Perbankan & Insuran Denda Lewat Bayar Di Bank Islam Riba?

Denda Lewat Bayar Di Bank Islam Riba?

  • PDF
(8 votes, average 4.38 out of 5)

Denda Lambat Bayar Di Bank

Islam Macam Konvensional?

Soalan :

Bolehkah ustaz jelaskan adakah apabila kita mengmbil pembiayaan secara islam dari bank-bank Islam, kemudian kita terlewat bayar kita dikenakan denda juga ? adakah ini tidak dikira Riba? Tolong jelaskan dengan sejelas-jelasnya. Dan jika ada cara tertentu, siapakah yang memantau pembahagiannya?

Jawapan

Telah saya sebutkan di web saya in juga dahulu  bahawa di dalam praktis perbankan Islam yang mengenakan sejumlah wang sebagai denda itu sebenarnya adalah di anggap bayaran kos rugi (ta'widh atau ‘compensation') yang dihadapi oleh Bank akibat pelanggan tidak membayar hutangnya kepada bank dalam waktu yang telah dijanjikan, pembaca perlu membezakan bayaran ganti rugi yang dikenakan oleh Bank-bank Islam dengan penalti oleh Bank Konvensional.

Ganti rugi atau compensation yang di kenakan oleh Bank Islam adalah terhasil dari proses jual beli dengan byaraan ansuran yang dijanjikan pada waktunya. Manakala penalti Bank Konvensional adalah hasil dari kontrak pinjaman semata-mata.

Menurut sebahagian ulama seperti Syeikh Mustafa Az-Zarqa, Syeikh Muhammad Sadiq Ad-Dharir, Sheikh Abdullah Bin Mani', Majlis Penasihat Shariah Bank islam Jordan, dan Fatwa Persidangan dallah Al-Barakah (Dr. Muhyidin Al-Qurra Daghi, Musykilat ad-Duyun al-Mutaakhirat, International Shariah Dialogue, BNM, 8 Nov 2006),

Menurut mereka keharusan ini berdasarkan ‘Maslahat Mursalat' dan tindakan mengenakan gantirugi ini adalah harus bagi menyekat orang ramai mempermainkan bank-bank Islam dengan sengaja tidak membayar atau melewatkan bayaran walaupun diketika mempunyai wang, ia dinamakan MUMATIL yang disebut oleh Nabi SAW :

مطل الغني ظلم

Ertinya : "Penangguhan sengaja (dari membayar hutang) oleh orang yang berkemampuan adalah satu Kezaliman" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2167, 2/799 )

Justeru, di ketika zaman lemahnya amanah manusia untuk membayar hutang mereka dan menyekat mudarata besar kepada dari berlaku kepada bank-bank Islam dan juga pemiutang, maka apabila bayaran ansuran yang dijanjikan tidak dilangsaikan pada waktunya, ta'widh (gantirugi) akan dikenakan.

Sebahagian ulama mengharuskan jumlah gantirugi ini digunakan oleh Bank dengan syarat ianya adalah jumlah sebenar kerugian. Sebarang wang lebih dari kerugian sebenar tidak boleh digunakan oleh bank-bank Islam.  

Manakala sebahagian besar ulama lain berpendapat bahawa ta'widh yang dikenakan oleh Bank Islam ini (menurut majoriti ulama sedunia) adalah tidak boleh dimasukkan di dalam pendapatan Bank Islam, malah mestilah di agihkan untuk tujuan kebajikan kepada orang miskin dan faqir sahaja. Inilah yang dilakukan oleh kebanyakan Bank-bank Islam di Malaysia seperti Asian Finance Bank Berhad, Kuwait Finance House, Ar-Rajhi Bank dan RHB Islamic Bank Berhad. Saya hanya menyebut nama-nama ini sahaja adalah kerana ini saya tidak mengetahui kaedah yang digunakan oleh bank-bank Islam lain.

Bagi bank-bank Islam yang saya sebutkan namanya ini, mereka lebih cernderung untuk menuruti keputusan majoriti  ahli Majlis Kesatuan Fiqh Sedunia. Konsep yang digunakan adalah konsep sedeqahkan duit (ta'widh = compensation) kepada faqir miskin adalah dibuat atas konsep Iltizam at-tabarru' yang disebut di dalam kitab Fiqh Mazhab Maliki.

Ia bermakna semua pelanggan memberikan komitmen jika ia gagal memenuhi janji untuk membuat pembayaran hutangnya  kepada bank dalam waktu yang telah dipersetujui. Ia berjanji akan bersedeqah dan melantik pihak bank untuk mengagihkannya.

Bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa buah bank-bank Islam di Malaysia mengambil pandangan ulama yang lebih ringan, iaitu mereka tidak menghadkan penggunaan wang ta'widh (compensation) kepada faqir miskin sahaja. Justeru, sebahagian bank Islam mengambilnya dan digunakan untuk kegunaan mereka. Perkara ini mungkin telah disahkan harus oleh majlis penasihat Shariah masing-masing. Justeru, ia telah selesai dengan ijtihad majlis Penasihat masing-masing.

Berkenaan pertanyaan 'siapa yang memantau'

Jawabnya, di kebanyakan Bank-bank Islam, Jabatan Shariah dan Majlis Penasihat Shariah yang akan memantau, malah keputusan Majlis Penasihat Shariah juga ,mewajibkan akaun yang diasingkan bagi tujuan ini. Hasilnya, setiap jumlah yang terkumpul dari ta'widh akan terus masuk ke akaun khas ‘charity' sebagai contoh. Ia pula tidak boleh disalurkan kepada ‘charity' kecuali setelah disahkan layak oleh Majlis Penasihat Shariah. Ini bagi mengelakkan berlakunya pilih kasih dan kronisme dalam pembahagian. Inilah yang dilakukan di Asian Finance Bank ( Qatar Islamic Bank Malaysia).

Kesimpulannya, isu ini dibawa ke persidangan Fiqh Malaysia dan Sedunia, keputusannya bagi menyekat kecuaian sengaja ini, maka diharuskan mengenakan denda ta'widh dengan syarat ianya hanya 1 % sahaja, ia tidak bersifdat ‘compounding'. Pembaca perlu faham bahawa penalti yang dikenakan oleh Bank konvensional adalah compounding (ertinya) penalti ini akan dimasukkan dalam jumlah pinjaman dan jika kena penalti lagi, maka peratusan penalti akan disandarkan kepada jumlah pinjaman asal + penalti. Ini lah zalim dan amat menindas.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

10 Julai 2007



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #11 produk islam dari bank konventionalfara 2012-03-22 00:40
bolehkah kita membuat pinjaman di bank konvensional tetapi yang munggunakan produk2 islam.
ramai yang tertanya dan keliru bagaimana bank konvensional ini mendapatkan dananya untuk di salurkan kepada anak syarikat ( perbankan Quoting muhammad saiful:
salam

bolehkah kita membuat pinjaman di bank konvensional tetapi yang munggunakan produk2 islam.
ramai yang tertanya dan keliru bagaimana bank konvensional ini mendapatkan dananya untuk di salurkan kepada anak syarikat ( perbankan islam)? apakah dana yang diguanakan halal? sila jelaskan

islam)? apakah dana yang diguanakan halal? sila jelaskan
Quote
0 #10 Arrahnunur 2011-02-19 20:29
Assalam ustaz,

Pd bln 4 thun lpas ibu sya telah membuat satu gadaian Arrahnu di sebuah Bank Rakyat,nilai yg telah telah diterima pada tahun lepas adalah sebanyak RM2000 dan ibu saya telah membayar ansuran pokok dan upah secara beransur-ansur,namun pada bln 1 yg lepas,saya telah mndapati kadar upah yg telah dikenakan ats gadaian tersebut mencecah sehingga RM200 lbih yakni 10% drpd nilai pokok. Dan seterusnya bagi melanjutkan tempoh penebusan gadaian,ibu saya dikehendaki membayar wang tambahan sebanyak RM10 untuk tambahan masa sbyk 4bulan.

soalan saya:
1-kadar upah sebanyak 10% itu tidakkah terlalu tnggi bg sebuah bank yg mengamalkan sistem perbankan islam?

2-wang tambahan yg telah dibayar untuk lanjutan masa penebusan gadaian tersebut bukankah riba?
Quote
0 #9 dana produk islam di bank konvesionalmuhammad saiful 2010-11-15 19:46
salam

bolehkah kita membuat pinjaman di bank konvensional tetapi yang munggunakan produk2 islam.
ramai yang tertanya dan keliru bagaimana bank konvensional ini mendapatkan dananya untuk di salurkan kepada anak syarikat ( perbankan islam)? apakah dana yang diguanakan halal? sila jelaskan
Quote
0 #8 Wang Kertas , Riba & Dinarrohaizad 2010-03-11 22:10
Salam Ustaz..

apakah perbezaan riba dan penggunaan wang kertas didalam urusan perbankkan. Ini kerana, kawan saya tidak mempercayai langsung kesemua bank(termasuk bank islam) kerana penggunaan wang kertas yang dianggap tidak memenuhi tuntutan Islam seperti penggunaan Dinar dan Dirham. Adakah pinjaman yang dilakukan dimana-mana bank Islam tetap dikira tidak sah kerana penggunaan wang kertas ini kerana tiada nilai.
Quote
0 #7 Denda lewat bayardude 2010-03-09 02:41
Posted by aini, on 14-10-2008 23:11, IP 194.80.178.1, Guest
3. ...
Sy adalah staff Al Rajhi bank Penang.Benar seperti penerangan ust.Bank Islam amat mementingkan kriteria pemohon sblm dpt meluluskan sebarang pinjaman.Agak berbeza dgn bank2 yg lain , Al Rajhi bank tidak megenakan sebarang caj pembayaran lewat utk setiap pinjama yg diluluskan kerana itu adalah riba'.Jadi sblm meluluskan sebarang pinjaman , credit wise pemohon adalah sangat penting.utk penerangan lanjut berkaitan produk2 perbankan Al Rajhi boleh hubungi sy 012-4778455 atau ruhaini.ramli@alrajhiba nk.com. my
Quote
0 #6 Hak Denda Caj Bayar LewatShaharul 2010-03-01 18:29
Salam Ustaz,

Saya pemegang satu kad bank Islam semenjak tahun 2005. Kadar caj bayar jika lewat dahulunya adalah RM5 sebulan yang mana ini merupakan advantage untuk memilih Bank Islam tersebut. Namun setelah setahun yang lepas, caj berkenaan telah naik menjadi 1% daripada jumlah baki kad tersebut. Ingin saya bertanya, sekiranya akad yang dahulunya telah dipersetujui bahawa RM5 adalah bayaran caj lewat dan sekarang pihak penjual yakni Bank boleh menukarnya kepada 1% tanpa persetujuan pihak pembeli yakni pengguna Kad. Adakah perkara ini diBENARKAN dalam hukum muamalat Islam?Iaitu pihak penjual boleh menukar apa-apa kandungan perjanjian asal.Ataupun menggunakan hidden item 'agreement' yang mana pembeli mungkin tidak ternampak semasa bersetuju mengambil kad tersebut. Adakah pihak Bank Islam boleh menimbulkan keadaan syak sebegini? Soalan keduanya ialah, adakah pembeli dibenarkan untuk menyoal siasat bank ke manakah wang tawidh yang dibayarnya telah disalurkan?
Terima kasih.


UZAR : Hal ini bergantung kpd kandugan agrement dan kosnep apa yang digunakan oleh bank islam terbabit. Ada jenis kontrak yang tak boleh ubah kecuali dgn persetujuan pelanggan, ada yang boleh ubah wp tanpa persetujuan pelanggan, ia bergantung kpd konsep yng digunakan, untuk tahu lanjut better refer kpd jabatan shariah bank terbabit.
Quote
0 #5 muhammad nazary 2008-03-22 19:52
saye berminat dengan profession consultant syariah.....skang saye sem akhir syariah ukm...boleh ustaz beri tips nak menceburi bidang tersebut
Quote
0 #4 siti_hajar 2008-02-20 16:43
salam ustaz..
saya amat menggemari artikel2 ustaz..di sini saya minta penjelasan ustaz berkenaan dende lewat yg dikenakan oleh aeon credit svc. saya pernah bekerja di sana di bhgn credit management.
aeon credit mendakwa ia melaksanakan sistem al-bainah..yg saya faham pembelian tangguh(maaf kalau tersilap).


yg menjadi kemusykilan saya ialah ttg denda lewat yg agak tinggi cth:ansuran sbyk RM200,due date 2hb setiap bulan.jika tggh hingaa 5hb tiada msalah.tetapi jika tangguh 6-11hb denda lewat RM15,11-15hb denda lewat RM20 dan 16-closing date(abt 23hb) akan naik rm40.denda ini tidak compound cuma naik ikut jumlah yg ditetapkan..

seperkara lagi,jika pelanggan byr full settlement lebih awal dari tarikh tamat anusran akan diberi diskaun..

berkenaan caj lewat adakah ianya riba' yg jelas?




UZAR : IA SAMA MCAM DENDA YANG DIKENAKAN OLEH BANK ISLAM. ULAMA BERBEZA PENDAPAT, MAJORITI KATA IA RIBA DAN KERANA ITU PERLU BERI PADA CHARITY, MINORITY ULAMA KATA HARUS NAMUN MESTILAH GANTI RUGI KERUGIAN SEBENAR SAHAJA
Quote
0 #3 sana\ 2007-12-15 17:56
ini lebih berupa soalan dari comments....

kite sedia maklum kalau nak mengambil untung jgn lebih dari separuh harga kos barang tambah ngan harga jualan....tapi kebanyakan barang yg dijual dikedai lebih dari separuh.....macamaner ye ustaz.....

KOMEN UZAR : KITA SEDIA MAKLUM?? SEDIA MAKLUM ANDA YANG TAK BENAR JUAL LEBIH DARI SEPARUH TU ADLAH SEDIA MAKLUM YANG MENYELEWENG. KERANA NABI SENDIRI APPROVED SEORANG SHBT JUAL KAMBING LEBIH MAHAL DARI SEPARUH..SO SIAPA YANG KATA SALAH, MAKA MEREKA AKAN MENYALAHKAN NABI.
Quote
0 #2 mohd hisham 2007-09-10 22:36
Saya adalah peminjam bagi pembelian kereta dari Public Bank menggunakan sistem islamik.

Saya dikenakan caj kerana lewat bayar.adakah saya dikira termasuk dlm riba. saya agak tak faham gunapakai sistem islam yang dijalankan di public bank.Boleh jelaskan?
Quote
0 #1 lela 2007-08-30 23:13
ass...
artikel yang bgs, boleh saya bertanya tentang muratorium (penundaan utang karena alasan tertentu). kalau tanpa alasan (mumathalah) kan tadi seperti dalam pembahasan dikenakan ta'widh. saya pengen lebih mendalam tau tentang muratorium, kalau anda atau siapa saja yang tau, tolong kirim ke atau kasih tau buku apa ke 081323429820. saya berencana mengangkat tema ini dalam skripsi. wass.. :-) :D :-?
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 91 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Perbankan & Insuran Denda Lewat Bayar Di Bank Islam Riba?