Bank Islam Lelong Aset, Tuntut
Baki Lagi : Siapa Zalim ?
Salam,
Ustaz, mengenai lelong, jika bank lslam merampas dan melelong rumah atau harta lain maka wang lebihan akan dipulangkan kepada si penggadai setelah ditolak semua baki.
Bagaimana jika kes berkurangan pula harga lelongan itu? Adakah kes boleh dikatakan bank lslam ada unsur menindas jika memaksa si penggadai yang kesempitan terpaksa pula menjelaskan baki tanpa keredaannya? SILA JAWAB SEGERA USTAZ!
-Sheikh- (Soalan melalui ruangan komen)
JAWAPAN UZAR :
Nasihat awal saya, semua pembaca mestilah membaca jawapan saya ini dengan cermat dan jangan melompat bacaan agar dapat memahami isu dengan baik.
Jawapan saya seperti berikut ;-
Pertama : Terus terang saya katakan, inilah akibat tidak membaca kontrak yang ditandatanagani dengan faham, terlalu mudah tersilap faham dan akhirnya menuding jari kesalahan kepada pihak lain.
Ia memang satu kebiasaan bagi ramai orang. Menafikan kesilapan diri dan mendakwa kesilapan sentiasa berada di sisi orang lain. Sikap sebegini perlu disemak kembali di kalangan umat Islam, jika tidak permusuhan dan pertengkaran akan semakin menjadi virus di kalangan masyarakat.
Kedua : Soalan tidak memfokuskan kepada satu jenis pembiayaan, justeru sukar untuk saya memberikan jawapan tepat dan ringkas bagi menjawab kerana tidak tahu pembiayaan apa yang dibuat dan apa aqad yang ditandatanagni.
Penyoal hanya memukul rata dengan kata-kata ‘jika bank islam merampas dan melelong rumah atau harta lain", sedangkan pembiayaan rumah oleh bank-bank islam mungkin sahaja menggunakan aqad Ijarah, Musharakah atau Bai Bithaman Ajil.
Selain itu, istilah ‘merampas' yang digunakan juga menunjukkan kelemahan besar oleh pelanggan. Bank Islam tidak merampas, mereka cuma mengambil hak mereka. Ini kerana asset tersebut telah dicagarkan oleh anda sendiri, beerti, anda telah melakukan aqad dengan bank Islam yang menyatakan
"saya cagarkan asset ini kepada bank jika saya gagal membayar hutang saya kepada bank dalam tempoh yang ditetapkan"
Sudah tentu ayat yang terdapat di dalam kontrak tidak sebagaimana yang saya jelaskan di atas kerana kontrak dibuat di dalam bahasa Inggeris dan ia bukannya dalam 2 baris perkataan seperti di atas.
Justeru, MEMBACA DAN FAHAMILAH AQAD ANDA.!!

Setiap aqad memberikan kesan berbeza dari sudut Islam. Justeru soalan ini tidak jelas disebebkan yang bertanya sendiri tidak pernah sedar apakah jenis aqad yang dimeterai. Berikut saya terangkan sedikit kesannya :-
1- Bai' Bi Thaman Ajil ( BBA)
Jika pihak bank menggunakan aqad Bai' Bi Thaman Ajil (BBA) iaitu pembelian rumah atau apa-apa aset lain dengan harga tangguh dan beransur.
Apa yang berlaku dari sudut aqad untuk produk ini secara ringkas adalah :-
- 1) Purchase Agreement atau Aqad Belian : Dengan aqad ini, pihak bank Islam membeli aset atau rumah daripada anda dengan harga RM 90,000 (contoh), Pihak bank akan membyaar secara tunai, biasanya bayaran ini akan terus disampaikan kepada pemaju atau penjual pertama.
- 2) Sale Agreement atau Aqad Jualan : Dengan aqad ini, Bank Islam akan menjual aset atau rumah tadi pula kepada anda dengan membenarkan bayaran ansuran dengan harga RM 180,000 dalam tempoh 20 tahun.
- 3) Limited Declaration of Trust & Charge : Secara ringkas aqad ini dianggap sebagai cagaran yang dilakukan oleh anda kepada pihak bank .
Atau dalam bahasa mudahnya, cagaran sekiranya anda gagal menyempurnakan hutang anda tadi (sebab anda dah beli rumah ini dari bank dengan bayaran tangguh), maka pihak bank Islam telah diberi kuasa oleh ANDA SENDIRI, untuk mengambil rumah atau aset ini untuk ‘cover' hutang anda yang tertangguh dan terbengkalai.
Sebagai contoh mudah lafaznya sekali lagi adalah "saya cagarkan asset ini kepada bank jika saya gagal membayar hutang saya kepada bank dalam tempoh yang ditetapkan"
Hasilnya jika anda gagal, pihak bank akan menjual atau melelong kepada pihak ketiga, jika harga kurang dari jumlah hutang keseluruhan anda iaitu RM 180,000. Katalah lelong itu hanya dapat RM 130,000.
Dari sudut Islam ia sangat jelas, cagaran hanyalah untuk menutup hutang anda tadi, dalam kes cagaran itu tidak cukup nilainya, sudah tentulah pihak bank Islam berhak dari sudut Syariah dan undang-undang Malaysia untuk meunut baki RM 50,000 dari anda.
Tiada zalim, tiada tindas..tiada rampas, semuanya telah dimeterai oleh anda dan dipersetujui. Jika anda tidak redha, jangan tandatangan. Itu sahaja.
Terdapat banyak sebab mengapa dokumen ini perlu ditandatangani, namun saya belum cukup masa untuk menulisnya, penerangan secara lisan lebih mudah dari menuliskannya.
2- Ijarah Thumma Al-Bai atau Ijarah Muntahiyah Bi Tamleek
Jika produk pembiayaan bank Islam itu menggunakan aqad ijarah thumma al-Bai ( sewaan yang diakhiri dengan jualan) atau diakhiri dengan pemilikan. Ini bermakna pihak bank adalah pemilik rumah atau aset itu (walaupun di dalam geran tertulis nama pelanggan, ini kerana pihak bank diiktiraf di dalam Islam sebagai pemilik manfaat rumah akibat kontrak penyerahan hak yang telah pelanggan tandatangani, iaitu ‘Limited Declaration of Trust' dan juga ‘Charge' )
Justeru pastikan kefahaman anda selaku pelanggan dengan semua aqad yang ingin ditandatangani.
Secara mudahnya, antara dokumen utama dan kontrak-kontrak yang anda akan disediakan oleh bank bagi produk pembiayaan Ijarah Thumma Al-Bai atau Ijarah Muntahiyah Bi Tamleek ini adalah :-
1) Letter of Offer atau surat tawaran ; Dokumen ini dinggap sebagai bukan aqad di dalam Islam, ia hanyalah tawaran pihak bank untuk menjalani transaski Ijarah Thumma Al-Bai atau Ijarah Muntahiyah Bi Tamleek bagi membolehkan pelanggan mendapatkan asset yang dikehendaki.
2) Purchase Agreement atau ‘Aqad Belian aset : Aqad ini adalah bukti pihak bank membeli aset atau rumah yang sedang dalam pemilikan anda, harga yang termaktub di dalam aqad ini biasanya adalah harga permohonan pembiayaan. Sebagai contoh RM 90,000.
3) Limited Declaration of Trust & Charge : Aqad ini memberikan kuasa dan hak milik manfaat aset yang dipegang oleh anda sebelum ini kepada pihak bank kesan dari pembelian aset oleh bank. Dengan termeterainya dokumen ini, pihak bank dianggap sebagai pemilik rumah dan mempunyai hak menjual rumah itu kepada anda atau menyewakannya.
Biasanya bagi mengutakan lagi hak milik bank ke atas aset, anda juga akan menandatangni dokuemn ‘charge' atau cagaran hak rumah kepada bank. Ini adalah relevan dari sudut undang-undang Negara tetapi tidak begitu diperlukan dari sudut Shariah, Bagaimanapun, kewujudannya tidak mengganggu kesahihan aqad utama kerana ia sebagai 'tabi' sahaja menurut Qawaid Fiqh.
4) Ijarah Agreement atau Aqad Sewaan : Setelah pihak bank punyai hak milik atas aset tadi, anda dan bank akan mengikat kontrak sewa (bank menyewakan aset itu kepada anda). Ini beerti dengan aqad ini anda menyewa rumah, kereta dll bentuk aset yang terbabit dari bank Islam tadi untuk tempoh 20, 25 atau 30 tahun (sebagai contoh jika ia rumah, andalah yang akan memilihnya).
Dalam aqad ini akan dinyatakan berapakah jumlah sewaan pada tahun pertama, kedua ketiga dan seterusnya.
5) Purchase Undertaking atau Janji untuk membeli aset : Ini adalah satu aqad janji yang akan ditandatangani oleh pelanggan kepada bank Islam, dengan termeterainya aqad ini bermakna pihak pelanggan telah berjanji akan membeli aset yang disewanya ini di akhir tempoh sewaan nanti, harga belian yang dijanjikan hanya akan ditentukan di ketika pembelian akan dibuat, justeru dalam dokumen janji ini, formula tertentu akan diletakkan sebagai harga belian kelak. Hal in itelah disemak oleh para Ulama Islam dan ia diterima oleh ulama dunia. Ia dinamakan 'unilateral promise' atau 'Al-Wa'd min Tarafin Wahid'.
Situasai Pelanggan Bermasalah atau Ingin Menamatkan Segera Sewaan
Dalam aqad Ijarah di atas tadi telah termaktub bahawa jika tiba-tiba anda gagal membayar sewaan bulanan selama beberapa bulan (ditentukan di dalam aqad, biasnya melebihi 6 bulan), pihak bank berhak untuk membatalkan sewaan ini dan pelanggan terikat dengan janjinya tadi, iaitu membeli aset ini dengan harga yang akan ditetapkan menggunakan formula yang telah disepakati. Cara ini adalah halal dan sah disisi Syara dan dipersetujui oleh Ulama dunia.
Jika pihak pelanggan berdegil tidak mahu membeli walaupun sudah berjanji sebelum ini. Barulah pihak bank akan pergi kepada proses lelong atau menjualnya kepada pihak ketiga.
Mengapa bank Islam layak melakukan kerja ini, ??
Jawapnya, kerana aset tadi adalah miliknya. Tidak timbul isu bank Islam merampas sebagaimana yang dituduh oleh penyoal tadi. Bank Islam hanya menjual atau melelong asetnya sendiri setelah anda atau pelanggan melanggar janji. Siapa yang zalim di sini?!
Pihak bank akan melelong aset ini kepada umum (setelah dibawa ke mahkamah atau sebelum, tertakluk kepada polisi bank), dan jika harga lelong lebih dari jumlah sewaan keseluruhan (contohnya anda bersetuju untuk sewa 25 tahun, tiba-tiba anda tersangkut membayar pada tahun ke 10,
maka Majlis Penasihat Syariah Dunia di bawah naungan Kesatuan Akaunting Islam Dunia (AAOIFI) telah bersetuju membenarkan pihak bank Islam menjual kepada penyewa yang telah BERJANJI AKAN BELI TADI (individu yang sama melanggar janji sewa ) dengan meletakkan harga menurut salah satu antara dua cara berikut :-
a- Pihak bank menjual aset tadi kepada pelanggan dengan harga jumlah terkumpul keseluruhan sewaan berbaki yang dijanjikan. Biasanya ia menurut formula yang telah disepakati oleh kedua belah pihak di awal kontrak ‘Purchase Undertaking' tadi. Bagi memudahkan kefahaman, harganya adalah ‘outstanding principal' atau sama dengan jumlah pinjaman pokok yang berbaki sahaja.
Tiada sebarang kezaliman di sini. Kedua-dua pihak telah bersteuju dan pihak bank Islam hanya mengambil harga yang sepadan dan tidak mengambil jumlah ‘outstanding profit' (menurut istilah bank konvensional) lagi. Hal ini disahkan harus menurut Syariah.
b- Pihak bank juga dibenarkan menjual aset itu kepada pelanggan atau pihak lain (melalui proses lelong) dengan menggunakan harga pasaran semasa.
Jika item (a) dibuat, kes selesai di sini, dan pihak pelanggan telah membeli terus dari bank dan kini pihak pelanggan mempunyai hutang akibat pembelian tadi.
Jika item (b) dibuat, serta wang hasil jualan lelong itu melebihi jumlah ‘oustanding principal ‘ yang dikehendaki oleh Bank, bakinya akan diserahkan semula kepada pihak pelanggan.
Namun jika harga pasarannya tidak sampai mencecah jumlah yang sepatutnya, pihak bank Islam mempunyai dua pendekatan di sini. Terdapat bank islam di Malaysia yang menghalalkan sahaja baki ini, dan terdapat bank Islam yang lainnya menuntut bakinya daripada pelanggan.
Apakah asas yang membolehkan bank Islam membuat tuntutan ini?. Jawabnya adalah janji beli yang dibuat oleh pelanggan tadi. Disebabkan pelanggan sudah berjanji ingin membeli dengan harga RM 60,000 sebagai contoh, tiba-tiba ia enggan menyebabkan bank terpaksa melelong kepada pihak ketiga hanya dengan harga RM 50,000. Justeru, pihak bank adalah harus dari sudut Syariah untuk menuntut baki RM 10,000 daripada pihak pelanggan kerana janjinya tadi.
Lihat, inilah perbincangan letak duduknya situasi soalan jika aqad berdasarkan aqad Ijarah Thummah Al-Bai.
Kesimpulan
Tindakan bank Islam untuk melelong dan menuntut baki daripada pelanggan adalah sah, menepati Syariah, tiada zalim dan tindas.
Pelanggan yang zalim kerana menafikan hak bank Islam walaupun telah mereka persetujui dengan kontrak dan janji. Fahamilah.
Banyak lagi aqad berbeza seperti Musharakah Mutanaqisha atau ‘Diminishing Musharakah', Tawarruq dan lain-lain, semuanya mempunyai kesan berbeza dan ia telah disemak oleh Ulama Syariah dan dipersetujui oleh pelanggan di awal kontrak.
JUSTERU, fahamila kontrak dan bacalah !
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
Pensyarah Syariah, Perbankan & Kewangan Islam,
Jabatan Ekonomi,
Kuliyyah Ekonomi & Sains Pengurusan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
25 Nov 2007
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Saya nk tya, tak silap saya, ustaz ada tulis tntg perkara yg saya tya ni, kalu ada bole bg link tak? Terima kasih
Maaf terdahulu kerana kecetekan ilmu perbankan.. komen saya:
Kalau lah BBA yang diakui oleh bank adalah produk Perbankan Islam yang sebenar, kenapa banyak masalah berbanding konvensional? Tak perlulah di perkatakan isu siapa bersalah.. bank atau peminjam..
dan kenapa di negara Islam lain tidak digunakan sistem BBA ini? atau BBA ni adalah produk "ISLAM MALAYSIA"?
Kalau RIBA diharamkan hukumnya kerana unsur "penganiayaan" , apakah BBA yang disifatkan produk Islam ini yang mana tidak kompetitif untuk menyenangkan atau memberi kemudahan kepada umat islam di Malaysia dalam soal pinjaman perumahan. contohnya?
kalau konvensionalmen genakan BLR 6.75% pada masa ini, kenapa tidak BBA mengenakan caj pada kadar yang lebih rendah? adakan berselindung dibalik "penjenamaan" Islamic Product , dengan mengetahu tiada banyak pilihan yang ada dinegara kita, maka bank sanggup mengambil peluang dengan peluang (dari kekurangan pilihan pinjaman cara Islam) yang ada? Kalau dah asal usul "Parent Bank" tu konvensional, keluarkan la apa-apa produk.. tetap nak menganiaya kita sebagai rakyat.
Saya tidak mengkritik Perbankan Islam, tetapi saya mengkritik sistem BBA yang ada di MALAYSIA khususnya......
KOMEN UZAR : ISLAM ITU MUDAH BAGI ORANG BERIMAN, BAGI YANG TAK BERIMAN, ISLAM ITU SUSAH..MACAM TUTUP AURAT YANG MUDAH DIANGGAP SUSAH DLL. DEMIKIAN JUGA HAL EHWAL TARSANSKAI , DISEBABKAN MUDAHNYA CARA BANK KONVENSIONAL BAGI LOAN, MAKA SEMUA ORANG DEMAND YANG SAMA MUDAH MACAM MEREKA PADAHAL ISLAM MUDAH DALAM BENTUKNYA TERSENDIRI.
BEKRENAAN BBA, SAYA SECARA PERIBADI TAK SETUJU TAPI SAY AHORMAT IJTIHAD ULAMA MALAYSIA YANG MEMBENARKANNYA ATAS BANYAK SEBAB. SO PELAJARI SDULU SEBAB TU SEBLUM KRITIK.
KEDUA, SAYA CUKUP FED UP DENGAN PENYOAL BEGINI, YANG MEMBEBANKAN KITA KERANA KETIDAKFAHAMANN YA SENDIRI. JUSTERU SAYA NASIHATKAN BUAT LEBIH STUDY BSEBLUM KRITIK BBA, ADA TEMPAT YG WAJAR DIKRITIK TAPI ADA MENGKRITIK DI TEMPAT YANG SALAH DAN MENYESATKAN ORANG YANG TIDAK FAHAM.
JIKA NAK BINCANG DENGAN SAYA BAB INI, SILA KE MPH BOOKSTORE, MID VALLEY, MEGA MALL PADA 3 FEB JAM 2 PETANG - 3 PETANG. MUDAH SAYA TERANGKAN APAKAH POINT YANG SEPATUTNYA NAK KRITIK, BUKAN BENDA KAT ATAS ITU.
islam itu indah, seharusnya apa pun yang ada kaitan dengan islam semestinya sesuatu yang indah belaka. pembiayaan islam, pendidikan islam etc semuanya mestilah yang indah belaka, or else jgn kaitkan ia dgn islam. now ustad salahkan customers tak baca betul2..seharusnya pembiayaan yang berlandaskan islam mestilah membawa kebaikan atau keuntungan utk umat islam atau sekurang2nya win win situation. abang saya baru meninggal, pihak bank islam bagi tau pada kakak ipar dia kena bayar sejumlah wang puluhan ribu..saya pun jadi terkejut kenapa tak ada insurance ke dlm pembiayaan rumah tu? kenapa pihak bank tidak menyediakan satu sisterm pembiayaan yang menguntungkan kedua2 pihak..sekarang anak yatim yang kena bayar? hak anak2 yatim di curi oleh bank islam...
dan ustad sebagai seorang yang pernah bekerja sebagai PENASIHAT di bidang pembiayaan islam, sebagai orang yang pernah punya kuasa seharusnya menasihatkan bank2 yang mengeluarkan product islam agar merangka satu sistem pembiayaan yang menguntungkan kedua2 pihak. tidak timbul isu tak baca surat perjanjian or aqad...kalau tidak lebih baiklah jgn panggil ia sistem pembiayaan islam. janganlah take advantage di atas kesedaran umat islam utk mencari yg halal keluarlah product2 islam di pasaran bagai cendawan tumbuh menggunakan term2 yang berbunyi arab tapi hakikatnya...ustad lebih mengetahui....sehinggakan ada bank yg bukan islam yang namanya pun nama bangsa asing berlumba2 nak menjual product islam kerana keuntungannya lebih dari sistem conventional yang mereka offer selama ni...tak tau lah siapa yang lebih bijak or kita memang selalu diper[censored] kan..
KOMEN UZAR : SILA CARI DI WEB NI TAJUKL "ISU PEMILIKAN : BANK ISLAM JUAL..." CARI DI SOAL JAWAB
berikan secepat mungkin..
Saya nak tanya sedikit saja ustaz, berkenaan dengan faedah tahunan yang dikenakan oleh bank Islam.
Saya baru ternampak baru2 ini(mungkin ya dari dulu lagi), yang bank Islam juga mengenakan faedah tahunan ke atas pinjaman, dan ini menggugat pemahaman saya sebelum ini yang sistem perbankan Islam ini tidak mengenakan faedah tahunan.
Pemahahaman saya ialah faedah itu dibayar sekali sahaja secara keseluruhan (keuntungan bank) yang di bahagikan kepada bayaran ansuran bulanan.
Mohoh penerangan ringkas dari ustaz apakah maksud faedah/interest tahunan yang dikenakan oleh bank Islam ke atas pinjaman.
Mungkin juga saya ni jahil dalam hal ini, sebab fahaman saya selama ini, apa saja yang melibatkan pembayaran faedah atau interest adalah riba.
KOMEN UZAR : JIKA ANDA FAHAM SETIAP KALIMAH DALAM SOALAN DAN JAWAPAN DALAM ENTRY INI , SUDAH TENTU ANDA TIDAK AKAN TANYA LAGI SOALAN SEPERTI INI. JAWAPANNYA ADALAH SEPERTI DI ATAS.
Masalah sebenar bukan sistem tp orang, contoh ada staff yg komited nak terangkan hak pengguna, tp pasti makan masa. Pengurusan mesti kata staff tak cekap.
Ada staff bank kerja asal siap, bos suka, syariah complience atau tidak, bukan masalah dia.
Paling sedih bila ada kata pelik atau tak pernah jumpa cara ni..ada proses Aqad dll
Sepatutnya sbg org Islam kita biasa / tahu dgn Perbankkan Islam, dan pelik dgn perbankkan konvensional
dan paling pelik naper la BIMB tak ambik UZAR kerja dgn BIMB, tp RHB Islamic Bank dan Qatar Islamic Bank (Asian Finance Bank ) yg lebih kenal "INTAN"
KOMEN UZAR : SAYA MEMANG TAK PERNAH MINTA KERJA DI BIMB SEBAB ITU TAK PERNAH DAPAT TAWARAN. JUSTERU, TIDAK PERLU MERASA PELIK YE.
Untuk lebih faham maksud ustaz saya sendiri melabur dan berusaha untuk jadi agent. Dalam
Taklimat agent ada diberitahu ujudnya konsep upline dan downline dimana upline mendapat 4% manakala downline dapat 2.5% ...dari jumlah pelabur pelanggan.
Saya tak nampak unsur keuntungan dari (Modal, kerja , doham) . Nampaknya saya terpaksa menarik balik pelaburan dan lupakan diri untuk jadi agent . Ramai dikalangan yang sudah terlibat mendapat keuntungan yang lumyan dan mereka juga terdiri kalangan ustaz-ustaz. Ramai pelaburnya/pelanggan pula dari kalangan dulunya melabur dalam ASB dan yang berpencen KWSP. ..penjelasan/jihat tuan diperlukan sebelum ia jadi Multilevel HAio .
KOMEN UZAR : BAGI SAYA,
1) JIKA NAK MELABUR DANA ISLAM DI PUBLIC MUTUAL. IA HALAL KERANA IA TELAH DISAHKAN OLEH MAJLIS SYARIAH MEREKA DAN MEREKA PUNYAI LESEN
2) JIKA NAK MASUK JADI AGENT DAN MENJUALNYA, JUGA HARUS TAPI YANG CONFIRM CLEAR HALAL ADALAH ANDA CARI ORANG UNTUK LABUR, THEN ANDA DAPAT KOMISYEN AS A BROKER . IA HALAL
3) TAPI JIKA NAK OVERRIDDING COMMISSION, DAN JENIS ADA ORANG BAWAH DOWNLINE, SAYA KATA SYUBHAT KERANA MAJLIS SHARIAH PUBLIC MUTUAL ISLAMIC KATA MEREKA TIDAK SEMAK SISTEM KOMISYEN ITU.
SEKIAN
Sejak 1996 saya berurusan melalui sistem perbankan Islam dan takaful, saya amat berpuas hati berurusan dan belum pernah menghadapi masalah. Yang penting saya melaksanakan janji saya untuk menjelaskan hutang mengikut masa.
Pernah lambat tapi diberi peluang menjelaskan tanpa ada bayaran tambahan. Cuma kadangkala saya hilang kesabaran bila berurusan di kaunter atau bila 'renew' takaful, selalu lambat 'service'nya tapi saya cuba tarbiah diri bahawa untuk mendapatkan sesuatu yang berkat biarlah lambat asalkan selamat.
seorg isteri telah curang (secara fizikal) dgn lelaki lain ttp sudah bertaubat. apakah dia perlu berterus-terang dgn suaminya atau diamkan shj dn berterusan bertaubat? mohon pandangan sgt2..
KOMEN UZAR : SUSAH UNTUK BERI SATU PANDANGAN, IA BERGANTUNG KEPADA BANYAK ASPEK UNTUK MENENTUKAN KEPUTUSAN.
JIKA TAK PASTI, BOLEHLAH DISENYAPKAN SAA DAN BERTAWBAT SUNGGUH-SUNGGUH.. DAN BERNAZAR JIKA BUAT LAGI, WAJIB BAGITAU SUAMI AGAR BELIAU BOLEH BUAT KEPUTUSAN SAMDA UNTUK CERAIKAN ATAU TERUS MENJADI SUAMI.
KOMEN UZAR : ACTUALLY IA ADALAH FATWA SEBAHGIAN ULAMA MALAYSIA, MEREKA KATA BOLEH JUAL RIGHT ON THE UNDERCONSTRUCTI ON ASSET. KERANA RIGHT JGA BOLEH DIJUAL BELI, SO PELANGGAN JUAL HAK (RIGHT) DAN BANK JUAL SEMULA KEMDUIAN
UZAR,
1.Bagaimana cara untuk saya kemukan soalan kpd.ust melalui laman web ini?
2. Hukum sijil simpanan premium BSN?
3. Hukum jual beli melalui internet? kita ' bank in ' bayaran kpd. penjual, kemudian penjual hantar barang melalui pos kpd. kita...aqad jual beli?
terima kasih UZAR.
Saya menghadapi masalah projek rumah terbangkalai. Umah sepatut siap 2003 sampai skrg masih camtu. Saya ambil laon guna BBA. Ikut perjanjian setelah 2 tahun saya kena full montly payment. Pada tahun 2006 saya minta kurang bayaran kerana projek masih terbangkalai. Alhamdulillah pihak bank bersetuju tetapi hanya 2 tahun. Ini bermakna 2009 sekali lagi saya kena buat full monthly payment.
Lihat pada keadaan projek tersebut nampaknya tahun 2009 masih lagi tak siap. Pihak pemaju pun macam dah nak larikan diri.
Minta padangan ustaz yang arif tentang kewangan Islam ni, apa hak atau patut saya lakukan.
Terima Kasih ustaz.
KOMEN UZAR : WALLAHU 'ALAM, WITH DUE RESPECT KEPADA PENSIAHAT SYARIAH BANK YANG ANDA AMBIL INI.
MENURUT KAJIAN SAYA, BBA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK RUMAH YANHG UNDER CONSTRUCTION KERANA BBA HANYALAH JUAL BENDA YANG COMPLETED. TATKALA ITU..SAYA TIDAK BERSETUJU DENGAN AQAD YANG TELAH ANDA MASUK INI.
YANG TERBAIK, MENGADU KEPADA PENSAIHARIAH SYARIAH BANK YANG ANDA MASUK INI.
Nak tanya & mintak pendapat..
Saya ada buat housing loan dgn bank rakyat 3 tahun lps. harga rumah 84k. Loan 30tahun jumlahnya 213k. Kemudian dah bayr ansuran lbh kurang 21k.. tapi bila semak baki full setlement ada 85k lagi.
Kenapa tlebih pulak ye... Atau mmg begitu klu kita buat loan rumah. Sesapa yang xpert psl loan rumah ni blh explain..?
KOMEN UZAR : MAAF, SAYA TAK KERJA DENGAN BANK RAKYAT. KENA RUJUK DENGANBANK RAKYAT. CALL PEGAWAI SYARIAHNYA PUN BOLEH. NAMANYA UST ZAKI
Orang Islam sendiri selalu suka cari keburukan dan kelemahan sistem perbankan Islam dan sistem kewangan Islam.
Kemudian, apabila dah jumpa keburukan tu mulalah dipukul canang satu dunia yg perbankan & kewangan Islam ni zalim, menindas, kejam dan bermacam-macam tohmahan lagi.
Sedangkan mereka yg mengeji itu langsung tak faham sistem perbankan & kewangan Islam yg sebenar-benarnya.
Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan kepada semua saudara seagama saya agar BERTAUBAT dan berhijrahlah kepada sistem perbankan & kewangan Islam. Insya'Allah anda akan mendapat ketenangan di dlm segala urusan muamalat harian anda .
Setuju klu document contract tu dlm Bahasa Malaysia.. Org biasa2 mungkin blh fhm English yang simple. Tp dlm contract tu English yg di gunakan agak advance..
Satu lagi, peg. bank / lawyer ni tolong la bagi penerangan yang sejelas2nya... Bukannya ckp...'encik sign kat semua muka surat'
'tak byk tu...' Dia suruh sign je... bukan suruh baca dulu kemudian sign...
Yang cerdik mungkin akan baca dulu.... yang x cerdik? Dah la x fhm english.. Sign bulat bulat..
Bagaimana pula keadaannya bank Islam tak nak keluarkan duit "upon enter private caveat" sebab nak tunggu sampai dah daftar pindah milik (borang 14A).
Dalam hal ini pemaju nak masuk "caveat". Untuk mendapatkan "consent to transfer" lambat lagi walhal pemaju telah membuat progress claim. Oleh sebab itu, disebabkan kelewatan bank mengeluarkan wang untuk progress payment, pembeli bakal dikenakan interest. Apa pandangan dan nasihat Ustaz?
Mudah-mudahan pihak bank amik inisiatif wat kontrak dlm bahasa melayu. Kalu pelanggan x baca gak, mmg tu cari penyakit la..
Terima kasih krn bg penerangan sebegini ustaz, kdg2 bila tanya pihak bank sbb x phm diorg kata busy byk customer la..
KOMEN UZAR : MEMANG BOLEH TAPI MASALAHNYA DI MAHKAMAH RASANYA MEREKA PAKAI ENGLISH, TU LE MASALAHNYA. SO JADINYA BAGI MEMUDAHKAN PIHAK BANK UNTUK IN LINE DENGAN KEHENDAK MAHKAMAH, MEREKA BUAT ENGLISH.
JIKA TAK SILAP SAYA LE
Tetapi, mungkin ramai rakyat sudah LEKA dan LALAI (TAKES THING FOR GRANTED) dgn "KEBAIKAN" BANK ISLAM selama ini.
Contohnya:apabi la rakyat menggunakan pinjaman
1) PINJAMAN KERETA dengan Bank Islam (walaupun 10 bulan kita tidak buat bayaran bulanan, kereta tersebut tetap TIDAK DITARIK berbanding bank lain
2)PINJAMAN RUMAH dengan bank islam(walauupun 10 bulan kita tidak buat bayaran bulanan, rumah tersebut tetap TIDAK DITARIK berbanding bank lain
TETAPI APABILA BANK ISLAM KINI MENJALANKAN TUGASNYA, MAKA RAMAI YG MELENTING MENGATAKAN BANK ISLAM KEJI,ZALIM dan KEJAM.........tapi dinasihatkan (seperti kata uzar, REFER AGREEMENT,
1)Adakah kita ZALIM terhadap bank atau Bank yg ZALIM terhadap kita?
2)Apabila Bank Islam dulu tidak agresif dan kurang daya maju kenapa rakyat tidak pernah buat aduan
"kenapa tidak tarik kereta saya" dan
"kenapa tidak tarik rumah saya".
KENAPA KINI bila bank islam membuat tugas mereka, kita hanya tahu COMPLAIN dan tak pernah hendak cerminkan diri kita dan bertanya"SIAPA YG SALAH, AKU, BANK atau ..........."(selalunya kita akan cari scape goat untuk dipersalahkan)
Saya berpendapat ramai org yg tidak berkeupayaan memahami ayat-ayat didalam S&P bukan sahaja ia dibuat dlm English malah ayat-ayat English berkait dengan law.Jadi cadnagan saya pihak bank selaku pemegang aset perlulah buat briefing berkenaan S&P ini sebelum pelanggan mereka tandatangan atau ditulis summarynya sahaja dlm bahasa yg difahami kemudian diberi kpd pelanggan.Biar semua pihak clear..saya rasa ini lagi baik.Wassalam.
KOMEN UZAR : BILA ANDA BUAT URUSAN BELI RUMAH, BIASNAYA ANDA JUGA AKAN ANDA PEGUAM ANDA, MIONTA PEUAM ANDA JELASKAN, IA LEBIH REALISTIK KERANA ANDA TELAH BAYAR MEREKA. JANGAN BIARKAN MEREKA MAKAN GAJI BUTA.
KOMEN UZAR : AKAN DIFORWARD BILA SAMPAI GILIRANNYA INSHAALLAH
RSS feed for comments to this post