Perbankan & Insuran Wujudkah Pinjaman Peribadi Secara Islam Yang Halal?

Wujudkah Pinjaman Peribadi Secara Islam Yang Halal?

  • PDF
(22 votes, average 4.64 out of 5)

PINJAMAN PERIBADI DALAM ISLAM?

 

Salam.

Wujudkah pinjaman peribadi yang mengikut syarak? Jika wujud, bagaimana untuk mengenali pinjaman peribadi yang halal? Apakah syarat-syaratnya?

Terima kasih.

JAWAPAN :

salam,

Ye wujud, tapi ia tidak dinamakan pinjaman peribadim sebaliknya "pembiayaan peribadi" kerana ia melibatkan proses aqad jual beli atau sewa dan bukannay pinjam meminjam.

Antara bentuknya, cuba buka web dubai islamic bank ini  http://www.alislami.co.ae/en/personalbanking_Ijarahservices.htm

Inilah bentuk pembiayaan peribadi terbaik menurut Shariah, iaitu ia menggunakan konsep berbeza, Ijarah (sewa), Murabahah dan lain-lain aqad yang specific menurut keperluan pelanggan, sebagai contoh, apabila pelangga ingin duit untuk bayar yuran univeristinya, maka pihka bank akan menyewa dari univeristi seat di univ dan menyewakan kepada anda. Atau contoh lain, anda ingin buat majlis kahwin di hotel, tapi budjet tak cukup, maka pergi ke bank, pihak bank akan sewa ball room itu, then bank akan sewakan kepada anda pula dengan harga yang berlainan ( iaitu campur untung untuk bank).

Tapi ia memerlukan pelanggan bersikap telus dan memberitahu tujuan diperlukan ‘cash' atau duit itu. Dengan cara ini, pihak Bank Islam dapat emmantau semua wang yang keluar untuk pembiayaan peribadi digunakan untuk tujuan yang menepati Sharaih sahaja.

Adapun, jika ia dirahsiakan, maka pihak bank tidak boleh membiayainya dengan cara di atas sebaliknya terpaksa menggunakan cara yang sedikit kontreversi (kerana terdapa perbezaan pandangan ulama tentangnya) di kalangan Ulama Shariah, iaitu dengan menggunakan kaedah, Bai Inah atau Bai At-Tawarruq. Tidak sempat pula saya ingin terangkan flow konsep ini di sini.

Bagaimana nak kenalinya ? ; mudah sahaja..semua Pembiayaan Peribadi secara islam mestilah di tulis 'i' iaitu huruf i kecil di nama produknya, untuk memaklumkan bahawa ia adalah produk secara Islam. Atau lebih, mudah, di highlightkan ia adalah pembiyaan secara Islam dan organisasi itu mempunyai Penasihat Shariahnya sendiri.

sekian

uzar

15 Jan 07

25 Zulhijjah 1427 H



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 7 guests

Komen Terbaru

You are here: Perbankan & Insuran Wujudkah Pinjaman Peribadi Secara Islam Yang Halal?