Pelaburan & Perniagaan Hukum Jual Beli Lelong di Ebay & Swoopo

Hukum Jual Beli Lelong di Ebay & Swoopo

  • PDF
(14 votes, average 4.79 out of 5)
 

Hukum Jual Beli Lelong di Ebay & Swoopo

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Jual beli secara lelong dikenali dalam Islam dengan nama "al-Muzayadah", iaitu satu kalimah yang memberi erti dari sudut bahasanya "saling naik menaik" dalam konteks jual beli lelong ini ‘kesemua pihak (bakal-bakal pembeli) cuba menawarkan harga yang lebih mahal kepada penjual, sesiapa yang menawarkan harga tertinggi, mereka akan dikira sebagai pemenang.

auction1.jpg
 

Apabila tukang lelong atau wakilnya menghentikan lelongan, beerti penjual telah redha dengan satu harga tertinggi dan ini menyebabkan kontrak jual beli yang mengandungi ‘ijab dan qabul termeterai secara automatik di antara kedua belah pihak.  Jual beli ini adalah halal disisi Islam dengan syarat-syaratnya.

Antara asas kepada keharusan lelongan ini adalah hadis :-

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَاعَ حِلْسًا ) بساط للأرض أو كساء لظهر الدابة ) وَقَدَحًا وَقَالَ مَنْ يَشْتَرِي هَذَا الْحِلْسَ وَالْقَدَحَ فَقَالَ رَجُلٌ أَخَذْتُهُمَا بِدِرْهَمٍ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَزِيدُ عَلَى دِرْهَمٍ مَنْ يَزِيدُ عَلَى دِرْهَمٍ فَأَعْطَاهُ رَجُلٌ دِرْهَمَيْنِ فَبَاعَهُمَا مِنْه

Erti : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menjual hilsan (hamparan seperti permaidani atau selimut di belakang binatang kenderaan) , lalu bersabda : Adakah sesiapa ingin membeli hamparan ini , lalu berkata seorang lelaki : Aku setuju untuk mengambilnya dengan harga satu dirham, lalu baginda Nabi s.a.w bersabda lagi : ada sesiapa ingin membayar lebih dari satu dirham, lalu seorang lelaki setuju dan membayar dua dirham, lalu Nabi s.a.w menjualnya kepada lelaki itu. ( Riwayat At-Tirmidzi, no 1139, At-Tirmidzi : Hadis Hasan) [1]

Hukum jualan ini juga telah terdapat ijma berkenaan keharusannya, sebagaimana di sebutkan oleh para ulama mazhab Hanbali, Manakala mazhab Syafie mensyaratkan ia mestilah tidak berniat memberi mudarat kepada sesiapa dan benar-benar ingin membeli, jika tidak dikira sebagai an-Najash yang haram [2]

Majlis Fiqh Antarabangsa yang bernaung di bawah Al-Munazzamah Al-Muktamar Al-Islami telah pun mengeluarkan resolusi keharusan jual beli lelong dengan syarat-syaratnya, antara yang disebut dalam resolusinya adalah :-

•a-   Setiap proses selanjutnya (setelah menang) seperti catatan secara bertulis, syarat-syarat pembayaran, pentadbiran dan undang-undang mestilah tidak bercanggah dengan hukum Syariah.

•b-   Penganjur atau penjual dibenarkan meminta jaminan daripada mereka yang turut serta dalam majlis lelongan bagi memastikan semua mereka adalah pembeli berpotensi yang sebenar dan komit dengan pembelian sekiranya menang.

•c-  Dibenarkan penganjur lelongan mengambil caj masuk atau penyertaan dengan SYARAT Ia tidak melebihi nilai sebenarnya. (bermakna ia mestilah nilai minima dan pihak penganjur tidak akan mengambil keutungan darinya tetapi sekadar urusan pentadbiran sahaja).

•d-  Diharamkan pihak penjual atau penganjur melakukan bidaan-bidaan palsu agar harga lelongan naik. Ia dinamakan An-Najash yang diharamakan secara jelas oleh Nabi s.a.w. Antara bentuk lain bagi An-Najash adalah orang yang tidak membeli mempromosikan barang yang dijual dengan pujian berkenaan kualitinya berdasarkan kepakarannya, ia dilakukan bagi mendorong peserta majlis lelong menaikkan lagi harga. Sedangkan apa yang dikatakan adalah dirancang dengan pihak penjual.

•e-   Penjual dan rakan mereka menipu harga pasaran, kononnya jualan sedang berada di tahap yang sangat murah.

•f-   Penjual mempromosikan kualiti tinggi barangan yang boleh dibaca, dengar dan lihat bagi menaikkan harga sedangkan hakikatnya tidak sedemikian.

Hukum Lelong di E-BAY

Setelah menerangkan serba ringkas asas dan panduan bagi jual dan belian lelong di atas, hasil pengamatan dan percubaan saya melakukan pembelian di e-bay, saya dapati hukum pembelian melalui ebay adalah HARUS selagi mana barang yang dibeli BUKAN emas, perak dan matawang semasa yang diguna pakai (bukan yang antik tanpa nilai).

Pembelian ketiga-tiga item tadi diwajibkan untuk serah dan terima secara semerta, namun barangan yang dibeli biasanya akan dihantar lewat disebabkan proses-prosesnya, namun demikian terdapat fatwa lebih ringan yang mengizinkan kelewatan selama tempoh 3 hari dari tempoh pembelian. Ia adalah pandangan mazhab Maliki, ia berdasarkan kaedah fiqh yang popular iaitu :-

ما قارب الشيء يعطي حكمه

Ertinya : Apa-apa yang hampir dengan sesuatu maka akan mengambil hukum sesuatu itu[3]

Kesimpulan berkenaan hukum membeli melalui ebay adalah :-

•1)  Dibenarkan atau harus untuk MEMBELI di web e-bay. Kecuali pembelian tiga item tadi mestilah dengan menjaga syarat yang telah disebut di atas. Pandangan lebih selamat agar menjauhi pembelian emas, perak dan matawang melalui ebay, berpegang kepada fatwa majoriti ulama silam dan kontemporari.

•2)  Dibenarkan atau harus untuk MENJUAL di web ebay. Namun demikian komisyen yang diambil oleh paypal dan ebay dari pembeli adalah harus atas hujah ia adalah caj servis atau wakil atas sesuatu kerja. Namun demikian caj tersebut MESTILAH DILKETAHUI CARA KIRAAN dan jumlahnya dari awal penjualan dibuat.

       Menerima bayaran dari pembeli yang menggunakan kad kredit konvensional adalah HARUS kerana ia di luarkuasa dan tanggungjawab penjual.

•3)  Pembayaran melalui kad kredit konvensional adalah haram, walaupun pembeli membayar harga ‘on time' kepada pengeluar kad, ia adalah kerana setiap pembeliannya akan memberikan komisyen kepada pengeluar kad kredit riba, ia akan dikira membantu perkembangan industri kad kredit riba secara langsung.

•4)  PayPal ; Pembayaran melalui pay pal adalah mengikuti hukum kad yang disandarkan kepada paypal, iaitu kad kredit, debit atau charge card yang digunakan. Jika ia adalah kad yang dikeluarkan secara konvensional, justeru pembayaran melalui pay pal turut haram.

•5)  Tempoh Serah : Mestilah diketahui tempoh hantaran barang akan dibuat dan anggaran tarikh ia akan sampai ke tangan pembeli.

•6)  Jaminan : Mestilah diketahui atau boleh dihubungi penjual sekiranya barang masih tidak sampai melepasi tempoh yang dijanjikan.

•7)  Jaminan atas kerosakan atau aib ; Satu fakta tambahan yang menjadikan ebay semakin selamat adalah ganti rugi dari pihak ebay. Menurut mereka yang kerap berurusan dengan ebay, pihak ebay turut menyediakan peruntukan ganti rugi bagi sesiapa yang menghadapi penipuan melalui transaksi jual beli di ebay. Rakan saya di Swansea, UK pernah menerima ganti rugi beberapa ratus £ apabila television yang dibelinya melalui ebay mempunyai kerosakan yang tidak dinyatakan dengan jelas oleh penjual dalam spesifikasi jualan.

Tindakan dan peruntukan ganti rugi ebay seperti ini menjadikan unsur gharar menjadi mengecil dan jatuh dalam kategori gharar yasir yang dimaafkan.

LELONG DI SWOOPO

Saya turut ditanya satu lagi web lelongan yang kian popular iaitu www.swoopo.co.uk

Setelah meneliti terma dan syarat penyertaan dalam lelongan swoopo, saya mendapati lelongan swoopo berbeza dengan ebay, antara terma yang cukup berbeza dengan ebay adalah :-

3. Bid Purchasing for Online Bidding / Payment / FreeBids

Bidding rights, so-called "bids", must be purchased and paid for by users prior to online bidding. Bids can be purchased in packages (so-called "BidPacks") at the currently applicable prices, which can be viewed in "My Swoopo" under "Buy Online Bids".

Payment can be made by credit/debit card or via payment agents such as PayPal.

Should a payment not be honoured by a user, a returned payment fee will be charged. The user will be responsible for these fees. Swoopo reserves the right to block access to the user's account until payment in full of the invoice amount, including any fees due to returned payment etc., and to withhold any outstanding deliveries until payment is received in full.

Certain bids (e.g. some "FreeBids") are valid only for a limited time. Upon expiration of the time stated, the bids expire and can no longer be placed. Refunds are not available for expired bids.

4. Bidding / Use of the BidButler

Users can bid in two ways online. Bids can be placed by clicking on the relevant bid buttons, or can be placed automatically by a BidButler. Once a bid is placed, it is deducted from the user's bid account.

KESIMPULAN

Jual dan beli atau bidaan melalui web swoopo adalah HARAM kerana terdapat unsur judi dan gharar yang cukup besar. Ini kerana setiap peserta perlu membeli hak untuk bid yang punyai nilai tertentu, dan hanya punyai beberapa kali peluang bid berdasarkan nilai pakackage bid yang dibeli. Ia ternayat dengan jelas dalam ayat ini  ;-

Bidding rights, so-called "bids", must be purchased and paid for by users prior to online bidding. Bids can be purchased in packages (so-called "BidPacks") at the currently applicable prices,

Dan ini

Each bid costs just 40 pence, available in "BidPacks" of 25, 50, 100, 250 and 500 [4]

Anda dapat melihat bagaimana satu kali bid fee dan dikenakan adalah 40 pence ( RM 2.00 ), anda dikehendaki membeli bidpack dalam package di atas, cuba kalikan dan lihat berapakah tunai yang perlu anda bayar untuk menyertai bidding ini.

Ia jelas dan terang menjadi judi apabila disebut dalam termanya :-

Users can bid in two ways online. Bids can be placed by clicking on the relevant bid buttons, or can be placed automatically by a BidButler. Once a bid is placed, it is deducted from the user's bid account. [5]

Tatkala itu, ia sama seperti judi yang mana pembayaran hak bid dijadikan sebagai wang taruhan, dan barang yang dijual dijadikan seperti hadiah kemenangan. Manakala semua pembida yang tewas akan kehilangan wang bidaannya.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

16 Januari 2009



[1] Hadis ini bagaimanapun dikritik oleh sebahagian pakar yang mengatakannya dhoif, namun dibalas oleh ulama lain bahawa ia mempunyai sandaran-sandaran nas lain (shawahid) sebagai penguat.

[2] Al-Mawsu'ah Al-Fiqhiyah Al-Kuwaitiyah, hlm 220

[3] Al-Ashabh wa an-Nazair, As-Suyuti, hlm 82

[4] http://www.swoopo.co.uk/help.html

[5] http://www.swoopo.co.uk/help.html



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #44 Haram kotafiqasyraf 2011-12-05 00:12
Quoting anonymous:
salam...saya nak kepastian mengenai kaedah pembelian di www.ubid.com.my adalah dibenarkan atau tidak kerana ada persamaan ngan www.swoopo.co.uk..


aku rase haram.. sebab kena bayar kalau nak bid..

Bids Price Saving
10 bids RM 20 0%
25 bids RM 48 4%
50 bids RM 88 12%
100 bids RM 160 20%
300 bids RM 450 25%
500 bids RM 725 28%
Quote
0 #43 Hukum jual beli duit lama dan duit semasaHanis 2011-09-08 17:20
Assalamualaikum ustaz....

Saya ingin bertanya mengenai hukum jual beli bagi barangan berikut:

1. Duit lama yang tidak digunakan seperti duit antik.
2. Duit semasa yg digunakan tetapi mempunyai kelainan seperti nombor siri yg cantik contohnya WW2222222 atau duit kertas tersalah potong.
3. Duit peringatan yang ditempa dari emas dan perak seperti duit peringatan sempena kemerdekaan.

Duit-duit yang dinyatakan diatas ini semuanya tidak digunakana. Hanya disimpan sebagai koleksi sahaja.

Adakah boleh melakukan urusniaga bagi duit2 seperti diatas?

Adakah dikenakan zakat bagi duit yang menjadi koleksi simpanan seperti duit peringatan perak dan emas yang lebih dari kadarnya?

Harap ustaz dapat bantu.
Quote
0 #42 Dropship?rib 2011-06-15 21:47
Quoting adnan:
salam ustaz, sya baru hendak berjinak dalam bisnes dropshipper ( orang tengah diantara pengeluar dan pembeli dalam internet ) mcm jual jam, detox foot patch lepas 2 gajet2 laen, kalo harga jam rm20 sya ckap rm35, ok ke?? thanx


perniagaan internet berkonsepkan dropship ini masuk dalam kategori mana, samada kategori haram (kerana menjual sesuatu yang belum dimiliki) atau halal (kerana si penjual boleh dianggap sebagai wakil/agent bagi dropshipper)...
Quote
0 #41 hukum drophipperadnan 2011-06-15 01:47
salam ustaz, sya baru hendak berjinak dalam bisnes dropshipper ( orang tengah diantara pengeluar dan pembeli dalam internet ) mcm jual jam, detox foot patch lepas 2 gajet2 laen, kalo harga jam rm20 sya ckap rm35, ok ke?? thanx
Quote
-1 #40 Hand book buku rujukan MuamalahAzdin 2011-05-14 21:12
Assalamualaikum ustaz,

Masyarakt islam di malaysia perlukan hand book dalam hukum perniagaan dan jual beli(Muamalah). Kecil ringkas dan padat, ustaz buatlah satu atau usulkanlah kepada kenalan ustaz yang sanggup menyusunnya. Semuga diberkati.
Quote
0 #39 Biddinganonymous 2011-05-08 19:27
salam...saya nak kepastian mengenai kaedah pembelian di www.ubid.com.my adalah dibenarkan atau tidak kerana ada persamaan ngan www.swoopo.co.uk..
Quote
-1 #38 mrmusang berjanggut 2011-03-01 07:40
salam ustaz, sy x berapa faham tentang bayaran pay pal tu. mcm mana ya ustaz? kalu paypal yg pakai debit card?
Quote
0 #37 Ebay dan DropshippingRosli 2011-02-10 12:52
Assalamualaikum Ustaz,

Kata Ustaz jual beli di Ebay adalah harus. Bagaimana pula jika kita menjual sesuatu barangan secara dropshipping? Maksudnya, kita promote barang di Ebay, ada permintaan dan pembeli bayar kepada kita. Kita kemudian email, buat bayaran dan mengarahkan dropshipper untuk menghantar barang kepada pembeli. Adakah cara ini dihadibenarkan dalam Islam?

Terima kasih. Wassalamualaiku m .
Quote
0 #36 missingin tahu 2010-11-11 07:35
Salam ustaz. terima kasih atas penerangan di atas. Saya ada soalan lg mengenai swoopo. Sy pernah bid di swoopo sebelum terjumpa blog ustaz. Ada benarnya kata ustaz. tapi, apabila kita bid dan kalah, kita ada choice utk beli brg tersebut setelah menolak harga yg kita tlh bid. Sbg contoh, katakanlah sy bid kamera bernilai $100. setelah mencapai $30, saya kalah. tetapi, katakanlah sy bid sbyk 10kali (cth : 0.60 satu bid) dgn total $6, jd, sy ada pilihan utk bli kamera itu dgn harga $94. kiranya, pembid x rugi secara langsung kerana masih boleh beli dlm masa 24jam. jadi, bagaimanakah hukumnya itu? adakah masih haram? saya cuma ingin tahu dgn ilmu yg limited ini.. semoga penjelasan ustaz nanti dpt memberi manfaat kepada sy dan org lain.inshallah. terima kasih.
Quote
0 #35 kos perkhidmatanlsuriati jamalludin 2010-11-09 15:37
Salam Uzar..
saya merupakan pelajar yang sedang mengkaji sistem lelongan internet. salah 1 kemusykilan yang saya hadapi; pertama tentang cara pembayaran. salah satu cara pembayaran yang adalah melalui online banking. kos perkhidmatan yang dikenakan terikat kepada jumlah transaksi yang dilakukan. contohnya 3% dari jumlah transaksi. adakah kos perkhidmatan ini cara apengiraan nye jelas?apakah hukum cara pembayaran ini?
kedua
Quote
0 #34 terima kasihAhli 2010-09-04 10:12
terima kasih atas penerangan ustaz yang berguna ini.. :-)
Carving Electric KnifeKereta Terpakai
Quote
0 #33 bai' al-muzayadahhuda 2010-08-14 01:18
salam...sy nk tnyee...ape syarat bai' al-muzayadah n aplikasi??
Quote
0 #32 mrsfuziah 2010-05-19 19:01
:-) asm saudara. berkenaan vemma, uptrend dan sewaktu dengannya, saya pun mempunyai perasaan seperti saudara, walaupun saya tak tahu hukumnya, tetapi sememangnya ia satu penginayaan walaupun apa yg dikatakan oleh mereka. Ini bukanlah caranya nak kaya, dah lah tak ada produk menindas ahli bawahan pulak, subhanAllah
Quote
0 #31 nak tanyanurul iman 2010-04-29 08:24
ustaz..terima kasih atas penerangan ustaz..nak tanya..kalau web lelong.com.my itu halal x?
Quote
0 #30 makin berkembangmuhammad amirul abdullah 2010-04-13 00:22
salam'alaik..
terima kasih atas penerangan ustaz..
sekarang makin bertambah laman sesawang yang menawarkan khidmat "auctions" seperti swoopo..harap kita semua tidak terjerumus ke dalam hal ini..contoh laman sesawang yang popular:
mybid.com.my/
www.pennyauction.com.my/
Quote
0 #29 adsense haram ?ceudah 2010-04-04 13:05
bagaimana dengan mencari uang dengan adsense dan menjual link di blog ? itu termasuk haram ?
Quote
0 #28 jual beli emas di bankshukri 2010-02-28 06:21
USTAZ SAYA HENDAK TAHU APAKAH JUAL BELI EMAS DI PUBLIC BANK DIKATOGERIKAN SEBAGAI RIBA SEKIAN
Quote
0 #27 lelong ber internetsuria 2010-01-19 18:44
slm UZAR,sy sgt berminat dengan lelongan internet yg berlandaskn islam memandangkan sy seorg pembeli.bolehkan sy dapatkan rujukan tambahan/buku2 yang sesuai dibaca yang berkaitan dgn isu in.?
Quote
-1 #26 bagaimana dengan penjualan ebookclicktower 2009-12-14 23:49
salam, saya nak tanye bagaimana pula tentang hukum penjualan Ebook contohnya di ebooktower.blogspot.com atau pun di ebayprofitpack.blogspot.com apakah hukun bagi proses jual beli tersebut.
Quote
0 #25 Pembeli dari Israelnoor fadilah 2009-12-02 03:45
Salam Ustaz.
Saya ade sedikit kemusykilan. Bagaimana pembeli tersebut daripada Israel. Contoh kalau dia beli sebagai keperluan seperti alatan computer, pakaian dsb..

Adakah hukumnya haram mutlak atau masih ada consideration??

Terima Kasih
Quote
0 #24 MyBid.com.myAfif 2009-10-27 06:58
Salam UZAR. alhamdulillah, persoalan saya terjawab juga mengenai hukum bidaan dlm jual beli online ini.
saya telah membuat satu kesalahan yg besar, iaitu join mybid.com.my sebelum mencari hukum mengenainya dulu...

pada pandangan saya, MyBid agak sama dengan Swoopo...iaitu kena beli bidpacks (1bid=rm2) dulu sblm bidding...yang kalah hilang duit, yg menang dpt hadiah (objek bidaan terbabit.saya da xsedap hati sejak join mende ni...nampaknya saya perlu hentikan ini serta merta..terima kasih ustaz..
Quote
0 #23 Follow upMohammad 2009-09-17 07:42
Afwan ustaz, ni follow up.

Di ebay, bagi sesuatu barang yang dilelong/dijual, penjual ada pilihan untuk melakukan 'auction' hingga sebuah harga yang memuaskan dicapai atau menaruh harga 'buy it now' yaitu sesuatu harga tetap bagi pembeli yang ingin memiliki barang itu dengan segera tanpa melakukan lelongan. Adakah ini dibolehkan atau termasok ke dalam larangan menjual sesuatu barang dengan dua harga/2 jenis jual beli dalam satu masa?

Shukran.
Quote
0 #22 Kurang fahamMohammad 2009-09-13 07:35
Assalamu'alaikum ustaz.

Maaf ustaz, rasa2nya ustaz belum jawab soalan saudara Akmal yang bertarikh 12-09-2009 di artikel "Buku Panduan Perbankan Islam : Kontrak & Produk". Saya rasa itu soalan baik yang perlu kepada penjelasan lanjut. (Saya sampai ke artikel ni dari link di artikel tu)

Soalan saya pula, saya masih kurang jelas mengenai penjelasan ustaz tentang "4) PayPal ; Pembayaran melalui pay pal adalah mengikuti hukum kad yang disandarkan kepada paypal, iaitu kad kredit, debit atau charge card yang digunakan. Jika ia adalah kad yang dikeluarkan secara konvensional, justeru pembayaran melalui pay pal turut haram." Maksudnya pengharaman menggunakan kad kredit adalah pada pihak pembeli sahaja? Tidak ada kena mengena dengan pihak penjual?

Bagaimana pula pembayaran melalui Paypal? Apakah hukum yang terkait pada pihak pembeli dan penjual? Adakah hukumnya sama denagn penggunaan kad kredit? Yakni jika pembeli yang gunakan kad kredit riba melalui paypal maka tanggungan atas pembeli dan tidak ada apa2 atas penjual?

Jazakallah khairan.

UZAR : terkait dengan pembeli, bukan penjual
Quote
-1 #21 tak payah semak duit dari pembeliamin007 2009-09-12 23:38
bagi saya laa, tak kita nak tanya kat pembeli duit yang digunakan untuk beli barangan kita datang dari mana?
kalau dia pakai kad islamik atau tidak?
habis kalau dia bukan islam dan datang dari luar negara

macam susahkan badan sendiri
Quote
+1 #20 translate??Alim 2009-06-26 03:31
i just want to know if using telebid/swoopo is HALAL or HARAM???

i dont understand the language written in this website...

thanx

UZAR (WEBSITE OWNER) : in conclusion, swoopo is prohibted in Islam whereas using ebay is halal with conditions of course. Thanks for visiting.
Quote
+1 #19 Berkenaan Sistem AffiliateAffiliate 2009-06-14 13:48
Pertamanya, terima kasih banyak-banyak kepada Ustaz di atas usaha ini. :-)

Ustaz, saya nak quote sedikit dalam artikel di atas:

"?d- Diharamkan pihak penjual atau penganjur melakukan bidaan-bidaan palsu agar harga lelongan naik. Ia dinamakan An-Najash yang diharamakan secara jelas oleh Nabi s.a.w. Antara bentuk lain bagi An-Najash adalah orang yang tidak membeli mempromosikan barang yang dijual dengan pujian berkenaan kualitinya berdasarkan kepakarannya, ia dilakukan bagi mendorong peserta majlis lelong menaikkan lagi harga. Sedangkan apa yang dikatakan adalah dirancang dengan pihak penjual."

Jadi adakah method yang sama juga dilarang kepada agen affiliate yang mereview atau mempromosikan sesuatu produk, sedangkan dia sendiri (agen affiliate itu) tidak membeli produk yang dipromosikannya itu; samada, ada atau tiada unsur dirancang bersama si penjual (pemilik produk)?

Dan jika memang dilarang cara sebegitu, adakah dibolehkan jika seseorang itu mengiklankan affiliatenya dengan hanya promosikannya tanpa ada unsur-unsur tambahan seperti mereview semacam dia sendiri sudah membelinya (walhal, sedangkan tidak)? Sebagai contoh, ajak visitor klik link tertentu pada banner yang diiklankan, dan jika visitor itu berminat, beli dengan link affiliatenya.

Harap sangat-sangat agar dapat makluman daripada Ustaz berkenaan soal ini.
Quote
0 #18 Hukum lelong di ebayhatta 2009-05-27 19:59
Assalamualaikum ustaz,
terima kasih di atas penerangan ustaz. Dari apa yang saya faham dari artikel ustaz, ini bermakna saya bOLEH MENJUAL barang di ebay kerana ia adalah di luar kuasa saya bahawa pembeli membayar menggunakan PayPal atau kad kredit konvensional dan saya TIDAK BOLEH MEMBELI barang dari e Bay kerana cara pembayarannya adalah haram.
Adakah betul apa yang saya faham ini ustaz?Boleh tolong ulas?

terima kasih
Quote
0 #17 hukum Wemmazam 2009-05-27 06:17
8) Salam ustaz dan semua.
Saya adalah seorang 'pengebay'.terima kasih atas info oleh ustad.saya ada 2 soalan :
1.jika kita keluarkan duit paypal melalui kad debit yang dikeluarkan oleh bank konvensional macamana?kad ini tak dikenakan apa2 cas ataupun faedah (kalu salah bagitau)tlg jelaskan..
2.apa hukum join WEMMA ni saya tengok dah ramai join dan dapat banyak duit darinya..
wassalam..thanks
Quote
0 #16 mssham 2009-04-24 00:17
Terima kasih ustaz kerana persoalan berkenaan dgn ebay dan swoopo yg bermain di kepala akhirnya terlerai.

Namun, saya amat tertarik dengan soalan En Herry. Ini kerana saya telah lama terlibat dengan urusan pembelian tender dokumen dgn pihak kerajaan yg pada hemat saya sama seperti mencuba nasib.

Dokumen dibeli sekian harga. Jika saya menang, maka projek itu saya dpt. Jika saya gagal alamat wang pembelian dokumen hangus begitu sahaja.
Terima kasih
Quote
+3 #15 Vemma - MLMHanie 2009-04-23 18:56
Salam. Baru mencuba menyertai MLM (Vemma) tapi hati saya tak tenang, entah kenapa terlalu tidak tenang sedangkan `wang besar' sudah di depan mata. Istikharah & solat hajat, minta Allah tunjuk sbb Dia Maha Mengetahui. Satu hari, saya melayari internet & tiba2 tergerak menaip `Zaharuddin' di yahoo search. Saya baca penerangan ustaz tentang MLM. Hati makin gelisah, dlm masa yg sama duit sudah nak masuk. Saya pulang awal dari kerja, kaki tergerak ke kedai buku MPH. Buku pertama yg saya nampak adalah buku Ustaz Zaharuddin di pintu masuk MPH, terkandung isi yg sama tentang MLM. Hati saya dah berdetik. Kaki saya melangkah sendiri ke satu sudut, saya berdiri di satu rak buku dan amat menyedihkan, di hadapan saya sekali lagi saya `dinampakkan' dengan buku Ustaz Zaharuddin yg berbahasa Inggeris! Subhanallah, Maha Suci Allah.. inilah petunjuk yg saya nanti2kan.. 3 kali Allah tunjukkan.. tunggu apa lagi. Saya keluar dari situ & terus membatalkan keahlian saya & batalkan segala pesanan & bonus saya... satu keputusan yg amat berat utk saya buat sbb ia melibatkan ramai downlines yg mengharap pada saya... Tapi saya yakin, Allah akan gantikannya dgn rezeki yg lebih baik, lebih bersih.. ataupun dlm doa saya, gantikanlah peluang keemasan saya itu dgn Iman & Islam.. itu sudah memadai.. Amin.
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Ruangan Iklan










RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 39 guests
You are here: Pelaburan & Perniagaan Hukum Jual Beli Lelong di Ebay & Swoopo