Rumah Terbengkalai, Bank Islam Tuntut Bayaran : Wajarkah ?
Jawapan Oleh : Zaharuddin Abd Rahman
Salam Ustaz,
Saya menghadapi masalah projek rumah terbangkalai. Umah sepatut siap 2003 sampai sekarang masih begitu. Saya ambil loan guna BBA. Ikut perjanjian setelah 2 tahun saya kena ‘full montly payment'. Pada tahun 2006 saya minta kurang bayaran kerana projek masih terbangkalai.
Alhamdulillah pihak bank bersetuju tetapi hanya 2 tahun. Ini bermakna 2009 sekali lagi saya kena buat full monthly payment.
Lihat pada keadaan projek tersebut nampaknya tahun 2009 masih lagi tak siap. Pihak pemaju pun macam dah nak larikan diri.
Minta pandangan ustaz yang arif tentang kewangan Islam ni, apa hak atau patut saya lakukan.
Terima Kasih ustaz.
- Acek -
Jawapan
Wa'alaikumussalam,
Saya tidak punyai cukup masa untuk memberi jawapan berserta dalil dan rujukan kitab dan buku di ketika ini, Justeru jawapan dan respond ringkas sahaja yang mampu saya utarakan, ia adalah seperti berikut :-
Pertama : Saudara perlu membetulkan istilah yang digunakan, saudara sebut " saya ambil loan guna BBA". Ini adalah tidak benar, aqad yang saudara tandatangani dengan pihak bank Islam bukanlah 'loan' atau pinjaman tetapi jual dengan harga tunai dan beli semula dengan bayaran ansuran selama beberapa tahun. Justeru ia tidak sepatutnya disebut ‘loan' tetapi disebut Pembiayaan menggunakan BBA.
Kedua : Terdapat isu atau perbezaan ijtihad Shariah pada penggunaan aqad BBA bagi membiayai rumah atau apa jua asset yang sedang dalam pembinaan ‘under construction asset'.
Ini adalah kerana antara syarat jual beli barang yang dijual atau dibeli (‘subject matter' atau ‘Ma'qud ‘alayhi'), ia mestilah : -
a) Benda yang diklasifikasikan bentuk, jumlah, luas dan lain-lain berkaitan secara tepat,
b) Wujud di ketika pemeteraian aqad atau sekurang-kurangnya dibuktikan mampu serah dalam tempoh yang tertentu dekat sahaja. Namun dengan syarat pembayaran dilakukan terlebih dahulu bagi mengelakkan larangan Nabi s.a.w dari berlakunya jualan hutang dengan hutang. Kecuali jika digunakan aqad Istisna ( manufacturing contract), namun masalahnya bank islam ini tidak menggunakan aqad Istisna' tetapi mereka menggunakan aqad jual beli biasa atas konsep BBA.
c) Dimiliki oleh penjual serta beberapa syarat lain.
Ringkasan Hujjah Ilmuan Syariah Yang Membenarkan
Dalam kes BBA dan rumah dalam pembinaan, jual beli asset yang belum siap ini boleh mengundang ‘gharar' yang besar. Pada hemat saya, ia sepatutnya tidak dibenarkan oleh Shariah.
Namun demikian, para ilmuan Islam di Malaysia membenarkan atas hujjah bahawa jualan yang dibuat tadi adalah bukan jualan dan belian "rumah yang sedang dalam pembinaan yang terdedah kepada gharar" tetapi adalah "jual dan beli kontrak atau hak ke atas rumah yang didalam pembinaan". Oleh kerana hak (rights) diiktiraf sebagai harta dalam Islam menurut majoriti ulama sedunia, justeru pihak pelanggan boleh menjual hak ini kepada bank.
Saya faham hujah mereka namun, saya bersama majoriti ulama yang berpandangan bahawa hak sememangnya boleh dijual beli, tetapi ia tertakluk kepada apa yang diwakili oleh hak itu.
Jika hak tersebut mewakili hak ke atas suatu bentuk barangan emas, cara transaksi jualan hak tadi mestilah mengikut displin Islam dalam jual beli emas juga.
Jika ia adalah sebuah ‘hak cipta ke atas sebuah buku', untuk mengesahkan jua dan beli terhadap hak ini, kandungan buku mesti diteliti terlebih dahulu. Jika buku itu mempromosikan yang haram. Jualan ‘hak cipta buku' itu juga menjadi haram.
Maka dalam isu ini, hak yang dijual beli adalah hak ke atas sebuah rumah yang belum siap. Justeru, ia hanya sesuai dan diterima jika digunakan aqad istisna' sahaja. Menggunakan aqad a-bai' atau (jualan) dalam keadaan ia adalah hak kea atas sesuatu aset yang belum siap adalah sama seperti menjual satu aset yang belum ada. Ia dilarang oleh Shariah akibat gharar yang besar.
Kesimpulan, tanpa menggunakan aqad Istisna serta menepati syarat dan rukunnya, penggunaan BBA dalam hal ini boleh dipersoalkan dari sudut Shariah dan jualan hak adalah tertakluk kepada apa yang diwakilinya.

Jika berpegang kepada pandangan membenarkan
Adapun jika anda masih ingin berpegang dengan pendapat beberapa ilmuan Syariah di Malaysia yang membenarkan, ia terpulang kepada anda dan harus bagi orang awam. Namun anda perlu memhaami kesan dan kaibat jika rumah tersebut terbengkalai.
Mari kita melihat apa yang berlaku jika rumah itu terbengkalai dan siapa yang patut dipertanggung jawabkan dari kacamata Islam.
Jika kita melihat dalam proses pembiayaan BBA bagi rumah dalam proses pembinaan di Malaysia. Secara umumnya, aturan aqad atau kontraknya adalah seperti berikut :-
1) Encik Karim membayar 10 % kepada pemaju serta menandatangani perjanjian beli rumah yang dalam pembinaan (sebagai contoh harga rumah RM 100,000, ini bermakna pelanggan telah membayar RM 10,000). Ini tiada kena mengena dengan Bank Islam kerana ia dilakukan sebelum bertemu dengan bank Islam. Pihak pemaju mewarwarkan bahawa rumah akan siap dalam tempoh 2 tahun.
2) Kemudian Encik Karim akan memohon pembiayaan dari mana-mana Bank Islam. Setelah dipersetujui oleh bank.
3) Pihak bank akan membeli rumah tersebut dari Encik Karim. Justeru, satu perjanjian jual beli akan dimeterai. Harga jualan ini biasanya adalah harga pembiayaan yang diperlukan iaitu RM 90,000. Dengan termeterainya aqad ini, bermakna En Karim telah menjual hak milik ke atas rumah dalam pembinaan itu kepada bank Islam. Hasilnya, en Karim sepatutnya bertanggung jawab memastikan rumah itu akan siap dalam tempoh 2 tahun.
4) Setelah pihak bank sah memiliki hak ke atas rumah yang didalam pembinaan tersebut, pihak bank akan menjualkannya smeula kepada En karim dengan harga dicampur keuntungan, sebagai contoh RM 150,000 kerana En Karim ingin membayar secara ansuran selama 25 tahun.
5) Tiba-tiba, dalam tempoh 2 tahun yang dijanjikan siap, rumah terbengkalai akibat pemaju bermasalah. Pihak bank memberi tempoh lanjut selama 6 bulan selepas 2 tahun itu, En Karim mesti membyara harga kepada bank. Mengapa bank menuntut? Jawabnya, kerana nombor empat di atas. Iaitu bank dah jual hak milik tu pada En kari, so En Karim kena bayar lah.
Apa sebenarnya isu Shariah yang akan timbul dalam hal ini. Terdapat dua pesalah dalam hal ini. Ia seperti berikut :-
1- Pesalah pertama : Pemaju :
Ini kerana pemaju gagal menunaikan janji kepada En Karim, rumah sepatutnya siap dalam tempoh 2 tahun tapi gagal. Ini menyebabkan hak milik ke atas rumah yang dalam pembinaan itu tidak mempunyai nilai lagi, apakah nilai bagi hak ke atas rumah terbengkalai? Jawabnya, sudah tentu amat rendah. Pdahala tadi ia dijual dengan harga RM 100,000 kepada En Karim atas dasar ia akan siap dalam tempoh 2 tahun. Pemajulah yang gagal.
Dari sudut Shariah, pemaju adalah pesalah pertama dan sepatutnya memulangkan semula wang deposit 10 % En Karim dan apa juga wang tunai yang telah dibayar oleh bank Islam kepadanya bagi pihak En Karim. Malangnya, sudah tentulah Pemaju tidak akan ingin bertanggung jawab lagi.
2- Pesalah Kedua : En Karim
En Karim boleh dianggap sebagai pesalah kedua kerana dia juga menjual satu hak milik ke atas rumah dalam pembinaan yang mana nilainya datang dari nilai sebuah rumah siap, Ia dijanjikan siap dalam tempoh 2 tahun tapi En Karim gagal juga.
Tidak perlulah En Karim sibuk memberitahu kepada bank bahawa Pemaju yang silap, ia bukan urusan Bank sebagai pembeli. Pihak bank tiada kaitan dengan pemaju, kerana pihak bank Islam HANYA MEMBELI HAK tadi dari En Karim, nilai RM 90,000 itu juga datang dari nilai siap rumah. Justeru ia juga merupakan tanggung jawab En Karim.
En Karim punyai 2 pilihan di dalam Islam,
a) Membatalkan jualannya kepada bank Islam serta MEMULANGKAN SEMUA RM 90,000 kepada Bank Islam(Jika bank telah bayar semua harga). Kemudian En Karim bolehlah menuntut dari Pemaju. Ia bukan urusan Bank Islam.
b) Memohon maaf kepada Bank Islam serta meminta tangguh untuk menyerahkan rumah yang siap sebagai yang sepatutnya. Ia tertakluk kepada persetujuan Bank Islam.
c) Menanggung masalah sendiri dengan Pemaju serta menunaikan tanggungjawabnya sebagai pembeli ( lihat nombor 4, En Karim dah beli semula hak tu dari Bank Islam) iaitu terus membuat bayaran ansuran selama 25 tahun, walaupun rumah gagal siap.
Kedudukan Bank Islam ?
Asalnya, tidak salah bagi Bank Islam untuk menuntut bayaran walaupun rumah terbengkalai kerana ia bukan masalah Bank Islam selaku penjual ketiga. En karimlah penjual kedua dan pemaju penjual pertama.
Oleh kerana Bank Islam penjual ketiga, ia berhak menerima bayaran dari En Karim walau apapun yang berlaku kepada rumah itu. Kerana Bank sudah jual hak itu kepada En Karim.
Namun, bank Islam mestilah BERUSAHA MENUNAIKAN JANJINYA JUGA, IA ADALAH KERAN BANK ISLAM JUGA MENJUAL HAK MILIK RUMAH BELUM SIAP KEPADA EN KARIM. Justeru bagi membolehkan ia terima byaraan berterusan, ia sepatutnay bertanggungjawab memastikan rumah itu siap.
Hasilnya, Bank Islam juga boleh dianggap bersalah kerana sepatutnya bank Islam juga sepatutnya menjual hak milik rumah siap kepada pelanggan, bukan yang terbengkalai. Tidak tepat dari sudut Shariah bagi pihak Bank Islam untuk membuat alasan, En Karim yang silap kerana tidak menjual hak rumah yang betul.
Menurut hukum Shariah, setiap pembelian dan penjualan adalah terpisah dan tidak terikat antara satu sama lain. Tidak dibenarkan mengikat dua aqad jual beli ini. Seolah-olah bank ingin berkata,
"aku jual hak milik atas rumah yang akan siap dalam tempoh 2 tahun ini kepada kamu dengan syarat hak milik yang En karim jual pada saya telah disiapkan"
Ia akan membawa kepada gabungan aqad beli dengan aqad jual yang boleh membawa masalah Shariah.
Kesimpulan
Hasilnya, ketiga-tiga pihak mempunyai tanggung jawab dan kesalahan masing-masing. Bagi mendapat situasi terbaik, pihak bank dan En Karim sama-sama menyerbu pihak Pemaju.
Bank Islam tidak sewajarnya membiarkan En Karim keseorangan dan menunut bayaran, kerana masing-masing bertanggungjawab kerana menjual hak yang gagal ditepati siap pada tempohnya.
Dalam kes saudara, saya kira Bank Islam itu sudah dikira agak baik kerana masih memberi tempoh 2 tahun. Saudara perlu segera menghadapi pemaju.
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
Pensyarah Syariah, Kewangan & Perbankan Islam
Kuliyyah Ekonomi & Sains Pengurusan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
5 Disember 2007
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Jadi wajarkah/beranikah kita menghalalkan dan mengatakan sesuatu product itu islamic jika hanya 50% saja yg halal atau secara konsep sahaja yang Islamic tapi aplikasinya tidak, bukankah kita perlu mengikut hukum dan perintah Allah SWT secara keseluruhannya bukan separuh2?
UZAR ; separuh2 krn dalam proses disebebkan sistem sekeliling yg menghalang dan melintang, so orang islam yg buat dosa..kira separuh2 tak? adakah depa bukan islam bila buat dosa?
nak tahu wajar halalkan atau tak, kena belajar ilmu fatwa dan usul fiqh, kalau tak belajar tak akan faham walau dah diterang juta kali.
Hakikatnya bank konvensional juga begitu bahkan lebih teruk sebab based on BLR yang ada turun naik rate. Awalnya memang nampak murah, sebab nak tarik pelanggan. Biasalah kan..Tapi dah lama-lama bayar, bank konvensional akan nampak jelas lebih menidas dari bank islam.
Kenapa kalau bank konvensional bayar mahal orang tak bising??? Sebab namanya tak de islam???
Saya telah dptkan buku Panduan Perbankan Islam tapi masalah saya tak ada dlmnya..
Saya antara mangsa BBA, pemaju telah maklumkan tidak akan siapkan rumah walau progress sudah 10% dan janji akan pulangkan semula apa yg telah dibayar. soalannya pinjaman 23 tahun, projek tertangguh 8 tahun dan selama 8 thn saya bayar ansuran utk 10% yg tlh bank bayar. Cth: bank jual RM195,000.00, bank byr pemaju 10% rm12,000.00, selama 8 tahun sy dah bayar ansuran RM50,000.00++. tapi apabila sy nak cancel jualan ke bank kena bayar lg RM4,000.00. TAPI kalau saya bayar RM4,000.00 utk cancel rumah pun tak dpt. Bank dah untung banyak.. kalahkan along.. pas tu tunggu pemaju refund lg.. wow.. kat mana islamiknya.. apa pandangan ustaz
moga sentiasa dalam rahmat Allah swt.
sesudah mengikuti sebahagian dari tulisan ustaz mengenai perbankan, saya mula membuka mata tentang betapa besarnya keperluan untuk mengislamisasik an segala urusan kita khususnya dalam urusan perbankan.
saya merupakan orang awam yang jarang ada peluang untuk mendalami ilmu ini tetapi sangat berminat untuk mempelajarinya.
soalan saya, bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan senarai lengkap istilah-istilah arab serta keterangan mudah difahami yang digunakan dalam bank islam seperti ba'i istisna, istijral, wadiah, dll?
Disebabkan pihak berkuasa, undang2 berpihak kepada bank, maka rakyat yg terpaksa menggunakan bank akan menjadi mangsa jika sesuatu yg dirancang tidak berlaku seperti didlam contoh diatas rumah terbengkalai.
Sistem perbankan itu sendiri olahan barat dalam usaha membentuk penjajahan dan penindasan halus tanpa sedar, tidak boleh dilihat baik oleh mereka yang punyai phd dari mana2 universiti apatah lagi orang kebanyakan, hanya mereka yang mendapat hidayah dari Allah dan selalu berfikir sahaja yg dapat mengenalinya.
Pada pandangan saya sistem pembelian rumah dan kemudian menjualnya semula itu pun riba yang dilabelkan dengan nama Islam, umpama menyembelih babi dengan nama Allah dan menghalalkan muslim memakannya.
Wang hanya ada 3 fungsi utama, 1 - bahan perantaraan jual beli. 2 - pengukur nilai dan 3 - penyimpan nilai. Wang bukan sepatutnya diperdagangkan, bukan untuk dipinjamkan dan mendapat keuntungan diatasnya seperti yang dilakukan oleh bank2. Wang kertas itu sendiri adalah bentuk penindasan kerana nilainya tidak lagi kekal bersamanya disebabkan oleh inflasi yang punca utamanya adalah pinjaman/loan. Wang dicipta tanpa sandaran mutlak dari pihak bank.
Mengapa bank perlu ada? Kerana melalui bank lah yang kaya boleh memerah keringat yang miskin melalui pembayaran balik saham2 kepunyaan pelabur yang rata2nya orang kaya. Ini yang dikatakan perhambaan moden. Disebabkan bank lah yang kaya makin kaya dan yang miskin makin miskin.
Tak kirala bank islam ke tak islam, buat loan je automatik jadi hamba, dan keseluruhan sistem itu sendiri menindas dengan sokongan dari pihak berkuasa, persoalan wajar atau tidak sudah lama berkubur...
Wassalam
syurgadidunia.blogspot.com
1) Adakah kontrak BBA masih sah?
2) Adakah pelanggan boleh tuntut harga belian drpd Bank sekiranya terdapat jumlah pembiayaan yang belum lagi dibayar oleh Bank kpd pemaju?
3) Adakah Bank berhak utk ambil jumlah pokok+keuntunga n drpd pelanggan?
Pndgn pihak ustaz didahului dgn ucapan terima kasih.
UZAR : soalan yang bagus tetapi sukar untuk dijelaskan di ruangan ini. Perlu difahami dalam kontrak BBA, anda yang menjual rumah itu kepada bank, kemudian barulah bank menjualkannya semula. justeru menyiapkan rumah sememangnya tanggjungjawab anda dari awal. Jika rumah gagal siap, bermakna pelanggan yang salah kerana mereka menjual rumah tidak siap kepada bank.
fikirkan. dan baca kontrak
wassalam...
UZAR : JAWPAAN SAYA IKUT PROSEDUR DAN TANGGUNGJWABA DALAM ISLAM, SAMA ADA SEBELAHI PIHAK BANK ATAU TIDAK IA BERGANTUNG KEPADA PERSETUJUAN KEDUA-DUA BELAH PIHAK DALAM AQAD MEREKA.
bagi saya kesilapan konsep bba or istisna' adalah satu bab dan bank islam menuntut bayaran bagi "benda" yg dijual adalah satu bab lain.
penggunaan konsep Istisna', samada parallel or tri-partite dlm hal ini tidak dapat menyelesaikan masalah pemaju yg tak dapat siapkan rumah tersebut dan pembeli/pelanggan tetap kena buat bayaran ansuran. penggunaan konsep istisna hanya menyelesaikan masalah kesalahan akad jual beli benda yg masih dlm pembinaan. katalah transaksi diatas atas dasar parallel istisna yg mana bank beli cara Istisna dengan pelanggan yg mana pelanggan telah membeli secara istisna dengan pemaju pada awalnya. bank immediately jual balik secara istisna kepada pelanggan dgn harga mark-up. jika rumah itu terbengkalai, kesannya adalah seperti dlm keadaan BBA, yakni pelanggan masih lagi kena bayar harga jualan istisna pihak bank. lainlah kalau bank menjualnya selepas rumah itu siap yg mana ini tidak berlaku dlm kes diatas. penyelesaian masalah utk perkara diatas adalah, pemaju kena jual rumah bila dah siap dan menaggung segala risiko pembinaan.
allahu a'lam
Pandangan saya dalam hal ini, Pihak Bank patut menyerahkan wang yang dijual kepada En. Karim selepas aqad jual beli termetrai kerana seumpama En Karim telah jual haknya kepada Bank. Kemudian, pihak bank akan memberikan peluang pada En Karim untuk siapkan rumah tersebut selama 2 thn. Oleh itu, dalam masa 2 thn ini, En Karim perlu membuat bayaran berkala kepada pemaju mengikut kerja yang telah siap. Cara ini En Karim boleh menilai tahap kerja Pemaju dan En Karim bolehlah dipersalahkan jika kerja rumah tu terbengkalai. Tetapi, apa yang sebenarnya berlaku, pihak bank tak memberikan wang kepada En Karim sebaliknya menyerahkannya kepada pemaju terus. Pada pandangan saya, disini macam ada unsur 'penipuan' oleh pihak bank dan pemaju untuk menipu pembeli. Maka, saya sarankan agar pihak bank menyerahkan wang kepada pembeli dan biar pembeli yang menyerahkannya kepada pemaju. Jika rumah terbengkalai selepas tempoh yg dipersetujui, pembeli rumah yang boleh dikira sebagai penjual kepada pihak bank perlulah menyerahkan baki wang yang tidak dibayar kepada pemaju dan membayar sebahagian jumlah yang telah dibayarnya kepada pemaju kepada pihak bank secara ansuran. Cara begini bagi saya baru ada kawalan yang boleh dibuat oleh pembeli kepada pemaju dan jika berlakunya kes rumah terbengkalai, pembeli bolehlah dipersalahkan dan bebanan yang ditanggung oleh pembeli tidaklah ketara sangat. Sekian. yang baik dtgnya dari ALLAH.
Saya seorang peniaga yang memiliki kedai cermin mata. Kebiasaannya pelanggan perlu menempah dahulu cermin mata dan membayar pendahuluan, selang beberapa hari setelah cermin mata siap barulah pelanggan datang mengambilnya dan membayar baki harga jualan.
Saya berikan contoh perbualan yag sering berlaku antara saya dan pelanggan seperti berikut :
Saya : Jumlah harga semua RM500. Insya Allah akan siap dalam masa 3 hari. Encik boleh bayar semua dahulu atau bayar pendahuluan.
Pelanggan : Saya bayar pendahuluan RM100 apabila siap saya bayar bakinya.
(pelanggan memberi RM100 dan saya berikan padanya resit pendahuluan)
Saya : Insya Allah dalam 3 hari akan siap dan saya akan hubungi encik apabila cermin mata tersebut boleh diambil.
Pelanggan : Baiklah terima kasih.
Ustaz, soalan saya :
1) Adakah perbualan di atas boleh dikira satu aqad Istisna'?
2) Bilakah masa paling sesuai saya dan pelanggan melafazkan "saya jual" dan "saya beli"? Semasa tempahan dibuat atau semasa pelanggan datang mengambil cermin mata yang telah siap?
Sekian
Terima Kasih diatas kesudian memberi penjelasan mengenai isu diatas. Semoga diberkati oleh Allah.
Kalau yang islamik pun tak bertepatan dengan syarak apatah lagi yang konvensional lagi lah tak boleh diguna pakai.Saya bersetuju dengan UZAR aga penasihat sariah dan CEO Bank kena benar2 faham konsep ini. Jgn fikir nak untung je tp melanggari syarak.
InsyaAllah barulah kita nampak apa-apa perkara yang dilaksanakan mengikut hukum Islam akan menjadi cantik, manis dan kita redha menerimanya.
Contohnya dalam berpoligami ramai yang membuat pelbagai spekulasi terutama wanita dan menganggap negatif isu poligami.
Hukum poligami dijadikan modal perdebatan oleh sesetengah pihak yang mendabik dada sebagai ilmuan.
Poligami amat indah pelaksanaannya sekiranya yang terlibat memahami dan benar-benar mengambil keseluruhan isinya tetapi ada segelintir yang berpoligami tanpa ada ilmu dan merosakkan keindahan berpoligami sebagaimana yang disarankan dalam Islam.
Lantas yang dipersoalkan adalah hukum berpoligami bukan individu atau segelintir manusia yang mengambil kesempatan berpoligami. Maka demikian juga dengan banyak lagi hukum-hukum ALLAH yang amat indah seandainya diamalkan dalam kehidupan manusia tetapi dipertikaikan dari sudut negatif.
Kita sebagai khalifah di bumi ini perlu berfikir, mempertimbangka n dan mesti menerima setiap yang diperintahkan dan meninggalkan apa juga laranganNya tanpa perlu ada keraguan bahkan tiada hukum lain di dunia ini yang terbaik melainkan hukum ALLAH.
Kita perlu ambil semua bukan semata ambil yang kita suka dan ada kepentingan kepada kita dan yang mana kita rasa rugi atau kita tak suka, kita pertikaikan bahkan kita melemparkan pelbagai tohmahan, kejian dan menganggap orang yang memberi panduan berlagak pandai dsbnya. Tepuk dada tanya iman, bersediakah anda menghadapi hari akhirat kelak dengan soalan-soalan atas apa juga perkara yang anda lakukan juga atas apapun kata-kata anda
Ust Terima kasih atas artikel yang informatif ini . cuma berkennan pendapat hujah ilmuan malaysia membenarkan jual beli bagi rumah yang belum siap mempunyai alasan yang agak kukuh , kerana sehinggga sekarang projek perumahan baru di malaysia semuanya berkonsep jual kemudian buat , kecuali for sub-sale , konsep ini telah merupakan penyebab utama dispute antara pemaju dan pembeli . Masalah ini telah berjaya di selesaikan di England setahu saya apabila mereka telah mewajibkan konsep siap buat , baru jual.....atau ust ade alternatif lain dalam menyelesaikan isu ini?
KOMEN UZAR : DALAM FIQH ISLAM, JIKA NAK JUAL ASET DALAM PEMBINAAN, KITA MESTI KENA GUNA AQAD BAI ISTISNA, BARULAH TEPAT. ITULAH ALTERNATIFNYA
membaca sampai pertengahan, saya rasakan Ust bagai seorang peguam, sampai dihujung, Ust telah menjadi hakimnya
...............
tak ada ke peraturan yg menetapkan bhw aqad BBA HANYA dibenarkan utk rumah yg TELAH siap dan ada CF?
projek yang belum siap mestilah ada syartu jazai, adanya penalti yg akan dkenakan pd pemaju, jika gagal ikut perjanjian.
Seharusnya kita mendalami dan memahami dari pelbagai aspek bukan sekadar menilai apabila kita merasa rugi.
Cuba anda renungkan apabila kita membayar zakat yang merupakan kewajipan kita tapi kita tak nampak secara fizikalnya apa yang kita perolehi apabila kita mengeluarkan sekian-sekian tapi kita tetap melaksanakan kewajipannya kerana kita memahami konsepnya.
Begitu juga apabila kita diminta membayar cukai, manfaatnya walaupun bukan untuk langsung kepada kita tapi disalurkan kepada yang memanfaatkan masyarakat bersama.
Benarlah, dalam sistem perbankan Islam samada pembiayaan atau pelaburan, bukan sekadar untung rugi kita titikberatkan namun punca dan ke mana serta bagaimana cara ia dilaksanakan mengikut lunas-lunas syariah.
Untung sekalipun atau bonus berganda kita dapat tapi kalau puncanya haram disalurkan pun ke tempat haram, berkatnya tiada bahkan kita pula menanggung dosa.
Fikir-fikirkanlah dan jangan sekali-kali kita mempertikaikan sesuatu tanpa kita benar-benar tahu dan khatam ilmunya. Rujuklah Al-Qur'an, hadis, kitab-kitab sahih dan ulama syarie yang benar.
Dah tu ada yg dah siap..CF pula tak de..Undang-undang perumahan juga mesti menekankan soal ini dan saya setuju pendapat, hanya pemaju yg ada fulus yg kuat sahaja boleh mengambil projek rumah ini. Allahu'lam.
Apa yang dimaksudkan dengan aqad Istisna?
KOMEN UZAR : ERTINYA 'MANUFACTORING CONTRACT: ATAU AQAD TEMPAHAN UNTUK MENYIAPKAN SESUATU ASET SEBAGAIMANA SPESIFIKASINYA.
SBG CITH NABI SAW PERNHA MENGGUNAKAN AQAD INI KETIKA MEMBELI SEBENTUK CINCIN YANG PELRU DI BENTUK MENURUT CITARASA NABI SAW,. TATKALA ITU, AQAD PEMBELIAN NABI ADALAH ASAS KEPADA AQAD TEMPAHAN SESUATU YANG WILL BE MANUFACTORED IN ACCORDANCE TO CERTAIN SPECIFICATIONS AND DESCRIPTIONS.
Saya masih menganggap BIMB melaksanakan dasar yang menindas peminjam walaupun tiada riba!!
AKu stuju dgn syarat jual beli mestilah bebas dari gharar...
aku banyak belajo dari laman web nie
Saya minatla nak buat tesis tajuk berkaitan rumah tbengkalai ni dr sudut syariah dan undang terhaadap pembeli pemaju dan pembiaya...komen skit ust
KOMEN UZAR : BAGUS CADANGAN TU. TERUSKAN
Mana boleh jual rumah belum siap? Betul kata Jai, tak de duit, tak boleh jadi developer patutnya. Patutnya, biar developer je deal dgn bank. Dah siap, baru jual.
Now govt dah ura2 nak buat konsep baru, bina dulu then jual. Harap terbela nasib kita pengguna ni.
So isu ni tak de kaitan dgn keislaman bank tu. Bank konvensional pun akan bertindak macam tu, tak de belas kasihan langsung.
At least bank Islam ni tak de charge lewat bayar dan boleh dibawa berunding. Cuba discuss dgn bank dan pada masa sama cari buyer2 lain, tubuh persatuan, bertindak ke atas pemaju.
Make sure rumah tu disiapkan juga, by hook or by crook. Dont let them go just like that. They are all opportunist.
Saya sudah membaca keseluruhan dan mempunyai perasaan begini: seolah-olah membeli rumah dan/atau mendapatkan pembiayaan Islamik adalah suatu perjudian, sekiranya tiada kepastian bahawa pemaju akan melaksanakan tanggungjawabny a yang sepatutnya.
Seolah-olah ia adalah keadaan gharar yang tidak dapat dielakkan.
Saya juga mempunyai perasaan bahawa setiap individu yang ingin membeli rumah memerlukan perlindungan dari segi undang-undang sekiranya pihak pemaju melakukan kesalahan.
Memandangkan Ustaz pakar dalam kewangan tetapi bukan perundangan (kalau pakar juga lagilah bagus :-)), saya minta ustaz jelaskan clause clause penting yang perlu ada di dalam perjanjian-perjanjian yang terlibat dalam pembelian rumah agar individu pembeli mendapat jaminan yang sepatutnya demi menjamin keadilan dalam keadaan keadaan yang tidak diingini.
Terima kasih. Wassalam.
KOMEN UZAR : BUKAN PERJUDIAN, SEMUA BENDA YANG DALAM PEMBINAAN ADA RISIKO..IA ADALAH RISIKO YANG SIHAT . CUMA PENGGUNAAN AQAD BBA DALAM PEMBLIAN SEBEGINI YANG MENIMBULKAN MASALAH.
MENURUT CARA YANG BETUL, SEPATUTNYA DI GUNAKAN AQAD ISTISNA..IA PUNYAI CIRI-CIRI YANG MENJAMIN KEADILAN BAGI SEMUA PIHAK DENGAN LEBIH BERKESAN.
ANDA MENGATAKAN " seolah-olah membeli rumah dan/atau mendapatkan pembiayaan Islamik adalah suatu perjudian, "
INI ADALAH SATU KESIMPULAN YANG TERLALU BESAR KESALAHANNYA. IA SEOLAH-OLAH MACAM INGIN MEMUJI KONVENSIONAL SECARA UMUM. PADAHAL PINJAMAN RIBA KONVENSIONAL TERLALU JAUH KEBURUKANNYA.
APA YANG DISEBUTKAN BOLEH DISELESAIKAN JIKA PENASIHAT SARIAH MASING-MASING DAN CEO BANK BENAR-BENAR FAHAM KONSEP APA YANG MEREKA GUNAKAN
Kebetulan rumah saya pun menghadapi masalah terbengkalai juga..Patut tetap kan rumah dh siap shj baru boleh di jual.
Xde duit jgn buat projek perumahan..
Kalau berterusan begini mmg sakit nk bayar duit bulanan..
Pd yg gaji besar boleh lah hadap,tapi yg x berkemampuan abis la suma kene bayar tapi rumah xsiap-siap..
RSS feed for comments to this post