Jangan Biar Rekod Merah Di Bank
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Hutang, hutang, hutang. Ingin berhutang, ingin bayar hutang, dituntut membayar hutang, marah tak dapat hutang, marah tak bayar hutang. Itulah hutang.
Saya telah mengulas serba ringkas berkaitan hutang di artikel-artikel saya yang lalu seperti berikut :-
2. Dharuratkah Bila Bank Islam Menolak Permohonan?
Namun saya ingin tambah satu lagi nasihat dalam kesempatan ringkas ini. Kita semua tahu bahawa dalam dunia ini sentiasa akan terdapat individu yang ingin berhutang kerana keperluan mendesak dan asasi, dan akan sentiasa terdapat individu yang punyai lebihan wang yang mampu menghulurkan bantuan ini.
Dalam dunia moden ini, tugas menyediakan kewangan bagi mereka yang memerlukan ini diambil sebahagian besarnya oleh institusi kewangan yang bernama BANK. Ia adalah satu perkara baru dalam islam, namun tidak ditegah oleh Islam selagi setiap urusannya dilakukan menepati kontrak dan kehendak Islam, namun tidak semestinya MURAH (Siapa pula yang kata setiap benda Islam mesti lebih murah dari yang Kafir? perlu difahami bahawa Islam mengiktiraf kualiti dan merit, harga juga menurut kualiti, harga pasaran, modal penjual, kepakaran barang dan sistem, latar belakang pelanggan dan banyak lagi). Atas dasar itulah harga ditentukan bank-bank Islam. Namun bukan ini yang ingin saya ulas kali ini kerana saya telah banyak kali mengulas tentangnya.
LENGAH DAN TANGGUH
Di kesempatan ini, saya ingin nasihati diri dan rakan-rakan yang mempunyai sebarang bayaran tertangguh dengan pihak Bank ini agar lebih bijak dan ambil berat dalam menguruskan pembayarannya. Ada sebahagian rakan-rakan saya dan pelawat web ini merungut kerana mereka ingin mendapatkan pembiayaan dari bank-bank Islam tetapi ditolak, sedangkan kemampuan dan gaji mereka adalah baik jika dilihat dari kiraan "margin of repayment", iaitu melebihi 50%.
Justeru, apa sebabnya permohonan mereka ditolak juga.?
Jawabnya, ia disebabkan kerana rekod pembayaran hutang-hutang mereka sebelum ini menunjukkan pernah TERSANGKUT atau lambat BAYAR DUA, TIGA, EMPAT BULAN TERLEWAT. Keadaan ini menyebabkan rekod seseorang individu itu menjadi MERAH dan akibatnya bakal menyukarkan ia untuk berurusan mendapat pembiayan dari mana-mana bank Islam seluruh Malaysia. Pihak bank pasti akan menyemak rekod Credit Reference Information System (CCRIS ) yang akan mendedahkan semua rekod dan prestasi anda membayar hutang di semua instutusi kewangan di Malaysia. Anda ingin melihat sendiri rekod prestasi pembayaran hutang anda, anda boleh memohon di sini
Kita tahu, ada antara kita lewat bayar bukan kerana liat, degil dan bukan juga kerana tidak berduit, tetapi kerana kesibukan dan adakalanya juga disebabkan bank itu tidak punyai perkhidmatan pembayaran melalui internet. Pembayaran yang memerlukan kita ke kaunter bank memang amat melecehkan terutamanya jika di Kuala Lumpur. Ditambah dengan jammed, kesukaran parking, beratur dan masa. Hasilnya, adalah rakan-rakan kita yang terlewat bayar 3 bulan atau empat bulan kerana kesibuakan dan kemalasan.
Ingin saya ingatkan, kelewatan itulah yang menyebabkan rekod anda semakin kotor hari demi hari dan akhirnya, permohonan pembiayaan anda di masa hadapan tidak lagi berjaya. Jika berjaya sekalipun, pelbagai syarat akan dikenakan seperti penjamin, ‘rate' yang lebih tinggi, jumlah kelulusan yang lebih kecil dan lain-lain lagi.
Inilah dunia reality perbankan hari ini. Siapa yang miliki rekod bersih, amat mudah menerima pembiayaan, malah adakalanya anda akan diberi ‘rate' istimewa, malah lebih aneh nombor handphone anda akan dihubingi oleh syarikat-syarikat pelancongan dengan pelbagai tawaran menginap di hotel mereka. Pelikkan, bagaimana merekqa ini boleh dapat nombor handphone anda?..jawabnya, pihak bank yang tidak amanah menjual nombor anda (yang dikenalpasti sebagai pelanggan baik dan kelas A) kepada agen-agen ini. Nasihat saya, jika anda mendapat panggilan-panggilan ini, abaikan sahaja.
KESIMPULAN
Tulisan ringkas saya ini bertujuan untuk nasihati diri saya dan anda untuk menjadi seorang ‘good paymaster' terhadap semua hutang-huitang kita di bank khususnya dan kepada rakan-rakan anda, selain mengurangkan sakit kepala anda, ia juga menaikkan nilai anda di mata institusi kewangan dan rakan anda, memudahkan anda untuk mendapat pembiayaan lebih murah di masa hadapan. Malah sebahagian bank Islam akan memberikan anda diskaun atau rebate kerana kehebatan anda membayar dengan kemas.
Justeru, jangan lengah terutamanay jiak anda adalah seorang yang berduit, jika tidak berduit hingga terpaksa tangguh, itu sudah lain kisahnya.
Melewat-lewatkan pembayaran hutang ini hanya merendah martabat diri di mata institusi kewangan dan rakan anda yang memberikan pinjaman.
Jangan lengahkan pembayaran hutang kerana ia adalah satu kezaliman di dalam Islam. Nabi s.a.w bersabda :-
مطل الغنيّ ظلم
Ertinya : "Penangguhan bayar hutang oleh mereka yang berkemampuan adalah satu kezaliman" (Riwayat Al-Bukhari)
Dan dalam sebuah hadis lain Nabi berkata :
لي الواجد يُحِلُّ عرضه وعقوبته
Ertinya " bagi mereka, layak dihukum maruah mereka dengan diiklankan kepada khalayak ramai keburukan mereka dalam mu'alamat dan pembayaran hutang , lalu layaklah mereka dihukum"
Ingat-ingatlah sebelum terlupa sehingga tersangkut di akhirat.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
5 Julai 2008
Amsterdam Airport.
Netherlands
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
saya ongin membuat pinjaman namun rekod saya dlm CCRIS ialah 001131100011. adakah ini dikira bad rekod juga. sebab utama jadi macam tu ialah loan sy bertakrikh 17 sy selalu bayar pada hari gaji iaitu 27/28 hb. mmg saya bayar pada setiap bulan namun rekod jadi mcm tu. adakah saya masih boleh membuat pinjaman lagi? terima kasih
saya nak tanya pendapat ustaz ttg urusan pembelian rumah. pemaju ada menetapkan bayaran mengikut progres.saya ada mohon pinjaman perumahan islamik dengan kerajaan. masalah nye sekarang saya kena bayar dulu mengikut progres yang ditetapkan oleh pemaju.sekiranya lewat bayar kepada pemaju akan dikenakan interest.sedangkan loan saya belum diluluskan lagi.patutkan saya meneruskan pembelian rumah ni?saya tak mahu terlibat dengan riba.sekian.
Ustaz, saya nak minta kepastian tentang syarikat insuran. Sebelum ni ada sorang ejen insuran datang kepada saya dan memujuk supaya menyertai insuran syarikatnya. Pada awalnya saya menolak kerana takut tiada panel syariah. Tetapi setelah mengadakan perbincangan dan meneliti dokumen yang ditunjukkan, saya melihat ia mempunyai panel syariah. Justeru saya pun mengambil insuran tersebut. Masalah sekarang, apabila saya berjumpa dengan ejen insuran lain, dia menyatakan saya ditipu kerana syarikat insuran yang ada panel syariah hanya yang mempunyai perkataan 'Takaful', sekarang sya dah jadi serba salah,. Betulkah pendapat ejen tersebut. Syarikat insuran yang saya sertai ialah MCIS Zurich.. Mohon penjelasan,, Syukran.
Saya ingin memohon UZAR halalkan saya memetik kandungan tajuk ini untuk saya kongsikan bersama rakan-rakan dalam pengucapan awam saya
Satu tajuk yang saya kira penting untuk diberi perhatian oleh kita semua ... Terima kasih UZAR
UZAR : BOLEH..
Saya adalah peminat ruangan muamalat kelolaan UZAR
Namun saya masih lagi keliru dan sangsi dengan status kehalalan sebuah syarikat agensi pengiklanan bergerak yang menggunakan nama BULUHMAS yang beribu pejabat di Tg Karang Selangor.
Mengikut kefahaman saya terdapat unsur pelaburan menggunakan sejumlah besar wang, dan kemudian "diandaikan" pengiklan mengklankan sticker mereka di puluhan bahkan ribuan kereta yg sebenarnya memang xpernah wujud.
Satu lagi method mereka menggunakan identiti orang yg tidak dikenali seolah-olah mewujudkan orang yang xpernah wujud.
Saya dapat merasakan terdapat keraguan dan unsur penipuan atas transaksi yg dibuat. Mintak tolong sangat komen UZAR.
Sebab pada ketika ini seolah-olah menjadi kegilaan masyarakat untuk melabur wang dan mendapat pulnagan segera tanpa usaha. Ditambah dgn beberapa "ustaz" yg seolah-olah menjadi ikon dalam perniagaan ini.
boleh rujuk www.buluhmas.com/.../
Saya disini ingin berkongsi pengalaman. Kalau nak bercerita tentang RM + hutang ni mmg x akan abis punya...apa yang nak dikongsi disini ialah tentang pengalaman kami (saya dan suami).Alhamdulillah,k ami dah hampir setahun lebih menggunakan khidmat "financial planner" untuk mendapatkan ilmu pengurusan kewangan yang betul. Sebelum ini, kami seperti kebanyakan orang lain bekerja mencari rezeki untuk keluarga, membayar hutang2 yang diperuntukan untuk kemudahan dan jarang sekali dapat membuat simpanan. Tetapi, setelah melalui satu 'proses' yang diterapkan melalui perancangan kewangan yang betul....alhamdulillah, dalam tempoh yang sesingakat ini (setahun) kami telah pun dapat mencapai target awal iaitu -> hutang minimum, simpanan maksimum. Disamping itu, pelbagai perancangan utk masa akan datang juga tengah dalam proses untuk dicapai. Walaupun kami dikenakan bayaran atas komitmen yang disediakan oleh perangcang kewangan itu, tapi...kami tidak ralat kerana apalah sangat bayarn itu kalau nk dibandingkan dengan "ilmu" yang telah kami dapat. Sesungguhnya, kalau tidak bertemu dengan orang bijak pandai sebegini...agaknya, sampai bila2 pun tak akan dapat merasai istilah 'financial freedom' ini.
Kepada kawan2 yang berminat untuk ambil tahu dengan lebih lanjut, boleh hubungi YUS-0199524789 atau layari dahulu laman web www.azizcfpx.com...
"Insyallah, perkara baik tak rugi untuk dikongsi oleh semua oarang, semoga Allah memberkati...."
Bank tak nak dengar cerita mulut...bank pakai apa yg tertulis...so tak payahla nak cerita itu ini. Kalau awak tau perangai ayah awak macm tu...awakla tolong ambik berat hal bayarn.pastikan setiap bulan ayah awak bayar mengikut jadual. Orang bank ni dah paham sgt perangai orang ramai ni....masa nak mintak hutang semua baik jer. Kalu ada tak baik tuding kat orang lain yg punya angkara konon. Harap paham yer. Jadi mulai sekarang jagala bayaran hutang anda...agar nama anda bersih
cukuplah sy katakan bapa mertua sy seorang yg x btangungjawab. gunakan name isteri (yg tak kerja) tuk peroleh duit tersebut dan sesen pun tak bagi belanja rumah.
kini suami yang tanggung semua (anak sulung)termasuk bayar faedah hutang2 tersebut + belanja rumah. apa pandangan uzar? sesekali nak buat tak tau, tapi akhirnya bapak mertua cari isterinya dan mak mertua merayu pada ank2.
adik beradik lain sampai terpaksa buat loan, tampung hutang yang along dok cari hari2..
saya baru saja selesaikan personal loan dari bank Rakyat, bayar lump sum RM22,412.00- dapat rebat (ibra) RM8ooo lebih. alhamdulillah selesai satu hutang. sekarang tinggal hutang rumah dan kereta jer. loan rumah dah refinance ke al rajhi dan tempoh pembiayaan dikurangkan dari 30 tahun ke 15 tahun je, loan kereta dalam proses refinance jugak. Insyallah saya dan suami akan bebas dari hutang dalam tempoh 15 tahun lagi.Kad kredit saya memang tak pernah pakai dan takkan pakai, alhamdulillah, sekarang saya rasa hidup saya sekeluarga lebih tenang... TERIMA KASIH UZAR sebab bagi banyak tunjuk ajar dan Ilmu dalam web ni.
Saya sekeluarga doakan UZAR dan keluarga diberkati Allah dan sentiasa berada dalam perlindungan Allah. Ameennn..
Syukran ya Uzar...
saya pernah bekerja di UIA sebagai kerani selama 3 bulan. pada bulan yang terakhir tu, gaji dapat awal iaitu pada pertengahan bulan kerana nak sambut raya. saya pulak dapat offer kerja kat kampung saya dan kena lapor diri lepas raya tu. saya cuma dapat tahu tentang offer tu 2-3 hari sebelum cuti raya. mungkin kerana muda dan tak pernah tinggal jauh dari kampung saya jadi homesick dan terus terima offer tu. so, saya hantar notis 24 jam. masalahnya duit gaji untuk sebulan dah masuk dalam akaun masa saya hantar notis tu. saya tunggu pihak UIA minta balik duit tu..tapi tak dak sebarang berita pun. masa tu pulak saya masih muda baru 21 thn, so perkara macam tu saya ambil mudah je. tapi sekarang bila dah matang ni dok pikir pasal dosa berhutang ni, rasa bersalah tu timbul. saya ada contact UIA melalui e-mel utk minta cara menyelesaikan hutang tersebut tapi sampai sekarang belum lagi mendapat respon.
apa pandangan ustaz tentang hutang saya ini..saya benar berharap mendapat maklumbalas daripada ustaz.
wassalam
saya nak tanya UZAR.. apa status program ni..? halal atau haram..?
Bercakap mengenai hutang, saya ingin memohon pinjaman untuk memajukan perniagaan saya (dapat tempahan banyak dari customer tapi takde duit nak modalkan).
Saya dapat tahu beberapa credit facilities yang juga compliant dengan shariah, seperti Overdraf, Letter of Credits, Trust Receipts, Bills Purchased dan lain2.
Boleh tak nak minta UZAR ulaskan pendapat2 ulama' berkenaan sistem tersebut, juga anggaplah saya ini seorang yang baru nak belajar, harap UZAR juga boleh bahaskan secara ringkas apa konsep facilities tersebut dan bagaimana nak tahu samada facilities yang kita pilih itu compliant shariah atau tidak.
Akhir kata maaf jika UZAR rasa saya terlalu demanding dengan soalan2 saya ini. Saya betul2 nak tahu. Saya juga dah buat sedikit homework berkenaan hal ini, cuma kalau boleh UZAR perjelaskan lagi memang sangat2 dihargai.
Semoga berbahagia walau di mana berada.
Alhamdulillah...UZAR telah telah meletakkan satu "role model" yang patut dicontohi bagi pendakwah generasi muda. Di mana jua di bumi Allah nie tak jemu-jemu menyampaikan ilmu. Semoga UZAR dan keluarga selamat sampai ke UK dan berjaya menjadi student Ph.D yang hebat keilmuannya
Pasal hutang,saya tak suka sangat dengan hutang,harap2 umat Islam jadi golongan paling sedikit berhutang,tukar kan dengan tabiat menabung.Berhutang jika sangat perlu saja.
Saya rasa banyak keberkatan jika tidak berhutang,biar susah sikit dulu,nanti kemudian senang hati dan bebas hutang.
Bagi mereka berkemahirang mengurus perniagaan,buat lah niaga,bila membesar bukalah saham untuk orang awam.Bagi yg berkemampuan mengurus penanaman padi,buatlah,bi na kilang beras,buat usaha pembungkusan,da pat dipasarkan,bila dah ada pengalaman dan ingin besarkan perniagaan buka saham kepada orang awam.Orang awam pun dapat rasai sama keuntungan dari usaha anda.Insyallah harga beras akan turun.Hai orang Islam ni jangan manja sangat dan nak cepat kaya saja.
Saya ada loan Rumah RM530K, Loan kereta Rm90K, Kredit Kad Platinum. Alhamdulillah mampu membayar ontime sehingga kini. Entah mcm mana tetiba ada jer bank2 lain offer mcm2 dihantar ke rumah. Tunggu sain jer borang yg dibagi. Memang rekod baik kita menjadi sandaran untuk prestasi akan dtg.
KOD
tak sangka pulak bank tu ada target untuk load islamuk dengan load konvensional.
lepas tu offer pulak dengan en abu adam
tapi apa pun pilihan di tangan kita kan, pelanggan sentiasa betul
Oh ya nak bagitau juga, salah satu bank tersebut menawarkan saya pinjaman konvensional, semua dah settle tinggal saya sign agreement je. Saya beritahu pegawai tersebut, saya nak pembiayaan islamik. Pegawai tersebut berkata, bulan ni target kami tuk islamik dah tercapai, target tuk loan konvensional tak sampai lagi.
Saya katakan, no way. I insist on Islamic loan. If not I'll take other bank. Masa tu juga dia setuju..hehheheehhe
Bila ingat pinjaman dengan bank lagi besar, hutang? kecil dengan kawan? tadi mula dianggap tidak significant.
Saya tertunggu coretan ustaz. Tertanya-tanya dengan perjalanan ustaz ke UK. Alhamdulillah, masih ada kesempatan untuk ustaz mencoret ilmu untuk pelawat ustaz. Saya doakan semoga ustaz dan keluarga selamat sampaike destinasi dan di lapangkan Allah senantiasa.
UZAR : INSHALLAH, ITU TANDANYA SAYA SAYANGKAN ANDA SEMUA..KERANA ALLAH..
USTAZ BAGAIMANA PLAK KALAU TANGGUHKAN HUTANG BUKAN DGN BANK SPT PTPTN ATAS ALASAN BLOM MAMPU ATAU NAK TGK DULU PERKEMBANGAN HAL SERV CAJ YG DI BAHASKAN TU? TQ...
SLAMAT MERANTAU...
Bulan lalu saya berjaya melangsaikan hutang kad kredit saya. Saya nekad untuk tidak berkecimpung dalam "alam kad kredit" sehingga akhir hayat saya, insyaallah. Sekarang saya dalam prosess membantu suami pula untuk keluar dari "alam kad kredit".
Nak perbetulkan semua sekali gus, tidak berkemampuan.
Tapi insyaallah..... satu persatu akan kami betulkan agar hidup kami lebih berkat.
Terima kasih ustaz atas nasihat dan tunjuk ajar. Teruskan untuk mengingatkan kami ini.
RSS feed for comments to this post