Perbankan & Insuran 80 % Rakyat Terlibat Riba & Adakah Mesti 'Cash' Untuk Elak Riba?

80 % Rakyat Terlibat Riba & Adakah Mesti 'Cash' Untuk Elak Riba?

  • PDF
(12 votes, average 5.00 out of 5)

80 % Rakyat Terlibat Riba &

Adakah Mesti Tunai Untuk Elak Riba?

 

Soalan

skuad kbr1 <skuad.kbr1@karangkraf.com.my> wrote:

Ketakutan saya semakin menjadi-jadi apabila membaca artikel tuan pada 15 Julai 07. Saya berpendapat hampir 80 % rakyat Malaysia terlibat dengan riba kecuali mereka yang dilahirkan kaya dan mempunyai tunai yang banyak.

Bagaimanapun, Saya punya beberapa kemusykilan utk dileraikan sekiranya tidak menjadi keberatan pihak tuan.

Jawapan

Salam,

Jawapan saya adalah di bawah soalan-soalan anda. Tahniah kepada saudara kerana keimanan masih subur hingga masih ada rasa takut dengan amaran-amaran Allah SWT. Simpati melihat ramai umat Islam hari ini yang langsung tiada lagi rasa takut kepada Allah, seolah-olah mereka tidak akan mati.


1) Saya seorang pekerja yang makan gaji dan wang gaji di masukkan ke dalam bank. Adakah itu juga terlibat dengan riba?

RESPOND : Jika anda masukkan wang gaji di dalam akaun di bank konvensional, maka ia adalah riba kerana mereka akan memberikan interest, malah jika anda tidak mengambil interest itu sekalipun ia tetap haram, kerana simpanan anda di akaun itu telah membantu bank konvensional itu menggunakan wang anda untuk aktiviti haram mereka. Sila baca di sini. Riba Di Bank Konvensional.


2) saya beli kereta dengan menggunakan pinjaman kerana tidak mampu utk membeli tunai. Sedangkan saya amat memerlukannya untuk bekerja dan aspek keselamatan. Apakah hukumnya sama seperti berzina dengan ibu bapa?

RESPOND : Tiada siapa yang menyuruh anda beli tunai, apa gunanya bank-bank Islam yang bersepah di Malaysia ini jika bukan untuk membantu menyediakan pembelian rumah, kereta dan lain-lain secara Islam ??? Sebarang pembelian menggunakan Riba, adalah sama dengan zina sebagaimana disebut oleh Nabi SAW dari hadith yang disahkan sohih oleh Syeikh Albani dan lain-lain. Buka detail dalil dan pandangan ulama di sini. Dosa Riba 

3) apakah hukumnya menyimpan wang di dalam amanah saham yang diperkenalkan kerajaan?

RESPOND : Bergantung kepada jenis amanah saham yang dimaksudkan. Anda tidak menyebut sebarang nama, justeru, saya juga tidak boleh menyebut hukum secara am. Bagaimanapun jika anda maksudkan ASB. Sila buka di sini. HUKUM ASB


4) saya berasal dari keluarga miskin dan tidak mampu untuk membiaya sendiri pembelajaran. Kami terpaksa membuat pinjaman PTPTN untuk meneruskan pelajaran. Bagaimana pula hukumnya? Berkatkah ilmu yang kami tuntut?

RESPOND : Pinjaman PTPTN adalah riba, dan jika benar-benar anda tidak berkemampuan, sepatutnya anda layak mendapat zakat dari lemabaga zakat dan pusat zakat. Anda wajib memohon dengan segera. Jika gagal, nescaya anda dikira terpaksa mengambil pinjaman itu dan dari sudut hukumnya ia telah jatuh kepada kepada status 'hajiat' dalam Islam yang membawa hukum 'diberikan keringanan', tatkala itu, menurut ilmu Shariah,  dosanya ditanggung oleh pemilik PTPTN.Baca detail tentang PTPTN di sini. Hukum PTPTN


5) saya tertarik dengan artikel tuan pada 15 Julai 07. Saya benar- benar ingin mengetahui bagaimana tuan menguruskan kewangan. Di mana tuan menyimpan wang, pembiayaan pembelajaran tuan dan anak2, beli rumah dan kereta? Adakah semuanya tuan lakukan secara tunai?

RESPOND : Nampaknya, anda perlu meluangkan sikit waktu untuk memahami kepelbagaian Institusi Kewangan Islam yang ada di Malaysia ini. Saya tidak terlibat dengan sebarang Riba, kerana kereta yang saya gunakan adalah dengan menggunakan produk Ijarah Thumma al-Bai dari Bank Muamalat,  ia telah disahkan oleh Majlis Penasihat Shariah BMMB, membeli rumah menggunakan Bai Murabahah dari sebuah bank Islam lain, Menyimpan duit di akaun Islam di Bank Islam Malaysia Berhad, RHB Islamic bank dan lain-lain bank Islam. Pembiayaan pelajaran adalah biasiswa dari JPA, KP dan Zakat syarikat.

Tiada satupun yang terlibat dengan Riba. Semua institusi ini mempunyai Majlis Penasihat Shariah yang mengesahkan, justeru, jika ada kesilapan yang tidak saya sedari sekalipun, tiada dosa ke atas saya, kerana ia telah ditanggung oleh Majlis Penasihat Shariah mereka. Penyeliaan adalah wajib dilakukan mereka agar semuanya berjalan bertepatan dengan Shariah, semuanya tanggung jawab mereka dan mereka telah dibayar elaun untuk berbuat demikian.


6) Apakah hukumnya sekiranya ada golongan yang berpendapat bahawa riba seperti pinjaman pembiayaan kenderaan itu tidak haram?

RESPOND : Ia adalah pandangan karut dan tiket ke Neraka. Fatwa pengharaman Interest ke atas satu-satu pinjaman adalah Ijma' (disepakati seluruh ulama) tentang haramnya malah Majlis Kesatuan Fiqh Antarabangsa juga telah berulang kali membuat fatwa tentangnya.



7) Apakah saranan tuan untuk saya menguruskan kewangan yang selamat daripada kegiatan riba?

RESPOND : Belajarlah dengan segera, anda boleh mendapat banyak info yang dipermudah dari blog saya di http://www.zaharuddin.net, hanya dengan ilmu sahaja anda akan berjaya mengurus kewangan yang selamat dari riba, tanpa ilmu, orang melayu kata " cakap pun tak guna"..

Jika anda merasakan kesukaran untuk pelajari sendiri, cara termudah adalah, tutup bank-bank konvensional dan insuran dari kamus hidup anda. Wajibkan diri menggunakan bank-bank Islam dan Takaful sahaja dalam semua urusan keperluan kewangan. Ia semuanya telah disahkan oleh Majlis Penasihat Shariah.

Sekian, semoga kita semua berjaya..ameen

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

16 Julai 2007



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #17 Mahukan kepastiansharifah aini yusoff 2011-11-10 15:19
Assalamualaikum , ustaz...
Setelah membaca jawapan dari ustaz saya baru teringat yang saya baru sahaja membuka akaun bank di Maybank atas tujuan untuk menyimpan dan mudah bagi tujuan urusan online. Setelah berbincang lanjut dengan pegawai bank di sana, beliau menawarkan saya untuk membuat simpanan sambil mengambil insurans + pelaburan di bawah Etiqa. Setelah saya mendengar penerangan dari beliau bahawa ia juga mempunyai panel penasihat syariah yang menguruskannya, saya bersetuju dan menyangkakan yang asal tujuan saya ialah untuk menyimpan dan akan mengeluarkannya sekiranya perlu dan saya akan keluarkan sekali hasil pelaburannya dan diberikan untuk kemaslahatan umum... apakah hukum urusniaga saya ini atas niat saya tadi? Jazakallah ustaz..
Quote
0 #16 Pinjaman Kepada Rakan Melalui Pinjaman Lainmkhairi 2011-11-09 17:30
Assalamualaikum Ustaz,
Saya ada soalan berkenaan dengan Pinjaman Kewangan Situasinya begini: Saya telah membuat pinjaman kewangan di KFH, sebahagian wang tersebut telah dipinjamkan secara peribadi kepada rakan yang lain. Kami telah membuat perjanjian pembayaran balik adalah sama dengan kaedah yg diberikan oleh bank. co...ntohnya saya pinjam 65K bayaran ansuran selama 20th adalah 500 lebih. Katakan saya memberikan sebahgian wang tersebut 30k kepada rakan saya dengan syarat dia membayar balik secara ansuran sama spt bank kenakan kepada saya cthya bayaran 30k utk 15th adalah lebih kutang 300 yg jumlah keseluruhannya adalah lebih besara drpd 30k. Adakah itu saya mengambil riba, sedangkan saya terpaksa membayar kepada bank dengan kadar keuntugan 4.99%. Mohon Pandangan Ustaz...

wassalam
Quote
0 #15 Minta Pendapat Ustaz..dann 2011-10-02 21:04
Salam ustaz
saya musykil la..sya ada seorg kawn..die telah terlibat dalam satu website yang diasaskan oleh org kafir..sya pun tak tahu apa isi kandungan web tersebut..katanya ia terlibat dalam urusan jual beli..dan yang sya tahu..kwn sya telah mendpt beratus2 tiap2 hari..malah hampir cecah seribu dalam masa sehari..sedangkan dia hanya bermodalkan RM100 sahaja..jadi pada pendapat ustaz adakah itu dinamakan riba?
Quote
0 #14 cimb islamic home loanmahadi mohamad 2010-11-23 20:51
assalamualaikum ustaz..

saya telah buat keputusan utk beli sebuah rumah dari pemaju. saya sebolehnya ingin membuat pinjaman dari bank2 islam tapi masalahnya bank panel pemaju hanyalah bank2 konvensional yang juga menawarkan pakej islamic loan.

kemusykilan saya ustaz adakan pakej2 islamic loan dari bank konvensional (cimb) ini adalah mengikut syariah iaitu bebas dari riba?

mohon penjelasan dari ustaz...
Quote
+1 #13 pinjaman PTPTNNOR AZAN bt. nazari 2010-10-15 16:16
Saya ingin bertanya dengan pinjaman PPTPTN, adakah ianya ada mengandungi riba kerana anak saya telah pun menerima pinjaman PTPTN seramai 2 orang. Sekiranya ianya riba, bagaimana nak selesaikan.
Quote
0 #12 bank Islam banyak songehBoikot Bank Keparat 2010-08-17 08:14
RESPOND : Tiada siapa yang menyuruh anda beli tunai, apa gunanya bank-bank Islam yang bersepah di Malaysia ini jika bukan untuk membantu menyediakan pembelian rumah, kereta dan lain-lain secara Islam ??? Sebarang pembelian menggunakan Riba, adalah sama dengan zina sebagaimana disebut oleh Nabi SAW dari hadith yang disahkan sohih oleh Syeikh Albani dan lain-lain. Buka detail dalil dan pandangan ulama di sini. Dosa Riba

Salam ustaz, malangnya begitu banyak bank islam yg ada, terlalu banyak syarat dan perturan yg ditetapkan, seperti kadar istimewa kerajaan, jenis syarikat swasta-sama ada berhad dan sdn bhd, kelayakan gaji dan sebagainya. Saya sendiri telah memohon pinjaman di lebih dari 3 bank yg menjalankan cara Islam namun gagal atas sebab 2 syarikat tiada dalam panel. tapi kalau pergi ke bank conventional, mudah dan pantas. Tapi itulah..dosanya.. Siapa yg salah? Kita jugak..sebab tak jadi kaya..
Quote
-2 #11 Untung serta merta dari Maybankshahrul zaman 2010-07-09 17:08
Assalaamu'alaikum,
Uzar saya nak tanya Maybank Islamic ada menawarkankan produk simpanan dapat untung serta merta yg diberi nama PROFIT NOW ACCOUNT-i, contohnya kita masuk RM10,000 pada masa itu juga kita akan dapat untung RM130. dari pandangan Uzar apakah ia dibolehkan dalam Islam?
Sekian Wassalaam
Quote
0 #10 RemittanceMuhammad M 2010-06-13 19:18
Assalamu'alaikum Ustadz
Syarikat saya akan melakukan implementation jasa remittance(tran sfer wang) menggunakan jaringan mobile telecommunicati on. System Banking akan connect dengan system telecommunicati on, baik untuk pengiriman wang domestik atau luar negara. Bagaimana sikap saya sebagai technical implementator, apakah hal ini dibolehkan?
Quote
0 #9 Dah terlibat riba n camna nak clearbalikNorimah 2010-04-13 04:29
Saya dah membeli sebiji kereta n sebuah rumah yg kedua-duanya menggunakan pinjaman konvensional. Macam mana saya nak elakkan diri dari terlibat riba? Perlukah menjual semua aset tersebut atau membayar htg tersebut dgn segera?
Quote
0 #8 konvensional daruratnur 2010-01-17 04:12
salam. disebabkan saya jadi penjamin sukar untuk lulus loan kerana peminjam tak bayar habis lagi. jadi hanya loan kereta konvensional terima saya. Apa pendapat ustaz.

UZAR : sila baca di sini www.zaharuddin.net/.../95 (www.zaharuddin.net/.../95)
Quote
0 #7 sila bantuwakaka 2009-09-16 17:55
salam ustaz,
macam mana nak periksa samaada bank tersebut menggunakan khidmat peguam syarie yg diiktiraf

UZAR : pegawai shariah dalam bank akan pastikan hal tersebut dijaga
Quote
0 #6 80% rakyat terlibat ribanana 2009-06-05 06:25
Ibu saya mendapat pencen yang dimasukkan ke dalan akaun CIMB,dan saya pula adalah wakil kepada ibu saya kerana beliau uzur dan tidak dapat untuk mengambil sendiri wang pencennya..adakah saya dikira terlibat secara langsung dengan riba...
Quote
0 #5 ptptnsaya 2009-06-04 19:17
salam ustaz....

sy ingin minta pandangan ustaz...
sy takut dan bimbang jika sy tergolong dalam orang yang mengamal kan riba...walaupon sy tahu sy berpotensi untuk ke arah itu...

seperti yang dinyatakan ustaz..PTPTN adalah riba. dan sy adalah salah seorang peminjam pinjaman tersebut. sy baru tahu yang pinjaman itu adalah riba. sekarang dalam proses pembyaran semula.namun jika sy tahu ianya adalah riba, sy sekali2 tidak akan membuat pinjaman tersebut.

bagaimankah keadaan sy ustaz? adakah sy berdosa? apa yang perlu sy buat sekarang?

bantu lah sy ustaz....
Quote
0 #4 Azmi 2008-04-15 06:08
Asalamualikum Ustaz, adakah pinjaman Factoring Facilities CIMB yang dikeluarkan oleh bank kepada peniaga dengan mendapat 80% dari L.O/indent itu halal? Harap jelaskan ustaz, Terima Kasih
Quote
0 #3 dina 2008-04-05 05:59
ust. tolong jelaskan etika keperawatan dalam islam
Quote
0 #2 ummiafif 2008-02-21 21:21
salam ustaz

boleh tak saya buat kesimpulan untuk memudahkan saya dari terjebak dengan riba dengan menggunakan semua perkhidmatan bank (pinjaman dan kad kredit dari bank islam)

terima kasih
Quote
0 #1 andi 2008-01-12 19:30
tolong carikan bahasan tentang etika keperawatan dalam islam
kalau boleh tolong kirim ke email saya andars
terima kasih asslm.
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 93 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Perbankan & Insuran 80 % Rakyat Terlibat Riba & Adakah Mesti 'Cash' Untuk Elak Riba?