dan mengisyaratkan kepada si A agar ambil bakinya(menjadi milik si A) sekiranya ada baki atas sebab si A membantunya.selesai si A membeli barang yang dikirim oleh si B dan mengambil baki wang utk dirinya(si A) setelah diisyaratkan oleh si B pada sebelumnya.
soalan:Apakah hukum meberikan nilai harga anggaran lebih "sedikit" dari harga asal kerana si A berhati-hati agar wang yang dikirimkan kepadanya tidak kurang dengan harga barang dan "ketidakmampuann ya" menentukan harga yang tepat disebabkan nilai matawang yang berbeza antara 2 negara?dan apakah hukum si A mengambil baki tersebut ?
minta tolong penjelasan ataupon penyelesaian terbaik dan nasihat sekiranya ianya salah untuk dilakukan....terima kasih
ada kemuskilan skit,
Kawan saya menguruskan pembelian barang sukan untuk kelab sukan di Ofisnya. Pembekal sukan tersebut menjual dgn harga RM 40. Manakala Kwn saya mendapatkan dengan harga selepas diskaun sebanyak RM 35. Apakah hukum jika kwn saya ini menerima RM 5 ini sebagai wang untuk hasil kerja-kerja yg dilakukannya tanpa menerima gaji dari pihak kelab sukan.
Alhamdulillah...projek berjaya disiapkan walaupun ada sedikit kelewatan.
Persoalan saya...pihak kontraktor memaklumkan saya yang mereka menyediakan sedikit 'saguhati' kepada saya sebagai tanda terima kasih dan senag hati kerana projek ini dapat disiapkan.
Syarikat telah mendapat bayaran dari pemilik dan saya mendapat gaji dari syarikat.
Adakah saya boleh terima pemberian ini seperti yang dikatakan oleh pihak kontraktor berkenaan sebagai 'saguhati'?
TOLONG JELASKAN...
RSS feed for comments to this post