Isu Bank Islam : Jawapan
Bersifat 'Orang Dalam' ?
Komentar
Laman web ini mempunyai kandungan yang popular, tuntas dalam penghujahan, dan terkemaskini dalam persembahan. Cuma, beberapa pandangan Ustaz mengenai "perbankan Islam" lebih dilihat daripada kaca mata "orang dalam bank" dan bukannya daripada sudut pandangan "komuniti pengguna khidmat bank".
Saya boleh bersetuju dengan sebab-sebab mudah kenapa Bank Islam (bukan nama bank) mengenakan caj yang lebih daripada bank konvensional, TETAPI saya dapat juga menyelami MASALAH dan rinthan komuniti pengguna yang dirundung oleh masalah dengan Bank Islam kerana caj "kompetetifnya" itu.
Saya percaya Islam itu bukan hanya pada "cara" tetapi juga "gaya". Bukan sahaja menepati kehendak Syara' tetapi harus juga dibina atas "akhlak" yang baik. Tidak ada sebab kenapa "yang halal harus lebih mahal" dan lebih baik jika "yang halal lebih murah".
Kita kagumi kesediaan komuniti pengguna Islam yang sedia berkorban "membeli produk Halal yang lebih mahal"! Cuma, jika mereka sanggup berkorban "harga" demi Halal kenapa tidak penjual juga berkorban "untung" demi Halal?
Terima kasih.
Md Rodzi Harun
www.rodzi.net/
(melalui buku catatan pelawat)
Respon Saya
Terima kasih saya ucapkan atas komentar saudara yang berterus terang. Tahniah juga atas perniagaan internet saudara. Moga berkembang dengan maju dan berkat.
Sebagai respon kepada ulasan saudara di kotak catatan pelawat saya, saya dapati dari baris-baris ayat saudara iaitu 'kacamata orang dalam bank' seolah-olah menggambarkan artikel saya berkenaan perbankan Islam perlu disemak semula kerana bersifat berat sebelah dan tidak adil kepada komuniti pengguna.
Bagi saya, ini adalah antara masalah orang ramai yang perlu ditinjau semula. Iaitu tidak meraikan penjelasan dari pihak lain dengan sewajarnya. Realitinya, jika saya tidak bersama operasi perbankan Islam, akan muncul pula 'orang bank' yang akan berkata :
"Ini adalah tulisan dari kacamata komuniti pengguna yang tidak tahu hakikat sebenar di bank"
Menurut panduan keilmuan di dalam Islam, ia menuntut kita mempunyai ilmu dan gambaran jelas tentang sesuatu perkara sebelum menetapkan sesuatu pendirian, ketetapan atau hukum.

Ia selaras dengan kata-kata ulama :
والحكم على الشيء فرع عن تصوره
Ertinya : "(Ketepatan dalam) Penetapan hukum bagi sesuatu perkara cabangnya adalah (mendapat) gambaran sebenar" ( Majmu al-Fatawa, Ibn Taymiah, 6/295 ; Hasyiah Al-Bujairimi, 1/97 ; Al-Fawakih al-Dawani, 1/112 )
Saya Juga Seorang Pengguna
Sebenarnya, tiada sebarang kekurangan atau negatif sekiranya saya menulis pelbagai artikel berkenaan perbankan & kewangan Islam walaupun menurut kaca mata 'orang dalam bank' kerana saya sudah mengetahui rintihan komuniti pengguna, kerana saya juga salah seorang dari pengguna, setiap hari juga saya menerima pelbagai jenis soalan, rintihan dan komen para pengguna melalui email, ceramah, kursus kewangan dan sistem sms 33221 saya.
Masalahnya sebenar yang saya lihat di sini adalah, terdapat beberapa komuniti pengguna mengganggap rintihan dan komentar mereka sahaja yang benar dan lebih tepat serta dengan cepat mengajukan hentaman mereka sehingga orang lain berpandangan buruk terhadap institusi kewangan Islam. Padahal mereka belum dan tidak mengambil tahu jawapan dan versi sebenar penjelasan dari 'orang dalam bank'. Mereka juga tidak mengetahui apakah hukum atau pandangan Islam tentang isu yang dibangkit dan dipertikaikan itu.
Masalah semakin bertambah apabila amat jarang 'orang dalam bank' yang berminat, mempunyai masa ataupun tahu cara untuk memberikan penjelasan kepada masyarakat awam.
Sedangkan, Islam menuntut kita untuk mendengar, menekuni dan mengetahui komentar dari kedua-dua pihak sebelum boleh mengetahui letak duduknya sesuatu perkara itu dengan tepat.
Sebagaimana yang diajar oleh Nabi SAW :-
فإذا جلس بين يديك الخصمان فلا تقض للأول حتى تسمع من الآخر كما سمعت من الأول فإنه أحرى أن يبين لك القضاء
Ertinya : Apabila datang dua orang yang bertengkar (yang inginkan perbicaraan) di hadapanmu maka janganlah kamu (hakim) memutuskan keputusan bagi yang pertama sehinggalah kamu mendengar penjelasan dari pihak lain sebagaimana yang engkau dengari dari pihak yang pertama, kerana ia lebih tepat dan baik untuk memandumu dalam menetapkan hukum (atau keputusan)" ( Riwayat Abu Daud, no 3582, 3/301 ; Al-Hakim, Shohih ; Al-Ahkam As-Sultaniyah, 1/75 : Al-Ahadith Al-Mukhtarah, 2/388 ; hadith hasan menurt Imam Ibn Hajar ; Fath Al-Bari, 13/171 )
Tiada Kepentingan
Saya juga ingin memaklumkan, saya tiada sebarang kepentingan diri dalam semua kegiatan mengempen perbankan dan kewangan Islam ini selain kepentingan untuk hari akhirat saya.
Saya juga tidak punyai sebarang kepentingan dengan bank Islam yang saya bekerja ini (malah objektif saya menyertainya dari awal lagi bukanlah untuk mengejar gaji tertentu tetapi adalah untuk belajar dan meneliti secara detail proses pelaksanaan bank-bank Islam dari dekat, mencadangkan perubahan dan pemantapan sekadar termampu).
Saya juga tidak mengempen bank Islam yang saya duduki bagi mendapatkan komisyen tertentu. Malah tiada pun skim komisyen sedemikian bagi jawatan seperti saya (ia cuma terdapat bagi jawatan eksekutif jualan dan pemasaran sahaja, dan itu bukan bahagian saya).
Objektif dan target saya ketika berkempen perbankan dan kewangan islam hanyalah untuk mengalih ketidakendahan umat Islam terhadap halal haram dalam kewangan kepada ambil peduli dan seterusnya beralih ke mana-mana bank Islam di Malaysia tanpa mencadangkan salah satu antaranya. Saya juga tidak memerlukan sebarang balasan atau ucapan terima kasih dari Institusi kewangan yang dikempen. Cukuplah ganjaran dari Allah SWT.
Justeru, untuk menimbulkan was was seolah-olah saya memberi jawapan samada :-
a) Untuk kepentingan diri sebagai 'orang dalam' bank.
b) Jawapan 'orang dalam bank' yang semestinya mempertahankan bank tanpa sebab yang munasabah.
b) Tanpa melihat realiti komuniti pengguna dan mengemukakan jawapan berat sebelah.
Semuanya adalah tidak tepat sama sekali terutamanya kerana saya tidak mendapat sebarang faedah dunaiwi yang khusus dari aktiviti ini dan saya juga bukan pemegang saham kepada mana-mana bank-bank Islam. Malah ia tidak termasuk sama sekali dalam 'Key Performance Indicator' (KPI) saya, tidak juga termasuk dalam 'bidang tugasan rasmi saya di bank' dan tidak juga termasuk dalam 'perkara yang boleh menaikkan gaji saya'. Semuanya tidak.
Kesimpulan
Kesimpulannya, saya juga pengguna lain termasuk anda yang 'terpaksa' berkorban demi meraih keredhaan Allah dengan mendapatkan produk kewangan yang halal tanpa mengira mahal atau boleh mendapat tawaran murah.
Tanpa dinafikan pasti akan ada jauh di sudut hati saya berbisik seperti anda
"alangkah baiknya jika lebih murah"..
tetapi, hukum halal dan 'sesuatu lebih baik' (afdhaliyah) adalah satu perkara yang berbeza. Tidak semua yang halal itu mampu mencapai 'lebih baik' yang kita inginkan, disebabkan masa dan waktunya belum tiba.
Bolehlah diibaratkan bahawa;
"Bank Islam di Malaysia ini memang sudah Islam, cuma belum mencapai tahap 'Taqwa' dan Mukmin"
Yang lebih penting, ia jauh lebih baik dari bank Riba yang menawarkan riba dengan murah.
Saya ingin kita bersikap adil dalam menilai bank-bank Islam dan tidak tergesa-gesa menuduh mereka zalim, padahal merekalah penyelamat, iaitu penyelamat umat Islam dari terjebak dengan bank yang mengempen Riba yang murah lagi menggoda tetapi membawa ke Neraka, iaitu Institusi kewangan konvensional.
Zaharuddin Abd Rahman
31 Julai 2007
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
adakah tdk mgikut syarak skiranya tdk menggunakan istilah 'pembiayaan peribadi'?
mencari keredhaan Illahi lebih utama dari duniawi!
syabas buat ustaz, teruskan perjuangan moga rahmat Allah untuk ustaz senantiasa dilindungi.
saya akan terus menyokong usaha ustaz.
wassalam.....
UZAR : TAHNIAH DAN ALHAMDULILLAH
uzar : boleh rujuk kepada tuan guru yahoo.com atau google.com, sekian
Saya ingin bertanya mengenai Skim Amanah Saham Bumiputera yang ditawarkan oleh Maybank. Adakah ianya halal dari segi syarak?
KOMEN UZAR : TELAH DIULAS DI WEB INI, SILA CARI
KOMEN UZAR : INI MACAM TAJUK DEBAT DI IKIM. PENDEBAT SEDANG CARI POINT KE NI?
pertama adakah wajib mengeluarkan zakat segera bagi sebidang tanah yang baru dijual dan apa dalilnya?
kedua Baru -baru ini rumah saya didatangi sekumpulan burung merpati lalu mengacau reban ayam rumah saya dan menyebabkan ayam di rumah saya takut.Lalu burung-burung tadi masuk memakan makanan di dalam reban tersebut . Setelah disiasat burung itu tidak bertuan lalu saya pun mengambil tindakan menangkap lalu menyembelih burung tersebut dan memakannya Apakah hukumnya? dan masalah yang lebih kurang sama iaitu seekor ayam yang tidak bertuan telah datang ke reban ayam rumah saya lalu bertelur dan telur itu diambil untuk makan . Apabila disiasat maka didapati bukan ayam dirumah dan bukan milik jiran. lalu sayamenghalau ayam tersebut .Akan tetapi ia tetap tidak mahu beredar dan masih berada direban tersebut.Persolannya apa perlu saya buat pada ayam tersebut dan hukum memakan telurnya?
Makluman dari bank saya menunjukan bahawa ada pindaan dibuat atas cek tersebut tetapi saya dinasihatkan oleh bank saya supaya berhubung dengan Bank Islam untuk mendapat penjelasan yang lebih tepat.
Malangnya fax saya bertarikh 5hb Oktober tidak mendapat apa-apa maklumbalas Pada bulan seterusnya saya jelaskan bayaran yang masih tertunggak kecuali denda RM100 dan berhenti dari mengguna kad Bank Islam sementara menunggu pengesahan dari Bank Islam mengenai caj tersebut.
Malangnya saya tidak mendapat apa apa penjelasan dari pehak Bank Islam satelah cuba menghubungi melalui telefon fax dan email.
Manakala dalam masa yang sama caj RM100.00 meningkat dari bulan kebulan satelah dikenakan Profit charges dan Compensation and handling Fee. Saya beberapa kali di hubungi melalui telefon oleh pegawai-pegawai dari kad Bank Islam dan notis dengan sindiran "Maksud Hadith yang diriwayatkan oleh Al-tabrani" supaya menjelaskan "Hutang" saya tetapi apabila saya merujukkan kepada Fax dan surat-surat berdafter yang saya telah hantarkan seorangpun tidak dapat memberi penjelasan.
Pada bulan Disember 2006 notis penggantungan kemudahanKad Bank Islam dikeluarkan kepada saya.
Pada 26hb Disember 2006 saya telah sekali lagi menghantar surat berdaftar kepada Bank Islam untuk mendapat penjelasan. Pada masa itu "Hutang" saya telah meningkat kepada RM125.40.
Surat ini juga tidak mendapat apa apa jawapan. Tetapi dalam bulan Januari 2007 caj RM100.00 asal ditarik balik tanpa apa-apa penjelasan. Tetapi caj yang berpunca dari caj asal RM100.00 ini saperti Profit Charges compensation dan handling fees yang berjumlahRM25.40 tidak ditarik balik. Sekali lagi saya menulis surat untuk mendapat penjelasan. Saperti biasa ia tidak langsung mendapat apa-apa respon.
Pada bulan Mei 2007, saya menerima surat dari peguam Bank Islam menuntut bayaran sebanyak RM37.34 iaitu "Hutang" dan RM10.00 kos notis.
Saya telah menjawab surat tersebut dan sesalinnya telah dihantar kepada Bank Islam. Namun saya masih menunggu penerangannya dari mereka. Pada 23hb November pukul 2.49 petang saya telah menerima panggilan telefon dari seorang yang mengaku dirinya dari syarikat peguam meminta saya menjelaskan "Hutang" saya atau tindakan undang undang akan diambil terhadap saya. Memandangkan bahawa ianya dari syarikat peguam yang lain, saya cuba menerangkan keadan sebenar tetapi jawapannya ialah dia mengerjakan tugasnya.
Serik saya kerana sangat sukar berurusan dengan Bank Islam
KOMEN UZAR : SILA HUBUNGI BANK ISLAM MALAYSIA ABERHAD DAN BERCAKAP DEGAN UST MOHD NAZRI CHIK, BELIAU ADALAH PENGURUS BAHAGIAN RISIKO ADAN SHARIAH
saya mohon pandangan untuk menjana wang yang islamik.
simpana adalah dlm RM1000.kerja makan gaji 8.30pagi-5.30ptg .tiada ASB kerana was-was,tabung haji ada sedikit.
Bagaimanakah caranya untuk menenigkatkan wang RM1000 menjadi lebih didalam keadaan sekarang menggunakan sistem pelaburan untuk meningkatkan ekonomi secara yang diredhai berbekalkan dengan duit yang sedikit ini.
sekian terima kasih
Pada saya peniaga islam bukan sahaja tidak mencapai taqwa dan mukmin bahkan mereka gagal mencapai tahap islam itu sendiri.
Saya cukup tak faham konsep berkorban demi mengayakan org lain semata-mata dia org islam dan proses ini jatuh wajib semata-mata mengejar halal. Bukankah ini satu proses pembulian oleh peniaga islam ke atas pengguna islam dengan memperalatkan sentimen agama?
boleh terang secara menyeluruh tentang ilmu dari sudut perspektif islam...
RSS feed for comments to this post