Pelaburan & Perniagaan Tak Setuju Hukum Leverage Forex : Ulasan UZAR

Tak Setuju Hukum Leverage Forex : Ulasan UZAR

  • PDF
(50 votes, average 4.26 out of 5)

Bantahan Hukum Leverage

Forex : Ulasan Saya

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Dalam jawapan hukum forex trading yang saya sediakan sebelum ini, telah saya nyatakan secara jelas di ruangan bawah sekali seperti berikut :-

Semua pemain forex, nota dan jawapan saya inin adalah jawapan yang dipermudah agar ia boleh difahami orang awam. Jika terdapat kesilapan teknik carajual dan beli, boleh dimaklumkan kepada di ruangan komentar kerana info tentang tatacara di atas juga saya perolehi dari yang terlibat. Saya tiada masa untuk membuat pembacaan dan kajian sendiri di ketika ini. Sekian

Leverage : Untung Atas Angin?

Hasilnya Alhamdulillah saya mendapat beberapa komentar melalui pelbagai cara. Namun dari banyak-banyak info yang saya tuliskan, hanya satu isu sahaja yang cuba diulas oleh pemain-pemain forex tegar, iaitu bab Leverage. 

Mereka mendakwa pandangan saya tentang leverage adalah kurang tepat, sebahagian mereka dalam ayat mengutuk menyuruh saya kerja bank terlebih dahulu untuk faham (agak lucu juga permintaan ini), dan disamping menyatakan saya tidak faham.

Tidak mengapalah, memang kita semua sedang belajar. saya tidak menafikan saya juga sedang belajar dari hujjah mereka. 

Namun perlu diingat, leverage yang saya huraikan bukan secara umum tetapi adalah leverage dalam bab forex trading yang terbabit sahaja. Justeru perlu dibaca dalam konteksnya.

Hakikatnya, saya memang mengharapkan respon mereka untuk memahamkan saya dengan lebih mendalam kerana saya sebenarnya tidak punyai masa dan sukar untuk menyemak sendiri kerana saya tidak pernah terlibat sertai apa yang mereka sertai. Justeru saya bergantung kepada penerangan mereka yang terlibat.

Hujah Forex Trader & Ulasan Saya

Namun, setelah membaca guru-guru dan ahli rujuk FOREX trading yang berhujjah menolak artikel asal saya berkenaan leverage, nampaknya hujjah mereka GAGAL MENGUBAH FIKIRAN DAN KEPUTUSAN AWAL SAYA, malah saya semakin yakin dengan hipotesis awal saya, namun masih terbuka untuk perbincangan ilmiah jika ada hujjah atau fakta kukuh diberikan selepas ini. Mari kita sama-sama menyelusuri hujjah mereka dan pandangan Islam tentang ‘ijtihad' mereka ini.

Hujjah FOREX TRADER 1 : Menyamakan leverage dengan deposit beli rumah dan jual sebelum bayar penuh.

Anda hanya perlu membayar 10% deposit (adakalanya zero deposit) dan selebihnya anda meminjam daripada bank. Selepas selesai segala urusan guaman dan lain-lain, anda mempunyai kawalan terhadap rumah tersebut sama ada untuk menyewa, mengubah suai malah menjualnya kembali.

Sekiranya rumah tersebut bernilai RM 100,000 , maka dengan RM 10,000 sahaja ia sudah mencukupi untuk anda memiliki rumah tersebut. Inilah yang dinamakan leverage dan konsep ini adalah sama digunakan dalam saham (short selling), pasaran hadapan dan options.

Sumber  

Respond UZAR

1)        Menyamakan pembelian rumah secara deposit dengan leverage gandaan 1:100 dalam forex trading adalah perbandingan yang kurang tepat.

Ini kerana bagi pembelian rumah itu perjanjian jual dan beli (S &P) telah ditandatangani antara pembeli dan penjual. Menurut Fiqh Islam dengan termeterainya aqad itu, pembeli sudah memiliki penuh hak ke atas rumah tersebut walaupun ia masih tidak membayar penuh lagi harga rumah, Islam mengiktiraf pembelian secara bayaran tangguh yang dinamakan Bai' at-Taqsit .

Lalu dalam tempoh bayaran masih belum dilunaskan itu pembeli sememangnya dibenarkan untuk menjualnya kepada pihak ketiga dan mengambil untung. Bai at-Taqsit adalah harus menurut majoriti sahabat nabi s.a.w, tabien, ulama silam dan kontemporari (Al-Umm, 3/15; Nailul Awtar, 5/173, Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Al-Qaradawi, hlm 259)

Ia berbeza dengan leverage, tiada jual beli termeterai. Hanya pinjaman dari pihak syarikat forex kepada pesertanya.  Ini terbukti apabila seorang ia disebutkan seorang blogger bab pelaburan yang kerap dirujuk oleh pemain forex trading menyatakan dalam webnya, takrif leverage sebagai :

The use of credit or borrowed funds to improve one's speculative capacity and increase the rate of return from an investment, as in buying securities on margin.

sumber : disini 

Borrowed fund, beerti ia dipinjamkan oleh syarikat. Justeru isu penting di sini ; dalam hal jual beli rumah, ia jenis leverage yang harus kerana asasnya kontrak jual beli dan asset telah menjadi milik pembeli.

Isu dalam konsep pinjaman dari proses leverage

Dalam hal leverage forex, ia hanya PINJAMAN DARI SYARIKAT FOREX KEPADA AHLINYA. Oleh kerana ia hanya pinjaman, wujud pula isu hukum kedua di sini iaitu  :-

a-   Pertama : Tiada pemindahan sebenar wang ke akauan peserta sebelum dijual.

Katalah wang asal si pemain forex hanyalah USD 100, maka di leverage sehingga menjadi USD 100,000 melalui kontrak pinjaman.  Masalah di sini adalah pemilikan ke atas wang yang diberi pinjam tadi tidak dibuat dalam bentuk yang sebenar, tapi hanya atas angin sahaja, tiada sebarang jumlah sebenar yang wujud. Justeru. Tiada sebarang ‘transfer of real money' berlaku dalam account pemain forex, hasilnya tiada pemilikan fizikal (hakiki) dan 'hukmi' ke atas wang, tetapi ia telah dijual sehingga mendapat untung.  Inilah yang saya maksudkan bercanggah dengan dalil larangan menjual sesuatu yang belum menjadi sebenarnya samada secara hakiki atau hukmi.

Ia dinyatakan dengan terang oleh forex trader dalam ruang komentar di artikel saya iaitu :-

Saya seorang pemain forex (demo account shj,bknnya real). Berkenaan dengan leverage itu, saya bersetuju dengan kenyataan "broker memberi pinjam untuk pelaburan forex", tapi yang saya faham pinjaman itu bukannya secara kekal.  
 
Maknanya duit dalam akaun kita masih sama (kalau deposit 1k, maka akan tertulis 1k, bukannya 100k).
 

Jelas dari ayat ini menunjukkan pinjaamn itu bukan pemindahan dan bukan wang sebenar, ia hanya wang HANTU yang tidak dimilki secara sah hakiki atau hukmi oleh si forex trader.

Ia berbeza dengan kes jual rumah tadi, kerana pemilikan dan aqad "sell & Purchase" telah termeterai. Pemilikan secara hukmi telah terpindah kepada pembeli walaupun ia belum membayar sepenuhnya.

JIKA PEMAIN FOREX masih berdegil dan mendakwa pemindahan sebenar telah berlaku, baiklah boleh abaikan ulasan pertama saya ini, namun pinjaman akan tersangkut dalam isu seterusnya di bawah.

b-   Kedua : Jika benar pinjaman dimiliki dengan sah , mengapa jika tiada risiko?

Pihak pemain forex memberikan komen di ruangan komentar saya dengan kata mereka :-

Dengan USD 100 trader boleh berjual beli dengan kuasa USD 100,000. Jika berlaku kerugian dalam urusniaga, jumlah maksima yang  trader rugi hanya USD 100. USD 100,000 tersebut lansung tidak terusik

Ini tanpa sengaja sebenarnya adalah seolah satu pengakuan tentang hukum haramnya leverage forex dalam bentuk sebegini, ia menunjukkan bahawa jumlah USD 100,000 yang KONONNYA telah dipinjamkan kepada pemain forex dan masuk ke dalam pemilikan trader hanyalah omongan kosong.

Jika benar-benar ia tepat mengikut hukum Shariah, sepatutnya jumlah pinjaman USD 100,000 telah masuk sepenuhnya dalam milik si trader dan jika berlaku kerugian sepatutnya semuanya terkesan dan bukan hanya USD 100 modal asal sahaja. Bila ia disebutkan tidak terkesan, ini bermakna, si trader sebenar TIDAK MILIKI USD 100,000, kerana itu ia tidak hilang kerana ia bukan wang miliknya.

Hasilnya, pinjaman yang dikatakan dalam leverage ini hanyalah bayang-bayang sahaja, dan trader menjual sesuatu yang bukan miliknya yang diharamkan oleh baginda Nabi s.a.w. Ia juga BERBEZA DENGAN LEVERAGE RUMAH TADI

c-    Ketiga : Isu Memberi Pinjaman Dengan Syarat Menjual

Isu seterusnya dalam bab syarikat FOREX memberi pinjam wang melalui leverage sehingga USD 100,000 adalah;

Syarikat forex sebenarnya memberikan ‘pinjaman bersyarat' iaitu dengan mengikat pinjaman USD 100,000 yang diberikan hanya dikhaskan untuk berjual beli matawang melalui syarikat mereka.

Maka ini adalah haram kerana riba iaitu si pemberi pinjaman mengambil manfaat atas si peminjam (pemain forex) dengan mensyaratkannya mesti jual beli guna mereka,. Jika pemain FOREX ingin menyatakankannya halal, sepatutnya sebagai peminjam kita bebas menggunakan wang yang diperolehi untuk apa jua tujuan yang kita sukai malah kita boleh keluarkan semua wang pinjaman yang diberi melalui leverage itu.

Namun dalam hal pinjaman leverage ini, semua kemudahan tersebut pastikan TIADA!. Inilah bercanggah dengan nas

كل قرض جرّ نفعاً فهو الربا

Ertinya : Setiap pinjaman yang (mensyaratkan) manfaat kepada pemberi pinjam adalah riba. (Naylul Awtar, As-Syawkani, 5/232 ; Nasb ar-Rayah, az-Zayla'ie, 4/60 ) [1]

Dalam konteks di atas, syarikat forex telah mensyaratkan manfaat baginya.

Lebih dahsyat dari ityu, ia juga bercanggah dengan dalil ini :-

نهى النبي صلى الله عليه وسلم عن صفقتين في صفقة

Ertinya : "Nabi s.a.w melarang dari menjalankan dua urusniga dalam satu" ( Riwayat Abu Daud, 2/246 ; Al-Hakim, Ibn Hibban ; Al-Hakim & Ibn Hazm : Sohih ; Ahmad : Perawinya Thiqat , Majma Az-Zawaid, 4/84)

Para ulama hadis dan fiqh berbeza pandangan dalam menghuraikan erti hadis ini TETAPI mereka bersepakat bahawa yang termasuk dalam kategori haram dari hadis di atas adalah memberikan pinjam sambil mensyaratkan membeli aset darinya. Contohnya si pemberi pinjam berkata :-

"Saya pinjamkan duit USD 100,000 ini kepada kamu dengan syarat kamu mesti beli computer saya"

Sebagaimana di sebutkan oleh Imam Al-Mawardi

محل النهي البيع الذي شرط فيه قرض

Ertinya : "tempat yang haramnya adalah setiap jualan dan mensyaratkan pinjaman ( atau sebaliknya)" ( Al-Hawi, hlm 431)

Iaitu menggabungkan aqad pinjam dan aqad jual beli, ini disepakati haramnya oleh ulama. (Bidayatul Mujtahid, 2/162 ; Al-Mughni, 6/334; Majmu' al-fatawa, Ibn Taymiah, 4/39)

Inilah yang berlaku dalam leverage forex atas dasar pinjam dan syarat mesti jual dan trader tiada kebebasan untuk tiba-tiba keluarkan duit USD 100,000 itu untuk digunakan bagi perkara lain. Mereka diberi pinjam dengan syarat melaksanakan jual beli melalui syarikat pemberi pinjam sahaja. 

Hujjah FOREX TRADER 2 : Qiyas Kepada fadhilat Lailatul Qadr & Pahala Solat Jemaah

Seorang individu yang kerap dirujuki oleh forex trader berkata bahawa asas leverage boleh dilihat dalam beberapa bentuk ibadah khusus, ia berkata :-

Malah dalam Islam, sudah disebut dalam Quran, ada satu malam yang ganjaran ibadah pada malam itu adalah lebih baik dari beribadah 1000 bulan. Seorang yang bersolat berjemaah mendapat pahala 27 kali ganda. Inilah antara contoh leverage dalam ibadah.

Ulasan UZAR

Itu adalah pandangan penulis blog itu secara umum di dalam ibadah, tiada sebarang masalah dalam hal ibadah yang disebut khusus kelebihannya oleh Allah dan RasulNya, NAMUN jika terdapat mana-mana forex trader cuba menggunakan hujjah ini serta menyamakan atau men'qias'kan leverage dalam ibadah itu dengan leverage dalam forex.

Maaf saya katakan, hujah sebegini adalah terlalu amat lemah dan sebenarnya tidak relevan dalam isu yang sedang dibincangkan ini.

Dianalogikan dan disamakan gandaan pahala dengan gandaan duit ?

Bagaimana boleh disamakan gandaan pahala yang ditentukan khas oleh Allah swt dengan gandaan leverage menggunakan duit pinjaman bersyarata tanpa hak milik jelas bagi gandakan untung duit sedangkan ianya bentuk transaki yang bertentangan dengan hukum Shariah, Adakah ia sama dan apakah illatnya ???

Ia terlalu lemah dan malah salah dalam penggunaan, terutamanya apabila bab fadhilat dan pahala tidak boleh dianalogikan dan` diqiyaskan menurut sepakat ulama Usul Fiqh, kerana tiada illah yang bersifat muta'adi dalam hal fadhilat dan pahala. Percubaan qiyas fadhilat bagi satu amalan ibadah khusus yang disebut secara specific oleh Nabi kepada satu ibadah lain adalah tertolak menurut ulama Usul Fiqh kerana ia adalah fadhilat yang dari jenis tidak ‘ma'qul al-ma'na' (Syar al-Talwih ‘ala at-Tawdih, 2/122; Al-Mahsul, Ibn Arabi, 1/95)

Apatah lagi ingin diqiyaskan kepada leveraging oleh forex trader. Ia amat-amat tertolak.

Ia disebutkan dengan jelas di dalam kitab Usul Fiqh

القاعدة المستقلة المستفتحة التي لا يعقل معناها , فلا يقاس عليها غيرها لعدم العلة فيسمى خارجا عن القياس تجوزا , إذ معناه أنه ليس منقاسا ; لأنه لم يسبق عموم قياس ولا استثناء حتى يسمى المستثنى خارجا عن القياس بعد دخول فيه ; ومثاله : المقدرات في أعداد الركعات , ونصب الزكوات ومقادير الحدود والكفارات وجميع التحكمات المبتدأة التي لا ينقدح فيها معنى , فلا يقاس عليها غيرها ; لأنها لا تعقل علتها

Hujjah FOREX TRADER 1 : Jika tidak boleh leverage lebih dari 1:1, maka hanya bank yang boleh buat

Ulasan UZAR 

Ia bukan hujjah yang perlu dibincang dan tidak ada kena mengena dengan perbincangan hukum, jika tak mampu untuk berforex dengan duit sendiri iaitu 1 : 1. maka jangan berforex, ketidakmampuan individu untuk menyertai forex tidak mengubah hukum leverage 1:20, 1:100, 1:1000  yang bermasalah di atas. Ini kerana forex bukan makanan asasi yang akan mati tanpanya.


Kalau sebelum ini saya utarakan jawapan oleh Syeikh Taqi Uthmani, kali ini say acpy paste pula soalan dan jawapan dari Prof. Dr Monzer Kahf, pakar ekonomi Islam

Question 

I have heard that online trading with broker either in currency or stocks is prohibited on margin, but why is that so, as it is on spot, and borrowing money is not prohibited, so if one borrows money to buy currency without paying interest, as the brokers offer Muslims interest-free accounts for Muslims, instead they charge a small commission for the service on each open position, as otherwise the interest is payable if the position is not closed before 5 pm EST. Thus, for Muslims the commission is charged even if the position is opened after 5 pm EST, but there is no physical delivery of the borrowed money, as its through the broker, and the trader doesn't receive it, but is liable for it and all risks of profit and loss are of the trader, and it makes it easier as a trader may open a position and close within 10 minutes, if he has taken a quick profit, so otherwise, if he waits for delivery and return,it may take days, so due to the development of technology, if we can trade online, with convenience, what's wrong with it? Because when we open a position, we actually borrow money on contract, but don't get a physical delivery, as it will take time, what I don't get in my hands, but is really given to me through contract, so is it not acceptable and online trading through margin is haram? Then how Muslims can make money, because otherwise one does need 100,000$ actually to buy those stocks or currencies, but in this way, the problem is solved, so is online trading on margin haram?

Answer

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.


For trading currencies, please refer to the answer given to brother ‘Arqam' in this session.

Trading currencies on margins is not permitted in the Shari`ah.

Trading stocks (only those stocks that satisfy the known criteria for permissibility of owning and trading) on margins, if no interest is involved, then it is permissible.

I am afraid that this commission you mentioned hides interest charge, I therefore, need more information about the commission structure and component t to make sure that it does not hide any interest

open : http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=Ta4O7M

.
 

Question

Is online forex trading allowed? The procedure of a normal interest-based trade is: you buy one currency against dollar (electronically through a broker) for instance buy pound and sell dollar. Your account is in dollars and you deposit $500 and get to trade on a margin. Each trade is for 100000 currency units- in our case we buy 100000 pounds for $500 margin.

You don't get a physical delivery, but you are liable for the payment and will enjoy all the risks and benefits. You realize your profit or loss by selling back the pounds you bought. If the buy and sell takes place the same day, you don't get charged any interest. If you don't close your position, everyday you are charged $5 per 100,000 currency units. To normal customers, these trades have no commission or charges. Now, for Muslim investors, what the companies do, instead of charging daily interest, they charge a $20 per trade( buy and sell ) as a commission.

This commission allows the investor to have a grace period of 3 days for closing the trade instead of 1 day in the normal scenario. However, after the 3rd day, everyday the commission is charged for all open positions.

1. Please tell, whether or not the procedure for Muslim investor devised by these companies is halal?

2. Can we only day trade (buying and selling the same day) so no interest is involved.

3. What does Islam says about trading forex on margin? In what circumstance would a Muslim be allowed to perform margin-based trade?
  

Answer by Prof Dr Monzer Kahf

In the Name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

All praise and thanks are due to Allah, and peace and blessings be upon His Messenger.


Online forex trading is essentially forbidden because of the requirement of full delivery or both currencies at the time of the contract. This requirement is mentioned in a correct saying of the Prophet. Consequently, any contract in which you pay an amount that is smaller than the exact value of the other currency (margin) is not permitted.

Also, any contract that has a time lag in the delivery of either currency is not permitted. This leaves out, as permissible, day trading and spot trading if they are done with full cash payment.

Allah Almighty knows best.


Sekian

Zaharuddin Abd rahman

http://www.zaharuddin.net/

13 Jan 2008

4 Muharram 1429 H

1.22 pagi


 


[1] Ramai yang menyebut ia adalah hadith Nabi, tetapi setelah dianalisa, terdapat perawinya bernama Sawwar Bin Mus'ab  yang lemah dan di anggap "matruk". Bagaimanapun makna yang terkandung di dalamnya disepakati penerimaannya di kalangan ulama kerana disokong oleh pelbagai dalil lain



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #210 maklumatmuhammad 2011-12-20 11:06
assalamualaikum ..
saya sedang mengkaji hukum trading forex di salah satu univ..
saya nak minta pada ust..kalau boleh menunjukan pada saya reference yang berkaitan dgn perbincangan hukum FOREX.
syukran
Quote
0 #209 Currency Exchange ExplainedFOREX JIHADIS 2011-11-28 17:04
Watch this videos from the link i post n get better understanding...then come here again let we discuss in Islamic perspective....


khanacademy.org/.../...
Quote
0 #208 en.akmal harith 2011-08-20 09:30
Quoting farhana:
Alhamdulillah..
t.q pada yg komen..
nasib baik x pegi lg company 2..
hampeh btl..
dia kte nature of biz company it
tp yg peliknyer..xkan web pun xde. ckt maklumat pun xde. komen ni je yg ade yg btepatan dgn alamat yg dia bg


ini bukan forex ni. ini skim cepat kaya. itu dah dikira pelaburan pada sebuah syarikat, bukan 'pertukaran matawang'. anda perlu tahu perbezaannya.
Quote
+3 #207 tosho santosho daimos 2011-07-26 12:25
referring to ulasan #177...
jika saudara pergi ke amerika utk kerja or seminar, tukar duit rm 3000 kepada 1000 usd. tapi bila disana tak pakai duit tersebut. bila balik aja tukar balik, 1000 usd tu dah boleh dapat rm 3500. adakah lebihan untung rm 500 itu haram? minta share pendapat. terima kasih.
Quote
+1 #206 HARAM TETAP HARAMex-forex trader 2011-05-24 23:03
bila org agama ckp haram dia bantah...ckp halal...dgr jelah...tgal forex tuh...beza ilmu agama kita dgn UZAR pom jauh sgt tggi UZAR watpe nk bantah2 lg...
Quote
-2 #205 jgn perlekehkan org suadara....ex-forex trader 2011-05-24 22:58
Quoting kentut:
kenapa sibuk sangat nak tanya pendapat ustaz jahanam ni....esok kat akhirat ...tak ada siapa tolong jawap...sendiri jawap :lol:



astagfirullah....... saudara...jika tidak bersetuju dgn pandangan UZAR...saudara blh syap dan truskan trade FX..mcm saudara ckp akhirat sendiri jwb lah....yg haram tetap haram..jika ikut imam as-syafie...bnd2 yg shubhah nih elok kita ambil haram atau tgl trus....sy juga bekas trader fx..dgr ulasan ustaz UZAR xde ape lg blh sy cri alasan...HUKUM TETAP HUKUM...
Quote
0 #204 pelabarun forexasroy 2011-05-12 16:29
assalamualaikum ustaz...
saya ada baca tentang phd yang uztaz buat skrang adalah berkaitan dengan forex trading/pelaburan forex..
apakah hasil dapatan ustaz mengenai status pelaburan forex/perniagaan forex ini...
mohon uztaz beri penjelasan... kerana jika saya tidak salah, penjelasan ustaz mengenai forex ini adalah tahun 2008... moga Allah akan memberi kita rezeki yang halal dan di jauhkan dari mendapat rezeki yang haram..
terima kasih ustaz.... salam.... dan jika ustaz tidak keberatan.. mohon emailkan saya penjelasan ustaz...
Quote
0 #203 cadanganwelder 2011-04-21 03:25
semua ini kerja al masikh DAJJAL mahu menyesatkan umat islam..
Quote
+3 #202 ..hamba Allah 2011-04-17 22:10
assalam ustad,sya nk tnye pendapat ustad tentang pelaburan emas di dalam platform syarikat VGMC.. adakah halal atau haram..
Quote
+3 #201 forex haram disebabkan leverage bukan 1:1fadhil 2011-03-09 12:13
Yang haram tetap haram...tak perlu lagi kita banyak berdalih disebabkan keuntungan yang banyak..kita perlu ingat bahawa kita hidup di dunia ni ibarat penjara bagi orang muslim dan syurga orang musyrik...ingat kata kata khalid al walid orang mukmin cintakan kematian seperti orang musyrik cintakan kehidupan...jika kita selalu ingatkan Allah, Allah akan ingat kan kita lebih dari yang kita ingat kannya.tengok la kehidupan nabi SAW, yang sudah dijamin syurga, yang tidur hanya beralaskan pelepah tamar.abu bakar as siddiq yang sedekahkan semua harta nya kerana Allah...setinggi mana pula perjuangan kita.
kalo dulu masa nabi SAW selalu di caci, di hina orang2 musyrik..tapi bagaimana pula kita hari ini yang hidup serba mewah dengan tiada halangan dan sekatan, susah untuk menjadi makmum di masjid.sama2 kita fikir..yg baik hanya dari Allah, yang buruk adalah kelemahan saya sendiri.
Quote
+3 #200 SERBA SALAHHAMBA ALLAH 2011-03-08 20:08
terpaksa jugalah berhnti forex ...nasib-nasib
Quote
0 #199 SERBA SALAHHAMBA ALLAH 2011-03-08 20:06
Saya yang baru ceburkan diri dalam dunia forx dah rasa serba salah untuk meneruskan impian ini sb rata2 mengatakan forex ini adalah salah disisi agama..modal dah habis rm10k untuk bermula tetapi ramai yang mengatakan salah dari sudut agama..nampaknya terpaksa juga hentikan dulu buat sementara waktu atau sepenuhnya selagi tiada kajian sepenuhnya forex ini dari sudut agama..nasib-nasib.....
Quote
+2 #198 Semoga Allah merahmati kita semuaHamba Allah 2011-02-24 19:00
Quoting DewaPips:
Ustaz, islam adalah agama yg sempurna, hukum ALLAH adalah yg SEMPURNA dan yang TERBAIK. Sila bahaskan keburukan laverage jika ia HARAM. Kerana yang diharamkan disisi islam semuanya adalah perkara yg buruk/membawa kesan buruk. Jika tiada keburukannya, adakah ia benar2 HARAM?


firman Allah.. Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah 2:216)
Quote
+6 #197 Full Islamic Account?ClaymoreFx 2011-02-16 10:31
ASSALAMUALAIKUM ...USTAZ UZAR ..saya forex tegar kat tadawulfx dan profit dah cecah usd30k dah 5 bulan..tapi duit nih saya xpenah sentuh/makan..minta pendapat ustaz tentang platform ni..http://www.tadawulfx.com/public/trading-accounts/islamic-forex-account.html ...jika ianya haram apa patut saya buat dengan duit nih....minta ustaz uzar email saya secepat mungkin==...saya ada masaalah kewangan ni..takut termakan..WASSALAM
Quote
0 #196 Re: Duit antikSyockit 2011-02-04 02:38
Quoting pat:
sy nak tanya sikit sy bukan main forex..tp sy pegumpul barang lama serpeti duit lama.dan jual duit lama cottoh sy jual duit 20 ringgit yg lama dgn harga 50 ringgit adakah jatuh haram jgk..


Adakah duit lama tu masih boleh diperdagangkan? Jika ya, maka pendapat saya haram.
Lain pula cerita kalau duit tu sudah tidak diterima di kedai-kedai. Yang ni jom kita tunggu jawapan UZAR.
Quote
0 #195 x traderHamba 2011-02-01 10:14
Assalamualaikum ,
Tahniah UZAR kerana menghuraikan dengan jelas permasalahan forex dan leverage ini.
pendapat saya - marilah sdr2 trader dan yg. baru nak mula kecimpung dlm online forex (yg. kebanyakannya kalau tak haram, syubhah) sama sama kita berbalik kepada asas hukum;
Jual beli asasnya ada barang/aset yg. dijual/dibeli, contract dan aqadnya. Semua sedia maklum Currency/duit sekarang adalah "fiat money" atau duit yg. nilainya ada kerana kerajaan dan masyarakat mengiktiraf nilainya. Dlm dunia forex yang complex skarang, bila turun naik duit didasarkan transaksi yg. benar2 berlaku (perdagangan import/export), tukaran bank dll, 1:1 jgn pula kita ambil kesempatan gunakan "pinjaman" atau leverage dan termasuk antara spekulator menetapkan nilai currency tersebut bila buy (long) / sell (short).
Moga Allah lindungi kita semua dari yg. syubhah apatah lagi yg. jelas haram.
Quote
0 #194 Kaunter hijau pun melabur dalam pelbagai market jugakspotgold trader 2011-01-29 16:45
Kalau nak kira leverage, boleh kata semua yang terlibat dengan pelaburan tak kira kaunter hijau ke ape ke.. smua pun ada leverage yang terlibat..

Kalau macam tu bank2 islam, bank negara, kwsp, mutual fund asb, asn, tabung haji semua... saham-saham kaunter hijau.... macam mana nak elak leverage ni sedangkan terlalu banyak instrumen pelaburan mmg ada sistem leverage yang lama dah dok pakai?

depa semua pun x trade leverage 1:1 pun...
Quote
0 #193 jual beli duitpat 2011-01-15 12:12
Quoting abdullah:
assalamualaikum saudara. mengambil untung daripada jualan barangan adalah halal disisi islam, tetapi apabila kita terlibat dengan forex, untung yang kita ambil daripada beza antara 2 matawang adalah haram kerana matawang bukanlah barang dagangan untuk mengambil untung.


sy nak tanya sikit sy bukan main forex..tp sy pegumpul barang lama serpeti duit lama.dan jual duit lama cottoh sy jual duit 20 ringgit yg lama dgn harga 50 ringgit adakah jatuh haram jgk..
Quote
-28 #192 haha...kentut 2010-12-19 03:31
kenapa sibuk sangat nak tanya pendapat ustaz jahanam ni....esok kat akhirat ...tak ada siapa tolong jawap...sendiri jawap :lol:
Quote
-1 #191 leveragenora 2010-12-16 10:18
saya lihat punca persoalan adalah leverage yang dikatakan pinjaman. Cuba ustaz analisa leverage nih sendiri bukannnya dengar dari pendapat orang yang bertanya. pada pendapat saya leverage nih tidak lebih satu penskalaan untuk memudahkan urusan perdagangan matawang itu sendiri. Diperingkat antarabangsa skala dagangan adalah besar maka untuk membolehkan individu yang bermodalkan kecil boleh juga dapat berdagang, maka diwujudkan sistem yang mengecilkan jumlah dagangan tetapi masih bersandarkan pergerakan turun naik matawang tu diperingkat dunia.
Quote
-3 #190 forexujang 2010-11-28 15:59
salam.
Dalam tulisan ustaz ada merujuk komen pengurus forex bank tempatan yang mengatakan urusniaga forex melalui internet mengarut dll. FX pro adalah penaja rasmi kelab aston villa dan beberapa yang lain.Masakan undang2 kewangan British yang telus membenarkan urusniaga ini.
Quote
0 #189 assalamualaikum ustaz....hanya ingin memberikan sedikit pendapatrasa btnggungjawab 2010-11-10 20:30
selepas membaca komen2
jelas bnyak orang yang masih bingung
jdi sy ingin berikan cadangan supaya
membincangkan berkenaan masalah ini melalui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan utk membincangkan hukum sebenar forex.
ini utk mengelakkan kekeliruan umat2 islam..
Quote
+1 #188 Penjelasan Forex Trading dari sudut IslamHamba Allah 2010-11-05 23:37
Salam...Ini ada satu lagi penjelasan berkenaan Forex dari sudut Islam. Harap dapat memberi manfaat kepada semua.

.../pelaburan-dan-meniaga-forex.html
Quote
0 #187 nak tau..afiq 2010-10-04 02:49
1.NAK TAU
ada ka leverage 1:1 dengan hanya 50USD dengan keuntungan 1pip 1USD ni.... nak tau broker apa bleh tak? boleh elak gharar dlm leverage ni..heee

Pendapat
2.jual beli kena dilakukan on the spot..ada mazhab(tak igt mazhab mna)kata boleh smpai 3 ari ja..
Quote
+2 #186 persanalmuhd 2010-10-03 05:56
:-) saya setuju dengan u.uzar ... haram pada leverege/margin ... soalan saya mengenai masa .... seperti mana saya membeli emas atau gerade paund seterling mengunakan duit usd dollar saya melabur 50usd 1:1 satu pip 50 cen tapi saya close 5 bulan akan datang saya mendapat keuntungan dalam 2000 pips 50 cen x 2000 pips jumalah 1000 usd tanda disini saya mendapat lebih lagi daripada modal saya ... jadi sama disni 2.50 per satu dalam 50 cen leverange 400 untuk satu pips .... tapi saya mengambil pips yang sedikit sekitar seratus atau kurang adakah diboleh kan? untuk jangka masa pendek.... sekian maklum
Quote
+4 #185 leverage bukan pinjaman kot.. ???afiq 2010-10-03 02:13
salam, saya agak bersetuju dengan kenyataan Budak baru, sebab,

1. sekiranya leverage adalah pnjaman, mengapa akaun trader tetap sama tanpa sebarang tambahan pada initial deposit?

2.mengapa jika untung dan rugi, hanya pihak trader yg bertanggungjawa b..?

2.jika benar leverage adalah pnjaman, mengapa trader tidak perlu bayar balik (sedangkan, jika membuat pnjaman, seseorng itu mesti byr balik samaada untung atau rugi)?

jadi dimana erti pinjaman? bolehkah kita ignore dengan apa yg dimaksudkn dgn leverage(pinjam an) tu?

info:Dalam live chat, saya pernah bertanya dan pihak broker menafikan ia sbagai pnjaman,tetapi ada bersangkutan dgn provider liquidity

Ustaz, macam mana dengan pendapat saya ni ustaz, mintak penjelasan..?
kerana ustaz lebih arif dalam bidang ni..
saya cuma nak pastikan bhawa duit yg saya akn gunakan ialah HALAL..


terima kasih ustaz
Quote
-1 #184 hukummim ha mim dal 2010-08-28 22:05
Nak senang keluarkanlah diri dari hukum.. abis cerita..
Quote
0 #183 pergila kerja kilangpoji 2010-08-04 00:01
pencuri yg hanya ada ilmu kemahiran hidup mencuri tetap haram hukumnya mencuri walau sesempit mana pun kewangannya.
Quote
0 #182 nk komen gakseseorg yg kurang 2010-06-30 15:56
salam....
bukan nya kitrg jelez ngn korang sebab korang byk duit....tapi halalkah duit 2 klo sesuatu perkara yg kita lakukan itu terdapat unsur gharar...????dan jgn la gunakan hukum hakam dan dalil islam untuk menghalalkan sesuatu yg was2....tolong la pk sebelum kluakan hujah2 anda untuk menentang hujah seorg ustaz yg lebih berilmu dari kita....jgn la jadi seperti umat2 yg terdahulu,....terlalu jahil untuk menjadi kaya.....
Quote
+6 #181 Apa Hukum terima WELCOME BONUS ?Gold_trader 2010-06-29 04:12
Salam ustaz, sekarang saya cuba trade ikut Laws yang Uzar nyatakan dalam buku penulisan uzar sendiri dan blog ini. kesimpulannya yang saya faham adalah gunakan; Broker yang berlesen dan berwibawa, Leverage 1:1, non-swap, dan jual beli adalah on the spot atau tak lebih dari tiga hari (jika rujuk pada video uzar di youtube). Kesemua peraturan ini saya dah ikut malah saya hanya trade pada GOLD shj (kerana leverage 1:1 hanya mampu untuk trade gold shj utk amaun USD500...) :D ...
Persoalan saya di sini:
apa hukumnya saya terima WELCOME BONUS dari pihak Broker yang saya guna? welcome bonus merupakan 'hadiah' dari mereka kerana meletakkan sejumlah deposit utk diniagakan melalui pengurusan mereka. dalam kes saya, saya buat deposit USD 500 dan dpt bonus USD 100. Apa hukumnya saya gunakan amaun USD 600 tersebut untuk diniagakan? Adakah ia dah bercampur dgn duit yg syubhat krn pd saya pasti; mereka (broker) juga buat trade dan menguruskan duit serta keuntungan spread dari setiap position oleh traders yg pasti majoriti x gunakan leverage 1:1, free swap dan bertangguh lebih dari 3 hari. jd, Uzar, adakah boleh digunakan bonus tersebut? Ibarat saya terima wang bonus dari kompeni milik org kafir (yg mana mereka dah tentu x peduli pasal etika jual beli cara Islam)? F.y.i, sekarang saya telah buat beberapa jual beli dan ade keuntungan USD 57.
Soalannya:
1) Apa yang perlu saya buat dgn USD 100 (bonus) dan keuntungan USD 57 ( hasil dari Duit sy sendiri+Bonus dr broker)tersebut ?
2) Perlu ke saya keluarkan USD 100 tersebut dan dermakan di tempat yg sepatutnya?
3) atau keluarkan semua bonus + keuntungan tadi (USD 157), kmuadian didermakan?
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer Formula Contracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan Ibadat Riba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new  ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 89 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Pelaburan & Perniagaan Tak Setuju Hukum Leverage Forex : Ulasan UZAR