Inginkan Pinjaman Betul-betul
Free Dari Bank Islam?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Hari ini saya ada sedikit masa untuk ke beberapa buah bank dan menguruskan permohonan charge card Islam. Bank pertama yang sempat saya pergi dan membuat permohohan adalah Ar-Rajhi Bank Malaysia.
Berbekalkan semua dokumen-dokumen yang diperlukan, permohonan telah selamat dibuat. Sejurus selepas itu saya pergi ke sebuah lagi foreign bank yang mempunyai produk Islam, bank ini juga mempunyai kad caj islam mereka sendiri, sekali lagi saya memohon disebabkan ia mempunyai sesuatu yang tidak ada pada kad caj AR-Rajhi.
Bersama ini saya kongsikan beberapa kelebihan kad caj Ar-Rajhi dan kekurangannya dan juga sebuah kad caj bank lain .

KELEBIHAN KETARA KAD CAJ RAJHI ( GOLD CARD )
Berikut adalah beberapa ciri yang perolehi hasil penerangan pegawai yang terbabit semasa memohon kad ini :-
Caj Tahunan bagi kad klasik dan emas
RM 70 sahaja
Caj bagi pengeluaran wang melalui kad caj
RM 10 setiap kali keluar (RM 1500 maximum sekali pengeluaran)
Jumlah Maximum
Dua kali ganda gaji, RM 12,000 (Gold Card jika gaji RM 6000), RM 4000 (Classic), namun jika gaji anda RM 10,000 beerti anda boleh dapat menggunakan RM 20,000
Jumlah ‘Cash Advance' yang dibenarkan
50 % dari jumlah minima atau maksima.
Jumlah Maximum
Bergantung kepada persetujuan dan kekuatan kewangan anda.
Tempoh mesti bayar semula
55 hari
Jika lewat bayar
Tiada penalti sama sekali namun surat amaran diberikan dalam tempoh lebih kurang seminggu lagi dan sehinggalah 90 hari barulah pelanggan dianggap NPL. Tatkala itu surat mahkamah menyusul.
Namun ingatan saya, janganlah menyalahgunakan kemudahan tiada penalti ini. Pegawai Rajhi memberitahu saya ramai termasuk orang Islam yang sengaja lewatkan lagi bayaran kerana tiada penalti dikenakan. Sehingga hampr 90 hari barulah ingin membayar. Ramai yang kerap marah-marah kepada bank Islam, tetapi anda lihat sekarang.
Apabila bank Islam seperti Rajhi ini ingin memperkenalkan sesuatu yang sangat baik untuk pelanggan, ada yang 'jahat' dan menyalahgunakannya. padahal mereka punyai wang yang cukup untuk menyelesaikan hutang mereka dalam tempoh 55 hari. Nabi s.a.w mengkategorikan orang berduit yang sengaja melewatkan bayaran hutang sebagai 'ZALIM', BERDOSA serta layak diberikan hukuman.
Akibat sifat kurang baik orang ramai ini, Rajhi sudah mula keberatan untuk kempen hebat-hebat kad ini kerana bimbang lebih ramai yang berniat jahat sebagaimana di atas.
YANG PERLU DIFAHAMI
Jika anda melihat sepintas lalu dari info diatas, sebenarnya kad caj Rajhi boleh dijadikan sumber modal perniagaan yang baik. Ini kerana anda dibenarkan untuk membuat pengeluaran wang dari mana-mana mesin ATM Rajhi, 50 % dari jumlah minimum (namun ini tidak tetap, kemungkinan pihak bank boleh memberikan anda jumlah yang lebih banyak dari ini, kerana RM 12,000 hanyalah jumlah minimum bagi pemegang GOLD CARD).
Ini bermakna jika anda punyai gold card anda boleh membuat pinjaman mudah paling minima TANPA SEBARANG RIBA SEBANYAK RM 6,000 dan wajib bayar semula pinjaman ini dalam masa 55 hari. Anda cuma dikenakan caj pengeluaran melalui mesin sebanyak RM 10 bagi setiap keluaran.
Maka dalam konteks ini, untuk mengeluarkan RM 6,000 (bagi pemegang gold card), anda perlu mengeluarkannya dari mesin sebanyak empat kali beerti RM 40 sahaja. Caj seperti ini adalah halal dikenakan oleh Ar-Rajhi kerana ia adalah kos khidmat mesin semata-mata dan tidak dinisbahkan dengan percentage kepada jumlah wang yang dikeluarkan.
Dengan wang sebanyak itu, dengan mudah anda boleh membeli saham yang berpotensi untuk naik dalam tempoh sebulan dengan menggunakan wang ini, dan seterusnya menjualnya dan memperolehi keuntungan bersih dan halal selagi mana cara beli saham dan kaunternya adalah halal. Atau boleh juga melabur di mana-mana pelaburan yang anda yakin dan berpotensi serta halal. Namun wajib menjauhi sebarang pelaburan cepat kaya atau pulangan tetap yang diharamkan.
Lalu sebelum sampai tempoh 55 hari yang ditetapkan , anda boleh menyelesaikan semua RM 6,000 yang dikeluarkan sebelum itu. Dan anda telah perolehi untung (jika saham yang anda beli betul dan naik harganya, jika turun, anda rugi dan tanggung hutang la ye)
KELAMAHAN KAD CAJ RAJHI
Menurut pandangan saya kelemahan mereka adalah :-
a. Cara bayar semula : mesti melalui kaunter atau mesin di cawangan-cawangan sedangkan cawangannya masih belum begitu merata.
b. Tidak punyai internet banking
c. Pendapatan minima untuk perolehi kad agak tinggi iaitu gaji RM 3000 sebulan untuk kad klasik dan RM 6000 untuk kad emas.
KAD CAJ SEBUAH FOREIGN BANK YANG PUNYAI PRODUK KAD CAJ ISLAM ( MASTERCARD).
Atas sebab-sebab yang memerlukan, saya juga memohon sebuah lagi kad caj dari sebuah bank international yang mempunyai kaunter Islamnya. Namun setelah dibandingkan dengan kemudahan yang disediakan oleh Ar-Rajhi Bank, nyata jelas produk Rajhi lebih menarik. Malah bank ini juga kelihatan mempunyai beberapa isu yang boleh kurang menarik jika dilihat dari sudut Shariah.
Caj tahunan untuk gold card
RM 160
Caj Tahunan bagi kad klasik
RM 80
Caj bagi pengeluaran wang
RM 60 bagi setiap RM 1000 (tidak termasuk caj mesin)
Jumlah 'cash advance' yang dibenarkan
Tahun pertama 30 % dari jumlah maximum, tahun kedua 40 % dan seterusnya.
Jumlah maximum pengeluaran
2 ke 3 kali gaji anda
Tempoh bayaran semula
20 hari,
Jika lewat bayar
RM 50 denda untuk bulan pertama, dan RM 70 denda untuki bulan kedua dan kad akan terus ditahan selepas itu.
Jika anda meneliti aspek yang ditawarkan oleh bank ini, jelas dan terang ia tidaklah sebaik kad caj rajhi.
Kelebihan kad ini hanyalah disebabkan ia mempunyai cawangan satu dunia dan juga seluruh pembayaran boleh dibuat melalui internet banking yang dimilikinya. Ia memudahkan berbanding rajhi.
KESIMPULAN
Apapun, kad caj tidak sepopular kad kredit. Ia adalah akibat ramai yang tidak berduit dan mahu berbelanja besar dan suka menangguh-nangguh bayaran. Akhirnya redha dikenakan interest atau riba yang haram. Kesimpulan saya, kad kredit adalah sedap di awalnya namun perit yang amat dihujungnya. Kad caj sederhana di awal, sederhana di akhir, namn ia memudahkan.
Justeru, saya menyeru agar semua pembaca berhati-hati dengan kad kredit terutamanya kad kredit konvensional yang amat menindas dan sekiranya anda perlukan kemudahan sebuah kad, kad caj adalah jawapannya, ia juga mendisplinkan diri ada untuk membayar hutang dalam tempohnya.
Kerana itu, kad caj adakalanya dianggap untuk orang berduit mudah berbelanja dan tidak menepati nafsu ramai, iaitu tak berapa berduit tetapi nak berbelanja, atau berduit dan malas bayar awal, inilah mangsa dan target utama bagi pengeluar kad kredit.
Namun jika anda ingin pinjaman duit dengan niat tidak ingin bayar dan nak bersedap-sedap sahaja dengan duit orang, tidak perlulah anda kepada kad caj ini. Ini kad orang yang berhutang dan berniat untuk bayar dengan displin tinggi.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
29 Mei 2008
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Selain daripada kad caj Al-Rajhi, Bank mana yang ada menawarkan kad caj Islam.Apa yang saya perhatikan kebanyakannya menawarkan kredit kad.
Terima kasih UZAR.
mcm mn nk wat kad rajhi nie???gaji kena rm3000 k...??
sy nk wat pjaman duit utuk beli keta..bank mana yg ok???plz bantu sy...
sy nk tau mcm mn nk buat kad ini...
dan sy nk buat pinjaman keta n pniagaan...bank mana yg ok??
harap ust dapat bantu sy.. aslm
Saya tertanya-tanya mengapa Bank Rajhi tak sepopular bank lain dan kurang dipromosi di media TV atau surat khabar, sedangkan Bank Rajhi adalah bank Islam terbesar di dunia? Kenapa ye?
Wassalam...
ustaz, saya ingin bertanya. apakah hukumnya membuat pinjaman di bank mengikut prinsip islam(menurut bank peribadi tersebut) dan kemudian menggunakan sebahgian duit tersebut sebagai simpanan di tabung haji?
debit card berbeza dengan credit dan charge card. beza besarnya adalah debit guna duit kita tapi credit dan charge card guna duit bank.
Bolehkah sesuatu pinjaman itu pengiraannya berdasarkan calender hijrah?
Terima kaseh
UZAR : itu bergantung kepada perbincangan dgn pihak bank
UZAR : ok sebab telah disahkan dan dimeak oleh majlis syariah mereka
sy ingin bertanya tentg buku yang sesuai dgn tajuk tesis sy...
"pemakaian kaedah-kaedah fiqh dlm sistem perbankkan islam"
ustaz..klo blh tlg bg beberapa buah buku y sesuai dgn topic 2...mintk tlg sgt..syukran..
Pekerjaan saya memerlukan utk travelling yg byk. Adakah Kad Rajhi ini mudah dan diterima pakai di mana2 negara? TQ
UZAR : stkt pengalaman saya di UK dan eropah, tiada masalah
UZAR : dapatkan kad amislam bank atau bank islam malaysia berhad
Acually kita leh guna cash advance dari rajhi ni sampai 84 hari...
caranya katakna akaun bukak pada 16hb Ogos dan mula cash out smua limit...pada 15hb bulan (Sept) depan akaun close...dan tempoh bayaran 25 hari bermula dan berakhir pada 9hb Okt..jika tk bayar masih ada extra 30 hari (tapi kad dah kena block) dan boleh bayar penuh sebelum 9hb Nov...so dari 16 Ogos hingga 9Nov...
mcm ustaz dan rakan cakap boleh wat modal pusingan...
Klu tk dapat untung utk bayar penuh boleh gunakan dulu gaji utk 'clearkan' tunggakan sebelum akakun close dan kemudian bila akaun open kuarkan smula...
tapi kena berdisiplin la...
Ustaz, Ni your ex-colleague, Jamal. Saya masih buat kerja yg serupa i.e. develop shariah product for Bank. Kalau info. Ustaz tu betul, maknanya kad caj Al-Rajhi tu memang murah. Return kepada Bank around 4-5% p.a. So far, saya tak jumpa lagi Bank lain (termasuk luar negara) buat macam ni.
Bukan senang nak convince Bank management untuk introduce product yg kurang menguntungkan kepada Bank. Tapi saya rasa Al-Rajhi ada strateginya sendiri. Mungkin ini cara dia untuk nampak agrresif dan mendapatkan pelanggan yang berkualiti. Seperti kata Ustaz, minimum requirement nak dapat kad ni tinggi.
Walaubagaimanap un, perlu diingatkan bahawa kad kredit atau caj kad memerlukan pengguna yang berhemah. Pakai memang sedap, nak bayar amatlah perit... Jadi kalau rasa diri kurang disiplin, gunakanlah kad-kad ini waktu perlu atau emergency jer dan pastikan mampu nak bayar balik. Untuk kegunaan harian, ada baiknya gunakan tunai atau debit kad i.e. debit terus ke akaun anda macam kad Maybank.8)
UZAR : AHLAN WA SAHLAN JAMAL, AMACAM DI SANA?..YE KAD NI MEMANG AMAT BAIK BAGI MEREKA YANG BERDISPLIN TINGGI UNTUK BAYAR SEMULA. SAYA TELAH PUN MEMILIKINYA DAN MEMANG BERMANFAAT.
sy masih tak faham la..yg kena byr dlm tempoh 55 hari tu ialah jumlah yg dikeluarkan melalui kad pada bulan itu ke, mcm mana?boleh ke kad ini digunakan sebagai pengganti personal loan bank rakyat misalnya?
UZAR : YE, TAPI TAK BOLEH GANTI PERSONAL FINANCING KERANA PERSONAL FIANCING TEMPOHNYA PANJANG, TA[I INI HANYA 55 HARI.
terdapat satu model/strategy menggunakan kemudahan-kemudah dibank termasuklah menggunakan charge card untuk menyusun perbelanjaan/hutang bulanan kita. Model ini juga menggunakan Overdraft sebaagai platform utama.
Saya ingin bertanya berkenaan overdraft. Adakah ia dibolehkan dlm islam
labulabi
bagi kawan-2 yang nak gunakan kad caj al rajhi ni sebagai modal pusingan, ada caranya!! kalau dah ada kad tu dan pernah gunakan, mesti blh fikirkan bagaimana caranya (revolving credit).
sebenarnya kita blh guna duit bank sebagai modal, tetapi kenalah berhemah. jgn hentam keromo saja.
salam ukkhuwah,
nbs1205
UZAR : KALAU NAK ROLING LEBIH DARI 55 HARI TAK BOLEH LA. UNTUK ITU, BOLEH BUAT PEMBIAYAAN PERIBADI DENGAN RAJHI ATAU MANA-MANA BANK ISLAM LAIN.
uzar, sy pakai kad kredit bank islam boleh kan?
satu lagi ambank ada keluarkan prdk ziqir iaitu debit kad tp bole juga bertindak sbg kad kredit.
RSS feed for comments to this post