Pelaburan & Perniagaan Status Hukum Sijil Simpanan Premium

Status Hukum Sijil Simpanan Premium

  • PDF
(17 votes, average 4.76 out of 5)

Ulasan Hukum Sijil Simpanan Premium

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

ssp.jpg

 

Hukum sijil simpanan premium telah lama ditanya kepada saya. Sekitar tahun 2006 saya pernah memberikan respon ringkas namun tidak mempunyai kata putus disebabkan kekurangan informasi.

Dari masa ke semasa saya masih sesekali meninjau perkembangan Sijil Simpanan Premium ini. Sebagai yang pernah saya sebutkan di dalam ulasan sebelum ini, beberapa perkara perlu dilihat untuk menentukan status hukum bagi Sijil Simpanan Premium, iaitu :-

  • Wang terkumpul hasil simpanan orang ramai, ke mana dilaburkan? Dan siapa yang memantau?
  • Apakah kontrak yang digunakan antara penyimpan dan pihak BSN ? Adakah wadiah, mudarabah atau Qard?
  • Hadiah yang ditawarkan melalui cabutan adakah ia judi ?
  • Adakah produk Sijil Simpanan Premium ini diletakkan di bawah BSN Islamic Bank dan telah mendapat pengesahan Majlis Shariahnya?

Tanpa maklumat yang mencukupi, kesemua empat perkara tersbeut di atas tidak akan dapat disemak dengan adil lagi tepat. Hasilnya saya gagal memberikan sebarang pandangan berkenaan statusnya.

PERKEMBANGAN

Namun demikian, pada awal tahun 2008, saya bertemu dengan seorang bekas Pegawai BSN Islamic Banking di Pesta Buku Antarabangsa, ketika itulah saya mula mendapat lebih banyak maklumat dari bekas orang dalam BSN sendiri. Beberapa persoalan yang kabur sebelum ini telah terjawab. Tatkala itu status hukum untuk SSP yang mampu saya rumuskan adalah, ia adalah tidak patuh Shariah atau dalam kata lainnya, ia haram kerana wang yang terkumpul dilaburkan secara halal dan haram tanpa sebarang pemantauan. Saya juga dimaklumkan tiada sebarang kontrak jelas antara penyimpan dan BSN, serta produk ini tidak disahkan oleh Majlis Syariah BSN Islamic.

Namun demikian, saya masih sukar untuk menulis apa-apa secara terbuka kerana kebanyakan maklumat adalah secara verbal tanpa bertulis.

Sehinggalah Julai 2009 ini, satu Seminar Kewangan Islam akan dianjurkan oleh USIM. Saya turt menyumbang satu kertas kerja untuk pembentangannya pada 16 Julai 2009, namun kemungkinan besar saya tidak dapat hadir. Cuma sewaktu meneliti tajuk-tajuk pelbagai kertas kerja para pembentang saya terlihat satu tajuk yang berkaitan iaitu :-

"The Issue of Gambling in Premium Savings Certificate (Sijil Simpanan Premium) of Bank Simpanan Nasional in Malaysia: An analysis from the Shari'ah perspective"

Saya dengan segera menghantar email kepada penulisa dan pembenatnag yang juga merupakan Pengerusi Majlis Penshaiat Syariah BSN Islamic.

Dan berikut adalah petikan email beliau kepada saya memberitahu hasil kajiannya :-

Sebenar ada berberapa isu Syariah berkaitan SSP antaranya:

  • 1- Persoalan sama ada SSP ada unsur perjudian, tetapi berdasarkan operasi SSP, tiada judi.
  • 2- Qard, kerana dari segi perundangan, akaun SSP adalah satu qard daripada BSN, so BSN tak boleh janji sebarang hadiah kerana "Kullu qardin jara naffan fahua riba".
  • 3- Investment, diurus secara konvensional, bercampur-aduk riba dan non-riba. Lagi pun BSN sendiri dari segi pentadbiran dan akaun memang menganggap SSP sebagai produk konvensional.

Solutionnya ialah mengikut apa yang dilaksanakan oleh Bank Islam, kerana kebetulan yang design "SSP-i" asalnya staff BSN, kemudian berpindah ke Bank Islam.

Bagi sesiapa yang inginkan perbincangan dan perdebatan lanjut berkenaan hal ini, hadirlah ke pembentangan kertas kerja tersebut di persidangan ini .

 

KESIMPULAN

Jika demikian, hasil kajian beliau adalah sama dengan hasil kajian awal saya cuma tidak mampu saya coretkan secara bertulis kerana ketiadaan autoriti dan bukti bertulis.

Saya bersetuju bahawa hadiah kereta dan sebagainya yang diberi melalui cabutan nombor sijil yang dipegang oleh penyimpan adalah bukan judi. Ia jelas kerana pihak penyimpan tidak mengalami sebarang kerugian walau tidak terpilih. Justeru ia bukan judi yang sifatnya mendedahkan peserta kepada rugi jika tidak terpilih, untung jika menang. Hal itu tiada dalam sistem cabutan SSP.

Saya juga bersetuju bahawa kontrak di antara BSN dan penyimpan adalah qard atau pinjaman, Justeru, sebarang hadiah atau dividen yang dijanjikan oleh BSN (jika ada) adalah riba berdasarkan hadis dan ijma ulama.

Saya juga bersetuju bahwa apabila wang terkumpul disalurkan kepada pelaburan bercampur halala hdan haram, ia sama sekali TIDAK PATUH Shariah YANG TIDAK BOLEH disertai oleh mana-mana orang Islam.

Justeru itu, apakah hukum Sijil Simpanan Premium BSN ?

Saya difahamkan pihak BSN Islamic sedang bertungkus lumus memperbaiki system sedia ada SSP kepada cara dan keadah Islam. Sementara belum wujudnya produk SSP Islam, menyertai SSP yang sedia ada adalah sama seperti menyimpan di dalam sebuah akaun riba di mana-mana bank konvensional. Hukumnya juga adalah sama, iaitu haram, menyertainya juga haram.

Majlis Syariah BSN Islamic juga tidak memberikan sebarang pengesahan patuh Shariah kepada produk SSP ini. Saya juga difahamkan bahawa pihak JAKIM juga telah dimaklumkan berkenaan hal ini dan mereka sedang melakukan tindakan yang sewajarnya untuk menanganinya.

 

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

07 Julai 2009

 

 

 

 

 

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #35 Msintan 2012-04-02 12:15
Salam ustaz,

saya juga mohon komen terkini ustaz berkenaan SSP ini. Berdasarkan sijil yg ada pada saya bertarikh 10/02/2012, "urusniaga dikendalikan mengikut prinsip Al-mudharabah dgn nisbah perkongsian keuntungan 2:98 (pelanggan:bank )" Adakah ini bermakna pihak BSN Islamic telah memperbaiki system SSP sebelum ini kepada cara dan keadah Islam?

TQ
Quote
+2 #34 enhbj 2012-03-05 16:07
assalamualaikum ...

mohon komen terbaru ustaz mengenai fatwa terkini majlis fatwa kebangsaan berkaitan SSP pada februari 2012 yg lalu. terima kasih.

wassalam..
Quote
0 #33 En.Ridzuan Zukifly 2012-02-08 21:48
.....ustaz...macam mana status terkini ...berkenaan SSP BSN. Moga Ustaz dapat huraikan. JZKK.
Quote
0 #32 persoalanstudent 2011-09-20 00:01
salam alaik Ustaz. sy pnh dpt hdiah SSP hsil kptsan UPSR pd taun 2001. ape komen ustaz?
Quote
0 #31 persoalanstudent 2011-09-19 23:52
salam alaik.. sy pernah dpt hdiah SSP hsil kptusan UPSR sy pd tahun 2001. shingga skrg sy msih menyimpan sijil tersebut.. bgmn status sy? :sad:
Quote
0 #30 Kini SSP Halal atau Haramrazalidarus 2011-08-06 08:47
.....ustaz...macam mane hukum terkini ...berkenaan SSP BSN..adakah halal atau haram ??? :lol:
Quote
0 #29 info sspzam 2011-06-25 10:22
sudah jumpa matlumat yang saya nak. terima kasih.
Quote
+2 #28 pelaburanzaidi bin rahman 2010-10-26 11:31
assalamualaikum ustaz

saya ingin melabur dalam Fixed Return Investment Account-i (FRIA-i) - Monthly Returns yang dikeluarkan oleh CIMBISLAMIC tetapi saya masih ragu tahap patuh syariah produk tersebut.

apa pandangan ustaz boleh ke saya melabur dalam produk tersebut?

UZAR : Ia menggunakan konsep commodity murabahah, produk tu dah disahkan oleh majlis shariah CIMb Islamic dan Bank Neara Malaysia. Jika org awam nak guna maka boleh tatpi kalau rasa ragu, pergilah ke bank2 islam yang lain.
Quote
0 #27 hukum ribaBAIHAQI 2010-08-18 15:58
yang haram jelas, yang halal pun jelas.. jangan ikut majlis fatwa la kalo org dalam bsn yang bgtau mcm tu.. kita dah tau ssp bukan ikut sistem islamic.. jual ja.. ambik duit sedara balik..
Quote
0 #26 Sijil Simpanan Premiummohd hanifuddin 2010-07-18 16:57
Ana terbaca soal jawab agama:

Mesyuarat majlis fatwa kebangsaan pada 26-27 September 2007 memutuskan bahawa Sijil Simpanan Premium ? BSN diharuskan.
Oleh itu, hadiah yang ditawarkan juga dihukumkan harus untuk mengambilnya. Wallahu ?alam..

Minta ust beri pandangan
Quote
+1 #25 tahniah kepada BSNanak_perelih 2010-06-04 18:28
tahniah kepada BSN kerana berusaha utk mengubah kepada syariah compliant... walaupun lambat or tertangguh..
Quote
0 #24 TQabdullahbinomar 2010-02-18 04:46
alhamdulillah.
Semoga yang terlibat dapat menerimanya pendapat tersebut dengan hati yang terbuka.
Quote
0 #23 my imankamarul 2009-11-11 00:07
memanglah tidak wajar,.....

mmm......memang betul kata yah saya bahawa program ini memang ada kaitan dengan riba, nasib baik belum buat....

itulah kita mesti bertanya dulu kepada mana ustaz @ org yang lebih arif mengenai agama baru betul2 selamat...

izinkan saya membentangkan laman blog perjuangan HIKMATUN (dakwah) di sini :

hikmatun.wordpress.com/

silalah lawatinya supaya anda megetahui labih mendalam apa yang berlaku di luar mahupun dalam negara ini, dan banyak maklumat2 yang ingin kami kongsikan kepada anda di luar sana...mari kita tingkatkan iman dan taqwa kita supaya menjadi lebih baik dari semasa ke semasa......salam.
Quote
0 #22 mendapat hadiah sspshadiah 2009-08-18 20:20
salam ustaz...apakah yg perlu sy lakukan terhadap hadiah yg telah sy dapat baru2 ini,sy telah mendapat rm100=100 unit saham,jd sekitanya sy mahu mengeluarkan sumepe laburan sy pd ssp apakah yg sy buat pd baki hadiah tersebut?
Quote
+4 #21 Sedarlah Saudara2 ku.....Bekas Pelaksana SSP 2009-07-28 20:50
Asslamualaikum,

Izinkan saya memperkenalkan diri (walaupun saya tidak menyatakan nama). Saya merupakan bekas salah seorang kakitangan BSN yang mempunyai kaitan langsung dengan Produk SSP.

Dengan erti kata lain saya terlibat didalam pembangunan dan merupakan salah seorang yang melaksanakan proses cabutan SSP sebelum ini.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa 'hukum cabutan SSP adalah Harus' tapi ini perlu diperhalusi lagi...

Kalau 'tak ada angin, masakan pokok bergoyang'. Renung sejenak...kenapa sekarang pihak JAKIM menyeru agar SSP ini dikaji balik. Cuba fikirkan mengenai pelaburannya. Secara terang adalah secara konvensional, kalau sudah konvensional dah tentu berkaitan dengan faedah (interest), 'interest' ini Halal ke Haram?.

Tuan/Puan tepuk dada tanya selera.

Saya merupakan bekas 'orang dalam' yang mempunyai pengalaman lebih dari 14 tahun dengan produk ini. Saya berani jamin (bukan niat untuk bangga diri),di cawangan2 BSN maklumat secara terperinci jika ditanya tuan/puan tidak akan dapat meperolehi jawapannya.

Sebab, tidak semuanya orang tahu perjalanan disebalik SSP. Selain dari saya, terdapat 2-3 orang lagi rakan saya (masih berkhidmat) yang benar2 faham sistem dan operasi SSP ini secara mendalam. Itu pun hanya di Ibupejabat.

Saya dah tinggalkan SSP serta BSN. Oleh itu...saya menyeru Saudara2 sekelian agar hindarilah perkara-perkara yang berasaskan RIBA'.

Sebagai bukti kepada apa yang saya katakan...(kalau Saudara2 masih tidak percaya), tanyalah rakan2 di BSN atau lebih tepat lagi Jabatan Perbankan Islam BSN (SPI), adakah mereka sekarang ini sedang bertungkus lumus untuk membetulkan SSP ini dengan memperkenalkan produk baru yang sama macam SSP tapi berasaskan syariah??? dan apa arahan atau gesaan pihak JAKIM kepada mereka sekarang ini???..... :-) 'tak ada angin, masakan pokok bergoyang'.

Sekian, Wasalam.


UZAR : Jutaan terima kasih atas maklumat yang diberi. sangat berguna dan jika sdr memberi nama sdr, ia lebih berautoriti dan lebih kuat untuk menyelamatkan orang ramai. Apapun, terima kasih.
Quote
0 #20 slamat..encik naruto 2009-07-26 16:17
alhamdllh nasb dh kluarkn smua duit dr ssp sblm dpt divdn n hadiah apa2..tp y heran nya mcm mn dlm portal mjls fatwa SSP harus n ms nk kluarkn smua duit plburan pn staff dia ttp nk ykinkn SSP halal..labu2..
Quote
0 #19 Mabruk 'alaik ya Ustaz...SSP-i 2009-07-23 08:12
Harap kepada semua pemegang sijil SSP tepuk dada tanya IMAN... ;-)
Quote
+1 #18 sspazrul nizam bin zahari 2009-07-21 07:19
hrni 20/7 soo dah lepas tarikh 16/7/09... apa keputusan sp sekarang... harap benda yang baik boleh di umumkan dengan cepat agar hati tidak gundah gelisah.

UZAR : Konferen tu bukan bincang, tetapi pembentangan hasil kajian, keputusan dah ada sejak awal lagi dan apa yang dipaprkan di artikel di atas adalah keputusannya, ia diberitahu kepada saya oleh pengkaji dan pembentangnya sendiri.
Quote
0 #17 Hasil Seminar SSP BSN - 16 Julaipauzi 2009-07-20 22:46
Assm Utd,

Ada apa-apa perkembangan lanjut hasil dari persidangan yang diadakan pada 16hb Julai yang lalu?
Quote
0 #16 savingAZRUL 2009-07-20 06:39
nak menyimpan secara islamik byk cara,,,, untuk long term seperti saving dalam takaful.... sambil derma dan bantu membantu,,,0199454213
Quote
0 #15 DrsSapawi Che Mat 2009-07-18 06:25
bahawa kontrak di antara BSN dan penyimpan adalah qard atau pinjaman :-?
Tahun 80an saya pernah beli sijil BSN, tak lama saya jual kerana saya rasa semacam penipuan. Setelah saya baca informasi drpd ustaz, makin saya rasa tertipu kerana pihak BSN tak pernah beritahu pelanggan bahawa itu adalah qard atau pinjaman. Wajarkah individu beri pinjam kepada bank ?.
Quote
+1 #14 kesalZARIP 2009-07-13 21:48
Kenapalah begini jadinya pula.kita mengharapkan redha ilahi dan kami y serba daif ini memerlukan jwpan oleh mereka2 y kononya lebih berpengetahuan dari kami.

kalau majlis mufti2 sendiri boleh buat silap y agak besar sebegini pada siapalah lg kami nie nakharapkan.mmg aqal diberikan dan kesilapan boleh berlaku pada sesiapa tetapi pengajaran dan pembetulan siapa y tahu dan mahu shj y akan berubah.tetapi jika tidak dihebahkan maknaya kita semua bersubahat utk megheret umat2n islam dalam malaysia ini utk menjadi lebih sesat dan ini sesuatu y tidak patut berlaku...nauzubillah


UZAR : majlsi mufti juga manusia, malah Majlis Fiqh antarabangsa juga pernah berbuat fatwa, kemudian mengubah fatwa tersebut dalam persidangannya yang terkemudian kerana hasil kajian lanjut, baru mereka menyedari hukum sebenar. Ia perkara biasa bagi manusia. Dan Allah mengampunkan atas kesilapan fatwa yang tidak disengajakan setelah usaha dilakukan.
Quote
+1 #13 banyak akaun perbankan islamic skrgayim81 2009-07-13 18:47
Skrg byk akaun simpanan islamik,
yang menggunakan konsep mudharabah,
yang keuntungannya melebihi akaun wadiah.. ok
Quote
0 #12 kedudukanBasicCX 2009-07-12 16:08
Yang telah dilaburkan sehingga saudara mengetahui tentang kedudukan sebenar hal ini adalah halal bagi saudara dan yang selebihnya selepas itu diragukan.
Quote
+1 #11 nak menyimpan??leenassah 2009-07-11 07:58
simpan la dalam syariah unit trust...berlambak ada sekarang ni...confirm halal n keuntungan melabihi SSP
Quote
0 #10 ssp di lulus mufti-muftiamal 2009-07-11 00:45
saya rasa apabila Majlis Fatwa Kebangsaan telah meluluskan SSP ini maka kita sbg orang biasa tak lah berdosa menyertainya.. kalau tak percaya keputusan mufti-mufti nak percaya siapa lagi?
Quote
0 #9 alamak ustaz...shida 2009-07-10 23:40
assalamualaikum ustaz... saya hampir terkejut baca artikel ini, sebab saya ada SSP ni, tapi saya buat dengan niat untuk menyimpan, bukan untuk dapatkan hadiah. Saya simpan di ssp supaya saya tak terusik duit tu untuk perbelanjaan harian dan lain2.

Ustaz ada cadangan tak kat mana kita boleh simpan duit yang kita tak nak guna untuk satu temppoh masa. kalau dalam akaun bank, sama jugak kan, saving akaun semua ada dividen n interest. biasanya saya akan guna duit ssp saya di akhir tahun sebab bisnes saya memang trend nya 3 bulan terakhir tu agak rendah sale nye.. dengan ssp saya tulah saya cover mana2 yang tak cukup... kalau ada cara lain... simpan suit takde riba ni....
Quote
0 #8 minta kepastianabdul rahman 2009-07-10 07:18
assalamu'alaikum ust,
ust saya minta maaf sebab keluar tajuk, saya nak tanya pasal status sesebuah tempat yang telah diwaqafkan kpd orang ramai utk ditunaikn sembahyang tak kiralah apa2 pun namanya(surau,m asjid,musolla,j ami',madrosah dll) adakah tempat2 yang diwaqafkan tu boleh kita tunaikn solat tahiyyatul masjid dan boleh niat i'tikaf?? sebab saya ada dgr seorang ust cakap macam tu... minta kepastian, terima kasih ust....

UZAR : masjid adalah tempat yang didiriakn solat jumaat dan mempunyai fungsi khas sebagai tempat solat. di situ baru boleh tahiyyatul masjid
Quote
0 #7 HAI-Oaiman 2009-07-10 07:03
bagaimana pula dengan HAI-O harap dpat ustaz jelaskan, ana rasa sistem yang group 369 gunakan sama ajae macam skim pak man telo . Di barat dipanggil ponzi system ( tak silap telah diperkenalkan dlm tahun 1928 ) oleh seoranag bangsa itali.

tk
Quote
+1 #6 SSP DILULUS MUFTI MUFTIDAMAK 2009-07-09 15:45
salam ust , soalan saya - apabila Majlis Fatwa telah meluluskan SSP ni pada sidangnya 26-27 Sep 2007 saya telah membeli SSP ini kerana saya sangat mempercayai kreabiliti Majlis Fatwa Kebangsaan dalam bab riba dan halal haram. Siapa lagi saya nak ikut bab hukum hakam ni melainkan Majlis Fatwa. Jadi adakah saya masih dikira terlibat riba? masih berdosa setelah saya membeli SSP sebaik saja keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan telah meluluskannya.

UZAR : SSP memang telah dilulus oleh mereka, tetapi hasil kajian Majlis Shariah BSN sendiri (yang mana mereka mempunyai lebih maklumat baru dan detail), menyatakan SSP adalah haram. dan hal ini telah diberitahu kepada panel kajian hukum syariah JAKIM, mereka telah berbincang dan keputusannya mereka tidak mahu menghebahkan kepada umum krn bimbang nama Majlis Fatwa rosak dan orang awam kelam kabut, justeru mereka sedang berusaha membuat pembaik pulihan secara internal, tertutup namun mereka sedang hadapi beberapa masalah undang-undang menyebabkan perubahan tertangguh.

Kita memang boleh lepas tanggungjawab kpd majlis fatwa dalam hal ini, namun Allah bagi kita aqal, sekali kita sudah tahu fatwanya outdated atau kurang dan tersilap maklumat, TIADA LAGI harus untuk kita berpegang dengannya.
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 89 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Pelaburan & Perniagaan Status Hukum Sijil Simpanan Premium