Perbankan & Insuran Mengapa Lebih ramai Non Muslim Gunakan Khidmat Bank Islam?

Mengapa Lebih ramai Non Muslim Gunakan Khidmat Bank Islam?

  • PDF
(11 votes, average 5.00 out of 5)

52% Pelanggan Al Rajhi Bukan Islam

KUALA LUMPUR 8 Julai - Hanya baru beroperasi bulan Oktober lalu, Bank Al Rajhi kini sudahpun memiliki kira-kira 30,000 pelanggan yang mana 52 peratus bukan Islam. Perkembangan ini sememangnya agak ‘mengejutkan' dalam negara yang majoritinya rakyat Islam meskipun umum mengetahui bahawa sebelum ini bukan Islam telahpun menjadi pelanggan entiti perbankan Islam. Tetapi, apa yang menarik tentang Bank Al Rajhi adalah keupayaan menarik lebih ramai bukan Islam dalam jangka masa agak singkat.

Kejayaan ini dilihat ‘sebagai' kemampuan kuasa jenama memikat pelanggan dalam dunia pemasaran yang semakin kompleks. Menurut Ketua Pemasaran dan Kad Bank Al Rajhi di Malaysia, Johan Aris, pembinaan jenama bukanlah tugas yang mudah kerana ia adalah aset, identiti dan strategi jangka panjang dalam membina masa depan Bank Al Rajhi di Malaysia.

Katanya, Al Rajhi, bank terbesar di Arab Saudi dan bank Islam terbesar di dunia, begitu berhati-hati dalam membina kuasa jenamanya. Katanya, kuasa jenama yang terhasil daripada pengiklanan bukan semata-mata berkaitan revolusi dan daya kreatif bagi menjual produk dan perkhidmatan tetapi lebih utama ia perlu bersifat ‘kempen'. ‘‘Sebab itu, dalam menghasilkan iklan ini kami mahu ‘arkitek' terbabit membina jenama itu dengan penuh emosi sehingga ia boleh meninggalkan kesan mendalam kepada orang ramai. ‘‘Hasilnya kami menggunakan tema Telus, Jujur dan Ikhlas: Nilai-nilai yang dicari, sinonim dengan peranan Al Rajhi sebagai sebuah perbankan Islam yang mematuhi prinsip-prinsip Islam untuk kesejahteraan hidup,'' kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif McCann Worldgroup, Tony Savarimuthu, tema yang dipilih itu mempunyai mesej tersendiri yang menggambarkan evolusi Bank Al Rajhi dalam perbankan Islam. Katanya, pada kebiasaannya industri perbankan sering dikaitkan dengan produk, sikap ‘diktator', rangkaian cawangan, produk yang seragam dan peranannya sekadar pemberi perkhidmatan kewangan. Bagaimanapun, Bank Al Rajhi perlukan sesuatu jenama yang jelas kerana ia adalah sebuah bank yang mendukung dan mematuhi prinsip Syariah sejak 50 tahun lalu, menurut beliau. Sebab itu, tambahnya, McCann menampilkan konsep baru mengenai perbankan Islam terbesar di dunia ini menerusi tawaran perkhidmatan yang telus, jujur dan ikhlas. Savarimuthu berkata, pihaknya menggunakan tiga medium dalam pengiklanan Bank Al Rajhi iaitu papan iklan besar (billboard), radio dan media cetak. Mengulas mengenai tema itu, Pengurus Perhubungan Korporat, Anneliza Zainal berkata, nilai-nilai yang diterjemahkan itu meliputi segenap urusan perbankan. Anneliza berkata, setakat ini bank itu berpuas hati kerana ia telah berjaya meletakkan nama Bank Al Rajhi di pasaran tempatan. ‘‘Dengan perbelanjaan yang ‘efektif' Bank Al Rajhi berjaya bertapak di sini dan setakat ini nama bank ini telah dikenali,'' katanya. - (Utusan Malaysia, 8 Julai 07)

KOMEN SAYA

Adakah umat Islam ke bank konvensional tanpa endah langsung pengharaman Riba, atau mereka memang tiada keperluan ke bank sama sekali? Sama-sama kita fikirkan.

Sebenarnya, bukan Rajhi sahaja yang mencatatkan jumlah pelanggan non-muslim yang lebih ramai, malah banyak lagi bank-bank Islam yang lain.  

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #7 Mana yg Indah Mana yg tidakKesatria Baja Hitam 2010-07-20 20:13
aslkm.wbr
Saudara E-One, pandangan yg berguna. Pd pandangan saya pula adalah perlu 1 usaha yg berterusan dlm membentuk budaya umat islam mengenal keperluan menyimpan d dlm prbankkn islam & mnyokong sistem perbankkan islam. Dmana antara usaha yg perlu dlakukan adalah dgn mnyebarkn risalah & maklumat ke pelbagai media dgn berterusan. Usaha turun padang mendekati msyrkt juga perlu seperti ke masjid mahupun majlis bertemu & mendekati msyrkt di kwsn perumahan tersebut.

Brbalik kepada isu ramainya non-muslim menyertai sistem perbankkan islam bagi saya jika ianya merujuk kepada pinjaman perumahan ada sebabnya. Saya sebagai salah seorang jurujual hartanah jikalau ditanya oleh pembeli yg mana lebih bagus, "Pinjaman Konvesional" atau "Pinjaman Islam". Jawapan saya adalah lihat kpd tujuan belian tersebut serta status kewangan. Memang ramai non-muslim membuat pinjaman secara islam. Tidak dinafikan. Namun ada sebabnya. Bukan sebab pinjaman secara islam adalah murah & bagus. Tetapi sebab tujuan dan perlindungan.

Pandangan yg saya berikan kpd bakal mahupun pembeli adalah, jika pembelian hartanah dibawah RM 100K iaitu RM99,999.99 maka sebaiknya sistem Konvesional adalah lebih Bagus, Selamat & Murah. Namun demikian,jika pembeli mempuyai duit lebihan & tidak kisah akan nilai keseluruhan bayaran, maka sistem prbankkan islam adalah dcadangkn. Sebaliknya jika pembelian adalah diatas RM100K, maka sistem perbankkan islam adalh yg terbaik.

Ini kerana d Mlysia bg pmbelian rmh dibawah RM100K, jika pinjaman adalh melalui sistem konvesional maka kadar maks (ceilling) adalh hanya shingga 9%.Sebaliknya jika pmbelian mlebihi RM100K, tiada skatan keatas kadar pinjaman. Ini bermaksud,bg rmh dbwh RM100K,kadar pinjaman secara konvesional adalah dlm linkungan 6.5-9%.Sbaliknya jika melalui sistem islam rumah dibawah RM100K, telah ditetapkan kadarnya.Iaitu (8, 8.5 & 9)%. Yakni bg rumah d bwh RM100K, Islamic Bankg adalah mahal brbanding Konvesional. Sila rujuk BNM.
Quote
0 #6 Tak heran,E-ONE 2010-04-08 22:15
Salam..Tak menghairankan kerana sistem perbankan islam itu dah cantik..cuma bagi pandangan saya yang cetek ni..rasanya kita tak perlu heran sangat kerana kuasa menyimpan bangsa bukan islam sudah sememangnya tinggi dan mereka memperbanyakkan portfolio simpanan mereka di merata tempat dan mencari peluang keuntungan..begitupun tahniah kepada usaha murni meningkatkan martabat sistem perbankan islam. CUMA isunya disini saya rasa kelemahan ekonomi umat islam itu sendiri yang membuatkan ramai yang tidak dapat menyimpan atau kurang menyimpan dan ramai antaranya juga tidak layak untuk membuat pinjaman..untuk meningkatkan statistik simpanan,tahap kesedaran umat islam itu sendiri perlu tinggi dimana boleh mengenepikan gaji simpanan setiap bulan ataupun mengukuhkan ekonomi diri agar boleh berurusan dengan pihak bank islam. Jika budaya menyimpan di titikberatkan dan mengikis sifat budaya berbelanja berlebihan maka insyaallah dapatlah kita melihat statistik itu meningkat...wallhuallam
Quote
0 #5 Guest 2008-09-18 23:08
Saya telah membuat pinjaman bank, masalahnya saya jahil ketika pinjaman itu dibuat adalah secara konventional. Jadi wang yang saya terima itu apakah statusnya, sedangkan tiap2 bulan saya terpaksa membayarnya selama 10 tahun...dan wajib ka saya membayar zakat ke atas wang pinjaman itu
Quote
0 #4 burhan 2008-04-21 19:41
bagaimana saya nak menghantar kemuskilan saya utk ustaz perjelaskan?
Quote
0 #3 zam 2008-02-21 16:16
salam ustaz..boleh terangkan serba sedikit mengenai Riba dalam hutang/ Al Nasiah
Quote
0 #2 Ismail 2008-02-09 16:46
Sedikit hairan ye UZAR, kenapa ruangan ini tak ada respon.
Jawabannya senang aje.....kerana ia perbankan Islam sebagaimana dijelaskan oleh admin.
Maknanya semua pembaca faham apa yang Rajhi tawarkan kepada kita.
Alhamdulillah.
Quote
0 #1 chelskov 2007-10-12 20:19
(ADMIN : CERITA ANDA DIPADAM KERANA IA ADALAH SUATU BENTUK FITNAH TERACNANG KE ATAS PERBANKAN ISLAM RAJHI; RAJHI TIADA PERBANKAN KONVENSIONAL , MEREKA 100 % FULL FLEDGE ISLAMIC. HANYA KEJAHILAN KAKITANGAN YANG AKAN MENDAKWA SEBAGAIMANA YG ANDA TULIS, IA SILAP KAKITANGAN YANG JAHIL DAN BUKAN BANK. SILA LAPORKAN NAMA KAKITANGAN ITU UNTUK DIBUANG KERANA SABOTAJ BANK ISLAM)
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 93 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Perbankan & Insuran Mengapa Lebih ramai Non Muslim Gunakan Khidmat Bank Islam?