Jual Mahal Berkali Ganda : Bolehkah ?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Ramai bertanya sama ada terdapat dalil khusus yang menghadkan keuntungan halal dalam transaksi jual beli.
Jawapan ringkasnya ; tiada dalil khusus dalam hal ini sebagai contoh tiada penyataan dalam nas atau dalil yang melarang kadar untung tidak boleh melebihi 20 %, 30 % dari modal atau lain-lain peratusan. Ini kerana penetapan keuntungan ini akan melencongkan transaksi tersebut dari memberi keadilan buat pihak yang menjual dan membeli.
Di dalam Islam, setiap penjual berhak menentukan harga barangan yang dimilikinya, namun demikian ia masih terikat dengan harga pasaran.
Justeru, harga yang ditawarkan hendaklah :-
- a- diterima harga pasaran.
- b- Jika ia mahu keluar dari harga pasaran, ia MESTI mempunyai sesuatu add value atau tambahan nilai unik pada kualiti barangan itu, contohnya, harga pasaran bagi jualan sebuah rumah teres tiga bilik dengan keluasan 22 x 75 kaki adalah RM250,000. Namun penjual mahu menjualnya dengan harga RM 400,000 disebabkan renovation dalamannya yang begitu cantik.
- c- Tidak dibuat dengan tujuan spekulasi (harga yang ditawar bukan bertujuan untuk jual beli sebenar tetapi hanya dibuat bagi memberi kesan kepada harga pasaran semasa) atau bagi menaikkan harga pasaran.

Tatkala itu, harga jualannya yang jauh lebih tinggi dari harga pasaran rumah sejenis adalah HALAL disebabkan perbezaan dan nilai tambah yang diusahakannya.
Hasil usaha beserta modal tadilah yang menjadikannya halal menerima imbuhan keuntungan.
Satu contoh lagi, saya masih ingat kisah yang heboh diperkatakan dikhabar satu ketika dahulu, berkenaan harga sepinggan nasi dagang yang mencecah RM45 ( jika tidak silap saya). Sudah tentu jika dilihat, ia melebihi harga pasaran sepinggan nasi dagang. Namun, jika berjaya dibuktikan nasi yang dijualnya mempunyai nilai yang sesuai dengan harganya seperti katanya, harga ikan yang digunakan, minyak zaitun atau apa jua yang lain. Ia adalah harus dan halal, namun jika ia tidak sepadan dengan harga pasaran , para ulama berbeza pendapat.
Jelas bahawa, jikalau barang yang dimiliki mempunyai ciri khas istimewa, atau telah ditambahkan ciri-ciri istimewa, tatkala itu ia boleh berbeza dengan harga pasaran biasa.
Adapun bagi penjual barangan yang tiada nilai tambah, atau jika ada sekalipun ia hanyalah nilai tambah yang kecil seperti :
Rumah teres tadi hanya dicat baru sahaja. Tatkala itu, harganya masih tidak boleh naik terlalu tinggi dari harga pasaran.
Bagi aset atau barang yang tiada sebarang perbezaan tambah nilai, para ulama berbeza pendapat, terdapat mereka yang membenarkan tidak lebih dari 1/6 dari harga pasaran, ada yang meletakkan 1/3 (pandangan ulama Maliki), ½ dan lain-lain.
Bagaimanapun, menurut tahqiq atau analisa terkini yang dibuat oleh Syeikh Prof Dr Muyi din AL-Qurrah Daghi, PANDANGAN TERKUAT DALAM HAL INI ADALAH TERSERAH KEPADA URUF atau suasana setempat. Semua kadar-kadar yang diberikan tadi semuanya tidak disokong oleh dalil khusus.
BAGAIMANA JIKA ANDA PENENTU HARGA PASARAN.?
Jika inilah kesnya, keadaannya berbeza dan anda boleh menentukan harga sendiri dan ia akan diikuti oleh yang lain sehingga diterima sebagai 'harga pasaran'.
Namun demikian perlu diingat, untuk diiktiraf menjadi pihak berwibawa dan dirujuk dalam penentuan harga, sudah tentu :-
- 1) Sebuah syarikat amat besar yang mampu memberi kesan kepada pasaran dan syarikat-syarikat lain,
- 2) Anda akan terikat dengan kepakaran menilai atau 'evaluation' harga kualiti khidmat ditawar atau barang yang dijual, agar ia bertepatan dengan 'Thaman al-Mithl' ( harga sesuai yang bertepatan dengan nilai barang). Justeru itu, sekiranya anda meningkatkan harga melambung-lambung tanpa justifikasi tepat, saya yakin anda tidak akan lagi menjadi pakar rujuk harga pasaran selepas ini. Wibawa menjadi hilang juga.
Kesimpulannya, walaupun anda atau syarikat adalah penentu harga, namun masih terikat dengan proses-proses penentuan harga yang lain seperti :-
- a- Demand and supply
- b- kesukaran memperolehinya,
- c- ia dari jenis barang asasi atau tidak
- d- Pihak yang membeli secara berhutang atau tunai,
- e- matawang yang digunakan dan lain-lain.
- f- Jenis transaksi dan lain-lain.
Semua ini memberi kesan dalam penentuan harga. Al ini banyak dibincangkan dalam perbincangan ekonomi Islam dan juga pernah dijelaskan oleh Ibn Taimiah dan lain-lain.
NISBAH UNTUNG DAN DALIL
Bagi mereka yang inginkan dalil keharusan harga tanpa had (selagi dalam harga pasaran atau boleh dijustifikasikan secara menepati Shariah), berikut antaranya :-
Keharusan mengambil untung lebih dari 100 % asalkan ia :-
1) Dari hadis berikut :-
أن النبي -صلي الله عليه وسلم- أعطاه دينارًا يشتري له به شاة، فاشتري له به شاتين، فباع إحداهما بدينار، فجاء بدينار وشاة فدعا له بالبركة في بيعه، وكان لو اشتري التراب لربح فيه
Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW memberi 'Urwah satu dinar untuk membeli seekor kambing, maka (atas kebijaksanaannya) dapat dibelinya dua ekor kambing, lalu dijualnya seekor dengan harga satu dinar, lalu ia dating bertemu Nabi membawa satu dinar dan seekor kambing, maka Nabi terus mendoakannya dalam jualannya, yang jika ia membeli tanah sekalipun pasti ia akan mendapat untung" ( Riwayat Al-Bukhari, no 3642 )
Hadith ini menunjukkan bagaimana sahabat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar, bermakna 1/2 dinar seekor, dan kemudian menjualnya degan harga 100% keuntungan iaitu 1 dinar seekor. Transaksi ini diiktiraf oleh nabi malah dipuji dan didoakannya.
2) Sebuah lagi dalil adalah :-
Apa yang dilakukan oleh sahabat bernama Zubayr Al-‘Awwam r.a di mana beliau telah membeli sekeping tanah hutang dengan harga 170,000 dan kemudian beliau menjualnya kepada Abdullah Bin Zubayr dengan harga 1,600,000. Ini bermakna beliau telah menjualnya dengan Sembilan kali ganda harga asalnya.
Walaupun hadis ini mawquf, namun tanah ini telah dijual kepada sahabat lain seperti Mu'awiyah, Abdullah bin Jaffar dan lain-lain sahabat masih hidup tatkala itu, transaksi ini dibuat di zaman Sayyidina Ali k.w. Para ulama menyatakan, persetujuan para sahabat di zaman itu menjadikannya sebagai ijma' sahabat, yang boleh menjadi satu dalil kukuh akan keharusannya.
Namun demikian, jika ia ada tujuan tidak sihat seperti usaha untuk menaikkan harga secara tidak sihat, melalui sorokan barangan hingga harganya meningkat, mengambil peluang atas kelemahan pembeli tentang harga pasaran atau lain-lain kezaliman, maka harga yang tinggi tadi menjadi haram.
BANK-BANK ISLAM CAJ HARGA LEBIH HARGA PASARAN ATAU TIDAK?
Dalam hal bank-bank Islam yang menjalankan transaksi jual beli ( sama ada atas kontrak BBA, Bai Al-Inah dan Murabahah) dalam produk pembiayaan runcitnya. Bank-bank ini kerap dikatakan menjual semula rumah tadi dengan harga yang terlalu mahal contonya seperti : Pembiayaan sebanyak RM 200,000. Namun jumlah harga yang perlu dibayar semula oleh pelanggan adalah RM 400,000 dalam tempoh 25 tahun sebagai contoh.
Apa hukumnya?. Hukumnya masih harus dan halal kerana itulah harga pasaran bagi setiap pembelian aset yang mahal lagi mudah naik harga (seperti rumah) besar yang ingin dibayar secara ansuran selama 25 - 30 tahun. Buktinya ia harga pasaran adalah cubalah anda melihat tawaran dari bank-bank lain. Malah jika anda punyai pengalaman bekerja dengan bank konvensional atau bank Islam, anda akan mengetahui itulah juga nilai yang dijangka diperolehi oleh bank konvensional sepanjang tempoh 25 - 30 tahun itu walaupun jangkaan harga yang diharapkan oleh bank konvensinoanl sentiasa naik turun berdasarkan BLR.
Jika ingin dibuat perbandingan; sebuah rumah, kebiasaannya nilai semasanya cukup mudah untuk naik dalam beberapa tahun, seorang kenalan saya di Bukit Damansara pernah menyatakan ia membeli rumahnya di kawasan tersebut sekitar 20 tahun lalu dengan arga RM 100,000 ke RM 200,000 sahaja, hari ini nilai rumahnya tanpa sebarang renovation pun sudah mencecah RM 1 juta.
Adakah kita ingin pihak bank menjadikan jangkaan harga selepas 25 tahun itu sebagai harga pasarannya? Sudah tentu tidak rasanya. Justeru, jika pihak bank menawarkan sesuatu harga yang puratanya hanya melebihi 50% - 100% dari harga asal rumah, saya kira itu masih reasonable kerana dalam tempoh 25 - 30 tahun, harga rumah tersebut boleh meningkat jauh dari itu, tidak dinafikan ia boleh juga menurun.
Hakikatnya, nilai harga yang ingin ditawar kepada pelanggan ditentukan dengan cermat dan berhati-hati oleh pihak bank, ia bukanlah melihat sangat kepada harga aset dalam tempoh akan datang, namun ia mempunyai pelbagai aspek kos mengurus minima (cost of fund). Juga melihat kepada kadar faedah semalam yang ditentukan oleh pihak Bank Negara Malaysia.
Bagaimana pula kereta yang harganya tidak naik selepas 5 tahun tetapi turun.? Telah saya sebutkan tadi, nilai harga akan datang biasanya tidak dilihat sangat oleh pihak bank, kerana mereka lebih terikat dengan kadar faedah yang dikeluarkan oleh BNM dan Cost of Fund bank terbabit. Justeru, harga pasarannya adalah melihat kepada harga tawaran oleh bank-bank lain, termasuk bank konvensional. Apapun, harga dan kadar pembelian kereta menggunakan bank konvensional dan Islam adalah hampir sama. Malah pembiayaan kereta secara Islam lebih menarik kerana sebarang kelewatan hanya akan dikenakan 1% penalti tanpa 'compounding' berbanding 3 - 5 % penalti bagi bank konvensional yang bersifat compounding.
Sukar untuk saya terangkan semua fakta dan formula kira-kira di sini, namun sebahagiannya telah saya terangkan di artikel-artikel lain di web ini.
Kesimpulannya, itulah harga pasaran sebenarnya dan ia masih dalam harga pasaran. Saya juga berharap ia lebih murah kerana saya juga adalah pelanggan, namun saya terpaksa akur dengan harga yang ada di hadapan mata, kerana ia masih dalam ruang lingkup HARUS menurut Shariah.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
31 Oktober 2008
London, United Kingdom
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
saya nak tanya apa pula hukum menjual barangan dengan harga yang berbeza-beza mengikut kemampuan orang. jika orang kaya dijual harga tinggi dan y miskin dijual harga rendah
Saya bercadang untuk membeli dan flip beberapa buah rumah. Selepas mendapat modal yg cukup,saya ingin membeli sekali lagi dan menyewakanya.
Tolong beri penjelasan dari sudut riba atau hukum yg lain.
terima kasih
harap umat islam lebih terbuka mata dan membaca info-info yg sgt ilmiah disini.
tak rugi habiskan masa membaca artikel tuan .
saya tertarik dengan isu yang dibangkitkan org ramai mengenai riba dalam pinjaman adalah membebankan..
Jika perbankan islam menjual harga produk melebihi harga produk bank comercial yang mengamalkan riba.....
Apakah ianya tidak membebankan peminjam?
Disebabkan status HALAL maka peminjam terpaksa menerima akad secara terpaksa.
walaupun mengetahui harga yang ditawarkan jauh lebih mahal daripada harga asal..... Apakah akad dalam terpaksa ini adalah perkara yang baik dalam urusan jual beli?
tq
Lihat perbandingan ini: Pinjaman perumahan konvensional bernilai RM 200,000 perlu dibayar sebanyak RM 500,000 selama 300 bulan berbanding pinjaman perumahan Islamic bernilai RM 200,000 perlu dibayar sebanyak RM 550,000 untuk tempoh yang sama. Lupakan tentang kadar faedah atau BLR yang terlalu teknikal itu. Jika sistem konvensional menetapkan faedah tertentu yang kita panggil riba, perbankan Islam pula menjual semula pembiayaan tersebut kepada pelanggan dengan harga yang ditetapkan sejak awal. Anehnya, keuntungan dari sistem konvensional dianggap riba tetapi keuntungan dari perbankan islam dianggap keuntungan yang dibenarkan menurut pasaran.(???) Keuntungan ini dikeluarkan zakat dan membantu asnaf-asnaf. Jika kita membenarkan ini, maka saya khuatir matlamat perbankan Islam tidak tercapai sebagaimana yang diharap.
Sudah tentu saya tetap membeli ayam yang halal walaupun harganya berlipat kali ganda, tetapi dalam hal ini keterpaksaan kita untuk membenarkan diri dibebani sistem yang diyakini halal ini nampaknya semacam ada yang tak kena. Apabila Amerika dilanda krisis kewangan disebabkan sistem ribanya, ramai cendikiawan Islam mencadangkan kita kembali ke sistem kewangan Islam. Malah ada ahli ekonomi terkemuka yang bukan Islam disana mencadangkan kadar faedah diturunkan ke paras sifar ( 0%). Maka ada penulis Muslim di Malaysia mendabik dada mengaku sistem kita boleh membantu krisis ini.(ada yang tersenyum)
Sudah tentu kita sukar lari dari permasalahan yang sama memandangkan sistem perbankan Islam kita hanya berbeza dari segi nama, takrifan keuntungannya sahaja. Sebab itu tidak hairan banyak bank mula berlumba-lumba mengamal perbankan Islam, sebab bendanya sama.(tak perlu ke kelas ekonomi untuk memahami senario ini). Belum menyentuh lagi tentang pelaburan yang dibuat oleh bank-bank ini. Jika sistemnya sahaja dikatakan Islamic (walaupun meragukan) tetapi pelaburannya masih konvensional, saya tak nampak di mana Islamiknya sistem kita.(apa jadi dengan pelaburanTabung Haji dekat Gentings holdings dulu eh).
Walauapapun , saya masih tidak berkuasa atau punya cukup ilmu untuk memastikan yang mana betul-betul Islamik atau tidak, dan saya tetap akan menyokong sistem perbankan Islam di negara ini kerana ini sahaja pilihan yang ada. Takkan nak simpan wang bawah tanah kot ( sapa yang tulis camni tadi ?)
wsalam..zol
dalam masa yang sama saya juga berminat utk menceburkan diri dlm islamic financial system.syukran
-zilzal-
Dari hadis berikut :-
أن النبي -صلي الله عليه وسلم- أعطاه دينارًا يشتري له به شاة، فاشتري له به شاتين، فباع إحداهما بدينار، فجاء بدينار وشاة فدعا له بالبركة في بيعه، وكان لو اشتري التراب لربح فيه
Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW memberi 'Urwah satu dinar untuk membeli seekor kambing, maka (atas kebijaksanaanny a) dapat dibelinya dua ekor kambing, lalu dijualnya seekor dengan harga satu dinar, lalu ia dating bertemu Nabi membawa satu dinar dan seekor kambing, maka Nabi terus mendoakannya dalam jualannya, yang jika ia membeli tanah sekalipun pasti ia akan mendapat untung" ( Riwayat Al-Bukhari, no 3642 )
Hadith ini menunjukkan bagaimana sahabat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar, bermakna 1/2 dinar seekor, dan kemudian menjualnya degan harga 100% keuntungan iaitu 1 dinar seekor. Transaksi ini diiktiraf oleh nabi malah dipuji dan didoakannya.
soalan saya, adakah transaksi diatas juga dikatakan riba?
saya dah tak dapat bezakan riba dengan keuntungan..saya keliru..
UZAR : Jika riba tentulah nabi marah dan betulkan. Nabi doakan tentulah ia halal.
Dah lama saya tertanya2 mengenai hal ini. Akhirnya UZAR meleraikannya dengan penuh ilmiah..
Saya ada seddikit kemusykilan tentang BBA. Sistem ini amat menindas umat Islam. Keuntungan yg diambil adalah melampau. Saya telah membuat pinjaman perumahan melalui kaedah BBA ini. Saya ingin membuat bayaran pengurangan pinjaman dengan bayaran sebanyak RM50,000 tetapi pihak bank hanya mengurangkan jumlah tahun dengan hanya menolak jumlah tersebut. keuntungan yg diambil adalah sama kalau mengikut sistem konvensional lebih dari separuh pengurangan.
Saya amat bersetuju dengan penghakiman Hakim Abd. Wahab Patail pada bulan sept 2008 yang memutuskan sistem BBA ini adalah bertentangan dengan Islam dan tidak sah digunakan sebagai kewangan Islam.
UZAR : Secara peribadi, saya tidak pernah menyokong product BBA, justeru saya tidak berminat untuk 'backing' apa-apa dalam hal ini.
Hal ini patut ditanya kepada Majlis Pensaihat Syariah BNM yang meluluskannya. Termasuk beberapa Dato' mufti di Malaysia. Mereka yang perlu menjelas dan 'backing' hasil ijtihad mereka.
Saya juga TIDAK SETUJU dengan mereka yang BERSETUJU dengan penghakiman itu, namun sebab apa ?..panjang penerangannya,
Rujuklah mereka yang pakar secara 'face to face' kerana hal ini sukar dibincang secara terbuka disebabkan ia adalah keputusan mahkamah dan janganlah membuat keismpulan tergesa-gesa.
Sang Hakim kata BBA bertentangan dengan Islam. Saya cuma ingin tahu apakah kelayakan ilmunya untuk mengetahui ini bertepatan dengan Islam ATAU bertentangan.
Apa yang pasti produk tu diiktiraf menepati Shariah oleh orang dan ilmuan yang punyai ilmu mendalam dalam bidang Shariah seperti Dr Mohd Daud Bakar, Dr Haron Din, Dr Joni Tamkin, Dato Syeikh Ghazali, Dato Hasan Ahmad, Dato Harussani Zakaria, Dato Dr Mahmod Zuhdi Abd Majid dan ramai lagi,
UZAR : Thanks , ye betul tertinggal perkataan 'BLR'
Apa hukumnya jual beli syiling lama (yang tidak lagi laku) tetapi syiling itu mengandungi perak/emas melalui online yang mana salah satu pihak lambat menerima salah satu barang tersebut?
Harap jelaskan.
Terima kasih.
(Note : maksud sy dripada segi menzalimi pelanggan)
UZAR : Berdoa dan berusahalah, jangan hanya mengharap seperti menunggu di stesyen bas tetapi mengharap keretapi laju. pastinya tidak ke mana-mana dan cukup pula berbuih dengan komen dan maki hamun tiada penghujung.
Thanx for the reply. Saya sedang menduduki IFP (Islamic Financial Planning)di IBFIM dan suka membuat kajian sistem2 kewangan islam. InsyaAllah ada rezeki buat MA di UIA. Mungkin terlalu byk info mempelajari tentang hukum hakam di dalam sistem2 kewangan islam membuatkan ana pening kepala.
saya ada emailkan tuan tentang isu zakat pendapatan, which berbeza yg diamalkan di timur tengah (tiada jawapan). Mungkin tuan boleh emailkan pandangan tuan dan dan para cendiakawan antarabagsa tentang isu ini beserta dalil2nya.
Dont get me wrong. Saya tetap bayar zakat, walau apa pandangan pun cuma, keliru tentang zakat pendapatan (isu haul).
Mungkin tuan dpt memberi sedikit keterangan di email saya : ishamim
Kalau terjumpa Aminurasyid Yatiban, sampaikan salam saya pada dia. Saya pun ada panjatkan isu ini pada dia. Pun tak berbalas. InsyaAllah dia kenal saya Iskandar Hamim.
Terima kasih, wassalam.
thanks ustaz for the artikel....
regards,
shazli
Leeds,Uk
Pada pandangan saya secara peribadi, bank2 islam yg diamalkan di Malaysia dan di middle east byk perbezaan dari segi pembiyaan aset dan kad kredit (debit kad di middle east).
There is a few article yg saya bersetuju dgn tuan Uzar, dan ada juga yg sy kurang setuju. Walaubagaimana pun, inilah yg dikatakan perkembangan ilmiah, walaupun sy tidak dpt menjelaskannya tentang isu2 tertentu.
Saya ada memperolehi, dan membaca buku tentang 'wang, anda dan islam'. System kad kredit secara islam pd pandang saya ada kekurangan dan terbatal. Tool yg lebih sesuai ada debit kad.
Juga ttg BBA vs Musharakah Mutanaqisah. Boleh rujuk di ahamedkameel.com/. Sekian
UZAR : Info di web saya dan buku 'wang, anda dan Islam' ini kebanyakkan untuk orang awam yang tiada basic, justeru saya cuba elakkan pertembungan pendapat peribadi kajian saya dengan keputusan rakan-rakan majlis penasihat Shariah di bank-bank Malaysia.
Jika inginkan perbincangan terlalu ilmiah, dan bantah serta menjawab hujah, ia tidak sesuai di sini , malah mengelirukan orang dari produk bank-bank islam yang sedia ada.
Untuk itu, bantahan dan lain-lain seseuai di majlis tertutup lagi ilmiah ddengan kehadiran para pensiahat shariah bank-bank terbabit.
Saya sendiri tidak setuju dgn kad kredit di bank-bank Islam di Malaysia..namun saya hormat keputusan majlis shariah dan pengurusan bank islam mereka berusaha memberikan alternatif kepada orang ramai.
actually, jika kita nak buat Musharakah mutanaqisah pun, ia tidak terlepas dari komentar dan isu Shariah...
Jika nak buat kad kredit mcm qatar islamic bank guna konsep Ujrah pun pelbagai isu shariah boleh disebutkan..
so, saya harap kita tidak saling mendabik dada kononnya ada alternatif yang 100% sempurna
time kasih kerna penjelasan yg mudah difahami ni.
wal hasilnya kalau kita jual dengan keuntungan melebihi modal boleh la kan ustaz!!
no akaun ustaz?
zamaliah@taknak .net
UZAR : Salam abu mirza, syukran..akaun maybank islamic saya : 164017071347 atas nama zaharuddin abd rahman
Bagaimana jika saya menjual satu barang dgn harga yang berkali-kali ganda mahal ttp pembeli setuju krn boleh bayar ansur ?
TK
satu persoalan, jika pelanggan menghadapi masalah kewangan spt dibuang kerja..tak dpt mampu membayar hutang rmh/kereta..apa tindakan bank islam sama bank konvensional..menyita & melelong harta tersebut..sedangkan masalah mungkin seketika..(Bank pun ada masalah..tp cpt2 kerajaan bantu..apabila pada pelanggan..terus reposses aje..)
mcm tak ikut la maqasid shariah iaitu tidak membebankan/menzalimi..
Terima kasih atas penjelasan.. Semoga amal & usaha tuan Allah berkati, Insyal Allah
RSS feed for comments to this post