Perbankan & Insuran Bayar Tunai : Murah, Tangguh : Mahal

Bayar Tunai : Murah, Tangguh : Mahal

  • PDF
(8 votes, average 4.88 out of 5)

Haruskah Jualan Tunai Lebih Murah Dari Tangguh?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

(artikel ini adalah petikan dari salah satu dari buku baru ilmiah saya yang sedang dalam proses penerbitannya bertajuk Murabahah, Teori, Aplikasi dan Isu)

 

cajlptptn.jpg

 

Timbul satu persoalan iaitu bagaimana jika harga bayaran secara tunai sebagai contoh RM 1000, tetapi jika dibayar secara tangguh menggunakan kontrak Murabahah tetapi dibayar melalui konsep bayaran tangguh (Murabahah wa muajjal), harganya meningkat kepada RM 1500. Adakah ia halal?

Perlu diingat pembayaran bagi kontrak Murabahah boleh dibuat secara tunai atau bertangguh. Dalam praktis bank-bank Islam kontemporari kebiasaan pelanggan dibenarkan membayar secara ansuran dalam satu tempoh waktu. Namun demikian jika di awal kontrak Murabahah, pelanggan memilih kemudahan ini, harga aset yang dijual oleh bank secara Murabahah akan dinaikkan.

Hukum

Para ulama berbeza pendapat dalam hal ini, minoritinya mengatakannya haram manakala majoriti ulama silam termasuk keempat-empat mazhab dan ulama kontemporari berpandangan ianya harus.

Disebut oleh ulama Hanafi :

الثمن قد يزاد لمكان الأجل

Erti : Harga berkemungkinan dinaikan disebabkan penangguhan (bayarannya). [1]

Ulama mazhab Maliki pula berkata :

جَعل للزمان مقدار من الثمن

Erti : Penangguhan kerana untuk tempoh masa mempunyai nilai kadar nilai di dalam harga. [2]

Kenyataan dari ulama mazhab Syafie :

الخمسة نقداً تساوي ستة نسيئة

Ertinya : Lima jika dibayar secara tunai, bersamaan dengan enam jika dibayar secara tangguh. [3]

Manakala disebut oleh ulama mazhab Hanbali :

الأجل يأخذ قسطاً من الثمن

Erti : Tempoh boleh mengambil sebahagian dari harga [4]

Antara dalil paling mudah untuk menyokong pendapat ini adalah keharusa jualan secara as-Salam.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَهُمْ يُسْلِفُونَ بِالتَّمْرِ السَّنَتَيْنِ وَالثَّلَاثَ فَقَالَ : مَنْ أَسْلَفَ فِي شَيْءٍ فَفِي كَيْلٍ مَعْلُومٍ ، وَوَزْنٍ مَعْلُومٍ، إِلَى أَجَلٍ مَعْلُومٍ .

Ertinya : Nabi s.a.w sampai ke Madinah dan peneduduk Madinah membeli (menempah)  tangguh tamar yang hanya akan diserahkan dalam tempoh dua tahun dan tiga. Lalu Nabi s.a.w bersabda : Barangsiapa yang ingin membeli secara tangguh (serahan barang iaitu belian as-Salam) hendaklah ia dilakukan atas barang yang diketahui, timbangan yang diketahui dan tempoh yang diketahui"(Riwayat Al-Bukhari, no 2086)

Jualan secara As-Salam harus secara nas dan ijma', manakala para ulama menyatakan dari hikmah keharusannya adalah pembeli dapat mendapat manfaat dari harga yang lebih murah, manakal penjual pula menikmati bayaran segera. Disebutkan oleh Ibn Qudamah :-

وهذا دليل على أن للأجل في البيع نصيباً من الثمن. وأن هذا لا بأس به في البيوع

Erti : Inilah dail bahawa tempoh waktu dalam jual beli mempunyai bahagian dalam harga, ia tidak mengapa kerana ia didasari oleh aqad jual beli. [5]

Kesimpulannya, disebabkan tempoh masa yang perlu ditunggu oleh pihak penjual dan risiko yang terdedah ke atasnya, perbezaan harga ini dianggap sebagai halal dengan syarat ia telah dipersetujui di awal aqad dan tidak lagi berubah selepas itu. Kenaikan harga akibat tempoh ini dianggap halal oleh majoriti mazhab dan ulama. Inilah bentuk 'time value of money' yang diiktiraf sebagai halal oleh Islam kerana ia didasari olehjaul beli sebenar dan bukannya aqad qardh iaitu pinjaman atau hutang.

Sheikh Taqi Uthmani membidas mereka yang menyamakan perbezaan penentuan harga ini sama seperti riba dengan kata beliau :-

This arguement is again based on the minsconception that whenever price is increased taking the time of payment into consideration, the trasaction comes within the ambit of interest. This presumption is not correct. Any excess amount charged against late payment is riba only where the subject matter is money on both sides. But if a commodity is sold in exchange of money, the seller when fixing the price may take into consideration different factors, including the time of payment...time of payment may act as an ancillary factor to determine the price of a commodity.

Erti : pertikaian ini sekali lagi disebabkan oleh salah faham bahawa setiap kenaikan harga disebabkan oleh masa akan jatuh dalam kategori Riba. Keismpulan ini adalah silap. Setaip kenaikan yang disebabkan kelewatan bayaran hanya akan menjadi riba apabila kedua-dua belah pihak berurusan adalah wang, tetapi jika komoditi atau aset dijual berbalas wang, penjual mempunyai kebebasan untuk menentukan harganya dan dibenarkan juga mengambil kira pelbagai faktor termasuk masa pembayaran...masa pembayaran boleh dijadikan faktor penentu bagi ketetapan harga komoditi" [6]

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

10 Jan 2009



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #33 Jual Barang KemasWati 2012-04-27 13:27
Assalamualaikum wbt uzar,

Maaf kalau saya mengganggu masa uzar.Saya dah baca di sana sini dan saya keliru.Saya bertanya pada ustaz di tempat kerja,mereka kata harus..Saya jual barang kemas pada 1 harga yang dipamerkan.Harga itu kekal dan tidak berubah lagi.Saya beri kelonggaran untuk pembeli membayar sejumlah amaun waktu mengambilnya(me mbeli).Selebihnya mereka bayar ikut kemampuan.Adakah ianya haram kerana jual beli barang kemas secara bertangguh?walaupun pada ketika jual beli,sejumlah wang telah diberikan.Dan seterusnya pembeli membayar ikut kemampuan mereka.Had masa pun tidak diketatkan bertujuan untuk mereka mampu memiliki barang kemas(di mana harga tidak berubah mengikut pasaran).Adakah ianya dibolehkan atau haram?saya harap uzar boleh bantu memberikan komen.terima kasih.
Quote
0 #32 AITAB ATAU ABBAanuar 2011-12-09 15:45
8) Assalam, Ustaz. Saya ada kemusykilan ttg sekiranya terdpt kegagalan siberhutang untuk membayar ansuran di bank samada AITAB atau ABBA, bolehkah bank menuntut keseluruhan jumlah pinjaman sblm tamatnya tempoh pinjaman tersebut? atau bank hanya boleh menuntut jumlah tunggakan ansuran sahaja?
Quote
0 #31 Membeli motor dengan menggunakan loan kreditIQBAL 2011-08-15 21:41
Adakah halal atau haram jika saya membeli motor dengan menggunakan "kredit loan" dari pihak kedai motor non muslim.Sebagai contoh sebuah motor beharga 35k,so dengan membuat perjanjian dengan pihak kedai motor kita akan membayar 15k sebagai wang downpaymant, dan selebihnya kita akan membayar ansuran berjumlah RM400 dengan kadar fixed interest 5% selama 4 tahun.Mohon penjelasan kepada sesiapa yang arif..
Quote
-1 #30 pinjaman(harga tangguh)yassir 2011-01-25 15:20
Assalamualaikum ,

Rakan saya ingin mendapatkan pembiayaan sebanyak RM10,000 selama lima 12 bulan. Transaksi bermula dengan saya menjual kereta (atau aset lain seperti bilik rumah)kepada rakan dengan harga tangguh sebanyak RM12 200. Rakan saya dikehendaki membayar balik RM1200 sebulan selama 12 bulan. Seterusnya, saya akan membeli balik aset yang dijualkannya tadi daripada rakan dengan harga RM10000 tunai. Dengan selesainya transaksi ini, rakan mendapat wang yang diperlukannya sebanyak RM10,000 dan saya pula mendapat bayaran daripada rakan sebanyak RM12200 termasuk keuntungannya berjumlah RM2200. Halalkan transaksi tersebut atau saya perlu melantik penasihat syariah seperti di bank-bank tempatan yang menawarkan skim yang lebih kurang sama?
Quote
0 #29 referenceiskandar 2010-11-24 15:18
boleh tulun update balik refence untuk artikel ni please.

sekian terima kasih
Quote
0 #28 BBAarisfadzilah 2010-11-12 18:01
Saya dapat pembiayaan pembelian rumah BBA untuk tempoh 23 tahun, contoh RM94,000.00 dan bank jual RM195,000.00. Bank baru keluarkan 10% progress contoh RM11,000.00. Tapi dalam tempoh 8 tahun rumah tak siap, pemaju keluar surat tak boleh di siapkan, dah bayar ansuran RM50,000.00. Bila nak buat pembayaran awal@cancel loan, bank kira2 saya kena bayar lagi RM4,000.00.

Soalan : adakah islamik? dan saya perlu bayar untuk benda yang tak ada,
Quote
0 #27 beli emas secara ansurzaidi 2010-08-26 12:33
ustaz hukum membeli emas secara ansur adalah haram.. apakah yg perlu sy lakukan sekiranya dah terjebak membeli emas secara ansur
Quote
0 #26 salamjalal 2010-02-16 17:45
:-)
salam, saya sedang membuat tesis mengenai jual beli denan harga tangguh, jadi saya menghadapi masalah dalam bab pandangan 4 mazhab terhadap jual beli ini, harap ustaz sudi bantu.
Quote
0 #25 jelaszek 2009-10-10 21:55
to nur: mcmne pula ebay? mudah dot com? lelong dot com? pebeli bank in duit dan trus penjual hantar produk. sekarang sistem e-commerce mudah. tapi Dalam sistem i-wallet (kaaun) ceramic, ahli membeli dan menjual di dalam akaun mereka. di dalam tu, akan ade agreement (akad) yang setiap ahli akan baca....ada 3 pilihan ayng diberikan kepada setiap ahli.

1.pakej nie tak wajib. so, xde pksaan dan kalau tak beli pun tak pe.

2. kalau nk beli cmpny bg 2 pilihan untuk KLIK iaitu:
a)ahli setuju beli produk tu dengan harga yang di tawarkan

b) atau kalau ahli rasa tak mampu nak menjual produk tersebut, dia boleh pilih untuk jual balik kepada syarikat dan syarikat akan bayar mengikut hrga yang dy mampu dengan persetujuan ahli juga.(tak terima produk tetapi terus terima pembayaran mengikut cara pnbayaran yg cmpny dh tetapkn dan ahli jgua setuju)

p/s: ahli akan klik dua-dua pilihan untuk SELLBACK. tetapi kalau hnya KLIK pilihan pertama sahaja, ahli terima produk la.


sedikti ulasan: company nie buat marketing. so, company ada pelbagai cara untuk bayar balik kepada ahli.
Quote
0 #24 sekadar berkongsi...zek 2009-10-10 21:50
to faizal: pernah dengar VANTAGE? barangan pnggang mangkuk? produk dia hrga rib-ribu dan biase mak datin je yang beli sebab produk mahal. mahal bkn kerana brand je tetapi kualiti produk. itu tak salah. biase orang yang kewangan nyeyang tak stabil akan cakap mahal. produk ceramic juga dikeluarkan oleh vantage. sebab tu produk ceramic berkualiti. bkn buakn terhad kepada pnggang mngkuk je tetapi pelbagai bentuk barangan berasas kan ceramic. skrg produk tke juga dh ade dalam bentuk produk energy (contoh plng dekat adalah mcm gelng magnet tu, mcm2 jenis produk energy kte ada tetapi utk gelng nie tak de la - sekadar nk fahamkn ape itu produk energy). malahan sekarang produk2 energy nie pun hrganye seperti harga dalam pasaran. dan produk nie dh berbelas tahun dalam pasaran. ade masuk paper algi mengenai keberkesanan produk nie terutamanye penjimat minyak (saya sendiri pakai save 30%).

to wan : wan sendiri kena faham dlu konsep nie dan bertanyakn kepada yang dh join. nie bukan perlaburan. tapi trading + franchise. saya jumpa ramai yang fahamkn bisnes nie mcm perlaburan. salah tu...
Quote
-1 #23 sharingnur 2009-08-16 20:12
salaam...

i just want to share some knowledge about biz. concept that implemented by Asia Ceramic. First, it is clearly prohibited if someone engaged in business called Bai ul Einah.. this concept deal with repurchased sales. in Islam, we have to bear that sale must be hand to hand. menaing that the good must be sent to you then only you can sell to other person.

unlike Ceramic, you can sell back the things eventhough you have'nt touch or even see it at all and agin received fixed amount of money every month right? Again, it is like financing money which is prohibited in Islam... you should ask yourself..why did the company willing to buy back the goods from you with higher price? lets say, the goods cost rm 100 and the company willing to buy it rm 200. its a loss of rm100 for the company and a profit for you right? but is the profit legal in Islam or is the rm100 extra u receive is riba'?

hopefully all of you can browse the word "Bai ul Einah". please correct me if i did gave wrong information. all things that i mentioned above is just based on my study in Fiqh for Economist.

wallahu'alam..
tq..
Quote
0 #22 Pinjam WangMohd 2009-05-21 17:12
Kita boleh memberi pinjaman wang kepada org lain dengan niat ikhlas untuk memberi pertolongan.

Namun kita tidak boleh mengharap atau meminta apa2 balasan dari si peminjam.
kalau pinjam RM1000 pulang pun RM1000

Melainkan kalau si peminjam berasa berterima kasih dan ingin memberikan hadiah atau ganjaran itu terpulang kepada si peminjam. Kalau dia bagi Rm100 itu adalah hadiah, kalau dia kasi sebuah kereta ferari pun itu dikira hadiah juga.

Namun itu terletak atas tangan si peminjam untuk memberi atau tidak. Dan Si tukang kasi pinjam tidak boleh meletakkan syarat spt pinjam Rm1000 pulang balik RM1100.

Itu pandangan saya, btolkan jika saya tersilap

UZAR : YE BETUL
Quote
0 #21 asia ceramichamba Allah 2009-05-06 20:28
kpada saudara faizal,sy cma ingin bertya. ceramic busines club ini mnggunakn system franchise, dimana kite kluarkan modal, syarikat uruskn pemasaran dan pengiklanan dan keuntungan dibahagi mengikut apa yg tlh ditetapkn. adkh ini msh merosakkn akad?
Quote
0 #20 asia ceramicwan 2009-04-25 09:48
terima kasih saudara faizal atas komen anda..... sila ulas lagi jika anda yg boleh dikongsi......
:-)
Quote
0 #19 Tak patutFaizal 2009-04-23 08:17
Berhati-hatilah dengan perniagaan jenis ini. Cuba bayangkan satu set pinggan mangkuk berharga RM3800. Saya pasti tiada orang sanggup beli pinggan mangkuk sebegini mahal melainkan semata-mata untuk dibuat perhiasan.. Disini pun dah kira membazir. Membazir itu sahabat syaitan.. Apatah lagi bayar RM3800 hari ini, terus dapat 3 keping post-dated cek bernilai RM1500 setiap satu. Bukan dapat pinggan mangkuk, sebaliknya dapat cek. Cuba bayangkan, beli pinggan mangkuk, tapi dapat cek.. bukan kah sudah rosak dia punya akad..? Memanglah ada pilihan nak suruh syarikat jual balik, tapi niat beli pinggan mangkuk tadi sudah lari.. bukannya nak dapat pinggan mangkuk pun, tapi sebenarnya nak dapatkan cek berjumlah RM4500. Ada ker beli barang dari kedai dan jual balik kepada si pekedai mangkuk hayun tu dengan harga yang lebih tinggi.. Tak patut. Jadi kesimpulannya ialah perniagaan jenis ini tidak islamik.. Set pinggan mangkuk hanya sebagai topeng sahaja..

Modus Operandinya ialah beli pinggan mangkuk kononnya berjumlah RM3800, terus dapat cek berjumlah RM4500. siapa tak nak?? sebenarnya ia tidak ubah seperti Surat Berantai, Pak Man Telo dan seumpamanya..
Quote
0 #18 asia ceramicwan 2009-04-22 04:22
macam nie ustaz, pelaburan nie berasaskan sell back. kita beli katakan set c dengan syarikat iaitu set pinggan mangkuk, pada harga rm3800. kita diberi pilihan untuk ambil set pinggan itu atau kita suruh syariakt tolong jualkannya. sekirannya kita setuju untuk syarikat tolong menjualkanya, kita bersetuju syarikat akan bayar kepada kita rm1500 selama 3 bulan. bermakna ia akan menjadi rm4500. jadi, kita akan untung rm700. kesimpulannya, setiap kali klita membeli set c itu, kita akan mendapat cek bernilai rm1500 selama tiga bulan berturut2 dan kita akan mendapat untung bersih sebanayak rm700....... dalam bab ini juga, kita tak sentuh pon pinggan itu, proses jual beli ini semua berlaku dalam alam maya atau internet. sampai masa, kita just pi tunai cek dan akan mendapat untung selepas 3 bulan...... boleh ker macam tu ustaz???? tolong ulas isi ini berdasarkan kepakaran ustaz yg Allah anugerahkan itu.....
sekian....
hamba Allah.....
Quote
0 #17 asia ceramicwan 2009-04-19 10:48
nak tanyer ustaz pasal syarikat asia ceramic...... boleh ustaz bagi pendapat ustaz mengenai pelaburan dalam syarikat ini??? sebab ramai yang join investment ini sekarang..... ini adalah laman web yang menerangkan plan pelaburan......

www.jutawanceramic.com

tolong yer ustaz.....

salam...

UZAR : Saya belum ada masa utk meninjaunya
Quote
0 #16 Hukum sesuatu pertandingan dr syariat..slumblur 2009-04-05 18:41
salam..
nk tanye mengenai sesuatu pertandingan.. spt pertandingan pancing.. adakah bukan sesuatu perjudian? kerna ada wang taruhan(pembaya ran terdahulu) dan tlh ditetapkn hadiah kpd pemenang?(mindset stp peserta adalah nk menang hadiah utama dgn berkata "klo ada rezeki dptlah rm20k", hmpir smua pserta berniat begitu?
bukankah setiap pertandingan beserta wang penyertaan itu dinamakan wang pertaruhan?
adakah x sama dgn ciri2 membeli no eko?

wallahualam
Quote
0 #15 hukum jual belinor hamizah 2009-03-21 22:43
salam ustaz..semoga sentiasa dlm RahmatNya..
sy terjumpa posted comment di bwh ni di dlm slh satu page UZAR. kesinambungnnye , sy juga ingin mengetahui hukum jual beli yg dilakukan oleh syarikat ini - Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd (780794-T).

Posted by Din, on 16-02-2009 20:15, IP 219.93.21.126, Guest
31. Soal Jual Beli dlm skim
Assalamualaikum UZAR, saya sgt berharap uzar dpt meneliti satu bentuk perniagaan ceramic club business iaitu diorang byk berckp pasal hukum jual beli dan mcm2 lagi..bende ni boleh merosakkan anak2 bangsa kita mohon uzar selidik web ini www.e-jutawancyber.com/ kononnya menjual pinggan mangkuk..bg saya pelajar x perlu setiap bulan beli pinggan mangkuk..harap sgt2 uzar supaya tidak terjebak dengan skim penipuan..Terima Kasih
Quote
0 #14 hukum menjual barang handicraft patungbahad hashim 2009-02-19 21:06
salam kepada ustaz
di harap panjang umur dan murah rezeki dari allah.kemusykilan saya adalah tentang menjual barang handicarf yang di buat dari kayu berbentuk patung orang,buddha,kr istian dan sebagainya.saya menjual barang itu kepada org kafir.apakah hukunya.jika boleh saya henda ulaskan lebih terperinci lagi.skian terima kasih
Quote
0 #13 claim insurans konvensionalwalid ammar 2009-01-17 07:15
assalaamu'alaikum warahmatullah UZAR,

saya kemalangan, kereta dilanggar dari belakang...kereta yg langgar saya tu guna Kurnia Insurans, boleh tak saya claim insurannya? jazaakallah kulla khair

UZAR : YE Boleh
Quote
0 #12 Jual beli duit lamaIsmail 2009-01-14 22:50
Salam UZAR,

Bagaimanakah pula hukum jual beli duit lama dengan nilai yg berbeza sama ada spot atau pun tangguh?

UZAR : Duit lama yang macam maana tu? jika duit kertas lama yang dah tak terpakai dan dijual sbgi benda hiasan..no problem tangguh pun boleh mnrt majoriti ulama
Quote
0 #11 membeli motosikalmat motor 2009-01-14 01:37
bagaimana pula dengan kaedah membeli motosikal di kedai2 cina seperti yang diamalkan sekarang,adakah ianya diharuskan atau dikira sebagai riba,kerana caranya seakan2 murabahah yang ustaz sebut tu.
Quote
+1 #10 ganjaran dari meminjamkan wang !Al Syam 2009-01-13 22:47
Salam !
Semoga ustaz sekeluarga walafiat hendaknya !
Kemuskyilan saya adalah,saya meminjamkan wang kpd rakan ,bagi membiayai kos projek beliau dan dia brjanji akan memberikan ganjaran 10% dari wang saya yg pinjamkan .Apakah status wang ganjaran saya perolehi ?

UZAR : Ia adalah riba dan haram menurut Majlis Akademi Fiqh OIC dan AAOIFI dan Majlis SYariah BNM, dan lain-lain.
Quote
+1 #9 salamabuimtiaz 2009-01-13 06:34
itulah namanya jualan as-salam..iaitu jualan barangan didahului dengan bayaran dan penyerahan barang kemudian..ertikata bayar dulu barang dapat kemudian, sama ada belum siap atau habis stok dsb.dalilnya ada tertera di atas.

konsep yang uzar terangkan adalah balikan daripada itu..barang sudah dapat tapi belum habis bayar = ansuran.

so..kedua-duanya sudah berbeza dari segi masa..kerana yang pertama penangguhan serah barang dan yang kedua penangguhan bayaran.
Quote
0 #8 Pembiayaan Peribadi Secara Islamarwsya 2009-01-12 21:51
Berkenaan dengan pembiayaan peribadi di Bank Rakyat. Pihak bank akan mengenakan kadar keuntungan tertentu di atas pembiayaan yang diberikan kepada pelanggan. Pembiayaan dijadikan seolah-olah satu 'barang' yang boleh dinaikkan harganya jika dibayar secara bertangguh. Adakah ianya dibolehkan atau ianya adalah satu bentuk riba?

UZAR : Bank rakyat mempunyai majlis Syariahnya sendiri, saya pasti mereka telah menyemak dan meluluskannya dan ia bukan riba
Quote
0 #7 BBAsaifudin 2009-01-12 16:25
sebenarnya yang dikatakan BBA ni bkn semata-mata bai bithaman ajil sahaja tetapi di dalamnya ada perkara-perkara lain. BBA sebenarnya distructurekan dengan inah. Sebab itu sebahagian pihak menegaskan jangan dikambing hitamkan BBA.mungkin UZAR boleh jelaskan hal ini.

UZAR, jika ada kelapangan waktu minta uzar tulis pasal konsep jualah dan bagaimana jualah yg inline dgn syariah. Aplikasi jualah dalam industri takaful sekarang tidak sama penggunaannya antara pengendali takaful. Ada yg tinggi dan ada yg rendah. minta uzar tuliskan ttg isu ini jika ada kelapangan waktu atau jika uzar ada sumber2 hukum yg saya boleh rujuk sendiri minta jasa baik uzar emailkan ke pudin_airul[a]y ahoo.com. syukran.

UZAR : Berkenaan BBA adalah Bai inah dan sbgnya, boleh dibaca dalam satu lagi buku saya yang akan terbit oleh telaga biru berkenaan asas produk kewangan islam semasa.

Berkenaan Ju'alah, belum sempat buat lagi..
Quote
+1 #6 Beli emas secara ansuran?Gohan 2009-01-12 03:48
Salam. Biasanya dikampung2 ada org jual emas. Dalam akad dia nyatakan jika bayar tunai harga Rm2000. Tetapi jika bayar 4 Kali harganya Rm2200 ( Rm 550 sekali bayar ). Biasanya bayaran dibuat mengikut musim mengerat ( tuai padi ). Urusan bayaran 4 kali ini juga dipersetujui kedua2 pihak? Apakah hukumnya?

UZAR : Beli emas tak boleh bayar ansuran menurut 4 mazhab dan ulama kontemporari. ia haram dan riba. Tulisan saya ini khas untuk bukan emas, perak dan matawang, selain tiga ni sahaja
Quote
+1 #5 Konsep Murabahah Perlu DiperjelaskanMohd Safuan 2009-01-12 02:58
Assalamualaikum ,
Saya bersyukur & mengucapkan syukran kpd UZAR atas inisiatif menerangkan konsep murabahah. Cuma disini, minta diperjelaskan lagi tentang jumlah keuntungan yg boleh diambil daripada konsep ini. Serta percanggahan antara ulama silam serta ulama masa kini, dan apa kesimpulan yg boleh disepakati daripada pendapat seluruh ulama khususnya.
Waalahualam

UZAR : itu kena beli buku ini apabila siap kelak, inshaAllah
Quote
+1 #4 Pensyarah tak faham, mengapa BBA 'salah'Husaini 2009-01-12 02:45
Salam'alaik, UZAR. Entri ini bagus terutama untuk orang yang menyamaratakan pembiayaan daripada perbankan Islam dengan pinjaman daripada bank konvensional. Contoh mudah ialah pensyarah saya baru-baru ini mengatakan (lebih kuran macam ini),"apa Islamiknya kalau kita pinjam RM60k daripada bank Islam kemudian kita kena bayar RM67k..yang RM7k itu apa?" seakan-akan dia ingin mengatakan bahawa pertambahan itu riba. Justeru, entri UZAR ini amat informatif, jazakallahu khairaa.

Soalan saya, bukankah ini asas BBA (bai' bithamanin ajeel)? Mengapa timbul konflik pula baru-baru ini mengatakan BBA 'bermasalah', sedangkan asasnya ini lulus dari segi prinsip syarak?

UZAR : BBA masih ada masalah, nantikan buku saya yang sedang dalamproses penerbitan, bukanbukuk murabahah ni tapi ada satu lagi buku lain berkenaan asas produk kewangan islam dan isu-isunya
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 98 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Perbankan & Insuran Bayar Tunai : Murah, Tangguh : Mahal