Perbankan & Insuran Mengapa Non Muslim Suka Bank Islam & Muslim Tidak?

Mengapa Non Muslim Suka Bank Islam & Muslim Tidak?

  • PDF
(13 votes, average 4.77 out of 5)

Non Muslim Lebih Hargai Perbankan Islam ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

Satu persoalan yang agak memalukan untuk disebut kerana ia seolah membuka kelemahan umat Islam di Malaysia khususnya dan di dunia umumnya.

 

 

Bank

 

Jika anda membaca petikan artikel di bawah. Ia menyebut dengan jelas bahawa 70% pelanggan yang menggunakan khidmat perbankan Islam di Hong Leong Islamic Bank Malaysia, Bank Rakyat adalah pelanggan berbangsa Cina yang majoritinya (di Malaysia) bukan beragama Islam. Malah statistic yang hampir sama juga pernah dikeluarkan oleh bank-bank Islam lainnya.

In Malaysia, for example, non-Muslims are major users of Islamic finance products. Banks such as the Hong Leong Islamic Bank, and the Malaysian cooperative bank, Bank Rakyat, report a 70 per cent uptake of Islamic financial products by Chinese customers. So, why are non-Muslim customers attracted to Islamic banks?

Sebahagian memberikan respon spontan sambil berkata :-

"Mudah saja sebabnya, bukankah orang Cina lebih banyak terlibat dengan bisnes, kerana itulah mereka lebih kerap berurusan dengan bank"

Mungkin ada benarnya pandangan spontan ini, namun orang Cina yang disebut ini bukan hanya melanggan produk perbankan Islam berkaitan dengan pembiayaan korporat untuk bisnes mereka sahaja, malah mereka juga menggunakannya untuk pembiayaan perumahan, kereta dan lain-lain produk. Yang mana produk ini tergolong dalam kategori retail and consumer banking products yang bersifat kegunaan individu dan bukannya untuk bisnes dan syarikat.

TOLAK BANK ISLAM KERANA POLITIK KEPARTIAN

Persoalannya, kemanakah perginya individu Muslim dan Muslimah?

Timbul satu lagi cubaan respon yang mendakwa :

"Buat apa ambil produk perbankan Islam yang bermain silap mata, ia adalah helah dan dibuat oleh kerajaan BN dan Islam hadhari bukan Islam hakiki"

Adalah tidak sihat menurut perspektif Islam jika sesuatu pegangan politik kepartian membawa kebencian dan sangka buruk sehingga ke tahap menutup segala jenis kebenaran dan kebaikan yang dianjurkan oleh pihak parti lain.

Islam menerima segala yang baik walaupun ia lahir dan diperkenalkan oleh kumpulan penjahat seperti Yahudi. Iaitu selagi mana ia boleh diubahsuai bagi manfaat umat Islam. Demikian kesimpulan berasaskan nas ayat Al-Quran dan hadis yang dihuraikan oleh para ulama silam dan kontemporari. (Rujuk Thaqafatuna bayna infitah wal inghilaq, Al-Qaradawi, hlm 40)

Dalilnya mudah sahaja iaitu sabda Nabi s.a.w sebagai respond kepada Abu Hurairah yang menerima satu ilmu dari Syaitan Ifrit, sabda Nabi :

‏صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوبٌ ذَاكَ شَيْطَانٌ

Ertinya : Ia (Syaitan) itu telah berkata benar, walaupun ia adalah maha pendusta, itulah dia Syaitan" ( Riwayat Al-Bukhari, no 3275, 6/404)

Pengajaran dari hadis membuktikan apa sahaja yang sampai kepada kita dari sebarang sumber yang bukan Islam khususnya, boleh disemak menurut neraca Islam. Jika tidak bercanggah dan boleh membawa kebaikan, kita sepatutnya menyokong dan bukan menentang secara buta.

Jika benarlah terdapat mereka yang menolak perbankan Islam hanya kerana ia adalah anjuran dan dimulakan oleh pihak kerajaan yang berlainan dengan partinya, maka ia adalah satu sikap yang patut dikesali.

Telah sering saya sebutkan dahulu bahawa perbankan Islam di Malaysia berkait rapat dengan perbankan Islam di seluruh dunia. Ulama Malaysia yang berdamping dengan perbankan dan kewangan Islam di Malaysia serta mengatur arahnya pula bukanlah dari kalangan individu yang terlibat dengan dunia politik kepartian kecuali seorang dua, namun mereka tidalah berpengaruh dalam penentuan hala tuju dan fatwa berkaitan kewangan Islam ini.

Selain itu, melalui hubungan rapat industri kewangan Islam di seluruh dunia, Malaysia tidak boleh terlepas dari penilaian, kritikan membina dan perhatian dari ulama Shariah dan kewangan Islam di seluruh dunia.

Hasilnya, kritikan membina ulama dunia ini membawa perkembangan baru dalam produk-produk kewangan Islam di Malaysia seperti wujudnya Komoditi Murabahah, konsep Unilateral Promise dalam transkasi Forex, Tawarruq Masrafiy, Musharakah Mutanaqisah, Bai al-Mutaradif Bil Ajal dalam Forex, Parallel Istisna dan lain-lain.

Kebanyakan produk,konsep dan kontrak produk Islam ini berlaku di luar pengaruh politik tempatan dan ia biasanya hanya berlaku hasil perbincangan ilmiah di kalangan ahli akademik non partisan dan industry managers dari dalam dan luar negara.

Adapun, beberapa produk dan konsep perbankan Islam di Malaysia seperti Bai al-Inah (Sell and buy back) dan Bay ad-Dayn (Discounted debt trading) yang tidak dipersetujui oleh ulama antarabangsa, ia adalah keputusan sekumpulan Ilmuan Shariah Malaysia yangmana mereka meluluskan pelaksanaan dua jenis konsep tanpa sebarang kaitan dengan politik kepartian. Namun ia dibuat secara ‘temporary' dan berdasarkan pertimbangan akademik dan hukum. Sejauh manapun ketidaksetujuan kita dengan pandangan dan produk ini, ia tetap terlingkung dalam keputusan adademik dan bukannya fatwa politik.

Tidak saya nafikan wujudnya pengeluaran fatwa-fatwa atas kehendak dan tekanan politik, ia dikeluarkan oleh badan-badan tertentu untuk tunduk terhadap kehendak parti politik tertentu atau menjaga kemaslahatan parti dan imej pemimpinnya.

Namun boleh saya katakan ia tidak berkait dengan produk-produk perbankan Islam yang diperkenalkan oleh bank-bank Islam. Ia biasanya hanya berkait dengan produk atau plan yang dilancar oleh institusi kerajaan sepenuhnya serta tidak mempunyai penasihat Shariah yang berkelayakan. Ia agak jarang berlaku kepada institusi swasta.

Kesimpulannya, barangsiapa yang mengkritik dan menolak bank Islam hanya kerana didasari oleh kebencian terhadap parti tertentu. Ia bukanlah tindakan yang benar dan wajar di sisi Islam. Malah sebagai akibatnya, sudah tentu mereka ini akan berpihak kepada bank riba, tatkala itu kerelaannya untuk berjinak dengan perbankan riba akan pasti menghancurkannya di akhirat kelak sekiranya ia meninggal dunia tanpa taubat nasuha. Na'uzubillah.

TOLAK ATAS DASAR LEBIH MAHAL

Ini juga satu persoalan yang amat amat kerap ditimbulkan sejak dahulu. Saya tidak lagi ingin mengulasnya kerana telah beberapa kali saya ulaskannya di web ini.

Mereka yang berminat serta belum pernah membacanya boleh merujuk kepada link berikut:-

1.      Benarkah Bank Islam Mahal & Zalim?

2.      Bank Islam Menipu & lebih Mahal Dari Bank Riba.

 

Kesimpulannya, mereka yang membuat dakwaan ini sama ada :-

* Memandingkan dua perkara yang tidak boleh dibandingkan.

* Tidak fahami cara kiraan kedua-dua sistem iaitu bank Islam dan bank konvensional.

* Tidak fahami apa itu compounding interest akibat late payment.

* Tidak faham apa itu Base Lending Rate dan sifatnya. 

* Tidak faham apa itu konsep ibra dan syarat pelaksanaannya dalam Islam 

Justeru, apabila ada orang bercakap berkenaan hal ini namun gagal memahami perkara basic yang saya sebutkan di atas. Ia sebenarnya sedang membuat fitnah kepada Perbankan dan Kewangan Islam.  Sekaligus menunjukkan kecetekan ilmunya berkaitan hal perbankan.

 

PERGI KE BANK RIBA KERANA PERMOHONAN DI BANK ISLAM DITOLAK

Ini mungkin satu lagi rungutan umat Islam di Malaysia. Mereka berhujjah mengatakan permohonan mereka untuk mendapatkan pembiayaan rumah, kereta, kad kredit Islam dan lain-lain TELAH ditolak oleh bank Islam, lalu ia dijadikan asbab mengapa muslim kurang di bank Islam dan lebih ramai di bank riba.

Hal ini juga telah pernah saya ulaskan di web ini. Boleh merujuk kepada artikel yang saya sertakan link nya di bawah untuk mengetahui sama ada sudah sampai tahap dharurat untuk seorang muslim bersenang-senang di bank riba atau ia hanyalah dharurat dan hajiat yang palsu bertunjangkan nafsu dunia sebenarnya.

Kesimpulannya, jika bank Islam menolak sesuatu permohonan, ini bermakna; menurut kiraan berwibawa mereka, kemampuan kewangan anda masih tidak melayakkan anda untuk membuat hutang jenis besar dan berat. Jika anda masih degil lalu pergi juga ke bank riba lalu diluluskan, sebenarnya anda sedang memerangkap diri sendiri dan bakal menghadapi kesukaran berganda kerana jumlah interest yang dikenakan oleh Bank Riba kepada mereka yang tidak punyai kelayakan kukuh pasti akan menenggelamkan anda kelak.

Falsafah bank di seluruh dunia, lebih kaya dan stabil kewangan anda..lebih murah rate yang bakal anda perolehi, demikian sebaliknya.Fahamilah...

Jika anda katakan, "saya ingin beli hanya aset asas dalam kehidupan saya, iaitu kereta atau rumah"

Jawapnya, menurut kiraan individu berkelayakan di bank berbekalkan formula khas di bank-bank Islam, mendapati salah satu keputusan berikut : -

a)      Anda belum layak untuk terlibat dalam hutang.

 

Maka tangguhlah terlibat dengan sebarang bank. Cukuplah dengan menaiki kenderaan awam dan menyewa rumah sementara masih belum sampai kemampuan. Atau usahakan cara lain yang sesuai namun jangan berhutang.

 

Jika anda berdegil, anda sebenarnya membuka peluang besar untuk jatuh dalam dosa-dosa lain akibat gagal menyelesaikan hutang kelak. Dosa yang berkait rapat dengan orang berhutang seperti menipu dan memalsu janji adalah amat biasa bagi mereka yang sedang terperangkap dalam hutang. Malah Nabi s.a.w juga telah memberi amaran berkenaannya.

 

b)      Anda memang layak pada asalnya, namun akibat hutang-hutang di bank yang sedia ada. Kelayakan anda sudah terhakis buat waktu itu. Anda perlu difahami bahawa kemampuan anda untuk membayar hutang-hutang yang sedia ada sudah melebihi hak kemampuan anda.

 

Hasil dari itulah bank Islam menolak permohonan anda demi kebaikan anda, bukannya kerana sengaja enggan menolong anda. Atas asbab itu jugalah telah saya tuliskan sebelum ini agar JANGAN BIARKAN REKOD ANDA MERAH DI MANA-MANA BANK. Kerana ia juga boleh menyebabkan permohonan anda ditolak.

TOLAK BANK ISLAM KERANA BANK RIBA LEBIH MUDAH URUSANNYA

Jika sebabnya adalah sebagaimana yang dinyatakan di atas. Atau apa jua sebab yang seumpamanya seperti cawangannya lebih banyak, mesin ATM nya meluas, punyai perbankan internet, perjanjian kontraknya lebih mudah dan cepat, servisnya lebih efisyen dan lain-lain sebab.

Sekali lagi, jika demikianlah sebab musababnya, ternyatalah begitu murah dan mudah iman individu ini untuk dijual dibeli dengan harta serta kemudahan dunia.

Rapuh sekali keyakinannya terhadap dosa riba yang maha besar sebesar pengishtiharan perang terhadap Allah dan RasulNya, berzina sebanyak tiga puluh enam kali dan kehilangan berkat dalam hidup.

Saya tidak nafikan, kelemahan servis, kelembapan dan sebagainya memang wujud di kalangan bank-bank Islam di Malaysia khususnya, namun kelemahan sebegini tidak mampu menjadi pelepas azab pedih Allah di barzakh dan akhirat tentunya. Juga tidak boleh dijadikan alas an untuk melarikan diri dari perbankan Islam.

Lihat sahaja betapa peritnya perjuangan baginda Nabi s.a.w dan para sahabatnya serta ulama salafus Soleh di kurun-kurun awal dahulu. Adakah kesukaran dijadikan excuses untuk tidak berjuang menegakkan kalimah Islam di muka bumi.

TOLAK BANK ISLAM KERANA KAKITANGANNYA SEKSI

Saya juga mendengar ada individu yang menolak dan mengutuk sesebuah bank Islam hanya kerana kakitangannya berpakaian seksi, buka aurat dan tidak kelihatan seperti Islam. Apakah layak sebuah bank Islam membiarkan kakitangannya sedemikian?.

"Amat buruk lagi memalukan nama Islam" demikian cebik seorang ustaz di sebuah masjid.

Sudah tentu saya juga sentiasa menyokong dan berharap bank-bank Islam di Malaysia khususunya dapat mengenakan displin pakaian ‘dressing code' yang menepati Islam ke atas seluruh kakitangan wanitanya.

Namun, selain melihat kepada pelaksanaan yang ideal dan terbaik, kita juga perlu meninjau ehwal semasa dan praktikaliti. Hakikatnya, pengurusan bank-bank Islam dalam banyak keadaan terpaksa memilih sama untuk mendapatkan kakitangan yang baik pakaiannya atau kakitangan yang dinamik dan berilmu.

Perlu diingat, tidak semua urusan teknikal di bank memerlukan seseorang yang memiliki ilmu Islam secara khusus, banyak bahagian yang memerlukan ilmu teknikal yang lain seperti audit, legal, IT system, marketing strategies dan lain-lain. Indvidu yang punyai kepakaran ini biasanya bukanlah punyai ilmu Islamyang baik, malah ramai juga dari kalangan bukan Islam.

Hasilnya di waktu ilmu perbankan dan kewangan Islam masih kekurangan manpower dan human asset, ternyata amat sukar bagi sesebuah bank Islam mendapatkan mereka yang baik pakaiannya dan cemerlang pula kerja dan pengetahuannya.

Tatkala bertembung dua kepentingan, iaitu memilih yang baik pakaiannya dengan kemampuan kerja yang kurang ataupun yang baik dan cemerlang dalam bekerja namun penampilan pakaian yang tidak baik. Mana satukah yang perlu diambil bekerja oleh pihak pengurusan?

Bagaimana dengan anda?. Perlu diingat juga bahawa tidak semua jawatan boleh ditunjuk ajar, terdapat sebahagian jawatan di tinggi seperti general manager, vice president, Director, COO, CEO, Senior Vice President dan lain-lain. Jika jawatannya sekadar Executive, ia mungkin boleh bertoleransi dengan mengambil yang kurang kualiti namun berpakaian baik dan dilatih kemudiannya.

Kemudian, adakah tepat bagi pengurusan untuk memaksa kakitangan wanitanya termasuk yang bukan Islam untuk menutup aurat semasa di pejabat?. Mungkin kita boleh mengangguk kepala sambil mengatakan :

"Ya, memang amat wajar sekali, baru digelar pengurusan Islam!!".

Namun sedarkah kita, tindakan sedemikian pasti akan melarikan individu non muslim yang pakar dari memohon untuk bekerja di bank Islam sedemikian. Tanpa merit dan kualiti, sebuah bank Islam akan hilang wibawa, kemampuan dan keberkesannya, manakala pengurusannya juga pasti akan jatuh, hingga akhirnya image Islam akan turut jatuh merudum dengan amat besar sekali.

Mungkin ada yang terfikir, jika kakitangan kita bertaqwa maka Allah akan gandakan keuntungan.Yakinlah.

Ya benar, namun keperluan untuk meningkat kualiti dalam usaha dan hukum alam (iaitu kualiti akan berjaya, mereka yang tidak berkualiti akan jatuh) juga adalah perintah Allah s.w.t dan ajaran Islam tentunya.

Lihat bagaimana nama Islam sedikit tercalar apabila dua buah bank Islam di Malaysia mencatatkan kerugian beberapa ratus juta beberapa tahun lepas.

Kita bimbang sistem dan produk kewangan Islam akan dipersalahkan dan diloihat tidak sesuai untuk dunia perbankan, hasilnya akan berkurangan permintaan ‘demand', lalu jatuh jugalah ‘supply', padahal maslah kerugian sesebuah bank Islam bukannya salah produk dan Islam, namun kualiti dan kecekapan individu yang bekerja.

Jika sudah memahami hal ini, manakah maslahat yang lebih besar patut dijaga oleh sesebuah bank Islam dalam pengambilan pekerjanya?..Pakaian menutup aurat bagi setiap wanita yang memohon atau kualiti ilmu bagi jawatan yang dimohonnya?

Ya kedua-dua penting, namun mana yang lebih penting.?. Taqdim al-aham ‘alal muhim dan juga kaedah :

ارتكاب أخف الضررين

Ertinya : Mengambil mudarat yang lebih kecil

Kaedah yang difahami oleh ulama Islam dari firman Allah swt :-

يسألونك عن الخمر والميسر قل فيهما إثم كبير ومنافع للناس وإثمهما أكبر من نفعهما.  كذلك يبين الله لكم الآيات لعلكم تتفكرون في الدنيا والآخرة

Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya ( Al-Baqarah : 219)

Akhirnya, sudah menjadi kewajiban kita Muslim dan muslimah hari ini untuk melanggan bank Islam dan segala jenis produk kewangan Islam dalam setiap keperluan kewangan kita. Jadikan keperluan ini didasari oleh iman dan taqwa. Letakkan faktor halal sebagai asas penilaian dan bukannya hanya sibuk dengan harga dan rate. Lebih malang, kerana ramai individu tiada kefahaman dalam kiraan bank riba yang disangkanya murah. Sedarlah hakikatnya.

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

25 Ogos 2008

24 Sya'aban 1429 H

 


Berikut artikel penuh yanbg dipetik :

 

Thursday, 12 June 2008

Crossing over: Islamic banking needs to reach out to new customers

Islamic banks will have to become increasingly innovative if they want to gain a bigger share of the market says Nicholas Brewer

As the Gulf nations reap returns from oil prices, and economies in Asia continue to grow on the back of economic liberalisation, demand for Islamic banking is surging across the Muslim world and beyond.

Islamic banking may have its strongest roots in the Muslim countries of the Middle East, but the industry's innovation is focused on Pakistan, Bangladesh and South East Asia, where countries with both Muslim and non-Muslim populations present an interesting cross-over market.

In Malaysia, for example, non-Muslims are major users of Islamic finance products. Banks such as the Hong Leong Islamic Bank, and the Malaysian cooperative bank, Bank Rakyat, report a 70 per cent uptake of Islamic financial products by Chinese customers. So, why are non-Muslim customers attracted to Islamic banks?

Customers of any religion will be attracted by a financial return that competes favourably with the interest rate at another bank. Like any other financial institution, Islamic banks work to deliver the same marketing, customer service and, crucially, competitive products.

Shari'ah prohibits usury and trade in forbidden goods such as alcohol and pork. In line with this, Islamic banks offer a fixed profit rate resulting from investment in Shari'ah compliant trading activities. Additionally, in Islamic mortgages, the bank can share some liability. This presents a more cost-effective and appealing product for some customers.

Within the commercial sphere, Ijarah is a leasing concept that offers financing options for commercial assets at a fixed price for a fixed period. In addition, many Islamic business ventures use trade finance which can be arranged without interest.

Islamic banking has no central detailed rule book for the modern application of Shari'ah . It comes down to a Shari'ah committee composed of Islamic scholars to determine acceptable banking practice at either bank or national level. Some theorists suggest that if a bank sells both Islamic and non-Islamic products and books both instrument types in the same legal entity, this creates an unacceptable mix of different profit streams. But other scholars maintain that as long as money is segregated internally, the products and the bank can still be Shari'ah compliant.

Banks such as HSBC and Citi have established their own Shari'ah committees. Large banks have a global brand and can establish operations running at some loss with considerable investment. But in contrast, regional, specialised Islamic banks like Bank Islam and Gulf Finance House are more focussed, have local knowledge, a deep understanding of the community and can connect more directly with their client base.

HSBC, which offers Islamic banking services across the Arab world, has a strong customer base in Malaysia. HSBC's widespread branch distribution and competitive products may explain why over half of its Islamic banking customers in Malaysia are non-Muslim.

Islamic banks should continue to remember that while they are rooted in Islamic tradition, competitive banking products are vital to sustain growth. Firstly, there are customers who will always choose purely Islamic banks on ethical grounds. In the middle ground there are those for whom Islamic banking is preferential, but not if the service offers too poor a financial return when compared to non-Islamic alternatives, and there are also non-Muslims who are open to any attractive financial product. The latter two groups present a far greater opportunity than the first and as such, constitute a priority focus for all banks offering Islamic banking services.

This article originally appeared on gtnews.com.

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #54 assalammualaiku meika 2011-04-04 23:55
mohon share
Quote
+2 #53 Mengapa Non Muslim mampu menggunakan produk Bank IslamAdie Gombak 2011-02-09 20:55
Sambungan..

3. Kalau kewujudan Bank Islam bukan utk membantu Org Islam itu sdiri, siapa lagi?? Kami ingin menggunakan Bank Islam krn kami sedar dgn kewajipan dlm syiar Islam, tetapi kami sering direject, sering ditolak., mcm mana ni? Sape lg yg nk tlg kami?? Apa yg kami ni beli ni adalah keperluan bkn lagi kehendak spt dulu.. Xkn gunakan kenderaan awam atau harta awam je?? Jadi ini menjadi punca Org Islam lari kepada Bank Conventional krn terpaksa dptkn sesuatu keperluan itu. Pada dasarnya Bank Islam itu sdiri tidak dpt membantu. Nk beli cash kami xmampu..
Quote
0 #52 Mengapa Non Muslim mampu menggunakan produk Bank IslamAdie Gombak 2011-02-09 20:53
Sambungan...

Beberapa persoalan ingin diajukan walaupun sy bukan seorg ahli Fiqh Muamalat atau pandai hadis2 atau dalil2 dalam Muamalat Islam.

1. Walaupun dlm pertimbangan Bank Islam, si polan-si polan tidak mampu/ tidak layak lagi berhutang sepatutnya bukan menjadi sebab penolakkan permohonan. Sepatutnya kewujudan Bank Islam menjadi pembantu/ maslahah kepada Org Islam.. Contohnya dgn cara mengenakan ‘Financial’ yang rendah kepada org Islam, kan ini lebih menjaga kemaslahatan dan membantu?? Memandangkan rumah dan kereta sudah menjadi keperluan, bukan kehendak lagi spt dulu. Jadi bantulah org Islam yang telah diketahui bergaji rendah.

2. Jadi dgn murabah yang rendah, akan memberikan kemampuan untuk Org Islam membayar balik pinjaman dan akan menjadikannya mampu. Dgn kadar keuntungan yang kecik, dgn kuantiti org meminjam yang banyak adalah sama juga dengan apa yg Bank Islam cari, keuntungan yang tggi dan kuantiti yang byk tapisan.
Quote
+1 #51 Mengapa Non Muslim mampu menggunakan produk Bank IslamAdie Gombak 2011-02-09 20:52
Salam Ustaz.

Saya dah baca artikel ustaz yg sungguh menarik tetapi point-point yang disampaikan telah lari daripada tajuk ‘Mengapa Non Muslim Suka Bank Islam dan Muslim Tidak’. Point-point yang diberikan lebih kepada;-

1. Mengapa Non Muslim mampu menggunakan produk Bank Islam
2. Mengapa Org Islam tidak berjaya, tidak mampu menggunakan produk Bank Islam dan menjadikan mereka kurang dalam menggunakan produk Bank Islam

Jadi artikel yang disampaikan sepatutnya atau lebih kepada tajuk ‘Kemampuan Non Muslim Menggunakan produk Bank Islam’ kerana point hanya menjelaskan sebab Org Islam tidak layak atau tidak mampu menggunakan produk Bank Islam dan secara tidak langsung menjadi sebab Org Islam kurang dalam produk Bank Islam, dan bukan point/ dasar sebenar yang menjukkan ‘Mengapa Non Muslim Suka Bank Islam’.

Ada sambungan persoalan...

Adie
Gombak
Quote
+1 #50 makin dicari, makin bnyk y ditemui..alhamdulillah.hana 2010-10-20 19:22
assalamualaikum , ustaz.
setelah mbaca kbnykan aritkel2 ustaz tentang pelaburan asb, perbankan islam..bnyak membantu saya dn mbuka minda saya menilai segala urusan yang mlibatkan duit ini, adakah seiring dengan kehendak syarak atau tidak. Saya bru shaja bkrja dan masih byk kna bljar utk uruskan kewangan sndiri. :-) Dan mulai hari ini perlu lebih berhati2 bila memulakan urusan pinjaman atau pelaburan. tidak ada sebab utk memilih bank konvensional kerana kita ada bank islam. Terima kasih atas sgla yg ustaz kongsikan disini..jazakallahu khairan khathira. :-) :-) :-)
Quote
0 #49 bai' ad-daynnurul_iman 2010-07-24 10:44
salam ustaz,
bleh ustaz trangkan konsep dan prinsip bai'ad-dayn serta cara aplikasinya di dlm sistem prbankan islam?...

salm ukuwah,trima kasih...
Quote
0 #48 fatwashaheer 2009-12-21 04:56
Salam, sepertimana yang ustaz kata, ada ulama antarabangsa tak setuju dgn sesetengah konsep di Malaysia seperti Bai Al-Inah dan Bai Al-Dayn, jadi bolehkah kita amalkannya di Malaysia?
Quote
0 #47 maybank islamukhwah 2009-08-18 20:01
1.adakah HALAL MAYBANK islamik dan kad nya?

terma kasih krn sudi jawab...
slam ukhwah...

UZAR : sepatutnya halal le kerana telah disesah dan disemak oleh majlis syariah mereka.
Quote
0 #46 Hanim 2008-10-15 05:01
Kepada saudara Hafiz yg bertanya mengenai PhD in Islamic banking and finance :

Durham University have the Durham Islamic Finance Programme (DIPP) which allows you to do MA Research and PhD in Islamic Finance and Banking. It even stated in their website that the degree is recognized by Saudi Ministry of Higher Education, Central Bank of Bahrain and Bank Negara Malaysia. :-)
Quote
0 #45 guestbaru 2008-10-12 01:19
ustaz,
kenapa perkara2 kecil macam senyuman,berlap ang dada tak boleh di laksanakan oleh orang islam,tapi orang bukan islam boleh?
Quote
+1 #44 small trader 2008-10-12 01:12
perbankan islam kena mudahkan bahasa - jangan gunakan bahasa yang susah nak faham kepada pelanggan.Kepada yang faham perbankan macam staff bank,ustaz2 yang pandai banking oklah.Tapi pada kami yang berkebun,nelaya n,small bisnes,guru,pel ajar u - ingat kami faham ke semua term2 ni.kalau senang faham,memang orang akan berduyun untuk ke perbankan islam,logiklah. bukankah bila kata tak ramai orang islam ke perbankan islam bermakna,someth ing is not right there?menjadi tanggungjawab mereka yang mahir dalam bidang ni go out into the streets and tell all.jangan dok berucap berapi2 pasal bagusnya perbankan islam dalam konference sana sini,kat hotel lah,universiti lah - orng dah maklum secara am nya bagusnya perbankan islam ni.


So stop conferencing,st op talking, go and inform the rakyat,make it easier untuk rakyat faham sebenar2nya....and please always smiling,ever to help,sopan dan berlapang dada bila beertemu pelanggan.
Quote
0 #43 Anak Adam 2008-10-11 00:51
Maybank pon dah ada Islamik kad? Saya tak tau pon, bila kuar?

UZAR : Ada, 'kad ikhwan' namanya, sila rujuk web maybank
Quote
0 #42 guess 2008-10-09 04:56
nak tanya,
saya sependapat dengan awak.saya pernah mengalami perkara yang sama. KurANG pendedahan,patu tnya mereka mesti pergi ke semua tempat yang ramai orang islam, dan warwarkan perbankan islam,tapi ini tidak. Tak ramai saya rasa yang faham perbankan islam ni,maka tanggungjawab bank2 islam ini bagi fahamkan.Orang yang bercakap ni memang senang,dia tak rasa macam kita rasa.
Quote
0 #41 abi 2008-10-08 09:12
Seorang eksekutif non-muslim Hong Leong Bank yang uruskan islamic loan saya pernah tanya "kenapa u nak sangat ambik islamic loan? x mahal sangat ke compare dengan conventional loan?"

(Pada waktu tu saya tatau sangat pun pasal islamic banking. Yang saya tau conventional loan konfom riba dan haram)

Dengan konfiden saya cuma jawab, "semua orang islam kat atas dunia ni haram ambil conventional loan kalo dah ada islamic loan, so baik u promote islamic loan pada client muslim u".


Di akhir cerita, dia ucapkan terima kasih kerana dapat satu ilmu baru hari tu sambil mengharapkan saya berkongsi maklumat yang saya tahu tentang islamic banking.


Wallahua'lam.





wallahua'lam.
Quote
0 #40 addi JB 2008-10-02 08:18
perbankan islam buat permulaan ini perlukan tapak yang kukuh.seperti pemahaman saya,ada sebuah bank perbankan islam juga menawarkan pinjaman kepada pekerja swasta tetapi rata-ratanya hanya untuk pekerja yarikat yang jelas dikenali besar serta syarikat itu memang ada medium cara.so,ini bukan masalah diskriminasi.tapi faktor masa dan tindakan syarikat tempat kita kerja sendiri.dan bank ini juga tawarkan pinjaman pada pekerja pekerja sektor awam.
Quote
0 #39 addi JB 2008-10-02 08:18
ASSALAMUALAIKAU M ustaz...non-muslim percaya dgn sikap orang islam.bersih dari makanan ,teliti dalam hukum kerja.sbb itu mereka tertarik dengan perbankan islam.tetapi bukan faham dengan lebih jelas pun kandungan cara perbankan itu sendiri.mungkin rugi rasanya.tapi itulah kelebihan orang islam.dipercayai.tapipermasalaha nya disini adalah bagaimana dengan orang islam.rata-ratanya masih tidak faham ustaz.kita memanglah perlu teliti.tapi perlu berilmu.bukan melulu.jgn nanti takut dengan bayang-bayang sendiri.seperti prinsip pelaburan dalam takaful contohnya,terpi nga-pinga bila dijelaskan soal pertukaran akad yang boleh mengubah urusniaga kepada lain cara dalam mengambil untung...orang islam mesti faham inisiatif.bkn sekali dengar saja,terus membuat tuduhan dan andaian yang bukan-bukan.
Quote
0 #38 mohd 2008-09-24 01:07
nak tanya, kawan ada berhutang dan saya tulis hutang itu.bila nak minta hutang kawan cakap sudah beres.padahal ada lagi.camne ye?
Quote
-1 #37 Nak tanya 2008-09-23 07:50
Ustaz,
terima kasih diatas penjelasan ustaz..bukan niat saya nak tengking tetapi dimana-mana sekali pun inilah cara saya berkomunikasi agar orang yang saya berkomunikasi ini jelas dengan apa yang saya nak sampaikan. Tetapi saya masih tidak berpuas hati dengan penjelasan ustaz..isteri saya memaklumkan bahawa dia tak terus beredar selepas dimaklumkan begitu..tetapi jawapan yang beliau cari tidak ada didalam benak kepala kakitangan yang ditemui..semuanyaberkata itu polisi dan arahan pihak atasan.

Wah!!..kalau macam tu jawapannya saya pun berminat jugaklah nak bekerja di bank tersebut. Dan lagi dalam masa tidak membenarkan isteri saya meminjam bolehlah pulak offer isteri saya kad kredit bank Islam...wah!!(sekali lagi)..bab kad kredit layak pulak..nak pinjam tak layak.

So..saya nak tanya pada ustaz la..bantu lah kami dengan memberitahu kami dimana lagi ada perbankan Islam yang ustaz war-warkan dan isteri saya nak cuba dan kami akan memberi maklumbalas lagi samada kami ini didiskriminasik an atau apa yang ustaz bagitau kepada kami dalam ulasan ustaz adalah betul dan kami adalah salah. Tak ada menjadi hal kepada kami untuk meminta maaf sekiranya kami ini bersalah.

Dan lagi..walaupun ustaz lebih mempunyai ilmu yang tinggi dari kami..sepatutnya tidak ada perasaan MUAK dalam mengajak sesama Islam untuk terus berjuang untuk Islam dengan ustaz..bukan semua orang lemah lembut macam ustaz.

UZAR : ITU KELEMAHAN PEGAWAI BANK DALAM KOMUNIKASI DAN TIDAK WAJAR DISALAHKAN SESEBUAH BANK ISLAM KERANANYA.

DI WEB SAYA ADA SENARAI BANK DAN PERBANKAN ISLAM ..MAKA SDR BOLEHLAH MENCUBA MANA-MANA ANTARANYA, MUNGKIN LEBIH BAIK CALL DAHULU AGAR TIDAK KELETIHAN PERGI KE SEBUAH DEMI SEBUAH BANK.

SAYA SUDAH BIASA JUMPA PENGUJNG DAN PELAWAT YANG KASAR, BIADAP, PEMALAS, EMOSI DAN DEMAND CEPAT DAN LAIN-LAIN YANG SEPETTINYA..BILA DITEGUR,.. AKA DENGAN PANTAS CUBA MENASIHATKAN KEMBALI SAYA DAN RAKAN2 SAYA AGAR 'PEJUANG ISLAM TAK BOLEH MARAH', 'USTAZ PUN MARAH JUGAK KE', USTAZ MANA BOLEH MUAK' DAN LAIN-LAIN BUAH UNTUK MEM'NASIHAT' DAN MEMBANTAI' SANG USTAZ,

NAMUN BUAH TU SAYA TERIMA DENGAN BAIK ATAS DASAR NASIHAT NAMUN IA BUKANLAH CARA YANG BETUL DAN BERKESAN.

NABI S.A.W JUGA MARAH DAN MENGENAKAN DENDA TERHADAP SAHABATNYA.

ADAPAUN PERASAAN MUAK PULA, SUDAH TENTU ADA, SEBAB SAYA JUGA MANUSIA BIASA. JIKA ANDA JUGA MUAK DENGAN SIFAT MUAK SAYA, MAKA TIADA APA YANG SAYA BOLEH LAKUKAN KECUALI MENYARANKAN SDR MENCARI USTAZ YANG TIDAK AKAN MUAK SAMA SEKALI DENGAN SOALAN BERULANG DAN SIKAP 'PEMALAS' DAN 'BIADAP' DALAM MENCARI ILMU. SEMUDAH ITU..

DAN SAYA, AKAN TERUS BERJUANG SETAKAT LIMIT YANG SAYA MAMPU..NAMUN DALAM MUAK, SAYA MASIH MEMBERIKAN JAWAPAN KEPADA SDR.
Quote
0 #36 fakiralkaya 2008-09-22 14:27
Saya kurang setuju atau tidallah tepat kalau kita kata ramai non-muslim pilih prbank islam dan muslim kurang. Kerana kebanyakan non-muslim kehidupan harian mereka kerana bisness memerlukan prbank,jadi merekalah yang terlibat dengan prbank,so prbank islam mereka fikir kurang risk maka mereka pilih.

Muslim hanyalah (sedikit) terlibat dengan kwangan besar, cuma runcit yang bank pun tak minat kerana pulangan sedikit tapi paperwork banyak jugak.

Faktornya muslim jugak - kalau cerita prbank islam - insurance islam tak ada yang comel semua COMOT, ada juga exec prbank 2 sektor islam dan konvensional sendiri yang kata "lebih baik, lebih murah sistem konvensional" (pngalaman saya).W.A

UZAR : PANDANGAN SDR TELAH SAYA ULAS DALAM ARTIKEL..CUBA BACA DENGAN TIDAK LOMPAT-LOMPAT.
Quote
-1 #35 NakTanya 2008-09-20 07:19
Ustaz...

Bukan sebab orang Islam tak suka perbankan islam..tapi mereka sendiri yang mendriskriminas ikan pengguna islam..contoh terbaik isteri saya nak selesaikan hutang dengan bank konvensional..so pergilah ke bank Islam nak buat loan islam ni..nak tau apa org bank cakap? Cik bukan kakitangan kerajaan..., bukan staff GLC dan sebagainya....macam tu kah atitude kata nak menegakkan syiar Islam dan menggalakkan perbankan islam...padahal isteri saya mampu bayar dan gajinya setaraf eksekutif ( bukan bermaksud riak!)

so sila jawap dan tolong jangan padamkan komen saya ini

UZAR :

PERTAMA : DI MALAYSIA ADA 12 BANK ISLAM FULL FLEDGE, DAN BEBERAPA BUAH LAGI WINDOWS..SEMUA BANK ISLAM TU BUAT GITU KE..? JUSTERU, PENGALAMAN DI SATU BANK ISLAM TIDAK MEMBOLEHKAN SDR MENGUTUK SEMUA BANK ISLAM.

KEDUA : SESETENGAH BANK ISLAM MEMPUNYAI TARGET GROUP DAN SEKTOR PELANGGAN MEREKA ATAS SEBAB2 YANG PELBAGAI.. SEPET BANK RAKYAT..YANG TARGET KAKITANGAN AWAM DAN GLC CONTOHNYA TANPA MENGIRA BERAPA PUN GAJI ANDA, MEREKA TETAP TARGET KUMPULAN KHUSUS.. OLEH ITU, JIKA ANDA BUKAN KAKTANGAN AWAM, MAKA MENGAPA MASIH BUANG MASA PERGI KE SITU ?.BANK-BANK ISLAM LAIN KAN MASIH ADA..BAGI SAYA, MEREKA TIDAK DISKRIMINASI TETAPI SUDAH TENTU PIHAK PENGURUSAN ADA PERJANJIAN TERTENTU DAN LAIN-LAIN PERETIMBANGAN BISNES DENGAN KERAJAAN CONTOHNYA ..DAN LAIN-LAIN.

KETIGA : JANGAN CEPAT BUAT KONKLUSI TUDUH 'DISKRIMINASI' SEBELUM TANYA DETAIL DENGAN BAK ISLAM ITU, KENAPA MEREKA TAK MAHU TERIMA SEDANGKAN GAJI ISTERI SDR LUMAYAN. INI BIASNAYA TIDA, LEPAS KATA TAK BOLEH KRN BUAKN KAKITANGAN AWAM DAN GLC..TERUS PERGI ..DENGAN MARAH DAN SANGKA BURUK.

SEKIAN..SAYA CUBA JAWAB JUGA DAN TAK PADAM PUN KOMEN ANDA..CUMA CARA ANDA BERBICARA AGAK KURANG BAIK DALAM MENUNTUT ILMU..NAK BERTANYA MENUNTUT ILMU PERLULAH ADA ADABNYA. BUKAN MENUNTUT SAMBIL 'MENENKING-TENGKING' ORANG YANG DIHARAP MEMBERIKAN ILMU...CABAR MENCABAR...

PELIK SIKAP ORANG MELAYU ISLAM HARI INI...APA NAK JADI.

BIASNAYA SAYA PADAM BUKAN SEBAB TAK BOLEH JAWAB TETAPI KERANA MUAK DENGAN KEBIADAPAN PENANYA.

SAYA DAN RAKAN-RKAAN USTAZ BUKANNYA MINTA SANGAT UNTUK DIHORMATI TETAPI 'AT LEAST' SECARA LOGIKNYA PUN, NAK BERTANYA TU KENALAH BERHEMAH SIKIT.
Quote
0 #34 azizi 2008-09-20 06:54
saya kurang setuju pasal org yg sokong parti islam tolak sistem perbankan islam sebab saya penyokong parti yg berasaskan islam tidak spt itu.pada saya ia lebih kpd individu itu sendiridan kefahaman dia pada hukum hakam.mengaitkan perbankan islam pada parti politik adalah kurang tepat.yg penting pemerintah perlu menjelaskan keadaan sebenar.
Quote
0 #33 hafiz 2008-09-18 07:56
ustaz, boleh tak gunakan font lain utk comment para pembaca. terlalu kecil & sukar utk dibaca... tq
Quote
0 #32 mat lazim 2008-09-18 01:01
Kesimpulannya, mereka yang membuat dakwaan ini sama ada :-

* Memandingkan dua perkara yang tidak boleh dibandingkan.

* Tidak fahami cara kiraan kedua-dua sistem iaitu bank Islam dan bank konvensional.

* Tidak fahami apa itu compounding interest akibat late payment.

* Tidak faham apa itu Base Lending Rate dan sifatnya.

* Tidak faham apa itu konsep ibra dan syarat pelaksanaannya dalam Islam

Justeru, apabila ada orang bercakap berkenaan hal ini namun gagal memahami perkara basic yang saya sebutkan di atas. Ia sebenarnya sedang membuat fitnah kepada Perbankan dan Kewangan Islam. Sekaligus menunjukkan kecetekan ilmunya berkaitan hal perbankan.


itulah pasal,bank kenalah bagi fahamkan pelanggan bukan hanya pandai nak jual produk je.Benda2 begini,memangla h cakap memang senang,tapi nak melaksanakannya agak tidak senang.

UZAR : SDR NAMPAKNYA BELUM MEMBACA ARTIKEL2 YANG BERKAITAN DI WEB NI MENYEBABKAN SDR BERTANYA DAN MENCADANG BENDA YANG BERULANG..

MACAMANA KALAU BANK NAK AJAR TAPI PELANGGAN TAK MAHU BELAJAR?.. MASIH NAK SALAHKAN BANK LAGI??

KES BEGINI SGT BENYAK BERLAKU DAN SAYA JUGA PERNAH JUMPA PELANGGAN SEBGINI SEMASA BERTUGAS DI BANK DAHULU.

MALAH BUKAN ITU SAJA MASALAH UTK NAK AJAR NI..PEGUAM PUN PERLU DIAJAR, DEALER, SELLER, VENDOR DAN LAIN-LAIN. IN PRACTICAL IA KERJA COLLECTIVE NAMUN TAK SEMUA SUDI UNTUK BELAJAR.
Quote
0 #31 guestbaru 2008-09-18 00:19
jawapan saya macam ni - saya pun kurang pasti,betul ke non muslim suka bank islam ,muslim tidak?kalau nampak seorang dua bukan islam masuk bank,maka adalah tidak tepat.Namun bank islam dan perbankan islam ni,tidak di warwarkan dengan betul,penuh dengan term2 yang berbunnyi arabic yang kita pun tidak faham,apatah lagi yang bukan islam.

Lagi penyampaian oleh pegawai yang berkenaan pun macam acuh tak acuh je,setakat nak but sale untuk meet the target.Baru2 ni saya sendiri pun berurusan dengan bukan islam untuk perbankan islam.

Kita masih lagi jauh untuk sepenuhnya melaksanakan perbankan islam. Satu lagi yang mungkin orang islam yang bekerja di bank mungkin anggap perkara kecil,ialah attitude,manis muka dan sabar hadapi kerenah pelanggan.Sebab itu saya lebih suka berurusan dengan bukan islam kerana mereka lebih senyuman,sanggu p membantu lebih lagi.

UZAR : SDR MEMANG KURANG PASTI TAPI SAYA PASTI KERANA IA ADALAH BERDASRKAN BANK PUNYA STATISTIK BUKANNAY TENGOK SORANG DUA MASUK KAT PINTU BANK..STATISTIK YANG DIBERI ADALAH PROFESIONAL BUKAN STATITISK BUDAK SEKOLAH.

ORANG BUKAN ISLAM WALAUPUN ARABIC TERM, MEREKA SANGGUP BELAJAR DAN FAHAM..ORANG ISLAM KITA..? HMM..BERALASAN LAGI..

NASIHAT SAYA, JANGAN JADIKAN IMAN KITA BEGITU MURAH, HANYA DENGAN SENYUMAN MANIS OLEH PEGAWAI BANK RIBA..SUDAH BOLEH DIBELI UTUK MELAKUKAN DOSA RIBA SEBESAR DOSA ZINA 36 KALI.

MUKA MASAM PEGAWAI BANK ISLAM MEMANG SALAH NAMUN IA BUKANLAH ALASAN YANG VALID DI HADAPAN ALLAH KELAK.
Quote
0 #30 kwn addinz 2008-09-17 20:33
Salam,
Soalan saya ada kaitan dengan addinz. Pernah saya terdengar satu ceramah. Imam Abu hanafian yang berdagang dengan menjual kayu. Dan dia pesan pada hambanya bahawa salah satu kayu tersebut adalah tidak sempurna. Oleh itu, jika nak jual kayu tersebut perlu pesan pada pembeli.

Then, di pendekkan cerita hambanya terlupa pesan Imam abu hanafiah tadi. Dan keuntungannya pada hari tersebut adalah 200 dirham telah dicampur dengan keuntungan yang terdahulu menjadi 2000 dirham. Dan lantas Imam abu hanafiah menyedekahkan semua keuntungannya 200 dirham (hari tersebut) dan 2000 dirham sekali kerana duit tersebut telah bercampur.

Kesimpulan 2000 (Halal) + 200 (Shubaha' + Halal) = 2200 (Shubaha') Betul ke formula ni ustaz.

P/S sekadar ingin tahu. Tidak ada berniat ingin mengenakan sesiapa.
Quote
0 #29 addinz 2008-09-16 03:35
Salam ustaz,
Kalau penyimpan yang menyimpan adalah dari sumber yang tidak halal?

Duit tu dah bercampur-campur.

UZAR : TIADA MASALAH UNTUK MEREKA MENYIMPAN DI AKAUN ISLAM SELAGI MANA DUIT TU BERCAMPUR.
Quote
0 #28 Fuad 2008-09-11 16:56
Assalamualaikum ustaz.Salam ramadhan dan semoga selamat bahagia di perantauan.Saya ingin bertanya dgn ustaz dgn persoalan saya.Harap ustaz dpt menjawabnya.Saya seorang penjual kereta.Jika pelanggan memilih pinjaman konvensional...bersalah atau berdosakah saya?

Akan tetapi saya ade nasihatkan ambil pinjaman bank islam sebelum mereka memilih pinjaman
konvensional.Adakah saya bersetongkol dgn riba?sekian terima kasih.

UZAR : SOALAN SDR MEMANG RELEVAN DAN MENGHANTUI BANYAK PENJUAL ISLAM. SAMA SEPERTI PENJUAL ISLAM YANG DIDATANGI PEMBELI YANG MENGGUNAKAN KAD KREDIT RIBA.

JWPN YANG WAJAR SAYA BERI SEBENARNYA PANJANG DAN PATUT BESERTA HURAIAN, NAMUN DI RUANG RINGKAS INI SAYA BERPANDANGAN BHW ANDA TIDAK DIKIRA TERLIBAT SETELAH ANDA MENASIHATINYA UNTUK MENGAMBIL PEMBIAYAAN ISLAM.

HUJJAH RINGKAS, KERANA PENJUAL TAK BERTANGGUNGJAWA B ATAS SUMBER DUIT PEMBELI..DIA HANYA BERTANGGJUNG JAWAB ATAS AQAD ANTARA DIA DAN PEMBELI SHJ..DALAM KONTEKS INI, AQAD ANDA DENGAN PEMBELI ADALAH JUALAN..CARA BYRAN OLEH PEMBELI BUKANLAH DALAM BIDANG KUASA ANDA.
Quote
0 #27 hayantie 2008-09-10 03:12
adkah asb mybank berperanan sebagai bank islam.

UZAR : SETAKAT PENGETAHUAN SAYA..TIDAK.

SHARE ASB DILETAKKAN DALAM MAYBANK GROUP AGAR DAPAT 'MERASA' UNTUNG MAYBANK YANG BERBILLION RINGGIT ITU.

JIKA MRK LETAK SHARE ASB KPD MAYBANK ISLAMIK..UNTUNGNYA HANYA SEKITAR RATUS JUTA SHJ.

HASILNYA DIVIDEN KPD PENCARUM ASB JUGA AKAN BERKURANG SUDAH TENTU.

PADAHAL UNTUNG SIKIT YANG HALAL LEBIH PENTING DARI UNTUNG BYK YG HARAM. LIHAT JIKA ASB BOLEH UBAH KE MAYBANK ISLAMIK, ASB SUDAH HILANG SALAH SATU ISU BESAR SHARIAHNYA..NAMUN MASIH ADA YG LAIN.
Quote
0 #26 seroja 2008-09-05 01:57
Salam Uzar.

Saya juga spt jasmin, ingin menutup CIMB konvensional tu kpd & buka CIMB Islamic. Saya tlh membuka akaun itu sejak 1995 (mula2 kerja kt company tersebut), ketika itu namanya masih Bank Bumiputra Msia Bhd (BBMB)- mungkin ketika itu blm ada islamic banking lagi..kemudian merge dgn Bank of Commerce (BOC)= Bumiputra Commerce Bank Bhd(BCB)...dan skrg dah jadi CIMB Bank.

Soalan saya :-
1. baki wang dlm CIMB tu, perlukah saya keluarkan sehingga zero balance?

2. B'mana saya nak kira bunga/interest yg terkumpul dlm akaun tersebut, perlukah saya cari buku2 simpanan dan kira dari mula saya buka akaun tersebut? Atau tanya staff bank brapa interest saya? Saya nak tau brapa interest tersebut & salurkan (sedekahkan) pd tpt2 yg sepatutnya.

Harap dpt penjelasan dari ustaz. Terimakasih.

UZAR : DAPATKAN JUMLAH KESELURUHAN INTEREST DARI PIHAK BANK..MEREKA BOLEH TRACED..KEMUDIAN BOLEH BACA ARTIKEL SAYA BERKENAAN BGMN LUPUS WANG HARAM. DALAM BUKU ADA, DI WEB PUN ADA
Quote
0 #25 jasmin 2008-09-04 04:20
salam ustaz, saya sekarang ini menggunakan akaun simpanan cimb dan ingin bertukar kepada cimb islamic. tetapi menurut pegawai bank cimb saya tidak boleh menukar akaun tersebut kepada cimb islamic.

Sebaliknya perlu membuka akaun baru cimb islamic, kenapa bank cimb tidak mesra pelanggan? Saya andaikan selama ini boleh terus menukar akaun simpanan biasa ke akaun simpanan islamic.

UZAR : JIKA TIDAK BOLEH TUKAR, TUTUP SAHAJA AKAUN RIBA TU DAN BUKA AKAUN ISLAM SAMADA DI CIMB ISLAMIC ATAU DI BANK-BANK ISLAM YANG LAIN
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer Formula Contracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan Ibadat Riba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new  ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 89 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Perbankan & Insuran Mengapa Non Muslim Suka Bank Islam & Muslim Tidak?