VCD Penting Bongkar Rahsia
Kiraan Di Bank Islam Lebih Baik
- Yang Jarang Diketahui Orang Awam Tetapi Difahami Oleh Businessman Non Muslim-
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Bagi sesiapa yang tidak mampu untuk ke kursus kewangan Islam saya atau mana-mana penerangan perbankan dan kewangan Islam yang saya bentangkan di seluruh Negara. Atas sebab-sebab tertentu, saya juga tidak ada kesempatan lagi untuk menganjurkan kursus kewangan Islam.
Namun, kini ada cara untuk anda mendengar info yang saya sampaikan. Iaitu melalui rakaman langsung dari Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi ini.
Jalan Keluar
Jika anda menghadapi kesukaran memberi faham kepada ibu bapa, sahabat handai, kemungkinan vcd ini berguna untuk menyakinkan mereka.
Penerangan dalam vcd ini tidak hanya terhad kepada hujjah-hujjah dan dalil-dalil Al-Quran dan Hadis sahaja, malah ia juga mempersembahkan hujjah kira-kira matematik yang diulas dalam bentuk mudah serta mampu difahamai oleh orang awam.
Sesungguhnya ia adalah satu kebenaran yang tersimpan dan tidak jelas termasuklah di kalangan pegawai dan kakitangan bank-bank Islam sendiri, apatah lagi orang awam.
Salah Satu cara Penyebaran Info
Oleh kerana isu ini agak sukar untuk diterangkan dengan ringkas, setelah menggunakan jalan web site ini, ceramah dan kursus secara live, tulisan di akhbar dan majalah, kini saya memanjangkan lagi jalan penyebaran info untuk membetulkan salah faham ini dalam bentuk vcd.
Justeru, VCD ini diterbitkan untuk menyelesaikan segala salah faham yang wujud di kalangan anggota masyarakat mengenai sistem perbankan Islam. Ramai yang beranggapan bahawa sistem ini zalim dan tidak menguntungkan.
Hakikatnya, ia bukan sahaja halal untuk diguna pakai, malah tidak langsung bersifat menindas sebagaimana sistem riba' yang diamalkan secara menyeluruh dalam sistem kapitalis yang dianjurkan oleh negara Barat.
VCD ini membongkar segala yang tersurat dan tersirat dalam sistem riba', di samping turut membuktikan bahawa system tersebut bukan sahaja haram, tetapi juga menindas pengguna dengan meletakkan faedah@bunga yang jauh lebih tinggi
daripada jumlah yang sepatutnya. Menariknya melalui rakaman ini, segala fakta turut diselitkan dengan sistem perkiraan yang jelas dan mudah difahami.
Antara isu yang disentuh di dalam vcd ini :-
1) Kesan buruk dari sudut spiritual akibat keterlibatan dengan pinjaman riba rumah, kereta dan lain-lain
2) Mengapa bank Islam ambil untung lebih dari dua kali ganda?
3) Mengapa jika anda selesaikan baki sebelum tempoh akhir, tetapi masih kena bayar harga penuh kepada bank Islam. Apa pandangan Islam?
4) Bukti pembiayaan bank Islam lebih murah berbanding konvensional.
5) Bukti pinjaman konvensional adalah amat menindas dari sudut sipitual dan kira-kira sebenar walaupun kononnya bayaran bulanannya lebih murah.
Kualiti suara dan visual adalah sederhana, visual terang dan jelas cuma tidak seperti kualiti kamera besar oleh televisyen, kualiti suara boleh didengarai walalaiun tanpa hear phone namun ia tidak sejelas rakaman di studio. Walaupun cover yang dipaparkan color, namun cover yang sebenar adalah hitam putih sahaja. Namun isi lebih penting dari cover.
Jika anda berminat, boleh dapatkannya dengan cara berikut :-
HUBUNGI TELAGABIRU SDN BHD di
No. 28, Jalan Tembaga SD 5/2A,
Sri Damansara Industrial Park,
52200, Kuala Lumpur.
Phone
Semoga Bermanfaat
Sekian
ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
7 Mac 08
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
UZAR : tak semua, bergantung kpd bank.
1)SAYA PINJAM BANK ISLAM SELAMA 10THN PADA 28/1/08 SEBANYAK RM30K DAN BUAT FULL SETEL DALAM MASA 15 BULAN IAITU 31/5/09 DAN SAYA CUMA PERLU BAYAR RM 27,884.48
2)PINJAMAN KEDUA SAYA DENGAN BANK RAKYAT PADA 9/5/08 SEBANYAK 30K DAN BUAT FULL SETEL PADA 19/5/2009 DAN BAYARAN YANG DIPERLUKAN ADALAH RM 27,790.22
3)ISTERI SAYA PINJAM DENGAN AMISLAMIK BANK RM 68,000 PADA 14/1/08 DAN SAYA BERCADANG UNTUK BUAT FULL STELMENT PADA 30/10/09 TETAPI BAKI MENCECAH RM 68,100.
SAYA SUNGUH KELIRU DENGAN SISTEM YANG DIGUNAKAN OLEH AMISLAMIK BANK,.DAN PERNAH BERTEKAK DENGAN PEGAWAI TENTANG SISTEM MEREKA TIDAK SAMA DENGAN BANK ISLAM DAN BANK RAKYAT,.
SAYA MEMOHON JASA BAIK USTAZ AGAR MEMBERI PANDUAN KEPADA SAYA JALAN YANG TERBAIK UNTUK MENYELESAIAKAN MASALAH INI..
BAGI SAYA SISTEM AMBANK BUKA LAH ISLAMIK DAN BERTOPENGKAN ISLAM,.ISTERI SAYA TELAH BAYAR LEBIH KURANG RM 20K MELALUI POTONGAN ANGKASA TETAPI BAKI MASIH TIDAK BERKURANG MALAH BERTAMBAH,.
SAYA BETUL2 INGIN SETELKAN SEMUA HUTANG SAYA DAN ISTERI DAN TIDAK MAHU TERLIBAT DENGAN RIBA AMISLAMIK..ustaz ini email saya syukran_5461
UZAR : pertamanya am islamic bank ada mempunyai majlis syariah mereka sendiri, justeru untuk mendakwa riba am islamic bank,ini bermakna sdr telah mendakwa tuan lebih berkelayakan dari sudut fiqh islam berbanding semua ahli majlis syariah am islamic bank.
Kedua : Untuk sdr mendakwa tertindas dan teraniayia juga sukar untuk saya terima, kerana semua cara kiraan telah dimasukkan dalam kontrak. dan sdr sendiri yang telah menandatanganin ya tanda restu dan redha. Justeru adalah tidak tepat untuk menkdawa bank tu zalim sedangkan sdr sendiri yang tidak membaca dengan faham inti kontrak yang ditandantangani .
ketiga : sdr kena faham juga mengapa caj sedemikian dituntut oleh bank islam terbabit. Untuk itu, rujuk kontrak dan tanya lawyer .
keempat : tindakan sdr untuk early settle secara kerap juga tidak sihat krn menunjukkan seperti ada elemen spekulasi dan arbitrage.
Kelima : jalan terbaik untuk selesai masalah tu adalah meneliti semula kontrak dan memahami adakah terdapat rebate yang boleh sdr mohon dari bank islam terbabit.
belajar menaip dengan menggunakan tatabahasa yang betul dulu.
sakit mata dan sakit hati orang baca cara menulis pakai singkat-singkat ni.
Saya ni baru je tmt sklh Menengah, n skng ngh tnggu twrn utuk ke Matriks, untuk ambil Aliran Sains, tp, saya nk la jugak cr duit sndiri smntara saya tk ada apa nk wat...tp saya tk tau cam ne nk mulakan...saya da cuba guna google adsense untuk dptkan income untuk blog yg sy wat -> royalgsdestiny.onsugar.com
Tp, account adsense saya da disable. saya tk tau knapa, n duit dlm tu pun tk dptla nk kuarkan...saya ni bknla mata duitan, tp saya nk buktikn pada kakak saya yg smbng tu bahawa saya pun bleh mnjana pndptn sndiri, n saya ni bknla [censored] sprti yg dia slalu kata...saya nk buktikan yg saya ni bleh! Saya ada kmahirn, tp knala fhmkn dulu tntng sesuatu, buktinya ada blog yg saya wat.
Niat saya yg prtama apabila dpt jana pndapatn sndiri adlh saya nk hntr kdua2 ibu bapa saya mnunaikan Haji di Mekah..tp Ustaz n rkn2, smpai saat ni, saya...masih tk jumpa krja/business kt internet yg bleh bntu saya buat duit...saya da buntu...nk krja kt luar pulak skng da susah..parents pun tk kasi lagi cuz jauh n tk ada knderaan..Jika Ustaz atau rkn2 yg len ada cdngn atau pluang pkrjaan yg bleh saya lakuakn, blehla hntrkannya kpd saya di -> Royal_Faris@yah oo.com
atau reply je msg ni k? ^_^
Terima kasih smua...slm...
p/s: Ustaz, ada sedikit kesalahan di dalam peletakan link Telaga Biru di artikel itu. Ia menghala ke link ini: www.zaharuddin.net/.../, sedangkan link yang sebenarnya adalah ini: telagabiru.net.my/.../....
UZAR : VCD INI BOLEH DIBELI DARI TELAGABIRU.Cuba hubungi mereka. berkenaan link tu memang ada masalah sikit. Ia kerap jadi begitu.
Saya Sokong Ustaz..
UZAR |: CARIU DI KEDAI BUKU MPH ..ATAU HUBUNGI TERUS PENERBIT DI WWW.MILLIONAIRESPLANET.COM
Saya keliru dengan Pinjaman Perbankan Islam dan Pinjaman Perbankan Bukan Islam. Saya merancang untuk buat pinjaman bank Islam, tapi hati saya sendiri tak senang bila fikir tentang riba'.
Adakah pinjaman melalui perbankan Islam halal?
Untuk makluman ustadz saya dah survey beberapa bank berkenaan personal loan, spt Al-Rajhi, Bank Islam, OCBC, RHB, Bank Rakyat, dll.
Saya pernah dengar dalam satu ceramah di mana pinjaman bank Islam ini dibolehkan denagn syarat diakadkan.. Wallahua'lam.
Tetapi,
Saya sendiri masih mencari maklumat dan hujah, supaya senang hati saya.. kalau mahu buat loan. 'Senang di akhirat, baru senang di dunia' insya-ALLAH.
Mudah-mudahan..
Terima kasih
ContactMuzzammi l1444
UZAR : TAHNIAH ATAS USAHA DAN SENSITIVITI YANG BAIK.
CUMA DARI SOALAN SDR KELIHATAN SDR MEMANG TIDAK TIADA BASIC TENTANG PRODUK BANK ISLAM DAN BEZANYA DENGAN BANK RIBA..
JUSTERU, SEMUA PENERANGAN PERLU START FROM THE VERY BASIC, UNTUK ITU..RAJIN-RAJINKAN DIRI SAMADA MEMBACA ILMU DI WEB INI, BUKALAH BAHAGIAN2 YANG RELEVEN...IA PERCUMA. JIKA SUKAR, BACALAH BUKU WANG ANDA DAN ISLAM..
MOGA DIBERIKAN KEFAHMAN OLEH ALLAH.
UZAR : MOGA ALLAH MENGAMPUNKAN, TAPI DALAM SURAH BAQARAH DISEBUT.."SESIAPA YANG KEMBALI TERLIBAT DENGAN RIBA SETELAH PENGHARAMANNYYA AKA KEKAL DI DALAM NERAKA"
BERHATI-HATI LAH DAN POHONLAH DOA DAN PENGAMPUNAN..
Saya bekerja dalam bidang audio visual. Company sayai namanya Bahtera serantau sdn bhd. Maklumkan pada saya jika Ustaz mahu coverage yang lebih baik dari segi quality audio visual. Ianya penting untuk kita rakam dan di jadikan DVD atau VCD master. Multimedia presentation lebih ramai peminatnya dari membaca buku. Cetakan minimum 1 ribu keping. dengan tawaran harga berpatutan. Kami ingin pendapatan halal juga. Sekian wassalam
bahteraserantau .sb
UZAR : TERIMA KASIH ATAS INFO..SAYA AKAN HUBUNGI BILA PERLU NANTI
Saya berminat nak dapatkan VCD kursus SOLAT, adakah terdapat VCD dkeluarkan hasil drpd kursus penghayatan solat yg telah dianjurkan.
Semoga ramai mndpt manfaat drpd usaha yg murni ini.
UZAR : MAAF, VCD KURSUS SOLAT TIDAK DIKELUARKAN ...
UZAR : HMM , SAYA PUN TAK PASTI..MUNGKIN KERAN ARAMAI SGT YG TRANSFER DALAM SATU HARI, SO MEREK ABLOCKED..BOLEHTRANSFER KE AKAUN RHB BANK ATAU BANK ISLAM SAYA.
saya pun memang masuk dalam kategori 'silent reader', tapi memang dah lama follow setiap artikel dari ustaz, dan insyaallah, more to come...
Saya baru sahaja selesai bank in kan kepada akaun maybank ustaz, dan sebentar lagi saya akan fax kan details kepada ustaz beserta resit pembayaran.
SyukranJazilan ya ustaz
Adakah VCD ini sama dengan DVD yg tajuknya hampir sama (Perbankan Islam Zalim??) yang dibuat di Surau An-Nur Bangi pada 22/1/2008 lepas? Saya sudah pun beli DVD tu masa kursus solat di UIAM 2 Mac lepas. Sudah tengok mmg sangat bermanafaat sekali. Kalau sama dan sebijik tak perlu lah saya beli VCD nie lagi. Harap dapat clarification dari ustaz.
JKK
UZAR : SAMA..COVER JE LAIN
ustaz, knp dah tak buat khusus kewangan dan perbankan? sy teringin sgt nak pergi.
satu lagi tlg la update website ni especially khusus kewangan terkini coz kerana terlalu excited sampai sy tersalah tahun. ingatkan 2008 rupenya 2007.. dari ktn sy datang ke kl smata2 nak menghadiri khusus tu. nasib baik yuran tu dpt refund sbb pakai duit majikan..
harap orang lain tak tersalah jugak la. tq
UZAR : KURSUS KEWANGAN JIKA DIBUAT MUNGKIN AKAN MENGULANG BANYAK PEMBENTANGAN SAYA DI PELABAGI TEMPAT BERKENAAN KEWANGAN ISLAM. JUSTERU SAYA TIDAK MAHU PESERTA RASA KURANG PUAS HATI DENGAN KANDUNGANNYA, MALAH KANDUNGAN KURSUS ITU KEBANYAKAKAN ADALAH KANDUNGAN BUKU SAYA.
KURSUS KEWANGAN YANG TERAKHIR ADALAH PADA 15 MAC INI DI YAYASAN AL-KHADEEM, IA DIBUAT DALAM BAHAASA INGGERSI DENGAN BUKU WANG ANDA DAN ISLAM SBGI SILIBUSNYA
beli 10 ada diskaun ke?
UZAR : INSHAaLLAH ADA.
UZAR : SAYA TELAH SENARAIKAN DI SEBEELAH WEB INI. CUBA LIHAT
pe maksud petikan nie uzar? sy xbrape nak jelas la..
UZAR : HMM.. MAAFLAH BAHASA NAK CEPAT SEBELUM PERGI UNDI SEMALAM. MAKSUDNYA INFO YANG SAYA DEDAHKAN INI TELAH DIKETHAUI OLEH USAWAHAN CINA SEHINGGA MENYEBEBAKAN MEREKA SUKA KEPADA BANK ISLAM, NAMUN ORG ISLAM KITA TAK TAHU MENYEBABKAN MEREKA SELALU KRITIK.
bayar guna online banking boleh tak ustaz?
UZAR : YE BOLEH
Sekiranya dakwaan pembeli betul, bahawa "VCD" tersebut adalah sebenarnya "DVD," maka saya mencadangkan agar dibuat label baru (atau mungkin label tampalan) untuk menyatakan bahawa barang yang dijual adalah "DVD."
Atau mungkin juga boleh diselitkan kertas maklumat tambahan di dalam envelope, apabila DVD tersebut dipos kepada pembeli.
Sekian, terima kasih.
Pada 27 feb, sy juga dah bank in rm24 juga dalam akaun maybank wadiah untuk pembelian buku "wang anda dan Islam".mungkin cetakan terkini baru saja keluar, belum lagi sampai pada saya.so, kalau boleh pos sekali je la buku & vcd tu sekali.Di kawasan saya ni sukar untuk fax,perlu ke bandar baru la dapat fax.So, maaf la kalau sekadar sms sahaja pada puan aslina.Apa pun tq very much atas usaha uzar banyak menyedarkan sy tentang isu2 terkini dalam apa jua isu. satu lagi perkara, saya terlupa minta izin sebab banyak guna info uzar (copy & paste) dalam khutbah jumaat yang saya smpaikan d sini. Semoga uzar halalkan dunia akhirat. Last sekali, nak mintak izin jugak untuk yang akan datang (insya Allah kalau panjang umu). jazakallahukhoi ran kasiran... ALLAHUAKBAR!
Ni maklumat saya:sad:uzar tolong delete maklumat saya ye, sekadar untuk info uzar sahaja, tq) MOHD ADIF ANSARRY BIN DAUD KAIYIN,
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU PUTEH,
W.D.T 312,
90200 KINABATANGAN,
SABAH.
0193633817
UZAR : dah cuba semua 13 bank islam ka dan beberapa belas windows.?
Selama ni sy mmg tercari2 bahan2 rujukan utk membandingkan perbankan islam & konvensional. Tp, lbh byk bahan ttg bank konvensional berbanding bank islam. Klu ada pun ttg bank islam, maklumatnya kurang terperinci.
Sy selalu juga baca tulisan ust di Harian Metro. Alhamdulillah, setakat ni sy senang faham dgn apa yg ust sampaikan dlm tulisan tersebut.
Dgn adanya VCD ni, semoga ia akan memberi manfaat kpd sy & semua orang yg mendengarnya.
RSS feed for comments to this post