Perbankan & Insuran Beli Kereta Cara Islam Tapi Insuran Terpaksa Haram?

Beli Kereta Cara Islam Tapi Insuran Terpaksa Haram?

  • PDF
(13 votes, average 4.54 out of 5)

Beli Kereta Cara Islam

Tapi Insuran Riba?

Soalan 

Ustaz, saya nak membeli kereta. Saya membuat pnjaman kereta dari Islamic Bank, kemudian bagaimana dengan insuran? Saya dimaklumkan mesti buat insuran dan road tax di bank tersebut. Maka saya akan terdedah kepada insuran konvensional. Adakah harus? 

-  soalan melalui sistem sms -

Jawapan

Pertama : Anda perlu membetulkan istilah dan kefahaman anda tentang Bank Islam. Anda mengatakan

"membuat pinjaman dari bank Islam".

Hakikatnya Bank Islam tidak memberikan pinjaman tetapi memberikan pembiayaan melalui pelbagai konsep dan aqad yang menepati Shariah, Anatara konsep yang digunakan adalah Murabahah (seperti dibuat oleh Bank Islam Malaysia Berhad - BIMB) iaitu bank membeli dari pengedar dan menjual kereta itu kepada anda dengan harga 'mark up', kerana anda memilih bayaran secara ansuran.

Deposit 10 % atau lebih yang anda bayar kepada pengedar itu adalah sebenarnya kepada BIMB kerana mereka telah melantik pengerdar itu sebagai wakil mereka. Dapatkan info lanjut dari pegawai di Bank Islam Malaysia Berhad.

belilah secara yang halal 

Kebanyakan Bank Islam lain pula mengamalkan konsep al-Ijarah Thumma Al-Bai' iaitu "sewaan yang ditamatkan dengan jualan", proses dibuat apabila pihak bank akan membeli kereta dari pengedar atau mungkin juga terus dari anda, dan kemudian apabila pemilikan bank ke atas manfaat kereta (beneficial ownership) telah sempurna, pihak bank akan menyewakan kereta itu kembali kepada anda, dan pembayaran terakhir akan dianggap sebagai jualan terus. Selain itu, ada juga Bank Islam yang menggunakan konsep Tawarruq dalam pembiayaan kereta. Semuanya telah disahkan oleh Majlis Penasihat Shariah masing-masing.

Insuran

Hukum insuran konvesnional adalah haram menurut keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan Majlis Fatwa Kebangsaan, justeru anda wajib mengambil insuran Islam atau TAKAFUL dari mana-mana syarikat takaful yang wujud di Malaysia bila membeli kereta atau rumah.

Biasanya insuran tidak diuruskan oleh Bank, ia diuruskan oleh anda sendiri atau penjual kereta itu. walaubagaimanapun jika ia diurus oleh bank atau penjual, anda berhak untuk menuntut perlindungan TAKAFUL untuk kereta itu. Tiada sebarang undang-undang yang membolehkan mereka memaksa anda mengambil insuran yang tidak anda kehendaki.

Kebiasaannya, penjual kereta menggambarkan seolah-olah mesti diambil insuran tertentu, sebenarnya mereka sedang MENIPU. Hakikatnya mereka cuba mendapat untung lebih kerana syarikat insuran yang mereka cadang adalah panel mereka dan mereka akan mendapat komisyen kelak.

Jika mereka kata 'tak boleh', anda perlu tegas mengatakan bahawa jika demikian anda akan membeli kereta yang sama daripada pengedar dan penjual lain. Saya pasti tatkala itu mereka akan mengatakan permintaan anda boleh diusahakan.

Saya sendiri pernah mengalaminya apabila cuba ditipu kononnya mesti ambil dengan insuran konvensional tertentu yang memerlukan tempoh minimum 1 tahun, kemudian saya bebas untuk menukar kepada insuran lain atau TAKAFUL katanya. Dengan tegas saya katakan :-

"jika demikian, maaf, saya cari kedai lain. Saya mesti nak Takaful, 1 tahun dengan insuran, maaf saya tak mahu"

Dengan segera mereka dapatkan saya syarikat takaful.

Ingat, penjual kereta akan cuba paksa anda ambil insuran yg mereka jual kerana mereka dapat komisyen, jangan endahkan paksaan mereka. Tiada sebarang peruntukan kuasa untuk memaksa anda. Jika paksa juga, dan anda tertipu, sila buat aduan dan laporan segera kepada Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia. InshaAllah pasti menang.

Road tax akan diuruskan sekaligus oleh syarikat penjual atau Takaful, road tax tiada masalah, hukumnya adalah harus.

SILA BACA TULISAN SAYA TENTANG INSURAN DI SINI

1) Hukum Insuran Menurut Islam

2) Beza Insuran & Takaful

3)  Insuran Konvensional Tapi DiLabur Secara Islam?

 

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

16 Ogos 2007



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

+1 #19 pembelian keretasiti khadijah 2012-04-26 11:21
salam ustaz, saya telah membeli kereta dgn loan Public Bank dan insuran allianz bank..adakan ianya haram .kereta berjunlah 33000 dan sy byr d/payment 5000 dan byran bulanan 353 selama 9 tahun??sy tidak tau mengenai insuran takaful ini..bagaimana saya boleh mnegubahnya menjadi sesuatu y halal??tolong la h sy
Quote
0 #18 riba atau tidak??insanrunsing 2011-11-14 17:08
salam ya ustaz,

saya dah baca article ustaz ni..cuma sedikit persoalan,kiran ya boleh la buat loan dengan islamic bank untuk beli kereta?tapi ustaz,mmg la kita akad nak bayar banyak2 mana tapi let say kita terlepas tarikh bayaran,kita kena bayar lebih sbgai denda lewat bayar,bukan ke secara tersembunyi ia seperti riba' jugak??apa yg saya tau,kalau kita dah akad nak bayar sebanyak itu,so kita cuma bayar sebnyk itu sajalah tanpa ada kos tambahan..ini tak,kalau kita pinjam dalam 5tahun,harga byran balik murah sikit,kalau pinjam 10thun,harga lain pulak..maksudnya tak tetap bayaran ikut berapa tahun kita nak byr balik..bukankah itu unsur riba??please help ustaz,saya tak tahu:(
Quote
0 #17 pembelian keretaummu habibah 2011-06-06 16:22
assalamualaikum ustaz...
sy nak tanye mcm dengan pembelian kereta melalui public bank.? haram ke? mane2 bank pun ade interest kan ustaz?
blh ustaz cadangkan bank yg blh kt buat pinjaman dgn cara islam? terima kasih ustaz.
Quote
0 #16 Takaful memilih??saiful 2011-02-13 18:44
Quoting azim:
Salam, sy mhdpi masalah apabila syrkt takaful enggan menerima motor sy yg lame utk diinsuranskan, sbaliknya perunding tersebut mengesyorkan buat dgn third prty, bolehkah?



sy juga menghadapi masalah yg hampir sama. Pihak takaful ikhlas,malaysia , etiqa enggan menerima Renew insurans motosikal Yamaha LC 135. Takaful ikhlas memberi alasan bahawa motosikal jenama tersebut berisiko tinggi tp knp sebelum ni boleh. Takaful Malaysia tidak terima permohonan baru manakala Takaful Etiqa pun enggan. Apakah jalan keluar bagi sy?Apakah objektif penubuhan Takaful sekiranya sy dipaksa beralih kpd konvensional? owh., TIDAK. mohon pandangan dari tuan2 yg arif...please.
Quote
+1 #15 motor lameazim 2011-01-25 09:47
Salam, sy mhdpi masalah apabila syrkt takaful enggan menerima motor sy yg lame utk diinsuranskan, sbaliknya perunding tersebut mengesyorkan buat dgn third prty, bolehkah?
Quote
+1 #14 PEMBIAYAAN MENGIMPORT BARANG + INSURANS KONVENSIONAL, HALAL VS HARAM?mohd amiro saiful 2011-01-24 23:41
Mustahak

minta tolong ustaz sangat-sangat.....

Salam, Ustaz zaharuddin.

Saya ada satu persoalan? Sekiranya saya mengimport barang dari luar negara, saya hendak membuat pembiayaan cara islamic di bank malaysia. saya perlu issue documentary credit under islamic trade finance product dahulu,
TETAPI bank berkenaan menggunakan insurance konvensional (allianz insurance) untuk melindungi barang import tadi, TIDAK menggunakan takaful-islamic,

Adakah ia documentary credit tadi comply dengan syariah compliance/syarak?

Adakah "ia" subjek/benda/perkara/entiti yang BERLAINAN di antara documentary credit islamic + insurans konvensional? yang ''ia'' boleh DIHALALKAN?

Perumpamaan:-
adakah ia umpama nasi ayam yang halal, dari luarannya,
tetapi dalamannya ia tidak halal, ini kerana cara sembelihan ayam tadi, bukan cara islam.

sekian
terima kasih

amiro
24/01/2011
Quote
0 #13 perlindungan keretasaiful 2010-08-01 13:33
tak perlu tunggu 3 tahun.bila2 masa saja blh tukar.janji selepas insuran tamat.ncd anda blh dipindahkan.terima kasih-saiful adli etiqa takaful ( 013-3888174 )
Quote
0 #12 salam ustaz..mahiza 2010-03-25 19:33
saya dah bli keta, loan maybank islamic,tapi insuran tokio marine.yg sy tau tokio marine xda panel syariah.agent keta tu ckp lps 3thn baru blh tukar insuran lain.sy mau tukar kpd takaful.tp mcm mn,kna tggu lps 3thn ka?
Quote
-1 #11 Yusoffyusoff 2010-01-14 07:46
Ustaz, berdasarkan komen ini..nampaknya x ada bezanya dgn konvesional. Kereta kena tarik, tapi xde refund. sama la..so kat mana islamiknya...


UZAR : belajar lagi dan beli buku, baca, inshaAllah tahu bezanya.
Quote
0 #10 BSNukhwah 2009-08-18 19:52
BSN ada panel syariah... 1.adakah GIRO tu konvensyenel,da n HARAM? 2.sy ada biasiswa di dlm nya..boleh kah saya ambil ,dan tinggalkan wang faedah dlm nya? skian slm ukhwah dan ilmu dari saya... terima kasih bnyk2 sudi mjwab,Allah jer mmpu mmbls jasa baik anda skalian... amin..
Quote
0 #9 keretaazimah 2009-08-04 20:47
salam ustaz, saya nak beli keta,berdasarka n pembacaan daripada artikel2 ustaz, sy mesti pilih bank yg islam dan insuran yg halal.adakah BIMB yg terbaik untuk sy dptkan pembiayaan beli keta?

UZAR : Halal tu inshaAllah, tapi yang terbaik tu tak pasti...kena buat comparison sendiri kerana features setiap bank berubah-ubah ikut promosi dan kajian mereka
Quote
0 #8 Prinsip pembiayaanamirah 2009-05-06 06:46
Salam,

Ustaz dan rakan-rakan? ada sesiapa boleh tolong jawab? jadi, pembiayaan islam mana yang lebih baik untu kereta, maksud saya,BBA atau ijarah thummal bai?

Terima kasih
Quote
0 #7 Setahun pertama?naji 2009-02-14 06:09
Tak payah tunggu setahun. Sehari selepas pun dah boleh tukar macam yang Allah izin saya buat (cuma terlewat sebulan).
Pergi ke AmAssurance uruskan pembatalan polisi (refund akan diberikan dlm tempoh 2 minggu) dan terus ke Takaful buat polisi yang baru.
Quote
0 #6 Loan Kereta Riba: Bagaimana Nk Berhenti?AsNiza 2008-11-24 13:19
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah tahun lepas saya membeli sebuah kereta, malangnya waktu itu saya tidak sensitif soal interest..saya menyerahkan bulat2 kpd abang ipar untuk uruskan soal pembelian..saya benar2 tak ambil tahu apa2, cuma sekadar membayar dan seterusnya dpt kereta..Khilaf saya.

Kereta tersebut berharga RM 49K dan saya membayar down payment sebanyak RM 2K..(mungkin utk insuran)dan saya telah membuat loan dgn Affin Bank dan dikehendaki membayar sebanyak RM588 setiap bulan selama 9 tahun.

Adakah saya benar2 terlibat dengan riba dan jika jawapannya ya, bagaimana saya nak hentikan semua ini? Adakah cara utk berurusan dgn pihak bank atau etc?

Mohon tunjukkan jalan kerana saya sedar bukan kecik dosa riba ni (Alhamdulillah saya dah membeli dan membaca buku Ustaz: Formula Solat Sempurna)

Sekali lagi terima kasih.


UZAR : ye ia adalah riba, wajib pergi ke mana-mana bank Islam untuk refinance..cuba hubungi RHB Islamic Bank Bhd

Terima kasih kerana membeli dan membaca buku tersebut.
Quote
+1 #5 Zila 2008-06-12 22:40
Alhamdulillah...setelah 5 tahun menggunakan Insurans konvesional, hari ini saya telah berpaling arah ke takaful setelah menjadi pengunjung sedia laman web ustaz. Saya nak kongsi sikit apa yang jadi tadi. Saya dapat rasakan Allah telah permudahkan urusan saya. Sebelum pergi, saya semak cawangan takaful ni, selepas tu, saya call, pegawai tu cakap dekat dengan 7E. Setelah keluar, saya dapati, saya lupa memasukkan no phone takaful di hp saya. tawakal jer la, sampai sana..nampak la 7e..tapi tak nampak lak signboard takaful tuh..masyaAllah, parking lak full.."kak, maaf kak, perking full, tapi klau kak nak masuk dulu OK la".. pejabat takaful pun tak nampak lagi, dah kira2 nak call member kat opis, suruh buka PC n cari no phone tuh...tup2..Alhamdullillah, ada hamba Allah kuar parking...OK la..lepas parking, leh call member..dah parking..Subhanallah..pejabat Takaful ni depan parking lot saya masuk tuh... emmm saya dapat rasakan Allah telah permudahkan perkara yang baik...
Quote
0 #4 Amri 2008-01-18 20:52
Ustaz, saya dah ada loan konvensional, sekarang saya nak refinance ke islamic loan. Ada satu bank ni sediakan refinance secara islam tetapi syarat wajib dia kene langgan sekali insuran bank berkenaan.

Saya nak amik TAKAFUL, TAPI DIA KATA TAK BOLEH. kalau tak tak boleh buat refinance kete. Saya dalam dilema, nak tanggung loan kenvensional or insuran. Minta tolong ustaz bagi pendapat dan cadangan..
Quote
0 #3 scud 2007-09-07 14:25
betul...iye tak iye gak kata ustaz dalam komen Hairan...pusing-pusing pun kena batang hidung sendiri :D
Quote
0 #2 topoi 2007-08-26 16:57
"macam-macam ilmu fiqh Islam" ?? apa maksud tu..
Quote
0 #1 Hairan???Hairan 2007-08-24 22:34
Kalau sistem perbankan islam...mengapa kereta yang ditarik sepenuhnya tanpa dibayarkembali apa yang telah dibayar sebelum itu...Seharusnya bank hanya mengambil sebhgian wang daripada lelongan kereta berpadanan dgn jumlah hutang yg masih tinggal.


ADMIN ; Kerana anda beraqad dengan bank menggunakan aqad ijarah thumma al-bai, iaitu melalui dokumen perjanjian, bank telah memegang beneficial ownership terhadap kereta tu. Dari sisi Islam, ia adalah milik bank, dan disewakan kepada anda.

Justeru, bila anda tak bayar sewa, mereka tarik..ia adalah halal. adapun bayaran yg lepas kenapa tak pulang semula. Memang le tak pulang semula, sebab anda dah ambil manfaatnya bulan -bulan lepas tu.

anda kena faham macam-macam ilmu fiqh Islam sebelum merasa hairan dengan cepat.

sekian - uzar
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 92 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Perbankan & Insuran Beli Kereta Cara Islam Tapi Insuran Terpaksa Haram?