Skim Cepat Kaya Terbesar Dunia Tersungkur
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Bernard L Mardoff, Pengasas skim cepat kaya terbesar di dunia akhirnya jatuh ke tanah jua, setelah mengaut keuntungan berbillion USD. Namun sekelip mata keuntungan sementaranya itu akan hilang, pada masa yang sama meninggalkan mangsanya terkapai-kapai seperti tanpa oksigen di tengah lautan.
Mardoff juga dilaporkan menggunakan sebahagian hasil keuntungan penipuan dari skim ini untuk badan kebajikan Yahudi. Akibat tindakan ke atas Mardoff, Yayasan pendidikan Yahudi tersebut turut ditutup.

Gambar : Bangunan milik Madoff
Istimewanya kali ini, mangsanya skim ini bukan lagi terhad kepada orang miskin, sederhana atau warga melayu tetapi bank-bank gergasi dunia turut menjadi mangsa kelicikan penipuannya. Mungkin kerana berselindung atas namanya yang besar di USA.
Berikut adalah senarai bank dan potensi kerugian akibat menjadi mangsa skim cepat kaya Bernard L Madoff yang bertapak di New York :-
Clients of Santander, Spain - $3.1bn
HSBC, UK - $1bn
Natixis, France - $605m
Royal Bank of Scotland, UK - $601m
BNP Paribas, France - $460m
BBVA, Spain - $400m
Man Group, UK - $360m
Reichmuth & Co, Switzerland - $325m
Nomura, Japan - $303m
Selain bank-bank di atas, pembuat filem Yahudi yang terkenal iaitu Stephen Spielberg turut menjadi mengsa.
(Rujukan )
KRISIS KEWANGAN MERUNCING
Memalukan, tidak dapat dibayangkan bagaimana jatuhnya kredibiliti seluruh bank dan pakar-pakar pelaburannya. Bagaimana mereka boleh terpedaya dengan skim ponzi sebegini.
Di pertengahan kemelut dan krisis credit crunch yang sedang menyelebungi beberapa negara maju seperti USA, UK dan eropah, kini krisis kewangan semakin meruncing akibat tangan Bernard L Madoff, seorang usahawan skim cepat kaya yang sangat ‘berjaya' dalam penipuannya.
Ini sememangnya ‘hadiah' buat Yahudi, industri riba dan haram dan mereka yang terlalu tamak. Skim Mardoff ini seperti biasa menawarkan pulangan tetap yang tinggi iaitu 10 % tahunan hingga menyebabkan pelbagai individu kaya dan bank tertipu. Ia kelihatan sedikit ‘real' berbanding skim cepat kaya lain yang biasanya 'too good to be true' kerana menawarkan pulangan lebih dari 30 %.
Ternyata tiada sebarang bisnes pendasar (underlying business) yang dijalankan oleh Mardoff bagi meraih untung yang sah di sisi undang-undang. Keuntungan yang diraih dan diagih semuanya hasil ‘downline' lalu diberikan kepada upline dan begitulah seterusnya. Itulah skim pyramid atau juga digelar ponzi scheme, sama seperti skim ea index, swiss cash dan lain-lain yang pernah diharamkan di Malaysia dahulu.
Berita BBC melaporkan selepas skim dan penipuannya terbongkar :-
he had "absolutely nothing" and "it's all just one big lie", and that it was "basically, a giant Ponzi scheme"
Dia berjaya mengabui mata ramai pelabur kapitalis melalui syarikatnya Bernard L Madoff Investment Securities yang ditubuhkan pada tahun 1960, dalam masa yang sama dia juga menjalankan bisnes hedge fund.
Kelicikannya juga menjadikannya dilantik sebagai ketua, Nasdaq Stock Market.
Kini ramai yang mempersoalkan mengapa US Securities and Exchange Commission tidak mampu mengesan penipuan ini dari awal. Sedangkan menurut laporan berita BBC beberapa pihak dan individu telah membuat laporan tetapi tiada tindakan dan penyiasatan diambil. Mungkin laporan lambat diambil tindakan kerana networking Yahudi yang bertapak kukuh di USA.
Benar, laporan dari orang ramai amat penting tetapi jika pihak berkuasa tidak bertindak penipuan akan berterusan. Kita di Malaysia, pihak Bank Negara Malaysia dan Suruhnajaya Sekuriti amat diharapkan menambahkan kepantasan siasatan apabila mendapat laporan dari orang ramai, sebelum lebih ramai menjadi mangsa.
Alhamdulillah semakin ramai yang peka dan sudi melaporkan apabila timbul skim-skim dan binses yang meragukan. Namun demikian tidak mustahil sama sekali, penipuan hanya akan dapat dikesan agak terlewat lalu boleh menyebabkan kerugian wang yang banyak.
LAHIRKAN JUTAWAN BUKAN UKURAN
Saya kerap mendengar hujjah pemain skim cepat kaya yang mendakwa bisnes mereka benar dan kemampuan melahirkan ramai jutawan sebagai buktinya.
Sejak dari awal, kita boleh menilai hujjah ini adalah lemah, malah kini terbukti ia boleh mencipta seorang billioanaire seperti Mardoff, namun ia tetap salah dan tetap skim cepat kaya dan tetap akan tergolek juga akhirnya.
Di Malaysia penipuan skim ini boleh dianggap antara yang tercanggih di dunia, pelbagai teknik licik digunakan bagi megabui mata pelabur seperti mendapatkan Lesen Jualan Langsung, Koperasi, punyai beberapa produk dan banyak lagi. Sehingga sukar dibezakannya dengan syarikat jualan langsung dan koperasi yang sebenar.
Justeru, saya nasihatkan mereka yang sedang berfikir-fikir untuk menyertai sebarang skim agar lebih berhati-hati. Penangkapan dan serbuan demi serbuan tidak dinafikan akan menjadikan syarikat yang masih berbaki lebih kreatif dan licik dalam menutup penipuan mereka.
TIDAK KEBAL AKHIRNYA
Apa yang menarik dari kes ini juga, kita dapat melihat walaupun Mardoff agak kebal di peirngkat awal namun akhirnya ‘jatuh ke tanah jua' dengan desakan ketelusan pihak berkuasa di USA. Ia agak Pastinya tindakan adalah lewat kerana, melibatkan individu Yahudi, billionaire dan orang besar ( Pengerusi ) di Bursa Saham Nasdaq New York, namun tahniah atas tindakan yang diambil.
Bayangkan pula kalau ia di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia. Rasuah mungkin akan menjadi penyelamat, atau jawatannya turut menggentarkan para penyiasat. Namun di negara-negara maju, mereka boleh sedikit terlewat tetapi akhirnya akan ‘kena' juga.
Akhirnya, telitilah dua tiga atau sepuluh kali sebelum menyertai mana-mana skim atau bisnes yang berpaksikan sistem pyramid dan yang hampir dengannya, ia mungkin skim cepat kaya yang bakal tersungkur sedikit masa lagi.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
16 Disember 2008
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
laman web www.aksmartcash.com
Ingin tahu sangat..TQ
Harap uzar dpt teliti kalau ada ms..ramai org Islam(melayu terutamanya) yg sertai biz/skim tersebut. Pelajar2 U terutamanya kwn2 sy..sy risau..
UZAR : boleh baca dalam artikel saya berkenaan MLM.
terima kasih
p/s; bole jgk klu ustz nk bls jwpn ke almt emel sy; ma_im_mj
Apa hukum teruskan Skim Ponzi setelah insaf dengan tujuan mendapatkan semula modal sahaja?
Contoh, modal RM20K @ RM300 sebulan selama 10 tahun,sangat membebankan bagi pekerja berpendapatan rendah.
UZAR : meneruskan setelah tahu ia salah dan haram, adalah beerti orang itu sedang berusaha mencuri duit orang lain dengan alasan ingin mendapatkan modalnya yang dicuri oleh uplinenya.
jawapannya tetap haram dan sepatutnya ia samada :-
1) meminta wangnay kembali dari upline
2) meminta dari syarikat (jika ia masih hidup)
3) memfailkan saman di mahkamah dan mahkamah akan memutuskan pembayaran balik modal.
sekian
HAI-AWAK tu HAI-O, UPGAJI2U tu UPTREND2U .. klu sy tak silap
UZAR : oo ye ke..kreatif betul
UZAR : saya tak berapa faham pula soalan sdr ni
saya sendiri memang ragu dengan perniagaan MLM ni
kalu MLM sangat bagus, kenapa dari dulu, kini orang ramai masih mengamalkan perniagaan secara konvensional
Nabi sendiri tidak mengamalkan perniagaan secara MLM
btol tak UZAR??
Benar kata UZAR, dan saya melihat 'barakah' yang sepatutnya ada dalam setiap punca rezeki kita tidak terdapat dalam mana2 skim cepat kaya, yg begitu cepat mengaburi mata masyarakat.
Diharap, pihak di malaysia dapat mengambil iktibar seterusnya tindakan undang2 terhadap mana2 syarikat yang menjalankan bentuk skim yg serupa, yg mana banyak syarikat skim ini mengaburi mata orang ramai dengan lesen sah dsb.
sama2 lah kita mencegah sebelum terjadi sesuatu yang tidak diingini.
RSS feed for comments to this post