Wujudkah Bank Islam di Zaman Nabi & Sahabat ?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Terdapat banyak persoalan berkenaan asal usul bank dari perspektif Islam, ramai ilmuan yang menulis dalam bidang hal ini akan membuat kesimpulan tiada wujud sistem perbankan di zaman Nabi mahupun sahabat seperti yang wujud di zaman ini.
Adakah penubuhan bank-bank Islam dewasa ini dianggap meniru pemikiran barat semata-mata, tidak bersih dari sudut asalnya serta tidak sesuai dengan sistem konvensional yang wujud.?
Telah diterima di kalangan para ulama Islam, ciptaan-ciptaan baru di dalam bidang kewangan dan hal ehwal urusan sesama manusia ( iaitu bukan hal ibadat khusus) tidak menjadi masalah dalam Islam selagi boleh diubahsuai dan tidak bercanggah dengan kehendak hukum Islam.

Selain itu, bagi mereka yang menyelusuri sejarah Islam akan mendapati beberapa asas kepada bank sejak zaman sahabat Nabi s.a.w lagi dan zaman selepas itu, ia adalah seperti berikut :-
1) Khidmat Simpanan ( wadi'ah) oleh Az-Zubayr Al-'Awwam
Ibn Sa'ad mencatatkan bahawa ramai yang mendatangi Zubayr dan meminta untuk disimpan wang mereka, sehingga Zubayr menolak kerana merasa terbeban akan hilangnya wang tersebut sedangkan beliau sendiri langsung tidak boleh menggunakannya.
Justeru, Zubayr meminta penyimpan untuk menyimpan atas dasar pinjaman dan bukan lagi wadi'ah. Sebagaimana katanya :-
لا ولكن هو سلف , أني أخشى عليه الضيعة
Erti : Tidak, tapi jadikannya sebagai pinjaman, sesungguhnya aku bimbang ia hilang.
Hasil dari tindakan Zubaiyr ini, semakin ramai yang datang kepadanya sehingga jumlah yag dipegangnya mencecah 2,200,000 dirham. Satu jumlah yang amat besar di zaman tersebut. Sehingga terdapat penulis yang menamakannya sebagai Bank Zubayr. Mungkin ia boleh dikira sebagai bank Islam yang pertama.
Melalui tindakan Zubayr ini beliau telah menukar asas konsep wadiah yang hanya menjaga amanah menyimpan tanpa boleh digunakan, kepada pinjaman yang membolehkannya untuk melaburkannya dan pada masa yang sama menjamin keselamatan wang tersebut. Natijah keuntunagn yang diperolehi oleh Zubayr banyak digunakan untuk membeli aset, menurut Az-Zahabi takala Zubayr meninggal dibunuh, beliau tidak meninggalkan satu dinar atau dirham, kecuali beberapa keping tanah di Ghabat, sebuah rumah di Madinah, Basrah, Kufah dan Mesir. Selain itu juga meninggalkan hutang yang agak besar sebanyak 2,200,000 dirham iaitu nilai simpanan orang ramai yang diubah kepada pinjaman. [1]
2) Khidmat Perbankan oleh Ibn Abbas dan Abdullah Ibn Zubayr [2]
Diriwayatkan juga, Ibn Abbas r.a mengambil wang perak di Mekah bagi membawanya ke Kufah, dan Abdullah Bin Zubayr pula menulis dan mengambil wang perak dari daripada Kufah untuk dibawa ke Mekah dan seterusnya ke Iraq. Tindakan mereka ini merupakan salah satu dari khidmat-khidmat yang ditawarkan oleh perbankan moden seperti credit transfer.
Kesimpulan dari pendedahan ini terbukti bahawa khidmat-khidmat perbankan selagi mana menepati hukum Syariah adalah dibenarkan. Tambahan pula jika kewujudannya boleh memudahkan dan memberi manfaat yang banyak buat masyarakat.
Antara kemudahan yang dapat dihasilkan melalui sesebuah khidmat perbankan adalah seperti berikut :-
a) Menguruskan keperluan kewangan dua kelompok dalam masyarakat, iaitu :_
* satu kelompok yang mempunyai lebihan wang dan ingin melabur, menyimpan dan mendapat manfaat dari lebihan wang yang dipunyainya. Mereka terdiri dari semua orang yang mampu membuat simpanan. Mereka digelar surplus unit.
* Satu kelompok adalah mereka yang memerlukan tunai dan wang samada untuk keperluan pernigaaan mereka atau asasi seperti pembelian kereta dan sebagainya. Mereka digelar deficit unit.
Hasil dari wujud dua kelompok ini dalam masyarakat, kewujudan bank islam sebagai orang tengah yang dipercayai ( kerana ia sebuah institusi yang dipantau dan diberi lesen oleh bank negara) boleh membantu kedua-dua kelompok bertemu dan memanfaatkan antara satu sama lain.
b) Mampu menyediakan penjagaan wang tunai yang lebih selamat berbadning penjgaan oleh individu di rumah masing-masing.
c) Menyediakan khidmat pelaburan. Ini sudah tentu baik kerana tidak semua individu yang berduit mampu mencari dan memutuskan pelaburan apa yang terbaik dan selamat baginya. Justeru, kewujduan bank yang dipenuhi dengan para pekerja profesional yang berpengalaman dalam bidang ini mampu memberikan manfaat kepada orang ramai.
Ini hanyalah antara beberapa perkara yang menunjukkan kewujudaan bank dalam sistem kewangan Islam adalah diterima selagi mana semua manfaat yang disebutkan di atas dapat di kawal selia dalam lingkungan hukum Islam.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
24 Feb 2009
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Mohon penjelasan al-Fadhil Ustaz ttg pendapat Shaykh Umar Vadillo yg berkisar mengenai Muamalat versus Islamisation of Banking and Capitalism.
Looking forward for your responds.
Juzitum Khaira
Saya ingin membuat PhD dan telah memilih tajuk "Islamic Financing System: Relationship between faith(Islam), trust(confedent ),Awareness and Selection Decision"..saya ingin manjalankan penyelidikan tentang ....
pemilihan system perbankan Islam oleh masyarakat Melayu disebabkan oleh samada sabagai hamba kepada Allah...wajib system Islam,keyakinan kepada system Islam atau kesedaran terhadap tuntutan Islam....apa pandangan Ustaz....mungking Ustaz mempunyai cadangan yang lebih baik untuk saya buat untuk PhD saya....
Wassalam....
UZAR : Tjauk tu ok, tapi saya tak pasti sama ada ia sesuai untuk sebuah PhD. Perlu dibincag dgn supervisor, itu lebih tepat.
Walaupun saya bukan "pakar" dlm bidang yg ustaz katakan, saya juga bukanlah seorg yg terlalu jahil mengenai ekonomi dan kewangan.
Sbb itu komen saya tidak menjurus kepada persoalan hukum hakam di dalam menjustifikasik an produk-produk yg dikeluarkan oleh perbankan Islam.
Saya secara peribadi melihat kebanyakan produk-produk yg dikeluarkan oleh perbankan Islam ini dgn restu dari majlis syariah masing2 kurang memberi penekanan pada kesan jangka panjang pada ekonomi umat Islam secara keseluruhan.
Spt yg selalu diperkatakan oleh org ramai, mereka tidak nampak byk perbezaan perbankan Islam dan perbankan konvensional melainkan nama yg diubah dengan nama yg nampak Islamik, sehingga kpd kontrak-kontrak di bank-bank dan di bursa yang dilihat seolah-olah agama dijadikan senda gurau utk menampakkan ianya Islamik sedangkan tujuannya tidak pun nampak berbeza dgn perbankan konvensional.
Itu hanyalah cebisan dari cerita-cerita yg biasa dihadapi oleh kebanyakan kita. Sebab itu saya tekankan tentang kewujudan bank-bank yg ada pd hari ini, apakah kesannya kpd umat? Bukannya berbalah tentang hukum bagi setiap operasi yang cuba kita tiru dari amalan sedia ada.
Apa pula kesannya pd umat apabila syarikat2 besar yg diberikan high gearing untuk mendapat kredit?? Dengan interest yg dibayar oleh mereka, dan lebih teruk lagi apabila mereka gagal melunaskan pinjaman, apa kesannya pada wang di dalam poket saya pd hari ini dan hari2 mendatang... adakah Islam tiba2 melupakan konsep keadilan disebabkan perbankan Islam mesti diberi tempat??
Keadilan dan kebebasan untuk bermuamalat adalah hak saya selaku seorg Muslim. Tidaklah diwajibkan utk saya menjadi seorg pakar atau mempunyai ijazah atau PhD dlm usul fiqh utk melayakkan saya menikmati keadilan yang telahpun diperuntukkan utk saya oleh Islam.
Minta maaf. Ust menerangkan ttg kewujudan bank itu seolah-olah keadaan pada masa itu serupa dgn bank pada hari ini.
Kewujudan bank pd hari ini mungkin 99% berbeza dgn apa yg ustaz ceritakan di atas. Pada zaman yang diceritakan di atas, tidak lagi wujud wang kertas seperti yg diamalkan pd hari ini.
Saya percaya ustaz pun maklum tentang bagaimana fractional reserve yang diamalkan di bank2 ketika ini termasuk perbankan Islam seperti yang ustaz pernah tulis di dalam salah sebuah majalah tempatan pd tahun lepas.
Isu sebenar tentang fungsi bank yang memanipulasi dan menipudaya orang ramai sgt jarang diperdebatkan. Sedangkan di negara2 Barat, telah banyak wujud gerakan2 yang mendedahkan kebobrokan bank-bank ini. Hatta masalah yang kononnya dikaitakan dgn sub-prime crisis di USA sebagai punca masalah kemelesatan ekonomi dunia ketika ini, hanyalah alasan untuk menutup punca masalah sebenar yg lebih besar, iaitu sistem kredit itu sendiri, yang diamalkan oleh semua bank-bank, termasuk bank Islam.
Saya pun tak ingin berbicara lanjut sbb ustaz dan ramai di sini hebat2 belaka. Cuma saya sedikit terkilan kerana perumpamaan2 yang diberikan seolah-olah menjustifikasik an kewujudan2 bank yang ada pd hari ini. Kita tahu siapakah di belakang bank-bank ini, dan ironinya, mereka juga menyokong "perbankan Islam". Kita pula sbg umat Islam berbangga bahawa mereka mengiktiraf sistem "perbankan Islam". Itulah sebenarnya yg mereka mahukan. Tidak kisah nama atau istilah apa pun yg kita gunapakai, selagi kita menjadi hamba kepada sistem kredit sedia ada, mereka tidak akan peduli.
Hmmm, movie baru-baru ni "The International" pun mungkin elok juga utk ditonton ... ada cerita sikit2 ttg jenayah bank2 ni..
Until then insha-allah
UZAR : SUSAH nak terang kepada awam yang tiada basic usul fiqh, dan kaeadh fiqh ni..lain kali la ye..berikan kepercayaan kepad aulama sednuia, mereka semua dah bincang benda ni dan semua dah bertulis, sdr saja yang belum jumpa tulisan mereka dan tak baca.
ambil masa dan kaji dulu, then bertanya..dari soalan saya boleh agak, apa ilmu yang sdr ada dan yang belum ada..inshaAllah moga dipermudah
maybe lari tajuk sikit,
mengenai hukum melabur dalam forex?
saya dulu pernah gagal sekali, boleh tidak saya melabur untuk hanya mendapatkan modal yang pernah saya laburkan dahulu.
tq
UZAR : sila buat carian dalam artikel di web ini, sudah diulas dalam 4 artikel saya
Kenapa kita terlalu mudah membuat ulasan atau menghukum? Adakah ini namanya 'semangat Islam'?
wallahu a'lam.
Saya ingin memohon ustaz menghallalkan ilmu yang saya ambil dari laman web ustaz untuk dimasukkan ke dalam assigment..
UZAR : SILA, namun jangan lupa nota kaki web ini ya.
selain allah ada saja tuhan tersembunyi atas berbagai nama dan istilah kononnya selaras dengan syarak.
UZAR : firman Allalh dan qaedah ammah dalam Islam menyatakan semua urusan muamalat adalah halal selagi tidak percanggahan dengan hukum secara jelas. Dalil terkuat adalah ketiadaan dalil mengharam. Itu sudah cukup, dua bukti di atas hanyalah tambahan
Justeru ramai cendiakawan yang terperangkap dengan isu ASB ini di mana mereka menggunakan kaedah yang disyorkan oleh en.aziz ini.Saya amat berharap agar Ustaz dapat merungkaikan persoalan dan hukum "matlamat tidak menghalalkan cara"laman web en.aziz ini ialah (deleted)
UZAR : Informasi penuh boleh didapati dari buku baru saya nanti. InshaAllah.
Selain dari buku tulisan UZAR...Wand, Anda dan Islam, saudara juga bole dapatkan buku tulisan Dato Dr.Rusly (Chef Li). Antara buku beliau yang terkenal ialah Menjejaki Jutawan Senyap, Orang Kaya Bertakwa, Aku Tak Nak Miskin dan satu lagi (saya lupa la pulak judulnya). Dalam buku berikut ada panduan serba sedikit mengenai panduan bagaimana memulakan bisnes tanpa terlibat dengan pinjaman sekaligus menjauhi diri dari "FAEDAH RIBA'". Sebenarnya terdapat beberapa judul buku lain tulisan penulis tempatan yang berkaitan dengan bisnes cara islam. Saudara juga bole melayari @ search kat google --> mphonline.com, telagabiru, PTS publising, truewealth dll...klu rajin pergi la melawat kedai buku yang besar2 di shopping mall...cari di bahagian motivasi dan bisnes...Insyaallah saudara akan jumpa.
"Sesungguhnya ilmu yang dicari dengan keringat sendiri akan lebih dihargai dan akan difahami dengan sesungguh hati"
Salam...sekadar memberi cadangan
RSS feed for comments to this post