Pelaburan & Perniagaan Apakah Khabar Terkini Jai Network?

Apakah Khabar Terkini Jai Network?

  • PDF
(21 votes, average 4.43 out of 5)

KHABAR BERKENAAN PELABURAN &

PERNIAGAAN JAI NETWORK

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Sejak dari dahulu lagi saya telah memberitahu sesiapa yang bertanya kepada saya tentang Jai Network, bahawa aqad yang digunakan oleh Jai Network untuk peringkat pertamanya adalah Bai' at-Tawarruq. Aqad ini dianggap halal oleh kebanyakan ulama Malaysia dan Dunia. Ini juga jawapan yang saya beri kepada perniagaan kambing baru-baru ini. Namun apa yang saya sebutkan ini tidaklah terhenti di situ sahaja, tetapi beberapa syarat dan pembaikan perlu dibuat agar ianya boleh dianggap menepati hukum Syariah. 

DUit oh duit

Nasihat & Syarat Yang Dilupakan

Saya menasihatkan semua individu yang ingin menyertainya untuk memastikan tertib tandatangan aqad mestilah tepat dan asset mestilah ada ukti ‘qabadh' atau ‘possession' telah berlaku samada secara hukmi atau hakiki.

Ini merupakan nasihat saya sekitar bulan Mac dan April 2007. Namun saya terus terang menyatakan saya amat meragui beberapa syarat (sebagaimana yang diberitahu di ketika itu) yang dikenakan seperti mewajibkan sesiapa yang ingin menyertai smart partnership ( jual beli secara tawarruq), mereka wajib menyertai smart moving juga (atau sebaliknya, maaf dah tidak berapa ingat).

Bagi saya membuat syarat seperti itu membawa kepada syubhah disebabkan pelannya. (pun dah lupa detail, tetapi di ketika buat keputusan tu, saya jelas.)

Silap Guna

Malangnya, ketika saya memberikan ceramah kewangan Islam di Universiti Multi Media Melaka, (jika tak silap pada 25 April 2007) saya diberitahu bahawa ramai individu yang menyertai Jai Network menggunakan hujjah saya sebagai hujjah sokongan untuk menghalalkan system mereka.

Maka dalam ceramah di Multi Media Universiti itu saya menyatakan rasa kesal dan tidak puas hati terhadap pihak yang menggunakan hujjah saya ‘out of context' dan mengambil separuh tapi meninggalkan separuh yang lain.

Benar, memang saya katakan aqadnya menggunakan cara Tawarruq yang diterima oleh kebanyakan ulama Islam, tetapi tidak benar saya mengatakan ‘whole package sistem perniagaan Jai Network' adalah halal menurut kajian saya. Jika orang lain kata halal, itu terpulang kepada mereka, tetapi bukan saya.

Hasrat Nak Tolong Peniaga Bumiputra

Mana Duit ?
Saya memang tidak berhasrat pada mulanya untuk menghentam secara terbuka di web saya berkenaan kesilapan ini kerana saya fikir masih ada ruang untuk mereka perbaiki.

Saya juga harap agar mesej berkenaan kelemahan sistem dan pelan mereka dari sudut  Shariah telah disampaikan kepada pihak pengurusan tertinggi Jai Network dan pihak pengurusan yang beragama Islam serta Bumiputra ini boleh mengambil langkah proaktif memantap dan memperbetulkan system mereka.

Selain itu, saya juga telah mencadangkan beberapa nama ilmuan Shariah kepada peserta Jai Network (yang menghubungi saya) agar pihak pengurusan Jai Network melantik  penasihat Syariah rasmi bagi membuktikan komitmen mereka terhadap isu halal dan haram. Kemudiannya saya berlepas diri dari sebarang pertanyaan berkenaannya lagi.

Masalah Berganda

Kemudian bertarikh 18 Julai 2007, saya memuatkan amaran berkenaan Jai Network di web saya apabila mendapati nama syarikat ini tersenarai di senarai hitam suruhanjaya sekuriti Malaysia. RUJUK DI SINI

Akibatnya selepas itu, ramai peserta mereka yang menghentam saya. Hakikatnya sebarang skim, perniagaan atau pelaburan yang telah tersenarai hitam di SC, menjadikannya kurang ‘worth it' untuk dikaji dari sudut Shariah (di ketika itu) kerana priority mereka adalah mendapatkan lesen untuk aktiviti perniagaan itu dan seterusnya melepaskan diri dari senarai hitam.

Ini kerana, mempromosi sebarang skim bentuk pelaburan atau ‘perniagaan kutip wang' seperti ini dalam keadaan syarikatnya telah tersenarai hitam adalah satu tindakan yang boleh memudaratkan peserta dan syarikat sekaligus.

Di ketika itu, bagi saya ia boleh menjadi haram dari sudut Syariah akibat mudarat dan  'gharar' yang boleh dan bakal menimpa pesertanya. Islam mengharamkan 'gharar' atau ketidakatentuan (seperti pernigaan tanpa lesen jelas) dan mudarat (seperti nasib masa depan syarikat kerana telah disenaraihitam) bagi pelanggan.

Terkini

3 hari lepas (26 Nov 2007), setelah sekian lama saya tidak mendengar tentangnya. Saya membuka web PPIM dan mendapati rupanya terdapat perbincangan hangat tentangnya lantaran seorang individu utama Jai Network adalah juga salah seorang anggota pengurusan PPIM sedang diasak pelbagai soalan oleh para peserta Jai Network.

Nampaknya telah sahih, mudarat dan ketidaktentuan yang saya jangkakan. Bank Negara telah membekukan akaun mereka dan kini peserta mula merasa bahangnya.

Bagi info lanjut, saya sertakan jawapan individu yang terbabit dari PPIM berkenaan kes Jai Network sebagai jawapan kritikan pelbagai pihak kepadanya dan Jai Network.

Selamat membaca dan menilai.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

29 Nov 2007


SUMBER KENYATAAN INI : http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/comment.php?comment.news.445

KENYATAAN DR IZHAM BERKENAAN ISU PEMBEKUAN

AKAUN JAI NETWORK SYSTEM SDN BHD (JNSSB)

JNSSB merupakan salah satu daripada ribuan ahli niaga yang berdaftar sebagai ahli Bluemosque Fraternity(BMF) PPIM.

Dalam agenda memperjuangkan memgembalikan hak dan maruah dengan bijaksana, kita percaya bahawa strategi peningkatan ekonomi ummah merupakan sesuatu yang amat perlu ditekankan dalam diri setiap ummah.

Kita merasa teruja dengan konsep perniagaan yang diperkenalkan oleh JNSSB dengan misi dan visi syarikat dalam membangunkan kekuatan ekonomi ummah. PPIM kerap dijemput oleh syarikat-syarikat ahli dan pelbagai organisasi kerajaan dan swasta bagi membentangkan kertas kerja dan modul-modul usahawan dalam pelbagai topik perjuangan mengemaskan agenda ummah. JNSSB sebagai ahli BMF juga meminta pengarah latihan PPIM, Dr Izham Nayan untuk memberikan latihan dan motivasi kepada ahli-ahli syarikat yang bersama ingin membangunkan ekonomi mereka.

Ahli-ahli JNSSB dibina melalui kursus-kursus usahawan dengan penerapan nilai perjuangan ummah melalui usaha peningkatan ekonomi keluarga dan masyarakat.

Dalam isu pembekuan akaun JNSSB pada pendapat kita merupakan prosedur dari bank Negara yang telah menerima aduan daripada pihak-pihak tertentu yang ragu dengan kesahihan JNSSB dalam membina usahawan Melayu sepanjang setahun setengah ini. Bank Negara dan KPDNHEP yang menerima aduan akur dengan prosedur tersebut bagi membantu menyelesaikan siasatan dengan kadar segera.

Namun sebagai sebuah perniagaan yang berdaftar secara sah di negara ini, maka JNSSB dilihat akur dengan segala kehendak dan prosedur kerajaan dan kita merasakan segala kesulitan adalah tidak disengajakan dan bukan atas kehendak syarikat dan para ahli.

Kita berharap kesemua pihak harus mencari penyelesaian terbaik bagi menangani isu ini dengan cara paling kemas dalam menjaga kepentingan semua pihak. Ini merupakan sebuah syarikat bumiputra yang baru menampakkan satu formula bagi membantu ekonomi ahli-ahlinya yang juga majoriti bumiputra. Penyelesaian harus dilihat dalam aspek membantu kerajaan, syarikat dan ahli-ahli mendapat manafaat terbaik dan bukannya dilihat dari segi pemberhentian terus operasi dan menutup syarikat serta menghukum semua ahli-ahli dengan kerugian. Pihak berkuasa diharap bertindak bijak bagi menjaga kepentingan ramai. Mungkin ini merupakan konsep perniagaan baru yang belum sampai tahap difahami oleh orang kita. Namun konsep ini mungkin telah lama dipraktikkan oleh bangsa-bangsa yang maju.

Apapun andaian yang dibuat, kebajikan dan kepentingan ramai perlu diutamakan. Negara perlu maju. Untuk itu rakyat perlu maju. Maka bangsa juga perlu maju. Sama-sama kita mencari penyelesaian matang dalam menangani isu ini, "seumpama menarik rambut dalam tepung, tepung jangan berselerak, rambut jangan putus."

Apabila tempoh penahanan dari bank negara mula dipanjangkan dari 3 bulan kepada tambahan selama 9 bulan maka tahap kesabaran ahli mula menurun dan tahap kebimbangan mula memuncak. Ditambah lagi dengan tindakan beberapa ahli dan bekas pengarah yang mula bertindak memujuk pengarah syarikat agar memulangkan wang kroni mereka tidak dilayan. Maka pelbagai strategi dilakukan agar syarikat dan pengarah-pengarah yang masih bertahan hilang kredibiliti. Pelbagai serangan pribadi, tohmahan, cerca nista dibuat oleh mereka ini yang tuntutan mereka tidak dilayan oleh Dr
Jai.

Sebagai motivator dalam arena bina usahawan ini saya amat faham tekanan dan kedudukan yang dihadapi oleh ahli. Saya dan keluarga juga bakal hilang ratusan ribuan duit dari senario ini jika ianya gagal. Tidak termasuk rakan-rakan rapat yang melibatkan lebih 3 juta ringgit.

Sebagai antara mentor dalam kursus yang masih sabar, sedangkan lain-lain mentor utama telah menghilangkan diri, saya terus menerima kecaman hebat kerana masih bertahan mempertahankan nasib ahli-ahli dari dalam. Apa yang mereka mahu adalah saya memberontak terhadap syarikat. Bagi saya tiada untungnya kita jadi pemberontak. Ianya akan terus mengusutkan keadaan. Buktinya, seperti yang dapat kita lihat sekarang ini. Akibat pemberontakan, semua hampir punah. Tiada sesiapa akan mendapat wang mereka kembali akibat tindakan golongan ini yang terus memecahbelahkan kita dengan maki hamun dan ugutan jenayah.

Penglibatan saya dalam syarikat amat telus. Saya dijemput mengendalikan kursus bina usahawan sepertimana syarikat-syarikat lain. Modul sama, cara pembawaan sama, semangat sama, Cuma syarikat sahaja yang berbeda. Modul Agenda Ummah dan Agenda Melayu ini adalah modul yang telah dikenalpasti terbaik dalam membina usahawan yang kini makin terpinggir.

Sebagai staf di PPIM, maka tiada aspirasi lain yang saya bawa melainkan perjuangan PPIM. Namun, apa yang berlaku adalah diluar jangkauan PPIM. Kapal yang dibina, dijana, dipasak, dikukuhkan rupanya menuju destinasi yang tidak pasti.

Sepanjang pengetahuan saya, PPIM telah cuba membantu syarikat JNSSB keluar dari kemelut ketidak tentuan ini dengan menawarkan pelbagai cara agar tidak melanggar undang-undang negara. Kita pernah menawarkan Koperasi PPIM, namun ianya dipandang sepi. Kesanggupan PPIM menyerahkan koperasi adalah kerana ingin melihat sebuah syarikat milik bangsa Melayu ini terus maju. Ahli-ahli terus berjaya. Malahan pula ramai ahlinya adalah juga ahli PPIM. PPIM tidak mahu dan tidak pernah bersekongkol dengan mana-mana organisasi yang melanggar undang-undang dan kedaulatan negara.

Saya mohon mencadangkan agar diadakan pertemuan dengan ahli-ahli PPIM yang terlibat dengan JNSSB. Kita perlu berjumpa, kita perlu berbincang. Anda adalah ahli PPIM dan saya percaya PPIM tidak akan berdiam diri membiarkan kemelut ini terus berlaku.

Pertemuan ini HANYA UNTUK AHLI BERDAFTAR SAHAJA. Tiada ahli hantu yang akan dibenarkan turut serta. Tarikh dan tempat akan diberitahu kelak setelah mendapat kebenaran dari MAJLIS TERTINGGI PPIM.

Berkenaan serangan pribadi dan persoalan tentang kelulusan saya oleh vain harper saya ingin menjelaskan bahawa saya bukan bangsa beli sijil. PhD pertama dari Open International University Colombo (Complimentary Medicines) 1998 dan PhD Humanities and Consumerism dari Camden 2005. Anda kena paham, jangan jadi pekak dan bodoh. Bill Gates pun tidak lulus Harvard jadi macamana dia boleh buka Microsoft University?

Pernah tak anda dengar Coke University? Nike University? Kentucky University? Ini adalah antaranya NON-ACADEMIC UNIVERSITY. Tempat dimana usahawan-usahawan dan pakar-pakar dalam pelbagai bidang masing-masing diiktiraf tanpa menerusi TRADITIONAL CONVENTIONAL UNIVERSITY.

Kami dilatih bukan untuk guna sijil minta kerja jadi kuli macam anda. Kami dilatih jadi tokeh agar manusia-manusia macam anda boleh cari makan. Kami adalah pakar disebalik tabir yang menjadi tunjang kepada pelbagai bidang dalam dunia ini.

Cuba anda tanya saya apa-apa perkara berkenaan complimentary medicines? Apa-apa perkara berkenaan kepenggunan Islam? Boleh call 019-6655544. Apa benda yang sy tidak tahu? Itu pun jika anda berani. Maklumlah anda suka pakai nama samaran kemudian kutuk orang lain.

Sebagai manusia yang waras dan bertamaddun , konsep pemikiran Hadhari hendaklah dipraktikkan agar kita tidak menyimpang ke arah munafik dan dayus. (Na'uzubillah) Agar kita berfikiran membina dan maju, agar agama kita dipandang tinggi, agar bangsa kita kuat dan perkasa.

Ayuh kita rapatkan barisan, perkukuhkan persaudaraan. Berganding bahu membina keutuhan warisan dan berusaha gigih agar diberkati perjuangan. Mudah-mudahan mati dan bertemu Allah 'Azzawajalla sebagai mujahid sejati. InshAllah.

Wallahu'alam.

Sekian

CG. IZHAM NAYAN PhD

Assalamu'alaikum Warahmatullah... Salam bahagia, selamat bertemu kembali. Nampaknya banyak persoalan yg belum terjawab. Saya amat mudah di hubungi melalui talian yg ramai dah tahu 019-6655544 atau 012-6540198 ataupun melalui email [email]. YM pun boleh.
.
Memang saya kurang berminat untuk menjawab persoalan-persoalan berkenaan JNSSB di laman ini memandangkan ini laman rasmi PPIM yang membincangkan perkara-perkara khusus dan forumernya lebih tertib dan serious mencari jalan permasalahan ummah. Sebaliknya ramai yg berforum dilaman2 lain mengutarakan persoalan demi persoalan tanpa penghujung walaupun telah dijelaskan berbelas2 kali melalui respon2 saya. Saya amat tidak berminat jika laman ini dicarca marbakan. Jadi sy lebih mengambil sikap berdiam diri di sini.

.
Namun pihak admin kerap menghubungi saya agar saya memberi respon dalam laman ini. Oleh itu saya akan menjawab persoalan2 yg di utarakan dan seandainya anda masih tidak berpuas hati... eloklah hubungi saya terus melalui talian dan YM. Jangan kita memutarbelitkan perkara dan fakta dalam laman ini. .

.
Baiklah.... Ketika JNSSB mula menghadapi masalah dengan BNM dulu, saya sendiri telah membawa Dr Jailani ke PPIM bagi mencari jalan penyelesaian menyelamatkan situasi yang makin meruncing yang sedang dihadapi oleh syarikat dan ahli. Sebagai menunjukkan kesungguhan untuk menolong ribuan ahli JNSSB yang juga rata-rata ahli PPIM maka PPIM sedia menawarkan platform KOPERASI PPIM untuk digunakan.
.
Pihak BNM yang ditemui juga turut menyokong secara lisan usaha ini. Apa yang BNM mahu adalah kita semua mematuhi undang2 negara dan menjalankan perniagaan ikut peraturan dan hukum. Mereka tiada niat untuk menjatuhkan mana2 pihak, sebaliknya hanya menjalankan tugas.
.

Pihak JNSSB setuju dengan cadangan ini. Maka saya merasa amat yakin dengan kedudukan kita. Kebetulan pula ada leader dari beberapa negeri menjemput saya memberi ceramah HFT memandangkan mentor2 lain semua dah hilang. Sebagai mentor yang masih ada keyakinan oleh kerjasama dengan Koperasi maka saya tidaklah menolak jemputan leader2 tersebut.
.

Namun perkara sebaliknya berlaku. Tawaran koperasi tidak di pandang serius. Maka akibatnya..... adalah seperti yang kita lihat sekarang ini.

.
Sedih dan kesal dengan apa yang sedang berlaku. Ribuan merana, sengsara, derita. Dan yang paling dikesali adalah apabila tiada perkhabaran rasmi melalui perjumpaan rasmi atau bertulis dari sykt.

.
Ahli ditinggalkan terpinga2, leader dibiarkan menjadi mangsa tohmahan dan cerca nista. Parang, kayu, peluru menjadi ugutannya, tetakan, terajang dan penyepak hinggap ke muka. Untuk apa semua ini?? Kerana setia? Atau kerana termakan janji fatamorgana??
.

Namun sebagai mentor... kita kena waras dan terus steady.... cara mesti di cari.... ikhtiar mesti di temui agar terbela nasib diri dan anak2 negeri.. Sebagai ikhtiar saya sekali lagi berjumpa dengan pihak tertinggi PPIM agar kehidupan terus boleh diteruskan. Sekurang2nya ahli2 sedia ada boleh terus bergantung hidup memandangkan ramai yg hilang kerja, hilang punca pendapatan, hilang punca dan arah tujunya. .

.
Maka, sebagai menunjukkan rasa kesungguhan dalam memperjuangkan ummah, PPIM bersetuju platform KOPERASI PPIM dimanfaatkan cara terbaik bagi menjana semula kehidupan ahli yang hampir punah. Selaku salah seorang Ahli Lembaga Pengarah KOPPIM sy mencadangkan beberapa plan dibuat. Antaranya perniagaan trading dan pertanian. Setakat ni, kita dah ada pelbagai produk (rujuk halalmall.com.my) dan produk penjimat elektrik seperti yang diiklankan dalam metro jumaat lepas (front page).

.



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #63 pulangkan modal kamiamir amzar 2009-08-03 09:39
betul tu. watpe BNM simpan duit tu lama2. dividen leh dapat ke?

UZAR : ini kena email ke BNM le, bukan di sini
Quote
0 #62 lekir 2008-11-18 09:26
Duit Jai ni mungkin akan hagus disebabkan perjalanan bisnes yg tak legal, manakala ahli join pulak tak peka dgn term & con samaada ketika jadi ahli atau samaadaa perjalanan bisnes tu selari dgn undang2 malaysia .

Ramai yg tak faham kerana menganggap money laundring hanya melibatkan wang dr pengedar dadah , sedangkan akta BAFIA merangkumi semua urusniaga yg menyalahi undang2 malaysia termasuklah pengambilan deposit secara haram, jadi PENGAMBIL dan PEMBERI pun sama2 salah kerana tak nak ambil tau atau malas nak ambil tau urusniaga yg diceburi kerana mata dah kelabu dek janji2 pulangan lumayan yg dijanjikan.

Walaupun secara mata kasarnya para ahli menganggap wang yg dibekukan itu milik mereka tapi harus dingat jika anda bersekongkol dgn urusniaga haram anda juga harus menerima hakikat yg wang yg anda laburkan atas urusniaga yg anda sangka "halal" itu bukan milik anda lagi kerana ia telah dirampas oleh kerajaan.
Dan anda harus percaya itu (walaupun pedih) kerana mereka mempunyai peruntukan undang2 utk melakukannya.
Quote
0 #61 SABAr 2008-11-15 06:27
:D Assalamualaikum ,
Tiada jalan mudah kearah kejayaan. Biar jalan berliku tapi dengan pengalaman dan ilmu yang diperolehi, kita pasti berjaya. Memang sikap orang melayu terlalu cepat ambil jalan mudah. Semoga kita saling beringat.
Quote
0 #60 kukus 2008-10-07 08:16
pada yang melabur dalam JAI. kami ucapkan "padanmuka"

sebab dengan padan muka itu, kita akan sedar, dan tidak terpedaya kali kedua... :D

lain kali study masak2 dulu, tanya pada yang pakar..

jai pun dah berkubur
Quote
0 #59 Steve Corleone 2008-08-06 08:32
WAHAI TUAN TUAN /PUAN PUAN Sedarlah yang kamu semua telah tertipu .Perusahaan berniaga ini memang terkenal yang di panggil PONZI scheme ,kalu tak caya google lah dan fahamkan.Ia tak ade kene mengena dgn perjuangan Agama dan Bangsa utk maju kecuali untuk majukan Dr Jai semata mata.Saya heran bila ade yang kate Dr Jai Mujadidlah,penc ana ekonomi melayulah tetepi sebenonya beliau macam Pak Man Telo Taiping jugak.Ini cakap2 doa mintak doa utk ditolong Dr Jai adelah menunjukan kehebatan penipuan sistem PONZI .Sebabnya jarang kite tengok org yg ditipu mengucapkan terimakasih kepada penipu Dr Jai ini ..itulah hebatnya .Jgn harap dapat duit ni balik sebab system pyramid memeng tak boleh bertahan lama.Ramai org kg saya di KIJAL rugi ade yang beratus ribu.Sebenarnya penjualan barangan yang harga nya tak seberapa tapi dijual pada harga yg mahal hanyalah cara mengabui mata dalm menghalalkan penipuan ini.Tanya diri sendiri adekah barangan yg dibeli dgn harga sebegitu mahal berpadanan? Tepuk dada tanya selera.TQ
Quote
0 #58 tokei 2008-08-01 08:56
apa cerita terkini jai? ramai jugak yang terlibat dengan jai network. bagaimana mereka nak kembalikan modal ahli yang telah join network tersebut? boleh dapat semula ke? ada harapan ke?
Quote
0 #57 malang 2008-07-16 05:08
Assalammualaiku m,apa cite skg ni, dah nak setahun duit dibekukan, kalau masuk asb dah dapat 9% keuntungan, kalau betul nak tlg org melayu biarlah cara yg betul, dr izham cara awak menyampai kan ucapan memang hebat, tapi knp x dpt selesaikan masalah ini, kenapa awak skg senang lenang je, office kat pahang dr jai sudah org lain sewa, hidrofuel dah nak keluar, duit kami mcm mana, ingat kami juga punyai hak, kami masih mempunyai dokumen2 dr syarikat jai network. dah kami mempunyai video klip ucapan penceramah2 termasuk dr izham, kami tidak mahu sampai perkara ini diperbasar2kan, cukuplah duit kami dikembalikan, jika benar bank negara menyalah gunakan duit kami, kami akan membuat sidang akhbar terbuka, dan kami akan memanggil pihak media supaya perkara ini dapat di selesaikan secepat mungkin, semoga Allah S.W.T memberkati hasil usaha ini. amin :-?
Quote
0 #56 mohd zaman 2008-07-03 16:37
assalammualaiku m, saya salah seorang ahli dr kota tinggi johor,saya masih menyokong jnssb, walaupun saya terpaksa dihina dan dicaci oleh up line saya, wang, harta benda saya telah habis dijual untuk memulangkan kembali wang mereka, semoga perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin, saya mengharap sangat kerana keadaan saya kini ibarat di hujung tanduk, saya jg risau tentang masa depan anak2 saya kerana kami amat memerlukun wang. di harap dr izham dpt membantu dr jai bg menyelesaikan masalah ini, kalau perlu kami sebagai ahli turun kepadang kami sanggup, semoga pihak bank negara secepat mungkin membebaskan duit kami. harap renung2kan lah nasib kami.
Quote
0 #55 syedsyafiq 2008-06-27 05:41
Assalamualaikum

Saya salah seorang ahli jai. Jadi harap pengurusan jai boleh update info pasal jai. Barulah ahli tak akan resah. TQ
Quote
0 #54 Hamba Allah 2008-06-26 20:40
Assalamualaikum w.b.t kepada Dr. Izham, Dr. Jai & kepada semua ahli & bukan Ahli JNSSB... Saya ingin meminta pendapat & pandangan semua tentang situasi semasa yang berlaku. Semenjak aset JNSSB dibekukan(dah hampir 1 thn & Bisnes efektif dah hampir 7 bln), saya merupakan seorang yang sangat2 menyanjungi & percaya dengan sesungguhnya tentang syarikat, misi syarikat, visi dan halatuju syarikat. Segala informasi akan saya ajukan terus kepada syarikat. walaupun sedikit ragu, namun saya masih mempercayai syarikat. Pada 3 minggu lepas adalah kali terakhir syarikat menjawab panggilan saya. yang menjawab adalah En.abdullah. sejak 2 minggu lepas, dah banyak kali saya call sehinggakan kepercayaan saya terhadap syarikat semakin terhakis. saya dah mula rasa syak wasangka kepada syarikat. namun setelah membaca blog ini & tulisan dari Dr. Izham, kepercayaan tu semakin menebal. Tapi, saya ditimpa dengan pelbagai persoalan dari downline2 saya. antara persoalannya seperti JNSSB dah kalah dalam perbicaraan, Dr. Jai dah larikan duit kita, syarikat dah tutup dan sebagainya. Namun, saya tidak tahu macammana untuk mendapatkan info tentang kebenaran khabar2 angin tersebut. Saya tidak mahu menjadi seorang pengkianat syarikat. untuk makluman Dr, saya merupakan peserta kursus JMC ke 13 dan peserta kursus BE pertama. semua ahli keluarga saya merupakan ahli JNSSB & kebanyakkannya adalah ahli JMC. namun saya dengan adik saya yang ke-3 sahja masuk kursus BE kerana kepercayaan yang tegal pada syarikat. Persoalan saya, macamna untuk mengetahui perkembangan terkini syarikat sedangkan telefon, blog, webpages semua tiada?? ada tak cara untuk saya mendapatkan informasi ttg syarikat agar saya beserta ahli2 downline tidak terpingga2 mencari informasi terkini syarikat?? bagi saya, silapnya syarikat kerana tidak menyediakan satu platform untuk memberitahu ahli tentang perkembangan syarikat. ini menjadikaan, ramai ahli yang setia dah berpaling tadah. tinggal sebahagian kecil sahaja yang masih berpegang teguh kepada syarikat. termasuklah saya.. cuma saya takut, suatu hari nanti saya tergolong dalam golongan yang menghentam syarikat. nauzubillah.
Quote
0 #53 SyedSyafiq 2008-06-23 21:05
Assalamualaikum ...

Saya ahli Jai dari selatan. Didoakan segalanya akan berakhir dengan baik. Cuma, ahli-ahli yang ramai ini perlukan info dari majlis tertinggi Jai. Kalau kami dapat info, kami at least dapat bersabar. Terima kasih.
Quote
0 #52 tunteja 2008-04-16 05:37
Assalamualaikum , pelbagai pendapat dan tohmahan diberikan dalam blog ini. kadang-kadang kita perlu renungkan apakah sebab berlakunya musibah kepada kita sekarang ini.

Semasa mendapat untung semua orang tak kisah pun dan tidak ambil tahupun usaha yang dijalankan oleh jnssb untuk memberi keuntungan kepada ahli.

Namun, apabila berlaku masalah ini mungkin ujian daripada Allah sebagai peringatan kepada kita yang sebelum ini tidak mensyukuri nikmat yang diberikanNya. pelbagai pihak menuding jari menyalahkan JNSSB.

Sepatutnya kita sama-sama berdoa agar pelaburan kita selamat dan syarikat boleh beroperasi seperti biasa.Ingatlah setiap perkara yang datang dari Allah ada sebab dan hikmahnya....
Quote
0 #51 john labu 2008-04-12 07:07
apalah nak jd ngan korang ni, apa pun aku tetap menyokong dr jai dan ad izham

allahhuakbhar
Quote
0 #50 JIDA 2008-04-09 07:56
ASSALAMMUALAIKU M,
SAYA JUGA ADALAH AHLI JNSSB. SEBULAN DUA SELEPAS PEMBEKUAN AKAUN JNSSB, SAYA MASIH BOLEH BERTAHAN. MASUK BULAN KETIGA, NAK REBAH RASANYA. WALAU BAGAIMANAPUN DI MANA-MANA ADA REZEKI. SAYA CUBA BERMACAM-MACAM BIZ DALAM INTERNET SELEPAS ITU DENGAN JANJI PULANGAN LUMAYAN. TERUTAMA DARI LUAR NEGARA. RUPANYA JANJI KOSONG. SAYA SEDAR DALAM DUNIA SEKARANG, BANYAK RISIKO. SEKALI PUN SYARIKAT BERDAFTAR, JIKA DIKEHENDAKI AKAN MENGALAMI MASALAH YANG SERUPA. UTK DOKTOR IZHAM NAYAN. SAYA MASIH INGAT LAGI... KITA MESTI JADI LEBIH BAIK DARI HARI INI. UTK INI SAYA PUN CUBA. WALAUPUN SELALU KECUNDANG. NAMUN SEKARANG SEDIKIT-DEMI SEDIKIT SAYA MULA BANGUN DENGAN RAKAN-RAKAN YANG PERNAH KECUNDANG DALAM JNSSB. MEREKA BANYAK MEMBANTU SAYA. RUPANYA, MASIH ADA ANAK DIDIK PROF YANG MEMEGANG AJARAN PROF. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KITA
Quote
0 #49 Berakar bontot tunggu JAI pula 2008-03-25 23:01
Kenapa dr.jai banyaknya janji lepas janji,,janji lagi...

stormberg acc. kata ok...tapi masih senyap..tunggu bicara

HRDF.. kemudian tunda...bila nak pulangkan duit kami semua????
Quote
0 #48 amy pd 2008-03-03 21:16
kami mohon kerana Allah jua berilah penjelasan yang terbaru mengenai JSSNB supaya kami tidak berteka teki dan umpat mengumpat
Quote
0 #47 amy port dickson 2008-03-03 21:16
pulangkan modal kami xde keuntungan pu xpe
Quote
0 #46 Penyokong Setia 2008-02-05 19:52
Hidup Dr Izham.....Hidup Jai
Quote
0 #45 ALI BABA 2008-02-01 05:23
SAYA AMANT BERSIMPATI DENGAN AHLI-AHLI JAI NETWORK. ADA YANG BUAT PINJAMAN BANK UNTUK MELABUR. ADA YANG BERGADAI BAGI TUJUAN PELABURAN DAN AKHIRNYA WANG SEMUA DIBEKUKAN. SAYA TAK TAHU MANUSIA APA KAH INI....
DISEBALIK NAMA JAI JARINGAN ANGKATAN ISLAM MENGGUNAKAN NAMA ISLAM UNTUK MENARIK PERHATIAN ORANG RAMAI. SEMOGA ALLAH MEMBALAS PERBUATAN ORANG-ORANG YANG TAK BERTANGGUNG JAWAB INI.
Quote
0 #44 ikhlas 2008-01-26 16:17
sebenanya x bisns yg boleh beri unt tingi..saya agen takaful dan adalah buat bisnes kecik2..klu member2 becerita tentang perkara2 ni..ingatlah paling tinggi pun pemegang dana/pengusaha boleh beri 20% je..klu lebih semua pembohong..dia pusing je..kalau adalah bisnes yg ok, gomen x perlu buat krusus usahawan dll..ajak e..pihak bank dan pnb ada pengurus dana yang betul2 genius tapitak jumpa pun bisnes yang hebat macam ni..toke2 pasar raya, kontrektor besar pun takde yang tertipu..sebab mereka bijk..pembohong akan cari org2 yang x tahu tenng bisnes walaupun gaji besar dan pendidikan tinggi..berhati-hati..x de jln pintas nak senang,..kalau saya jadi toke oun saya x beri untung banyak pd pelabur..fikir-fikirlah...awas...sekarang ada pulok sistem melabur kpd kontertor yang menawarkan 50% dlm tempoh tetentu..tapi pembohongan...sbb x orang nak beri duit senang..0139023789
Quote
0 #43 prihatin 2008-01-24 01:59
pulangkan hak yang sewajarnya keatas yang berhak...Duit tu takkan kemana.. Kenapa jadi begini...
Quote
0 #42 Dr tipu 2008-01-23 21:35
Quote:
Bill Gates pun tidak lulus Harvard jadi macamana dia boleh buka Microsoft University?

Pernah tak anda dengar Coke University? Nike University? Kentucky University? Ini adalah antaranya NON-ACADEMIC UNIVERSITY. Tempat dimana usahawan-usahawan dan pakar-pakar dalam pelbagai bidang masing-masing diiktiraf tanpa menerusi TRADITIONAL CONVENTIONAL UNIVERSITY.


terus terang, saya belajar dan grad dari US; tak pernah dengar Coke University, nike university atau pun microsoft university.

Kentucky university kalau merujuk kepada kentucky fried chicken pun takde. yang ada hanyalah University of Kentucky yakni di bawah seliaan Kerajaan Negeri (State) kentucky. Di US, ada University of Pennsylvania, Ohio State university dan lain2 yg menggunakan nama state. orang kampung boleh le tipu.

kalau setakat menggunakan title doctor yg tidak diiktiraf oleh JPA, memang mudah. tujuan hanya satu, utk tujuan perniagaan. kalau betul utk anak bangsa, apa sumbangan akademik doktor cam gini? complementaries medicine? tapi tokey stromberg? humanities and consumerism?

:D
Quote
0 #41 azhar 2008-01-20 19:31
bukan nak minta lebih, dapat pulang modal pun dah bersyukur
Quote
0 #40 k.j 2008-01-15 03:00
bila la nak dpt duit, modal pun jadi le.......
Quote
0 #39 GANI MASJID ASSYAKRIN BTU 2008-01-13 02:02
SAYA TELAH MENASIHAT KEPADA SAHABAT2 DI BTU SUPAYA TIDAK MENYERTAI SEMUA SKIM SEUMPAMA INI (TERMASUK JAI)..

SUDAH 20 TAHUN DENGAR PENGALAMAN BEGINI SEPERTI LABU PERAM, PAK MAN TELO, RM 350 DDLLL

SEKIRANYA PELABURAN DAPAT KEUNTUNGAN 20% SETAHUN TU BOLEH NAK JADI AHLI.. KALAU TIDAK MACAM NI LA

ORANG CAKAP, JANGAN POLAH, SIK FAHAM JUGAK..
Quote
0 #38 paktih 2008-01-10 18:20
Memang apa yang diharapkan sekarang adalah modal perlu dipulangkan kepada semua ahli semula...rasanya dengan kejadian yg menimpa ini telah secara automatiknya membuat semua ahli takut dan berhati-hati pada masa akan datang.Tetapi sekiranya wang itu tak dipulangkan..tiada sekali pun ku halalkan dunia dan akhirat..tak kira jika bnm masukkan dalam dana kerajaan sekali pun...akan ku tuntut di akhirat kelak..
Quote
0 #37 Ahmad Albab 2008-01-08 02:46
Assalamualaikum wbt. kepada semua, selamat Dr Izham dan Dr Jai, usaha tuan ke arah memajukan ummah dalam bidang peniagaan amat membanggakan, malang sekali tak kesampaian. Sama ada anda yang untung atau sebahagian ahli yang untung atau kenyataannya sekarang ramai yang merima akibat daripada kerugian tersebut.
Hidup perlu diteruskan, ramai ahli yang menderita, ada yang berhenti kerja, ada yang berhutang, ada yang guna wang hantaran, ada yang bergadai tanah dan sebagainya. Jangan biarkan penderitaan terus menyiksa mereka-mereka ini. Carilah jalan dan jangan putus asa.
Bagi saya, pihak kerajaan serta rakyat harus berpandangan terbuka dalam perkara ini. Sistem atau kaedah yang dibuat oleh Jai adalah satu jalan yang terbaik bagi menangani masalah ekonomi orang Melayu atau Umat Islam hari ini. Kita asyik tengok orang Melayu kita masih terbudaya dengan syarikat jualan langsung atau multi level yang dipelopori oleh bangsa asing. Ianya cukup popular di kalangan generasi sekarang. Malangnya tidak semua yang mampu bersaing kerana kebanyakannya memerlukan modal yang besar, mencari ahli baru yang tidak pastimahu menjadi ahli.
Jai adalah jalan terbaik kerana berfikiran di luar kotak dan tidak lagi disogok dengan kaedah jualan langsung saja, marilah kita perbaiki dan sokong bagi meningkatkan ekonomi bangsa kita.
wassalam.
Quote
0 #36 syam 2008-01-08 02:17
Sebagaiorang islam kita mesti redha apa yang terjadi.sebelum masuk kita sendiri sudah fikir baik dan buruknya sesuatu program itu..jangan kita fikir untung aja.

Jika ada rezeki tak kemana..apa nak buat,,saya masuk jai pun nak buat dui part time,,apa pun saya tak salah mereka sebab kita dapat untung ita suka tapi bila rugi kita nak marah siapa??
dah tak ada rezeki nak buat macam mana..

AlhAMdulillah dalam kekalautan ini saya masih diberi usaha dan fikiran macamamna nak cari duit yg halal.saya dah seri main syam intnernet dan mlm.
sekarang ni saya belajar dan buat sedikit dalam pasaran forex dan komoditi.kita kena faham konsep mudarabah..
Quote
0 #35 Majdi, Kelate. 2008-01-04 04:12
SEBARANG pelaburan yang tak jelas, baik jangan masuk laaa... bersyukurlah dengan apa yang ada. Carilah rezeki dengan cara yang halal...

Ini tak, setengah tu ada yang sampai nak letak jawatan yang dah ada. Contohnya guru sekolah. Semata2 nak pulun pelaburan tu... bila dah lingkup, menangis tak berlagu...
Quote
0 #34 nasrito 2007-12-30 17:18
saya tetap menyokong jai,sbb saya pun masih mengharap lagi duit saya dikembalikan,mo dal pun cukupla.ALLAH HUAKBAAR.
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 86 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Pelaburan & Perniagaan Apakah Khabar Terkini Jai Network?