Hukum Akaun Pelaburan Emas
di Bank Malaysia
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Soalan 1
Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:
Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.
Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?
Soalan 2
Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini.
Dari maklumbalas yang diberikan ialah:
Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.
Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.
Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.
Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.
Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.
JAWAPAN
Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.
Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-
Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.
Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-
• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.
Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.
• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.
Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf' (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).
• HALAL DAN SAH :
Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-
a. Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.
b. Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)

DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?
Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :
1- JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.
Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.
2- JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.
Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.
Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.
3- CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.
Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.
Mengapa 3 hari? ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.
4- PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram. Untuk kira-kira buka di sini.
Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.
Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.
KESIMPULAN
Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.
Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
22 Oktober 2008
23 Syawal 1429 H
Wales, UK
Petikan info dari maybank2u.com.my
Benefits
- Convenience of deposit, withdrawal and closing of GSPA account at any Maybank branch in Malaysia
- Introduced by the country's largest bank, 100% backed by physical gold and in collaboration with the World Gold Council
- Cheaper as gold prices quoted are pegged to international gold prices without additional charges
- Ability to build a personal gold portfolio by purchasing gold in small amounts (minimum 5gms) regularly over a period of time
- Opportunity for capital gain if the price of gold appreciates
- Possible hedge against inflation
Who can apply
- Individuals
- Joint account - maximum 4 persons
How it works
The Gold Savings Passbook Account (GSPA) is an account that lets you invest in gold in a convenient, more secure and cheaper way. You can purchase gold in 999.9 fineness at all Maybank branches at daily quoted gold prices for 1gm in Malaysian Ringgit. All transactions will be recorded in your GSPA passbook.
Whenever you need to, you may conveniently withdraw from the GSPA at the prevailing gold price in the following ways:
- Physical gold: Gold Wafers @ 10, 20, and 50 can be withdrawn at selected branches. A conversion charge to cover the shipping and insurance will be charged for the physical gold withdrawal
- Gift Gold Certificate: The certificate can be made payable to a third party and is valid for 6 months. The certificate is non-negotiable, non-transferable and non-assignable. Hence, only the registered holders can redeem the certificates
- Cash: The amount of gold holdings can be converted to Ringgit Malaysia at the prevailing market price. The amount in RM will be credited into your Maybank deposit account
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
saye ingin tahu jawapan utk soalan ini kerana saye bekerja dlm bidang yg sama. Spot Gold Trading...
Mohon penjelasan tuan,adakah membuat pelaburan emas di East Cape Mining Corporation Ltd(www.eastcapemc.com) dibenarkan oleh syarak? Mohon penjelasan yang arif.
Jazakallah
Mohon Perjelasan UZAR..
Bolehkah saya membeli emas dengan membuat pembiayaan dari bank yang patuh syariah.
Apakah hukumnya dari segi Islam .
Tq . UZAR
Bolehkah saya membeli emas dengan membuat pembiayaan yang patuh syariah dari bank ? Apakah hukumnya dan adakah ia dibolehkan dalam Islam ?
Terima Kasih UZAR .
Saya ada kemusykilan tentang membeli emas melalui kaedah Ar Rahnu..
Modus operandinya seperti berikut:
Seketul emas (gold bar) yang bernilai RM10,000 dipajak di bank yang menawarkan skim Ar Rahnu..lalu mendapat hasil pajakan sebanyak 60% drpd nilai emas iaitu RM6,000..
RM6,000 tersebut digunakan untuk membeli lagi seketul emas (gold coin pula)..
Adakah muamalah seperti diharuskan?Harap mendapat penjelasan drpd UZAR kerana sudah ramai orang-orang Islam kita yg mengamalkan muamalah seperti ini..
Sekian, terima kasih
Saya ada pertanyaan mengenai perlaburan emas. Sebelum ini ada pelaburan emas di mana kita membeli emas secara fizikal dan kita simpan dan jual jika perlu. Baru-baru ini saya ada dengar perlaburan emas secara membuka akaun dengan akaun buku tanpa fizikal emas dengan bank-bank komersial tertentu contohnya Maybank. Adakah perlaburan emas cara membuka akaun ini dibenarkan oleh syarak. Jika boleh bagaimana pula dengan pembayaran zakatnya dan berapakah kiraan zakatnya yang perlu dibayar.
Sekian harap dapat penjelasan dari ustaz.
soalan saya apa yang patut saya buat kerana berat lilin itu boleh/telah mempengaruhi timbangan barang kemas dan harga yang diberi, dan berat lilin tersebut tidak diketahui. bolehkah saya sedekah atau perlu membayar semula pada kedai tersebut,(jika perlu membayar semula bagaimana kiraannya)?
semoga jawapan yang diberi kelak dapat selesaikan persoalan ini. Terima kasih ustaz.
Saya telah membaca beberapa artikel dan komen berhubung perniagaan mata wang dan fores serta pelaburan emas. Terlalu banyak unsur yang membimbangkan kita sebagai umat islam dan menjadi ketakutan untuk melabur wang bagi tujuan mendapat pulangan yang lebih baik.
Justeru saya dengan rndah diri memohon, cadangan daripada pakar-pakar islam ini untuk memberi maklumat atau cadangan bernas bagi melabur dalam mata wang dan emas yang boleh membawa keuntungan tanpa ada rasa ragu-ragu. Bukan setakad menyatakan halal dan haram, tetapi adalah lebih bermanfaat jika dapat memberikan cadangan bagaimana pelaburang ini boleh dibuat tanpa bimbang akan hukum haram. Walau bagaimanapun ini hanyalah permohonan dan terpulang kepada pihak terbabit untuk membantu menyelesaikan masalah ini. Masalah umat islam seluruhnya. Wasalam.
2) harga emas sentiasa berubah2 hampir setiap hari. Pembeli B perlu memasukkan jumlah wang tertentu (say RM500.00) ke dalam akaun penjual A untuk 'lock' harga pada hari tersebut (mungkin risau akan berlaku kenaikan pada hari lain). Baki pembayaran disempurnakan setelah emas diperolehi (tidak pada hari yang sama). Apa pendapat Ustaz?
Sebagai makluman...inilah konsep yang digunakan oleh penjual & pelabur emas sekarang ini. Dikhuatiri jika konsep ini HARAM di sisi Islam....ia akan terus merebak dan boleh mendatangkan kemurkaan Allah.
Maaf jika Ustaz pernah mengulas isu ini. Harap berikan panduan dan nasihat untuk perkongsian saya dan rakan2.
Terima kasih
Sekarang nie orang sibuk memperkatakan tentang pelaburan emas dan skim ar rahnu. Beberapa persoalan yang memerlukan ulasan dan nasihat Ustaz.....
1) Membeli emas dari Penjual A dengan harga (say RM10,000.00) tetapi hanya membayar RM 3,500.00 dan bakinya (RM6,500.00) akan dilangsaikan setelah emas tersebut dipajakkan oleh pembeli tadi di ar rahnu. Boleh ker konsep ini?
Terima kasih
Salam ustaz, saya betul mahukan jawapan atas soalan yang sedara-sedara ni tanyakan. (pasal virgin mining corprotion) Sekarang ni ade syarikan satu lagi ECMC (mining corprotion same dengan virgin corp tu carenya). Saya nak tahu adakah ianya HALAL? sesiapa pun boleh jawap soalan saya tolong email saya syauq2007@gmail .com
Mengenai keputusan International Council of Fiqh didalam jual beli emas secara sijil diatas, tidakkah mereka telah MENANGGUHKAN keputusan mereka mengenainya? Demikian yg saya fahami, mohon jasa baik Ustaz UZAR utk komen. Saya sertakakan text Majma yg saya rujuk:
د – بما أنَّ المسائل التالية تحتاج إلى مزيد من التصورات والبحوث الفنية والشرعية عنها فقد أرجيء اتخاذ قرارات فيها، بعد إثبات البيانات التي يقع بها التمييز بينها وهي :
- شراء أسهم شركة تعمل في استخراج الذهب أو الفضة .
- تملُّك وتمليك الذهب من خلال تسليم وتسلّم شهادات تمثل مقادير معينة منه موجودة في خزائن مُصْدِر الشهادات بحيث يتمكن بها من الحصول على الذهب أو التصرف فيه متى شاء .
Maaf, mohon Ustaz UZAR betulkan fahaman saya jika tersilap ataupun text ini ada updatenya. Semoga Allah memberkati Ustaz dan sesiapa sahaja yg menjadikan dirinya lilin demi menerangi orang lain terutamannya dlm isu2 perbankan islam
UZAR :
Salam akhi ust rumaizi,
bagi saya, fatwa yang ditangguh itu adalah bagi kes sijil emas yang
بحيث يتمكن بها من الحصول على الذهب أو التصرف فيه متى شاء
ertinya : "dimana pemeganganya boleh menerima emas dan menggunakan (emas) itu pada bila-bila mas ayang dikehendaki"
Bezanya, akaun emas di bank2 konvensional di Malaysia telah memaklumkan dasar mereka bahawa sijil tersbeut TIDAK BOLEH dituntut emas 'pada bila-bila masa yang pemegangnya kehendaki'
justeru ia tidak termasuk dalam penangguhan fatwa di itu, ia tergoilong dalam fatwa haram kerana tiada berlaku taqabud hukmi mahupun hakiki, dan sijil itu pula tidak boleh dituntut emas fizikal darinya.
ustaz kata 'lock harga' haram sebab penangguhan, manakala cek dibenarkan asalkan prosesnya tak lebih dari 3 hari.
adakah cek dibenarkan sebab bayaran dibuat sertamerta (walaupun prosesnya mengambil masa sehingga 3 hari) manakala lock harga dianggap penangguhan walaupun bayaran dibuat keesokan harinya?
Betul ke pemahaman saya ni ustaz?
Saya selalu membeli emas dgn agen PG.
Cara yang saya beli ialah
Saya akan call agen untuk lock harga. Then agen akan lock harga dgn menggunakan duit beliau dulu.
Bila emas itu ada pada beliau (sebab emas ada di penang perlu tunggu 1-2 minggu), beliau akan call saya untuk buat urusan jual beli emas.
Masa itu saya baru serahkan duit dah beliau serahkan emas.
Adakah ini juga dikira riba kerana saya hanya menyerah duit apa bila emas ada di tangan saya?
Saya ingin pandangan dan nasihat ustaz berkaitan pelaburan emas di United Overseas Bank (UOB). Pautan kepada Gold saving account adalah seperti berikut:
www1.uob.com.my/.../...
Sekian, terima kasih.
Saya ingin bertanya tentang hukum pelaburan emas nie mengikut stuasi saya..Pada minggu lepas,ibu saudara saya telah melabur dalam pelaburan emas dGold Mining Corporation. Baru2 ini pula dia memohon kebenaran ibu saya untuk menggunakan wang nenek saya sebanyak rm3000 yg berada dlm simpanannya utk mnambah pelaburan tersebut. Ibu saya telah mrujuk kepada lama sc dan mndapati syarikat ini jatuh dalam 'alert list' type unlicensed activities. Soalan saya , bagaimana pula dari sudut kewangan Islam. Adakah pelaburan itu termasuk dalam 'patuh syariah'?Mohon penjelasan ustaz yang lebih memahami dan pakar dalam soal ini. terima kasih atas keprihatinan ustaz.
igin tahu jawapan..
Harap ustaz dpt membantu sy. Sekian. Time kasih.
contohnya
saya ada emas 20gram lalu saya pajak di arrahnu..saya dapat pinjaman 70% contohnya RM 3000..
boleh tak dgn duit ini saya beli emas lagi? contohnya saya beli emas yg berharga RM2000..dan saya pajak balik di arrahnu. dan saya ulang balik langkah ni berkali-kali untuk dapat untung..
Ustaz, saya ingin bertanya, bagaimana dengan Kuwait Finance gold accaount, disini saya sertakan link website
www.kfh.com.my/.../Gold.pdf
Saya ingin bertanya tentang hukum pelaburan emas nie mengikut stuasi saya..Pada minggu lepas,ibu saudara saya telah melabur dalam pelaburan emas di Virgin Gold Mining Corporation. Baru2 ini pula dia memohon kebenaran ibu saya untuk menggunakan wang nenek saya sebanyak rm3000 yg berada dlm simpanannya utk mnambah pelaburan tersebut. Ibu saya telah mrujuk kepada lama sc dan mndapati syarikat ini jatuh dalam 'alert list' type unlicensed activities. Soalan saya , bagaimana pula dari sudut kewangan Islam. Adakah pelaburan itu termasuk dalam 'patuh syariah'?Mohon penjelasan ustaz yang lebih memahami dan pakar dalam soal ini. terima kasih atas keprihatinan ustaz. Wasalam
UZAR, sihat? Saya nak tanya Spot Gold halal ke? Kena bayar zakat ke? Untuk Spot Currency saya dah faham, laverage 1:1, tiada forward, tiada swap tak jadi masalah kan? Kerja saya mengawal akaun pelanggan, dah UZAR kata kalau ada benda2 tu jadi haram, jadi saya jalankan ikut yang betul je. Tapi instrument2 yang UZAR sebut semua tu memang wujud, caj2 seperti swap, interest rate memang wujud, tapi kalau trading yang kita buat tu cepat lingkungan 1~12jam, tiada caj dikenakan. Cuma ada comission tetap -100USD setiap trading. So saya nak tanya Comission ni haram tak? Spot Gold haram tak? Kalau haram saya nak tinggal semua tolong ibu meniaga nasik lemak^^
Nak minta tolong kepakaran Ustaz kaji website ni, apa sebenarnya diorang jalankan. Saya takut haram. www.goldexbullion.com. Kalau jatuh hukum haram broker ni, saya nak minta pelabur saya berenti. Saya taknak makan komission haram. T.T
saye nak tanya soalan saye lebih kurang mcm #58 cuma saya melakukan perlaburan ini ketempat Goldex ( yang memang deal dengan saham emas)
sebagai contoh saya melabur usd10000 dan setiap bln saya terima 19.2% untung setiap bln secara tetap? adakh ianya juga dikatakan riba?
Soalan saya hampir sama macam soalan #82.
Cumanya dalam kes saya, semasa saya lock harga, saya cuma bayar 10% daripada harga yang telah dilock tersebut. Setelah beberapa minggu, bila dah dimaklumkan boleh ambil emas tersebut, saya baru bayar bakinya dan ambil emas fizikal tersebut keesokan harinya. Dan saya benar2 dapat emas fizikal tersebut dalam tempoh tak lebih dari 3 hari daripada pembayaran penuh. Pembayaran 10% pada awalnya adalah sebagai booking (saya kira). Halal atau haramkah urus niaga ini? Harap sgt ustaz dapat beri penjelasan. Saya ingin melabur bijak dengan mematuhi syarak. JazakAllahu ustaz,
contohnya
saya ada emas 20gram lalu saya pajak di arrahnu..saya dapat pinjaman 65% contohnya RM 1900..
boleh tak dgn duit ini saya beli emas lagi? contohnya saya beli emas yg berharga RM1000..boleh tak udzar....
dan bagaimana jika saya dgn RM1900 saya tambah duit saya lagi RM100 untuk beli emas RM2000..... boleh tak udzar?
pohon pejelasan
RSS feed for comments to this post