Terkini : Hukum ASB dan ASN
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Hari ini saya menerima satu email yang mengandungi satu attachemnet surat dari Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia kepada Setiausaha, Majlis Penasihat Syariah salah sebuah Bank Islam di Malaysia berkenaan hukum Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).
Apa yang jelas, telah saya sebutkan sebelum ini berkali-kali, walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Namun kaedah dan implementasi ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia.
Tatkala itu, bolehlah dianggap terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan hukum ASB dan ASN antara dua badan pengeluar hukum yang terbesar di Malaysia. Bagi mereka yang ingin lebih berhati-hati dan menjamin tidak terjebak di dalam yang haram, kerana harta akan menjadi darah daging diri dan ahli keluarga. Saya menyarankan agar melihat dengan lebih teliti keahlian ahli-ahli fatwa dari kedua-dua badan terbabit.
Jika di tanya kepada pendapat peribadi saya, saya lebih cenderung kepada pendapat Majlis Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam hal ini setelah melihat kepada panduan yang diletakkan mereka bagi mengiktiraf sesebuah Amanah Saham yang patuh atau tidak patuh Syariah.
Anda mungkin berkata,
"SAYA TIDAK PEDULI, ASALKAN MAJLIS FATWA LULUSKAN, SAYA AKAN BERPEGANG DENGANNYA KERANA MEREKA YANG TANGGUNG DI AKHIRAT"
Ulasan saya, Allah swt memberikan kita aqal untuk memerhati dan meneliti pandangan kedua-dua badan besar ini setakat kemampuan yang ada, berfikirlah. JIia benar-benar setelah membaca hujjah kedua-dua pihak, lalu anda yakin dengan salah satu antaranya. Anda telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik. Namun jika, sambil malas dan ingin mengambil mudah, lalu terus berpegang dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, tanpa mengendahkan hujah Majlis SYariah Suruhanjaya Sekuriti. Tatkala itu, individu tersebut tidak berada dalam situasi yang sepatutnya.
Perlu difahami bahawa Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dianggotai oleh individu yang sememangnya specialist dan berpengalaman di dalam bidang muamalat dan kewangan Islam. Untuk melihat senarai ahlinya, sila buka di sini
Berikut adalah salinan suratnya, saya telah memadam nama bank Islam yang ditujukan surat ini, kerana apa yang penting adalah isi kandungan surat.

Hasil daripada surat ini, Suruhanjaya Sekuriti kelihatan TIDAK MEMBENARKAN bank-bank Islam di Malaysia memberikan pembiayaan tunai kepada pelanggan yang ingin menyertai ASB dan ASN.
Berikut adalah tulisan-tulisan saya yang lalu berkenaan ASB dan ASN. Dan Kita masih mengharap pihak ASB dan ASN mengambil inisiatif lebih tulen untuk melayakkan mereka digelar patuh syariah oleh Majlis Syariah SC, Malaysia.
2) Tak Puas Hati Berkenaan Hukum ASB
3) Majlis Fatwa kata ASB Harus : Ulasan UZAR
Sejurus mereka mengubah kaedah pelaburan mereka dan diluluskan oleh Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Di ketka itu, semua artikel-artikel saya berkaitan ASB tidak lagi terpakai tentunya.
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
16 Feb 2009
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Untung affiliate marketing ni ialah komisyen dari produk yang dijual. Macam komisyen jurujual kereta. Jadi sepatutnya tiada masalah.
*ini gambaran saya tentang affiliate marketing. tolong betulkan jika saya tersilap.
Mohon bantuan Ustaz. Saya mempunyai pelaburan dlm ASB dan pelaburan dibuat oleh ayah saya sejak saya di sek menengah lagi.
Kini, buku pelaburan diberikan kpd saya. Atas kesedaran ttg status ASB, saya ingin do something ke atas hasil keuntungan tersebut.
So, what should i do Ustaz?
Jzkk
Could not open the links that u provide in most of your articles. is there any particular reason?
I am interested to know the panelists of SC syariah council. could u give me the source where i can obtain it.
TQ.
i think utusan malaysia should be the last medium you should refer to for a reliable source of news or information, trustable even.
try minta PNB declare institusi2 yg menjadi destinasi pelaburan mereka secara jelas. kalau diorang ni berani la~
Kawan saya mengatakan melabur di ASB adalah sama dengan
"seorang penjual babi membeli barang dengan kita. kita tahu dia penjual babi, tp kita still boleh berurusan dgnnya.."
jadi,dia kata melabur di asb tu, kita boleh laa..sebab kita tak payah amik tahu urusan asb itu.
macammana tu ustaz?
Saya memohon jasa baik ustaz untuk hyperlink kembali link-link yang ustaz pamerkan bagi artikel ASB ini. kebanyakannya sudah tidak direct to the referred website.
Saya amat memerlukannya untuk menjelaskan kepada rakan yang menyertai ASB. Andai Haram, maka kasihan mereka yang menyertai ASB ini. Semoga lembut hati rakan saya untuk mendengar nasihat.
utusan.com.my/.../...
terlebih dahulu terima kasih dengan penerangan uzar.
saya telah menghentikan perlaburan ASB saya, dari simpanan saya pihak bank kata saya akan mendapat rm950 hasil tolak2(saya kurang faham), bolehkah saya menggunakan duit tersebut atau kena zakat?
Terima kasih uzar.
Sebagai sahabat suadara sesama Islam, saya terpanggil dan merasakan ianya satu kewajipan bagi pihak saya yang berkerja sepenuh masa sebagai perunding pelaburan Islamik untuk berkongsi maklumat berhubung dengan kaeadah alternatif kepada pelaburan ASB & ASN iaitu alternatif pelaburan dana unit amanah berlandaskan syariah..Alternatif pelaburan dana unit amanah berlandaskan syariah.yang saya maksudkan ialah CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund. Dana unit amanah Islamik ini diikitaf dan disahkan status pematuhan syariah oleh PenasihatPenasi hat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Jestu itu marilah kita berhijrah, pilihan sudah di depan mata kita.
Hubungi saya Zainuddin 017-2015657 untuk membantu anda memulakan pelaburan saham amanah berasaskan pematuhan shariah,
Sebagai sahabat suadara sesama Islam, saya terpanggil dan merasakan ianya satu kewajipan bagi pihak saya yang berkerja sepenuh masa sebagai perunding pelaburan Islamik untuk berkongsi maklumat berhubung dengan kaeadah alternatif kepada pelaburan ASB & ASN iaitu alternatif pelaburan dana unit amanah berlandaskan syariah..Alternatif pelaburan dana unit amanah berlandaskan syariah.yang saya maksudkan ialah CIMB Islamic DALI Equity Growth Fund. Dana unit amanah Islamik ini diikitaf dan disahkan status pematuhan syariah oleh PenasihatPenasi hat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Kenapa bg 2 pilihan je? Cari pilihan bank Muslim dan syariah complience.
bolehkah duit ASB yg saya simpan digunakan untuk membyr hutng PTPTN?? atau pun lebih baik saya hanya mengeluarkannya dan masukkan ke akaun tabung Haji sahaja.?? Harap mendapat jawapan ustaz
Ia haram kerana tempat pelaburannya adalah di syarikat-syarikat yang telibat dengan perjudian, arak dan maksiat. PM ada menyediakan dana Islam yang InsyaAllah patuh Syariah dan keuntungannya pun lebih baik dari AS* tu
Beza yang utama ialah ASB dapat dividen tahunan sbg keuntungan dan PM dapat keuntungan dividen dan pertumbuhan modal. Satu lagi Pm ada menyediakan dana islam yang patuh syariah diselia oleh majlis syariah suruhanjaya sekuriti. InsyaAllah halal.
Baru-baru ini saya telah menonton sebuah rancangan wawancara bersama CEO PNB di TV1 sempena Minggu Amanah Saham...Dalam perbincangan ini hos rancangan itu mengatakan dia telah mendapat pengesahan drpd pegawai Majlis Agama Islam Pahang berhubung status anak-anak syarikat PNB..Anak-anak syarikat PNB ini telah menubuhkan panel-panel syariah mereka..Mohon UZAR dapat menjelaskan status terkini patuh syariah PNB dan Amanah Saham dari sudut syarak...Baarakallau fik
saya nak tnya mengenai pelaburan bimb investment,adak ah ianya berlandas dgn hukum syariah atau sebaliknye...dan satu lagi mengenai pelaburan emas d bwm cimb bank,,,adkah berlandas syariah atau bertentengan??
saya naktahu pelaburan dibwh bimb invesment apakah ia mengikut hukum syariah atau sebaliknya. Saya juga nak ustaz tolong jelaskan mengenai pelaburan Emas dibawah cimb apakah ia juga melanggar hukum muamalat dalam islam...???
Link dah xboleh click UZAR... outdated ke?
1) Perbincangan Hukum ASB
2) Tak Puas Hati Berkenaan Hukum ASB
3) Majlis Fatwa kata ASB Harus : Ulasan UZAR
Wassalam
RSS feed for comments to this post